Khamis, 1 Januari 2015

ADAKAH UNDANG2 SEKARANG MAMPU MENGURANGKAN...ATAU UNDANG2 ALLAH PERLU DIJALANKAN...KITA SEPI...MALANG SEKALI ADA UMAT ISLAM SENDIRI MENENTANGNYA...ADAKAH ALLAH TIDAK BIJAKSANA...ALLAH CIPTA MANUSIA..MANUSIA ITU LEBIH BIJAKSANA DARI ALLAH...FIKIR2KAN



Diragut tetamu petang
SEREMBAN - Kunjungan dua lelaki ke rumah sepasang emas di Kampung Datuk Mansor, Rasah di sini menjadi mimpi negeri selepas tuan rumah diragut teramu tersebut.

Kejadian kira-kira jam 6 petang itu berlaku selepas kedua-dua suspek minum petang bersama mangsa dan suaminya, kelmarin.

Anak kepada mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ana, 39, berkata, ketika kejadian hanya ibu bapanya, masing-masing 81 tahun, dan seorang adik perempuannya berada di rumah.

“Ketika itu emak dan ayah sedang minum petang di ruang tamu. Tiba-tiba datang dua lelaki ke rumah sambil bertanya sama ada emak kenal dengan mereka atau tidak.

“Mak saya cakap dia memang kenal sebab mereka pernah tinggal di kampung kami. Jadi mak menjemput mereka masuk ke rumah untuk minum bersama sambil berbual-bual,” katanya.

Menurutnya, salah seorang lelaki itu kemudiannya meminta kebenaran ke tandas manakala seorang lagi terus keluar dari rumah.

Namun kata Ana, ketika bapanya menemani suspek untuk ke tandas, dia secara tiba-tiba memberitahu mahu pulang.

“Dia cakap tak jadi pergi tandas dan terus ke ruang tamu kononnya mahu bersalam dengan mak saya yang dipanggilnya ‘wan’.

“Masa itulah dia ambil kesempatan rentap rantai mak dan terus larikan diri dengan menaiki motosikal,” katanya.

Ana berkata, emaknya yang terkejut tidak mampu berbuat apa-apa manakala bapa dan adiknya hanya menyedari kejadian itu selepas kedua-dua suspek melarikan diri.

Katanya, ibunya masih trauma dengan kejadian yang berlaku kerana pada mulanya menyangka lelaki tersebut datang ke rumah untuk bertanya khabar kerana sudah lama tidak berjumpa.

“Terdapat luka kesan rentapan rantai di leher mak. Mujur emak tidak dicederakan,” katanya yang turut sedih dengan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Pondok tol kena samun
  • Gambar hiasan Gambar hiasan
1 / 1
KUANTAN - Seorang jurutol kerugian lebih RM7,000 selepas dirompak dua lelaki bersenjatakan pisau di Kilometer 1, Plaza Tol Karak, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menghala ke Kuala Lumpur, dekat Bentong,semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.16 pagi itu,  dua suspek yang berusia lingkungan 20 an menunggang motosikal dari arah Kuantan menuju ke Kuala Lumpur secara tiba-tiba berhenti di pondok plaza tol berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bentong,  Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor berkata, mangsa, yang hanya dikenali sebagai Faizatul berusia 20 an ternampak dua suspek terbabit meluru ke cermin pondok tol sambil mengacu pisau.

Menurutnya, curiga melihat tindakan dua lelaki tersebut, wanita terbabit sempat melarikan diri menerusi pintu belakang pondok tol sebelum memanggil pengawal keselamatan untuk tindakan susulan.

“Suspek sempat mengambil wang yang diletakkan dalam laci menerusi cermin pondok tol sebelum melarikan diri  ke arah Kuala Lumpur,” katanya, ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau berkata, pengawal keselamatan yang melihat kejadian itu cuba mengejar suspek namun gagal.

“Mangsa dan pengawal keselamatan terbabit memeriksa laci di dalam pondok tol sebelum melihat dua plastik berisi wang kertas bernilai RM7,000 dilarikan suspek.
“Susulan kejadian itu,  mereka membuat laporan polis di Balai Polis Karak untuk tindakan lanjut,” katanya.
Mohamad Mansor berkata, polis  sudah mengarahkan anggota untuk melakukan siasatan dan hasil daripada maklumat yang diperoleh suspek kemungkinan warga tempatan namun nombor pendaftaran dan jenis motosikal tidak dapat dicam.
“Ketika kejadian suspek berpakaian gelap dan memakai topi keledar bagi mengelak dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
“Kita akan meneliti CCTV untuk mendapatkan maklumat lanjut dan setakat ini kita sudah merekodkan keterangan daripada saksi dan mangsa untuk siasatan susulan,” katanya.

Menurutnya, polis  percaya dapat identiti suspek dapat dikenalpasti dalam masa terdekat dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.
Kedai kopi francais terkenal disamun di Melaka
MELAKA - Sebuah kedai kopi francais terkenal di Melaka Raya di sini kerugian RM7,000 apabila disamun dua lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian jam 12.15 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner, Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata ketika kejadian enam pekerja berusia awal 20-an dan beberapa pelanggan masih berada dalam kedai berkenaan.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu yang memakai 'hooded jacket' meluru masuk ke dalam kedai lalu meminta seorang pekerja di situ membuka peti simpanan wang di kaunter.

"Sebelum dua lelaki itu masuk, berlaku 'blackout' di kedai itu dan suspek berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM7,000," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun bersenjata.  

Polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup di kedai berkenaan. - Bernama
Samun terancang
  • Laporan Sinar Harian yang disiarkan semalam. Laporan Sinar Harian yang disiarkan semalam.
1 / 1
SEREMBAN - Suami isteri yang mengalami cedera parah di kepala, dipercaya diekori suspek sebelum ditetak dalam kejadian samun di Kilometer 246, Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah Selatan, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata, kejadian samun itu berlaku kira-kira jam 3.30 pagi selepas mangsa singgah di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Senawang, arah selatan.

“Rakaman  percakapan kedua-dua mangsa telah diambil semalam. Kereta mangsa terbabas akibat tayar belakang pancit.

“Kita percaya suspek telah buat sesuatu pada tayar kereta mangsa dan mengekori kereta mangsa dari belakang,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, suspek yang menaiki kereta Proton Wira berwarna putih itu berpura-pura membantu mangsa sebelum menyamun dan menetak mangsa.

“Kita sedang mengesan suspek dan rakaman CCTV akan diteliti. Saksi yang melihat kejadian itu boleh tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya, kedua-dua mangsa kini dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar, di sini.

Semalam Sinar Harian melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, mangsa, Chong Kar How,24 dan isterinya, Wong Wei Yan, 24, mengalami cedera parah di kepala selepas ditetak seorang lelaki dengan menggunakan parang.

Mangsa yang menaiki kereta jenis Honda City dalam perjalanan dari Perak ke Singapura itu terbabit dalam kemalangan apabila kereta yang dinaiki mereka terbabas sebelum disamun suspek.

Sementara itu, Muhamad Zaki berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban mengumpul sumbangan barangan keperluan daripada anggota dan pegawai polis di daerah ini.

Pelbagai barangan keperluan seperti makanan, pakaian, kelengkapan lain dikumpul sejak beberapa hari lalu sebelum diserahkan kepada anggota dan pegawai polis yang terlibat banjir di negeri Pantai Timur.
Gagal samun pasar raya
SEREMBAN – Cubaan tiga penjenayah menyamun semua pasar raya di Taman Lavender Height, Senawang, di sini, semalam gagal apabila dikesan anggota polis yang sedang melakukan rondaan.

Dalam kejadian kira-kira 1.50 pagi itu, kesemua suspek bersenjatakan dua bilah parang dan kuku kambing serta memakai topeng menyelinap masuk premis berkenaan sebelum mengikat dua pengawal keselamatan dalam bilik kamera litar tertutup (CCTV)."

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, ketika kejadian, dua mangsa berusia 50 dan 59 tahun sedang berada di dalam bilik CCTV, namun dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu.

“Mangsa yang cuba membuka pintu terkejut sebaik sahaja pintu dirempuh suspek yang meluru masuk lalu mengikat mereka.

“Seorang mangsa cuba melawan, namun ditumbuk pada mata dan mereka diarah duduk di dalam bilik CCTV itu sambil dikawal seorang suspek. manakala dua lagi keluar,” katanya.

Muhamad Zaki berkata, ketika itu, anggota polis dari Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) yang melakukan rondaan sambil membuat rutin pemeriksaan menyedari kehadiran suspek.

Menurutnya, kesemua suspek bertindak melarikan diri tanpa sempat mengambil apa-apa di dalam premis tersebut.

“Polis mengejar suspek dan turut meminta bantuan dari unit lain tetapi gagal. Ketika itu suspek lari secara berasingan dan tidak menggunakan kenderaan.

“Usaha mengesan suspek masih dilakukan dengan turut meneliti rakaman CCTV premis. Kes disiasat di bawah Seksyen 393 kerana cubaan samun,” katanya di sini, semalam.
Pejabat daerah dipecah masuk
  • Kompleks Pentadbiran Daerah menempatkan Pejabat Daerah dan Tanah dipecah masuk semalam. Kompleks Pentadbiran Daerah menempatkan Pejabat Daerah dan Tanah dipecah masuk semalam.
1 / 1
KUALA PILAH – Wang tunai RM1,500 yang disimpan di dalam laci di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah, di sini lesap apabila pejabat kerajaan itu dipecah masuk, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Azmi Abdul Rahim berkata, kejadian disedari oleh beberapa pekerja yang baru masuk bertugas jam 7 pagi sebelum menghubungi polis.

“Sepasukan polis dari Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) diketuai oleh Inspektor Jasmin Zakaria telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Hasil siasatan mendapati, Bahagian Pembangunan dan Pengurusan serta sebuah bilik kerani dipecah masuk oleh individu. Kejadian dianggarkan berlaku jam 9 malam hingga 7 pagi,” katanya.

Tambah Azmi, pihaknya telah menjumpai kesan umpil di bilik kerani berkenaan tetapi tiada sebarang dokumen dilaporkan hilang.

“Kehilangan wang tunai bernilai RM1,500 itu adalah milik 30 kakitangan pejabat terbabit yang disimpan di dalam laci.

“Kita juga telah meneliti, tiada dokumen penting dan sulit dilarikan suspek,” katanya memberitahu suspek tersebut belum dapat dikenal pasti.

Azmi memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda jika disabit kesalahan.

“Sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini boleh terus menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah, di talian 06-4842222,” katanya.
Ditahan selepas samun wanita
GEORGETOWN - Dua lelaki bukan sahaja berputih mata kerana gagal menyamun seorang wanita di kawasan perumahan di Air Itam, di sini malah ditangkap penduduk setempat sebelum diserahkan kepada polis.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, dalam kejadian jam 10.45 malam tadi, wanita berkenaan yang bersendirian baru balik membeli-belah sebelum didatangi dua lelaki berusia lingkungan 20-an menaiki sebuah motosikal.
"Wanita itu baru keluar dari keretanya sebelum seorang daripada lelaki berkenaan cuba menarik beg tangan mangsa sehingga menyebabkan wanita berusia 46 tahun itu terjatuh.
"Dalam masa yang sama mangsa menjerit meminta tolong dan beberapa jiran yang menyedari kejadian itu bertindak mengejar dua lelaki terbabit serta berjaya menahan mereka sebelum menyerahkan kepada polis yang menjalankan Operasi Pencegahan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di kawasan berkenaan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Operasi yang bermula pada 10 malam tadi hingga 4 pagi itu disertai 354 pegawai dan anggota polis, Jabatan Pertahanan Awam dan anggota Ikatan Relawan
Rakyat.
Mior Faridalatrash berkata, mangsa mengalami kecederaan ringan iaitu luka di tangan dan lutut selepas terjatuh akibat ditarik suspek.
"Mangsa dihantar ke klinik berhampiran untuk menerima rawatan manakala dua suspek yang terlibat dalam kejadian itu kini direman bagi membantu siasatan," katanya. - Bernama


Jemaah mangsa samun dalam kawasan masjid
  • Komputer riba yang diletakkan di bawah kerusi ini dapat dikesan pencuri. Komputer riba yang diletakkan di bawah kerusi ini dapat dikesan pencuri.
1 / 1
BENTONG - Seorang jemaah masjid terkejut apabila kereta miliknya yang di parkir dalam kawasan masjid ketika menunaikan solat Jumaat pada 19 Disember lalu dipecah pihak tidak bertanggungjawab.

Mangsa, Zamri Abdul Aziz, 53, berkata, dirinya tidak menjangkakan kejadian tidak bermoral berkenaan boleh berlaku di dalam kawasan rumah ALLAH yang diyakininya selamat.

"Kejadian macam ni betul-betul saya tak sangka boleh berlaku... saya amat kesal kerana kejadian curi berlaku dalam kawasan rumah ibadah. Dalam kawasan rumah ALLAH berani betul pencuri tersebut buat perkara yang Islam tegah.

"Tapi benda dah jadi... kesal memang kesal, tapi saya anggap ini ujian ALLAH. Insya-ALLAH ada hikmah di sebalik apa berlaku," katanya tenang.

Memberitahu lanjut, Zamri memberitahu, sebelum ini dia pernah mendengar kejadian serupa berlaku di sebuah masjid di kawasan Bentong namun, tidak menyangka hal sedemikian menimpa dirinya.

"Di sebabkan kejadian ni saya kehilangan sebuah komputer riba yang menyimpan pelbagai dokumen penting termasuk beberapa fail-fail mustahak berkaitan urusan pejabat," katanya sambil memberitahu komputer riba berkenaan diletakan di bahagian bawah kerusi dan tidak menyangka pencuri terbabit sedar akan keberadaan alat elektronik berkenaan.

Menurutnya, dia telah buat laporan polis dan memohon jasa baik orang awam yang terlihat kejadian itu sudi memaklumkannya di talian 013-9663311 atau hubungi balai polis terdekat untuk membantu siasatan.




















35 Terbunuh, 48 Cedera pada Sambutan Ambang Tahun Baru di Shanghai


SHANGHAI: Sambutan Ambang Tahun Baru 2015 di China bertukar tragedi malam tadi apabila 35 orang dilaporkan terbunuh manakala 48 lagi cedera dalam satu kejadian orang ramai bersesakan di Shanghai, China.

Menurut laporan dari kerajaan Shanghai, 14 daripada yang tercedera kini dalam keadaan parah berikutan keganasan yang berlaku setengah jam sebelum tengah malam.

Memetik laporan dari Bloomberg, sekurang-kurangnya 48 cedera dalam kejadian, termasuk seorang rakyat Malaysia.

Laporan dari Xinhua News Agency, sebuah portal berita di China, menyatakan seorang saksi melaporkan kejadian terjadi setelah orang ramai menyerbu kupon-kupon yang kelihatan seperti wang kertas US Dollar yang dicampak dari tingkat tiga di satu bangunan. Namun punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

Cui Tingting, 27, berkata dia telah mengutip beberapa helai kupon yang disangkakan wang itu tetapi membuang mereka semula setelah mengetahui ianya palsu.

"Ini sangat kejam. Beberapa orang di hadapan kami ada yang terjatuh ke lantai, dan orang ramai berlari-lari sambil memijak mereka", katanya. - Siakapkeli.com.my


Diragut tetamu petang
SEREMBAN - Kunjungan dua lelaki ke rumah sepasang emas di Kampung Datuk Mansor, Rasah di sini menjadi mimpi negeri selepas tuan rumah diragut teramu tersebut.

Kejadian kira-kira jam 6 petang itu berlaku selepas kedua-dua suspek minum petang bersama mangsa dan suaminya, kelmarin.

Anak kepada mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ana, 39, berkata, ketika kejadian hanya ibu bapanya, masing-masing 81 tahun, dan seorang adik perempuannya berada di rumah.

“Ketika itu emak dan ayah sedang minum petang di ruang tamu. Tiba-tiba datang dua lelaki ke rumah sambil bertanya sama ada emak kenal dengan mereka atau tidak.

“Mak saya cakap dia memang kenal sebab mereka pernah tinggal di kampung kami. Jadi mak menjemput mereka masuk ke rumah untuk minum bersama sambil berbual-bual,” katanya.

Menurutnya, salah seorang lelaki itu kemudiannya meminta kebenaran ke tandas manakala seorang lagi terus keluar dari rumah.

Namun kata Ana, ketika bapanya menemani suspek untuk ke tandas, dia secara tiba-tiba memberitahu mahu pulang.

“Dia cakap tak jadi pergi tandas dan terus ke ruang tamu kononnya mahu bersalam dengan mak saya yang dipanggilnya ‘wan’.

“Masa itulah dia ambil kesempatan rentap rantai mak dan terus larikan diri dengan menaiki motosikal,” katanya.

Ana berkata, emaknya yang terkejut tidak mampu berbuat apa-apa manakala bapa dan adiknya hanya menyedari kejadian itu selepas kedua-dua suspek melarikan diri.

Katanya, ibunya masih trauma dengan kejadian yang berlaku kerana pada mulanya menyangka lelaki tersebut datang ke rumah untuk bertanya khabar kerana sudah lama tidak berjumpa.

“Terdapat luka kesan rentapan rantai di leher mak. Mujur emak tidak dicederakan,” katanya yang turut sedih dengan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Diragut tetamu petang
SEREMBAN - Kunjungan dua lelaki ke rumah sepasang emas di Kampung Datuk Mansor, Rasah di sini menjadi mimpi negeri selepas tuan rumah diragut teramu tersebut.

Kejadian kira-kira jam 6 petang itu berlaku selepas kedua-dua suspek minum petang bersama mangsa dan suaminya, kelmarin.

Anak kepada mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ana, 39, berkata, ketika kejadian hanya ibu bapanya, masing-masing 81 tahun, dan seorang adik perempuannya berada di rumah.

“Ketika itu emak dan ayah sedang minum petang di ruang tamu. Tiba-tiba datang dua lelaki ke rumah sambil bertanya sama ada emak kenal dengan mereka atau tidak.

“Mak saya cakap dia memang kenal sebab mereka pernah tinggal di kampung kami. Jadi mak menjemput mereka masuk ke rumah untuk minum bersama sambil berbual-bual,” katanya.

Menurutnya, salah seorang lelaki itu kemudiannya meminta kebenaran ke tandas manakala seorang lagi terus keluar dari rumah.

Namun kata Ana, ketika bapanya menemani suspek untuk ke tandas, dia secara tiba-tiba memberitahu mahu pulang.

“Dia cakap tak jadi pergi tandas dan terus ke ruang tamu kononnya mahu bersalam dengan mak saya yang dipanggilnya ‘wan’.

“Masa itulah dia ambil kesempatan rentap rantai mak dan terus larikan diri dengan menaiki motosikal,” katanya.

Ana berkata, emaknya yang terkejut tidak mampu berbuat apa-apa manakala bapa dan adiknya hanya menyedari kejadian itu selepas kedua-dua suspek melarikan diri.

Katanya, ibunya masih trauma dengan kejadian yang berlaku kerana pada mulanya menyangka lelaki tersebut datang ke rumah untuk bertanya khabar kerana sudah lama tidak berjumpa.

“Terdapat luka kesan rentapan rantai di leher mak. Mujur emak tidak dicederakan,” katanya yang turut sedih dengan kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Duit palsu yang dikatakan menjadi penyebab kejadian

Tiada ulasan: