Khamis, 8 Januari 2015

BENAR...MENGAKU ISLAM....NAK MATI DALAM ISLAM TAPI TAK MAHU HIDUP IKUT CARA ISLAM







Naela Al Farafisyah
with Ct Aishah and 19 others
1 hr ·


Like · ·









17 mins ·
Manjung ,sekarang. Allah Allah!!!






Like · ·



REMAJA 14 TAHUN MATI GANTUNG DIRI SEBAB PUTUS CINTA

| January 8, 2015 | 0 Comments
Gantung-diri
REMAJA 14 TAHUN MATI GANTUNG DIRI SEBAB PUTUS CINTA | Seorang remaja lelaki terkejut apabila bekas kekasih yang dihubungi semula selepas kurang dua jam memutuskan hubungan cinta mereka menggantung diri di kediamannya di sebuah tanah rancangan Felda di sini, kelmarin.
Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berumur 14 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di bilik tidur kediaman keluarganya pada jam 12 tengah hari.
Sumber terdekat dengan keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, pada jam 10.30 pagi, remaja lelaki berkenaan ada menghubungi mangsa dan memutuskan perhubungan cinta mereka.
“Kurang dua jam kemudian, remaja lelaki itu menghubungi mangsa buat kali kedua untuk berbincang berkaitan beberapa hal peribadi tetapi terkejut apabila panggilannya dijawab oleh ahli keluarga mangsa yang memaklumkan gadis berkenaan sudah meninggal dunia.
“Remaja lelaki itu kemudiannya menceritakan apa yang berlaku antaranya dengan gadis berkenaan sebelum kejadian kepada keluarga mangsa, dia nyata kesal dengan perkara terbabit,”katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).
Menurut sumber, mangsa pelajar tingkatan dua di sekolah sama dengan bekas teman lelaki yang menuntut di tingkatan empat dan kejadian hanya disedari adik gadis berkenaan yang curiga selepas panggilannya tidak bersahut.
Sumber berkata, adik mangsa mengintai melalui lubang kunci dan terkejut mendapati kakaknya terkulai dengan kain batik terjerut pada leher. Difahamkan, mangsa mungkin tertekan dengan perpisahan yang berlaku, dia kemudiannya dipercayai mengikat sehelai tuala pada lubang angin di dinding bilik.
Selepas itu, mangsa mengambil kain batik lantas diikat pada tuala berkenaan, kemudiannya, kain batik terbabit dijerut pada lehernya sebelum dia dikatakan terjun dari paras tinggi. Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya, Mansor Othman dan pengetua sekolah mangsa turut hadir menziarahi jenazah mangsa, hadir sama Pengerusi Majlis Belia Felda Negeri Johor, Nanndzri Nasib.
Nanndzri berkata, ”Ia ujian berat daripada Tuhan dan kita sebagai hamba perlu reda dengannya, kita akan membantu keluarga mangsa mengikut kesesuaian,” katanya.
Sementara itu, sumber polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas kerana kes masih dalam siasatan.







12:55PM - 8 Jan 2015
 

Banjir: Kecurian menjadi-jadi di Temerloh


Kejadian kecurian di Temerloh yang terjejas teruk akibat banjir semakin menjadi-jadi dan terbaru melibatkan lebih 100 buah premis perniagaan.

Laporan Kwong Wah Daily menyebut, pencuri berkenaan tidak mencuri makanan tetapi barangan berharga seperti komputer, dril dan periuk elektrik.

Laporan itu memetik kenyataan seorang kakitangan Super Cowboy Supermarket di Temerloh yang berkata, kes kecurian itu turut berlaku di kedai tayar, pemborong buah-buahan, kedai kopi, restoran makanan segera dan kedai runcit.

Dalam satu kejadian, sekumpulan 30 lelaki bersenjatakan pisau memaksa lapan orang pengawal keselamatan Super Cowboy membuka pintu premis berkenaan, lapor Kwong Wah Daily.

"Kami tidak pasti sekiranya pemilik premis tersebut membuat laporan polis, jadi kami buat laporan polis di Temerloh pada 2 Januari,” kata individu yang dipetik dalam laporan tersebut.

Menurut sumber tersebut, pasaraya berkenaan turut membeli dua bot keselamatan dan mengupah tiga orang pegawai keselamatan dan tiga orang kakitangan untuk meronda di sekitar premis tersebut semasa banjir.

Langkah itu bagaimanapun tidak menghalang suspek daripada merompak tiga orang kakitangan dan melarikan barangan daripada pasaraya tersebut dengan menggunakan bos keselamatan.
 


Post by Raja Shamri.




1:34PM - 8 Jan 2015

T'ganu anggar lebih RM14juta nilai kerosakan


Kerajaan Negeri Terengganu menganggarkan nilai kerosakan barangan dan infrastruktur sekolah-sekolah yang dilanda banjir awal Disember lepas di negeri ini lebih daripada RM14 juta.
  
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata kerosakan berkenaan melibatkan 192 sekolah yang ditenggelami air dan sekolah yang dijadikan pusat pemindahan melibatkan tiga daerah yang paling terjejas iaitu Kemaman, Hulu Terengganu dan Dungun.
  
"Kerosakan tersebut melibatkan kerosakan seperti tandas, bangunan pejabat, kelengkapan perabot, buku teks, pendawaian eletrik serta peralatan eletrik yang mana kita dapati seluruh daerah ada sekolah yang terlibat, tetapi tiga daerah ini sangat krikal.
  
Bagaimanapun penilaian ini hanyalah anggaran awal dan penilaian sebenar jumlah kerosakan ini sedang kita buat yang mana saya akan hantar laporan kerosakan secara terperinci sedang dibuat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Hulu Terengganu hari ini.
  
Ghazali berkata beliau akan membuat permohonan segera untuk membaik pulih kerosakan secepat mungkin kepada Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk keperluan sesi persekolahan.
  
"Lebih 33,000 mangsa banjir dipindahkan ke sekolah-sekolah terlibat dan ada juga sekolah dijadikan tempat transit sementara untuk mangsa banjir sebelum dihantar ke pusat pemindahan yang digazetkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) oleh kerana faktor jarak pusat pemindahan yang agak jauh.
  
Untuk kerosakan buku teks pula pihak Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) telah membuat permohonan kepada pihak kementerian yang mana didapati memang banyak berlaku kerosakan buku berkenaan, katanya.
  
Ghazali berkata semua sekolah di Terengganu tetap akan dibuka pada Ahad depan sebagaimana yang telah ditetapkan pihak kementerian.
  
"Walaupun ada bilik darjah yang masih belum dapat digunakan sebab berlaku kerosakan, kita akan tempatkan pelajar-pelajar ini sementara di dewan serta makmal-makmal. Pelajar yang terlibat banjir yang tidak mempunyai kelengkapan pakaian sekolah dibenarkan berpakaian biasa," katanya.
  
Dalam perkembangan lain, Ghazali berkata kerajaan negeri telah mengagihkan sebanyak RM13 juta untuk bantuan awal persekolahan seluruh negeri.
  
-Bernama







2:49PM - 8 Jan 2015

JPS: Empangan RM3b untuk atasi banjir


Satu projek empangan pelbagai guna di hulu Sungai Kelantan bernilai kira-kira RM3 bilion akan dibina tidak lama lagi sebagai sebahagian langkah utama penyelesaian banjir secara total di pantai timur.

Pengarah Bahagian Pengurusan Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) Ab Qahar Osman berkata ia merupakan satu projek tebatan banjir dikenal pasti dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) untuk diberi keutamaan bagi mengatasi bencana banjir pada masa akan datang.

"Untuk RMK-11 kita akan tumpukan pada beberapa cadangan bagi selesaikan masalah banjir secara total. Kos pembinaan (empangan itu) yang dianggarkan adalah RM3 bilion dan akan mengambil masa kira-kira lima tahun untuk disiapkan.

"Kita mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku baru-baru ini yang mana sungai tidak mampu menampung kuantiti air hujan," katanya ketika dihubungi Bernama.
  
Katanya, empangan itu bukan hanya berfungsi sebagai kawasan tadahan air hujan bagi mengelak berlakunya banjir tetapi menjana tenaga elektrik, menjadi saluran pengairan air dari sungai dan membekalkan air untuk pengguna domestik.

Berkongsi cerita mengenai banjir di pantai timur, Ab Qahar berkata jumlah hujan yang direkodkan di negeri-negeri pantai timur yang terlibat banjir dalam masa 10 hari adalah 850mm melebihi paras normal iaitu 100mm.

"Sehubungan itu, sungai-sungai utama tidak mampu menampung kuantiti air hujan itu dan menyebabkan air mengalir terus memasuki kawasan penempatan penduduk," katanya.

Setakat ini katanya, beberapa projek tebatan banjir telah dilaksanakan di Kelantan di bawah RMK-10 iaitu projek meninggikan tebing dan melebarkan sungai supaya air tidak melimpah dengan perbelanjaan kira-kira RM100 juta.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan projek tebatan banjir akan diberi keutamaan dalam RMK-11.

Sementara itu, Pensyarah Perancangan Bandar dan Wilayah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam Prof Madya Ahmad Fuzi Arshad berkata pembinaan empangan di hulu sungai bukan sahaja untuk mengelak banjir namun air yang ditakung itu boleh dimanfaatkan ketika musim kemarau.

"Bagaimanapun, keluasan empangan itu bergantung kepada jumlah hujan. Walaupun keluasan kecil tetapi boleh juga dibina dalam jumlah yang banyak di beberapa hulu sungai utama," kata Ahmad Fuzi.

Beliau turut bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyarankan lebih banyak 'lebuh raya air' dibina di negeri-negeri berisiko banjir termasuk membina terusan dan parit yang boleh menampung air pada skala yang lebih besar.

Katanya, walaupun pembinaan 'lebuh raya air' itu mungkin memakan masa panjang untuk disiapkan namun ia dapat memberi manfaat kepada rakyat di kawasan berisiko banjir.

Pakar ekonomi Prof Dr Barjoyai Bardai berpendapat kerajaan mampu membina  'lebuh raya air' serta beberapa projek tebatan banjir menggunakan dana sendiri tanpa melibatkan dana luar kerana projek seumpama itu merupakan pelaburan jangka panjang.

Katanya, pelaburan kerajaan terhadap projek seumpama itu mampu meningkatkan kaedah pengurusan banjir dan memperbaiki sistem pengairan yang cekap di kawasan sensitif terhadap banjir. 

"Itu mungkin libatkan belanja besar tetapi membantu mengelakkan kerajaan menanggung kos lebih tinggi bagi membaik pulih kerosakan selepas banjir," katanya.

Tambahnya, bencana banjir sememangnya tidak dapat dielakkan memandangkan negara menerima hujan lebat monsun setiap hujung tahun yang boleh menyebabkan berlakunya bencana itu.

- Bernama






Dr M: Provokasi sendiri mungkin punca serangan
  • Dr Mahathir Mohamed. - Foto Bernama Dr Mahathir Mohamed. - Foto Bernama
1 / 1
KUALA LUMPUR - Serangan terhadap pejabat majalah satira Perancis, Charlie Hebdo di Perancis semalam berkemungkinan disebabkan tindakan majalah itu sendiri yang gemar membuat provokasi terhadap agama Islam.

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sering kali terdapat tindakan Charlie Hebdo tidak menghormati orang Islam dan sering mempersenda Nabi Muhammad SAW melalui lukisan karikatur. 

"Apakah perlunya mereka mempermainkan Nabi Muhammad sedangkan mereka tahu ini menyakitkan hati orang Islam. Kita menghormati agama mereka dan mereka mesti menghormati agama kita," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan projek One Soul One Quran, di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas serangan tiga orang bersenjata api melepaskan tembakan di pejabat Charlie Hebdo di Paris semalam menyebabkan 12 orang terbunuh dan tiga lagi cedera parah. 

Dr Mahathir berkata, secara umumnya, provokasi oleh mana-mana pihak sekalipun tidak harus dilakukan kerana masyarakat perlu hormat- menghormati antara satu sama lain meskipun berbeza agama dan bangsa. 

Bercakap secara umum, Dr Mahathir berkata, terdapat juga dalam kalangan bukan Islam yang takut kepada agama Islam dan membayangkan  Islam sebagai agama yang tidak bertimbang rasa dan bengis akibat pelbagai paparan dalam internet misalnya keadaan kekecohan di Timur  Tengah. 

"Kalau mereka faham ajaran al-Quran itu sendiri, mereka tidak akan berasa takut kepada agama Islam atau orang Islam," kata beliau. 

Mengulas mengenai projek One Soul One Quran, Dr Mahathir yang juga penaung projek itu berharap ia akan memberi lebih kefahaman kepada  orang bukan Islam mengenai agama Islam itu sendiri. 

Projek yang diasaskan Islamic Information & Services Foundation berpangkalan di sini serta disokong pelbagai pihak lain itu, merupakan satu  usaha membantu menangani masalah salah faham tentang mesej al-Quran dan ajaran Islam yang sebenar.

Sebanyak sejuta naskhah al-Quran akan diedarkan kepada orang ramai di negara ini mulai bulan ini. - Bernama
Knaa phmmmm... BIK MAMA nk jgaaa lakiiii... kn lakii dye sakiitttt....
P/s: org lainn merempitt naikk motooo... dye merempittt naikk jet krjaan??? Kihkihkihkihkih...
LAWAK APA Rosmah Buat Ni, Rumahnya Di Jalan Duta Bukan Di Tepi Jalan (Jalan Duta) Pun ?
Takkanlah mat2 motor nak merempit selekoh curam lagi sempit (A). Sudah tentu akan memilih jalan yg lebih besar & 'straight', Jalan Duta (C).
Sebenarnya rumah Rosmah terletak agak jauh ke dalam sedikit (200m) di satu lorong kecil dan boleh dikatakan agak terpencil kedudukannya.
Jadi bagaimana Rosmah dan Najib boleh merasa terganggu dan sampai tak boleh tidur malam kerana gangguan mat2 rempit ???
ADAKAH ROSMAH JUGA DAH PANDAI CUBA NAK PERBODOHKAN RAKYAT sepertimana pemimpin2 UMNO yg lain ???
Like · ·
Amaran angin kencang hingga esok
  • Jabatan Meteorologi Malaysia Jabatan Meteorologi Malaysia
1 / 1
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran angin kencang di perairan Pahang, Johor Timur, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, dan Kudat) serta Labuan dijangka berterusan sehingga esok.
  
Menurut jabatan itu, angin Timur Laut dan laut bergelora (kategori pertama) berkelajuan 40 sehingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.
  
Ribut petir di perairan Terengganu, Pahang dan Sarawak (Mukah, Bintulu dan Rejang) pula dijangka betererusan sehingga awal petang ini, menurut kenyataan jabatan itu.
  
Pada masa sama angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri. - Bernama
Artikel Berkaitan














Ismail Embong: Aku Mahu Individu Milik Allah Sahaja Dalam Keluarga

Oleh Rotikaya Staff pada
08 January 2015, 12:01PM
Sejak akhir akhir ini, ayah kepada Emma Maembong agak lantang bersuara di media sosial tentang isu semasa dan juga isu berkaitan anak beliau yang ramai itu. Terbaru, Ismail Embong memuat naik satu status menjawab isu perpisahan anaknya dengan Zizan Razak.
Dalam status di Facebook yang agak panjang lebar itu, Ismail Embong mengulas satu artikel yang dikeluarkan oleh sebuah akhbar berkaitan komen Zizan Razak berkenaan kemelut yang melanda keluarga mereka melibatkan Chacha Maembong.
BACA: Pergeseran Chacha Maembong, Bapa Sekadar Salah Faham (ext.)
Namun, terselit beberapa ayat yang berbunyi amaran kepada Zizan Razak dari Ismail Embong berkenaan hubungannya dengan Emma Maembong dengan berkata beliau hanya mahukan orang yang milik Allah sahaja dalam keluarga dan bukan milik masyarakat.
“Milik masyarakat adalah spesis yang terkutuk kerana masyarakat terdiri daripada pelbagai watak termasuk sampah bangsa & agama. Dan diletakkan diri kita lebih rendah dari itu? Dimiliki masyarakat, bukan Allah?” tulis Ismail Embong.
Panjang lebar lagi tulis Ismail Embong di Facebook beliau dan anda boleh baca selebihnya di sana kerana kami lebih berminat dengan ayat yang ditujukan kepada Zizan Razak. Hmm. (rtky/m)











Niat Zizan Razak Nak Beli Kereta Mewah Punca Putus Cinta

Oleh Rotikaya Staff pada
08 January 2015, 2:01PM
Akhirnya Zizan Razak membuka mulut tentang punca perpisahan beliau dengan Emma Maembong dan ianya lebih ringkas dari apa yang kami jangka — Emma Maembong tidak bersetuju dengan niat teman lelakinya untuk berbelanja besar membeli kereta mewah.
Menurut kenyataan terbaru Zizan Razak kepada Utusan Malaysia, ada tercetus pergaduah antara mereka kerana niat mahu membeli kereta mewah sport kerana Emma Maembong tidak bersetuju dengan hasrat itu kerana dianggap membazir.
BACA: Bapa Emma Maembong Bidas Kenyataan Zizan Razak Di Akhbar
“Sebenarnya, tiada perselisihan serius antara kami. Emma marahkan saya kerana hendak membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi kerana dia tidak suka lelaki yang membazir. Malah, niat saya juga ditentang oleh ibu saya sendiri. Itu yang menjadi punca perpisahan kami,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Zizan Razak turut menepis kata kata yang mengatakan Emma Maembong seorang yang kaki kikis dan hubungan mereka berakhir kerana sikap negatif itu.
Zizan Razak juga mengakui masih cintakan Emma Maembong. Awwwwh. (rtky/m)

Friday, 26 December 2014


Kisah Benar - Suami Orang Mencari Isteri Orang Melalui Wechat Sahaja Dan Melakukan Hubungan Sulit Hingga Keranjang

KISAH BENAR - Bermula Dari Wechat.. Isteri Terlanjur Dengan Suami Orang

Di sini ingin berkongsi masalah saya dan dapatkan pandangan dari pihak tuan.

Saya seorang isteri, berusia 24 tahun dan baru berkahwin bulan Julai 2014 yang lalu. Sebelum berkahwin saya telah jatuh cinta dengan suami orang yang berusia 39 tahun. Dia juga telah mempunyai 4 orang anak.

Isterinya mengandung, kami berkenalan

Semasa isteri nya mengandungkan anak ke 4, kami mula berkenalan melalui aplikasi WeChat. Semasa berkenalan, secara jujur, dia mengakui bahawa dia adalah suami orang dan bapa kepada anak-anak kesayangan. Memang saya tiada masalah, kerana sekadar kawan-kawan biasa sahaja...

Dia terus menerus menghubungi saya sehingga saya jatuh cinta padanya dalam masa tidak sampai 2 bulan. Bermula dari situ kami saling mencintai dan menyayangi. Dia kerja offshore dan cuma balik darat setiap 2 bulan. Masa dia nak balik, kami telah atur pertemuan sulung kami di sebuah hotel. Hati sungguh berdebar-debar kerana itu adalah kali pertama kami bersemuka. Sebelum ini kami hanya video call sahaja sepanjang dia berada di laut...

Terlanjur jua akhirnya...

Kali pertama dating saya telah kalah dengan dia. Saya terlanjur dengan dia. Dia adalah lelaki kedua yang penah saya terlanjur. Sebelum ini, saya pernah terlanjur dengan bekas teman lelaki semasa menjadi pelajar di universiti. Kami terlanjur di hotel itu, atas kehendak masing-masing, tiada paksaan...

Seterusnya, begitulah setiap kali balik ke darat, kami telah atur pertemuan untuk pergi honeymoon. Dia sanggup menipu isterinya untuk pergi honeymoon dengan saya. Kasih sayang dan cinta kami makin erat dan sukar untuk saya lupakan dia. Saya cuba lupakan dia, tetapi saya tidak dapat bohong perasaan saya sendiri. Saya cintakan dia sangat-sangat.

Kenapa sanggup curang?
Saya ada bertanya, kenapa dia curang dengan isteri. Katanya, “Abang takkan curang kalau isteri tiada masalah. Kehendak batin abang selalu tidak dipenuhi”. Itu sahaja alasannya... Saya pun terdetik, “Adakah aku ini hanya pemuas nafsu untuk dia?”. Saya cuba bencikan dia dan tidak berhubungan dengan dia, tetapi gagal. Sayang saya pada dia sangat kuat...

Dalam masa kami bercinta, pernah isteri dia baca mesej kami. Bila isterinya tanya, dia jawab cuma kawan sahaja. Saya keliru dengan cinta kami...

Terima lamaran...

Dalam masa bercinta dengan suami orang itu, tiba-tiba kawan lama saya masa kanak-kanak dahulu datang melamar... Saya menerima lamaran itu dengan harapan inilah cara terbaik untuk saya berpisah dan melupakan suami orang itu. Setelah tarikh kahwin ditetapkan, saya beritahu dia, “Abang, ayang dah nak berkahwin”. Dia benar-benar terperanjat dan menangis.

Dia ada nyatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya. Namun, saya sendiri takut untuk beritahu keluarga kerana status dia sebagai suami orang. Jarak umur kami juga jauh, dan saya adalah anak bongsu. Keluarga mengharapkan yang terbaik untuk saya....

Saya suruh dia jumpa kelurga saya kalau betul mahu kahwin dengan saya. Dia kata, “Abang akan cari masa yang sesuai”

Setelah memberitahu dia yang saya akan berkahwin, saya fikir ini akan buatkan hubungan kami terputus. Sebaliknya, ia jadi semakin galak dan masing-masing tidak dapat kawal diri. Kami sangat sayang antara satu sama lain. Sehinggakan, dia sanggup berikan duit untuk saya, sponsor semua barang hantaran perkahwinan dan baju kahwin saya. Barang hantaran dan baju kahwin, kami pergi shopping bersama-sama. Sampai macam itu sekali dia sanggup layan saya. Kadang-kadang terfikir, patutlah dia boleh belanja saya kerana bergaji besar. S3ks dengan saya dia dapat, jadi apalah sangat dengan duit itu. Kadang-kadang terfikir, betapa bodohnya saya....

Hari ijabkabul...

Tanggal hari perkahwinan saya, dia menangis lagi. Setelah sebulan kahwin, kami masih tidak berjumpa. Kami masih tidak dapat kawal diri kami. Kami terlanjur lagi, walaupun selepas saya kahwin. Ia berlanjutan sehingga ke hari ini. Saya buntu bagaimana mahu berpisah dengan dia. Saya ada beritahu, saya tidak mahu berkawan lagi dengan dia. Dia hanya cakap, “Abang tetap sayang dan cintakan ayang macam dulu-dulu. Abang akan tunggu ayang selamanya”. Dia masih tidak mahu lepaskan saya...

Saya tidak dapat elak dari dia. Saya sayang dia sangat-sangat. Kadangkala, terfikir mahu beritahu isterinya, bahawa suaminya curang dengan saya. Namun, saya terfikir pula kerana faham perasaan lembut perempuan. Mesti isteri dia sedih bila tahu suaminya curang dengan saya. Sebelum ini, dia juga pernah terlanjur dengan perempuan lain. Pernah bawa berjumpa dengan isterinya untuk minta izin berkahwin lagi. Isterinya tidak izinkan. Kini, saya pula menghadapi situasi ini...

Hubungan jarak jauh Saya tinggal jauh dari suami.

Sebab itulah saya ada masa untuk layan suami orang itu bila dia balik ke darat. Sudahlah jauh, suami saya pula sibuk dengan kerja. Isteri kekasih saya juga sibuk dengan kerja. Jadi, selama ini, sayalah yang melayan suami orang itu.... sumber:

EKSLUSIF!! 5 Gambar Wajah Terbaru Bekas Isteri Sudirman Akhirnya Didedahkan


Setelah sekian lama, akhirnya seorang peminat berjaya menyelongkar siapakah gerangan wajah di sebalik bekas isteri Seniman Sudirman Hj Arshad pada masa kini. Jom ikuti pendedahan beliau!

Ini adalah satu-satunya entry yang aku mohon maaf sekiranya ia menyinggung perasaan atau salah dari segi faktanya.

Aku merupakan peminat arwah Sudirman Hj Arshad, seperti biasa, bila kita minat seseorang itu maka kalau boleh, kita ingin tahu apa kegemarannya, siapa orang kesayangannya, apa citarasanya dan berbagai lagilah. Apatah lagi sekiranya orang yang kita minat itu seorang public figure seperti beliau.

Aku sendiri tidak terkecuali.

Aku rasa semua orang terutama peminat Sudirman tahu bahawa beliau pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang eksekutif Petronas yang bernama Kamariah Jamaluddin atau Kay, namun mahligai cinta yang dibina cuma mampu bertahan kira-kira tiga tahun saja sebelum semuanya berakhir dengan penceraian
Dan semua orang tahu kesan perpisahan tersebut memberi tekanan psikologi yang cukup hebat dalam diri Sudirman, ini boleh dirasai melalui lagu-lagu cinta yang didendangkannya

Di mana Kay sekarang? Itulah yang sering menjadi tanya aku dan ribuan peminat Sudirman kerana wanita itu dikatakan terus menghilang dan tidak muncul-muncul lagi selepas terjadinya peristiwa penceraian tersebut
Tidak lama dulu, aku terbaca satu artikel mengenai kisah seorang bekas eksekutif Petronas di dalam Sunday Times yang menulis mengenai sebuah buku masakan.

Di sini, admin kongsikan tiga keping gambar lama yang memaparkan wajah sebenar bekas isteri allahyarham Sudirman Haji Arshad.




Hati aku tiba-tiba berdegup! mungkinkah dia Kay yang dimaksudkan oleh arwah Sudirman itu???
Aku tak puas hati, dari situ aku cuba menyelongkar Google dan Yahoo Search tentang wanita ini.
Penulis ini rupanya menepati betul ciri-ciri yang digambarkan oleh arwah, dia sangat cantik walau kini usianya telah melewati usia 50-an, ejaan namanya sama, dan dia turut menuntut di Universiti Malaya pada waktu yang sama dengan tempoh arwah Sudirman belajar di sana.

Aku sangat kagum dengan kejayaan Puan Kay sekarang…nampaknya bekas suami isteri ini sangat berjaya dalam bidang mereka masing-masing.

Tak mengapalah, semua dah jadi sejarah, Puan Kay pun sudah mempunyai keluarga sendiri dan bahagia dengan kehidupannya sekarang.

Persoalannya, adakah Puan Kay benar-benar Kay yang Sudirman maksudkan itu?



sumber


 


Tiada ulasan: