Jumaat, 16 Januari 2015

PELUKLAH SUAMI ATAU ISTERI....JANGAN PELUK YANG BUKAN SUAMI ATAU ISTERI...AGAMA IAITU ALLAH MELARANGNYA...JANGAN KITA BELA MANUSIA BUKAN BELA ALLAH YANG MENCIPTA MANUSIA.... ORANG MEMANG TAK TAHU KITA NI BODOH....BILA KITA BERKATA@BERCAKAP MAKA ORANG PUN TAHU KITA NI MEMANG CONFIRM BODOH











Ini Dia Wajah-wajah Sebenar "Pak Sanggup" Bunuh Altantuya


Wajah dua pegawai polis yang menjadi Pak Sanggup bagi misi membunuh Altantuya, Sirul Azhar (kiri) dan Inspektor Azilah Hadri (kanan) mula tersebar hari ini.



Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) tersebut selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lepas.

Mahkamah Persekutuan juga sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang membebaskan kedua-dua mereka.

Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.

Pada 9 April 2009 Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lalu.

Sirul Azhar, yang merupakan tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, tidak hadir ke mahkamah pada hari Selasa lalu dan susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya

Sirul dan Azilah sebelum ini berjaya mengelak wajah mereka dirakam oleh lensa kamera sepanjang tempoh perbicaraan dan rayuan, sejak hampir sedekad lalu.

Kedua-duanya menutup wajah masing-masing dengan rapi ketika dibawa masuk dan keluar daripada bilik mahkamah.

Polis sebelum ini telah mengesahkan Koperal Sirul Azhar Umar telah ke Australia, Oktober tahun lepas.

Perkara ini disahkan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohmad Salleh selepas menyemak rekod dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

"Setakat ini memang Imigresen sahkan dia ke luar negara iaitu Australia dan dia ke sana bulan sepuluh tahun lepas.

Australia pula dilaporkan tidak akan memenuhi permohonan kerajaan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi bagi membawa pulang bekas anggota elit polis, Sirul Azhar Umar, demikian lapor malaysiakini.

Laporan Sydney Morning Herald menyebut, permohonan tersebut tidak akan dipenuhi kerana ia melibatkan hukuman mati.

Laporan itu memetik kenyataan Jabatan Peguam Negara Australia yang menyebut, ia hanya akan dipenuhi sekiranya Malaysia berjanji untuk tidak menjalankan hukuman mati tersebut.

“Undang-undang ekstradisi Australia tidak membenarkan seorang individu diserahkan kepada sebuah negara untuk satu kesalahan yang boleh dihukum dengan hukuman mati, melainkan negara itu memberi kepada Australia satu janji bahawa hukuman mati tidak akan dijalankan,” laporan itu dipetik.

Australia merupakan salah sebuah negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya.



Kes Altantuya: Siapa, apa dan mengapa

Kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariiibuu telah berakhir dengan bekas anggota polis Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar didapati bersalah dan dihukum mati.

Perbicaraan itu menyaksikan 75 saksi pendakwaan manakala pihak pembelaan hanya memanggil Azilah dan Sirul.

Terdapat beberapa persoalan yang masih berlegas di minda, seperti:

* Mengapa ada perubahan hakim dan pendakwa?

Di Mahkamah Tinggi Shah Alam, kes itu pada mulanya dijadual didengar oleh Hakim KN Segara, yang dikenali sebagai seorang hakim yang tegas.

Segara telah mendengar rayuan tiga tertuduh (termasuk penganalisis politik Abdul Razak Baginda) apabila mereka mula-mula dihadapkan ke Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, kes itu kemudian dipindahkan untuk didengar oleh Hakim Mohd Zaki Yasin. Segara kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi hakim Mahkamah Rayuan di mana beliau kemudiannya bersara.

Terdapat juga perubahan pendakwa dan juga bekas ketua pendakwaan Selangor Sallehuddin Saidin digantikan pada saat-saat terakhir dengan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Tun Abdul Majid Tun Hamzah, yang dikenali rapat dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, manakala Sallehuddin pula rapat dengan bekas peguam Ketua II Mohd Yusof Zainal Abiden.

Sallehuddin akhirnya berhenti daripada Pejabat Peguam Negara. Tun Abdul Majid juga mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes tipu terhadap bekas menteri pengangkutan Dr Ling Liong Sik yang melibatkan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Turut menarik perhatian ialah hakikat bahawa peguam Wong Kian Kheong, yang dikatakan rapat dengan peguam negara, telah mewakili kedua-dua Abdul Razak dan Ling.

Wong pada mulanya berkhidmat di Pejabat Peguam Negara tetapi beliau kemudiannya menyertai Lee Hishammuddin, sebuah firma guaman yang diasaskan oleh sepupu Najib, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang ketika itu menteri dalam negeri.

Wong telah pun dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman.

* Mengapa dan siapa Azilah telefon?

Azilah telah menelefon seorang individu yang tidak dikenali sebanyak dua kali dari Puncak Alam (tempat kejadian) selepas jam 11 malam pada 19 Oktober 2006 sebelum pembunuhan berlaku, berdasarkan rekod telefon bimbitnya. Mengapa dan siapa yang dihubunginya?

* Mengapa motif tidak dijelaskan?

Hakim Mohd Zaki tidak menyentuh motif di sebalik pembunuhan Altantuya, dan memutuskan bahawa ia bukan satu keperluan kepada kes pembunuhan itu.

Mengapa pihak pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasan Abdul Razak yang dituduh bersubahat dengan pembunuhan itu?

Ini ekoran apa yang mereka dakwa sebagai dapatan fakta dalam afidavit penganalisis politik itu berkenaan dengan permohonan ikat jaminnya. Afidavit itu tidak diperolehi sepenuhnya oleh media.

Afidavit itu telah difailkan oleh Wong apabila Sirul dan Azilah ditangkap, dengan menuding jari pada mereka.

* Mengapa Sirul mendakwa dia telah dijadikan sebagai "kambing hitam" untuk melindungi "rancangan mereka" dan siapa yang dia maksudkan?

Adakah kedua-dua anggota polis ini bertindak atas kehendak mereka sendiri?

* Apakah peranan DSP Musa Safri - bekas adikong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - hanya terhad kepada menghantar Azilah ke rumah Abdul Razak di Damansara Heights dan pejabat di Jalan Ampang untuk menyelesaikan masalah?

* Apakah peranan yang dimainkan oleh Altantuya dalam perjanjian Kementerian Pertahanan dalam pembelian kapal selam Scorpene dari Perancis yang bernilai berbilion ringgit? Adakah dia tahu sesuatu lebih daripada itu?
(Kerajaan telah melantik Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Abdul Razak, yang mengaku mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya, untuk membeli dan menyelenggara kapal selam sewaktu Najib menjadi menteri pertahanan)

* Adakah Najib kenal Altantuya seperti yang didakwa dalam Akuan Bersumpah (SD) pertama P Balasubramaniam yang menurutnya adalah berdasarkan apa yang Abdul Razak beritahu kepadanya?

Balasubramaniam dikatakan dipaksa menarik balik SD pertama itu dan menandatangani SD kedua. Dia didakwa telah dibantu oleh peguam kanan Datuk Cecil Abraham, yang kini disiasat oleh Lembaga Tatatertib peguambela dan peguamcara.

Selepas itu, Balasubramaniam dan keluarganya berlepas ke India selepas didakwa diminta berbuat demikian selama lima tahun sebelum pulang pada tahun 2013. Penyiasat persendirian itu meninggal dunia akibat sakit jantung tidak lama selepas itu.

Najib telah bersumpah dalam masjid pada tahun 2008 bahawa beliau tidak pernah bertemu dengan Altantuya.

Keluarga Balasubramaniam telah memfailkan saman RM1.9 juta terhadap Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Cecil, serta enam orang lain, tetapi saman itu telah ditolak bulan lepas.
-mk




ULASAN GB

Cukup aneh. Sirul Azhar semacam sudah tahu bahawa beliau akan menerima hukuman mati walaupun sebelumnya Mahkamah Rayuan telah membebaskannya.

Selepas itu, dia berjaya meloloskan diri lari ke Australia. Dia semacam sudah tahu (atau diajar?) supaya lari ke Australia kerana di Australia tiada hukuman mati di dalam undang-undangnya. Lantaran itu Sirul selamat dan hanya akan dilepaskan oleh Australia jika Malaysia berjanji untuk tidak melaksanakan hukuman mati berkenaan.

Kedua, persoalan "motif pembunuhan Altantuya" masih kekal misteri.

Siapa watak sebenarnya mengarahkan kedua-dua anggota polis berkenaan supaya bunuh ALtantuya?

Mengapa saksi-saksi penting tidak dipanggil dan macamana Razak Baginda boleh dibenarkan lepas dan tingal di luarnegara sedangkan perbiraaan kes Altantuya yang melibatkan dirinya masa itu masih berjalan?









 
Didakwa perkosa kekasih baru dikenali
  • Suspek (kanan) direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rogol di Mahkamah Butterworth. Suspek (kanan) direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rogol di Mahkamah Butterworth.
1 / 1
BUTTERWORTH - Seorang remaja berusia 18 tahun direman tujuh hari di Mahkamah Butterworth petang semalam, bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan kekasihnya berumur 15 tahun.

Perintah dikeluarkan Majistret Hazwin Azleena Othman Kamal terhadap remaja itu semalam, sejurus remaja berkenaan ditahan di rumahnya di Kampung Aman, Pokok Sena, awal pagi, semalam.

Remaja berkenaan ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Lewat petang kelmarin, mangsa yang tinggal sekampung dengan suspek membuat laporan polis bahawa dia dirogol suspek terbabit ketika di bawa bersiar-siar di Butterworth.

Difahamkan, mereka baru menjalin hubungan awal tahun ini dan mangsa masih bersekolah di Tasek Gelugor dalam tingkatan tiga.

Perlakuan remaja terbabit dikesan ibu mangsa yang hairan selepas mendapati, anak perempuannya menangis sebaik pulang ke rumah dari bersiar dengan teman lelakinya, petang kelmarin.

Selepas disoal berulang kali, mangsa mengaku dirogol teman lelakinya itu.

Mangsa kemudiannya, dibawa ibunya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara.

Zahid: Bantuan Paul Phua 'rahsia besar'


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak dapat mendedahkan mengenai bentuk bantuan yang disediakan oleh Paul Phua kepada kerajaan kerana melibatkan “rahsia besar negara”.

“(Bentuk bantuan tidak boleh sewenang-wenangnya diuar-uarkan kepada umum atas faktor kepentingan dan keselamatan negara.

"Bahkan maklumat-maklumat rasmi kerajaan tersebut turut dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi 1972," kata Zahid dalam kenyataannya.

Beliau turut menjelaskan bahawa suratnya kepada Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) bukan satu surat surat sokongan.

Katanya surat tersebut menegaskan dua perkara:

"Tidak wujud kumpulan kongsi gelap 14K Triad di Malaysia.

"Paul Phua bukanlah ahli kepada kumpulan kongsi gelap 14K Triad di Malaysia," katanya.

Surat itu telah dikemukakan kepada Mahkamah Daerah Nevada oleh pasukan peguam Phua sebagai sebahagian daripada pembelaannya dalam perbicaraan yang sedang berlangsung di Las Vegas.

Pendakwa raya AS yang percaya Phua menjadi ahli kongsi gelap 14K, mengenakan tuduhan perjudian haram terhadapnya dan anak lelakinya, Phua Wait Kit.

Selanjutnya, Ahmad Zahid menegaskan bahawa kerajaan tidak bertolak ansur dengan kegiatan jenayah seperti yang didakwa.

"Pihak kerajaan tidak sama sekali menyokong sebarang tindakan oleh mana-mana individu termasuk Paul Phua yang berkait rapat dengan sebarang organisasi jenayah," katanya.

Ditanya sama ada perkara itu melibatkan perkara kerajaan kepada kerajaan (G2G), Zahid hanya menjawab “tidak”.

Diana Rafar failkan perceraian terhadap Zamarul Hisham hari ini


Desas desus rumah tangga Diana Rafar dan Zamarul Hisham yang dibina sejak 16 Mei 2009 berantakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini sering mencuri tumpuan ramai. Bagaimanapun cerita itu sesekali berlalu sepi apabila ditepis terutama Diana sendiri.
Diana Rafar failkan perceraian terhadap Zamarul Hisham hari ini
Diana Rafar failkan perceraian terhadap Zamarul Hisham hari ini
Bagaimanapun menurut sumber terdekat yang melaporkan kepada BH Online, Diana yang juga duta produk Perla Coffee itu sudah memfailkan perceraian terhadap suaminya itu hari ini di sebuah mahkamah di Shah Alam.


Nampaknya rumah tangga pasangan ini yang dikurniakan anak lelaki bernama Kashfi Haikal berusia lima tahun tidak mampu dipertahankan lagi.
Kepada BH Online, Diana yang dihubungi sebentar tadi mengesahkan perkara berkenaan.
“Ya, saya sudah memfailkan perceraian sekitar jam 1 tengah hari tadi. Bagaimanapun saya tidak mahu mengulas lanjut punca perpisahan kami lagi buat masa ini. Saya reda dengan apa yang terjadi,” katanya.
Di sebalik dugaan hebat ini, Diana Rafar turut berkongsi mengenai dirinya yang sudah mengenakan tudung sejak 23 Disember lalu.
“Di sebalik dugaan hidup yang saya lalui termasuk kisah rumah tangga yang sering menjadi buruan, saya sedar ini semua ujian Tuhan untuk saya jadi lebih kuat. Saya barangkali gembira dengan perniagaan dan kerjaya, tapi ada yang bagaikan tidak lengkap.
“Seperti kosong. Saya sendiri tertanya apa yang bermain di fikiran itu. Dan tanpa diduga saya tergerak hati untuk bertudung. Malah sebelum itu, saya jadi macam malas dan segan nak keluar rumah.
“Saya bermula dengan mengenakan selendang dan rasa yakin diri untuk keluar rumah. Keesokan harinya, saya tanggalkan kembali selendang itu jadi janggal. Kemudian saya nekad mengambil tudung. Saya sedar kebahagiaan yang ditarik itu diganti dengan cara sebegini,” katanya tenang.
Sumber : BH

Inilah Antara Sebab Kenapa Isteri Suka Di Peluk Oleh Suami Tercinta !!!


Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan.Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa.Pernah seorang kenalan wanita mengadu kepada saya, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya.Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga.

Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut.

Oleh itu para suami…..

1. peluklah isteri
2. belai lembut rambutnya
3. sentuh wajahnya
4. gosok lembut lengannya
5. kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya
6. gosok lembut punggungnya
7. sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya.

Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan intim.

Bagaimana pulak pelukan suami tu boleh buat isteri kurus?

Camna tu tak tahu la pulak tapi menurut kata Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah, pelukan dan sentuhan suami kepada isterinya ada pelbagai kebaikan kepada si isteri juga kepada si suami antaranya:

Pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap.

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Ini kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan....

Selain itu pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri.

Jadi pe kata start hari ni , kita pakat-pakat minta suami peluk sekejap. Tak pun kita je la pi terkam peluk suami tapi kena tengok timing la jugak kan, kalau tak nanti ada dikatanya kita ni buang tebiat pulak.

Paling tidak pun lepas kita salam dan suami kiss sebelum keluar rumah pi kerje tu, minta dipeluk sekejap, InsyaAlaah lama-lama bila diamalkan ada perubahan sikit dalam hubungan rumah tangga....

Bagi isteri, pelukan merupakan bentuk komitmen cinta dan kesetiaan pasangannya....

Padah Maki Ibu Tidak Bagi Duit, Lelaki Dipukul Adik Sendiri Sampai Patah Kaki



KUALA TERENGGANU: Kerana tidak tertahan melihat ibu kesayangannya dimaki hamun oleh abang sendiri, seorang adik telah bertindak memukul abangnya itu menggunakan kayu menyebabkan lelaki itu telah patah kaki.

Dalam kejadian tersebut jam 4.30 petang di Kampung Panji Alam, si ibu yang dalam perjalanan pergi ke Masjid telah dimaki hamun serta ditolak oleh anak lelakinya itu berumur 20an. Kejadian itu menyebabkan adik bongsunya bertindak mengambil kayu sepanjang 50 sentimeter lalu memukul kakinya sehingga patah.

Tindakan dilakukan oleh adiknya itu selepas tidak tahan melihat kerenah abangnya yang hampir setiap hari mendesak ibunya dengan pelbagai kata cacian hanya kerana untuk mendapatkan duit.

Menurut si ibu Zaimah Othman, 60, dia tidak memberi wang kepada anaknya itu kerana anaknya itu terbabit dalam penyalahgunaan dadah dan kerap meminta wang daripadanya.

Anaknya bukan saja meminta wang dengannya, malah turut memaki hamun dan mengamuk setiap hari semata-mata ingin mendapatkan wang membeli bahan terlarang itu.

Lelaki tersebut telah di hantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapat rawatan.-Siakapkeli.com.my

Peluk Chong Wei Berbeza Dengan Insiden Peluk K-Pop - Syed Ali Alhabshee

Gambar : FMT
KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar tindakan bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin yang menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyiasat tindakan Datin Seri Rosmah Mansor memeluk pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Menurut apa yang dikatakan oleh Syed Ali Alhabshee, apa yang dilakukan oleh Datin Rosmah tidak sama dengan insiden tiga gadis bertudung yang berpeluk dan bercium dengan artis K-Pop yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

Saya menyifatkan tindakan Datin Rosmah Mansor memeluk pemain bandminton nombor satu negara sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan. Ianya sama sekali tidak boleh disamakan dengan tindakan tiga gadis bertudung dengan bintang K-Pop.

“Bagi saya tidak salah bagi isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan amat menghargai kejayaan yang dicapai oleh pemain badminton negara yang berjaya mengharumkan nama negara,” katanya memetik laporan dari FMT.

Syed Ali Alhabshee menyatakan rasa kesalnya terhadap tindakan Shahbudin yang mendakwa JAWI gagal bertindak ke atas Rosmah yang memeluk pemain badminton negara di dalam entri terbaru di blog umnobahagiancheras.blogspot.com.

Selain itu, beliau turut berkata mana-mana pihak tidak seharusnya mempersoalkan kewibawaan JAWI dalam usaha membanteras maksiat dan juga turut menyelar pihak yang terus mengaibkan isteri Perdana Menteri dengan menyebarkan gambar-gambar berpelukan bersama artis lelaki Bollywood. - Siakapkeli.com.my

Sumber : freemalaysiatoday.comumnobahagiancheras.blogspot.com


4:50PM - 15 Jan 2015

Nurul Izzah diceraikan talak satu


Perkahwinan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim berakhir hari ini selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah di Kuala Lumpur.

Raja Ahmad Shahrir, 36, ketika melafazkan cerai itu dengan lancar dan tenang berkata, "Saya Raja Ahmad Shahrir Iskandar dengan ini menceraikan isteri saya, Nurul Izzah Anwar dengan talak satu mulai hari ini".

Nurul Izzah, 35, yang berdiri di sebelah peguamnya Nor Mawaddah Ramli kelihatan serius dan tenang selepas Raja Ahmad Shahrir melafazkan cerai itu.

Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain membenar dan mensabitkan jatuh talak satu, kali pertama selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bercerai secara bersama.

"Selepas mendengar lafaz cerai dari pihak defendan (Raja Ahmad Shahrir) mahkamah berpuas hati bahawa lafaz tersebut adalah benar dan memberi kesan kepada ikatan perkahwinan.

"Mahkamah dengan ini mensabitkan jatuh talak satu kali pertama mulai hari ini, jam 4.17 petang ini, ke atas Nurul Izzah Anwar selaku plaintif," katanya yang turut memerintahkan Nurul Izzah beriddah tiga kali suci.

Terdahulu, peguam Azmi Mohd Rais yang mewakili Raja Ahmad Shahrir, memberitahu mahkamah bahawa, kedua-dua pihak bersetuju sekiranya mereka berkahwin lain, hak penjagaan anak tertakluk mengikut Seksyen 82 dan 83(a) Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Seksyen itu menyatakan sekiranya isteri berkahwin dengan lelaki lain, hak penjagaan anak-anak boleh diserahkan kepada pihak suami.

Semasa ditemui media di luar mahkamah, Raja Ahmad Shahrir kelihatan sebak ketika diminta mengulas mengenai pengakhiran perkahwinannya dan berkata "sila bercakap dengan peguam saya".

Nurul Izzah pula pada mulanya enggan memberikan sebarang komen tetapi kemudiannya berkata "Thank you for respecting my privacy" (Terima kasih kerana menghormati privasi saya).

Azmi memberitahu media bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak membuat tuntutan mutaah (bayaran saguhati wajib untuk isteri yang diceraikan), iddah dan harta sepencarian tetapi pihak defendan bersetuju untuk membayar nafkah kedua-dua anak sebanyak RM1,500 sebulan.

"Mengenai hak penjagaan terhadap kedua-dua anak; telah dipersetujui secara bergilir iaitu kedua-dua anak tersebut akan bersama dan bermalam dengan plaintif bermula pada hari Isnin, jam 8 malam sehingga Jumaat jam 6 petang.

"Manakala anak-anak tersebut akan bersama defendan bermula hari Jumaat jam 6 petang sehingga Isnin, jam 8 malam," katanya.

Selain itu, kedua-dua pihak bersetuju bahawa cuti perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha bersama anak-anak adalah secara bergilir tahun.

Bagi Hari Raya Aidilfitri tahun 2015, kedua-dua anak tersebut akan bersama dengan plaintif pada malam hari raya sehingga petang hari raya ketiga.

Defendan boleh mengambil kedua-dua anak tersebut pada petang hari raya ketiga di rumah plaintif.

Nurul Izzah, anak sulung ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai pada Dis 2013 mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Seksyen itu menyentuh pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan, kini berumur lapan tahun, dan seorang anak lelaki kini berusia lima tahun.

- Bernama
Khairuddin lapor SPRM isu 1MDB
  • Khairuddin Abu Hassan Khairuddin Abu Hassan
1 / 1
PUTRAJAYA - Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan hari ini tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berkata ia akan membolehkan siasatan terperinci, menyeluruh dan berterusan dilakukan badan itu berkenaan ketelusan pentadbiran serta perbelanjaan dan dana kewangan syarikat hak milik kerajaan itu.

Sambil menegaskan tindakannya itu dibuat atas kapasiti sebagai pembayar cukai dan warganegara yang prihatin, suami kepada pelakon Umie Aida itu berkata, beliau telah menyediakan pelbagai bukti termasuk dalam bentuk cetakan sebagai sokongan kepada laporan tersebut.

Khairuddin juga membuat laporan polis berhubung 1MDB pada Disember lepas.

Dalam pada itu, Khairuddin berkata beliau sedia menerima apa sahaja keputusan ibu pejabat Umno Malaysia berhubung kedudukannya dalam Umno Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang selepas dirinya diisytihar muflis oleh Jabatan Insolvensi. - Bernama

Gadis Bertudung Peluk Artis K-Pop, Didenda RM1,000 atau Penjara 6 bulan

11 comments :
KUALA LUMPUR, (MLP) – Sesi bertemu peminat kumpulan B1A4 dari Korea Selatan pada Sabtu minggu lalu berakhir dengan kecaman pelbagai pihak apabila tersebarnya gambar empat gadis bertudung berpelakuan tidak senonoh di atas pentas.

Gadis-gadis berkenaan terpilih untuk naik ke pentas dan melakonkan adegan yang agak romantik meskipun sudah ditanya terlebih dahulu kerelaan mereka oleh pihak penganjur.

Semalam, beberapa keping gambar mengenai ibu kepada salah seorang gadis itu yang kelihatan amat kecewa dengan perbuatan anaknya menjadi viral di laman media.

Tidak berhenti setakat itu, kontroversi aksi panas tersebut semakin memuncak apabila pihak berkuasa dijangka mengambil tindakan tegas walaupun penganjur telah menyatakan permohonan maaf semalam.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) semalam mengarahkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan terhadap pihak penganjur.

Pengarah JAWI, Paimuzi Yahya berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan ekoran kejadian itu dilihat mengganggu sensitiviti umat Islam di Malaysia.

"Sehubungan itu, bahagian penguatkuasaan Jawi telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 29, Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 599) Perbuatan tidak sopan di tempat awam. Mereka yang terlibat diminta tampil bagi membantu siasatan," ujarnya.

Menurut Paimuzi, akta itu menjelaskan individu yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan yang bertentangan dengan hukum syarak di mana-mana tempat awam adalah menjadi satu kesalahan.

"Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya," terang Paimuzi.

JAWI akan melakukan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti-bukti dan keterangan yang mencukupi.

(3 Gambar) Gadis Gantung Diri Selepas Putus Cinta

Kenzo Shin Reply 9:00 PM
Seorang remaja lelaki terkejut apabila bekas kekasih yang dihubungi semula selepas kurang dua jam memutuskan hubungan cinta mereka menggantung diri di kediamannya di sebuah tanah rancangan Felda di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berumur 14 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di bilik tidur kediaman keluarganya pada jam 12 tengah hari.

Sumber terdekat dengan keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, pada jam 10.30 pagi, remaja lelaki berkenaan ada menghubungi mangsa dan memutuskan perhubungan cinta mereka.

“Kurang dua jam kemudian, remaja lelaki itu menghubungi mangsa buat kali kedua untuk berbincang berkaitan beberapa hal peribadi tetapi terkejut apabila panggilannya dijawab oleh ahli keluarga mangsa yang memaklumkan gadis berkenaan sudah meninggal dunia.

“Remaja lelaki itu kemudiannya menceritakan apa yang berlaku antaranya dengan gadis berkenaan sebelum kejadian kepada keluarga mangsa, dia nyata kesal dengan perkara terbabit,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).

Menurut sumber, mangsa pelajar tingkatan dua di sekolah sama dengan bekas teman lelaki yang menuntut di tingkatan empat dan kejadian hanya disedari adik gadis berkenaan yang curiga selepas panggilannya tidak bersahut.

Sumber berkata, adik mangsa mengintai melalui lubang kunci dan terkejut mendapati kakaknya terkulai dengan kain batik terjerut pada leher. Difahamkan, mangsa mungkin tertekan dengan perpisahan yang berlaku, dia kemudiannya dipercayai mengikat sehelai tuala pada lubang angin di dinding bilik.

Selepas itu, mangsa mengambil kain batik lantas diikat pada tuala berkenaan, kemudiannya, kain batik terbabit dijerut pada lehernya sebelum dia dikatakan terjun dari paras tinggi. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya, Mansor Othman dan pengetua sekolah mangsa turut hadir menziarahi jenazah mangsa, hadir sama Pengerusi Majlis Belia Felda Negeri Johor, Nanndzri Nasib. Nanndzri berkata, Ia ujian berat daripada Tuhan dan kita sebagai hamba perlu reda dengannya, kita akan membantu keluarga mangsa mengikut kesesuaian,” katanya.

Sementara itu, sumber polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas kerana kes masih dalam siasatan.

Tiada ulasan: