‘Semua orang sayang Tok Guru’
KOTA BHARU - "Semua orang sayang Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat), sebab itu ramai yang datang hari ini," kata isteri Mursyidul Am
Pas, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.
Sejurus berkata demikian, Tuan Sabariah tidak dapat menahan sedih dan mengesat air matanya.
Biarpun sedih, beliau kemudiannya tersenyum semula sebaik sahaja memandang beberapa tetamu yang berada di sisinya termasuk Exco Kebajikan dan Wanita Kelantan, Mumtaz Md Nawi.
Dalam keadaan terharu, beliau berkata, kesemua ahli keluarganya sempat menemui arwah sebaik sahaja tiba di rumah di Pulau Melaka, di sini, malam semalam.
"Saya sentiasa ada di sisi arwah sebelum dia pergi. Sempat jumpa. Anak cucu pun sempat berhimpun.
"Semua sempat balik jumpa Tok Guru dan kami reda dengan semuanya," katanya lagi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Melaka jam 9.40 malam.
Allahyarham sebelum itu dibawa pulang pada 8.40 malam dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan ditemani kaum keluarga.
[ARTIKEL BERKAITAN: Nik Aziz kembali ke rahmatullah]
Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada orang ramai bukan sahaja dari negeri ini, malah dari luar Kelantan dan beberapa negara.

Post by Siakap Keli.
Kehilangan besar buat pimpinan ulama, kata Hadi
Namun beliau berkata, Pas akan meneruskan perjuangan parti meskipun kehilangan Allahyarham.
"(Pemimpin) Yang pergi (meninggal dunia) akan berganti, tetapi tidak mungkin sama dengan yang telah pergi," katanya ketika menziarah jenazah Nik Aziz di Masjid Pulau Melaka di sini.
Antara pemimpin pembangkang yang turut menziarah ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Sementara itu Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, jasa dan pengorbanan Nik Aziz akan sentiasa dikenang kerana beliau merupakan pendokong penubuhan PR.
Beliau melahirkan rasa kagum dengan kehidupan sederhana yang diamalkan bekas menteri besar Kelantan itu dan berkata ia wajar dijadikan teladan buat semua.
"Saya mewakili kerajaan negeri Pulau Pinang mengambil kesempatan ini bagi mengucapkan takziah ke atas keluarga beliau.
"Kehilangan pemimpin Pas tersohor ini sememangnya kami rasai kerana dia disegani semua lapisan masyarakat baik pemimpin besar termasuklah bukan Islam," katanya.
Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu berkata, Allahyarham Tok Guru merupakan seorang ketua yang hebat serta disegani semua pihak dan pemergiannya merupakan satu kehilangan besar.
Allahyarham meninggal di kediamannya di Pulau Melaka pada pukul 9.40 malam tadi. - Bernama·
Permohonan Anwar ziarah Nik Aziz ditolak
SUNGAI BULOH - Permohonan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
kepada pihak berkuasa penjara untuk membenarkannya hadir ke majlis
pengebumian bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari
ini, ditolak, kata Nurul Nuha Anwar.
Nurul Nuha bagaimanapun berkata pihak penguasa penjara memberi alasan bahawa permohonan itu ditolak dan ia tertakluk kepada budi bicara 'pihak atasan'.
"Ditolak (permohonan), kita akan hantar mesej rasmi kepada kerajaan untuk memohon melawat, papa sangat sedih kerana Nik Aziz adalah seorang kawan yang baik baginya.
“Kita akan buat rayuan, tapi dia kata pihak atasan akan pertimbangkan dan ia terpulang pihak atasan," katanya kepada pemberita selepas melawat ayahnya yang sedang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas permohonan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menerusi peguamnya, Latheefa Koya yang mahu menghadiri majlis pengebumian Allahyarham Nik Abdul Aziz, di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.
Sejak Anwar ditahan pada Selasa selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara dijatuhkan Mahkamah Rayuan kerana didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, pihak penjara masih belum memberikan sebarang jawapan.
PUTRAJAYA: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat banyak mencorakkan landskap
politik negara dan kehilangannya meninggalkan satu kelompangan besar,
kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Beliau, yang juga Ketua Pemuda Umno, berkata bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS itu adalah seorang tokoh politik dan agama yang telah banyak mempengaruhi pelbagai peringkat masyarakat terutama orang muda.
"Ramai pengikut Allahyarham adalah orang muda dan saya sebagai orang muda dalam UMNO menghormati beliau sebagai seorang tokoh politik.
"Sudah pasti pemergiannya walaupun berbeza dari segi ideologi politik adalah satu kehilangan besar kepada negara. Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham terutama kepada anaknya Nik Mohamad Abduh yang saya kenal," katanya.
Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perasmian 'Onboarding Session' Makmal Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein di sini, hari ini.
Nik Abdul Aziz, 84, menghembuskan nafas terakhir di kediaman beliau di Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan pada jam 9.40 malam tadi, kira-kira sejam selepas pulang daripada Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.
Allahyarham dirawat di hospital itu sejak 19 Jan lepas kerana kanser prostat.
Sementara itu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata beliau menghormati Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang bersandarkan kepada nilai-nilai yang boleh dikongsi bersama walaupun terdapat perbezaan ideologi politik.
"Saya sedih kita kehilangan seorang tokoh yang telah banyak mencorakkan politik negara kita. "Dari segi politik kami tidak bersama tetapi pemergian beliau memberi peringatan kepada kita semua bahawa personaliti itu merupakan sesuatu yang sementara dan kita semua akan pergi suatu hari nanti," katanya. - BERNAMA
Nurul Nuha bagaimanapun berkata pihak penguasa penjara memberi alasan bahawa permohonan itu ditolak dan ia tertakluk kepada budi bicara 'pihak atasan'.
"Ditolak (permohonan), kita akan hantar mesej rasmi kepada kerajaan untuk memohon melawat, papa sangat sedih kerana Nik Aziz adalah seorang kawan yang baik baginya.
“Kita akan buat rayuan, tapi dia kata pihak atasan akan pertimbangkan dan ia terpulang pihak atasan," katanya kepada pemberita selepas melawat ayahnya yang sedang menjalani hukuman di Penjara Sungai Buloh, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas permohonan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu menerusi peguamnya, Latheefa Koya yang mahu menghadiri majlis pengebumian Allahyarham Nik Abdul Aziz, di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, hari ini.
Sejak Anwar ditahan pada Selasa selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara dijatuhkan Mahkamah Rayuan kerana didakwa meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008, pihak penjara masih belum memberikan sebarang jawapan.
Anwar sampai mesej sedih perginya Nik Aziz
SUNGAI BULOH - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan
pemergian Mursyidul Am Pas, Datuk Abdul Nik Aziz Nik Mat malam tadi
sebagai satu kehilangan yang besar buat dirinya.
Mesej sedih itu disampaikan melalui isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang melawatnya di Penjara Sungai Buloh, di sini, hari ini.
"Saudara Anwar menyatakan kesedihannya kerana kehilangan dengan pulangnya ke rahmatullah Tuan Guru Nik Aziz.
"Ini kerana beliau telah berikan banyak sokongan dan dorongan terutamanya ketika kali pertama Anwar ditangkap dan dipenjara sebelum ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Anwar.
Allahyarham Nik Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan meninggal dunia pada jam 9.40 malam Jumaat di kediamannya di Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka pada jam 10.55 pagi, hari ini.
Jenazahnya disemadikan di sebelah kubur ayahandanya Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia kira-kira 40 tahun yang lalu.
Terdahulu jenazah Allahyarham yang juga Adun Cempaka itu disolatkan ribuan umat Islam yang datang dari seluruh negara di Masjid Pulau Melaka kira-kira jam 10 pagi.
Turut hadir memberi perhormatan terakhir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin tertinggi negara.

Ini bukan berita baharu
- Salinan paparan berita TOP 5 Sinar Harian Online. Pembaca dinasihatkan hanya merujuk portal Sinar Online di www.sinarharian.com.my untuk mendapatkan berita yang sahih.
SHAH ALAM - Sinar Online ingin memaklumkan berita bertajuk 'Bapa
Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar', bukan berita baharu
sebaliknya telah diterbitkan pada 2013.
Makluman ini dibuat ekoran tajuk berita itu kembali menjadi pilihan berita Paling Hangat di portal Sinar Online.
[ARTIKEL BERKAITAN: Bapa Saiful: Anak saya diperguna untuk jatuhkan Anwar]
Sementara itu, tinjauan di enjin carian Google mendapati, beberapa blog dan portal berita turut memaparkan semula dan berkongsi berita itu.
Tinjauan itu mendapati terdapat beberapa portal dan blog tersebut menyalahguna dan memaparkan berita seolah-olah berita baharu.
Pembaca dinasihatkan hanya merujuk portal Sinar Online di www.sinarharian.com.my untuk mendapatkan berita yang sahih.

Anwar ziarahi Nik Aziz yang sakit ketika banjir melanda Kelantan
Anwar Ibrahim dan Husam Musa bersama melawat Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat – Gambar MSO Melayu
Semasa banjir memuncak di Kelantan Tok guru ku Nik Abdul Aziz Nik Mat berada di hospital, keuzuran dialaminya kebelakangan ini sama sekali tidak memberi kesempatan untuknya meninjau keadaan banjir dan menemui mangsa banjir.
Apa yang dapat dilakukan oleh Tokguru hanya berdoa dari atas katil dalam ward agar banjir lekas surut dan rakyat Kelantan bersabar menghadapi ujian daripada Allah.
Betapa terkilannya Tokguru kerana tidak dapat meninjau keadaan banjir seperti biasa hanya Tuhan saja yang tahu. Sebelum ini bila berlaku banjir, beliaulah antara orang pertama turun padang menemui rakyat.
Kali ini dengan keuzuran agak serius dialaminya, beliau hanya dapat mendengar laporan dari mereka yang menziarahinya.
Jam 4:00 petang tadi Tokguru dikunjungi Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di rumahnya di Pulau Melaka bersama Husam Musa. Bekas MB Kelantan itu sudah keluar dari hospital. Kunjungan Anwar itu adalah simbolik bahawa penghormatan beliau kepada tokoh spritual itu tiada kesudahannya dan sudah tentu menjadi penawar kepada Tokguru itu.
Husam dan Anwar dan rombongan dengar taklimat banjir.
Kebetulan kedatangan Anwar ke Kelantan untuk meninjau keadaan banjir. Anwar bersama Husam dan rombongan dalam lawatan di Kuala Krai diberi taklimat banjir oleh pihak berkuasa tentera. Mungkin hasil taklimat itu turut disampikan Anwar dan Husam kepada Tokguru.
Anwar baru berada dalam tanah air malam tadi dan hari ini terus ke Kelantan dan mengambil peluang menziarahi Tokguru dalam tugasannya meninjau keadaan banjir.
Ternyata akhlak politik dan penyanjungan Anwar kepada Nik Aziz sesuatu yang tidak dibuat-buat. Beliau mengambil berat mengenai hubungan beliau dengan Mursyidum Am Pas itu bukan ke belakangan ini tetapi sejak dulu lagi.
Bukan saja kebetulan sesama berada di Kelantan tetapi Anwar akan terbang ke Kota Bharu semata-mata untuk berjumpa dengan Nik Aziz apa lagi kalau diketahui bekas MB itu uzur.
Pernah dalam satu kunjungan, Anwar berada di Kelantan tidak sampai tiga jam, sebaik saja berjumpa dan menziarahi Tokguru beliau terus terbang pulang.
Agak menyesalkan dan kontras rasa hormat yang ditunjukkan oleh Anwar itu sebaliknya tidak berlaku kepada Muhyiddin Mohd Yassin dan Mohd Najib Razak. Semasa Muhyiddin dan Najib berkunjung ke Kelantan untuk meninjau keadaan banjir, bekas MB Kelantan itu sudah terlantar di hospital tetapi kedua pemimpin tertinggi itu tidak menjengok untuk bertanya khabar Nik Aziz.
Sikap dan akhlak ini ternyata sekali berbeza dengan apa yang menjadi amalan Anwar dan juga para pemimpin politik PR lain. MB Selangor Mohamed Azmin Ali semasa turun ke Kelantan untuk menghulurkan bantuan banjir RM1 juta, sempat menziarahi dan bertanya khabar Tokguru. Azmin juga dilihat pemimpin yang menghormati golongan veteran.
Begitu juga dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang juga menyempatkan diri menziarahi Tokguru bersama Mohamad Sabu. Kenapa tidak dengan Najib dan Muhyiddin?
Apa hendak dibuat mungkin Muhyiddin atau Najib Razak tidak mempunyai masa untuk meluang bagi menjenguk Tokguru itu, atau pun tidak ada sesiapa yang menunjukkan jalan ke Pulau Melaka kepada Muhyiddin seperti apa berlaku sebelum ini Muhyiddin pernah “diculik” untuk bertemu mata dengan Tokguru. Sumber MSO Melayu

Nik Aziz banyak mencorakkan politik negara - Ahli Kabinet
Beliau, yang juga Ketua Pemuda Umno, berkata bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS itu adalah seorang tokoh politik dan agama yang telah banyak mempengaruhi pelbagai peringkat masyarakat terutama orang muda.
"Ramai pengikut Allahyarham adalah orang muda dan saya sebagai orang muda dalam UMNO menghormati beliau sebagai seorang tokoh politik.
"Sudah pasti pemergiannya walaupun berbeza dari segi ideologi politik adalah satu kehilangan besar kepada negara. Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham terutama kepada anaknya Nik Mohamad Abduh yang saya kenal," katanya.
Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perasmian 'Onboarding Session' Makmal Transformasi Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein di sini, hari ini.
Nik Abdul Aziz, 84, menghembuskan nafas terakhir di kediaman beliau di Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan pada jam 9.40 malam tadi, kira-kira sejam selepas pulang daripada Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian.
Allahyarham dirawat di hospital itu sejak 19 Jan lepas kerana kanser prostat.
Sementara itu, Hishammuddin yang juga Naib Presiden UMNO berkata beliau menghormati Allahyarham sebagai seorang pemimpin yang bersandarkan kepada nilai-nilai yang boleh dikongsi bersama walaupun terdapat perbezaan ideologi politik.
"Saya sedih kita kehilangan seorang tokoh yang telah banyak mencorakkan politik negara kita. "Dari segi politik kami tidak bersama tetapi pemergian beliau memberi peringatan kepada kita semua bahawa personaliti itu merupakan sesuatu yang sementara dan kita semua akan pergi suatu hari nanti," katanya. - BERNAMA
Wardina tegur TV3 tak sensitif tayang Mentor Legend semasa Nik Aziz dikebumi
pada 13-02-2015 06:02
SHAH ALAM: Pelakon dan pengacara muslimah terkenal, Wardina Safiyyah
menegur stesen TV3 yang dikatakan tidak sensitif dengan kematian
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ketika saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Astro Awani
gigih melaporkan laporan langsung mengenai pengkebumian bekas Menteri
Besar Kelantan itu, TV3 memilih untuk menyiarkan rancangan hiburan
terbitannya, Mentor Legend.
"Sewaktu hayatnya tidak pernah diundang untuk bual bicara bagi memahami
jiwa dan pemikirannya...malah kadang kala difitnah dinista...sewaktu
perginya tunjukkanlah "sedikit" hiba. Bukan calang-calang manusia," ujar
Wardina melalui laman Facebooknya.
Beliau juga bertindak berkongsi surat terbuka kepada TV3 oleh pelayar
internet berjudul' Teguran untuk TV3 berkabunglah hormat perasaan rakyat
Malaysia'.
Surat terbuka itu kini menjadi viral di media sosial.
Banyak yang mengkritik tindakan tidak sensitif TV3 itu dan rata-rata
mereka berpandangan jika berdepan dengan masalah sekalipun ketika mahu
membuat liputan secara langsung, stesen tv itu boleh menyajikan bacaan
ayat suci al-Quran, bukannya program hiburan.
Rata-rata pelayar internet menyatakan rasa terkilan mereka dengan stesen tv swasta itu.
Nik Aziz meninggal dunia pada jam 9.45 semalam akibat tahap kesihatannya makin merosot.
Pada hayatnya, Nik Aziz dilaporkan mengalami kenser prostat, darah tinggi, gastrik dan pelbagai lagi.
2 ulasan:
apa yang u all sibok pasaal kematian Nik Aziz?Dah lah masa hidup buat kerja yang bodoh menipu rakyat kelantan sokong PAS masuk syurga bencana banjir laknat aLLah yang datang. So Kelantan kalau nak hudud ingat serambi mekah Acheh nak hudud tsunami yang datang dan lah ni kelantan nak hudud belum bentangkan kat ADUN dah pun pergi yang minat nak potong tangan orang so pasal kebodohan Nik Aziz saya nak ingatkan rakyat malaysia betapa bodoh nya Nik Aziz masa dia jadi menteri Besar. seorang pekerja syarikat agensi kerajaan negeri pergi ke rumah Nik Aziz nak minta dia confirmkan kerja nya dah 3 tahun. so Nik Aziz cakap"Saya pasal pentadiran saya tak tahu apa apa" so ini lah pemimpin yang di anggap dahsyat so macam mana ?
TK..ATAS MAKLUMAN TUAN
Catat Ulasan