Ahad, 4 Januari 2015

BERTAPA KERDILNYA KITA....ALLAH MAMPU BERBUAT APA SAJA....DAN KITA TAK MAMPU MENOLAKNYA...HARI2 MANUSIA AKAN DIMATIKAN

Suami hodoh ‘diceraikan’ isteri
  • Gambar Hiasan. Gambar Hiasan.
1 / 1
PATNA - INDIA. Dunia sudah terbalik, itulah yang terjadi di Patna, apabila kuasa ‘cerai’ beralih tangan kepada golongan wanita.

Wanita dari Bihar di India dilaporkan akan meninggalkan suami masing-masing dek kerana pasangan mereka ‘hodoh’ dan tidak ‘sepadan’, lapor Agensi.

Sejak sebulan lalu, sekurang-kurangnya tiga pasangan pengantin perempuan telah meninggalkan suami mereka ekoran ‘kehodohan’ pasangan masing-masing.

Sementara pada 9 Disember tahun lalu, seorang pengantin perempuan dari Daerah Muzaffarpur meninggalkan suaminya kerana hodoh, hanya selepas lima hari berkahwin.

“Saya bersetuju mengahwini suami yang tidak pernah dilihat wajahnya demi menggembirakan ibu bapa, tetapi sebaik sampai di rumah mentua selepas berkahwin dan melihat wajah suami secara dekat, saya rasa benci dan jijik.

“Dia terlalu hodoh.  Akhirnya, saya memutuskan untuk meninggalkannya. Saya tidak akan kembali kepadanya walau apa pun yang berlaku,” kata wanita itu kepada polis di Patna.

Sementara kejadian sama dilaporkan di ibu negeri wilayah itu, Gardanibag iaitu awal bulan ini di mana pengantin perempuan melarikan diri daripada rumah mentua sehari selepas berkahwin.

Saintis tempatan percaya kejadian seperti ini berlaku kerana kehendak generasi muda (wanita Bihar) terlalu mencari kesempurnaan.
Pesawat tiada kebenaran terbang
  • Mayat mangsa yang ditemui dibawa naik di atas kapal Tentera Laut Indonesia, KRI Banda Aceh semalam. Foto: AFP Mayat mangsa yang ditemui dibawa naik di atas kapal Tentera Laut Indonesia, KRI Banda Aceh semalam. Foto: AFP
1 / 1
JAKARTA - INDONESIA. Kementerian Pengangkutan Indonesia membekukan kebenaran untuk AirAsia Indonesia menggunakan laluan Surabaya-Singapura selepas pesawat milik syarikat itu yang terhempas pada 28 Disember lalu didapati terbang mengikut jadual yang tidak diluluskan.

Menurut agensi berita AFP, kenyataan dikeluarkan jurucakap Kementerian Pengangkutan menyebut AirAsia tidak diberikan kebenaran untuk terbang di laluan Surabaya-Singapura pada setiap hari Ahad, iaitu hari nahas itu berlaku, dan syarikat itu tidak membuat apa-apa permohonan untuk menukar jadual penerbangannya.

Pesawat QZ8501 terhempas di Laut Jawa dengan 162 individu dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada waktu penerbangan yang tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa, menurut Ketua Pengarah Pengangkutan Udara Indonesia, Djoko Murjatmodjo.

"Ia melanggar permit laluan dan jadual yang diberikan, itulah masalahnya," katanya.

Menurut Djoko, permit AirAsia bagi laluan itu dibekukan sehingga siasatan selesai.

Sementara itu, sehingga semalam, pasukan mencari dan menyelamat menumpukan pencarian mereka terhadap badan pesawat dan baki mangsa daripada nahas itu, dengan penyiasat luar membantu mencari kotak hitam pesawat, alat penting untuk menentukan punca nahas berhampiran kepulauan Borneo itu.

Menurut The Jakarta Post, lewat malam kelmarin, dua objek besar ditemui di dasar laut oleh pasukan mencari dan menyelamat yang menyertai operasi mencari pesawat itu.Ia ditemui susulan penemuan tompokan minyak pesawat di atas permukaan laut.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS), Henry Bambang Soelistyo mengesahkan dua objek besar itu adalah sebahagian daripada pesawat AirAsia Indonesia.

Sehingga kini, objek itu masih berada di dasar laut pada kedalaman 30 meter.

Menurutnya, dua serpihan besar yang ditemui berhampiran satu sama lain itu mempunyai dimensi 9.4 meter x 8.04 meter dan 7.2 meters x 0.5 meter.

"Buat masa ini, pasukan (mencari dan menyelamat) sedang cuba mendapatkan gambaran lebih jelas menggunakan ROV (kenderaan bawah air yang dikendalikan secara jauh) untuk mendapatkan visual dasar laut.

"Ombak masih tinggi dan arus masih kuat. Kami harap cuaca akan bertambah baik supaya ROV boleh berfungsi secara optimum," katanya.
Singapura benar penerbangan Surabaya-Singapura
  • AirAsia AirAsia
1 / 1
PIHAK Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) berkata perkhidmatan penerbangan AirAsia Indonesia dari Surabaya ke Singapura telah mendapat kebenaran.

Sebelum sesebuah syarikat penerbangan melancarkan perkhidmatan antara dua destinasi, syarikat perlu mendapat kelulusan jadual penerbangannya daripada pihak berkuasa penerbangan awam di lapangan terbang yang kapal terbangnya berlepas dan mendarat, kata kenyataan bersama CAAS dan CAG hari ini.

Permohonan syarikat penerbangan akan dipertimbangkan oleh setiap pihak berkuasa penerbangan awam dengan mengambil kira hak lalu lintas udara yang ada di dalam perjanjian perkhidmatan udara berkaitan (ASA) dan slot berlepas dan mendarat yang ada daripada penyelaras slot masing-masing.

Di Singapura, AirAsia Indonesia telah memohon untuk melakukan penerbangan harian antara Surabaya dan Singapura untuk musim sejuk dari 26 Okt 2014 hingga 28 Mac tahun ini dengan mendarat di Lapangan Terbang Changi pada pukul 8.30 pagi dan berlepas ke Surabaya pada pukul 2.10 petang.

Penerbangan harian ini diluluskan kerana terdapat di dalam hak lalu lintas udara di bawah ASA dua hala dan slot di Lapangan Terbang Changi yang ada.

AirAsia Indonesia mempunyai empat penerbangan seminggu dalam laluan itu pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.

Syarikat penerbangan boleh menyesuaikan kekerapan penerbangan mereka dalam sesuatu musim mengikut permintaan pasaran dan keperluan operasi. - Bernama

Pyongyang ancam serang Washington
PYONGYANG - KOREA UTARA. Korea Utara mengancam untuk melancarkan serangan ke atas Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden Barack Obama membuat tuduhan melulu mendakwa Pyongyang mendalangi serangan siber.

"Kami bersedia sepenuhnya untuk berkonfrontasi dengan AS dalam semua situasi termasuk peperangan siber," menurut Suruhanjaya Pertahanan Kebangsaan Korea Utara lapor AFP.

Sebelum ini, Washington menuduh Pyongyang melancarkan serangan siber hingga menyebabkan Sony Picture terpaksa membatalkan tayangan filem kontroversi, The Interview yang dijadualkan pada Khamis ini.

Dakwaan itu dibuat selepas Biro Penyiasatan Kebangsaan (FBI) mendakwa mereka mempunyai bukti Pyongyang melakukan penggodaman itu walaupun Duta Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menafikan dakwaan tersebut.

Cuaca buruk sejak beberapa hari menghalang usaha pencarian yang dipercayai berada di perairan cetek antara 25 hingga 32 meter.

Sebelum ini, pusat kawalan trafik udara Indonesia melaporkan juruterbang meminta kebenaran terbang pada ketinggian lebih tinggi untuk elak ribut namun permintaan itu tidak diluluskan kerana terdapat beberapa pesawat lain di atas laluan popular itu.
Ditahan akibat mengamuk dalam pesawat
  • Foto sumber Yahoo News Foto sumber Yahoo News
1 / 1
SEOUL - KOREA SELATAN. Cho Hyun-ah, bekas eksekutif Korean Air ditahan selepas waran tangkap dikeluarkan kerana kejadian amuk di dalam sebuah pesawat, 5 Disember tahun lalu.

Hyun-Ah, yang juga anak kepada pengerusi syarikat penerbangan berkenaan dihentam akibat mengamuk kerana cara kacang dihidangkan ketika penerbangan.

Hidangan tersebut, kacang Makadamia diberikan kepada Hyun-Ah di dalam beg dan bukan dihidangkan di dalam piring.

Menurut AP, wanita berumur 40 tahun berkenaan juga dikatakan membahayakan penerbangan berkenaan sehingga memaksa pesawat tersebut berpatah balik ke New York.

Selain Hyun-Ah, seorang lagi eksekutif syarikat penerbangan berkenaan yang hanya dikenali sebagai Yeo turut ditahan kerana mendesak pekerja mematikan isu berkenaan.

Hyun-Ah menghadapi tuduhan termasuk menimbulkan huru-hara di dalam pesawat dan mengubah haluan perjalanan pesawat tersebut.

Awal bulan ini, Hyun-Ah meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Korean Air dan semua jawatan dalam syarikat bersekutu.
Kabus tebal ganggu pengangkutan di Pakistan
  • Beberapa lelaki berjalan melepasi stesen kereta api Lahore dalam keadaan berkabus. - Foto AFP Beberapa lelaki berjalan melepasi stesen kereta api Lahore dalam keadaan berkabus. - Foto AFP
1 / 1
ISLAMABAD - PAKISTAN. Kabus tebal di Pakistan memaksa puluhan penerbangan ditangguhkan, mengganggu pengangkutan darat selain menyebabkan ribuan penumpang terkandas di lapangan terbang, stesen kereta api serta terminal bas pada malam tahun baharu, kelmarin.

Pihak berkuasa penerbangan dalam satu kenyataan berkata, puluhan penerbangan di bandar Karachi, Lahore dan Peshawar terpaksa ditangguhkan selepas kabus tebal mengurangkan jarak penglihatan kepada sifar.

Cuaca buruk juga menangguhkan perjalanan kereta api di seluruh Pakistan, dan perkhidmatan bas dihalang melalui lebuh raya utama menghubungkan Islamabad dengan timur bandar Lahore bagi mengelakkan kemalangan. - dpa
Ratusan rumah musnah terbakar
  • Anggota bomba menggunakan hos air untuk memadamkan api marak di kawasan setinggan di bandar Quezon, timur Manila. - Foto EPA Anggota bomba menggunakan hos air untuk memadamkan api marak di kawasan setinggan di bandar Quezon, timur Manila. - Foto EPA
1 / 1
MANILA - FILIPINA. Ratusan rumah di kawasan setinggan di Filipina musnah dalam satu kebakaran besar di percayai berpunca daripada mercun pada malam sambutan tahun baharu, kelmarin.

Pegawai kampung, Noel Carino memberitahu, kebakaran tercetus pada awal pagi dan api marak dengan cepat melalui angin kencang sehingga memusnahkan rumah hampir 1 kilometer di sebuah kampung di pinggir bandar Quezon.

"Tragedi ini sangat tragis terutamanya ketika menyambut kedatangan tahun baharu,"katanya.

Anggota bomba berkata, ratusan rumah musnah dijilat api dan ribuan keluarga miskin hilang tempat tinggal dalam sekelip mata.

Sementara itu, Jurucakap Biro Perlindungan Kebakaran Renato Marcial memaklumkan, sekurang-kurangnya 14 kebakaran dilaporkan berlaku di seluruh negara menjelang 2015 di mana beberapa daripadanya didakwa disebabkan bunga api dan mercun. - AP
Bayi dihanyutkan arus banjir
  • Sebuah keluarga menggunakan sampan bagi mengharungi banjir yang melanda Selatan Thailand sejak minggu lalu. Foto oleh AFP Sebuah keluarga menggunakan sampan bagi mengharungi banjir yang melanda Selatan Thailand sejak minggu lalu. Foto oleh AFP
1 / 1
BANGKOK - THAILAND. Banjir besar melanda wilayah Pattani mengorbankan seorang bayi lelaki, kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Ismaae Kaelae berusia 12 bulan.

Menurut saksi, mangsa dihanyutkan arus deras di sebatang jalan berhampiran rumahnya.

Situasi banjir di wilayah itu dilaporkan antara yang terburuk di Selatan Thailand dengan bacaan paras air mencecah 50 meter.

Media tempatan melaporkan, lebih 1,000 keluarga di Pattani terpaksa dipindahkan manakala 11 daerah di Phattalung diisytiharkan sebagai zon bencana.

Sementara itu, situasi banjir di Yala beransur pulih selepas paras air menurun.

Sebelum ini, dua daerah iaitu Muang Yala dan Raman terputus hubungan akibat banjir yang mengorbankan tiga nyawa.

Banjir yang melanda kawasan itu sejak 17 Disember lalu menyebabkan lebih 97,000 penduduk terjejas, manakala 40 buah sekolah terpaksa ditutup. - Bangkok Post
Indonesia catat 25 insiden penerbangan tahun lalu
  • Indonesia pesawat
1 / 1
TAHUN 2014 bukan sahaja merupakan tahun yang sukar bagi negara ini, malah Indonesia turut dikatakan melakar sejarah dukanya sendiri dalam industri penerbangan.

Seperti yang dilaporkan oleh portal berita Kompas.com, pada sepanjang tahun 2014, Indonesia dikatakan mencatatkan 25 insiden membabitkan pelbagai jenis pengangkutan udara.

Berikut adalah rentetan insiden dan tragedi yang melakar sejarah penerbangan Indonesia di sepanjang tahun 2014.

19 Januari - Sebuah pesawat milik PT Intan Angkasa dikatakan melakukan penerbangan dari Sentani, Papua dilapor terhempas di Pantai Uu, Kota Tual dan mengorbakan empat kru termasuk juruterbangnya.

21Januari - Sebuah pesawat Lion Air dikatakan terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Bali berikutan cuaca buruk.

22 Januari- Pengangkutan udara helikopter milik Angkatan Tentera Nasional Indonesia, Heli Bell EP bernombor pendaftaran HA-5166 dilaporkan terputus hubungan di Tarakan, Kalimantan Timur. Helikopter tersebut dikatakan membuat pendaratan kecemasan di Kabupaten Malinau berikutan cuaca buruk melanda.

1 Febuari – Sebuah helikopter milik sebuah syarikat penerbangan, PK-JTT dilapor membuat pendaratan kecemasan di daerah Mustika Jaya, Jawa Barat berikutan masalah kebocoran minyak yang dihadapi.

9 April – Pesawat milik sebuah syarikat penerbangan Advent jenis Cessna dikatakan terhempas ketika sedang berlepas di Dekai, Papua dan mengakibatkan dua kematian manakala lima yang lain mengalami kecederaan serius.

25 April – Tentera Udara Angkatan Tentera Nasional Indonesia berjaya mematahkan cubaan rampasan sebuah pesawat Virgin Australia dari Brisbane.

13 Mei-  Pesawat AirAsia yang melakukan penerbangan dari Semarang ke Singapura terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan kecemasan berikutan berlaku insiden kecil di salah satu enjinnya.

1 Jun – Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda Surabaya menuju Lapangan Terbang El Tari Kupang di Tenggara Timur terpaksa berpatah balik dan dibatalkan akibat penyebaran debu gunung berapi Sanguang di Sangiang Pulo.

9 September – Kapal terbang Enggang Air PK-RSC dilapor mengalami kemalangan sehingga menyebabkan sejumlah kerosakan pada badan pesawat. Namun tiada kemalangan nyawa dilaporkan dalam insiden tersebut.

18 September- Pendaratan kecemasan terpaksa dilakukan oleh pesawat Garuda Indonesia, Citilink dan Lion Air di Batam kerana jarak penglihatan terhad.

18 September – Sebuah pesawat yang dipandu oleh seorang juruterbang pelatih dikatakan terhempas di kawasan sawah Desa Marengan, Jawa Timur, menyebabkan juruterbangnya meninggal dunia.

25 September – Roda pesawat Sriwijaya Air, SJ 565 dikatakan pecah sewaktu yang melakukan penerbangan dari Manokwari Papua di Makassar.

26 September – Lapangan Terbang Sultan Mahmud Badaruddin II ditutup berikutan jerebu tebal dan semua penerbangan dibatalkan.

30 September – Pesawat Garuda yang melakukan pendaratan dari Jakarta terpaksa membatalkan penerbangan ke Palangka Raya dan mendarat di Tjilik Riwut susulan jerebu tebal yang melanda daerah tersebut.

1 Oktober – Penerbangan ke pedalaman Kalimantan Timur khususnya di Kabupaten Kutai Barat dan Kabupaten Mahakam Ulu terganggu akibat cuaca jerebu yang semakin teruk melanda kawasan tersebut.

6 Oktober –Sebuah lapangan terbang di Kalimantan Timur ditutup sepenuhnya akibat cuaca buruk.

9 Oktober – Sejumlah pesawat yang dijadual melakukan penerbangan pada tarikh tersebut dilaporkan ditunda akibat penyebaran debu Gunung Berapi Sinabung.

10 Oktober - Penerbangan dari kedua laluan Jakarta ke Palembang ditangguh selama dua jam berikutan penutupan lapangan terbang. Cuaca dilaporkan buruk akibat pembakaran hutan sehingga menyebabkan asap tebal.

11 Oktober – Dua pesawat terpaksa berlegar di udara 30 hingga 60 minit sebelum dibenar mendarat di Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim II, Pekanbaru berikutan cuaca buruk.

17 Oktober- Pendaratan pesawat Lion Air di Lapangan Terbang Tampa Padang, Sulawesi Barat dari Makassar dilapor terjejas dengan kehadiran kawanan lembu di  atas landasan pesawat.

24 Oktober – Pesawat MAS, MH 135 dilapor membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali apabila seorang penumpang dikatakan mengalami kontraksi dan akan melahirkan anak.

30 Oktober – Pesawat pelatih PK-LLC milik PT Lift dilaporkan terputus hubungan di sekitar Pulau Moyo, Tenggara Barat Indonesia. Pesawat tersebut dikatakan terhempas di perairan laut dan operasi mencari dan menyelamat dilancar oleh pihak berkuasa selama beberapa hari namun dihentikan setelah tiada serpihan atau mayat dijumpai.









Feri bawa 466 penumpang terbakar
  • Feri Norman Atlantik yang membawa 466 penumpang dilaporkan terbakar di perairan Greece, semalam. Feri Norman Atlantik yang membawa 466 penumpang dilaporkan terbakar di perairan Greece, semalam.
1 / 1
ATHENS - GREECE . Sebuah feri yang membawa 466 penumpang dari Greece ke Itali terbakar, semalam.

Kebakaran berlaku di dek kereta feri menyebabkan pihak berkuasa mengarahkan penumpang dipindahkan.

Kapal berhampiran diarahkan mengambil penumpang dan anak kapal dari feri Norman Atlantic di barat Pulau Corfu.

Laporan CNN berkata, pasukan penyelamat mengalami kesukaran menghampiri feri berkenaan disebabkan keadaan angin kencang dan laut bergelora.
Tiada kehilangan nyawa dilaporkan (setakan 10 malam).

Sementara itu seorang penumpang, Nikos Papatheodosiou sempat menghubungi stesen televisyen Greece dan memberitahu situasi dalam feri berkenaan kelam kabut.

"Feri sedang terbakar dan kami akan tenggelam. Tolong kami, jangan tinggalkan kami," katanya sebelum talian terputus.

Menteri Pengangkutan, Miltiadis Varvitsiotis berkata keadaan cuaca buruk menyukarkan operasi menyelamat.

Varvitsiotis bagaimanapun enggan mengesahkan laporan awal bahawa 130 mangsa telah diselamatkan. - Reuters

2 November – Sebuah pesawat dari Jakarta ke Sampit tidak dibenar melakukan pendaratan susulan jerebu teruk melanda Lapangan Terbang Haji Asan Sampit, Kalimantan Tengah.

2 Disember – Pesawat Elang Nusantara Air dilapor terhempas di perairan Minahasa Utara.

28 Disember – Pesawat Air Asia, QZ 8501 dari Surabaya ke Singapura dilapor terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Djuanda. Serpihan dan beberapa mayat penumpang dilapor ditemui di Laut Jawa pada 30 Disember.

Terpaksa makan ubi kayu

Kuantan: "Saya dan penduduk kampung terpaksa makan ubi kayu selepas bekalan makanan habis apabila laluan ke sini terputus selama 11 hari disebabkan banjir.
"Kami makan apa saja tanaman yang ada di belakang rumah, kami terpaksa berbuat demikian bagi mengelak terus kebuluran," kata Rosli Ngah.
Rosli, 38, tinggal di Penempatan Orang Asli Bukit Bangkung, Jalan Sungai Lembing, di sini, berkata, penduduk kampung cemas apabila air tidak surut yang menyebabkan laluan terputus.
Katanya, sebelum bekalan makanan dihantar menggunakan helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM) penduduk terpaksa makan apa saja dalam tempoh beberapa hari.
Katanya, ubi kayu ditanam di belakang rumah menjadi makanan selain apa saja yang boleh dijadikan hidangan untuk menyelamatkan nyawa.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 January 2015 @ 6:17 AM


MANGSA banjir, Muhammad Syuib Muhammad Akhir, 25, menyediakan hidangan dalam banjir selepas rumahnya dinaiki air.
Masjid jadi sasaran di Sweden
  • Sebahagian masjid tersebut musnah dalam insiden serangan tersebut. Sebahagian masjid tersebut musnah dalam insiden serangan tersebut.
1 / 1
STOCKHOLM - SWEDEN. Sekurang-kurangnya lima cedera selepas sekumpulan penyerang tidak dikenali bertindak membakar sebuah masjid di bandar Eskilstuna terletak kira-kira 90 kilometer di barat ibu negara.

Jurucakap polis, Lars Franzell memaklumkan hasil siasatan awal mendapati sebuah objek dilemparkan berhampiran tingkap bangunan berkenaan sebelum ia mencetuskan kebakaran secara tiba-tiba.

Menurutnya, terdapat 15 hingga 20 jemaah di dalam masjid berkenaan ketika kejadian menggemparkan itu berlaku.

"Kesemua mangsa cedera kini dirawat di hospital. Siasatan lanjut sedang dijalankan dan suspek serangan tersebut masih belum dikenal pasti," jelasnya lagi. Difahamkan, insiden tersebut berlaku di tengah-tengah perdebatan sengit berhubung dasar imigresen di negara itu.

Kumpulan pelampau berhaluan kanan menuntut kerajaan  mengehadkan jumlah pemohon suaka yang dibenarkan memasuki negara tersebut kepada 90 peratus manakala parti utama kerajaan pula mahu mengekalkan dasar liberal terbabit. - BBC
Kisah pulau ‘kapal perang’
  • Kisah pulau ‘kapal perang’
1 / 1
PULAU HASHIMA - JEPUN. [VIDEO] Dari jauh kelihatan seperti kapal perang yang siap sedia melancarkan serangan, hakikatnya ia hanyalah salah sebuah dari 505 pulau tidak berpenghuni di Wilayah Nagasaki di Jepun.

Terletak 15 kilometer daripada Nagasaki, Pulau Hashima atau dikenali sebagai Gunkanjima dikatakan menyimpan sejarahnya yang tersendiri.

Ditemui pada tahun 1887, pulau yang didiami oleh 5,259 penduduk ini dibangunkan oleh syarikat Mitsubishi Corporation.

Pulau yang begitu kaya dengan sumber arang batu ini menjadi gemilang pada tahun  1959 dengan pembinaan bangunan serta kemudahan awam yang lengkap.

Oleh kerana ruang daratan yang begitu sempit, pemaju mengambil langkah membina bangunan tinggi untuk didiami pekerja arang batu yang bekerja di pulau tersebut.

Selain itu, kemudahan lain seperti pusat perubatan, bar, panggung wayang dan restoran turut dibina.

Ia menjadikan pulau tersebut sebagai petempatan yang mencatatkan jumlah penduduk paling padat di dunia dengan nisbah 835 orang dalam satu kilometer persegi.

Sebaik berakhirnya Perang Dunia Kedua, kemudahan di pulau tersebut ditambah baik dengan adanya kemudahan kabel, radio dan sebagainya.

Selain itu, penanaman taman-taman dan tanaman sayuran mula diwujudkan di atas bangunan-bangunan tinggi di pulau tersebut.

Namun pada  tahun 1974, penggunaan arang baru mengurang dengan wujudnya sumber tenaga utama dari minyak, menyebabkan lombong di Pulau Hashima ditutup dan penduduk akhirnya mula meninggalkan pulau tersebut.

 Kegemilangan pulau mewah ini surut perlahan-lahan. Pulau Hashima dibiar tanpa berpenghuni dan segala-galanya ditinggal sepi begitu sahaja.

Bangunan-bangunan tinggi di pulau tersebut mulai reput, buruk, runtuh dan rosak manakala tumbuh-tumbahan mulai menjalar liar.

Pulau tersebut masih menerima kunjungan daripada pelawat yang mahu menyaksikan sendiri tinggalan bangunan dan runtuhan di sana.

Sehingga kini tiada rancangan dibuat untuk membangunkan semula pulau tersebut.

Tiada ulasan: