Tuesday, January 20, 2015
Air Terjun Gunung Uhud Tanda Kiamat?
Syekh Dr. Muhammad alu Nashr mengulas video ini dengan mengatakan:
صدق رسول الله صلى الله عليه وسلم:لن تقوم الساعة حتى تعود جزيرة العرب جناة وانهارا -انها اعلام النبوة
“Benarlah Rasulullah
shallallahu ‘alayhi wasallam yang bersabda: tidak akan datang kiamat
hingga jazirah arab kembali menjadi kebun-kebun dan sungai-sungai”
sungguh ini mu’jizat kenabian!
Orang yang memperhatikan
keadaan jazirah arab akan mendapatkan bahwa padang pasir yang gersang
dan tandus mencapai 70% dari jumlah keseluruhannya. Nabi kita s.a.w
memberi kabar bahwa diantara tanda kiamat: jazirah arab akan kembali
subur dan dialiri sungai, padahal sebelumnya ia merupakan hamparan
padang pasir gersang yang tidak ditumbuhi tanaman.
Dari Abu Hurairah r.a:
bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Tidak akan terjadi kiamat
sehingga jazirah arab kembali menjadi subur dan dialiri sungai, sehingga
orang yang menempuh perjalanan dari Irak menuju Makkah tidak merasa
takut kecuali dari ketersesatan –atau takut kehilangan arah jalan- dan
akan membanyak al-haraj”. Para sahabat bertanya: wahai Rasulullah, apa
yang dimaksud dengan al-haraj? Beliau menjawab: “Pembunuhan” (HR.
Ahmad).
Phahrolrazi: PasMa 'kuasa ketiga' Pakatan
Kewujudkan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan
memaksa PAS untuk memutuskan sama ada parti Islam itu mahu kekal atau
meninggalkan Pakatan Rakyat, kata presiden NGO itu Datuk Phahrolrazi
Zawawi.
Phahrolrazi berkata PAS perlu memutuskan perkara itu segera dan tidak boleh kekal “tidak bergerak” kerana pilihan raya umum ke-14 (PRU) semakin menghampiri.
Bekas exco kerajaan Kedah itu berkata, muktamar pemilihan PAS akan berlangsung pada Jun ini dan tumpuan tentunya sama ada perwakilan akan memutuskan berkaitan kedudukan parti itu dalam Pakatan.
Perkara itu juga, katanya, antara sebab kenapa PAS kelihatan berhati-hati terhadap anggota PasMa, kerana NGO itu “teguh” berdiri di belakang Pakatan.
Ditanya sama ada PAS rasa terancam dengan kehadiran PasMa, Phahrolrazi membalas:
“Ia hanya nampak begitu di peringkat jawatankuasa pusat, bukan di peringkat negeri”.
Katanya, PasMa bergerak dengan baik di peringkat negeri dan telah membentuk sekretariat di banyak negeri.
“Malah penyokong kami di luar negara, seperti mahasiswa di United Kingdom, bertanya sama ada PasMa akan ditubuhkan di tempat mereka,” katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini di Alor Setar semalam.
“Kami kuasa ketiga, jika ada keperluan untuk kami sokong Pakatan Rakyat semasa pilihan raya, kami akan lakukannya.
"Jika ada yang kurang, kami akan melengkapkannya,” tegasnya.
Landasan salur kritikan
PasMa ditubuhkan pada 10 Ogos tahun lalu di tengah-tengah krisis menteri besar Selangor yang menyaksikan PAS menolak calon PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail.
Krisis itu membawa kepada penggantungan dua wakil rakyatnya yang menyatakan sokongan terbuka terhadap pilihan PKR dan DAP itu untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim (bawah) dengan Azizah.
Bagaimanapun, selepas ketegangan hampir dua bulan, sultan Selangor akhirnya memilih Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, orang nombor dua selepas Azizah dalam parti itu, sebagai menteri besar.
Phahrolrazi menjelaskan isu itu dan peranan PAS sentiasa menjadi tajuk paling hangat dibincangkan dalam forum dan pertemuan anjuran mereka.
“Ia menjadi sebab kenapa PasMa jadi popular.
“Ia juga jadi landasan untuk anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat mengkritik kepimpinan PAS,” katanya.

Ramai puji Erdogan turunkan gambar Ataturk
PRESIDEN Recep Tayyip Erdogan kembali menjadi perbincangan hangat di dunia maya setelah orang no 1 di Turki ini menukar foto pengasas negara Republik Turki, Mustafa Kemal Ataturk di ruang kerjanya.
Dalam posting pejabat berita aljazera Live Mesir dari Turki yang diterbitkan di laman jejaring sosial Facebook pada 10 Januari lalu, Erdogan menukar foto Mustafa Kamal Ataturk dengan gambar Sultan Muhammad al-Fatih yang berjaya menakluki Konstantinopel.
Dipetik laman web Eramuslim, banyak pujian yang dilontarkan pengguna media sosial Facebook kepada Erdogan yang dengan berani menukar simbol pengasas Republik Turki tersebut.
Sebelumnya pada hari Isnin (12/01) minggu lalu dalam sambutan lawatan Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Erdogan juga menukar baju seragam pengawal istana negara dengan seragam empayar Ottoman. (Aljazera Live Mesir/Ram)
Cikgu Nor Aini
Cikgu Nor Aini Mat Nor tenang ketika ditemui di tingkat tiga
bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Manek Urai kira-kira pukul 12
tengah hari, 29 Disember 2014.
Namun sebaik sahaja mahu berbicara, dia terhenti seketika, perlahan dia bangun dari bangku berjalan menuju ke arah seorang lelaki.
Tanpa sebarang kata, dia memeluk lelaki itu. Hanya linangan air mata yang keluar di antara mereka berdua.
“Mak dan ayah sihat, keluarga yang lain macam mana,” bisik Nor Aini dalam sebak. Lelaki yang berusia pertengahan 30-an itu mengangukkan kepala.
“Alhamdulillah sihat, kak long macam mana sihat,” balas Azli. Mereka berdua kembali membisu untuk seketika.
Azli tidak datang dengan tangan kosong, dia membawa sedikit bekalan makanan dan keperluan untuk ‘kak longnya’ yang hampir seminggu tidak ditemui, tanpa khabar berita.
Itu merupakan pertemuan kali pertama Nor Aini dengan saudara terdekatnya selepas seminggu terputus hubungan.
Hari tersebut, merupakan hari pertama jalan darat untuk masuk ke sekolah tersebut dibuka selepas Bah Kuning membadai Manek Urai pada 22 Disember lalu.
Selepas hampir 10 minit bertanya khabar dengan Azli, Nor Aini kembali menyambung bicara dengan penulis dan teman penulis dari sebuah akhbar tempatan.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum itu kembali tenang, suaranya perlahan menceritakan detik sukar yang dialami ketika berada bersama 200 penduduk di bangunan sekolah itu ketika arus Sungai Lebir menggila.
Kata Nor Aini, air dari Sungai Lebir mencecah ke tingkat dua bangunan sekolah itu dan arus yang membadai telah menggegarkan bangunan yang tegap itu sehingga mereka semua tidak nyenyak untuk tidur.
“Ketika itu tidak ada apa yang saya ingat kecuali berdoa kepada Allah, saya terfikir pada ketika itu untuk mengikat badan kami semua yang berada dalam bangunan ini.
“Mana tidaknya, bangunan bergegar dan kami dapat melihat rumah-rumah yang dihanyutkan di Sungai Lebir. Kami bernasib baik kerana rumah itu tidak merempuh bangunan ini, jika tidak pasti semuanya akan hancur,” katanya.
Nor Aini mempunyai peluang untuk keluar dari bencana alam itu ketika helikopter datang mengambil suami, ibu dan ayahnya yang terlantar namun dia tidak berbuat demikian.
“Saya tidak akan tinggal sekolah ini, saya tidak akan tinggalkan semua orang di sini kerana mereka adalah tanggungjawab saya.
“Apa akan jadi jika saya tiada, apa akan jadi pada mangsa-mangsa lain yang bersembunyi di bukit kerana sekolah ini adalah pusat yang mengagihkan bantuan kepada semua mangsa yang berada di kawasan berhampiran ini,” katanya.
Beban yang ditanggung oleh Nor Aini amat berat. Suaminya menghidap penyakit buah pinggang kronik dan perlu menjalani rawatan hemodalisis pada setiap minggu.
Ketika itu, keadaan suaminya semakin parah kerana tidak dapat rawatan tersebut akibat malapetaka yang sama sekali tidak diduga itu.
Justeru, dia terpaksa menghubungi adiknya di Kuala Lumpur supaya mencari jalan untuk membawa suaminya keluar.
“Adik beradik saya telah berpakat dan menyewa helikopter dari Kuala Lumpur. Pada hari Khamis, helikopter datang untuk mengambil suami saya. DCA tidak membenarkan helikopter mendarat di sini kerana keadaan berbahaya.
“Namun kerana keberanian dan pengalaman juruterbang helikopter ini, dia mendarat juga di padang sekolah dan membawa suami ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut, tanpa rawatan ini suami saya tidak mungkin akan selamat,” katanya.
Manakala ibu dan ayahnya yang tinggal tidak mampu bergerak kerana serangan angin ahmar beberapa tahun lalu.
“Emak dan ayah saya dibawa keluar dengan helikopter bersama dengan beberapa pesakit lain di sekolah ini pada keesokan paginya.
“Betul saya ada peluang untuk keluar bersama suami atau emak dan ayah tetapi hati saya di sini, 200 orang yang ada di sini adalah tanggungjawab saya.
“Tanpa saya mereka mungkin takut untuk menggunakan peralatan sekolah untuk kelangsungan hidup, contohnya, bilik Kemahiran Hidup ini, ada dapur gas dan peralatan memasak, kalau tak ada saya mungkin mereka takut nak masuk dan tanpa saya mungkin pengagihan bekalan makanan tidak teratur,” ujarnya.
Selepas kemuncak bah kuning, kira-kira 50 penduduk yang tinggal di sekolah itu mula berpindah ke bukit berhampiran kerana mereka berasa tidak selamat. Ketika itu bantuan mula tiba melalui udara.
“Saya tahu berapa ramai yang ada di bukit, jadi saya buat catuan, supaya semua orang mendapat makanan, bantuan bukan hanya untuk kami di sekolah ini sahaja.
“Alhamudulillah syukur kerana bantuan tiba selepas tiga hari, kami sedar kesukaran yang dihadapi oleh penyelemat untuk masuk ke sini. Kami amat berterima kasih dengan bantuan dan perhatian yang diberikan oleh semua pihak,” katanya.
Pengorbanan Nor Aini untuk membantu mangsa banjir tiada nilainya. Dia memainkan peranan yang amat penting dalam menenangkan semua penduduk yang terperangkap. Bencana ini menunjukkan betapa peri pentingnya seorang pendidik, dihormati masyarakat.
Biarpun seorang wanita, inilah wira yang tidak didendang. Jasanya amat besar.

19 Januari 2015
GEMPAR : KEJUTAN DARI UMNO SELANGOR MAHU GULINGKAN KERAJAAN PR!
SETELAH MENOLAK JAWATAN KETUA PEMBANGKANG UMNO SELANGOR BERSELERA BESAR UNTUK MENGGULINGKAN KERAJAAN PR.......SEKARANG UMNO HANYA ADA 12 KERUSI DUN , MCA & MIC ADA TELUR AYAM.....
MUNGKIN PLAN UNDI BANGLASIA MAMPU BUNGKUSKAN PR???
PETALING
JAYA: Apabila beberapa veteran UMNO mengatakan UMNO Selangor hampir
‘mati’ di kawasan yang tiada Yang Berhormat (YB) Barisan Nasional (BN),
Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz membuat
penafian sekeras-kerasnya.
“Siapa yang pandai-pandai kata UMNO Selangor tak bergerak terutama di kawasan yang kami kalah?
“Memang kawasan yang BN kalah tak ada YB tetapi ahli-ahli UMNO tetap bergerak macam biasa malah banyak program yang kami buat tanpa putus.
“Jangan fikir Ketua Bahagian tak jenguk ahli di kawasan yang kalah kerana sibuk nak jaga kawasan sendiri, sebaliknya ahli-ahli UMNO sentiasa berhubungan sesama sendiri untuk melakukan aktiviti kemasyarakatan,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di Semenyih, pada Ahad pagi.
Jelas Johan, misi untuk merampas kembali Selangor daripada Pakatan Rakyat (PR) dilihat semakin hampir menjadi kenyataan.
“Mungkin orang tak nampak kerja yang kami buat tetapi hakikatnya, program bersama rakyat sentiasa dianjurkan oleh Wanita, Pemuda dan Puteri bersama bahagian UMNO.
“Kalau nak tahu, PR sebenarnya yang semakin goyah ekoran pelbagai kemelut yang melanda dalaman parti mereka terutama di Selangor.
“Saya yakin, semua bahagian UMNO di negeri ini tahu menjaga kawasan mereka yang kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu dan tidak timbul isu UMNO Selangor hampir ‘mati’,” jelasnya selepas majis Sambutan Maulidur Rasul peringKat Dewan Undangan Negeri Semenyih di Semenyih pagi tadi.
Tegas Johan, hasil mesyuarat yang diadakan, UMNO Selangor kini semakin mantap dan mampu menarik semula hati rakyat untuk kembali menyokong BN.
“Kami sudah sedia untuk menggulingkan PR pada PRU 14 nanti. Kita tidak akan lalai lagi seperti sebelum ini,” ujarnya.

~fmt
Rafizi: Ada benda penting Najib tertinggal
Demikian reaksi Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai pembentangan unjuran semasa keadaan ekonomi negara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di Putrajaya hari ini.
Namun, sebaliknya, perkara penting itu langsung tidak disentuh oleh Perdana Menteri.
"Tiada pengumuman yang dibuat oleh PM mengenai perkara ini.
"Sepatutnya pemotongan peruntukan kepada PM menjadi perkara pertama yang perlu dilakukan oleh beliau dalam pembentangan tersebut," katanya ketika sidang medianya di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.
Jelas Rafizi lagi, oleh itu beliau melihat perdana menteri tiada keseriusan daripada aspek 'kehendak politik' untuk mengawal perbelanjaan kerajaan.
"Oleh itu pengumuman ini tidak menampakkan kesungguhan kerajaan untuk meneliti perkara sebenar yang menggugat kewangan kerajaan," katanya.
Ulasnya penangguhan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang diumumkan Perdana Menteri tidak menjawab soalan pokok kepada permasalahan kewangan negara sebaliknya penjimatan tersebut hanya 'penyelesaian kecil' sahaja.
"Pengumuman yang dibuat beliau hanyalah menyentuh beberapa isu kecil dan tidak menyentuh perkara-perkara pokok yang lain.
"Isu perbelanjaan negara dan kejatuhan matawang RM tidak disentuh, namun beliau sentuh mengenai PLKN, yang dilihat terlalu 'kecil' isunya," katanya.
Pagi tadi, Najib membentangkan unjuran kewangan semasa ekonomi negara.
10 Orang Terkaya Di Malaysia : Jangan Terkejut Tengok No 1
-Naib Pengerusi Eksekutif Sapura Kenchana Petroleum, memiliki kekayaan RM4.22b
9. Puan Seri Lee Kim Hua
-Kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM7.47b
8. Tan Sri Lim Kok Thay
-Kumpulan Genting, memiliki kekayaan RM9.43b
7. Tan Sri Syed Mokhtar
-Memiliki Yayasan Bukhary, memiliki kekayaan RM11.07b
6. Tan Sri Lee Shin Cheng
-101 groups, memiliki kekayaan RM13.12b
5. Tan Sri Quek Leng Chan
-Hong Leong Group, memiliki kekayaan RM14.11b
4. Tan Sri Teh Hong Piow
-tokoh perbankan Public Bank, memiliki kekayaan RM18.07b
3. T Ananda Krishnan
-ahli perniagaan, memiliki kekayaan RM33.19b
2. Tan Sri Robert Kuok
-hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong,memiliki kekayaan RM54.48b
1. Org yg solat subuh berjemaah dan solat sunat dua rakaat sebelum solat subuh.
Memiliki kekayaan yg melebihi dunia dan segala isinya
Dari Aisyah ra, bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Dua rakaat shalat sunnah fajar, lebih baik daripada dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim, Tirmidzi, Nasa'i & Ahmad)

Berhimpit dalam bilik sebesar stor
- Keadaan Rohana bersama empat daripada enam anaknya dalam bilik sebesar stor yang disewa dengan kadar RM500 sebulan, ketika dilawati oleh Maimonah.
KUALA LUMPUR - Seorang ibu tunggal enam anak tidak mempunyai pilihan
selain tinggal dalam sebuah kediaman sekecil bilik stor selepas bercerai
dengan suami sejak Julai tahun lalu.
Malah, sebelum tinggal di bilik itu, mereka anak-beranak terpaksa hidup menumpang termasuk masjid, hotel dan rumah saudara kerana terdesak.
Rohana Mohd Arifin, 45, berkata, dia terpaksa keluar rumah setelah disahkan bercerai talak dua. Menurutnya, enam anaknya, Mohd Khairul Hayyan, 20; Syarifah Nurin, 18; Nur Atikah,17; Nur Khadijah, 12; dan Mohd Khairul Hafiz, 3, turut dibawa bersama.
“Saya keluar bersama anak-anak ketika bulan puasa dengan membawa van buruk. Mula-mula saya minta tumpang tinggal di sebuah masjid di Batu Muda, tetapi ada ketikanya kami tidur dalam van kerana orang ramai di masjid.
“Kami jadi hilang arah kerana tiada tempat untuk bergantung, sehinggalah saya berjumpa dengan Kak Mona setelah dirujuk oleh pihak sekolah anak saya,” katanya kepada Sinar Harian.
Kak Mona, atau nama sebenar Maimonah Ahmad, merupakan Ketua Wanita Persatuan Sukarelawan Kebajikan Masyarakat Wilayah dan Selangor, yang banyak menguruskan isu kebajikan.
“Permohonan menyewa rumah PPR yang dihantar sebelum ini tidak mendapat kelulusan dan terakhir saya rujuk di DBKL pada Disember lalu, mereka kata saya perlu tunggu lagi setahun,” katanya yang kini bekerja sebagai pembantu kedai dengan pendapatan sebanyak RM900 sebulan.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Bahagian Batu, Gulam Muszaffar berkata, beliau mendapat maklumat berhubungnasib ibu tunggal berkenaan pada Jumaat lepas, dan segera memanjangkan isu itu kepada Setiausaha Politik, Menteri Wilayah
Persekutuan, Mohd Raffi Alli Hassan.
Menurutnya, DBKL sudah bersetuju untuk menawarkan unit PPR kepada keluarga berkenaan dan kini dalam proses penyerahan kunci unit.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan