Selasa, 24 Februari 2015

TAK JOIN UMNO ELOKLAH...KALAU JOIN...PAS AKAN TERIMALAH...PENYOKONG YANG BUKAN AHLI TAK KAN BERI UNDI...TERMASUK CINA DAN SEDIKIT INDIA...YANG UNDI YANG BERPEGANG PADA WALA...WALAUPUN PAS PUN DAH JOIN


Tuesday, 24 February 2015


Najib Dan Pemimpin Umno Terkancing Gigi Dengar Berita Ini

PAS menegaskan tidak akan bersama Umno bagi membentuk kerajaan dan tidak percaya parti Melayu itu akan membantu mereka melaksanakan hudud, kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Naib presiden PAS itu berkata, perkara penggabungan bersama Umno ini tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti.
‎"Berdekad-dekad Umno menentang hudud dan memperlekehkan hukum Allah ini, dan tidak menggunakan al-Quran dan hadis sebagai rujukan tertinggi parti, apakah mungkin tiba-tiba Umno betul ingin membantu PAS melaksanakannya?‎" soal Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak sebarang cadangan berkenaan penggabungan Umno dan PAS kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti.
Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menolak sebarang cadangan berkenaan penggabungan Umno dan PAS kerana ia tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat parti
Menurut Tuan Ibrahim, jika daripada segi pembahagian kerusi Parlimen juga tidak menunjukkan cadangan itu akan menjadi realiti.
"PAS ada 21 kerusi Parlimen, Umno mempunyai 88 kerusi Parlimen.
"Jika bergabung, Umno nak bagi berapa kerusi kepada PAS? 40? Dari sudut ini sahaja, tuduhan PAS akan bergabung dengan Umno sudah tidak masuk akal," katanya.
Semalam, Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob di Putrajaya bagi membincangan beberapa isu kesejahteraan rakyat Kelantan, sebagaimana dicatat dalam Facebook beliau.
Menurut Tuan Ibrahim, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menegaskan tidak akan bergabung dengan Umno pada muktamar lalu.
Katanya dasar gabungan antara PAS dan Umno mesti melalui keputusan muktamar‎ dan tidak datang daripada pandangan peribadi ahli parti.
Beliau turut menafikan alasan penggabungan bagi memberi laluan  Kelantan melaksanakan Hudud kerana sekiranya ia benar Umno sudah melakukan di semua negeri pentadbiran mereka.
Katanya PAS juga tidak harus melupakan sejarah lama Umno yang menolak parti Islam dan cadangan kerajaan campuran wujud ketika pengaruh parti Melayu itu semakin lemah.
"Sudah sekian lama, Umno menindas Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz dan rakyat Kelantan dengan menafikan royalti minyak, pembangunan, lebuh raya, lapangan terbang dan langsung tidak menghormati sistem federalisme.
"Apakah tindakan parti yang zalim terhadap PAS berdekad-dekad ini boleh dipercayai?" katanya.
Beliau berkata, PAS lebih rela  membentuk sebuah kerajaan baru berteraskan Islam daripada menerima kerjasama Umno yang kononnya bertujuan unt‎uk perpaduan orang Melayu.
"Amalan rasuah, salah guna kuasa, pengurusan ekonomi negara yang pincang dan tindakan menggunakan akta dan tindakan yang zalim untuk mendiamkan rakyat mesti dihentikan.
"Semua ini tidak akan dapat dicapai di atas tapak Umno yang korup," katanya.
Addin:

Umno dah faham bahasa?.. PAS tak ingin.. jangan di patuk ular di dalam lubang yang sama..
Sumber
Tak payah sembang banyak. Jika UMNO lebih baik dari DAP sila desak NAJIB RAZAK keluarkan Kenyataan Rasmi dari Wisma Putra bahawa Kerajaan Barisan Nasional Menyokong Penuh perlaksanaan undang2 HUDUD di Kelantan..
Tak perlu nak memanggil Ahli PAS yg tidak sehaluan dgn Presiden sebagai BARUA dan SYAITAN
Tak perlu nak mengelar PKR dan DAP sebagai BABI.
KAMI CABAR MSU PAS DESAK NAJIB KELUAR KENYATAAN MENYOKONG HUDUD JANGAN DOK MEROYAN SIANG MALAM..
INGAT..!!! Siapa yang bayar gaji serta elaun korang semua.. Itu manusia yang korang panggil sebagai BARUA, Syaitan, Jebon, Munafiq dan rakyat yang bayar..
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO - Return
Like ·
Kepada Sahabat yang berkesempatan dimaklumkan bahawa satu laporan polis akan dibuat di IPD Putrajaya terhadap YAB Ustaz Dato Ahmad Yaakob MB Kelantàn merangkap Pemangku Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat dàn YB Dato Nik Amar Abdullah yang telah memfitnah dan menyesatkan ahli2 PasMa di dalam ucapan mereka di dalam Multaqa Ulamak di Stadium MPSJ Serdang Jaya seperti yàng tersiàr di dalam àkhbar2 arus perdana.
Like ·
·
·






PAS FITNAH ANWAR TOLAK PERLAKSAAN HUDUD DI KELANTAN..
Berkali2 Anwar panggil Haji Hadi supaya membentangkan Draf HUDUD di dalam Mesyuarat Presiden Pakatanan Rakyat agar sama2 dapat membahas serta membicangkan bagaimana kaedahnya agar HUDUD yang akan dibetangkan tersebut boleh dilaksanakan dengan mengambil kita beberapa kelonggaran di dalam Artikel serta Klausa2 yang terdapat di dalam Pelembagaan Negara..
Anwar sudah menyediakan beberapa orang pakar Perlembagaan Negara yang di...
See More

Anwar Ibrahim menyatakan pendirian secara peribadi menyokong Perlaksanaan Hukum Hudud dimulakan di Negeri Kelantan walaupun bukan agenda Pakatan. Anwar menye...
youtube.com
Like ·
·
BEGINILAH PUTARANYA..
Setelah diasak bagi membentangkan Draf Hudud Kelantan di dalam Mesyuarat Presiden Pakatan Rakyat.
Setelah letih Professor Aziz Bari bercermarah ke seluruh negara tentang ruang2 kolonggaran Perlembagaan Negara dalam perlaksanaan HUDUD.
Tiba-tiba Haji Hadi buat pusingan U- Turn dengan mengeluarkan Kenyataan di Media Masa bahawa HUDUD bukan Keutamaan PAS dan PAS akan menumpukan kepada kebajikan serta keadilan..
Teuku Zacharyah Iskandar
Admin FB : Anak Muda Bangkit Hancurkan UMNO - Return
Like ·
·
Cha Rijal pakat2 share la yer.. keh keh keh.. https://www.facebook.com/video.php?v=10152658932212423&set=vb.93670242422&type=2&theater
66,496 Views
Penjelasan yang sangat baik tentang hukum mencuri dalam Islam. Menjelas kekeliruan barat terhadap Islam.
Dengar dan sebar. Semoga ilmu yg berguna ini difahami seluruh anggota masyarakat..





Saya tak hormat ‘ulama’ maki hamun (dan melabel), kata AJK PAS Pusat

February 24, 2015
Dr Dzulkefly Ahmad mengatakan apa yang berlaku di Multaqa Ulama ke-2 baru-baru ini menyedihkannya kerana ramai ulama yang memaki hamun satu sama lain. – Gambar fail The Malaysian Insider oleh 24 Februari, 2015.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan beliau bukan tidak menghormati ulama, tetapi sudah hilang hormat kepada pihak yang menggelar diri ulama tetapi memaki hamun sesama sendiri, apatah lagi sesama jamaah Islam.
“Yang saya tidak hormati ustaz-ustaz yang mengaku ulama tetapi memaki hamun dan kerjanya melabel sesama ahli jamaah dan parti sendiri,” kata pengarah eksekutif pusat penyelidikan PAS itu.
Dzulkefly mengulas laporan The Malaysian Insider sebelum ini yang melaporkan beliau berasa sedih dengan apa yang berlaku dalam Multaqa Ulama ke-2 di Serdang baru-baru ini, yang penuh dengan maki hamun sesama PAS.
“Apakah ada lagi ruang untuk penyatuan hati-hati ini?” soal beliau berikutan pelbagai ancaman yang dihamburkan kepada kumpulan yang tidak sealiran pemikiran dengan mereka.
Ekoran itu, Dzulkefly dilaporkan berkata, “Saya tidak takut dengan ancaman mereka, tetapi kalau dahulu saya hormati ulama, sekarang saya sudah hilang rasa hormat itu. Dan saya berazam mengubah (kesilapan) itu.”
Kenyataan Dzulkefly itu diputar oleh pihak tertentu seolah-olah beliau tidak menghormati semua ulama.
Satu poster dibuat dengan memetik kata-kata beliau itu dan diletakkan gambar ulama PAS yang kelihatan seolah-olah beliau hilang hormat terhadap mereka.
Dalam Multaqa Ulama anjuran Dewan Ulama PAS baru-baru ini, pelbagai istilah digunakan untuk melabel pihak-pihak yang didakwa menentang kepimpinan ulama dalam PAS, khasnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Pihak paling teruk diserang ialah pimpinan PAS yang didakwa sebagai pro Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang dibentuk untuk melobi agar PAS kekal dengan Pakatan Rakyat. – 24 Februari, 2015.
See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/saya-tak-hormat-ulama-maki-hamun-kata-ajk-pas-pusat#sthash.MCVh2QUY.dpuf
OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA (TMI)
Published: 23 February 2015 11:30 AM
Selepas multaqa ulama minggu lalu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad khuatir sama ada masih wujud atau tidak ruang menyatukan ulama dan profesional dalam PAS. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Februari, 2015 –
Multaqa Ulama Semalaysia II anjuran Dewan Ulama PAS yang berlangsung seharian pada Sabtu, 21 Februari mengundang persoalan sama ada masih ada lagi harapan untuk menyatukan puak yang berlainan pendapat dalam parti Islam itu atau tidak.
Jika selama ini PAS boleh bermegah kerana barisan kepimpinan mereka dikuatkan oleh kedua-dua golongan ulama dan profesional, mendengar perbahasan dan kertas kerja dibentangkan perwakilan semasa multaqa itu, timbul keraguan mungkin keadaan kini berubah“Saya ingin melahirkan rasa sedih bercampur geram yang amat sangat dengan apa yang berlaku dalam multaqa kali ini. Apakah ada lagi ruang untuk penyatuan hati-hati ini?” soal ahli jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad yang juga pengarah Pusat Penyelidikan PAS.
Inilah tanggapan awal salah seorang pemimpin PAS yang menjadi sasaran golongan ulama yang berhimpun di Stadium Tertutup MPSJ di Serdang, Selangor pada Sabtu.
Multaqa itu diadakan menjelang Muktamar Agung Tahunan PAS 2015 pada Jun yang bakal menyaksikan pertandingan dalam pemilihan pucuk pimpinan.
Ini kali kedua multaqa sebegini diadakan bermula dengan yang pertama pada 2013 di Alor Star sebelum Muktamar PAS tahun itu.
Di akhir multaqa yang dihadiri kira-kira 1,000 perwakilan, ia menyenaraikan 16 resolusi yang dibuat selaras dengan tema multaqa iaitu ‘Terus Istiqamah Bersama Kepimpinan Ulama’.
Semasa perhimpunan itu, peserta multaqa mensasarkan serangan mereka kepada golongan yang dianggap sebagai pengkhianat kerana mengkritik presiden PAS dan melanggar arahan Majlis Syura Ulama.
Mereka yang bernaung dan mendekati pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang ditubuhkan ahli PAS dan yang menjadi pelobi utama agar PAS terus kekal dengan Pakatan Rakyat (PR) juga menjadi sasaran utama.
Bahkan, Pemangku Ketua Dewan Ulama Datuk Ahmad Yaakob seperti mengisytiharkan perang ke atas PasMa dan memberikan amaran sebarang pelanggaran terhadap arahan Majlis Syura Ulama dan keputusan presiden merupakan satu kesalahan mandatori dalam undang-undang PAS.
“Saya tidak takut dengan ancaman mereka, tetapi kalau dulu saya hormati ulama, sekarang saya sudah hilang rasa hormat itu. Dan saya berazam mengubah (kesilapan) itu,” kata Dzulkefly kepada The Malaysian Insider.
Dalam suasana beginilah, kata Dzulkefly, beliau teringat dengan ayat Al-Quran yang selalu dibaca bekas presiden PAS allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor iaitu dari surah Al-Hashr yang bermaksud: “Mereka nampak bersatu tetapi hati mereka sebenarnya berpecah”. (Al-Hashr: 14)

“Ayat itu dulu digunakan Fadzil untuk Umno, kerana perpecahan dalam parti itu, tetapi sekarang ia pusing balik kepada PAS,” katanya.
Beliau mempersoalkan kenapa perkara ini berlaku dalam era kepimpinan PAS di bawah Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekarang.
“Ia sangat mengganggu jiwa saya,” katanya.
Pandangan Dzulkefly turut disokong seorang pengkaji politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohamad Agus Yusof.
“Dulu, meraikan perbezaan pendapat, sekarang alergi kepada pendapat berbeza. Menentang pandangan ulama sifat syaitan, kata seorang pemimpin PAS,” tulis Agus dalam Facebooknya.
Agus juga jelas tidak bersetuju dengan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang PAS bukan menyertai pilihan raya untuk ke Putrajaya, tetapi keredaan Allah yang dicari.
Dulu menyertai pilihan raya untuk ke Putrajaya, bagi membina Malaysia baru. Sekarang bukan kemenangan pilihan raya yang dicari, tetapi keredaan Allah,” tulisnya.
Beliau seterusnya menulis, PAS dulu menentang sikap mengagungkan pemimpin, “sekarang menuntut ketaatan (wala’) ahli kepada pemimpin”.
Pensyarah sains politik itu juga berkata, era kepimpinan PAS dulu sangat bangga dengan gabungan antara ulama dan profesional dalam parti itu tetapi sekarang tidak lagi.
“Dulu bangga dengan gabungan ulama dengan profesional, sekarang saling menghentam sesama sendiri,” tulisnya.
Seorang perwakilan multaqa semalam menyarankan pemimpin kanan PAS melepaskan jawatan sekiranya mereka tidak lagi menyokong dan terus mengkritik Hadi.
Ia senada dengan saranan Hadi dalam Muktamar PAS tahun lalu yang meminta mereka yang mahu menjadi ‘imam’ mencari tanah lain dan buat masjid sendiri dan jadi ‘imam’.
Wakil Dewan Ulama Perak Sidek Noor menyifatkan timbalan presiden, naib presiden dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang ada sekarang tidak layak memegang jawatan tersebut kerana tindakan mereka yang selalu membelakangi Hadi.
“Mereka tidak layak memegang jawatan timbalan, naib dan AJK PAS Pusat sekiranya tidak membantu presiden, lebih baik lepaskan jawatan,” katanya dalam perbahasannya.
Pengarah Operasi Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki ketika membentangkan kertas kerja dalam multaqa itu pula berkata, saranan untuk kembali kepada kepimpinan ulama dibuat kerana khuatir pemimpin yang tidak dilantik daripada kalangan itu hanya akan menyesatkan ahlinya.
“Apabila gerakan Islam tidak dipimpin ulama, akan tiba masanya mereka yang jadi pemimpin itu boleh sesat dan menyesatkan orang lain,” katanya membentangkan kertas kerja mengenai gerakan Islam pasca kebangkitan Arab. – 23 Februari, 2015.

Tiada ulasan: