Rogol anak saudara hingga hamil: Si kudung dijel
KOTA BHARU - Haruan makan anak. Itu perumpamaan buat seorang lelaki
kudung yang merogol anak saudaranya hingga hamil terima padah setelah
dihukum penjara 17 tahun serta 10 sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini,
semalam.
Hukuman diputuskan Hakim, Mohd Yusoff Yunus terhadap lelaki berusia 56 tahun terbabit selepas dia mengaku merogol mangsa berusia 16 tahun di sebuah rumah di Kampung Dabong, Kuala Krai antara jam 2 dan 4 pagi, Julai 2013.
Sebelum itu, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Asmah Azhari mohon hukuman berat dikenakan terhadap tertuduh kerana perbuatannya itu.
“Tertuduh sepatutnya menjadi pelindung dan bukan merogol mangsa seperti ini. Mohon mahkamah mengambil kira penderitaan mangsa yang menyembunyikan kandungan hingga melahirkan anak itu seorang diri,” katanya.
Mangsa sebelum itu, ke rumah ibu saudara sebelah bapa untuk melawat wanita berkenaan dan bermalam di sana. Suami wanita tersebut turut sama berada di dalam rumah dan ketika tidur, tertuduh merogolnya serta memberi amaran supaya tidak memberitahu kejadian itu kepada orang lain. Takut dengan amaran tersebut, dia berdiam diri.
Mangsa bagaimanapun hamil dan menyembunyikan kehamilannya serta menanggung penderitaan bersendirian sehingga melahirkan seorang bayi lelaki pada 26 Mei 2014.
Segalanya terbongkar apabila abang mangsa mendengar tangisan bayi di belakang rumah di Kampung Lubok Bongor, Kuala Balah, Jeli, pada jam 8.45 malam.
Abang dan bapanya yang pergi melihat dan mendapati bayi itu sudah dilahirkan. Mangsa kemudiannya memberitahu dia dirogol tertuduh hingga mengandung.
Selepas laporan dibuat, tertuduh ditahan dan analisa ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) oleh Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya mengesahkan tertuduh adalah bapa kandung bayi berkenaan.

Artikel Berkaitan
- Rogol anak saudara hingga hamil: Si kudung dijel
- Gadis dirogol, tinggal tepi jalan
- 3 pelajar didakwa rogol rakan sekelas
- Penganggur didakwa rogol
- Padah ceroboh, cabul, ugut
- Rogol anak hingga mengandung
- Datuk cuba rogol cucu sendiri
- Tujuh pelajar IPT kena reman
- Dipenjara 16 tahun rogol gadis bawah umur
- Termakan pujukan kenalan lelaki
Kapt Mat shared Kobis Kobiss's video.
50 mins ·
TERBAIK DR FADZLI.......GENG UG DAN GENG GU TAK FAHAM FAHAM LAGI KE.... FORUM NI DAH LAMA DAH CERITA.. MUNGKIN DAH TAK SABAK NAK JADI MENTERI NOOOOOO......HE...HE...HE.... GIII AJE LAH......NANTI KEMPUNAN SEBELUM MALAIKAT MAUT PANGGIL.
CENDIAKAWAN ISLAM PENCEN KERAJAAN a.k.aG25!!!
SUKATAN INDEX SYARIAH KERAJAAN WA'SESAT'TIAH !!!
"Lakum Dinukum Waliyadin"

Fikrah (Pemikiran) Seorang Muslim.
https://www.youtube.com/watch?v=szJo8I8MB30

PKR terkejut penduduk Sabah guna ‘ambulan kerbau’ ke hospital -
Written By canang on Rabu, 25 Februari 2015 | 2/25/2015 07:56:00 PG
Pemuda PKR mendesak Putrajaya mengkaji semula kadar tuntutan royalti minyak kepada penduduk Sabah dalam usaha membasmi kemiskinan dan masalah pembangunan infrastruktur yang mundur. Naib Ketua PKR Tan Kar Hing berkata, desakan itu susulan pendedahan laporan akhbar tempatan mengenai kisah seorang penduduk Sabah yang terpaksa menggunakan khidmat "ambulan kerbau" sebagai pengangkutan untuk mendapatkan rawatan di hospital.
"Kami terkejut dengan kisah seorang penduduk berpenyakit di Kampung Niatang, Pitas yang bernama Bojong Mokiling yang terpaksa mendapatkan perkhidmatan 'Ambulan Kerbau' (Buffalo Ambulance) sebagai cara pengangkutan untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital. Ini seperti yang diliputi surat khabar tempatan Daily Express," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Beliau yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai berkata, binatang kerbau dijadikan pilihan tunggal penduduk untuk membawa pesakit ke jalan utama yang berjarak kira-kira 1.5 kilometer.
Katanya, meskipun Sabah merupakan negeri kedua terbesar dan mewakili 10% penduduk Malaysia, namun 40% daripada rakyat negeri dikategorikan sebagai miskin. Malah katanya, tahap infrastruktur asas di Sabah seperti jalan raya, perubatan dan pendidikan masih tidak memuaskan dan jauh terpinggir. "Nasib yang tertimpa ke atas pesakit tersebut amat mendukacitakan hati rakyat Malaysia, malah mungkin lebih ramai lagi isu yang sama berlaku di Sabah setiap hari.
" katanya. Tambahnya, tuntutan rakyat Sabah bukan untuk kerajaan melaksanakan projek mega seperti pembinaan pusat beli belah di Kudat atau Koridor Pembangunan Sabah, tetapi mahu sistem rangkaian pengangkutan dan jalan raya yang elok untuk penduduk dan kanak-kanak. "Sabah selama ini menjana sumbangan pendapatan yang besar kepada negara kita, tetapi tuntutan rakyatnya masih tidak direalisasikan sejak tahun 1976 hingga kini," katanya. Justeru itu, beliau mengulang semula desakan yang mahukan Putrajaya mengkaji semula kadar tuntutan royalti petroleum seperti mana yang dituntut negeri Kelantan dan Sarawak termasuk pembangunan kemudahan asas. – 24 Februari, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pkr-terkejut-penduduk-sabah-guna-ambulan-kerbau-ke-hospital#sthash.7l92mhnV.dpuf
Henti Program Jelajah Liwat II
- Published on Tuesday, 24 February 2015 09:59
Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan
Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, dalam forum
pertama yang dianjurkan Pemuda Umno di Kelana Jaya, minggu lalu, ketua
pendakwa raya kes Anwar itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah membuat
penerangan yang didakwa bersifat sangat lucah.
Katanya, pendedahan itu melibatkan
maklumat terperinci yang tidak dibentangkan dalam mahkamah terbuka
sepanjang tujuh tahun pembicaraan kes itu berjalan.
"Adakah ini bertujuan menerangkan kepada
orang awam atau untuk memburukkan reputasi Anwar yang kini meringkuk
dalam penjara dan tidak berpeluang membela dirinya?
"Membunuh karakter Anwar di dalam forum
itu tanpa Anwar berpeluang membela diri, sangat menjijikkan, sama sekali
tidak beretika, tidak Islamik dan pengecut," katanya dalam satu
kenyataan, semalam.
Menurutnya, dalam perundangan Islam,
seseorang yang menuduh orang lain melakukan perbuatan homoseksual mesti
membawa empat orang saksi terhadap perlakuan itu.
Mohd Azmi berkata, cara terbaik untuk
menyelesaikan isu membabitkan kes Anwar ialah dengan mengadakan siasatan
awam yang bebas terhadap dakwaan Anwar bahawa wujud konspirasi politik
terhadapnya.
Katanya, kerajaan dan rakyat Malaysia
juga perlu menumpukan kepada cabaran lebih utama yang sedang dihadapi
negara, iaitu ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan alam sekitar.
-Sinar Harian
Anwar masih MP hingga pengampunan dibuat
- Ketua Pembangkang yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di perkarangan mahkamah bagi mendengar keputusan terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan di Istana Kehakiman di Putrajaya. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim masih Ahli Parlimen Permatang
Pauh sehingga keputusan petisyen pengampunan yang dikemukakan keluarga
ketua pembangkang itu kepada Yang di-Pertuan Agong, diputuskan.
Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod berkata, kelayakan Anwar sebagai ahli Parlimen tidak akan terlucut sehingga Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan terhadap petisyen pengampunan itu.
"Statusnya (Anwar) sebagai ahli Parlimen akan terjawab selepas lembaga pengampunan membuat keputusannya. Setakat ini kelayakannya sebagai ahli Parlimen tidak akan terlucut," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Beliau berkata, Yang di-Pertuan Agong akan mempengerusikan prosiding pengampunan itu dengan dinasihati oleh anggota lembaga pengampunan terdiri daripada empat atau lima orang termasuk Peguam Negara.
Peguam, Amer Hamzah Arshad berkata Anwar masih lagi ahli Parlimen dan ia jelas termaktub dalam Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa seseorang ahli Parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhi hukuman penjara minimum setahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak mendapat pengampunan bebas.
Beliau menjelaskan "belum mendapat pengampunan bebas" bermakna, Anwar masih ahli Parlimen sehingga keputusan petisyen pengampunannya diputuskan.
Peguam kanan, Datuk Hazman Ahmad yang banyak mengendalikan kes jenayah pula berkata keputusan sesuatu petisyen pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong biasanya akan mengambil masa dan ia berdasarkan kepada fakta kes masing-masing.
Beliau berkata, tiada had masa ditetapkan di bawah peruntukan undang-undang untuk Yang di-Pertuan Agong mendengar dan memutuskan petisyen yang dikemukakan kerana ia merupakan budi bicara dan kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong.
"Ada mengambil masa sehingga tiga tahun, terpulang kepada kes masing-masing. Ada kes melibatkan hukuman gantung mengambil masa sehingga lima tahun untuk diputuskan," katanya.
Menjelaskan prosiding pengampunan itu, Hazman berkata tertuduh tidak perlu hadir untuk mendengar petisyen itu seperti di mahkamah kerana Yang di-Pertuan Agong akan bersidang bersama anggota lembaga pengampunan sahaja.
Selepas itu baharulah keputusan dibuat atas nasihat anggota lembaga pengampunan itu, katanya.
Hari ini, isteri Anwar, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, serta anak-anaknya, Nurul Izzah dan Nurul Nuha mengemukakan petisyen pengampunan kepada Yang di-Pertuan Agong bagi pihak ketua pembangkang itu berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pada 10 Februari lepas, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Anwar dan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima tahun dihadapinya bagi kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan