Selasa, 27 Januari 2015

BILA BAB2 AGAMA DINIAGAKAN...ENTAH MANA HUKUM FARDU KIFAYAHNYA...AMBIK HABUAN DUNIA...AKHIRAT TERSERAHLAH PADA ALLAH...HINGGA KAYA RAYA DAN HIDUP MEWAH HASIL NIAGA AGAMA...SAHABAT2 DULU DIZAMAN RASULLULLAH SAW YANG KAYA/MEWAH JADI MISKIN...BEGITULAH AGAKNYA KETIKA AKHIR ZAMAN NI




 Masalah Belanja Kahwin Mahal
Oleh
Dr Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net 
dowry
Assalamualaikum uzar,

InsyaAllah saya bakal melangsungkan perkahwinan di akhir tahun namun saya berada dalam situasi tertekan kerana masalah adat dalam perkahwinan yang melibatkan kewangan. Alhamdulillah pada mulanya berjalan lancar dan apabila kedua keluarga kami bertemu kami bersetuju untuk mengenepikan adat dan mahu melangsungkan majlis secara ala kadar berlandaskan Islam. Pihak perempuan mencadangkan bahawa kami mengantikan wang hantaran dengan perhiasan untuk bakal isteri saya yang mana mampu. Namun setelah membeli didapati bahawa nilai barang perhiasan yang pihak perempuan jangkakan adalah lebih dari apa yang saya sangka dan mampu.
Ini mungkin ini salah faham dari pihak saya dan keluarga. Dalam jangka masa yang singkat ini saya amat terdesak untuk mencari wang dan jalan yang paling ringkas ialah dengan meminjam dari bank. pun begitu saya faham bahawa adalah haram jika meminjam untuk membeli emas. Bagaimana pula dengan hukum wang hantaran lebih-lebih lagi jika wang hantaran adalah sumber pinjaman dari bank?

Saya juga khuatir wang hantaran lebih kepada menunjuk-nunjuk dan akhirnya tidak diberkati majlis saya nanti.

Oleh kerana perkahwinan adalah untuk memulakan hidup baru saya amat berhati-hati lebih-lebih lagi kerana takutkan riba. diharap uzar dapat memberikan pendapat.
Pemuda ingin tahu 

JAWAPAN
Alhamdulillah dan tahniah atas perkahwinan yang bakal berlangsung, semoga dipermudahkan oleh Allah. Berikut adalah respon saya terhadap beberapa soalan yang diajukan:-
 1. Memang benar, perkahwinan tanpa melibatkan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi adalah lebih baik dan mudah mendapat keberkatan berbanding yang mahal kerana itu bakal meyukarkan pihak kurang berkemampuan, menyukarkan perkahwinan yang diperlukan untuk menghalalkan hubungan pasangan yang memerlukan, mudah dihinggapi penyakit riya’ dan menunjuk-nunjuk kekayaan.  Walaupun nilai hantaran dan mas kahwin yang mahal itu diharuskan oleh hukum Islam, namun iu bukanlah suatu yang terbaik. 
Dinyatakan bahawa Nabi s.a.w bersabda :
إن أعظم النساء بركة أصبحهن وجوها وأقلهن مهرا
Ertinya : Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya ( Riwayat Ibn Hibban)
Dalam sebuah hadis lain :
خَيْرُكُنَّ أَيْسَرُكُنَّ صَدَاقًا 
Ertinya : Sebaik-baik kamu adalah yang paling mudah mas kahwinnya ( Hadis Marfu’ riwayat At-Tabrani, namun lemah pada sanadnya)
Juga hadis yang lain berbunyi :

إن أعظم النساء بركة أيسرهن صداقا

Maksudnya;
“Wanita-wanita yang paling diberkati dikalangan umatku adalah yang paling rendah mas kahwinnya” (Riwayat Ahmad, namun lemah pada sanadnya)
Memang kelihatan hadis-hadis di atas menyebut perihal mas kahwin, namun dalam konteks Malaysia yang mempunyai adat memisahkan mas kahwin dan hantaran, kedua-dua belanja yang berkait langsung dengan aqad nikah dianggap relevan dalam erti hadis di atas. Manakala kenduri pula adalah sesuatu yang terasing. 
2. Saudara memberitahu bahawa kedua-dua keluarga telah bersetuju secara ala kadar bagi meraih keberkatan, maka sewajarnya saudara dan keluarga berterus terang dengan bakal pasangan berkenaan luar jangkaannya nilai hantaran yang mereka harapkan. Itu adalah amat penting berbanding menjatuhkan diri dalam hutang untuk berkahwin yang merupakan satu cara yang tidak sihat dari sudut perancangan kewangan.
 3.  Secara asasnya, tidak ada salahnya meminjam untuk membeli emas bagi tujuan simpanan masa hadapan, pelaburan jangka panjang atau sebagai hantaran, namun ia menjadi SALAH dan DOSA BESAR jika pinjaman dibuat dari bank konvensional secara  riba yang dikenakan ‘interest’, atau membeli emas itu secara bertangguh bayarannya. Namun jika saudara membuat ‘pembiayaan peribadi’ dari institusi kewangan Islam untuk memperolehi tunai bagi tujuan perkahwinan, ia tiada masalah dari sudut hukum dan telah disahkan patuh hukum Shariah oleh ulama yang berwibawa dan menyelia institusi terbabit, cuma ia tidak digalakkan sahaja dari sudut perancangan kewangan kerana boleh membawa masalah bebanan hutang di kemudian hari.
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net



DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang­ lenggok waktu bjal
eran, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) untayang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wangin ya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya". (H.R. Muslim)



Keterangan

Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya.

Lebih jelas huraiannya, baca di sini >>>  Re: Bertudung dan Sanggul tinggi

BAHAYA KEMEWAHAN

Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a., "Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus'ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus'ab ketika berada di Mekkah dahulu (kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib Mus'ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah). Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, "Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka'bah?". Maka jawab sahabat, "Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki". Lalu Nabi saw. bersabda, "Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu di hari itu". (H.R. Termizi)



Keterangan

Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw. menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti. Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi kita Muhammad saw. mengatakan, "Keadaan serba kekurangan itu adalah lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.

Kemewahan hidup banyak menghalang seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada, selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw., "Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)".

Begitulah gambaran yang sebenar terhadap kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian, Maka ketika itu, barulah ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.




‘Itu salah faham’

Oleh Salman Hamat

salman@hmetro.com.my

Nibong Tebal: Isu kos pengebumian jenazah seorang lelaki meninggal dunia di Sungai Bakap, petang semalam yang mencecah RM4,735 dan menarik perhatian masyarakat seluruh negara selepas resit pembayaran dikeluarkan masjid jadi viral di media sosial dianggap sebagai salah faham.
Setiausaha masjid berkenaan, Ishak Abu Hassan berkata, ia sebenarnya bayaran untuk dua perkara iaitu menguruskan pengebumian jenazah dan upah bagi pelajar pondok berhampiran untuk membaca al-Quran.
"Sebenarnya kos menguruskan jenzah hanya sekitar RM1,200 namun atas permintaan keluarga, kos itu meningkat.
"Selepas berbincang dengan semua pihak termasuk keluarga arwah isu ini dianggap selesai," katanya.
Ishak berkata, dia dimaklumkan mengenai resit berkenaan yang viral di media sosial sejak semalam namun tidak mengendahkannya kerana sudah dibawa ke pengetahuan keluarga arwah.
"Selepas solat Isyak semalam saya sudah maklum mengenai perkara ini," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 January 2015 @ 5:56 PM


FOTO ihsan pembaca

IBU GANTUNG DIRI BERSAMA DUA ANAK

| January 26, 2015 | 0 Comments

IBU GANTUNG DIRI BERSAMA DUA ANAK | INDORE Seorang ibu di sini telah membunuh 2 anaknya sebelum menamatkan nyawanya pada Jumaat, 23 Januari 2015.Wanita yang dikenali sebagai Nirmala dijumpai telah mengantungkan diri bersama dua anaknya di sebuah telaga yang adalah sebahagian daripada harta keluarganya. Orang ramai yang telah berkumpul di lokasi kejadian tidak dapat menahan air mata apabila melihat mangsa – mangsa di dalam keadaan sebegitu.
0mumm
Pihak polis tidak dapat mengeluarkan mayat-mayat mangsa pada hari Jumaat kerana ia telah gelap. Sebaik sahaja telah pagi, usaha – usaha pemulihan telah dilakukan dengan serta-merta. Menurut pihak polis, kes ini kelihatan seperti kes bunuh diri di mana ibu telah membunuh anak-anaknya sebelum mengantungkan diri.
Kes ini kini sedang disiasat dan pihak polis sedang mencari punca Nirmala telah mengambil tindakan yang sebegini.
imageResize.ashx
01mum

Kredit Foto: Daily Bhaskar .


 ZAMAN DIMANA ORANG TAK PEDULIKAN DARI MANA MENDAPATKAN HARTA

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram". (H.R. Muslim)



Keterangan

Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.


FAKTA-SENARAI SYARIKAT PEMAJU – Penipuan Konsesi Pembalakan atas nama Ladang Rakyat Di Kelantan-(2)
By redzuan January 26, 2015 : 11:11 am
LADANG RAKYAT BALAK
Oleh rmf
Isu banjir telah membongkarkan banyak perkara, diantaranya , selama ini  keributan isu pembalakan telah dinafikan sekerasnya oleh PAS dan sekutunya sehingga menyebabkan banjir bercampur lumpur di Negeri Kelantan yang banyak menjahanamkan harta benda rakyat. Kerakusan pemimpin PAS menarah bukit sehingga mencemarkan eko sistem yang amat penting dalam negara ini.
“Orang PAS ni guna agama untuk makan duit haram,duit rakyat,masuk dalam perut mereka.Mereka ini lebih hina daripada tuduhan mereka atas orang UMNO.Sebab sekarang saya kena minta bantuan dari Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan).Jabatan milik Barisan Nasional ni akan tolong saya cari makan.Harapkan PAS,mereka sibuk curi rampas tanah orang,curi balak,tidak bayar pampasan atau ganti rugi,”demikian kata Harun Che Anal,warga emas berusia 61 dari Gua Musang,Kelantan.
Sebanyak 39 syarikat yang telah dilantik oleh Kerajaan  Negeri Kelantan untuk memajukan program Ladang Rakyat. Syarikat syarikat tersebut telah mendapat kebenaran untuk pembalakan di Hulu Kelantan yang  merangkumi kawasan yang seluas 47,927 hektar  dan dinilai konsesi balak tersebut bernilai dalam lingkungan RM923 juta.
Diantara syarikat syarikat yang terlibat ialah :
  1. Alan—Asra Agroutures Sdn.Bhd ( 607 Hektar)
  2. Alifya Forestry Sdn. Bhd (404.6 Hektar)
  3. Ash-Har Travel & Tour Sdn Bhd (404.6 Hektar)
  4. Binaan Budi Sawmill Sdn. Bhd ( 404.6 Hektar)
  5. Bahtera Resources Sdn Bhd (607 Hektar)
  6. Bukit Liang Sdn Bhd (607 Hektar)
  7. Cosmos Option Sdn Bhd (404 Hektar)
  8. Desa Industry Sdn Bhd (404.6 Hektar)
  9. Embun Ria Sdn Bhd (607 Hektar)
  10. Euromawar Sdn Bhd (600 Hektar)
  11. Excel Sdn Bhd (404 Hektar)
  12. Focal Technology Sdn Bhd (500 Hektar)
  13. Gentie Country Sdn Bhd (607 Hektar)
  14. ICM Food Ans Beverage (400 Hektar)
  15. Masco Engineering and Construction Sdn Bhd (607 Hektar)
  16. Indah Ehsan Holding Sdn Bhd (607 Hektar )
  17. Inxion Construction Sdn Bhd (607 Hektar)
  18. Jejaka Mamur Sdn Bhd (328 Hektar)
  19. Kesan Progresif Sdn Bhd (607 Hektar)
  20. Keysem Sdn Bhd (404.6 Hektar)
  21. Khazanah Muara Sdn Bhd (607 Hektar)
  22. Malysia-Beijing Holding Sdn Bhd (404.6 Hektar)
  23. Narsco Holding Sdn Bhd ( 607 Hektar)
  24. Nostagia Makmur Sdn Bhd ( 607 Hektar)
  25. Orkid Bina Sdn Bhd (404 Hektar)
  26. PKINK (809.3 Hektar)
  27. Pusat Pembangunan Pondok Berhad (445.15 Hektar)
  28. Rohbtar Sdn Bhd (607 Hektar)
  29. Sindiyah Sdn Bhd (607 Hektar )
  30. SKKPJ(Tanah Merah) Development Sdn Bhd (607 Hektar)
  31. Success Target Sdn Bhd (202 Hektar)
  32. Sumber Wira Sdn Bhd (202 Hektar )
  33. Telda Corporation Sdn Bhd (486 Hektar)
  34. Timber Master Smallholder Sdn Bhd (404.7 Hektar)
  35. O.G.U.E Wood Sdn Bhd (404.7 Hektar
  36. Virex Timber Industry Sdn Bhd (404.7 Hektar)
  37. Yakin Kota Bharu (8,093 Hektar)
  38. Yayasan Islam Kelantan (6130 Hektar)
  39. Yunaland Dev Sdn Bhd (600 Hektar.
Ini lah syarikaT syarikat yang telah mendapat konsesi pembalakan dan pembersihan hutan untuk dijadikan sebagai Program yang dinamakan Ladang Rakyat Kelantan. Namun semuanya ditinggalkan begitu sahaja setelah hasil balak di rompak dan  menidakkan hak hak rakyat  Kelantan yang  berada diparas kemiskinan dimana memerlukan pembelaan.
Dengan jumlah keseluruhan sebanyak 63,422 ekar tanah yang telah digondolkan dimana meliputi 14 kawasan cadangan projek lading rakyat yang mana hanya  4,332 orang peserta daripada jumlah yang sebenarnya.
Inilah kerakusan Kerajaan PAS yang mana  melakukan penindasan terhadap rakyat atas nama bertopengkan Islam.Ya , Pelbagai rungutan yang telah dikemukakan oleh rakyat Kelantan terhadap penipuan ini, Namun apa kata  kukur , kelapa juga habis diparut. Secara Jelasnya Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan  telah merampas  tanah tanah kepunyaan rakyat atas nama pembangunan perladangan.
Rakyat hanya mampu melakukan tindakan dan keluar beramai ramai  melakukan protes dan mempertahankan tanah mereka dari dirampas oleh  orang politik yang berjubah alin tetapi  bernafsukan syaitan. Tindakan  memprotes ini berlaku di Kampung Miak dan Kuala Malligai.
Setelah rampasan tanah dilakukan oleh Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan, rakyat dizalimi dengan kejam dan tanpa sebarang pampasan diberikan, janji untuk membayar pampasan tidak ditunaikan oleh Perbadanan Ladang Rakyat dengan alasan yang tidak manusabah sama sekali iaitu selagi geran tidak diperolehi, selagi itu juga tanah tersebut menjadi hak milik  mereka.
Apa yang kita lihat sekarang, Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan telah mempolitikkan nasib  golongan yang  miskin untuk kepentingan pemimpin politik didalam menguruskan isu menaiktaraf  kehidupan yang amat diharapkan oleh rakyat miskin. Secara jelas program Ladang Rakyat ini tidak seperti mana yang diharapkan ianya hanyalag retorik politik dan  untuk menunjukkan kepada masyarakat Melayu bahawa yang berjubah itu bukan semestinya jujur dan alim.
Masyarakat orang Asli juga menerima tamparan yang cukup meyedihkan dimana  sumber alam mereka dimana tempat mereka mencari binatang buruan kini sudah tinggal tunggul dan tanah lapang sahaja, Tanah tanah mereka dirampas oleh kerajaan  yang bertopengkan Islam, demi kepentingan politik dan kerakusan hawa nafsu.
Hanya sebanyak 4332  peserta sahaja yang dapat menikmati Ladang rakyat dari jumlah 63,422 ekar yang telah ditarah dan diambil hasil kayuan  untuk kepentingan syarikat syarikat yang dilantik dan menjana keuntungan besar dari hasil pembalakan,
Kerajaan BN dikatakan menzalimi  rakyat namun belum ada lagi cerita Ladang Rakyat dimana rakyat dipinggirkan dan dibiarkan setelah tanah tanh dirampas tanpa pampasan. Ini lah Kerajaan yang dikatakan Islam dan bersifat seperti Firaun yang menzalimi umat Islam.

Fesyen Akhir Zaman! Gadis Melayu Ini Nampak Macam Normal, Sehinggalah Anda Saksikan Foto Terakhir!

on Monday, January 26, 2015
Fesyen 'KETERLALUAN' Remaja Melayu Masa Kini.. Apa nak jadi dengan anak melayu masa kini. Dalam era yang membangun ni banyak betul style dan pengaruh media sosial barat yang memesongkan akidah anak-anak muda melayu terutamanya wanita.
Pelbagai fesyen yang menampakkan tubuh badan samada dari barat,k-pop dan sebagainya. Jom kita terjah cara pemakaian anak gadis melayu terkini sekarang... Andai kata ada pak aji yang membaca artikel ni mau berdarah hidung orang tua tu kihkihkhih...

Tapak rumah ada punca air mata air Iaitu tapak rumah itu adalah tempat kediaman semulajadi jin ada punca mata air kerana punca mata air adalah tempat kediaman semulajadi jin dan ia boleh dikenali dengan airnya yang sentiasa mengalir, walaupun di musim kemarau.Kalau dibuat kediaman maka jin dari tanah akan memasuki dan tinggal dalam rumah dan tambahan pula jika dibina kediama
Apa nak jadi dengan anak melayu masa kini. Dalam era yang membangun ni banyak betul style dan pengaruh media sosial barat yang memesongkan akidah anak-anak muda melayu terutamanya wanita.

Pelbagai fesyen yang menampakkan tubuh badan samada dari barat,k-pop dan sebagainya.

Jom kita terjah cara pemakaian anak gadis melayu terkini sekarang...
Andai kata ada pak aji yang membaca artikel ni mau berdarah hidung orang tua tu kihkihkhih...Fesyen 'KETERLALUAN' Remaja Melayu Masa Kini..



Mangsa banjir tak tahan lagi tinggal dalam khemah
  • Foto Bernama Foto Bernama
1 / 1
GUA MUSANG - Oleh kerana sudah tidak sanggup lagi tinggal  dalam khemah hampir sebulan, seramai 78 orang mangsa banjir dari 13 keluarga di Kampung Aring 2 di sini merayu supaya pembinaan rumah untuk mereka dipercepatkan.

Mereka sudah tidak tahan lagi berada di dalam khemah yang dibina sendiri di atas tapak asal rumah mereka yang dihanyut banjir, dalam keadaan panas membahang pada tengah hari dan sejuk menggigil di waktu malam.

Mereka mendakwa pelbagai pihak sudah datang menjenguk mereka dan menasihatkan mereka supaya bersabar, tetapi mereka tidak dibenarkan membina semula rumah mereka kerana akan diberi penempatan baharu.

Namun bagi Husin Ali, 68, yang lumpuh akibat serangan angin ahmar, berharap bantuan kerajaan kerana tidak mampu membina rumah baharu.

Beliau tinggal di dalam khemah bersama anak lelakinya yang cacat kedua kaki, dengan membina khemah di atas lantai simen bahagian dapur rumah asalnya. 

"Pak cik harap kerajaan segera membina rumah sementara kerana kami sudah tidak tahan tidur di atas simen," katanya.

Salimah Abdullah, 65, berkata, beliau terpaksa tinggal di dalam khemah kerana rumahnya yang didiaminya sejak lebih 20 tahun dihanyut arus banjir dan kini mereka juga tinggal sehelai sepinggang.

"Mak cik selama ini hanya mengharap hasil tanaman pisang dan jagung yang habis musnah untuk terus hidup," katanya. - Bernama
jerung terlepas...bilis yg tersangkut dimata pancing
‪#‎TanggisanSeorangIbu‬#
Sedangkan orang lain bersenang lenang....
Dia terus berlinang air mata..
Adakah ini keadilan?


Umat Islam Mengikut Langkah-Langkah Yahudi Dan Nasrani

Ertinya:

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri r.a. berkata: Bahawasanya Rasulullah saw bersabda: “Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?”. Nabi saw menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”. (H.R. Muslim)


Keterangan

Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun ‘cara hidup’ orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikut mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabda Rasulullah saw ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru ‘cara hidup’ Yahudi dan Nashrani samaada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah! Selamatkan kami daripada mereka.

Tiada ulasan: