6. GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG
Ertinya:
Daripada Mughirah bin Syu’ bah r.a.
berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Sentiasa di kalangan kamu ada
golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah
suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya”.
H.R. Bukhari
H.R. Bukhari
Keterangan
Allah swt. telah menjadikan umat Islam
ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu Allah swt. berjanji akan
memelihara kitabnya (al-Quran) dan memastikan lahirnya generasi demi
generasi yang akan memikul tugas dakwah hingga tetap wujud golongan
mukminin dipermukaan bumi ini.
Kalau kita meneliti sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga ke hari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah dengan ujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan munafiqin, Yahudi dan Nashrani di Madinah seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani, serangan bangsa Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamddun Baghdad pada pertengahan abad keenam Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihan beramairarnai terhadap kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di Andalus (Sepanyol) dan seterusnya disambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis Yahudi dan missionary Nashrani yang mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan disegi pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya dan sebagainya Walaupun ujian yang sangat dahsyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih lagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari ini.
Kalau kita meneliti sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga ke hari ini, kita akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah dengan ujian yang berat-berat. Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan munafiqin, Yahudi dan Nashrani di Madinah seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah dan pemikiran Yunani, serangan bangsa Moghul dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamddun Baghdad pada pertengahan abad keenam Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihan beramairarnai terhadap kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di Andalus (Sepanyol) dan seterusnya disambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis Yahudi dan missionary Nashrani yang mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan disegi pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya dan sebagainya Walaupun ujian yang sangat dahsyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih lagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari ini.
Walaupun di hari ini ada di kalangan umat
Islam yang tidak mengambil berat tentang agama mereka tetapi masih ada
golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama dan
memperjuangkannya. Walau pun ramai di kalangan umat Islam yang telah
hancur moral dan akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak
tinggi dan berpekerti luhur. Walaupun syi’ar-syi’ar Islam diinjak-injak
di sebahagian tempat tetapi di tempat lain syi’ar-syi’ar Islam masih
lagi gagah dan teguh. Walau pun aktivis-aktivis Islam ditindas dan
diseksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan disanjung
dan dihormati. Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari
permukaan bumi ini hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh
Allah swt. Maka pada masa itu Allah swt. akan mematikan semua
orang-orang Islam dengan tiupan angin yang mematikan setiap jiwa yang
beriman dan yang tinggal setelah itu hanyalah orang-orang yang jahat
atau orang kafir, maka pada saat itulah akan berlaku hari qiamat
Ertinya:
Daripada Anas r.a. berkata, bersabda
Rasulullah saw., “Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil
dan ulama yang fasiq”.
H.R. Ibnu Ady
H.R. Ibnu Ady
Keterangan
Nabi saw. menerangkan di akhir zaman
nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat
dan ada pula orang aIim yang fasiq. Sebenarya syaitan telah berusaha
sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia
menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orangorang yang
berlainan pula. Bagi sijahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin
berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak
diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin
mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka
ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di
pihak syaitan.
Begitu pula halnya dengan si Alim yang
sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan
mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan
kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak
berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti.
Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya.
Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat
di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat ini adalah orang
yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadat ini pula adalah terdiri
daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.
Ertinya:
Dan pada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku
mendengar RasuIullah saw. bersabda, “Umat ku akan ditimpa
penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat
bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi saw.
menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2)
terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu
dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut
menghasut sehingga jadi zalim menzalim”.
H.R. Hakim
H.R. Hakim
Keterangan
Penyakit-penyakit yang disebutkan oleh
Rasulullah saw. tadi telah banyak kita lihat di kalangan kaum muslimin
di hari ini. Di sana sini kita melihat penyakit ini merebak dan menjalar
dalam masyarakat dengan ganasnya. Dunia Islam dilanda krisis rohani
yang sangat tajam dan meruncing. Dengan kekosongan rohani itulah mereka
terpaksa mencari dan menimbun harta benda sebanyak-banyaknya untuk
memuaskan hawa nafsu. Maka apabila hawa nafsu diperturutkan tentunya
mereka terpaksa menggunakan segala macam cara dan tipu helah. Di saat
itu, hilanglah nilai-nilai akhlak dan yang wujud hanyalah kecurangan,
khianat, hasud-menghasud dan sebagainya.
Marilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!
8. BAHAYA KEMEWAHANMarilah kita merenung maksud hadis ini, dan marilah kita bermuhasabah!
Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a.,
“Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah saw. di dalam masjid.
Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. dan tiada di atas badannya
kecuali hanya sehelai selendang yang bertampung dengan kulit. Tatkala
Rasulullah saw.melihat kepadanya Baginda menangis dan menitiskan air
mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekkah dahulu
(kerana sangat dimanjakan oleh ibunya) dan kerana memandang nasib
Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang
terpaksa meninggalkan segala harta benda dan kekayaan diMekkah).
Kemudian Nabi Muhammad saw. bersabda, “Bagaimanakah keadaan kamu pada
suatu saat nanti, pergi di waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi di
waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan bila diangkatkan satu
hidangan diletakan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi
(menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Ka’bah?”. Maka
jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya di waktu itu kami lebih baik
daripada di hari ini. Kami akan menberikan penumpuan kepada masalah
ibadat sahaja dan tidak usah mencari rezeki”. Lalu Nabi saw. bersabda,
“Tidak! Keadaan kamu di hari ini adalah lebih baik daripada keadaan kamu
di hari itu”.
H.R. Termizi
H.R. Termizi
Keterangan
Dalam hadis ini Nabi kita Muhammad saw.
menerangkan bahawa umatnya pada suatu masa kelak akan mendapat kekayaan
dan kelapangan dalam kehidupan. Pagi petang pakaian silih berganti.
Hidangan makanan tak putus-putus. Rumah-rumah mereka tersergam indah dan
dihias dengan bermacam-macam perhiasan. Dalam keadaan demikian kita
juga mungkin akan berkata seperti perkataan sahabat. Di mana, kalau
semuanya sudah ada, maka senanglah hendak membuat ibadat. Tetapi Nabi
kita Muhammad saw. mengatakan, “Keadaan serba kekurangan itu adalah
lebih baik untuk kita”, ertinya lebih memungkinkan kita untuk beribadat.
Kemewahan hidup banyak menghalang
seseorang dari berbuat ibadat kepada Allah swt., sepertimana yang
berlaku di hari ini. Segala yang kita miliki kalaupun tidak melebihi
keperluan, namun ianya sudah mencukupi Tetapi, bila dibanding dengan
kehidupan para sahabat, kita jauh lebih mewah daripada mereka, sedangkan
ibadat kita sangat jauh ketinggalan. Kekayaan dan kemewahan yang ada,
selalu menyibukkan kita dan menghalang dari berbuat ibadah. Kita sibuk
menghimpun harta dan juga sibuk menjaganya serta sibuk untuk rnenambah
lebih banyak lagi. Tidak ubah seperti apa yang pernah disabdakan oleh
Rasulullah saw., “Seandainya seorang anak Adam itu telah mempunyai satu
jurang emas, dia berhasrat untuk mencari jurang yang kedua, sehinggalah
ia dimasukkan ke dalam tanah (menemui kematian)”.
Begitulah gambaran yang sebenar terhadap
kehaloban manusia dalam menghimpun harta kekayaan. Ia sentiasa mencari
dan menambah, sehinggalah ia menemui kematian Maka ketika itu, barulah
ia sedarkan dirinya dengan seribu satu penyesalan. Tetapi di saat itu
sudah tidak berguna lagi penyesalan. OIeh itu janganlah kita lupa
daratan dalam mencari harta kekayaan. Tidak kira halal atau haram, yang
penting dapat harta. Tidak kira waktu sembahyang, bahkan semua waktu
digunakan untuk menimbun kekayaan. Biarlah kita mencari mata benda dunia
pada batas-batas keperluan. Kalau berlebihan bolehlah digunakan untuk
menolong orang lain yang kurang bernasib baik, suka menderma dan suka
bersedekah, sebagai simpanan untuk hari akhirat kelak. Orang yang bijak
adalah orang yang mempunyai perhitungan untuk masa akhiratnya dan ia
menjadikan dunia ini tempat bertanam dan akhirat tempat memetik buahnya.
35. LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA
Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
Zakat dijadikan hutang.
Suami memperturutkan kehendak isteri.
Anak derhaka terhadap ibunya,
Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
Para artis-artis disanjung-sanjung.
Muzik banyak dimainkan.
Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain”.
H.R Termizi
Ertinya:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:
Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
Zakat dijadikan hutang.
Suami memperturutkan kehendak isteri.
Anak derhaka terhadap ibunya,
Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
Para artis-artis disanjung-sanjung.
Muzik banyak dimainkan.
Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain”.
H.R Termizi
Keterangan
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah saw. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.
'Bencana banjir Kelantan amaran dari Allah'
pada 22-01-2015 05:01 Ditulis Oleh Nurshakira Buang
Sambil bersetuju dengan kenyataan tokoh PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, ADUN Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, banjir yang menyaksikan 200,000 orang dipindahkan adalah amaran dari Allah.
“Pada pendapat saya, ini adalah peluang terbaik untuk kita orang Melayu-Islam sedar.
"Jika Dia (Allah) sudah menghantar mesej (amaran) sebegini tetapi kita masih gagal mencari jalan penyelesaian dengan mempertahankan martabat kita sebagai Melayu, saya fikir Allah mungkin akan menguji kita sekali lagi,” tambahnya.
Setiausaha Barisan Nasional Kelantan itu memberitahu demikian di wacana 'Kelantan Pasca Banjir: Bicara Hati ke Hati Pas, Umno bangunkan semula Kelantan' anjuran akhbar Sinar Harian.
Malah, katanya perbezaan ideologi parti tidak menghalang PAS dan Umno daripada bekerjasama memulihkan Kelantan selepas banjir.
Namun, apa yang penting kini adalah kepentingan rakyat di negeri itu yang dahagakan pembangunan sekali gus membaiki segala kerosakan selepas bah besar itu, ujarnya.
“Bukan sahaja G2G, G2G patut dipertingkatkan. Semalam sayapun telah bertemu dengan perdana menteri sebelum beliau menyertai mesyuarat kabinet untuk buat program pasca banjir 29 Januari ini.
"Saya minta tidak ada unsur politik dan PM bersetuju. Yang penting ialah rakyat Kelantan mendapat manfaat, sebab nak baiki rumah bukannya kecil," katanya
Wacana itu dimudahcara oleh bekas MP Kok Lanas, Tan Sri Abdullah Ahmad dan turut disertai penganalisis politik Universiti Utara Malaysia, Dr Kamarul Zaman Yusoff.
Ertinya:
Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”.
H.R. Tirmizi
Keterangan
Yang dimaksudkan di sini ialah zaman yang
sangat mencabar sehingga sesiapa yang hendak mengamalkan ajaran
agamanya ia terpaksa menghadapi kesusahan dan tentangan yang sangat
hebat. Kalau ia tidak bersungguh-sungguh, nescaya agamanya terlepas dari
genggamannya. Ini adalah disebabkan suasana disekelilingnya tidak
membantu untuk ia menunaikan kewajiban agamanya, bahkan apa yang ada
disekelilingnya mendorong untuk membuat kemaksiatan dan perkara-perkara
yang dapat meruntuhkan aqidah dan keimanan atau paling kurang
menyebabkan kefasiqan. lni juga bermaksud, orang Islam tersepit dalam
melaksanakan tuntutan agamanya di samping tidak mendapat kemudahan
8 Gambar : Makam Raja Abdullah yang mengejutkan, insan terkaya dunia dan pemurah
Inilah Makam / kubur Raja 'Abdullah.
Tak ada senjata
tertembak ke langit, tak ada terompet dan nyanyian. Anda tak akan
melihat ratapan dan suara gendang, tak pula rakyat yang ngalap berkah, tak pula seabrek bid'ah.
Tentu saja, dengan kekayaannya, sang raja sangat mampu membangun istana
megah di kuburnya itu sebagai lambang keperkasaan, seperti kubur-kubur
mewah di nusantara kita.
Tetapi tidak, biarlah sang raja seperti rakyatnya di tempat dan tanah
yang sama dan tak
ada nama dan tulisan bahwa kuburnya adalah kuburan
seorang raja. Semua kuburan
berbentuk dan berukuran sama. Tak ada
pemakaman khusus. Semuanya sama
disejajarkan
dengan para rakyat
jelatanya.
Sungguh, semuanya sunyi dari keharaman dan begitu sederhana untuk
kuburan seorang
pemimpin. Al-Fatihah Credit Photo AFP, Dailymail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan