• Izreen Azminda Izreen Azminda
1 / 3
MENYUSULI Aku Isterinya di slot Akasia, TV3 mempersembahkan Kerana Terpaksa Aku Relakan terbitan Primeworks Studios bermula 21 Mei, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam.

Drama bersiri ini merupakan adaptasi novelis popular iaitu Umie Nadzimah yang diarahkan oleh Azma Aizal Yusof dan nukilan skrip Mufid Shuhaimi.

Kerana Terpaksa Aku Relakan membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Izreen Azminda (Indah Halina) di samping pelakon-pelakon popular tanah air seperti Amar Baharin (Tajul Razin/Zen), Dian P Ramlee (Datuk Safiyah), Syafik Kyle (Tajul Fahin), Eddy Asraf (Tajul Zahin), Aliza Shadan (Mak Mariah), Nadia Aqilah (Zawati), Hairi Safwan (Yazid), dan Afzan (Saiful).

Drama baharu 24 episod ini mengisahkan Indah Harlina yang telah dianiayai oleh ibu tiri dan kakak tirinya, Mak Mariah dan Zawati sehingga disisihkan oleh ayah kandungnya, Pak Halim.

Indah yang pulang ke kampung bersama-sama Zawati dan Yazid untuk melangsungkan perkahwinannya dengan Saiful, pilihan Pak Halim telah ditinggalkan secara sengaja di kawasan rehat.

Tanpa satu sen dan telefon bimbit di tangannya, Indah buntu dan mujur dia dibantu oleh Datuk Safiyah serta anaknya, Tajul Razin yang menemani ibunya walaupun berasa was-was dan menganggap Indah mahu mengambil kesempatan.

Tibanya di kampung, majlis perkahwinan telah selamat berlangsung dengan Zawati mengambil tempatnya sebagai pengantin. Indah pula dianggap sebagai anak derhaka dan memalukan keluarganya.

Mampukah Indah mengembalikan kebahagiaan selepas maruahnya dipermainkan oleh kakaknya sendiri?. Dan, tegakah dia memilih jejaka lain dalam hidupnya selepas perkahwinannya hancur sehari sebelum dia bernikah?.

Pengarahnya, Azma Aizal Yusof berkata, pelbagai perubahan dilakukan bagi memastikan setiap watak berlainan dengan novel adaptasi dengan judul sama.

"Beberapa watak dan jalan cerita diubah semula agar ia relevan dengan situasi semasa.

"Paling ketara watak Indah Harlina yang digambarkan sebagai gadis naif, baik hati dan gemar menangis kepada seorang yang berbeza," katanya yang tetap mengekalkan jalan cerita agar dapat memberi kepuasan kepada penonton.

Gandingan terbaik Izreen-Amar

Pemilihan pelakon seperti Izreen Azminda dengan Amar Baharin dikatakan satu pilihan yang tepat untuk drama ini.Menurut Azma, dia yakin kedua-dua pelakon ini mampu menyerlahkan watak sebagai Indah dan Tajul dengan baik.

"Aspek paling penting untuk pelakon utama adalah keserasian dan bakat lakonan mereka.

"Nyata pilihan saya tepat kerana dilihat dari segi rating pada episod lima, drama ini menerima respons positif dari hari ke hari," katanya.

Jelas Azma, dia percaya jika jujur dengan naskhah, maka drama tersebut akan menerima sambutan yang baik.

"Saya lakukan yang terbaik demi penonton dan sanggup berkejar ke sana ke mari untuk mendapat 'feel' yang sama dalam novel.

"Biarpun terpaksa mengambil masa agak panjang, namun saya percaya drama ini pasti mendapat sambutan hangat," katanya yang menjalani penggambaran di Kuala Lumpur, Taiping, Pulau Pinang dan Bandung.

Tak tipu penonton

Bercerita mengenai cabaran, Azma berkata, dia sangat menitikberatkan kesesuaian lokasi penggambaran sepanjang menyiapkan drama tersebut.

Akuinya, demi kepuasan sendiri dia sanggup 'terbang' ke merata tempat agar suasana kehidupan di kampung dan bandar berbeza.

"Saya tidak mahu tipu penonton semata-mata ingin jimatkan kos. Sebaliknya, saya berlaku jujur dengan mereka.

"Jika novel menyatakan lokasi di Taiping maka kami ke sana untuk menggambarkan situasi yang berlaku dalam novel," katanya.

Bagi babak di Bandung pula, Azma berkata, lokasi sebenar adalah di Thailand, namun situasi di sana tidak mengizinkan pihak produksi meneruskan hajat mereka.

"Sekarang ini Selatan Thailand sedang bergolak, saya tidak mahu sesiapa pun terkena tembakan atau berlaku kejadian tidak diingini sebab itulah saya memilih Indonesia sebagai lokasi gantian," ujarnya.

JPJ Kantoi Menipu Seluruh Rakyat Malaysia

JPJ kena CHECKMATE! 

Saksi sudah munculkan diri. Saksi juga telah membuat laporan polis. Saksi kejadian nampak depan mata insiden kejar mengejar yang telah berlaku antara kenderaan milik JPJ dan pemandu proton Perdana yang bertembung dengan kancil dan menyebabkan 4 sekeluarga maut. JPJ siap bunyikan lagi siren ketika insiden berlaku. Memang la orang alert sedang berlaku sesuatu di atas jalanraya.

Untuk rekod. Pemandu proton Perdana tiada mengalami kecederaan yang seriyus. Begitu juga dengan kakitangan JPJ yang mengejar pemandu tersebut. Yang mengejar dan yang dikejar terselamat, manakala yang tidak terbabit dalam insiden kejar mengejar itu pula menjadi mangsa kejadian kemalangan di jalanraya. Betul ke pengarah JPJ ingin mengurangkan kemalangan maut di atas jalanraya? Seriyus?

Semalam. Ini yang viral di laman sosial. JPJ telah membuat laporan polis ke atas Astro Awani atas alasan Awani menerbitkan maklumat palsu yang menjejaskan reputasi dan intergriti agensi tersebut.

Meskipun dengan penafian tersebut, JPJ tetap dikritik pengguna media sosial. Bagi mereka, mereka lebih mempercayai kredibliti dan reputasi ASTRO AWANI berbanding JPJ itu sendiri. Tambahan pula, JPJ di anggap sebagai agensi kerajaan yang paling dibenci oleh rakyat Malaysia tanpa kira idelogi politisma.

JPJ dipetik berkata bahawa mereka tiba di lokasi kemalangan dan turun membantu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan. Dan menafikan laporan yang diterbitkan oleh Awani. Katanya laporan tersebut adalah tidak sahih sedangkan bukan setakat saksi kejadian tampil memberikan kenyataan di balai polis menafikan kenyataan JPJ bahkan pemandu proton Perdana juga mengesahkan bahawa dia lari dari JPJ dan ya kenderaan JPJ kejar dia atas jalanraya.

Nah. Kau dah kantoi la woi JPJ! 

Jika kita baca berita yang diterbitkan oleh Awani ialah jelas menunjukkan bahawa ;

1. Kenderaan yang diburu oleh JPJ bertembung dengan Kancil.


2. Bukan la Awani kata JPJ bersalah dalam keterangan ayat tersebut.

3. Hanya memberitahu bahawa kenderaan yang diburu oleh JPJ telah menyebabkan keluarga lain menjadi korban jalanraya tak pasal-pasal.

Yakni. Kenderaan yang lari dari JPJ itulah yang dipersalahkan (menerusi pemberitaan Awani) kerana lari dari JPJ. Kalau tak buat salah even buat salah sekalipun tak perlu lari. Berhadapan aje untuk uruskan masalah. Lari kalau tak menyusahkan orang takpe. Ini lari sehingga menyebabkan orang lain menjadi mangsa. Apa ke logiknya berbuat begitu? Nak selamatkan duit dari di saman sampai pertaruhkan nyawa orang lain atau keselamatan pengguna jalanraya yang lain? Berbaloi ke? Wajar ke? Bernilai sangat ke duit kau berbanding nyawa orang?

Berbalik kepada tujuan artikel, aku bukan nak menyalahkan JPJ dalam insiden kerja mengejar tersebut. Aku tatau SOP JPJ. Cuma yang aku persoalkan, kenapa JPJ perlu nafi wujudnya insiden kejar mengejar tersebut? Adakah ia melanggar SOP JPJ? Bila JPJ menafikan insiden tersebut tidak kah JPJ sedar secara tidak langsung JPJ membantu pemandu proton Perdana yang menyebabkan kancil 4 sekeluarga maut?

Mengaku saja bahawa JPJ memang kejar proton Perdana. Pemandu berusia 22 tahun yang membawa PERDANA itu akhirnya bertembung dengan kancil dan kancil itu pula dihentam dari belakang oleh PREVE sekaligus menyebabkan 4 perempuan dalam kancil itu maut. 

Saima Wahab 77 tahun
Ida Dollah 46 tahun
Siti Rohana 23 tahun
Siti Rohani 18 tahun

Mereka ini ibu seseorang, isteri seseorang, anak seseorang dan ahli keluarga seseorang.

JPJ patut menuntut bela di atas apa yang terjadi kepada keluarga tersebut. Jangan la buat citer tipu sana tipu sini. Cakap je terus terang apa yang terjadi sebab masyarakat bukan bodoh. Mereka akan menyalahkan PERDANA meskipun SOP JPJ akan dipertikaikan.

Bab SOP itu kita perbaiki. Kita terima kritikan dengan terbuka dan kita perbaiki.

Tapi bab 4 sekeluarga yang maut ini perlu kita tuntut bela. Apa yang si pemandu PERDANA itu fikirkan agaknya bila dia lari dari JPJ dan akhirnya menyebabkan 4 perempuan lain maut akibat kemalangan. Aku rasa dia menyesal sebab itu dia tampil membuat laporan selepas kemalangan berlaku.

Tapi menyesal pun tak guna. Bukan boleh hidupkan nyawa orang yang dah mati.

Nyawa cuma ada satu aje. Bila dah ditarik, takde sesiapa boleh ganti. Bagi aku. Kerajaan perlu pastikan pemandu PROTON PERDANA itu bertanggungjawab atas perbuatannya. Tak bunuh orang guna pisau, tak bunuh orang guna bom, tak bunuh orang guna pistol cuma hentam kereta orang dan orang yang berada dalam kereta itu tersepit dan sekaligus maut kesan dari hentaman kenderaan kita itu juga dianggap sebagai pembunuhan.

Sudah sampai masanya untuk kerajaan menghukum pembunuh yang membunuh menggunakan kenderaan di atas jalanraya dengan tindakan yang tegas.

Di saat rakyat bergaduh menyalahkan JPJ sebahagiannya, mempersoalkan SOP JPJ sebahagiannya, menyalahkan tindakan pemandu yang lari sebahagiannya, siapa pula yang nak mendapatkan pembelaan untuk 4 wanita yang maut dalam kemalangan itu? Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan di atas jalanraya untuk mewajarkan akibat yang mereka alami.

Fikir-fikirkan.
sumber

Peratus Rakyat Bimbang Bersara Dalam Miskin



KUALA LUMPUR: Ketidaktentuan ekonomi global, peningkatan kos sara hidup pada kadar lebih pantas daripada pendapatan dan hutang isi rumah yang tinggi adalah antara sebab 88 peratus rakyat Malaysia bimbang simpanan persaraan mereka tidak akan mencukupi.

Kaji selidik HSBC Bank mendapati lebih 45 peratus daripada warga kerja di negara ini berpendapat kos sara hidup meningkat pada kadar lebih pantas daripada pendapatan mereka, manakala warga Malaysia ialah yang tertinggi di Asia (28 peratus) berkata keupayaan menyimpan untuk persaraan terkesan daripada beban hutang.

"Kesan jangka panjang kelembapan ekonomi global akan dirasai ramai untuk beberapa dekad akan datang.



"Sungguhpun terdapat tanda-tanda pemulihan ekonomi, impak jangka panjang akan menyebabkan gelombang kepada jutaan rakyat yang terpaksa menggunakan simpanan dan berhutang bagi menghadapi kesukaran yang dihadapi," kata Pengurus Besar Perbankan Runcit dan Pengurusan Kekayaan HSBC Bank Malaysia Bhd, Lim Eng Seong.

Beliau berkata demikian pada taklimat media membentang kaji selidik HSBC Bank bertajuk Masa Depan: Tindakan Yang Seimbang di sini hari ini.

Eng Seong berkata, sungguhpun terdapat tanda-tanda pemulihan ekonomi global mula meningkat sejak pertengahan tahun lalu, 32 peratus daripada rakyat negara ini berasa kemelesetan dan kelembapan ekonomi akan terus melemahkan keupayaan menabung untuk hari tua.

Senario kewangan jangka panjang yang suram turut dirasai di seluruh dunia, dengan hampir satu perempat (23 peratus) responden menjangka standard kehidupan ketika persaraan nanti akan lebih buruk daripada hari ini.

Di Malaysia, golongan pekerja wanita percaya simpanan persaraan dan pelaburan akan dapat bertahan untuk tempoh 11 tahun, tetapi dengan tempoh purata persaraan 21 tahun, menjadikan kemampuan bertahan cuma untuk tempoh 10 tahun.

Golongan pekerja lelaki pula berkata simpanan persaraan mereka hanya cukup untuk tempoh 12 tahun, tetapi dengan tempoh purata persaraan 17 tahun, menjadikan kemampuan bertahan hanya untuk tempoh tujuh tahun.

Antara lain, kaji selidik itu mendapati 21 peratus pesara di Malaysia berkata untuk mengekalkan standard kehidupan ketika bersara nanti, mereka perlu mula merancang persaraan pada umur sekurang-kurang 30 tahun atau lebih awal lagi.

Lebih dua perlima (45 peratus) daripada mereka berkata mereka sepatutnya membuat penabungan yang lebih besar lagi sebelum ini.

Kaji selidik HSBC Bank itu diperoleh daripada maklum balas 16,000 individu bekerja berumur 25 tahun ke atas di 15 negara. Saiz sampel kaji selidik di Malaysia ialah 1,000 individu.

Berikutan kaji selidik itu dibuat dalam tempoh antara Ogos hingga September 2014, ia tidak mengambil kira kejatuhan ketara harga minyak mentah sejak tempoh itu yang mana ia kini diniagakan di bawah AS$50 satu tong berbanding sekitar AS$100 sebelumnya, selain faktor kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar AS yang menjadikan kuasa membeli rakyat negara ini bertambah lemah.

"Anda perlu menjangka sesuatu yang tidak dijangkakan," nasihat Eng Seong supaya orang ramai membuat persiapan lebih awal dalam menghadapi persaraan. ─ BH Online
 



Sering kali kita melihat di laman sosial bahawa pertunangan diheboh hebohkan .Sebenarnya, pertunangan satu ikatan yang masih longgar dari segi komitmen kerana hubungan pasangan bertunang masih dalam batas dibenarkan syarak bukan seperti mana suami isteri yang sah.



Pertunangan masih berisiko kerana belum tentu akan berakhir dengan perkahwinan atau terputus di tengah jalan seperti laporan akhbar mengenai insiden bakal pengantin yang melarikan diri kerana enggan meneruskan perkahwinan.


Pertunangan sebaik-baiknya dirahsiakan, seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) perkahwinan.” (Hadis riwayat Ahmad dari Abbdullah bin Zubair)

Antara kelebihan merahsiakan pertunangan adalah untuk membendung hasad dengki manusia di luar dan kerahsiaan itu menjadikan kita menahan, mengawal perangai serta pergaulan kerana masih belum sah menjadi suami isteri.


Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang bertunang supaya tidak bergaul bebas dengan tunangnya. Jika dirasakan ikatan pertunangan menyebabkan hubungan bebas, maka ibu bapa perlu memikirkan supaya perkahwinan disegerakan bagi mengelak berlaku keterlanjuran.


Bertunang sebenarnya tempoh untuk pasangan mengenali satu sama lain dalam batas syarak dan sepatutnya dalam tempoh inilah bakal isteri perlu mengambil tahu adakah bakal suaminya seorang bertanggungjawab, beramanah serta rajin beribadah.


Dalam tempoh bertunang juga kedua-dua pihak perlu bermujahadah untuk menambah ilmu rumah tangga.


Dalam tempoh bertunang ini adalah disarankan, pasangan bertunang supaya mencari ilmu rumah tangga, kewangan dan pengurusan rumah tangga, kerana pertunangan langkah permulaan kepada alam perkahwinan.


Ikatan pertunangan diamalkan masyarakat Islam tidak dinafikan memberi kebaikan kepada pasangan serta keluarga masing-masing untuk berkenalan dan menjalin hubungan lebih rapat. Malah, bertukar hadiah secara tidak langsung melahirkan kemesraan dan saling menghormati.


Dari Jabir bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu melamar perempuan, jika ia bisa memandang bahagian tubuhnya yang menarik untuk dinikahi, hendaknya ia lakukan." Riwayat Ahmad dan Abu Dawud dengan perawi-perawi yang dapat dipercaya. Hadits shahih menurut Hakim.


Bermakna,sekadar lihat muka dan tangan,hati telah terdetik untuk menikahi, maka lamarlah dia untuk dijadikan isteri. Harus melihat bakal suami dan isteri malah disunatkan melihat berulang-ulang kali.Hal ini supaya mereka berpuas hati dengan pilihan yang dibuat dan untuk mengelakkan sebarang penipuan.Anggota yang sunat dilihat ialah muka dan tapak tangan.Muka melambangkan kecantikan.Tangan menunjukkan kesuburan.Perhubungan orang yang bertunang masih dikira sebagai hukum ajnabi(orang asing).


Tempoh pertunangan terlalu lama tidak digalakkan kerana takut membuka ruang maksiat kepada pasangan dan sering menyebabkan perkara yang merenggangkan hubungan, seperti kata orang tua pasangan bertunang darah manis.


Jika pasangan sudah berilmu dan bersedia, berkahwin awal memberi lebih peluang mendapat zuriat lebih awal. Zuriat adalah anugerah Allah yang menyerikan suasana hidup suami isteri. Justeru pasangan bertunang perlu menyimpan hasrat ingin mendapat zuriat yang ramai setelah berkahwin.


Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan kami berkeluarga dan sangat melarang kami membujang. Beliau bersabda: "Nikahilah perempuan yang subur dan penyayang, sebab dengan jumlahmu yang banyak aku akan berbangga di hadapan para Nabi pada hari kiamat." Riwayat Ahmad. Hadits shahih menurut Ibnu Hibban.


Mahu tidak mahu, pasangan perlu menerima hakikat jika ikatan pertunangan yang diharap ke jinjang pelamin terputus. Memandangkan pertunangan bukan perkahwinan dan hanya janji untuk berkahwin, kebanyakan fuqaha berpendapat pasangan bertunang boleh memutuskan pertunangan.


Peruntukan itu jelas menunjukkan pihak yang memutuskan pertunangan bertanggungjawab memulangkan pemberian pertunangan serta membayar wang yang dibelanjakan bagi tujuan persediaan perkahwinan kepada tunangnya.


Dari segi akhlak, pasangan bertunang digalakkan tidak membatalkan pertunangan mereka kecuali tidak dapat dielakkan dan mendesak, demi memelihara nama baik pasangan dan keluarganya.


Maka tidak seharusnya seseorang lelaki atau perempuan itu mengubah fikiran untuk membatalkan pertunangan kerana itu dianggap memungkiri janji. Hakikatnya, pembatalan pertunangan bukan haram tetapi tidak digalakkan syariat Islam.

PERKONGSIAN ILMU TENTANG KANSER DAN PENIPUAN YAHUDI


Perkongsian ilmu ini dari seorang laman sosial . Info yang sangat berguna mengenai kanser dan khasiat sayur serta buah - buahan yang penting untuk tubuh badan kita. 
BACA TAU..PENTING NI...penat sy research pic dlm google nak ksi tengok kbenarannya..hihihi..
biar semua sama2 dpt ilmu..in shaa Allah
PERKONGSIAN ILMU TENTANG KANSER DAN PENIPUAN YAHUDI
As salam..
satu perkongsian.sejak kebelakangan ini dperhatikan banyak berlaku kematian akibat kanser dkalangan umat islam d Malaysia ni. kami pernah didatangi oleh bekas pelajar MRSM,seorng doktor pakar pemakanan dan selalu keluar di astro oasis dlm rancangan agen Halal..sape kenal dgn doktor mohd redza benjamin..beliau pengidap kanser tahap 3..tp dberi ksmpatan oleh Allah utk hdup d dunia ini.beliau banyak beri perkongsian tntg pengalamn beliau sbg pengidap kanser. saya akn cerita sedkit demi sdkit nnt

Dr Reza ni pernah berpesan ketika sakitnya itu pd ibunya jgn benarkan doktor cabut talian hayat nya (bntuan oksgn) selagi beliau blum benar2 dsahkn mati.pd ketika dia koma, dr Reza mohn pd Allah atas segala kebaikan yg dia pernah lakukan sblum ini supaya dberi peluang kedua utk hidup dan dpt dia perbetulkn kesilapan yg telah beliau lakukan.
Kesilapan beliau adalah beliau selalu mmberi ceramah kesihatan kpd org ramai supaya mengamalkan pemakanan mengikut sunnah nabi tp malangnya beliau sendiri mengambil ubat-ubatan kimia utk dirinya..jd beliau telah berlaku hipokrit pd org ramai.dan sejak beliau sedar dari koma,beliau ubah cara pemakanan beliau dan mengesyorkn kita umat islam ikut sunnah nabi.
Sedikit perkongsian lg:
1-makan lah sayur2 atau buah2an dahulu sblum ambil makanan lain
2-makan makanan yg Halal & Thoiyyib(suci)
3- Jgn mkn berlebih lebihn (surah Al-A'raf ayat 31)..bhnti sblm knyng
4-Perhatikn makanan kamu Surah Abasa ayat 24
PERKONGSIAN ILMU TENTANG KANSER DAN PENIPUAN YAHUDI

-INI PERKONGSIAN DARI Dr Reza YG ALLAH DAH LAME BGTAU KITA,CUME RAMAI DR KITA YG TAK TAHU ATAU BUAT2 TAK TAHU...
��- cube perhatkn lobak merah kalau dipotong,apekah bentuknyer ?spt mata kan? so dlm kajian sains pun mndapati lobak sbnrnye bagus utk keshtn mata

-then, perhatikn tomato-mengadungi licopin-utk merawat jantung.cube belah tomato,lihat ada 4 cabang dlm tu,ibarat 4 injap dlm jntng kita. yer sbnrnya tomato mmg bagus utk jntung
��-cube perhatikn anggur..bentuk asalnya jika kita ambil setangkai anggur adalah spt bntuk jantung kita kan? kajian sains pun mengatakn ia bgus utk jntng
��-then perhatikan kacang walnut..kulitnyer keras susah nk dipecahkn dan isi dlmnya jika dilihat spt otak manusia.ia mmg bagus utk otak..pd ibu2 sila beri anak anda mkn walnut supaya otak cerdas dan mudah menghafal esspecially anak yg masuk tahfiz
-cube perhatikn kidney bean@ kacang merah..bentuk buah pinggang kita kan..ia mmg bagus utk rwtn buah pinggang
��-batang saleri, bentuknye spt tulang manusia..mmg ia bgus utk tulang
��-buah avocado-perhatikn buahnya dan mcmane bntuk isinye..ia spt rahim perempuan dan ia mmg bagus utk hormon wanita,bknnyer utk rawatan rmbut shj...
-buah Thin..cube perhatikn buah Thin ini.kaum adam cube perhatikn buah Thin ini danbb sndri ia brbntuk spt ape. kajian sains mndpti ia bagus utk kesuburan kaum lelaki.
PERKONGSIAN ILMU TENTANG KANSER DAN PENIPUAN YAHUDI
��Yahudi dah bnyk tipu kita..dia kata daging kmbing kalau mkn kena darah tinggi.itu semua satu pembohongan..DAGING KAMBING�� ADALAH PALING RENDAH KANDUNGAN KOLESTROL,yg kena drh tnggi tu sbb cara masakan kita,contohnya masak kmbng dgn santan yg brlebihn dan sbgainye...ape yg Allah jdkn semuanya baik.cume kita manusia yg salah guna betul tak? so perbetulkn cara pemikiran dan pemknn kita dan keluarga lepas ni..bnyk lg tips dr Dr. Reza ni...
INI tips lg utk siape yg mnghadapi masalah usus yg penuh dgn selaput @ lapisan sisa mknn yg tersangkut di saluran usus anda ,anda boleh mengamalkn cara ini secara berterusan yg dsyorkn oleh Dr. Reza ni..kosnyer sgt murah dan anda x perlu hbiskn puluhan ribuan ringgt utk kos rwtn usus ni.(kalau nk mmbazir jugak baik bg kat aku.. hihihi sory gurau ckit)..
Ok caranya mudah saje..anda cume perlu beli kelapa laut atau Nata d Coco tu,buang airnye oppss sory.. buang air manisan nata d coco tu dan ganti dgn air putih..kmdian anda beli 'YAKULT'..ok ini menyelit ckit beli yakult dan jgn beli vitagen krn yakult ni mengandungi 90% bakteria baik yg hidup berbnding dgn vitagen yg hnya mengandungi 80% bakteria mati..Then ambil lbh kurang 12-15 kiub nata d coco td cume campurkn dgn sebotol Yakult..
Amalkn setiap pagi waktu baru bangun tido SEBELUM ambil mknn lain@ kalau nk lbh bkesan buat dua kali sehari sebelum tido mlm..biar berterusan.insyaAllah kesannya najis kita akn lembut dan kotoran yg trsangkut pd usus akn dsingkirkn secara perlahan2..kalau anda tengok njis anda bwarna hitam,itu tandanya ada tndak bls yg baik dr amalan td..penyinhkiran toksid telah berlaku tp benda ni dia x war2kn pd org ramai..

Ada lg dan kwn2 kalau nk tahu ini bkn untuk kondem mane2 produk..cume Dr. Reza bgtau kenape kita mudah kena cancer tulang, kenape kita dsyorkn kena ambil calcium kononnye utk kuatkn tulang? sbnrnya tubuh bdn kita dah ada calcium.so bila kita ambil calcium berlebihn maka ia akn berlebhn dan akan menyebbkn trjadinye kanser tulang.. proses nyer trjadi aku xdpt terangkn..cube tanya pd yg pakar..cume saranan Dr. Reza adalah kita cume amalkn ambil 5 helai pucuk DAUN KARI di buat ulam,krn daun kari mengandungi calcium yg sgt tinggi.
5 helai daun kari bersamaan dgn Dua Gelas Susu Anlene.Logik akal kita lihatlah kenaae orang india suka masak atau makanan berasas daun kari dan tulang mereka kuat boleh buat kerja berat2.Gigi mereka pun putih dan berdaya tahan lama..hihihi ini tngok gigi masing2 umur baru 37 gigi banyak dah yg lompong.Betul tak? jangan marah ya berkongsi ilmu sambil bergurau.

Ok lagi satu kawan-kawan jangan amalkan minum air soya dan bagi anak minum air soya selalu kerana ia penggalak sel kanser dan boleh melemahkan otak.Ini semua penipuan dari yahudi,dia suruh orang islam minum soya tapi diorang minum susu kambing.

Dia nak musnahkan orang islam secara halus dan melalui perang saraf.Tolong control anak2 dari banyak berintenet dan lihat rancangan tv berbentuk hiburan sebab itu melalaikn kita dr mengingati Allah dan kesan sampingannya kita lihatlah saja sekarang.Saya cuma memperingatkan diri saya sendiri dan yg lain2.Yang baik adalah dr Allah dan yg x baik datang dari saya sendiri..