Isnin, 5 Januari 2015

KITA BOLEH BERI ALASAN....DAN BERIBU DALIH....TAKUT ALASAN DAN DALIH INI MAKAN DIRI...ADAKAH ALASAN NI JUGA BOLEH DIGUNAKAN DIAKHIRAT....KALAU DIFIKIRKAN KECUT PERUT NAK JADI PEMIMPIN







Sardin jadi menu masakan utama
  • Petugas bekerjasama menyediakan masakan untuk 700 mangsa banjir di pusat pemindahan di dewan sekolah itu.Petugas bekerjasama menyediakan masakan untuk 700 mangsa banjir di pusat pemindahan di dewan sekolah itu.
 1 / 1 
CHENOR - Sekurang-kurangnya 100 tin sardin dan 60 kilogram (kg) beras diperlukan setiap hari untuk penyediaan masakan bagi menampung 700 mangsa banjir di pusat pemindahan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Afzan Chenor, di sini.

Sardin menjadi menu masakan utama yang disajikan kepada semua mangsa banjir sepanjang tempoh 12 hari mereka berada di pusat pemindahan itu.
Dewan sekolah itu antara 15 pusat pemindahan di Chenor dan merupakan yang menempatkan paling ramai mangsa banjir dengan 771 orang membabitkan 17 kampung.

Seorang tukang masak yang mahu dikenali sebagai Kak Gayah, 55, berkata, lebih 10 petugas yang juga mangsa banjir menguruskan penyediaan hidangan utama iaitu tengah hari dan malam.

Menurutnya, tidak dinafikan bahawa sardin adalah menu wajib namun terdapat menu lain yang disumbangkan oleh badan sukarelawan dan orang persendirian.

“Sepanjang 12 hari di sini, memang kami semua makan lauk sardin kerana ia dapat menampung jumlah mangsa banjir yang ramai.

“Selain makan tengah hari dan malam, petugas juga menyediakan sarapan pagi dengan menu nasi goreng dan minum petang mengikut keperluan  mangsa.
“Alhamdulillah, setakat ini bekalan makanan tidak pernah putus yang disalurkan pihak kerajaan dan orang ramai,” katanya.
Sementara itu, Adun Chenor, Mohammed Arifin Ismail berkata, seramai 2,000 mangsa banjir bagi kawasan Chenor masih ditempatkan di pusat pemindahan sejak 25 Disember lalu.

Menurutnya, bekalan makanan di hantar ke semua pusat pemindahan pada setiap hari termasuk untuk mangsa banjir yang terperangkap dan berteduh di atas bukit menggunakan bot pasukan penyelamat.
Pelajar Tingkatan 4 Mengaku Berzina Dengan 8 Lelaki
By editor-2 January 4, 2015 : 10:48 pm
SEKS
Pengajaran dan peringatan buat ibu bapa apabila seorang gadis mengaku melakukan hubungan seks sehingga lima kali seminggu dengan teman lelaki seusia di rumah kedua-dua keluarga mereka ketika masing-masing baru berusia 14 tahun.
Lebih mengejutkan, Azy, kini berusia 16 tahun, mengaku pernah ‘tidur’ dengan lapan lelaki sepanjang dua tahun terbabit dalam hubungan terlarang itu.
Menurut gadis berasal dari Pantai Timur itu, kali pertama dia melakukan seks di rumah teman lelaki seusia dengannya dan sejak itu sering melakukannya apabila ada kesempatan.
“Dalam seminggu, boleh dikatakan empat hingga lima kali saya melakukan hubungan seks dengannya.
“Lokasinya juga tidak tentu. Oleh kerana saya tinggal berdua di rumah nenek, ada masanya saya bawa teman lelaki pulang atau melakukannya di rumah teman lelaki apabila ibu bapanya tiada,” katanya ketika ditemui Metro.
Azy berkata, sejak mengenali seks pada usia 14 tahun, lapan lelaki ditiduri untuk memuaskan nafsunya.
Katanya, sebagai pelajar yang sering ponteng dan melepak bersama rakan, bertukar teman lelaki adalah kebiasaan.
“Bila sudah tidak suka teman lelaki pada masa itu, saya cari yang lain dan tak susah mendapat teman baru.
“Cukup dengan menawarkan diri untuk ditiduri, senang-senang saya dapat teman baru,” katanya yang melahirkan anak tidak sah taraf, baru-baru ini.
Walaupun sering bertukar pasangan dan melakukannya dengan rakan rapat lain, Azy mengakui tidak pernah hamil anak luar nikah, dan ini kali pertama dia mengandung hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal berjiran.
“Sejak pertama kali tahu mengenai seks, kami tidak pernah guna kondom atau pil pencegah hamil. Saya juga tidak pernah terfikir akan hamil kerana hanya tahu seronok melakukannya,” katanya.
Menurut Azy, sebelum disahkan mengandung, ibu bapanya tidak tahu dia terbabit dalam gejala sosial dan antara pelajar bermasalah di sekolah.
Katanya, oleh kerana melakukannya bersama rakan lain, setiap perbuatan dilaporkan berjaya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga.
“Biasanya, bila saya ditahan polis seperti bergaduh atau cikgu mengadu kepada ibu bapa… kawan menjadi penyelamat.
“Saya dan rakan berpakat untuk mereka cerita lain hinggalah ibu bapa kami percaya kami tidak bersalah. Sama seperti bila ditahan kerana bergaduh, kami berpakat bahawa kami bergaduh untuk mempertahankan rakan yang dibuli pelajar lain,” katanya.
Menurut Azy, dia disahkan hamil ketika pemeriksaan di klinik selepas neneknya mengadu mengenai perbezaan bentuk tubuhnya kepada ibunya.
“Sebenarnya, keluarga tak tahu saya terbabit dalam perlakuan tidak bermoral kerana di rumah, saya lebih banyak mendiamkan diri dan membantu keluarga bila disuruh melakukan kerja rumah.
“Semua perkara buruk itu saya buat bila ponteng sekolah dan keluar pada waktu malam,” katanya.
Mengakui terkenal sebagai antara pelajar bermasalah kerana kerap ponteng dan bergaduh hingga beberapa kali ditahan polis, Azy turut mengakui sering bersembang dan menonton cerita lucah dengan rakan lain.
“Asalnya, saya bersama teman lelaki dan rakan hanya bersembang mengenai perkara lucah. Namun, lama-kelamaan ia bertukar menjadi tabiat.
“Ada antara kami mengaku pernah melakukan seks dan mengajak rakan lain mencubanya. Bermula daripada situ, kami belajar mengenai seks selain kerap bertukar video lucah,” katanya.
Laili Qalid (bukan nama sebenar), 20, pula tidak menyangka akan hamil selepas kali pertama melakukan hubungan terlarang dengan teman lelaki.
Dia yang juga berasal dari Pantai Timur melahirkan anak di rumah teman lelakinya di ibu negara tanpa diketahui ahli keluarga lain.
Bagaimanapun, bayi pasangan itu berjaya diselamatkan selepas beberapa jiran yang terdengar jeritan bayi menghubungi ambulans yang terpaksa memecah masuk rumah berkenaan bagi menyelamatkan bayi terbabit.
“Saya hampir tidak sedarkan diri ketika itu dan hanya melihat teman lelaki menyambut kelahiran bayi kami, malah dia tidak ubah seperti bidan sebelum memotong tali pusat bayi.
“Hanya Tuhan tahu perasaan saya ketika itu kerana nyawa bagai di hujung tanduk, maklumlah hanya kami di situ dan tiada pengalaman menyambut kelahiran.
“Saya tidak sangka keseronokan sementara yang diperoleh ketika melakukan hubungan terlarang, walaupun hanya sekali, bakal membawa derita sepanjang hidup, malah kami mungkin tidak disatukan kerana mendapat tentangan keluarga,” katanya



11:23AM - 5 Jan 2015

Menanam balak di pinggir bibir


Saya membaca tulisan Wan Ji Wan Hussin, "Lepas 20 tahun, ke mana hanyut hisbah PAS?" di Malaysiakini (4 Januari 2015) dengan penuh minat.

Tulisan ini menuduh kerajaan Kelantan mungkir janji dari menubuhkan hisbah dalam pentadbirannya. Tentu saja, tudingan ini berupaya membuatkan kerajaan Kelantan resah.

Bagaimanapun, saya percaya, kerajaan Kelantan tidaklah perlu gundah-gulana. Sebab, biarpun apapun kritikan yang dilemparkan, kerajaan Kelantan takkan ditumbangkan. Mereka tetap berkuasa, setidaknya sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Kenyataan saya ini bukannya untuk memperlekehkan kenyataan Wan Ji. Bukan juga untuk membela kerajaan Kelantan. Kenyataan saya ini adalah terpotret dari sebuah bentuk "kepura-puraan" demokrasi semasa kita.

Demokrasi, seperti yang selalu kita bayangkan, adalah imbasan dari frasa "dari rakyat, untuk rakyat, kepada rakyat". Konon, terdapat hubungan yang akrab antara kerajaan (state) dengan rakyat (people).

Namun, apabila Wan Ji (atas) membangkitkan bahawa kerajaan Kelantan ingkar akan janjinya, itu jelas meyakinkan saya bahawa sebenarnya memang tidak ada hubungan secara langsung antara kerajaan dengan rakyat.

Keduanya berada pada kutub yang berlainan, dan terpisah sama sekali.

Justeru, dengan menanggap bahawa kerajaan bertanggungjawab kepada rakyat, barangkali, adalah sebuah utopia terbesar dalam sejarah demokrasi. Sebab, dari amalan demokrasi semasa, suara rakyat bukanlah suara keramat.

Pada saya, kerajaan boleh terus-menerus berfungsi tanpa memerlukan rakyat sekalipun. Sebab, realitinya, legitimasi politik terletak pada kerajaan. Bukan pada rakyat. Sebab itu, kerajaan boleh berjanji sakan. Tapi, akhirnya, tidaklah kerajaan tersebut berkewajipan untuk menunaikannya. Malah, mereka boleh dengan senang-lenang mengabaikan, ataupun paling tidak berdalih.

Ini semua boleh berlaku, dan dibenarkan berlaku, dalam sistem demokrasi 'moden' kita.

Demokrasi: Rasmi vs tak rasmi

Memang, rakyat boleh mengeluh. Hatta, menangis sampai berdarah pun boleh. Tapi, kerajaan boleh saja buat pekak badak. Sebab, air mata berdarah takkan dapat menyebabkan sesebuah pemerintahan digelar sebagai "kerajaan haram".

Mungkin akan ada yang berkata bahawa saya melihat demokrasi dengan wajah yang sebegitu pesimistik sekali. Di satu sisi, ini betul juga. Tapi di satu sisi yang lain pula, bukankah ini adalah hakikatnya? Percaya atau tidak, inilah rupa perjalanan demokrasi kita pada hari ini.

Sehubungan dengan itu, bagi menjelaskan betapa sahihnya warna kelabu demokrasi kita ini, maka eloklah saya menggariskan dua bentuk demokrasi kita. Pertama adalah demokrasi "versi rasmi".

Dalam demokrasi "versi rasmi" ini, kita dikhabarkan bahawa rakyatlah yang memberikan kuasa kepada kerajaan. Kuasa ini diberikan secara berkala menerusi sebuah pilihan raya umum.

Dari sini, ahli-ahli politik akan dipilih sebagai ahli parlimen mahupun sebagai ahli dewan undangan negeri. Dalam kata lain, mereka diangkat sebagai perwakilan kepada rakyat. Dan, mereka inilah yang nantinya akan memilih siapa di kalangan mereka bagi membentuk kerajaan.

Lazimnya, bila ada sesuatu peristiwa atau kepentingan, maka perwakilan rakyat ini adalah diharapkan membuat keputusan – menerusi dasar awam – yang boleh membela kepentingan rakyat. Secara ideal kita memikirkan inilah sistem politik yang berjalan dewasa ini.

Tapi, rupa-rupanya, apa yang berlaku adalah sebuah demokrasi "versi tidak rasmi". Dalam versi ini, demokrasi kita bermula apabila para pegawai kerajaan (termasuk para ahli politik terpilih) ditugaskan menyiapkan kertas kerja/cadangan untuk sesebuah keputusan.

Lalu kertas ini dimajukan ke parlimen/Dewan Undangan Negeri (DUN), dan mereka inilah yang akan menjustifikasikan sesuatu keputusan yang telah dimajukan. Dan, akhirnya, terpulanglah kepada rakyat hendak menerima mahupun menolak.

Tapi, apapun reaksi rakyat, kerajaan akan terus kekal di mihrab kekuasaan, setidaknya sehingga pilihan raya umum yang berikutnya.

Maka, dengan lakaran ini, kita telah melihat bahawa politik yang ada adalah terbatas kepada segitiga antara ahli politik, parti politik dan pegawai kerajaan sahaja. Rakyat cuma berfungsi sebagai penonton aksi-aksi politik mereka.

Tiada kaitan dengan rakyat

Dalam kata lain, politik kita pada hari ini adalah tidak lebih dari sebuah "penyusunan" bagi sesebuah keputusan yang telah pun diolah dan dibuat. Tidak lebih dari itu.

Berdasarkan keadaan ini, saya fikir bahawa adalah sebuah ilusi jika kita membayangkan bahawa kerajaan mestilah mendengar suara rakyat. Sebab, setiap apa yang berlaku dalam kerajaan tidak ada perkaitan secara terus dengan rakyat.

Lantaran itu, kerajaan boleh terus menanam tebu di bibir, atau bahkan, balak di bibir sekalipun. Sebab, mungkir janji takkan menyebabkan mereka disingkirkan dari tampuk kerajaan dengan serta-merta. Mereka hanya akan terkejut sekiranya terdapat sebuah kosa kata yang hilang dari genggaman mereka: yakni, kuasa.

Selagi kuasa mereka tidak tergugat, maka selagi itulah takkan ada perubahan yang signifikan dalam perjalanan sistem politik kita. Sistem politik ini akan terus kekal berlegar antara dikotomi kerajaan-pembangkang, dengan kuasa sebagai mediumnya.

Kerana itu, dalam logik politik seperti ini, hilang kekuasaan adalah igauan bagi mana-mana parti pemerintah. Dan, memperoleh kekuasaan adalah "ghanimah (harta rampasan) perang" bagi mana-mana parti pembangkang.

Lantas, sama ada pihak pemerintah mahupun pihak pembangkang, yang terpenting buat mereka adalah: bagaimana hendak mendapatkan kuasa, atau bagaimana hendak mempertahankan kuasa.

Rentetan dari itu, jalan pintas untuk memaparkan bahawa mereka "ada" legitimasi politik adalah dengan menggunakan kata rakyat. Konon, bila nama rakyat dipakai atau dipanggil, maka itu membayangkan bahawa mereka ada legitimasi.

Sungguhpun begitu, tetap pada akhirnya legitimasi politik tidak terpampang pada siapa paling banyak menggunakan kata rakyat atau pada siapa yang paling lantang memanggil kata rakyat.

Politik, campur hiburan

Legitimasi politik natijahnya terletak pada satu dewan sekolah yang di dindingnya tertulis: pusat pengundian.

Jadi, saya tidak hairan sekiranya menteri besar Kelantan akan terus menafikan bahawa kegiatan pembalakan ada hubungkait dengan banjir. Atau, tidak juga pelik sekiranya beliau menafikan bahawa partinya mungkir janji dari menubuhkan hisbah dalam pentadbirannya. Sebab adalah tabii parti politik, apatah lagi parti pemerintah, untuk sentiasa menampilkan imej politik yang warak.

Dan, sekalipun menteri besar Kelantan (kanan) berbohong, kuasa mereka sebagai kerajaan Kelantan tidaklah tergeser.

Kerajaan hanya akan bertukar kedudukan dalam satu peristiwa sahaja: pilihan raya umum. Jadi, dalam sistem politik sebegini terhad, bahasa yang berkesan untuk 'mengajar' parti politik adalah dengan bahasa kuasa di hari pengundian.

Lalu, pada akhirnya saya tidak melihat bahawa ada banyak faedahnya untuk kita terus mengeluh ataupun menuduh kerajaan Kelantan (ataupun kerajaan Putrajaya sekalipun!) sebagai tidak menepati janji. Sebab, faktanya, sistem politik demokrasi kita memang tidak berfungsi sebagai pengawas sepenuh masa kepada janji-janji politik.

Sistem politik kita, menurut saya, bolehlah diibaratkan sebagai sebuah panggung teater, yang mana aktornya adalah para ahli politik, sementara penontonnya adalah rakyat, dan para petugas media akan melaporkannya baik-buruknya persembahan para ahli politik tersebut. Dalam citra sebegini, sudahnya, sistem politik kita adalah sebuah pertunjukan realiti (reality show).

Dan, menariknya, dalam citra politik seperti ini terdapat satu ciri tambahan: hiburan.

Memang, politik adalah juga sebuah hiburan. Tempat kita untuk berdekah-dekah. Berbanding dengan melihat politik sebagai wahana ideologi yang besar-besar, sebaliknya melihat politik sebagai sebuah komedi sepertinya membantu menenangkan jiwa-jiwa kita.

Dengan melihat politik sebagai sebuah jenaka juga, maka setidaknya kita tidaklah berada dalam keadaan tertekan sepanjang hari, tatkala menyaksikan banyak perkara yang tidak mampu kita ubah segera mungkin.


DIAN ANAIS adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau boleh dihubungi menerusi dian.anais@yahoo.com.11:00AM - 5 Jan 2015

Hanya telefon bimbit asas dicadangkan di sekolah


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata beliau mencadangkan hanya telefon bimbit asas untuk dibawa pelajar ke sekolah.

Beliau berkata ia lebih berupa telefon yang hanya mempunyai fungsi menghantar pesanan ringkas serta membuat panggilan dan bukannya telefon pintar yang mempunyai pelbagai fungsi.

"Ada negara lain yang membenarkan pelajar membawa telefon ke sekolah tetapi dengan item untuk panggilan masuk dan keluar sahaja yang telefon sebegini ditawarkan syarikat telekomunikasi," katanya kepada Bernama.

Beliau mengulas kenyataannya sebelum ini berhubung cadangan untuk membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah, yang mendapat pelbagai reaksi.

Beberapa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIGB) tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, kerana bimbang ia akan mengganggu pembelajaran pelajar yang akan leka dengan telefon mereka.

Namun Tajul Urus berkata penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar bukan dibenarkan secara bebas tetapi perlu dikenakan syarat tertentu.

"Misalnya guru dikehendaki menyimpan telefon pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Tetapi di waktu rehat, pelajar dibenarkan mengakses telefon mereka sama ada untuk membuat panggilan kepada ibu bapa atau keperluan mustahak lain," jelasnya.

Beliau berkata beliau lebih melihat kepada aspek keselamatan untuk membenarkan pelajar membawa telefon ke sekolah.

"Misalnya dalam perjalanan mereka pergi atau pulang dari sekolah sama ada dengan menaiki bas atau berjalan kaki, mereka boleh menggunakan telefon untuk meminta pertolongan sekiranya keselamatan mereka terancam," katanya.

"Hari ini pun sudah ramai pelajar yang membawa telefon ke sekolah walaupun terdapat peraturan yang tidak membenarkannya," tambahnya.

- Bernama

Israel beku hasil cukai diterima rakyat Palestin
  • Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bertanggungjawab menyekat hasil cukai kepada
rakyat Palestin.Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bertanggungjawab menyekat hasil cukai kepada rakyat Palestin.
 1 / 1 
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Israel didakwa sengaja membekukan hasil pembayaran cukai yang sepatutnya diterima rakyat Palestin sebagai membalas dendam kerana permohonan mereka untuk menyertai Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Perkara itu didedahkan selepas sumber yang rapat dengan seorang pegawai kerajaan Israel memberitahu media bahawa Israel sedang mempertimbangkan untuk memfailkan jenayah perang menentang pemimpin Palestin sebagai tindak balas kepada permohonan ICC mereka.

Media Haaretz melaporkan, penangguhan cukai melibatkan AS$127 juta (RM447 juta) untuk nilai tambah cukai (VAT) dan duti kastam ke atas barangan bagi wilayah Palestin yang merentasi Israel.

"Dana bagi bulan Disember sepatutnya diberi pada Jumaat lalu, namun ia ditangguhkan sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap tindakan Palestin," menurut media itu memetik pegawai sebagai berkata.

Sementara itu, Ketua perunding Palestin Saeb Erakat berkata, pembekuan itu merupakan satu jenayah perang dan ia adalah jenayah perang terbaharu Israel. - Al Jazeera



Halang sukarelawan banjir, laporan polis terhadap ‘YB’ Tumpat


Laporan_Polis_YB_TumpatBantuan yang ingin diberikan kepada mangsa banjir di sekitar Tumpat, Kelantan oleh sekumpulan sukarelawan dari Puchong, Selangor dihalang ‘Yang Berhormat’ kawasan tersebut, lapor The Rakyat Post.
Laporan polis dibuat terhadap ‘YB’ berkenaan oleh Fadzeny Jailani, 41, yang mewakili rakan-rakannya di Balai Polis Chabang Empat, Tumpat, semalam.
Pada 3 Januari, 2 petang mereka telah sampai ke Kampung Kajang Sebidang, Tumpat, untuk menyampaikan sumbangan. Setelah selesai, kira-kira jam 4.15 petang mereka singgah di Masjid Simpang Hilir dan dipanggil oleh seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai ‘YB’ di kawasan tersebut yang mempersoalkan tujuan kehadiran mereka ke situ.
‘YB’ tersebut bertanya atas arahan daripada siapa mereka datang dan mereka didakwa tidak berhak dan tidak perlu menyalurkan bantuan ke kawasan tersebut kecuali melaluinya atau penghulu di situ. ‘YB’ itu juga berkata, para sukarelawan itu telah merosakkan programnya.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat juga mengesahkan laporan tersebut.



KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh Sukarelawan sama ada yang telah turun mahupun yang sedang berkhidmat ketika ini.
"Tidak dilupa juga kepada para dermawan yang telah memberikan sumbangan dalam bentuk wang ringgit dan barang keperluan kepada mangsa banjir," ujar Setiausaha Pemuda PAS Malaysia, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.
Katanya, bagi memenuhi keperluan semasa di lokasi bencana ketika ini, selain meneruskan bantuan kewangan dan barang harian Pemuda PAS juga menyeru agar individu-individu yang mempunyai kepakaran membaiki kenderaan (kereta dan motor) dan pendawaian elektrik (wiring) agar menawarkan diri sebagai Sukarelawan Amal untuk membantu mangsa banjir di Kelantan
Justeru, kata beliau pihaknya meminta agar Pemuda PAS kawasan di seluruh negara untuk membawa rakan-rakan ini ke dalam pasukan atau rombongan masing-masing.
Sesungguhnya, ujar beliau keadaan di sana benar-benar memerlukan khidmat kepakaran teman-teman dalam bidang ini.
"Besarlah harapan Pemuda agar tenaga-tenaga mahir dalam kedua-dua bidang ini dapat memaksimumkan bantuan yang diperlukan oleh mangsa-mangsa di sana," ujarnya.
Untuk mendaftar sebagai anggota sukarelawan tersebut, rakan-rakan dijemput untuk mendaftar secara online di www.jabatanamal.org atau memghubungi Bilik Operasi Pemuda PAS Malaysia di talian 01110664101 (call & SMS) 0133185263 (WhatsApp sahaja)
Bagi rakyat Malaysia yang prihatin dan budiman, tuan/puan boleh terus menyumbang ke akaun TABUNG KEMANUSIAAN PEMUDA Maybank 5640 2540 0100. - HARAKAHDAILY 4/1/2015
Like ·  · 
10:15AM - 5 Jan 2015

Jet PM pulang selepas perjalanan keliling dunia


Selepas perjalanan mengelilingi dunia, jet VIP kerajaan yang membawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama, akhirnya telah pulang ke Malaysia.

Pesawat Airbus A319CJ dengan nombor pendaftaran 9M-NAA mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 10.20 malam tadi, demikian menurut sistem pengesanan penerbangan, Flightradar24, selepas berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok Don Mueang sejak hari Jumaat.

Ia kemudian berlepas lagi 35 minit kemudian menuju ke Lapangan Terbang Subang di mana ia biasanya disimpan.

Menurut Bernama, Najib telah menemui rakan sejawatannya dari Thailand Prayuth Chan-ocha di Bangkok pada 2 Januari, selepas menghabiskan beberapa hari sebelumnya meninjau kawasan yang dilanda banjirdi seluruh Malaysia.

PM dijadual menghadiri satu majlis di pejabatnya di Putrajaya pagi ini, tetapi ia sebaliknya dihadiri oleh oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini, pesawat itu berlepas dari Subang ke Honolulu, Hawaii pada 20 Disember tahun lalu di mana Najib bercuti dengan keluarganya dan bermain golf dengan Obama.

Percutian itu telah dipendekkan apabila Najib pulang pada 27 Disember ekoran keadaan banjir yang semakin buruk di negara ini, dan tiba di Kota Bharu dengan jet lain.

Sejak 26 Disember bagaimanapun, pesawat Airbus itu berlepas tanpa Najib ke Los Angeles, Indianapolis, kembali ke Los Angeles, New York, London, Dubai, dan akhirnya Bangkok.

Kebanyakan perhentian ini mengambil masa tidak lebih daripada beberapa jam, kecuali di Indianapolis - selama enam hari - dari 26 Disember sehingga 31 Disember.

Ia tidak jelas siapakah yang telah menggunakan jet itu sehingga tiba di Bangkok atau untuk tujuan apa. Bagaimanapun, Indianapolis juga merupakan tempat syarikat Comlux Aviation berpangkalan.

Syarikat itu telahmengubahsuaipesawat itu sebelum ini dan dilaporkan mempunyai kontrak perkhidmatan dan penyelenggaraan selama enam tahun untuk pesawat itu sejak 2013.

Pejabat perdana menteri dan Comlux masih belum memberi respons terhadap pertanyaan Malaysiakini pada 2 Januari yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.

Pelik !! Hanya Anak Dara Yang Bersaiz Besar Sahaja Boleh Lakukan [5 GAMBAR]


Seperti yang dilaporkan oleh Daily Mail , setelah dipetik dengan bibir , daun teh dari pergunungan yang subur di wilayah Gushi , pucuk teh ini dimasukkan ke dalam mulut . Baru kemudian diletakkan di bakul kecil yang terletak dicelah dada mereka yang disebut Chaliuqing.

Proses memetik daun teh ini berdasarkan legenda yang masih dipercayai di China . Legenda menyebut , daun tehharus dipetik pelbagai cara dengan mulut mereka .

Untuk memelihara legenda ini , syarikat teh di China mengupah gadis - gadis cantik dengan bayaran  £ 50 per hari . Gadis - gadis pemetik teh harus memenuhi beberapa kriteria . Selain mempunyai saiz bra minimum C , mereka harus masih perawan dan tidak ada bekas luka di tubuhnya . Kriteria ini diyakini dapat meningkatkan kesegaran dan kesucian teh

Menurut syarikat Lip Tea , pengambilan pemetik teh sangat ketat . Syarikat mencari gadis yang paling bersih , kuat , dan suci sebagai kunci kejayaan pengeluaran teh . Mereka harus membersihkan diri sebelum mula bekerja .

Mereka juga perlu mendapatkan latihan khusus untuk melatih bibir dan leher . Ini adalah pekerjaan yang jauh lebih sukar daripada yang terlihat ,kata Li Yong , jurucakap pekerbunan Jiuhua , tempat pemetikan teh .

Syarikat teh mendakwa bahawa teh unik ini mempunyai aroma dan rasa yang menyegarkan , serta dapat menyembuhkan beberapa penyakit termasuk membantu menurunkan berat badan

Beberapa abad lalu , para penjual teh China berinovasi dengan menyimpan teh di letak dicelah payudara gadis berusia 16 tahun . Mereka membiarkan teh disimpan di sana selama para gadis tidur Esok harinya, tehakan mempunyai aroma dara yang berkhasiat untuk kesihatan dan kesejahteraan.











Tiada ulasan: