Selasa, 24 Februari 2015

JENG JENG JENG EPISOD DAH BERMULA....ALLAH SAJA YANG LEBIH TAHU

Pemimpin PAS cadang Hadi bentuk kerajaan dengan Umno, laksana hudud





Selepas kematian Mursyidul Am PAS, ini kali pertama cadangan untuk  menggabungkan parti Islam itu dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan persekutuan, dibuat secara terbuka oleh pemimpin dan aktivis PAS. – Gambar The Malaysian Insider, 23 Februari, 2015.Selepas kematian Mursyidul Am PAS, ini kali pertama cadangan untuk menggabungkan parti Islam itu dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan persekutuan, dibuat secara terbuka oleh pemimpin dan aktivis PAS. – Gambar The Malaysian Insider, 23 Februari, 2015.Selepas kematian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, buat pertama kalinya, aktivis dan pemimpin PAS secara terbuka mencadangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggabungkan parti Islam itu dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik.
Seorang pemimpin PAS Terengganu Roslan Ismail yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi memberikan cadangannya itu melalui akaun Facebooknya.
"Jika saya di tapak Tuan Guru Presiden, saya akan gunakan ruang ini untuk melakar satu sejarah terharum kepada rakyat Malaysia dengan bergabung dengan Umno/BN untuk membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik selepas ini," tulis Roslan.
Roslan membuat cadangan itu selepas kematian allahyarham Nik Aziz yang menjadi penentang utama kerjasama politik antara PAS dengan Umno.
Roslan ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan beliau membuat tulisan itu di Facebooknya.
Ini kenyataan terbuka pertama daripada pemimpin dan aktivis PAS agar parti Islam itu bekerjasama dengan Umno khasnya untuk melaksanakan hudud.
Roslan sebelum ini menulis dengan marah membantah kenyataan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo yang berkata PAS bukan lagi sebahagian komponen Pakatan Rakyat (PR) jika bertegas bentang rang undang-undang pindaan hudud di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 18 Mac ini.
"Kenapa DAP bersungguh sangat menghalang PAS melaksanakan syariat Islam? Jika PR berjaya tumbangkan BN, adakah kerajaan baru itu akan memberi ruang kepada PAS melaksanakan hudud?
"Bagi sesetengah kalangan, pelaksanaan hudud perlu kepada ruang masa untuk memberi penerangan dan pemahaman kepada rakyat, tetapi, dengan pendirian DAP yang sebegini keras dan konsisten, saya tidak nampak PR akan mengizinkan PAS melaksanakan hudud walaupun berjaya menguasai kerajaan pusat," tulis Roslan.
Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang sebelum ini berkata, terdapat kecenderungan yang jelas di kalangan pimpinan PAS untuk bersama dengan Umno walaupun sentiasa dinafikan oleh mereka.
Tulis Roslan, ketika PAS kecil dan baru merangkak, tiada siapa pun yang nampak.
"Malah ketika bertahalluf siyasi dengan Perikatan pun, PAS ditendang begitu saja," katanya.
Hari ini, katanya, PAS sudah subur mekar, semua pihak mula nampak kepentingan dan peranannya dalam mencerna hala tuju politik negara.
Roslan seterusnya menulis:"Bukankah perjuangan kita di dalam PR pun kerana ingin melaksanakan perintah Allah ini?
"Soal integriti, ketelusan, rasuah dan kepincangan boleh ditangani dengan memperkuatkan SPRM dan lain-lain jabatan yang berkaitan," katanya.
Beliau berkata, soal Umno dan BN akan mengkhianati PAS lagi selepas ini ketentuan Allah dan "kita tidak boleh meneka kebijaksanaan Allah di dalam mengatur urusan-Nya".
"Ketika itu, saya boleh pejam mata dengan penuh kepuasan," katanya.
Tulisan Roslan disambut baik aktivis Umno Dungun, Jame Taib yang menyifatkan pandangan itu sangat baik.
"Alhamdulillah.... insya-Allah dipermudah oleh Allah jika kedua-dua parti politik yang berdaftar ini dapat bersatu. Atas dasar Islam, kita cuba satukan perbezaan yang ada," tulis Jame.
"Jazakallah ustaz atas lontaran pandangan yang tulus dan berani. Pandangan ini sebenarnya mewakili ramai pemerhati politik di luar sana." – 23 Februari, 2015.

PM, MB Kelantan bertemu di Putrajaya



PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjabat tangan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob selepas membincangkan beberapa perkara berkaitan kesejahteraan rakyat Kelantan di Putrajaya petang tadi. - Foto Facebook Najib Razak
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya hari ini.
Perdana Menteri, dalam catatan di laman Facebooknya, berkata beberapa isu kesejahteraan rakyat negeri itu menjadi topik perbincangan dalam pertemuan berkenaan.
"Insya-Allah, Kerajaan Persekutuan akan sentiasa meletakkan kepentingan rakyat paling utama dalam sebarang perkara," katanya.
Najib turut memuat naik dua keping gambar dalam catatan itu yang menunjukkan kedua-dua pemimpin berkenaan berjabat tangan dan sesi perbincangan yang berlangsung.
- BERNAMA
Betul ker ni? tanya jer....

Apa kata ulamak dan ustaz umnobaru?
Like ·

Pendakwah bebas buat laporan ‘Qazaf’ Shafee kepada Jais

Wan Ji Wan Hussin (kiri) bersama Ahmad Auzaie Arshad (kanan) bercakap kepada media selepas membuat laporan di Jabatan Agama Islam Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Februari, 2015.Wan Ji Wan Hussin (kiri) bersama Ahmad Auzaie Arshad (kanan) bercakap kepada media selepas membuat laporan di Jabatan Agama Islam Selangor hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 23 Februari, 2015.Peguam Umno Tan Sri Shafee Abdullah jelas melanggar jenayah syariah (Qazaf) apabila menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat tanpa membawa 4 orang saksi, kata pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin yang membuat laporan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) hari ini.
Pendakwah bebas yang mencetuskan kontroversi apabila ditahan Jais pada Jumaat lalu berkata, peguam Umno itu melakukan kesalahan dengan membuat kenyataan terbuka menuduh Anwar dalam program “Jelajah liwat" anjuran Pemuda Umno pada 17 Februari lalu, di Kelana Jaya.
"Ia jelas merupakan kesalahan jenayah syariah di bawah Seksyen 36 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995," katanya kepada pemberita di hadapan Bangunan Jais, Shah Alam selepas membuat laporan tersebut‎.
Wan‎ Ji yang hadir di Jais kira-kira jam 3 petang ditemani peguamnya Rifahmi Abdul Musikin, dan rakannya Ahmad Auzaie Arshad yang turut bersama membuat laporan.
Wan Ji merujuk kepada kenyataan (Qazaf) Shafee iaitu, "Anwar ini jenis tidak mahu pakai  kondom, saya tidak faham kenapa dia tak nak pakai kondom langsung, pancutkan air mani dia  dalam dubur Saiful."
Beliau berkata  terpanggil untuk membuat laporan kerana tanggungjawabnya sebagai orang awam yang mahu Jais mengambil tindakan tegas terhadap peguam Umno tersebut.
Acara Jelajah Liwat Pemuda Umno menampilkan Shafee untuk menjelaskan keputusan bersalah ketua pembangkang itu.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, program jelajah seluruh negara itu diadakan sekarang memandangkan proses kehakiman kes tersebut kini selesai.
Katanya lagi, selama ini Umno sering dituduh melakukan konspirasi politik terhadap Anwar sejak pendakwaan 2008, bagaimanapun parti itu hanya mendiamkan diri kerana tidak mahu dianggap menghina mahkamah.
Mengulas lanjut, Wan Ji menggesa Jais segera mengambil tindakan terhadap Shafee dan tidak mengamalkan dasar berat sebelah.
"Kalau mereka boleh menahan saya, dan mendakwa saya memberi ceramah tanpa tauliah tanpa sebarang bukti, saya juga berharap mereka boleh melakukan perkara sama terhadap Shafee," katanya.
Pada masa sama Wan Ji turut mengulas penahanannya pada Jumaat lalu kerana memberi ceramah tanpa tauliah.
Katanya Jais menetapkan Julai ini sebagai tarikh perbicaraan terhadap 4 pertuduhannya antaranya cenderung mempunyai fahaman Wahabi, kenyataan mengenai kempen "I want to touch a dog".
"Saya tidak mengaku bersalah atas ke 4 pertuduhan tersebut dan pegawai Jais yang mengambil keterangan saya juga berkata saya tidak melakukan kesalahan," katanya sambil mengharap pertuduhannya digugurkan segera tanpa adanya perbicaraan.
Bekas ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor itu ditahan selepas memberi ceramah di sebuah masjid di Seksyen 17 Shah Alam, Selangor.
Wan Ji sebelum ini pernah didakwa menerbitkan penerbitan menghasut bagi menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui laman sosial Facebook. – 23 Februari, 2015.


· 
 
 

Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Di Malaysia: Satu Pengenalan Ringkas

Ditulis oleh Siti Shamsiah Binti Md Supi. Posted in Artikel
Di dalam sistem perundangan Islam, bidang kuasa Mahkamah Syariah disebut sebagai 'al-wilayah', yakni hak dan juga kuasa untuk mendengar dan memutuskan kes. Sekiranya Mahkamah Syariah tidak mempunyai bidang kuasa ini, maka mahkamah tidak boleh membuat sebarang keputusan terhadap mana-mana perbicaraan.
Disebabkan perundangan di Malaysia mengamalkan sistem dualisme, maka dengan adanya bidang kuasa ini secara dasarnya kita tidak mengalami konflik dalam menentukan kuasa mendengar dan memutus sebarang kes. Bidang kuasa yang tertentu juga dapat menentukan kes-kes yang boleh dibicarakan oleh Mahkamah Rendah, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan Syariah.
Secara umumnya, bidang kuasa yang dimiliki oleh Mahkamah Syariah di Malaysia tidaklah berbeza jika hendak dibandingkan ketika zaman kemerdekaan lagi. Walau bagaimanapun, Mahkamah Syariah mengalami perkembangan yang positif dan lebih baik dari aspek status kakitangan, pentadbiran, penaikan taraf mahkamah itu sendiri dan infrastrukturnya. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang ditubuhkan adalah sebahagian daripada perkembangan yang positif ini. Masyarakat Islam di negara ini khususnya perlu menghargai dan melihatnya sebagai suatu perkara yang positif sekalipun ia bukanlah perubahan yang sangat ketara.
Sumber Bidang kuasa
Perlembagaan Persekutuan Jadual Sembilan memperuntukkan Senarai 1 kepada bidang kuasa Persekutuan, Senarai 2 kepada bidang kuasa negeri dan Senarai 3 kepada bidang kuasa bersama. Dalam konteks Mahkamah Syariah, sumber bidang kuasanya adalah berdasarkan kepada Senarai 2, yakni Senarai Negeri. Jadual Sembilan memberikan kuasa perundangan kepada negeri melainkan dalam soal-soal jenayah. Badan Perundangan Negeri yang diberikan kuasa oleh Perlembagaan Persekutuan mentadbirkan Undang-Undang Islam dan semua hal-ehwal Islam di negeri masing-masing kecuali Wilayah Persekutuan, yang diletakkan di bawah Persekutuan.
Jadual Kesembilan, Senarai 2 ' Senarai Negeri, dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan;
1. Kecuali mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Hukum Syarak dan undang-undang diri dan keluarga bagi orang yang menganut ugama Islam, termasuk Hukum Syarak berhubung dengan mewarisi harta berwasiat dan tak berwasiat, pertunangan, perkahwinan, perceraian, mas kahwin, nafkah, pengambilan anak angkat, taraf anak, penjagaan anak, pemberian, pembahagian harta dan amanah bukan khairat; Wakaf Islam dan takrif serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat ugama, perlantikan pemegang-pemegang amanah dan perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian ugama Islam dan Khairat, yayasan, amanah, khairat dan yayasan khairat yang dijalankan kesemuanya sekali dalam Negeri; adat istiadat Melayu; Zakat, Fitrah dan Baitulmal atau hasil ugama yang seumpamanya; masjid atau mana-mana tempat sembahyang awam untuk orang Islam; mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh orang-orang yang menganut ugama Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara-perkara yang termasuk dalam Senarai Persekutuan; keanggotaan, penyusunan dan cara bagi mahkamah-mahkamah Syariah, yang akan mempunyai bidangkuasa hanya ke atas orang-orang yang menganut ugama Islam dan hanya mengenai mana-mana perkara yang termasuk dalam perenggan ini, tetapi tidak mermpunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberi oleh undang-undang persekutuan; mengawal pengembangan iktikad dan kepercayaan antara orang-orang yang menganut ugama Islam; menentukan perkara-perkara Hukum Syarak dan iktikad dan adat istiadat Melayu.
Di bawah kuasa Perlembagaan Persekutuan ini juga, pihak berkuasa negeri mewujudkan Enakmen Pentadbiran Islam Negeri, dan di bawah enakmen inilah Mahkamah Syariah ditubuhkan. Serentak dengan ini juga, di bawah enakmen inilah diperuntukkan bidang kuasa dan juga pegawai-pegawai mahkamah yang akan mengendalikannya. Pentadbiran mahkamah ini juga telah diasingkan daripada pentadbiran agama Islam negeri. Oleh sebab itu terdapat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri-negeri dan di bawah jabatan ini, diwujudkan mahkamah-mahkamah yang diketuai oleh Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Negeri masing-masing.
Pada pengamatan penulis, ini sebenarnya ruang yang amat besar kepada kerajaan negeri untuk mentadbirkan Undang-Undang Islam dengan secara lebih cekap dan berdaya saing berbanding pada ketika struktur pentadbirannya diletakkan di bawah Jabatan Agama Islam bersama dengan lain-lain pentadbiran di bawah jabatan ini.
Bidang kuasa Jenayah
Tidaklah sebagaimana Mahkamah Sivil, bidang kuasa jenayah bagi Mahkamah Syariah adalah "dikurniakan" oleh Perlembagaan Persekutuan. Bidang kuasa Mahkamah Syariah telahpun ditentukan oleh Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984). Iai memperuntukkan bahawa Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman maksimum RM5000.00 denda, ataupun penjara maksimum 3 tahun ataupun sebatan 6 kali ataupun gabungan antara hukuman-hukuman berkenaan.
Semua kesalahan dan hukuman yang disebutkan ini adalah termasuk di dalam konsep takzir yang ditentukan oleh Islam dalam konteks kes-kes jenayah.
Dalam konteks Mahkamah Syariah di Malaysia,kesalahan-kesalahan jenayah syariah ini boleh dilihat peruntukannya di dalam tiga tempat:
1) Kesalahan-kesalahan yang diperuntukkan di bawah Undang-undang Pentadbiran Agama Negeri-negeri,
2) Kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen/Ordinan/Akta Undang-undang Keluarga Islam Negeri-negeri, dan
3) Kesalahan-kesalahan di bawah Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah yang secara khususnya memberikan peruntukan berkaitan dengan jenayah berkenaan.
Kesalahan-kesalahan yang berada di tempat yang ketiga ini juga turut melibatkan kesalahan jenayah syariah matrimoni seperti poligami tanpa izin mahkamah dan perceraian dilakukan di luar mahkamah.
Sehubungan dengan ini, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Selangor telah membentuk beberapa kategori jenayah yang tertentu, iaitu:
1) Kesalahan berkaitan akidah seperti menyebarkan doktrin palsu dan takfir.
2) Berhubung dengan kesucian agama Islam dan institusinya seperti menghina perkara-perkara yang berkait dengan agama, pihak berkuasa agama, fatwa, ingkar perintah mahkamah, berjudi, minum arak dan minuman yang memabukkan, tidak menghormati bulan Ramadan, tidak menunaikan solat Jumaat dan tidak membayar zakat atau fitrah.
3) Berhubung dengan kesusilaan seperti sumbang mahram, pelacuran, hubungan jenis, khalwat, lelaki berlagak seperti pondan dan perlakuan tidak sopan di khalayak awam.
4) Kesalahan pelbagai seperti membawa lari wanita yang sudah bersuami, menghalang pasangan yang telah bernikah daripada menjalani kehidupan sebagai suami isteri, menghasut suami isteri supaya bercerai atau meninggalkan kewajipan, menjual atau memberi anak kepada bukan Islam, qazaf (menuduh zina), mengutip zakat tanpa kebenaran dan menyalahgunakan tanda halal.
Bidang kuasa Mal
Istilah 'mal' sebenarnya merujuk kepada harta tetapi dalam konteks perundangan, ia merujuk kepada kes-kes bukan jenayah. Bidang kuasa mal bagi Mahkamah Syariah terpakai kepada semua orang Islam yang tinggal pemastautin negeri-negeri. Dan sebenarnya, Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa mal yang hampir menyeluruh dan merangkumi banyak aspek kekeluargaan Islam:
1) Berkaitan dengan isu-isu sebelum perkahwinan.
Seperti putus tunang, permohonan kebenaran untuk berkahwin dan permohonan untuk berpoligami.
2) Berkaitan dengan persoalan semasa perkahwinan.
Seperti permohonan mengesahkan perkahwinan, permohonan membatalkan perkahwinan yang tidak sah, permohonan nafkah diri, nafkah anak, mensabitkan isteri nusyuz, permohonan isteri supaya suami hidup bersama semula dan sebagainya.
3) Berkaitan dengan persoalan pembubaran perkahwinan.
Permohonan cerai khulu�,li�an, fasakh, talak, ta�liq, perceraian dengan perintah, kerana murtad dan juga secara anggapan mati.
4) Sebarang permohonan di dalam sesuatu kes sedang berjalan (interlocutory order)
Contohnya, permohonan sementara nafkah sama ada diri dan anak, hadanah, perintah larangan terhadap harta dan gangguan.
Bagi perkara ini, bukanlah sesuatu yang luar biasa satu-satu kes perbicaraan mengambil masa yang lama, kerana terlalu banyak isu yang perlu diselesaikan. Dalam sepanjang tempoh berkenaan, banyak perkara yang timbul yang perlu diselesaikan oleh pihak mahkamah. Sekiranya tidak diselesaikan, akan menyebabkan ketidakadilan dan aniaya kepada pihak-pihak yang terlibat. Oleh yang demikian, undang-undang memberikan ruang supaya pihak-pihak yang terlibat ketika menanti keputusan yang jelas dari pihak mahkamah dibenarkan untuk membuat permohonan sementara, sementara perbicaraan dijalankan. Umpamanya, adalah sangat wajar bagi seorang wanita memohon larangan (injunksi) terhadap bekas suaminya untuk tidak mengganggunya. Begitu juga memohon perintah larangan agar harta yang dimiliki secara bersama tidak dibenarkan untuk dilibatkan dalam sebarang urusan.
5) Isu-isu yang berbangkit selepas perceraian.
Perkara-perkara ini boleh dirujuk di mahkamah yang ada bidang kuasanya, iaitu selepas perceraian berlaku. Umpamanya, sagu hati (mutaah) selepas perceraian, harta sepencarian, nafkah iddah, nafkah anak, nafkah tertunggak dan juga soal hadanah (penjagaan anak).
6) Permohonan-permohonan mengenai wasiat, wakaf dan harta pusaka.
7) Permohonan penguatkuasaan perintah mahkamah.
Ini berlaku apabila keputusan yang dikeluarkan tidak diikuti oleh pihak yang kena tanggungan. Maka, pihak-pihak yang satu lagi boleh menuntut supaya perintah-perintah yang dikeluarkan itu dikuatkuasakan oleh pihak mahkamah.
Rumusan
Mahkamah Syariah telahpun mengalami banyak perubahan terutama dari sudut pentadbiran yang lebih cekap, efisien dan sebagainya. Dan inilah sebenarnya yang diharapkan oleh masyarakat.
Ini adalah kerana salah satu prinsip pemakaian undang-undang yang agak penting ialah soal pengiktirafan (recognition) masyarakat. Apabila masyarakat merasakan Mahkamah Syariah boleh diharapkan, diberi kepercayaan dan boleh menyelesaikan masalah-masalah masyarakat, maka di situlah wujudnya pengiktirafan di kalangan masyarakat.
Pada hemat penulis, Mahkamah Syariah di Malaysia telahpun diberi pengiktirafan oleh masyarakat. Ini adalah kerana, kita sama-sama dapat melihat mahkamah telahpun menangani banyak kes kekeluargaan di kalangan masyarakat Islam. Begitu juga dalam soal jenayah syariah. Mahkamah Syariah di Malaysia telahpun mengendalikan kes-kes jenayah syariah.
Walau bagaimanapun, persoalannya bagaimana hendak memaksimumkan pemahaman masyarakat mengenai bidang kuasa mahkamah? Ini kerana disebabkan pemahaman inilah yang menyebabkan mereka yang menghadapi masalah, membawa masalah mereka itu ke hadapan mahkamah. Dalam keadaan mereka boleh mengharapkan Mahkamah Syariah memberikan keadilan kepada mereka, memberikan hak yang dituntut dan boleh menghukum mana-mana pihak yang mengabaikan tanggungjawab mereka ataupun bagi mereka yang telah melakukan kesalahan.
Maka, maklumat sebegini amatlah diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat awam, khususnya masyarakat Islam di Malaysia memahami bidang kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia.


KLIK...MASALAH VIDEO TAK DITONTON





Dulu Saya Hormati Ulama, Sekarang Saya Tidak - Dr Dzulkefly Ahmad
Tarikh : Monday, February 23 @ 16:00:00 MYT
Topik : Respon




Multaqa Ulama Semalaysia II anjuran Dewan Ulama PAS yang berlangsung seharian pada Sabtu, 21 Februari mengundang persoalan sama ada masih ada lagi harapan untuk menyatukan puak yang berlainan pendapat dalam parti Islam itu atau tidak.

Jika selama ini PAS boleh bermegah kerana barisan kepimpinan mereka dikuatkan oleh kedua-dua golongan ulama dan profesional, mendengar perbahasan dan kertas kerja dibentangkan perwakilan semasa multaqa itu, timbul keraguan mungkin keadaan kini berubah.

"Saya ingin melahirkan rasa sedih bercampur geram yang amat sangat dengan apa yang berlaku dalam multaqa kali ini. Apakah ada lagi ruang untuk penyatuan hati-hati ini?" soal ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad yang juga pengarah Pusat Penyelidikan PAS.

Inilah tanggapan awal salah seorang pemimpin PAS yang menjadi sasaran golongan ulama yang berhimpun di Stadium Tertutup MPSJ di Serdang, Selangor pada Sabtu.

Multaqa itu diadakan menjelang Muktamar Agung Tahunan PAS 2015 pada Jun yang bakal menyaksikan pertandingan dalam pemilihan pucuk pimpinan.

Ini kali kedua multaqa sebegini diadakan bermula dengan yang pertama pada 2013 di Alor Star sebelum Muktamar PAS tahun itu.

Di akhir multaqa yang dihadiri kira-kira 1,000 perwakilan, ia menyenaraikan 16 resolusi yang dibuat selaras dengan tema multaqa iaitu 'Terus Istiqamah Bersama Kepimpinan Ulama'.

Semasa perhimpunan itu, peserta multaqa mensasarkan serangan mereka kepada golongan yang dianggap sebagai pengkhianat kerana mengkritik presiden PAS dan melanggar arahan Majlis Syura Ulama.

Mereka yang bernaung dan mendekati pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang ditubuhkan ahli PAS dan yang menjadi pelobi utama agar PAS terus kekal dengan Pakatan Rakyat (PR) juga menjadi sasaran utama.

Bahkan, Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yaakob seperti mengisytiharkan perang ke atas PasMa dan memberikan amaran sebarang pelanggaran terhadap arahan Majlis Syura Ulama dan keputusan presiden merupakan satu kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS.

"Saya tidak takut dengan ancaman mereka, tetapi kalau dulu saya hormati ulama, sekarang saya sudah hilang rasa hormat itu. Dan saya berazam mengubah (kesilapan) itu," kata Dzulkefly kepada The Malaysian Insider.

Dalam suasana beginilah, kata Dzulkefly, beliau teringat dengan ayat Al-Quran yang selalu dibaca bekas presiden PAS allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor iaitu dari surah Al-Hashr yang bermaksud: "Mereka nampak bersatu tetapi hati mereka sebenarnya berpecah".

"Ayat itu dulu digunakan Fadzil untuk Umno, kerana perpecahan dalam parti itu, tetapi sekarang ia pusing balik kepada PAS," katanya.

Beliau mempersoalkan kenapa perkara ini berlaku dalam era kepimpinan PAS di bawah Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekarang.

"Ia sangat mengganggu gugat jiwa saya," katanya.

Pandangan Dzulkefly turut disokong seorang pengkaji politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof.

"Dulu, meraikan perbezaan pendapat, sekarang alergi kepada pendapat berbeza. Menentang pandangan ulama sifat syaitan, kata seorang pemimpin PAS," tulis Agus dalam Facebooknya.

Agus juga jelas tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang PAS bukan menyertai pilihan raya untuk ke Putrajaya, tetapi keredaan Allah yang dicari.

"Dulu menyertai pilihan raya untuk ke Putrajaya, bagi membina Malaysia baru. Sekarang bukan kemenangan pilihan raya yang dicari, tetapi keredaan Allah," tulisnya.

Beliau seterusnya menulis, PAS dulu menentang sikap mengagungkan pemimpin, "sekarang menuntut ketaatan (wala') ahli kepada pemimpin".

Pensyarah sains politik itu juga berkata, era kepimpinan PAS dulu sangat bangga dengan gabungan antara ulama dan profesional dalam parti itu tetapi sekarang tidak lagi.

"Dulu bangga dengan gabungan ulama dengan profesional, sekarang saling menghentam sesama sendiri," tulisnya.

Seorang perwakilan multaqa semalam menyarankan pemimpin kanan PAS melepaskan jawatan sekiranya mereka tidak lagi menyokong dan terus mengkritik Hadi.

Ia senada dengan saranan Hadi dalam Muktamar PAS tahun lalu yang meminta mereka yang mahu menjadi 'imam' mencari tanah lain dan buat masjid sendiri dan jadi 'imam'.

Wakil Dewan Ulama Perak Sidek Noor menyifatkan timbalan presiden, naib presiden dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang ada sekarang tidak layak memegang jawatan tersebut kerana tindakan mereka yang selalu membelakangi Hadi.

"Mereka tidak layak memegang jawatan timbalan, naib dan AJK PAS Pusat sekiranya tidak membantu presiden, lebih baik lepaskan jawatan," katanya dalam perbahasannya.

Pengarah Operasi Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki ketika membentangkan kertas kerja dalam multaqa itu pula berkata, saranan untuk kembali kepada kepimpinan ulama dibuat kerana khuatir pemimpin yang tidak dilantik daripada kalangan itu hanya akan menyesatkan ahlinya.

"Apabila gerakan Islam tidak dipimpin ulama, akan tiba masanya mereka yang jadi pemimpin itu boleh sesat dan menyesatkan orang lain," katanya membentangkan kertas kerja mengenai gerakan Islam pasca kebangkitan Arab.




Tiada ulasan: