Jumaat, 2 Januari 2015

ALLAH SWT TAHU SAPE YANG IKHLAS...SAPE CARI NAMA DAN PUBLICITY

 
Wira tak didendang bencana banjir
0 Shares
0 Comments
Share:
KOMEN: Bagi setiap pemimpin yang disanjung atas keprihatinannya turun padang dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di Pantai Timur, ada ramai lagi individu atau sukarelawan di sebalik tabir yang turut memberikan bantuan tanpa meminta apa-apa pulangan.
Nama mereka tidak mendapat perhatian serta liputan meluas media cetak dan elektronik di negara ini, yang hanya tertumpu kepada mereka yang berpengaruh. Maka, ramai yang tidak sedar akan sumbangan dan pengorbanan mereka.
Mereka ini adalah wira tak didendangkan. Mereka muncul di mana-mana sahaja lokasi yang dilanda banjir, tanpa apa-apa permintaan.
Kelibat mereka muncul di saat masyarakat mengharapkan bantuan orang ramai, ditambah dengan kekangan seperti kekurangan sukarelawan untuk mengangkat dan memunggah barangan, atau tiadanya wang untuk membeli keperluan asas. Mereka langsung tidak terfikir untuk mendapat nama, jauh sekali inginkan publisiti meluas daripada jurugambar media arus perdana, tak terfikir untuk menjadi calon pilihan raya, tak terfikir untuk menjadi ahli jawatankuasa penting kawasan perumahan.
Namun, keikhlasan mereka ini mendapat pujian pengguna media sosial seperti Facebook, yang sama sekali tidak menyangka masih ada anak-anak muda ringan tulang untuk menyantuni masyarakat. 
Salah seorang sukarelawan, Nadia Rahmat dari Shah Alam menulis komen di Facebook 29 Disember lalu. 
Secara peribadi tulisan beliau menyentuh. "Bagaimana 2-3 hari ini saya rasakan semangat 1 Malaysia itu tinggi. Ini rakan FB saya Jimmy Wee. Ya, beliau seorang Cina dan berjambang! Semalam adalah kali pertama kami bertemu setelah beliau bertanyakan tempat dimana saya membantu untuk barangan mangsa-mangsa banjir.
"Tempat pengumpulan yang paling hampir di rumah saya adalah Kompleks Darul Thibbun Nabawi (dalam jalan yang sama). Beliau datang dari KL! Walaupun beliau tahu itu tempat tahfiz dimana kawasan perumahan sini adalah majoriti Melayu Islam, beliau tidak kekok, malah sangat bersemangat untuk membantu. Sungguh terharu melihat kesungguhan beliau. Saya sangkakan semalam beliau hanya dari pagi hingga ke petang, rupanya beliau membantu sehingga tengah malam semalam! Dan hari ini, beliau kembali lagi bersama sebuah kontena (hasil pencarian bersama rakan-rakan beliau)! Bro Jimmy, you are THE REAL SANTA! Malaysian unite, 1Malaysia."
Pada hari yang sama, seorang lagi pengguna Facebook, Norhayati Berahim yang menulis, "Saya nak cerita mengenai anak muda ini. Remaja India berusia 18 tahun. Namanya Sughes. Sedang membuat persediaan untuk terbang ke US sambung belajar. Saya kenal dia sebab anak murid cikgu Yasmin adik saya. Jadi kami selalu jumpa. Dia datang ke rumah dan ke pejabat saya. Dia sudah macam anak kepada Yasmin, saya dan Liza juga. Bila Yasmin beritahu mahu ke Kelantan dia terus mahu ikut. Katanya, dia boleh tolong orang dan dia pandai berenang. 
"Jadi Yasmin bawa ke pejabat saya untuk bantu buat selimut. Seronok dia walau kata dia, 100 helai macam buat sejuta. Ha ha.. Di tangan dia ada RM700 dari hasil dia mengajar tuisyen. Berlari lari anak muda ini ke kedai, beli air, beli makanan semalam dan sudah dihantar ke Firefly pada hari yang sama untuk bantuan mangsa banjir. Bila Yasmin tanya, mana dia nak cari duit lagi, apabila RM700 itu habis. Kata dia duit bila-bila masa boleh cari, habis mangsa banjir tu nak cari makan di mana? Ini satu cerita kecil dari insan yang saya kenal. Mungkin banyak cerita lain mengenai anak muda yang baik hati. Cuma hero-hero kecil ini jarang kita dendangkan. #‎Sughes? jangan marah, tulis cerita you ha ha…”
Ini hanyalah dua daripada banyak lagi cerita tentang wira-wira tak didendang, yang kini sedang berlegar di Facebook ketika banjir masih lagi melanda. Pengajaran untuk kita renungkan di saat melangkah ke tahun 2015.

 


Gambar Ular Cobra Gergasi Semasa Banjir Di Kelantan

| January 1, 2015 | 0 Comments
ular-banjir (1)

Gambar Ular Cobra Gergasi Semasa Banjir Di Kelantan  | Kewujudan air dalam jumlah yang banyak di persekitaran kering sudah tentu mewujudkan rasa tidak senang bukan sahaja di kalangan manusia tetapi juga haiwan yang lain.
Disebabkan itu, maka kelibat haiwan seperti biawak dan ular adalah sesuatu yang lumrah setiap kali banjir besar melanda.
Ini kerana, haiwan-haiwan berkenaan juga keluar mencari tempat yang kering.
Situasi kemunculan haiwan-haiwan berbisa ini seharusnya menjadi peringatakan kepada orang ramai agar tidak cuba meredah air kerana selain ada kemungkinan dihanyutkan arus, mereka juga berdepan risiko digigit ular.
Gambar kemunculan seekor ular dipercayai jenis cobra di satu lokasi banjir di Kelantan baru-baru ini seharusnya menjadi peringatan kepada semua termasuk pada sukarelawan dan penyelamat agar lebih berhati-hati selalu ketika berada di kawasan banjir.



Kita bukan keseorangan, ada haiwan lain juga berkeliran dalam air.
Penulis tidak dapat bayangkan perasaan pemilik rumah di bawah apabila seorang ular berbisa sedang berenang-renang di pintu masuk rumahnya…mynewshub






'KAMI TIADA KUASA APAPUN'
Hari demi hari kami semakin terhimpit dan tersekat. Tiada jalanraya yang terbuka untuk kami keluar mendapatkan bekalan. Juga tiada jalan untuk orang luar datang menghulur sumbangan.
Laluan dari LPT terputus di Sg Nerek-Kg Awah. Laluan dai Temerloh terputus di Paya Pulai. Laluan dari arah Bera dan Pekan terputus di Seberang Chenor dan Bandar Lama Chenor. Laluan ke Maran terputus di Simpang Chenor, Batu 13, Paya Pasir, Tajau dan beberapa lokasi lagi.
Tiada lori Petrol, lori roti, lori ikan, lori beras yang boleh menembusi ke kawasan kami. Satu2nya mesin ATM yang ada iaitu di stesen petronas Taman Setia Jasa sudah beberapa hari tiada wang.
Semalam kami mengangkut barangan yang disumbangkan oleh Adun PAS Tanjung Lumpur, Ustaz Rosli Abdul Jabar. Barangan yang dibawa dengan dua buah lori dan beberapa kenderaan lain hanya mampu sampai ke Sg Nerek. Ia kemudian diangkut dengan motorbot ke seberang Kg Awah. Kami di seberang sini mengangkutnya pula dengan 4x4 dan lori kami menerusi jalan ladang Kg Awah.
Ustaz Rosli turut bersama-sama kami sekerat hari berhujan mengangkut barangan untuk penduduk di sini. Sedang rancak mengangkut, tiba2 Ustaz Rosli menerima panggilan dari Kuantan memintanya pulang segera kerana air naik di tempatnya dan juga di Pekan. Beliau segera pulang.
Kami teruskan kerja2 kami. Seawal pagi, rakan2 petugas dan sukarelawan kami mula bekerja menyusun, membungkus barangan, menghantar bantuan ke kawasan2 yang sukar, memindahkan mangsa dan sebagainya. Banjir tahun ini memberi kami beberapa tugasan tambahan. Ratusan kenderaan terkandas di jalanan sejak beberapa hari lalu. Mereka tidak tahu hendak ke mana. Petugas kami muslimin dan muslimat turut ke lokasi menghulurkan makanan dan minuman kepada mereka. Unit Amal bertindak membantu polis menyuraikan jalan. Mereka beredar dan menjadikan masjid pula sebagai pusat transit. Hampir semua masjid di sepanjang jalan Temerloh-Maran dipenuhi ribuan manusia terkandas.
Masjid Paya Pasir, Masjid Batu 13, Masjid Taqwa Kg Awah, Masjid Sg Gau bahkan Surau Cermin Batu 4 menjadi pusat transit orang ramai yang tidak dapat meneruskan perjalanan dan tidak dpat kembali ke belakang kerana banjir. Ramai yang membawa anak kecil. Ada yang demam. Ramai yang kelaparan. Pakaian terhad. Mesin ATM tiada wang. Kedai2 juga kehabisan barangan keperluan utama.
Kesukaran mereka adalah penderitaan kami. Mereka adalah tetamu kami. Mereka lapar kami perlu hulurkan makanan. Kini kebanyakan masjid menyediakan khidmat 'gotong royong' memasak. Namun kami terpaksa menghulurkan sumbangan bahan mentah, beras, gula, air minuman, sardin dan sebagainya. Kami juga menyediakan untuk mereka lampin bayi dan tuala wanita.
Ketika menghulur bungkusan nasi kepada seorang lelaki di Masjid At Taqwa Kg Awah, dengan mata berair beliau menolak dan berkata, "Tak apa encik, berilah kepada orang lain yang lebih memerlukan. Saya sungguh terharu di atas kesediaan tuan-tuan semua membantu kami."
Ahli jemaah kami Dr Effendi pula menyediakan perkhidmatan rawatan percuma selepas waktu kerjanya, 9.30-10.30 malam dan 6.30-8.30 pagi.
Kini bekalan beras dan gas menjadi masalah utama kami. Kesukaran perhubungan menyebabkan kami terputus bekalan. Kepada mereka di luar yang ingin membantu, bawakan kepada kami motorbot besar beserta dengan pemandunya untuk kami mengangkut barangan dari luar.
Kesukaran penduduk sudah semakin nyata. Mereka sudah mula datang ke Markaz kami dan bertanya serta meminta itu dan ini. Hanya orang yang terdesak sahaja yang sanggup menebalkan muka datang meminta2. Simpati dari kami kepada mereka.
Kami hanya boleh beri kepada mereka apa yang orang lain beri kepada kami. Kami tiada apa-apa. Walaupun setiap hari dari pagi hingga tengah malam kami beroperasi menghukur sumbangan, tetapi itu bukan kami punya. Kami hanya tolong sampaikan.
Kami tiada apa-apapun. Kami hanya ada ALLAH tempat kami mengadu hal dan merintih masalah kaum kami. Kami hanya ada ukhuwwah dan persaudaraan yang tidak boleh melihat saudara seagama kami menderita. Kami hanya ada sedikit semangat ingin membantu. Kami hanya ada sedikit usaha merayu dan mengumpul sumbangan dari pemilik2 hati yang tulus.
Biarlah orang lain dengan cara mereka. Kami teruskan cara kami. Kami sekadar mencari beras, tepung dan gula yang akan berhujah di hadapan Allah dan bersaksi di atas kerja buat kami di dunia ketika kami berdiri dan tunduk di hadapan Allah di mahkamah mahsyar kelak.
- Perkongsian Us Aris Azlan -
Like · ·
Rumah pendokong BN paling teruk terjejas...
Like · ·
 

"Nenek tak minta makanan, nenek minta tudung", cerita sukarelawan banjir

"Nenek tak minta makanan, nenek minta tudung", cerita sukarelawan banjir
Tiga Cerita Sukarelawan Banjir #myBanjir #KiniTrending
Setakat hari ini, ratusan kumpulan sukarelawan digerakkan ke Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak 24 Disember lagi dalam misi untuk membantu mangsa banjir di setiap lokasi terlibat.

Ada yang menyingsing lengan turun membantu menerusi syarikat persendirian, pergerakan NGO malah ada juga melalui kemampuan peribadi.

Keikhlasan kumpulan sukarelawan ini harus dipuji memandangkan kehadiran mereka bukan di atas arahan sesiapa namun mengerah kudrat membantu tanpa mengira latarbelakang mangsa.

Perkongsian cerita disebalik pengalaman golongan sukarelawan ini turut menarik perhatian terutamanya mereka yang aktif di media sosial. Tiga cerita ini menarik perhatian #KiniTrending:

1)  Seorang pengembara, jurugambar dan wartawan bebas, Kiran Kreer mengerah tenaga dari Kuantan ke Kelantan & Terengganu bagi menyampaikan bantuan serta sumbangan yang dikumpulkan oleh orang ramai.
 


Ratusan kumpulan sukarelawan digerakkan ke Kelantan, Terengganu dan Pahang sejak 24 Disember lagi dalam misi untuk membantu mangsa banjir di setiap lokasi terlibat. Ada yang menyingsing lengan turun membantu menerusi syarikat persendirian, pergerakan NGO malah ada juga melalui kemampuan peribadi. Keikhlasan kumpulan sukarelawan ini harus dipuji memandangkan kehadiran mereka bukan di atas arahan sesiapa namun mengerah kudrat membantu tanpa mengira latarbelakang mangsa.   Perkongsian cerita disebalik pengalaman golongan sukarelawan ini turut menarik perhatian terutamanya mereka yang aktif di media sosial. Tiga cerita ini menarik perhatian #KiniTrending.  1)  Seorang pengembara, jurugambar dan wartawan bebas, Kiran Kreer mengerah tenaga dari Kuantan ke Kelantan & Terengganu bagi menyampaikan bantuan serta sumbangan yang dikumpulkan oleh orang ramai.  Di Facebook, Kiran berkongsi pengalamannya ketika mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir di Kuantan. Foto ini jelas menampakkan kesungguhan seorang kanak-kanak perempuan yang sanggup memikul bekalan makanan berat untuk memastikan abang dan adiknya tidak kelaparan.  2) YM Raja Shamri seorang motivator & jururunding bebas turut menceritakan pengalaman kumpulan sukarelawannya.   Pagi tadi, sewaktu menyusuri Kampung Karangan, di Kuala Krai, Kelantan mereka terserempak dengan seorang nenek yang melambai-lambai memohon bantuan di tepi jalan. Difahamkan kebiasaanya, mangsa banjir yang mungkin terperangkap berhari-hari disesuatu lokasi akan meminta makanan sebagai permintaan pertama, tetapi tidak bagi nenek ini. Sewaktu disapa kumpulan sukarelawan, perkara pertama yang diminta nenek berkenaan adalah sehelai kain tudung. Nenek yang juga mangsa banjir itu telah terperangkap berhari-hari di atas bukit berdekatan dan baru sahaja di selamatkan bomba pada pagi yang sama. Sukarelawan mendapati nenek ini hanya menggunakan plastik bagi menggantikan hijab di kepalanya. Raja Shamri menerusi facebook turut memaklumkan mangsa banjir di Kelantan masih lagi memerlukan sumbangan berbentuk tuala, kain sarung atau pelikat, telekung dan juga tikar.  3) Perkongsian video di youtube milik Ahmad Khairul Azizi Abdul Ghani memperlihatkan kehadiran seorang wanita Jerman yang fasih berbahasa Melayu di Pusat Pengumpulan Sumbangan di Taman Kerang, Kuantan.   "Kita di sini untuk beri baju & barang. Kita kesian orang mangsa banjir Malaysia. Kita harap kita boleh tolong."  "Saya duduk di Jaya Gading, kawan saya doktor dari Kuantan. Saya orang Jerman. Terima kasih.."

Di Facebook, Kiran berkongsi pengalamannya ketika mengagihkan sumbangan kepada mangsa banjir di Kuantan. Foto ini jelas menampakkan kesungguhan seorang kanak-kanak perempuan yang sanggup memikul bekalan makanan berat untuk memastikan abang dan adiknya tidak kelaparan.

2) YM Raja Shamri seorang motivator & jururunding bebas turut menceritakan pengalaman kumpulan sukarelawannya.
 
Perkongsian dari FB milik Raja Shamri

Pagi tadi, sewaktu menyusuri Kampung Karangan, di Kuala Krai, Kelantan mereka terserempak dengan seorang nenek yang melambai-lambai memohon bantuan di tepi jalan.
 
Foto perkongsian dari FB milik Raja Shamri

Difahamkan kebiasaanya, mangsa banjir yang mungkin terperangkap berhari-hari di sesuatu lokasi akan meminta makanan sebagai permintaan pertama, tetapi tidak bagi nenek ini.

Sewaktu disapa kumpulan sukarelawan, perkara pertama yang diminta nenek berkenaan adalah sehelai kain tudung. Nenek yang juga mangsa banjir itu telah terperangkap berhari-hari di atas bukit berdekatan dan baru sahaja di selamatkan bomba pada pagi yang sama.

Sukarelawan mendapati nenek ini hanya menggunakan plastik bagi menggantikan hijab di kepalanya. Raja Shamri menerusi facebook turut memaklumkan mangsa banjir di Kelantan masih lagi memerlukan sumbangan berbentuk tuala, kain sarung atau pelikat, telekung dan juga tikar.

3) Perkongsian video di Youtube milik Ahmad Khairul Azizi Abdul Ghani memperlihatkan kehadiran seorang wanita Jerman yang fasih berbahasa Melayu di Pusat Pengumpulan Sumbangan di Taman Kerang, Kuantan.

 

"Kita di sini untuk beri baju & barang. Kita kesian orang mangsa banjir Malaysia. Kita harap kita boleh tolong." kata wanita Jerman itu.

"Saya duduk di Jaya Gading, kawan saya doktor dari Kuantan. Saya orang Jerman. Terima kasih.." tambah wanita Jerman itu sebelum berlalu pergi.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/nenek-tak-minta-makanan-nenek-minta-tudung-cerita-sukarelawan-banjir-51355?cp

Tidak kenal usia atau bangsa.
Salute anak muda! Teruskan.

Surat terbuka Salahuddin kepada PM Najib

SALAHUDDIN AYUB | .

Surat Terbuka Kepada YAB Datuk Seri Najib Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia

Assalamualaikum Wr th

Jangan Menambah Deraian Air Mata Rakyat Kelantan

Tragedi banjir yang melanda negeri Kelantan beberapa hari yang lalu adalah merupakan yang terbesar dalam sejarah negara.

Kesan daripada tragedi ini sangat menyayat hati seluruh rakyat di negara ini. Kemusnahan harta benda dan derita yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Kelantan tidak ada ayat dan bahasa yang mampu menterjemahkannya.

Saya mengambil maklum bahawa YAB telah menyaksikan sendiri kemusnahan yang berlaku akibat banjir besar ini terutama beberapa kampung di Manek Urai.

Sebagai seorang Perdana Menteri, YAB pastinya dapat memahami betapa sukarnya rakyat yang terlibat untuk membina semula kehidupan mereka apabila rumah kediaman yang telah musnah sama sekali.

Oleh yang demikian saya harap YAB supaya memulangkan kembali bayaran royalti petroleum yang sememangnya menjadi hak kerajaan dan rakyat negeri Kelantan.

Adalah sangat wajar dan sampai masanya YAB meletakkan kepentingan rakyat dan kemanusiaan di tempat yang sebenarnya.

Akhirnya saya berdoa ke hadrat Allah SWT semoga membuka hati nurani YAB untuk memberi hak kepada yang berhak dan meletakkan keadilan sebagai sifat utama dalam diri YAB.

Sekiranya Wassalam

Salahuddin Ayub
Naib Presiden PAS
Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Malaysia (MEDM)
1 Januari 2015



 

Tiada ulasan: