Jumaat, 9 Januari 2015

TAUFIK HIDAYAH MILIK ALLAH....TAPI KITA KENA USAHA MELAKUKAN BANYAK KEBAIKAN SERTA KEBAJIKAN...INSYA ALLAH...... ALLAH AKAN MEMBERI KERAHMATAN...BUKAN SENTIASA MELAKUKAN KEJAHATAN SERTA SOMBONG KEPADA ALLAH SWT

08 Januari 2015

SUHU SEJUK MELAMPAU KURANG 17 DARJAH CELSIUS AKAN MELANDA SEBAHAGIAN MALAYSIA



Suhu sejuk melampau akan berulang

Tidak mustahil fenomena cuaca sejuk bakal melanda Malaysia sebelum musim monsun berakhir Mac nanti




KUALA LUMPUR: Musim sejuk melampau dijangka akan melanda Malaysia dalam tempoh terdekat.

Fenomena itu akan dialami oleh penduduk di negeri-negeri Pantai Timur yang baru sahaja menghadapi bencana banjir terburuk dalam sejarah negara pada Disember tahun lalu, lapor Kosmo! Online, Khamis.

Pakar Geografi dan Kajian Iklim Bandar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Shaharuddin Ahmad berkata, fenomena itu bakal melanda negara ini disebabkan dunia berdepan dengan perubahan cuaca secara menyeluruh.

“Ketika ini cuaca sejuk melampau berlaku di Siberia, Rusia. Tiupan udara bertekanan tinggi dari Siberia itu bergerak ke China dan akan membawa cuaca sejuk memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke negara-negara Asia Tenggara termasuk Malaysia sepanjang musim Monsun Timur Laut.

“Justeru, adalah tidak mustahil fenomena cuaca sejuk ini bakal melanda negara ini sekali lagi dalam jangka waktu tertentu sebelum musim monsun berakhir pada Mac nanti,” ujar Shaharuddin ketika dihubungi Kosmo!

Sehubungan itu, rakyat Malaysia perlu bersedia menghadapi fenomena cuaca sejuk luar biasa tersebut seperti yang pernah berlaku di negara ini pada Januari tahun lalu.

Fenoma tersebut yang melanda pada kira-kira minggu ketiga Januari tahun lalu merekodkan suhu serendah 17 darjah celsius di Kuala Krai, Kelantan dan 19 darjah di Besut, Terengganu. Suhu tersebut disifatkan paling sejuk pernah direkodkan di Pantai Timur sehingga tahun lalu. Rekod bagi tahun-tahun sebelumnya ialah 23 darjah Celsius.

Pada musim tersebut juga, menyaksikan Keningau, Sabah mencatat suhu terendah 17 darjah Celsius, lebih rendah berbanding tanah tinggi Kundasang iaitu 20 darjah Celsius.

Hujan monsun sudah bermula semalam, sepertimana diramal MetMalaysia pada Ahad lalu yang menyatakan bahawa episod hujan monsun dijangka bermula semalam atau hari ini.

Jabatan berkenaan juga menjangkakan hujan monsun musim ini berkemungkinan membawa taburan hujan berterusan selama dua hingga tiga hari di negeri-negeri Johor, Sabah dan Sarawak.

Musim tengkujuh kali ini yang telah bermula pada November 2014 dan dijangka berakhir pada Mac nanti.

MetMalaysia menempatkan pegawainya di Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memberi perkembangan terkini berhubung fenomena cuaca termasuk episod hujan monsun yang mungkin berlaku.

Sebarang maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi dan akaun laman sosial seperti Facebook dan Twitter rasmi jabatan tersebut.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari di laman sesawang www.met.gov.my dan laman twitter di https://twitter.com/malaysianmet.

Terbaik! Rakaman Khutbah Tanpa Teks Terbaru oleh Ustaz yang menjadi viral diinternet Diberi gelaran sebagai "Ustaz Rosyam Nor".

Written By canang on Jumaat, 9 Januari 2015 | 1/09/2015 08:07:00 PTG

Kiriman sahabat SSTV
Cara nak cuci tangki air kereta...
Mula2 letak air bersih dlm botol...start enjin...
Buka penutup tangki...
Letak botol mcm dlm gambar..
Bila air dalm botol da keruh..ganti botol baru pula..
Buat sampai airdlm botol bersih...





07 Januari 2015

KISAH TAHFIZ MADRASATUL TARBIAH SELAMAT DARI BENCANA BANJIR BESAR!!!!




 

DENGAN IZIN ALLAH PESAT TAHFIZ Madrasatul Tarbiah Aulad INI SELAMAT

Secebis Pengalaman...Suatu Perjalanan...
Nik Azam, Sabtu 3/1/15

Sahabat2...
Saya nk kongsikan sedikit cerita ttg pengalaman mnghantar bantuan ke tempat mangsa2 banjir. Dlm byk2 pengalaman membantu..inilah satu2nya pengalaman yg ingin saya sampaikan..


Saya bersama2 sahabat2 dr Trganu yg membawa 1 lori bekalan brg2 pergi ke Dabong utk menghantar bantuan ke kawasan2 pedalaman yg teruk terjejas. Kami juga ingin menghulurkan bantuan ke sebuah pondok yg ada di situ.



 


Kami memilih lokasi tersebut krn mndapat maklumat dari Ustaz Nazry yg mnguruskan rumah anak2 yatim & pusat Tahfiz bahawa ada satu pondok di pedalaman yg trlibat dgn banjir dan mngkin memerlukan bantuan krn jauh dr jalan besar. 

Kedudukan pondok di tepi sungai juga memungkinkan kemusnahan teruk dialami..dan kami tidak dapat maklumat lanjut krn tidak dpt brhubung dgn org2 di situ.

Terima kasih saya ucapkan kpd sahabat2 lain di Machang yg sudi menghulur bantuan utk mndpatkan bekalan tambahan dan mengisi brg2 ke atas lori sblm kami brtolak pergi.

Dlm byk2 tempat yg sy pergi utk mnghulurkan bantuan..pengalaman ini agak luarbiasa krn segala2nya bermula dari kami bertolak dipermudahkan Allah SWT.
Ini sgt berbeza dgn pngalaman saya mmbantu mangsa2 di tempat lain.
Walaupun kami tidak mengetahui lokasi pondok yg kami tuju..tetapi kami seolah2 dipimpin utk smpai ke sana..setelah bertanya kpd bberapa org.

 

Pondok yg kami tujui itu digelar Madrasatul Tarbiah Aulad...berada di Kg. Sg. Kenerong, Stong, Dabong...dan diuruskan oleh seorang ustaz yg digelar Pak Teh Din.

Setelah masuk ke kwsn Dabong..kami melihat kemusnahan yg sgt teruk di sepanjang perjalanan.

Bila masuk ke jalan kecil utk menuju ke Madrasah Tarbiah Aulad itu..saya membayangkan kemusnahan yg lebih teruk memandangkan kedudukan pondok di tepi sungai.

Madrasah Tarbiyah al-Aulad ini berada di laluan air utama..di bawah stesen hidro TNB  Sg.Kenerong, Stong, Dabong.

Apabila stesen hidro itu mlepaskan air..dlm keadaan air yg sudah begitu banyak..maka terjadilah gelombang raksasa yg begitu deras merempuh kawasan madrasah tersebut..!




Jadi masa gelombang air turun dari bukit ke sini..
dgn lajunya, dgn tingginya..dgn arus yg ganas menggila...segala2 yg ada di sekitar kawasan ini dirempuh dgn begitu ganas..

(mngikut cerita P.Teh Din..pemilik pondok ini sendiri)

Dua Beradik Hilang Telah Ditemui, Dalam Keadaan Selamat



KUALA LUMPUR: Dua beradik yang hilang sejak hari Rabu lepas kini telah selamat kembali ke pangkuan keluarga hasil kerjasama dari pihak polis.

Pada Rabu lepas, Mohd Iman Zafri, 11, dan Nur Alysyah Zafiera, 9, telah meminta kebenaran dari ibunya, Azriana Ahmad untuk pergi ke kedai sebelum mereka didapati tidak kembali 15 minit selepas itu.

Memetik status yang dimuat naik oleh Azriana Ahmad di Facebook, dia berkata akan memberitahu umum mengenai situasi terkini setelah anaknya ada di depan matanya.

"Saya akan update sekiranya anak-anak ada di depan mata saya. Anak-anak hilang bukan lari dari rumah seperti yang didakwa,"

Memetik laporan dari Astro Awani, bapa kepada adik beradik itu, Hudzaifah Fauzi berkata anak-anaknya kini sudah bersama keluarga dan dalam keadaan baik.

"Saya berterima kasih pada pihak yang membantu menyebarkan khabar sehingga anak-anak kami ditemui semula," katanya.

Hudzaifah juga menyatakan kekesalan terhadap fitnah yang menular di media sosial sejak berita kehilangan anaknya mula tersebar di internet.

"Harap pihak-pihak tertentu hentikanlah semua tanggapan buruk yang ditujukan kepada keluarga kami. Sekarang ini semuanya sudah selamat," katanya.

Perkara ini telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh  - Siakapkeli.com.my

Kenyataan bapa dua beradik yang hilang tentang pihak PDRM telah menjumpai anak-anaknya sebelum ini.

Tiada ulasan: