Sabtu, 3 Januari 2015

TUTUPLAH SEBELUM MATA DITUTUP OLEH ALLAH SWT...JANGAN DEGIL KEPADA PENCIPTA...PATUT BANJIR YANG MELANDA MENJADI UKURAN DAN MUHASABAH









Audior Kuliah
54 mins ·
BIODATA RASULULLAH SAW
Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
Khadijah Binti Khuwailid.
Saudah Binti Zam'ah.
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
Zainab Binti Jahsy.
Maimunah Binti Harith.
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
Qasim
Abdullah
Ibrahim
Zainab
Ruqaiyah
Ummi Kalthum
Fatimah Al-Zahra '
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
Thuwaibah
Hamzah
Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA SUSUAN
Halimah Al-Saidiyyah
Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
Al-Harith
Muqawwam
Zubair
Hamzah ***
Al-Abbas ***
Abu Talib
Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
Abdul Ka ' bah
Hijl
Dhirar
Umaimah
Al-Bidha (Ummu Hakim)
Atiqah ##
Arwa ##
Umaimah
Barrah
Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:
· Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
· Aku melihat cahaya dari lidahnya.
· Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
· Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
· Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
· Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
· Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
· Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
· Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
· Wajahnya seperti bulan purnama.
· Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
· Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
· Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
· Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
· Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
· Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
· Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
· Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
· Janggutnya penuh dan tebal menawan.
· Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
· Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
· Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
· Rambutnya sedikit ikal.
· Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
· Rambutnya terbelah di tengah.
· Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
· Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
· Seimbang antara kedua bahunya.
· Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
· Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
· Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
· Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
· Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
· Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
· Warna putihnya lebih banyak.
· Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
· Warna kulitnya putih tapi sihat.
Like · ·
Khalwat: Warga Bangladesh sanggup sembah kaki
  • Duda anak dua antara yang dicekup bersama pasangannya. Duda anak dua antara yang dicekup bersama pasangannya.
1 / 1
ALOR SETAR - "Saya sanggup sembah kaki tuan. Tolonglah, lepaskan saya," demikian rayuan seorang warga Bangladesh bagi mengelakkan diri dicekup dalam operasi dijalankan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), kelmarin.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, lelaki berusia 27 tahun berkenaan ditahan bersama pasangannya seorang wanita Kadazan berusia 30.

“Lelaki Bangladesh itu memberitahu mereka merancang untuk berkahwin, malah teman wanitanya dalam proses mendalami Islam.

“Mereka antara 15 orang berusia antara 16 hingga 34 tahun yang ditahan dalam operasi di sekitar bandar raya ini," katanya.

Menurutnya, turut ditahan dalam operasi itu adalah duda anak dua bersama pasangannya berusia 30 tahun dalam hotel sama.

"Ketika serbuan, lelaki berusia 34 tahun itu cuba melarikan diri dengan terjun dari tingkat dua bilik hotel menggunakan selimut putih.

"Pasangannya pula memberikan alasan membeli peralatan persekolahan untuk anak pasangannya berusia 9 dan 14 tahun sebelum mengambil keputusan menyewa bilik hotel," katanya.

Dalam serbuan di hotel berlainan, seorang lelaki tidak berbaju dan hanya berseluar jeans pendek berusia 28 tahun cuba meloloskan diri melalui lubang siling tandas hotel.

Anggota Jaik bertindak mengetuk pintu tandas berulang kali namun lelaki berkenaan enggan keluar sebelum dipujuk pasangan wanitanya.

Syeikh Mohd berkata, wanita berusia 28 tahun berkenaan mendakwa mereka adalah sepupu yang datang dari Langkawi semata-mata mahu meraikan sambutan tahun baharu.

"Kesemua yang disyaki bersekedudukan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar sebelum dibawa ke Pejabat Jaik untuk disoal siasat," katanya.
Artikel Berkaitan
 9:57AM - 3 Jan 2015

Banjir: Aktivis lihat ada parti utama penyokong


Seorang pegawai perubatan yang menyertai misi kemanusiaan ke Kuala Krai dan Manik Urai, Kelantan kecewa kerana terdapat parti politik yang diperhatikannya menggunakan bantuan orang ramai untuk tujuan kepartian.

Dr Afiq Rahim yang menyertai misi kemanusian oleh Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (Papisma) itu ada bantuan yang disalurkan secara eksklusif kepada penyokong parti masing-masing.

Tanpa menamakan mana-mana parti, Afiq dalam tulisan di Facebook menyebut, terdapat parti politik yang mengambil kesempatan di atas musibah tersebut bagi meraih sokongan parti.

Katanya lagi, walaupun terdapat pelbagai bantuan yang diberikan, namun antara masalah utama yang berlaku di negeri itu ialah masalah koordinasi pengagihan bantuan kemanusiaan.

"Lebih malang, saya sangat terkilan apabila segelintir ahli parti hijau,biru dan merah telah mempergunakan bantuan ikhlas rakyat Malaysia untuk memenuhkan tembolok kepartian masing-masing.

"Terdapat pengagihan diberikan ekslusif hanya kepada penyokong parti masing-masing menggunakan sumbangan orang awam.

"Di saat mangsa banjir sangat terdesak untuk kelangsungan hidup, parti politik mengambil kesempatan untuk meraih sokongan parti," tulis Afiq.

Sementara itu, ketika dihubungi Malaysiakini melalui laman Facebook, Afiq yang bertugas di klinik Kota Bharu itu berkata "bantuan pilih kasih" itu berlaku di depan matanya sendiri.

Beliau berkata, kemungkinan perkara seperti itu berlaku di semua tempat yang dilanda banjir di Kelantan.

Malah, Afiq juga berpendapat sifat fanatik kepartian masih lagi menebal di kalangan segelintir masyarakat walaupun ketika musibah banjir.

"Sumbangan hanya untuk penyokong parti atau individu tertentu sahaja. Contohnya, (terdapat) mangsa berkumpul di satu tempat, tetapi bantuan diberikan hanya (kepada) segelintir individu. Bukan semua mangsa.

"Saya tahu (perkara ini berlaku) sebab memang ia berlaku depan mata saya. Mangsa ada yang berkata 'oh bantuan ini pilih kasih ke?'. Namun saya perasan, mangsa-mangsa lain seperti memahami situasi tersebut.

"Saya boleh menyimpulkan kemungkinan (perkara) itu juga berlaku hampir di semua tempat banjir di Kelantan. Masalah fanatik kepartian masih menebal di kalangan segelintir masyarakat," katanya lagi.

Ratusan peluru, senjata api terbenam bawah pokok

  • Zuhairi mengorek peluru yang terbenam di dalam tanah di bawah akar pokok mangga yang terbongkah. Zuhairi mengorek peluru yang terbenam di dalam tanah di bawah akar pokok mangga yang terbongkah.
1 / 1
TUMPAT - Penemuan ratusan peluru dan senjata api dipercayai tinggalan zaman perang dunia kedua di halaman rumah mekanik lori, menggemparkan penduduk Kampung Tanjung Kuala di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, Che Mud Ismail, 51, memberitahu, peluru dan senjata api ditemui ketika dia bersama anaknya, Zuhairi, 19, membersihkan halaman rumahnya yang runtuh akibat banjir.

Katanya, ketika mencangkul dan menyapu kawasan itu, dia ternampak enam peluru lama di atas besi berkarat berhampiran pokok mangga.

“Saya menghampirinya dan tidak menyangka besi itu adalah topi askar. Saya angkat topi yang terbenam dalam pasir, keluar pula serpihan tulang di dalamnya, saya syak ia tengkorak manusia,” katanya.

Menurutnya, berdekatan itu juga, dia ternampak sebatang besi berkarat lalu dan amat mengejutkannya kerana ia adalah senjata api.

Sementara itu Zuhairi berkata, ketika tangannya meraba-raba di kawasan akar pokok mangga yang terbongkah keluar, ada ratusan peluru di bawah tanah itu.

“Ketika jam 12 tengah hari, kira-kira 50 peluru berjaya dikeluarkan dalam tanah di hadapan rumah kami yang runtuh akibat dibawa arus ketika banjir Jumaat lalu,” katanya.

Menurutnya, kawasan halaman rumahnya terhakis dan menjadi rendah daripada jalan utama walau pun sebelum banjir, tapak rumahnya sama tinggi dengan jalan Kampung Tanjung Kuala.

“Mungkin apa yang ada di bawah tanah ini seperti peluru dan senjata api peninggalan Jepun timbul akibat hakisan tersebut,” katanya.

Difahamkan, sekitar tapak rumah sewa Che Mud merupakan kubu Jepun pada zaman perang dunia kedua.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan berkaitan penemuan peluru dan senjata api lama tersebut,” katanya.
Lori jatuh dalam jalan putus
  • Lori sayur tenggelam dalam kolam besar yang terbentuk di jalan putus ini dibawa naik ke darat dengan menggunakan kren. Lori sayur tenggelam dalam kolam besar yang terbentuk di jalan putus ini dibawa naik ke darat dengan menggunakan kren.
1 / 2
KUALA TAYOR – Seorang pemandu lori sayur dan kelindannya menempuh detik mencemaskan apabila lori dinaiki mereka terjunam ke dalam kolam besar yang terbentuk akibat jalan putus di Kuala Tayor, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi semalam.

Akibat insiden itu, mangsa yang berusia 32 tahun dan kelindannya, 16, tenggelam bersama lori berkenaan ke dalam kolam besar sedalam lebih 10 meter itu.

Dalam keadaan panik terperangkap dalam lori berkenaan, kedua-dua mangsa keluar menerusi tingkap dan berenang naik ke permukaan air untuk menyelamatkan diri.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, kejadian itu berlaku ketika lori dari Kuala Lumpur berkenaan dalam perjalanan menghantar bekalan sayur ke Pasar Tani Kampung Air Putih, setelah singgah menurunkan bekalan sayur di Pasar Borong Dusun Nyior, Chukai.

Katanya, ketika melalui Jalan Chukai-Air Putih dekat Kuala Tayor, mangsa mengakui tidak ada pengadang plastik di tengah jalan dan hanya menyedari alat sekatan itu ada di kiri dan kanan jalan sahaja.

“Berikutan itu, kenderaan dinaiki mereka jatuh ke dalam jalan yang putus, namun tindakan segera diambil kedua-dua mangsa dengan keluar dan berenang ke darat berjaya menyelamatkan mereka.

“Insiden itu turut menyebabkan cermin depan lori itu pecah dan terkena kedua-dua mangsa hingga pemandu mengalami luka-luka kecil di kepala dan muka, sementara kelindannya pula hanya luka di kepala,” katanya.

Sejak kejadian jalan putus itu berlaku pada 18 Disember, pihak berkuasa meletakkan pengadang plastik di lokasi kerana jalan itu ditutup, namun dipercayai alat sekatan itu dialih individu tidak bertanggungjawab.

Berikutan kedua-dua mangsa berasal dari Pahang, mereka tidak mengetahui jalan itu ditutup disebabkan berlaku runtuhan.

Kata Che Suza, kedua-dua mangsa kemudian membuat laporan polis kira-kira jam 6 pagi dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kemaman.

Lori mangsa berjaya dikeluarkan dari kolam besar itu dengan bantuan sebuah kren, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Susulan itu, pihak polis menambah sebanyak dua papan tanda amaran di kawasan itu dalam jarak 100 meter dan 50 meter dari lokasi jalan terputus bagi mengelakkan kejadian sama berulang, selain tali amaran turut direntangkan dalam jarak 50 meter dari jalan runtuh itu.
Pasar raya akur tutup dua jam
  • Pintu masuk utama Mydin ditutup kepada pelanggan sehingga jam 2.30 petang. Pintu masuk utama Mydin ditutup kepada pelanggan sehingga jam 2.30 petang.
1 / 2
KUALA TERENGGANU - Beberapa pasar raya termasuk kedai makan di sini menutup premis mereka selama dua jam bermula 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang bagi menghormati dan memberi laluan kepada umat Islam untuk menunaikan solat Jumaat.

Tinjauan Sinar Harian di dua pasar raya besar di daerah ini, Mydin Mall dan Pasaraya Besar Giant mendapati kedua-duanya tutup sepanjang waktu solat Jumaat dan hanya terdapat beberapa pelanggan wanita yang menunggu ia kembali dibuka jam 2.30 petang.

Pihak pengurusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, MyMart Mydin Sdn Bhd dan Mrt Retail Sdn Bhd melalui kenyataan yang dilekatkan di luar premis itu berkata, premis perniagaan mereka akan ditutup sementara ketika solat Jumaat berkuat kuasa 1 Januari 2015 (semalam).

“Ini lanjutan daripada notis yang dikeluarkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada 21 Disember 2014 dan Majlis Perbandaran Dungun pada tarikh sama yang meminta agar operasi dihentikan buat sementara waktu sepanjang solat Jumaat.
“Antara cawangan Mydin yang ditutup ialah Pasar Raya Besar Kuala Terengganu, Pasar Raya Besar Gong Badak, Emporium Kuala Ibai, Mydin Mart Dungun, My Mart dan My Mart Kuala Terengganu,” katanya.

Selain itu, terdapat empat cawangan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) turut menutup operasi iaitu KR1M Ajil, KR1M Pulau Serai, Dungun, KR1M Kuala Terengganu dan KR1M Air Puteh, Kemaman.


Langkah terbaik

Seorang pekerja Pasaraya Besar Giant, Norliza Che Jaafar berkata, tindakan kerajaan negeri mengarahkan semua pasar raya ditutup ketika solat Jumaat adalah langkah yang bagus bagi memastikan semua umat Islam lelaki mengerjakan ibadah itu.

Katanya, sebelum penguatkuasaan arahan oleh kerajaan negeri itu, Pasar Raya Mydin dan Pasaraya Besar Giant dipenuhi pelanggan termasuk daripada golongan lelaki dari lingkungan usia seawal remaja hingga usia 30an dan 40an.

“Memang ramai pelanggan lelaki Muslim yang ada di Giant dan Mydin terutama pada waktu solat Jumaat. Sebelum ini, memang keadaan itu begitu berleluasa seolah-olah mereka tidak menunaikan solat Jumaat termasuk ada yang membawa anak-anak.

“Saya rasa langkah ini yang terbaik bagi memastikan mereka semua menunaikan solat Jumaat dan tiada yang menghabiskan masa mereka di pasar raya pada waktu itu kerana banyak lagi waktu lain yang lebih sesuai untuk membeli belah,” katanya.


Tak kisah kena tunggu

Sementara itu, seorang suri rumah, Mariza Mohamad, 46 berkata, dia menyokong penuh langkah kerajaan itu bagi memastikan semua umat Islam dapat menunaikan solat Jumaat pada waktu yang ditetapkan.

Katanya, walaupun dia terpaksa menunggu pasar raya Giant kembali dibuka jam 2.30 petang, itu bukan masalah besar buatnya kerana penutupan pasar raya itu adalah lebih bagus untuk memberi ruang kepada lelaki Muslim menunaikan solat Jumaat.

“Saya datang dari Bukit Payong untuk membeli belah di sini. Saya tiba di Giant jam 12.30 dan kebetulan ketika itu mereka sudah tutup premis.

"Jadi, disebabkan malas untuk pulang ke rumah kerana jauh, saya ambil keputusan tunggu sehingga Giant dibuka jam 2.30 petang nanti," katanya.

Kata Mariza, menunggu bukanlah menjadi masalah buatnya kerana yang penting dia tidak mahu lagi nampak golongan lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat berlegar-legar di pasar raya.
Terdahulu, kerajaan negeri mengarahkan semua pasar raya di negeri ini ditutup pada Jumaat mulai 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang bermula bulan ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak umat Islam terutama golongan muda tidak menunaikan solat Jumaat dengan melepak di premis berkenaan.

Tiada ulasan: