Isnin, 12 Januari 2015

K.POP LAGI,K ITU BOLEH DIMAKNA BANYAK,KEMAKSIATAN,KEBEBASAN,KEGILAAN,KECELARUAN,KEJAHATAN,KEBIADABAN,KEHANCURAN,KEDAJJALAN,KEIBLISAN.DAN BLA BLA BLA

kalau rakyat malaysia nak maju mestilah kena tiru korea melalui K-POP,hasilnya terbukti 4 orang gadis melayu duk atas pentas dengan aksi berbahaya ...kikiki
Like · ·






WALAU PUN APA ALASAN PUN OLEH PIHAK PENGANJUR.....IA TETAP TAK MENGHALALKAN CARA....HARAM TETAP HARAM...HARAM ITU  JELAS....DIRAKAM LAGI

 





















Astro AWANI added 4 new photos.
Cari lelaki tinggi, berkulit gelap dan hensem...artis K-Pop bukan lelaki sejati - KJ
http://www.astroawani.com/…/cari-lelaki-tinggi-berkulit-gel…

 

 

 

 

 

 

 

 

6:00PM - 11 Jan 2015 

 

 

 

Aksi gadis peluk artis K-pop undang cemuhan

Aksi gadis bertudung yang berpelukan dengan artis lelaki K-pop Korea di atas pentas menimbulkan cemuhan masyarakat.

Malah, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin turut tampil menyindir perbuatan itu, walaupun tanpa menyebut secara langsung acara dirujuk itu.

“Banyak dikatakan tentang K-pop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tinggi, gelap dan 'hensem' (tampan).

“Bukan putih pucat, kurus dan cantik. Itu bukan lelaki sejati,” tulisnya di Twitter.

Beliau merujuk sebuah video yang disebar meluas di Internet memaparkan aksi mesra dalam pertemuan kumpulan B1A4 dengan peminat di pusat hiburan KL Live di ibu negara malam tadi.

Video 3.22 minit itu antaranya menunjukkan adegan gadis bertudung naik ke pentas sebelum berpelukan dan ada yang dicium oleh artis itu, sambil disambut sorakan penonton.

Walaupun kelihatan ada yang malu-malu, berdasarkan video itu, mereka kelihatan rela dirangkul penyanyi yang tampil dengan sut kasual dan bertali leher gelap itu.

B1A4 merupakan sebuah kumpulan muzik dari Korea Selatan bawah naungan syarikat WM Entertainment.

Kumpulan lima anggota itu melibatkan Jung Jin Young, Shin Dong Woo, Lee Jung Hwan, Cha Seon Woo dan Gong Chan Sik.

Penampilan sulung B1A4 dibuat pada tahun 2011 dengan single berjudul "OK"

Perjumpaan bersama peminatnya malam tadi meletakkan harga tiket daripada RM199 hingga RM799.

Sementara itu, Twitter turut dibanjiri dengan hashtag #menentangkejahatankpop.

Pengguna maya bagaimanapun tidak keseluruhannya menyalahkan artis K-pop itu kerana mereka mungkin tidak memahami ajaran Islam yang sebagai agama rasmi dan majoriti penduduk negara ini.

Bagaimanapun lebih banyak kecaman dihamburkan kepada gadis-gadis terlibat.

K-pop cuma cari makan

Sementara itu, antara reaksi di Twitter berhubung perkara itu seperti berikut:

Taengzbl: Semua benda perlu dikawal kerana semua mempunyai limit. Salahkan gadis kerana bertindak bodoh, saya tidak tahu apa perkataan yang sesuai untuk mereka. #MenentangKejahatanKpop

A7imbo: #MenentangkejahatanKpop? Kpop itu tak jahat, mereka cari makan sahaja, jadi masalah bila orang terlalu taksub sampai agama letak tepi.

Comebaek: Boleh berhenti menghina, sebab (Nabi Muhammad) Rasulullah SAW pernah bersabda, lebih baik diam kalau tidak ada benda yang baik untuk dikatakan #MenentangKejahatanKpop

MyrulHafiz: Saya akan bernikah dengan kamu sekiranya kamu bukan peminat K-pop. #MenentangKejahatanKpop

Opiedidie: Kau sudahlah pakai tudung lagi nak peluk bukan muhrim, agak-agaklah, jagalah sikit maruah perempuan bertudung. #MenentangKejahatanKpop

 

Penjelasan Rasmi dari Pihak Penganjur Berkenaan Isu Kpop Cium Gadis Tudung



KUALA LUMPUR: Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan isu beberapa orang gadis bertudung dilihat dipeluk dan dicium oleh beberapa orang artisa Kpop dari kumpulan B1A4. Aksi-aksi tersebut mendatangkan cemuhan dari pelbagai pihak dan semalam, pihak penganjur acara,TGM Events, tampil memberi jawapan dan penjelasan mengenai isu terbabit melallu Facebook rasmi mereka.

Berikut adalah isi kandungan kenyataan yang dikeluarkan melalui status Facebook : - Siakapkeli.com.my

Kami menyedari bahawa sebahagian daripada pengisian program yang disebutkan di atas mendapat perhatian daripada pihak media.

Sebagai penganjur acara, kami berasa bertanggungjawab untuk menjelaskan insiden yang berlaku melibatkan anggota kumpulan B1A4, pihak pengurusan dan yang paling utama, BANAs yang merupakan para peminat B1A4.

1) Peminat dipilih secara rawak, berdasarkan soalan yang mereka letakkan pada papan mesej bersama nama pertama mereka. Artis, pengurusan artis dan penganjur tidak tahu identiti peminat yang dipilih itu sehinggalah mereka dibawa ke atas pentas.

2) Ia bukan sebahagian daripada protokol standard artis K-Pop untuk melayan peminat secara dekat. Walau bagaimanapun, memandangkan ini merupakan acara khas bertemu peminat, program ini dibuat khusus untuk menjalin keterlibatan dan interaktiviti peminat. Sebelum acara bermula, hos acara telahpun mengingatkan peminat supaya tidak menyentuh atau berada terlalu dekat dengan anggota kumpulan penyanyi tersebut. Mengenai klip parodi yang perlu dilakonkan semula, anggota B1A4 telah bertanya dan menjelaskan kepada peminat yang terpilih itu sama ada mereka tidak selesa dengan aktiviti berkenaan. Namun, peminat terpilih itu telah memberi kebenaran di atas pentas, di hadapan audiens.

3) Sebagai syarikat yang sebahagian besarnya diusahakan oleh wanita, kami tidak sekali-kali membenarkan perlakuan cabul atau gangguan seksual seperti yang digembar-gemburkan media. Istilah tersebut telah digunakan di luar konteks dan adalah sangat mengecewakan bagi kami untuk melihat gaya kewartawanan yang tidak bertanggungjawab.

4)  Kami tidak mendiskriminasi mana-mana peminat berdasarkan kaum atau agama mereka. Oleh sebab itu, program-program kami dirancang berseseuaian dengan minat audiens kami. Soal menghalang peminat daripada melakukan aktiviti yang mereka mahu sertai secara sukarela adalah bukan dalam bidang kuasa kami.

5) Kami juga tidak melayan gangguan secara dalam talian. Maka, kami tidak akan mengeluarkan sebarang maklumat tentang peminat yang terlibat. Kami melindungi privasi mereka termasuk aspek fizikal dan psikologi.

Kami dengan ikhlas meminta maaf atas masalah yang timbul ke atas artis dan peminat disebabkan laporan ini. Pada masa akan datang, kami akan mempertimbangkan implikasi budaya dan agama dalam hal interaksi antara peminat dan artis.


Kenyataan asal boleh didapati di pautan ini : https://www.facebook.com/tgmeventsglobal?fref=ts

Apa sudah jadi...

Oleh Siti Fatimah Hassan
Kuala Lumpur: "Semua yang berlaku ini adalah punca tindakan kita yang membuka ruang kebebasan yang terlalu luas hingga lupa nilai agama ada pada diri kita," kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
Beliau mengulas penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di internet.
Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
Ahmad Dusuki berkata, keruntuhan sosial adalah cabaran dan masalah paling besar yang dihadapi ketika ini disebabkan umat Islam dilihat sudah semakin lupa dengan ajaran agama.
"Kita berhadapan masalah besar sekarang, sosial kita runtuh, ekonomi runtuh, agama sudah tidak ada. Apabila agama sudah tidak ada, segala-galanya juga sudah tidak ada," katanya.
Cubaan Harian Metro menghubungi penganjur konsert tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 January 2015 @ 3:48 PM


PETIKAN dari klip video yang tersebar luas di internet.







Bebas sampai lupa diri

Oleh Siti Fatimah Hassan

sfhassan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: “Saya melihat faktor perkara ini berlaku disebabkan ruang kebebasan yang diberi terlalu luas hingga anak muda lupa dengan nilai budaya dan agama,” kata kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
Beliau mengulas penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa gadis Melayu bertudung dicium serta dipeluk artis K-pop menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di Internet.
Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk beberapa anggota daripada kumpulan K-pop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur, kelmarin.
Menurut Ahmad Dusuki, keadaan sosial pada masa kini satu perkara mencabar dan dianggap sebagai masalah besar yang perlu dihadapi semua.
Katanya, sepatutnya semua pihak mengambil iktibar daripada pelbagai kejadian termasuk bencana banjir yang berlaku, baru-baru ini dan bermuhasabah diri serta menjadikannya sebagai peringatan kepada diri sendiri.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 7:48 AM

K pop bwak untong ka bwak bala pda negara..klau la nabi muhammad masih hdup dia pn akn tqeyak tngok umat dia cmni
Like · ·

Pelukan, ciuman K-Pop dikecam



AKSI yang paling mengejutkan apabila ahli B1A4, Baro bertindak mengucup dahi seorang penonton wanita bertudung.



KUALA LUMPUR – Pelbagai pihak mengecam aksi panas ciuman dan pelukan erat antara ahli kumpulan K-Pop lelaki terkenal dari Korea Selatan, B1A4 dengan sekumpulan peminat wanita Islam pada konsert B1A4 Live In Kuala Lumpur yang berlangsung di Life Centre di sini malam kelmarin.
Tingkah laku yang dianggap mengaibkan kerana berlaku di hadapan khalayak dalam sebuah konsert besar itu mula menjadi kecoh selepas video rakaman persembahan tersebut dimuat naik menerusi YouTube dan tersebar melalui laman media sosial sejak malam.
Video berdurasi 3 minit 21 saat itu menunjukkan empat remaja perempuan memakai tudung bukan sahaja merelakan diri mereka dipeluk oleh ahli kumpulan B1A4, bahkan turut teruja membalas pelukan tersebut dengan dakapan erat.
Malah, dalam salah satu aksi ketika pengacara konsert meminta seorang peminat wanita bertudung itu membuat aksi kononnya sedang memvakum rumah, salah seorang ahli B1A4 datang dari arah belakang untuk memeluk gadis berkenaan.
Dalam satu lagi aksi lebih panas, ahli kumpulan B1A4 bertindak mencium dahi seorang gadis lain yang difahamkan turut menyambut hari lahirnya pada hari itu.
Pengerusi Persatuan Ulama Muslimin Sedunia Malaysia, Abdul Ghani Samsudin berkata, perbuatan peminat dengan ahli kumpulan K-Pop B1A4 itu bertentangan dengan ajaran Islam kerana melampaui batas antara seorang wanita dan lelaki bukan muhrim.



Aksi gadis Melayu peluk artis K-pop dikecam hebat pelayar internet [TONTON VIDEO]

pada 11-01-2015 06:01 
Post Pic
SHAH ALAM: Satu video yang memaparkan beberapa gadis Melayu dipeluk dan dicium kumpulan K-Pop, B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center, semalam, mengundang kritikan hebat pelayar internet.
Rata-ratanya menyifatkan gadis-gadis Melayu berkenaan mencemar imej agama Islam kerana membenarkan diri mereka diperlakukan sedemikian rupa hanya disebabkan rasa taksub kepada kumpulan pop Korea itu. 
Dalam video berdurasi 3.21 minit itu yang telah mencetuskan viral di internet jelas memperlihatkan beberapa gadis Melayu kelihatan teruja apabila berada di atas pentas bersama kumpulan berkenaan, sehingga bertindak memeluk anggota kumpulan berkenaan.
Majoriti pelayar meletakkan kesalahan kepada gadis-gadis berkenaan kerana mengenepikan persoalan hukum, dan tidak kurang ada yang menyifatkan artis K-pop berkenaan 'tidak bersalah' kerana mereka mungkin tidak memahami ajaran Islam dan sensitiviti penganutnya di negara ini.  
Seorang pelayar internet, Rizal Omar menulis:
  
"Astaghfirullah wa Nauzubillah...Semoga Allah mengurniakan hidayah kepada anak-anak gadis ini dan semoga Allah sempatkan mereka untuk bertaubat kepada Allah sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir...Ya Allah jauhkanlah anak-anak kami dan keluarga kami daripada berakhlak seperti mana akhlak yang dilakukan anak gadis ini."
Malah, ada yang memohon agar penyebaran video dan gambar aksi berkenaan dihentikan kerana ianya jelas mencemarkan imej agama Islam.
Untuk rekod, sesi kumpulan Kpop itu bertemu peminat dianjurkan oleh ACER, dengan mengenakan caj tiket bermula daripada RM199 hingga RM799.
Malah, video berkenaan turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyindir perlakuan gadis-gadis itu di laman sosial Twitter.
"Banyak dikatakan ttg Kpop. Harap gadis2 Msia kembali kpd lelaki tall, dark & hensem. Bukan pale, skinny & pretty. Itu bukan lelaki sejati," tulis pemimpin itu.
Sementara itu, Twitter turut dibanjiri dengan hashtag #menentangkejahatankpop. 
 
Lepas ini boleh la lelaki yang tinggi, berkulit gelap dan tampan macam KJ tiru gaya artis Kpop.
Like · ·
Like · ·
Like · ·
Teringin Benar Nk Dgr Apa Kata Mashitah,Jamil Khir,Ulama Muda Umno Farthul Bari,Hasan Ali,Ibrahim Ali,Zul Nordin, Harussani Dan Noh Gadut Ttg Apa Yg Berlaku Dlm Konsert Kumpulan K Pop B1A4 di KL Semlm?Ingatkan Budaya Rosak Yg Dibawa Oleh Group2 K Pop Sdh Pun Diharamkan,Setelah Mndapat Kecaman Yg Hebat Semasa Sambutan Hari Belia Thn 2012, Tapi Rupa2nya Budaya dan Group K Pop Masih Lagi Dibenarkan Di Bumi Msia?
-Sedih dan Hiba,Bila Artis2 Msia Yg Ingin Berubah Kpd Jln Yg Betul Dan Benar,Mereka Dicaci,Diperli Dan Dimomok2kan Dgn Berbagai2 Gelaran..Ustaz dan Ustazah Ekpress,Kononnya..Akhirnya "Ustaz Dan Ustazah" Drp Korea Yg Dibenarkan Dan Diberi Laluan Utk Dtg Mengadakan "Tazkirah dan Kuliah" Kpd Anak2 Muda Msia..
-Mngkin Sikap Mereka2 Yg Dikelaskan Sebagai Bijak Pandai Agama Itu,Mampu Melahirkan Anak2 Muda Yg Berakhlak Mulia Dan Berbudi Pekerti Yg Tinggi..
-Ok lah..Cuaca Dah Baik,mkk Nak Pergi Menoreh Getah Kejap..
Like · ·



Wajah Artis-Artis K-Pop Korea Ketika Tua, Masih Nak Peluk?

artis k-pop korea


Ramai penggemar K-Pop begitu menggilai industri hiburan Korea Selatan adalah kerana artisnya yang rupawan. Tidak hairan jika member-member boyband atau girlband K-Pop itu sangat menjaga penampilan mereka. 

Dengan wajah dan bentuk fizikal yang memukau, mereka mampu membuat ramai peminat histeria. Peminat ini seperti terpukau dan rela diperlakukan apa saja sehingga tergadainya maruah.

Namun pernahkah terbayang jika idola kita itu tampil 50 tahun kemudian? Di mana ketika mereka sudah semakin tua dan kereput. Adakah kita masih histeria melihat mereka kelak?

Berikut adalah beberapa tampilan ketika idola K-Pop anda menjadi tua.

1. Lee Hyori 

artis k-pop korea

Bekas ahli girlband K-Pop generasi pertama yang sangat popular, Fin.K.L ini memang dikenal sebagai salah satu diva seksi Korea Selatan.

Lahir pada 10 Mei 1979, Lee Hyori mula menjadi penyanyi solo di tahun 2003. Tidak hanya bersuara merdu, Hyori juga pandai menari dan memiliki bentuk fizikal yang istimewa serta cantik. Hmm, dengan wajah penuh kereput sekitar 40 tahun lagi, adakah peminat lelaki masih tergila-gila pada Hyori? 

2. IU 

artis k-pop korea

Penyanyi muda K-Pop bernama asli Lee Ji Eun ini kelahiran 16 Mei 1993. Kerana keperibadian polos dan wajah cantiknya, IU mendapatkan jolokan 'Nation's Little Sister'.

Dengan wajah yang kini masih begitu cute, kelak ketika IU nanti 40 tahun lebih tua, apakah jolokan 'Nation's Little Sister' tetap melekat padanya? Yang pasti dengan suara merdu, IU pasti tetap memiliki peminat setia.

3. Jo Kwon 2AM

artis k-pop korea

Ketua dari boyband 2AM ini dikenali sebagai salah satu pelatih lelaki dari agensi JYP Entertainment dengan masa pelatihan selama kurang lebih 7 tahun. Lahir pada 28 Ogos 1989, Jo Kwon memang begitu disegani kerana suaranya yang sangat merdu.

Mengeluarkan album solo bertajuk I'M DA ONE pada 25 Juni 2012, Jo Kwon berjaya menampilkan kelainan dirinya. Adakah dengan wajah penuh kereput sekitar 40 tahun lagi, Jo Kwon masih mampu menarik peminat dengan suara khasnya?

4. YoonA Girls Generation

artis k-pop korea

Gadis cantik dengan nama asalnya Im Yun-Ah ini merupakan member dari girlband Girls Generation. Lahir pada 30 Mei 1990, YoonA juga dikenal sebagai artis, model dan penari yang popular kerana wajah innocentnya.

Dibandingkan member Girls Generation lainnya, kerjaya YoonA di bidang lakonan dan model iklan memang yang paling bersinar. Bahkan pendapatannya dari dua bidang itu yang membuat YoonA dikenali di luar Korea. Jika melihat wajah cantik YoonA penuh dengan kereput sekitar 40 tahun lagi, adakah pesona YoonA yang kini memukau banyak lelaki masih berbisa? Pastinya, kecantikan semulajadi akan tetap bersinar.

5. Nichkhun 2PM

artis k-pop korea

Salah satu penyanyi sekaligus rapper boyband 2PM ini memiliki nama asal Nichkhun Horvejkul. Lelaki berdarah Thailand ini lahir pada 24 Jun 1988. Selama ini, Nichkhun dikenali sebagai idola lelaki K-Pop yang memiliki wajah baby face. 

Dengan kejaya di dunia lakonan yang juga terbuka lebar, adakah Nichkhun yang pastinya akan bertambah tua dengan kereputnya kelak ini masih mampu meraih peminat? Atau mungkin Nichkhun tetap sepeti baby face ketika tua?

6. Rain

artis k-pop korea

Dengan nama asal Jung Ji Hoon, lelaki kelahiran 25 Jun 1982 ini begitu dikenali selepas penampilannya dalam K-Drama Full House di tahun 2004 lalu.

Rain yang kini disebut sebagai salah satu Hallyu star paling berjaya kerana menembusi dunia hiburan Hollywood dengan film SPEED RACER dan NINJA ASSASSIN ini dikagumi kerana suaranya yang merdu, gerakan tarian yang sempurna serta wajah tampan dan bentuk fizikal yang luar biasa. Melihat Rain 40 tahun kemudian dengan penuh kereput, adakah para gadis masih tetap berteriak? 

7. Suzy Miss A

artis k-pop korea

Maknae (member termuda) girlband Miss A ini memiliki nama asal Bae Soo Ji. Dikenali dengan nama panggung Suzy, gadis cantik ini lahir pada 10 Oktober 1994.

Sama seperti YoonA Girls Generation, Suzy juga merupakan member girlband yang popular sebagai aktris K-Drama dan model iklan. Salah satu pencapaiannya adalah melalui K-Drama Dream High. Suzy meraih banyak perhatian kerana wajah cantiknya yang natural semenjak masih begitu muda. Membayangkan wajah Suzy dengan kereput-kereput 40 tahun kemudian, apakah Suzy tetap kelihatan cantik?
  

8. UEE After School

artis k-pop korea

Kim Yu Jin, UEE yang lahir 9 April 1988 adalah salah satu member girlband After School. Sama seperti YoonA Girls Generation dan Suzy Miss A, UEE popular dan dikenali sebagai member girlband dengan lakonan drama dan model iklan yang beragam.

Mendapat pujian yang tinggi dengan lakonannya di K-Drama Queen Seon Duk, popularitinya naik dengan cepat. Bentuk tubuhnya yang sempurna dengan wajahnya yang comel, membuat UEE mudah digilai peminat lelaki. Jika lelaki-lelaki ini melihat wajah UEE diliputi kereput 40 tahun lagi, apa pendapat mereka? Sepertinya UEE tetap kelihatan memukau.

9. Yoochun JYJ

artis k-pop korea

Member boyband JYJ, memulakan kerjaya di industri musik K-Pop sebagai member TVXQ ini memiliki nama asal Park Yoochun. Lahir pada 4 Jun 1986. Yoochun kini popular kerana kemampuan lakonannya yang luar biasa.

Semakin dikenali di luar Korea kerana lakonan memukaunya di Sungkyunkwan Scancal, Miss Ripley, dan Rooftop Prince, Yoochun mampu membuat banyak gadis histeria kerana suaranya yang merdu dan kemampuan tariannya.

Ketika wajah Yoochun berkereput 40 tahun lagi, adakah Yoochun masih boleh meraih populariti dengan kemampuan lakonannya? Yang pasti, siapa yang berbakat akan tetap bertahan. - Source :allkpop
Hasil didikan siapa? Lu tengok la sendiri gua malas nak cakap
Like · ·


Apa nak hairan Negara jadi mcm ni dibawah umno

Tiada ulasan: