Sirul harus diberi ruang beri pernyataan umum
Posted on Monday, January 26 @ 14:38:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
TAIPING:
Individu yang dituduh terlibat dalam pembunuhan warga Mongolia,
Altantuya Shaariibuu harus diberikan ruang untuk memberikan penyataan
umum kepada seluruh masyarakat termasuklah dalam dan luar negara.
Ketua
Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata, diakui Sirul Azhar
Umar telah didapati bersalah membunuh dan dijatuhkan hukuman gantung
sampai mati tetapi timbulnya kesangsian apabila mahkamah tidak
menyatakan motif pembunuhan tersebut.
Menurutnya, mahkamah bukan sahaja tidak menjelaskan motif pembunuhan hatta mengganggap ianya satu perkara yang tidak penting.
Katanya,
keputusan itu juga tidak menjelaskan berlaku kemungkinan ada individu
mahupun pihak lain yang terlibat menjadi dalang pembunuhan tersebut
sebaliknya hanya meletakkan beban itu kepada pembunuh semata-mata.
"Mahkamah
hanya mencari pembunuh, memang diakui berlakunya perbuatan membunuh itu
tetapi mahkamah tidak mencari sebab kenapa berlakunya pembunuhan itu.
"Ini
satu perkara yang sangat tidak wajar, sebab itu oleh kerana mahkamah
tidak menyatakan motif pembunuhan, maka Sirul dan Azilah itu sendiri
harus diberikan hak untuk membuat pernyataan umum," katanya ketika
ditemui Harakahdaily selepas melawat ibu kepada Sirul Azhar di
kediamannya dekat Changkat Jering, Bukit Gantang semalam.
Hadir
sama ialah Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat, Ahli Jawatankuasa
PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Exco Pemuda PAS Malaysia, Salman
Saleh.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyatakan,
Sirul seharusnya diberi ruang seluas-luasnya untuk menjelaskan perkara
sebenar bagi merungkai segala kekusutan serta persoalan dalam kalangan
masyarakat seterusnya mengetahui siapa dalang dan apakah motif sebenar
pembunuhan tersebut.
Dalam pada itu, Mahfuz
berkata, Ahli Parlimen PAS termasuk beliau sendiri akan memperjuangkan
nasib Sirul di Dewan Rakyat dalam persidangan kelak.
Katanya, PAS akan membantu mendapatkan keadilan terhadap Sirul dengan tidak sesekali bermaksud menafikan keputusan mahkamah.
Ini
kerana kata beliau, PAS berasa Sirul mempunyai hak untuk diberikan
peluang bagi menjelaskan kejadian sebenar bagi mempertahankan dirinya.
"PAS bersama Pakatan Rakyat akan membantu sedaya mampu untuk memberikan keadilan kepada Sirul terhadap kes ini.
"Kami
harap keluarga tabah dan tidak henti berdoa agar keadilan dapat
ditegakkan seterusnya mengetahui akan apa sebenar-benarnya kes ini,"
jelasnya lagi. - HARAKAHDAILY 26/1/2015
PENYAKIT UMAT-UMAT DAHULU
Ertinya:
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah bersabda, "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalim". (H.R. Hakim)
Keterangan
Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh Rasulullah tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan, khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.
Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!

Tujuh ditipu syarikat beli kereta
- Peter Tan (empat, kiri) bersama tujuh mangsa yang ditipu syarikat berkenaan mohon pihak berkuasa bertindak segera.
KLANG – Hasrat tujuh mangsa menjual kereta mereka kepada sebuah
syarikat menerusi 'online' berakhir dengan kerugian apabila ditipu dalam
urus niaga tersebut.
Syarikat yang dimiliki seorang peniaga berpangkat ‘datuk’ itu bukan sahaja gagal melunaskan bayaran, bahkan juga tidak menukar nama geran atau status kereta.
Mangsa, Mohd Zainorizam Mohammad, 28, berkata, dia berhasrat menjual kereta jenis Perodua Myvi Se yang dibeli pada 2013 lalu dengan harga RM42,500.
Menurutnya, dia mahu menjual kereta itu untuk membeli Honda Jazz, lalu mengiklankannya menerusi sebuah portal jual-beli pada 18 Oktober tahun lalu.
"Dua hari lepas tu, saya terima panggilan daripada individu yang mahu beli kereta dan setuju bayar RM1,000, sekali gus saya tak payah buat penambahan pada bayaran.
“Kami kemudiannya bertemu di pejabat syarikat itu di Jalan Pahang dan saya menerima bayaran. Selang beberapa jam, individu itu datang ke rumah saya di Seremban untuk ambil kereta dan beberapa dokumen. Saya ingat proses jual kereta termasuk tukar nama semua dah selesai,” katanya kepada Sinar Harian bersama enam lagi mangsa yang berdepan masalah sama tampil meluahkan perkara itu kepada aktivis masyarakat Klang, Peter Tan Hock Chai, semalam.
Malangnya, Zainorizam yang juga penjawat awam berkata, beberapa minggu kemudian, dia terkejut menerima panggilan sebuah bank yang meminta menjelaskan bayaran bulanan kenderaan itu.
Menurutnya, selang sebulan, bank yang sama masih menghubungi minta jelaskan bayaran dan dia mula menyedari yang proses menukar nama masih belum dibuat.
“Risau berlaku perkara tidak sepatutnya, saya buat laporan polis di Balai Jalan Tun Razak, Wangsa Maju pada 20 Januari lalu.
“Saya minta syarikat itu pulangkan semula kereta, tapi kos yang diminta tidak masuk akal hingga cecah RM5,780,” katanya.
Khuatir masalah berlarutan, katanya, dia bersetuju untuk jelaskan bayaran itu pada syarikat tersebut.
“Tapi mereka bagi syarat supaya saya tarik balik laporan polis. Lebih menyedihkan, saya terpaksa jelaskan bayaran bulanan kepada bank walaupun kereta hilang,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Lim Yee Boon, 30, berkata, dia turut mengiklankan di portal yang sama pada Jun tahun lalu untuk menjual kereta Mercedes Benz C180K dengan harga RM123,000.
“Individu dari syarikat sama di Jalan Pahang hubungi saya untuk beli kereta ini dan pada bulan yang sama, kami jumpa untuk urusan pengambilalihan kereta.
“Selepas urusan itu selesai, tiga bulan kemudian, pihak bank hubungi minta saya lunaskan bayaran bulanan kereta iaitu RM2,200 sebulan.
“Saya terkejut dan baru sedar rupanya dokumen yang saya tandatangani itu palsu,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak 21 Oktober 2014.
Sementara itu, Peter Tan berkata, kesemua mangsa berjaya dikumpulkan selepas mereka bertemu menerusi Facebook.
“Saya akan bersama-sama mangsa bawa kes ini ke Bukit Aman untuk tindakan lanjut. Kami syak wujud ketirisan hingga kes mangsa gagal diselesaikan.,” katanya.

Artikel Berkaitan
- Tujuh ditipu syarikat beli kereta
- Nyaris jadi mangsa tipu si peragut
- Warga emas tukar pengakuan tuduhan menipu
- Waspada jerat penipuan kutu emas
- Kecoh di UTC Kuantan
- Kakitangan awam rugi RM7,000
- Tiga tahun jadi mangsa tipu
- Pegawai bank kecewa Plus mungkir janji
- Penipuan berkaitan wang khairat kematian
- Penjual ubat didakwa tawar pelaburan palsu
Suami isteri rugi RM120,000
- Kamaruddin dan isteri menunjukkan surat tawaran ganjaran kereta Toyota Vellfire yang diposkan kepada mereka.
SELAYANG - Pasangan suami isteri warga emas rugi RM120,000 selepas
terpedaya dengan peraduan gores dan menang ditawarkan sebuah syarikat
yang beroperasi di Kepong sejak Disember tahun lalu.
Dalam tempoh sebulan, akaun mangsa dalam Amanah Saham Nasional Berhad hanya berbaki RM618 daripada RM80,000; Tabung Haji dari RM57,000 tinggal RM6,000 termasuk simpanan isteri digunakan hampir RM18,000.
Perkara tersebut hanya dikesan baru-baru ini selepas pihak bank melakukan sekatan kepada akaun penerima sewaktu mangsa cuba melakukan transaksi bernilai RM8,000.
Sekatan dibuat selepas pihak bank mengesan terdapat unsur penipuan dalam urusan transaksi sebelum menghubungi anak mangsa untuk pemakluman.
Menceritakan kejadian, mangsa yang merupakan pesara polis, Kamaruddin Pilus, 74, dan isteri Maimunah Musa, 67, didatangi lelaki dikenali Vincent yang menawarkan hadiah kereta Toyota Vellfire kepada pasangan berkenaan ketika membeli keperluan dapur di NSK Selayang.
Pasangan tersebut kemudian dibawa ke pejabat untuk sesi penerangan termasuk perlu menjelaskan kos RM10,000 sebagai permulaan proses pengeluaran kereta.
“Mulanya memang tak percaya, tapi lepas beberapa bukti dan hadiah ditawarkan, saya tertarik sebelum serahkan wang tunai dan sebelas transaksi melalui akaun yang diberikan.
“Beberapa transaksi dibuat kerana ditawarkan menjadi duta kilang selain caj tambahan pengeluaran termasuk pembayaran cukai dan GST,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Katanya, anaknya cuba mengesan suspek namun tidak berjaya apabila nombor yang dihubungi tidak berjawab.
“Memang saya tak beritahu anak-anak sebelum ini atas nasihat suspek yang tak mahu urusan tawaran terganggu apabila keluarga campur tangan.
“Selepas laporan polis dibuat, individu tersebut ada hubungi saya minta jelaskan baki RM4,800 untuk bayaran terakhir dan jika tidak berminat kereta tersebut akan ditawarkan ke pihak lain,” katanya.
Katanya, pihaknya masih berharap supaya wang yang dilaburkan dapat dikembalikan sekiranya tidak mendapat kereta yang ditawarkan.
Sementara itu, anak pasangan tersebut, Azwan Kamaruddin, 34, memaklumkan ketika laporan polis dibuat di Balai Polis Selayang, terdapat seorang mangsa juga warga emas ditipu menggunakan modus operandi yang sama.
Katanya, sebelum ini dia memang ada mengesyaki sesuatu ketika membuat semakan pada akaun ayahnya, namun ketika ditanya ayahnya tidak buka mulut.
“Ayah masih tak percaya dia ditipu sebaliknya masih terpengaruh dengan suspek yang masih mencarinya untuk meneruskan urusan tersebut walaupun telah menukar nombor telefon,” katanya.

- Suami isteri rugi RM120,000
- Banjir: MSN Kelantan kerugian RM1 juta
- Rugi RM350,000 akibat banjir
- Banjir: Peniaga di Kelantan rugi berganda
- Chegubard rugi RM30,000
- Pemilik chalet kerugian besar
- 70 pesawah di Kubang Pasu rugi RM720,000
- 15 keluarga berdepan detik cemas
- Rugi RM35,150 diperdaya culik palsu
- Guli emas modal tipu
Seorang Lagi Bekas Pemimpin Bersuara Menghentam dan Desak Najib Letak Jawatan
Kemelut perang dalaman kepimpinan utama UMNO melibatkan Daim-Najib-Mahathir kini disertai pula oleh seorang lagi bekas pemimpin UMNO yang pernah menjadi Menteri Besar Kedah, Sanusi Junid. Sanusi yang kecewa kerana kegagalan anak lelakinya, Akramsyah untuk menempatkan diri dalam barisan Pemuda UMNO, kembali bersuara walaupun Sanusi sendiri sudah terlalu banyak tersisih daripada arus perdana politik Malaysia.
Berbanding Daim dan Mahathir yang masih aktif sekalipun tidak mempunyai sebarang jawatan politik, Sanusi sudah terlalu jauh ketinggalan. Dunia siber dan ledakan maklumat sehingga tidak mampu dibendung sekarang, bukan lagi dunia Sanusi Junid. Malah, walaupun terkenal sebagai orang yang banyak membaca dan menguasai pelbagai bahasa dunia, Sanusi tidak mampu membaca apa yang sedang berlaku dan keluk serta belok politik negara sekarang yang dipenuhi persepsi yang perlukan pengurusan, bukan lagi secara konvensional ketika dia masih ada kuasa dahulu.
UMNO tidak boleh diselamatkan menerusi perletakan jawatan oleh Najib Abdul Razak. Walau sesiapa pun yang naik menggantikan Najib Abdul Razak, UMNO kekal bermasalah dan terus bermasalah.
Ini adalah kerana, Najib Abdul Razak bukanlah masalah utama kepada dilema dan trend menurun yang sedang dihadapi oleh UMNO. Sebaliknya UMNO berhadapan dengan pelbagai masalah kerana orang di sekeliling Perdana Menteri, para penasihat dan pakar-pakar strategik yang masih gagal menguruskan persepsi serta adaptasi kepada dunia baru. Mereka masih terkongkong dan terkurung dalam dunia khayalan mereka sendiri sekalipun ada di kalangan mereka yang beranggapan, mereka sudah terlalu bijak mengatur pelbagai strategi yang sebenarnya lebih membunuh kredibiliti dan integriti Najib Abdul Razak.
Serangan dan kritikan ke atas Perdana Menteri atau mana-mana pemimpin utama adalah perkara biasa. Ia berlaku di seluruh dunia walaupun di negara yang paling ketat undang-undang dan larangan mengkritik pemimpin. Bahkan kalau Islam sendiri pun memberikan garis panduan bagaimana hendak mengkritik pemimpin, gagal membendung umatnya daripada melakukan perbuatan yang dilarang, bagaimana pula dengan para penganut ajaran Demokrasi boleh mematuhinya?
Tidak sebagaimana yang diperkatakan oleh Sanusi Junid, atau penghujahan oleh Daim Zainuddin yang dilihat lebih bersifat peribadi, teguran atau kritikan yang dibuat oleh Dr. Mahathir, ternyata lebih sesuai untuk diambil pandangan serta tindakan. Mahathir sudah beberapa kali menegur tentang beberapa polisi yang disifatkannya sebagai membazir, bahkan telah terbukti membazir seperti BR1M.
Pakar strategi dan penasihat politik Najib beranggapan, wang dan pemberian tunai seperti itu dapat memujuk para pengundi, hakikatnya tindakan yang dilakukan itu sebenarnya menjurus ke arah pergantungan seratus peratus rakyat kepada kerajaan tanpa kemampuan untuk berdikari selain melebarkan lagi elemen rungutan dan kemanjaan keterlaluan.
Ini terbukti menerusi bantuan-bantuan yang diberikan, tidak mengurangkan persepsi buruk ke atas pentadbiran Najib, malah pentadbiran Najib disifatkan sebagai pembazir wang negara walaupun sebenarnya tujuan bantuan tersebut adalah untuk menstimulasikan ekonomi domestik sepertimana yang dilakukan oleh Mahathir pada tahun 1997-2000. Bezanya, pentadbiran Mahathir lebih menumpukan kepada firma, manakala pentadbiran Najib pula lebih kepada mikro atau rakyat. Namun konsep dan objektif stimulasi kedua-duanya adalah sama.
Kalau Najib dikatakan sebagai punca, maka boleh jugalah dikatakan punca Najib jadi seperti sekarang adalah kepimpinan terdahulu di mana Mahathir, Daim dan Sanusi adalah sebahagian daripada kepimpinan tersebut. Masakan Sanusi dan Daim berani menyatakan bahawa mereka bertanggungjawab. Masakan penulis-penulis upahan seperti Kadir Jasin yang memperolehi kekayaan besar pada zaman Anwar Ibrahim berani mengakuinya.
Zaman sekarang adalah zaman sekarang walaupun pada masa yang sama, perwarisan dari zaman sebelumnya. Kerja-kerja yang dilakukan sekarang adalah pada zaman sekarang, bukannya telah diatur semenjak dari zaman sebelumnya.
Najib mungkin mempunyai idea-idea yang baik untuk ekonomi Malaysia seperti program 1M4U yang menghimpunkan kaum belia dan remaja untuk program-program kesukarelawan, 1MDB yang menjadikan Malaysia sebagai ibu pejabat pelaburan dunia yang sekarang ini pun sudah membabitkan beberapa buah negara Islam seperti Negara-Negara Teluk dan sebagainya. Najib juga telah menjalankan dan memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang baik memandangkan Malaysia dan rakyatnya masih lagi mampu bergelak tawa, makan di restoran-restoran pada sepanjang masa, bergerak dengan menggunakan kenderaan sendiri, masih lagi memenuhi shopping-shopping mall untuk berbelanja sakan, masih lagi merungut tentang harga barang yang meningkat naik namun pada masa yang sama juga, merungut kerana gaji kecil dan kurang bonus, tanpa peduli bahawa di luar sana, kebanyakan rakyat negara lain waimma di negara kuasa besar ekonomi dunia sekalipun, tidak mampu BERPESTA PORA seperti rakyat Malaysia. Namun pada masa yang sama, Najib kekurangan para pekerja yang benar-benar mahu bekerja bersama-samanya memandangkan para pekerjanya terdiri daripada golongan syok sendiri dan lupa diri!
Seperti juga mereka yang berada di dalam UMNO sendiri yang bersungguh-sungguh HIDUP MELAYU! HIDUP MELAYU! serta mengalirkan air mata apabila lagu ANAK KECIL MAIN API dimainkan, tetapi mereka inilah juga golongan yang sama, yang akan melakukan protes serta menghentam Najib sekiranya mereka atau kepala mereka gagal dapat projek.
Selain daripada pembaharuan ekonomi dan sosial, Najib juga sebenarnya perlu melakukan transformasi Pejabat Perdana Menteri dan Perkhidmatan Awam kerana kedua-dua unit inilah yang memainkan peranan terbesar untuk kerjaya politiknya.
Bukan rahsia lagi di dalam PMO ada penyangak yang membocorkan rahsia atau berlagak sebagai Tuhan. Bukan rahsia lagi, sebahagian besar kakitangan-kakitangan awam menjadi duri dalam daging yang berusaha menggagalkan semua idea serta perlaksanaan kemajuan yang diutarakan oleh Najib Abdul Razak.
Begitu juga dengan GLC-GLC yang mana para kepalanya dilihat semakin bongkak dan semakin lupa asal usul serta matlamat sebenar mereka diletakkan sebagai kepala di GLC-GLC masing-masing.
Cuma persoalannya, mampukah Najib melakukan transformasi sebegitu atau Najib seperti biasa, memilih untuk mendiamkan diri dan berharap segala-galanya akan selesai secara sendirinya?
Hadi ‘tidak jujur’, PAS dimaklum pilihan raya PBT, kata Guan Eng
Setiausaha agung DAP itu berkata, beliau menghubungi kedua-dua Hadi dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum Pulau Pinang memulakan kempen “undi ketiga” dengan membawanya ke mahkamah.
“Saya terkejut kedua-dua pemimpin gagal menyatakan tentang ini dan saya fikir ia tidak jujur,” kata ketua menteri Pulau Pinang itu hari ini.
DAP dan PAS, bersama-sama PKR bergabung dalam Pakatan Rakyat (PR).
Lim berkata beliau sudah menjelaskan niat kerajaan negeri dan menurutnya, pemimpin PAS menjawab Barisan Nasional (BN) yang mengawal kerajaan pusat tidak akan bersetuju namun Pulau Pinang boleh meneruskannya.
“Jadi mereka tidak menentang. Dan ini dibuktikan dengan tiada bantahan pemimpin PAS terhadap kerajaan PR Pulau Pinang mendesak pilihan raya PBT dan semasa kami memfailkannya di mahkamah. Tiada seorang pun yang membantah di media,” katanya.
“Apakah mereka berani mengatakan ini tidak benar? Atau mereka akan meneruskan interpretasi fakta mereka yang tidak jujur?”
Jumaat lalu, Hadi membangkitkan kemungkinan tragedi berdarah 13 Mei berulang kerana niat DAP mengembalikan pilihan raya PBT.
"Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar, dan yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi ‘api dalam sekam’ untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara," kata Hadi.
Pilihan raya PBT diadakan di Pulau Pinang pada tahun 1950-an dan 60-an, tetapi amalan itu digantung melalui akta Parlimen pada 1965 kerana Darurat.
Lim yang akan menjawab kenyataan Hadi dengan lebih lanjut pada sidang media di pejabatnya esok, meminta pemimpin PAS tidak menyamakan pilihan raya PBT dengan hudud. – 25 Januari, 2015.
25 Januari 2015
BERITA YANG MENGEMPARKAN : RIZAB ANTARABANGSA MALAYSIA TELAH JATUH SEBANYAK RM17.3 BILION DALAM MASA 2 MINGGU
Rizab Antarabangsa Malaysia “Hilang” RM73.08 Bilion Daripada US$131.5 Bilion (2015) Kepada Hanya US$111.2 Bilion (2014) Sahaja :
Macam-macam berlaku kepada Malaysia. Berdasarkan semakan berita Semasa… rizab antrabangsa Malaysia telah jatuh sejumlah US$4.8 bilion bersamaan dengan RM17.3 bilion dalam tempoh 2 minggu sahaja.
Semuanya dek kerana tekanan yang begitu hebat dikenakankan terhadap akaun semasa dan nilai ringgit Malaysia selepas harga minyak berada pada paras yang kurang menyenangkan kepada kerajaan Malaysia pada ketika ini.
Rekod Rizab Antarabangsa Malaysia September 2014 Hingga Januari 2015?
Berikut adalah rekod rizab antarabangsa Malaysia :
Bulan September 2014 : Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) : US$131.5 bilion :
Berikut adalah rekod rizab antarabangsa Malaysia :
Bulan September 2014 : Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) : US$131.5 bilion :
Pada akhir tahun 2014 : US$116 bilion
Sehingga 15 Januari 2015 : Hanya tinggal US$111.2 bilion sepertimana yang diumumkan sendiri oleh Bank Negara baru-baru ini.
Dalam tempoh 3 bulan sahaja, rizab antarabangsa Malaysia telah “hilang” sebanyak RM73.08 bilion.
P/S : jikalau sebelum ini, rizab yang Malaysia ada mampu membiayai 9.4 bulan import tertangguh, tetapi hari ini rizab yang sedia ada hanya mampu membiayai lebih lapan bulan import tertangguh sahaja.

Keputusan kes Liwat II Anwar diumum 10 Feb
Keputusan kes Liwat II terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diumumkan pada 10 Februari ini.
Perkara itu diumumkan oleh laman blog mikro Twitter kehakiman Malaysia, yang dikelolakan oleh Mahkamah Persekutuan.
Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara 3.15 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Keseluruhan 27 orang saksi pendakwaan dan lapan saksi pembelaan dipanggil sepanjang perbicaraan yang mengambil masa hampir tiga tahun itu.
Mahkamah Tinggi pada 2012 membebaskan Anwar selepas hakim mendapati tidak selamat untuk sabitan dibuat ekoran kemungkinan sampel daripada Saiful tercemar.
Bagaimanapun, beberapa hari sebelum beliau dijadual bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang pada Januari tahun lepas, Mahkamah Rayuan membuat keputusan Anwar bersalah.
Perkara itu diumumkan oleh laman blog mikro Twitter kehakiman Malaysia, yang dikelolakan oleh Mahkamah Persekutuan.
Decision of DSAI v PP at Federal Court fixed on February 10, 2015 at 9.00 am
— Malaysian Judiciary (@MYJudiciary) January 26, 2015
Anwar, 67, sebelum ini dijatuhkan hukuman lima tahun penjara tetapi pasukan pendakwaan merayu hukuman lebih berat dikenakan.Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara antara 3.15 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Keseluruhan 27 orang saksi pendakwaan dan lapan saksi pembelaan dipanggil sepanjang perbicaraan yang mengambil masa hampir tiga tahun itu.
Mahkamah Tinggi pada 2012 membebaskan Anwar selepas hakim mendapati tidak selamat untuk sabitan dibuat ekoran kemungkinan sampel daripada Saiful tercemar.
Bagaimanapun, beberapa hari sebelum beliau dijadual bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang pada Januari tahun lepas, Mahkamah Rayuan membuat keputusan Anwar bersalah.
Rotan cara mendidik anak
- Butiran
- Diterbitkan: 26 Januari 2015
- Ditulis oleh Super User
Seandainya
setiap ibu bapa memahami kepentingan rotan kepada anak-anak, serta
mengetahui bahawa rotan ini adalah dari anjuran Rasulullah
sollallahualaihiwasallam, maka sudah tentu cara ini diamalkan sepanjang
masa dan ketika.
Ramai pakar motivasi yang tidak
bersetuju dengan penggunaan rotan untuk mengajar anak-anak. Apakah
puncanya pakar-pakar motivasi ini memandang rotan secara negatif?
Sememangnya tentu ada sebabnya yang
tertentu, namun bagi kita, Rasulullah sollahu'alaihiwasallam ada
menyebut tentang rotan ini dalam hadis-hadis baginda, misalnya:
(Rahmat Allah kepada seseorang hamba
yang menggantungkan di dalam rumahnya rotan, dengan tujuan mengajar adab
dengannya akan keluarganya.)
Dalam hadis baginda yang lain ada dinyatakan:
(Bahawa mengajar adab seseorang terhadap
anaknya dengan memukulnya dengan rotan, terlebih baik dari berbuat
sedekah dengan satu gantang zakat fitrah.)
Manakala hadis yang selalu kita dengar dibaca orang ialah:
(Suruh olehmu anak-anakmu dengan sembahyang ketika umur mereka 7 tahun, dan apabila telah sampai umurnya 10 tahun, maka pukul olehmu jika ia meninggalkan sembahyang.)
(Suruh olehmu anak-anakmu dengan sembahyang ketika umur mereka 7 tahun, dan apabila telah sampai umurnya 10 tahun, maka pukul olehmu jika ia meninggalkan sembahyang.)
Berdasarkan 3 hadis di atas, anak-anak
yang agak degil dengan solat ini perlu serba sedikit diadabkan dengan
rotan, agar mereka sedar bahawa meninggalkan solat itu amat besar
dosanya.
Rasulullah sollallahualaihiwasallam
menyuruh kita mengajar adab dan akhlak dengan pemantauan secara berotan,
jika kelihatan anak-anak itu dari kalangan manusia yang patuh dan taat,
maka rotan tidak perlu digunakan.
Namun menggantungkan rotan di rumah
masih-masing adalah tanda untuk memperingatkan anak-anak agar sentiasa
ingatkan solat serta berakhlak tinggi.
Maka kesannya, sudah tentu anak-anak
dapat diajar sejak dari kecil dan diadabkan dengan cara yang benar-benar
mengikut aturan agama.
Namun, rotan yang dianjurkan Islam
sebenarnya bukanlah rotan yang boleh mendatangkan luka atau parah. Ia
adalah rotan yang bertujuan mendidik.
Pakar-pakar motivasi perlu melihat dalam
ruangan yang amat positif, agar kaedah rotan ini menjadi salah satu
cara terbaik yang mampu mengadabkan anak-anak. - 25/1/2015
Penulis ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.
Ketepikan perbezaan, sepakatlah dalam kesatuan
- Butiran
- Diterbitkan: 26 Januari 2015
- Ditulis oleh DATUK TUAN IBRAHIM TUAN MAN
SETIAP parti
mempunyai dasar dan agenda masing-masing. Atas prinsip perjuangan
posisi dan dasar inilah yang menjadi nadi untuk setiap parti untuk terus
berjalan dan terus maju.
Apabila wujudnya gabungan politik antara
parti, maka harus wujudlah pula sikap tolak ansur dan
hormat-menghormati antara setiap parti.
Apabila jurang perbezaan yang
diperbesarkan, maka akan mengecillah ruang persamaan. Jika ini
berterusan, muafakat itu akan pasti hancur.
Sebaliknya, apabila kita membesarkan
ruang persamaan, maka akan kecillah jurang perbezaan. Dengan itu,
muafakat itu akan kekal dan subur.
Sikap inilah yang sepatutnya dikekalkan
seandainya Pakatan Rakyat ingin terus kekal. Bukankah PR pernah
bersetuju bahawa persamaan antara 3 parti adalah jauh melebihi perbezaan
antara mereka? Mengapa harus terus bertelingkah atas perkara yang
berbeza tapi mengetepikan perkara yang membawa kita bersama?
Rakyat Malaysia sudah naik muak dengan pertembungan dan saling menyerang antara satu sama lain.
Masalah dalaman mesti dibawa ke meja perundingan dan dasar dan perjuangan setiap parti mesti dihormati.
Andainya ketiga-tiga parti merasakan
jurang perbezaan terlalu besar dan tidak mungkin lagi adanya muafakat
serta sikap saling menghormati, barangkali sudah sampai masanya untuk
memikirkan semula segalanya kerana setiap parti sedar bahawa tiada parti
yang boleh berjaya jika ia bersendirian.
Namun, hakikatnya, semua sayangkan gabungan ini, dan rakyat pernah berharapan besar untuk gabungan politik ini.
Oleh itu, PR perlu memandang ke hadapan
dan melihat musibah besar yang sedang melanda negara dan keperluan
rakyat ini memerlukan perubahan besar kepimpinan politik negara.
Isu rasuah, salah guna kuasa, hutang
negara dan bebanan ekonomi rakyat, isu keselamatan negara dan
penyalahgunaan kuasa kepimpinan BN semua memerlukan tindakan dan
perhatian segera dan khusus. Semua ini medan yang baik bagi membina
persamaan antara parti komponen PR dan juga mengembalikan keyakinan
rakyat terhadap PR. - HARAKAHDAILY 26/1/2015
Penulis ialah Naib Presiden PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan