Selasa, 20 Januari 2015

ALLAH ITU MAHA ZAHIR DAN ALLAH MAHA BATIN...NI DISEBUT OLEH IMAM AL GHAZALI DALAM KITABNYA IHYA ULUMUDDIN BAB AHLI SUNNAH WAL JAMAAH









LELAKI MAUT BERTEMBUNG MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI -BENTONG

| January 18, 2015 | 0 Comments
10386279_779333338782551_3210706868296951355_n
 LELAKI MAUT BERTEMBUNG MOTOSIKAL BERKUASA TINGGI -BENTONG |  Seorang penunggang motosikal maut selepas bertembung dengan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 7 Jalan Berjaya Hill berhampiran Bukit Tinggi di Bentong, hari ini.
Kejadian kira-kira 12 tengah hari itu menyebabkan mangsa, Syaiful Buhairi Abdullah, 27, dari Sungai Besi, Kuala Lumpur maut di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis KTM Duke 200cc dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke pusat peranginan Berjaya Hill, dekat sini.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikalnya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Z800 yang ditunggang seorang lelaki.
“Akibat pertembungan itu, mangsa bersama motosikalnya tercampak ke dalam longkang dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.
Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan motosikal Kawasaki Z800 terbakar.
Penunggangnya yang masih belum dikenal pasti identitinya parah dan sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Bentong.
10940437_779333362115882_5593533580282486352_n
10934019_779333318782553_4092742534355826042_n (1)
10933807_779333308782554_4772241678533759776_n








Iesya Toh Pengacara Selamat Pagi Malaysia Dicabul Pengurus Ketika Tidur

| January 19, 2015 
Iesya Toh Pengacara Selamat Pagi Malaysia Dicabul Pengurus Ketika Tidur | Penyanyi dan pengacara program Selamat Pagi Malaysia, Iesya Toh, 30, terpaksa memecat pengurus yang lebih sedekad menguruskan karier seninya. Semuanya gara-gara pengurus itu didakwa cuba mencabul kehormatan dirinya, baru-baru ini.
Iesya-Toh
“Selepas berbincang dengan ahli keluarga, saya sudahpun memecat pengurus terbabit lebih dua bulan lalu. Saya pun tidak sangka dia sanggup melakukan perbuatan itu ketika saya tidur. Mujur saya cepat tersedar dan segera menghentikan perbuatannya itu,” katanya.Walaupun berat hati untuk berbuat demikian, Iesya terpaksa melakukannya demi menjaga kehormatan diri.
“Saya terpaksa membuat pendedahan ini kerana ramai peminat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang tidak tahu pengurus terbabit sudah tidak menguruskan karier seni saya lagi.
“Saya berharap mereka yang ingin berurusan dengan saya boleh berhubung terus dengan pembantu peribadi,” katanya.
Demi masa depan karier seni, pemilik nama sebenar, Nor Iesyatirradiah Sanny Toh mengakui dia tidak cepat mengalah. Sebaliknya, penyanyi kelahiran Johor Bahru ini percaya setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya.
“Pada mulanya saya berasa goyah juga kerana ketika itu baru muncul dengan album kedua berjudul Kasih. Saya juga impi lagu Kasih yang dipopularkan penyanyi popular Hetty Koes Endang dan ciptaan komposer terkenal Indonesia, Richard Kyoto juga sebagai peluang keemasan untuk menembusi pasaran muzik Indonesia.
“Malah, saya juga diundang untuk muncul di stesen TV di sana. Namun, sayangnya kejadian yang tidak diduga ini berlaku menyebabkan ia terpaksa ditunda dulu,” katanya.
Apapun, kata penyanyi berdarah kacukan Thailand, Cina, Arab dan Melayu ini, sampai masanya dia belajar erti berdikari untuk menguruskan karier seni.
“Mujur saya masih ada pembantu peribadi, ahli keluarga dan ahli kelab peminat Iesyafanzatic yang terus memberi sokongan padu dari belakang,” katanya.
Iesya sibuk buat persiapan kahwin Sebelum ini, Iesya sering digosipkan menjalinkan hubungan dengan golongan kenamaan mahupun VIP. Namun, semua gosip dan kontroversi yang melanda diri tidak sedikitpun menjadi kudis buat dirinya. Hakikatnya hati pengacara manis ini sudahpun dimiliki seorang jejaka yang dikenali lebih setahun lalu.
“Si dia bekerja sebagai kontraktor dan berusia 35 tahun dan kami sudah merancang untuk terus bernikah pada Mei ini di Masjid Angkasapuri.
“Insya-Allah, majlis resepsi pula dijangka berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya,” katanya.
Bercerita lanjut perkembangan karier seninya, Iesya yang turut tersenarai dalam pencalonan awal, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 turut tidak menang tangan memenuhi undangan persembahan nyanyian.
Terbaru, mini showcasenya turut mendapat sambutan hangat daripada peminat di Hard Rock Cafe Melaka pada September tahun lalu. Antara lagu disampaikan ialah Kaulah Segalanya, Menghitung Hari, I will survive, Akhirnya Kini Pasti dan Gadis Dan Bunga.
Apa yang menarik, Iesya juga membuat ‘tribute’ buat ibu saudaranya, Allahyarham Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini menerusi lagu seperti Hapuslah Airmata mu, Terbang Helang, Kenangan manis di bulan September dan Seiring dan Sejalan.
Selain itu, dia turut membuat ‘tribute’ untuk idolanya Whitney Houston dengan lagu seperti Saving My Love For You, I Have Nothing dan I will Always Love You.
Manakala, dalam segmen terakhir pula, Iesya memilih untuk menyampaikan lagunya sendiri iaitu Anak Adam, Semanis Janji dan Kasih dengan iringan ‘live band’ kumpulan Klutz dari Singapura.
Sebelum ini, dia pernah buat ‘showcase’ di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur (2011) dan Hard Rock Cafe Pulau Pinang (2012). Album sulungnya berjudul Impian bukan saja mendapat sambutan di Singapura, sekali gus lagu Semanis Janji yang dipertaruhkan turut menjadi lagu tema drama bersiri tempatan di sana.

Haliza Misbun: Harta Material Milik Awie Tiada Pada Rozana!


Pada Khamis lalu, pihak mahkamah telah mengetepikan perintah hak jagaan tiga anak Awie iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7 dan Putri Qasseh Antasha, 5, selepas Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain berpuas hati bahawa secara keseluruhannya Awie tidak tinggal di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan sijil nikah dikemukakan untuk mendapat jagaan adalah tidak wujud dan tidak berdaftar.
Haliza Misbun: Harta Material Milik Awie Tiada Pada Rozana!
Haliza Misbun: Harta Material Milik Awie Tiada Pada Rozana!
Susulan daripada itu, semua kes yang berkaitan termasuk permohonan hak jagaan kekal yang diberikan terhadap vokalis kumpulan Wings itu secara automatik telah terbatal. Sekaligus, ia memberikan kemenangan buat Rozana Misbun,37, untuk mendapatkan hak jagaan semula terhadap ketiga-tiga anak mereka.

Ada yang melihat kemenangan ini sebagai satu kemenangan yang besar buat Rozana sekali pun Awie cuba mendedahkan bahawa isternya, Rozana yang juga adik kepada pelakon Haliza Misbun telah mengamalkan perbuatan khurafat melalui bukti yang ditemui di rumah mereka.
Apa kata Haliza Misbun selalu penasihat undang-undang Rozana. Ikuti wawancara eksklusif Murai bersama Haliza selanjutnya mengenai kemenangan Rozana dalam mengetepikan hak jagaan 3 anak mereka ke atas Awie.
MURAI: Apakah kemenangan ini satu kemenangan besar buat anda dan Rozana?
HALIZA: Sebelum menjawab soalan ini, terlebih dahulu elok kita renungkan bersama pandangan Syed Sabiq dalam kitabnya Fiqh as-Sunnah Juz 8, muka 219: “Sesungguhnya setiap penjaga anak jagaan masing-masing mempunyai hak. Akan tetapi hak anak atau kemaslahatan anak lebih penting dari hak penjaganya.”
Saya tidak melihatnya dari sudut menang atau kalah; yang kalah tidak perlu berdendam kerana yang menang (Rozana) masih belum berpeluang berjumpa dengan anak-anaknya. Sejak injunksi terhadap Rozana Misbun yang melarangnya mendekati anak-anak dibatalkan oleh Makhamah Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu 14 Januari 2015, cubaan sebanyak dua kali telah dilakukan oleh Rozana bertemankan abangnya, Othman bagi mengambil anak-anaknya iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7 dan Putri Qasseh Antasha, 5, secara berhemah pada Sabtu 17 Januari pada pukul 6 petang dan Ahad 18 Januari pukul 11 pagi.
Namun apabila kedua-dua adik saya itu tiba di kediaman Awie di Ukay Perdana pada hari dan waktu yang dijanjikan; rumah sepi tidak berpenghuni; anak-anak Rozana telah dibawa pergi oleh Awie ke lokasi yang tidak dapat dikenalpasti! Panggilan telefon langsung tidak dijawab oleh Awie.
Tindakan Awie ini jelas menunjukkan bahawa beliau engkar dengan perintah makhamah dan boleh didakwa atas tuduhan menculik anak-anak itu dimana Rozana merupakan ibu yg sah kepada mereka dari sudut perundangan Malaysia.
MURAI: Apakah yang cuba anda buktikan dalam kes Rozana Awie mengenai isu sijil nikah palsu itu?
HALIZA: Saya tidak ingin membuktikan apa-apa dan bukan juga niat saya untuk mengenakan sesiapa. When truth prevails, it hurts those who lie.
MURAI: . Bagaimana dengan isu-isu lain sebagaimana yang didakwa Awie. Adakah ianya masih valid untuk dibahaskan di mahkamah jika Awie membuat rayuan semula?
HALIZA: Siapapun boleh mencipta isu dan melemparkan tuduhan dengan bukti-bukti yang didakwa kukuh namun andai pendakwaan gagal mewujudkan kes ‘prima facie’, tuduhan hanya tinggal tuduhan.
Berkenaan isu khurafat yang cuba diketengahkan pihak yang berkaitan dalam usaha mencemar integriti Rozana sebagai seorang ibu dan muslim secara amnya: satu-satunya perkara yang mungkin betul berkaitan tuduhan berbentuk ‘mala fide’ itu hanyalah tali pusat kanak-kanak yg dijumpai dalam sebuah bekas.
Saya tidak mengesahkan tetapi tidak menolak kemungkinan tali pusat itu milik ketiga-tiga anak Rozana iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha. Berdasarkan pengamatan saya serta mengikut petua dan amalan orang tua-tua didalam budaya masyarakat Melayu, keakraban adik-beradik dipercayai akan terjalin erat sehingga ke akhir hayat selain dapat mengelakkan permusuhan sesama sendiri andai tali pusat mereka digabungkan bersama yang tentunya beserta doa yg tidak putus-putus dipanjatkan kepada Allah SWT bagi tujuan berkenaan.
Manakala bagi bukti-bukti lain yang saya sifatkan ada di antaranya terlalu lucah untuk dibicarakan di sini adalah tidak benar sama sekali! Harus saya tekankan bahawa Rozana meninggalkan rumah kelaminnya di Ukay Perdana pada 15 Jun 2014 manakala tarikh permohonan Injunksi terhadapnya difailkan pihak Awie pada 16 Julai 2014. Banyak bukti yang boleh direkasahaya dalam tempoh masa diantara 15 Jun sehingga 15 Julai itu. Ini bukan tuduhan tapi kebarangkalian atau keraguan munasabah yang wajar diambil kira.
Injunksi itu secara dasarnya tidak wujud jauh sekali ‘valid’ disebabkan asas penghakiman itu sendiri telah disahkan palsu oleh makhamah. Justeru rayuan semula menjadi tidak relevan sama sekali untuk diutarakan.
MURAI: Tentang isu Awie meminta Rozana supaya memulangkan harta materianya?
HALIZA: Saya sesungguhnya cukup tidak gemar untuk membincangkan perkara-perkara remeh di media kerana khuatir ‘menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri’ nanti. Akan tetapi, apabila isu ‘curi’ serta ‘tidak amanah’ terlalu kerap dibangkitkan Awie sehingga mengundang persepsi yang melibatkan maruah keluarga, rasanya sudah sampai masa untuk saya memberikan jawapannya.Bagaimana mungkin untuk Rozana memulangkan harta sebagaimana yang diwar-warkan Awie itu sedangkan tiada satu material pun berada di tangannya sekarang? Beberapa biji kereta dan motosikal berkuasa tinggi dimana pembeliannya dinamakan atas nama Rozana, kesemuanya ada di tangan Awie sekarang dan bebas digunapakai olehnya sesuka hati! Sepatutnya dalam isu penamaan harta mudah alih ini, Rozana yang sepatutnya lebih berasa bimbang dan ‘membuat bising di media’ kerana ada di antara kenderaan-kenderaan terbabit masih terikat dengan pinjaman bank. Rozana terdahulu mengambil tanggungjawab menggalas namanya sebagai pemilik kenderaan-kenderaan terbabit atas dasar nama suaminya telah disenarai hitam oleh pihak bank
MURAI: Bagaimanapula dengan isu simpanan wang ASB yang dibangkitkan Awie?
HALIZA: Tentang soal simpanan ASB pula, ia sebenarnya bukan simpanan tetapi dalam bentuk pinjaman dengan bank yang tertakluk kepada ansuran bulanan.Dengan pencerahan ini, saya tidak mahu isu-isu yg berkaitan digembar-gemburkan lagi dimasa-masa akan datang atau saman malu akan menyusul.
MURAI: Dengan kemenangan ini, bererti kes ini akan gugur sepenuhnya dan Rozana akan mendapat semua hak sebagai ibu?
HALIZA: Awie hanyalah bapa yang sah kepada Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Putri Qasseh Antasha disisi undang-undang Narathiwat Thailand dan bukannya di Malaysia. Hak Rozana sebagai ibu tidak seharusnya dicabar dan dipertikaikan sedari awal lagi. Tindakan sembrono itu bukan saja membabitkan kos guaman yang tinggi bahkan juga turut membuang masa makhamah!
Awie sepatutnya mendapatkan penasihat yang bijak dalam menjaga kepentingannya dengan ikhlas sekaligus membawanya ke landasan yg betul; bukan membawanya ke arah kehancuran.
Sumber : Murai

GENG NEGRO BESAR KEPALA DIGEMPUR

Shah Alam: Empat puluh sembilan warga Afrika ditahan dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Selangor, malam tadi.

Dalam Ops Selera dan Ops Kutip itu, warga Afrika masing-masing 31 lelaki dan 18 wanita berusia 20-an hingga 30-an itu ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen antaranya tinggal lebih masa di negara ini.

Ketua Operasinya, Timbalan Penolong Pengarah Penguatkuasa Imigresen Mohd Sayuti Ayub berkata, operasi malam tadi memfokuskan warga Afrika di beberapa lokasi panas yang dikenal pasti menjadi tumpuan mereka.

"Antara lokasi yang menjadi tumpuan warga Afrika ini adalah Taman Kosas, Ampang; Taman Kinrara, Puchong; kelab malam sekitar Sunway Piramid dan Batu 14, Puchong.

"Semua yang ditahan di bawa ke lokap Jabatan Imigresen Selangor untuk proses dokumentasi sebelum di hantar ke depoh tahanan sementara," katanya

NUR FATIHAH SAQIRA MOHD TAHIR PELAJAR WANITA IPT BAKAL DIGANTUNG SAMPAI MATI

| January 17, 2015 | 0 Comments
NUR FATIHAH SAQIRA MOHD TAHIR PELAJAR WANITA IPT BAKAL DIGANTUNG SAMPAI MATI |  Jasin: Seorang penuntut wanita sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) bersama rakan lelakinya berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dituduh membunuh seorang lelaki berusia 27 tahun.
ipt


Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Nur Fatihah Saqira Mohd Tahir, 19, dari Segamat, Johor dan Firdaus Abd Karim, 19, dari Kandang, Melaka ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam.
Mereka hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Zaridah Y Abdul Jaapar.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mencapai niat membunuh Muhammad Azzad Suhani Hilalluddin, 27, di antara Jalan BMU 2 hingga ke kolam loji kumbahan Bandar Baru Merlimau Utara, Merlimau, di sini antara jam 11.30 malam 31 Disember 2014 hingga jam 1 pagi 1 Januari 2015.
Justeru mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


Allah izinkan gadis Melayu dipeluk artis K-Pop, kata wanita



Seorang wanita berpendapat insiden gadis Melayu berpelukan dengan artis K-Pop adalah dengan keizinan Allah. – Gambar daripada YouTube.Seorang wanita berpendapat insiden gadis Melayu berpelukan dengan artis K-Pop adalah dengan keizinan Allah. – Gambar daripada YouTube.Tiga gadis Melayu yang berada di atas pentas dan berpeluk dengan artis K-pop B1A4 dari Korea Selatan tidak akan mendapat peluang sedemikian jika tidak kerana ketentuan Allah, kata seorang pengguna media sosial.
Wanita 20-an yang menyiarkan pendapatnya melalui video berdurasi 5:42 minit itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial lain yang turut berkongsi di Facebook dan YouTube.
Wanita tersebut ketika mengulas insiden yang kini menjadi viral dan mendapat perhatian meluas sehingga pemimpin negara dan badan agama berkata, gadis terbabit berada di atas pentas dengan keizinan Allah.
Katanya, mereka membuat pilihan untuk pergi ke konsert di KL Live Centre dan ia diizinkan Allah.
"Mereka memilih untuk berada atas pentas dan Allah izinkan mereka untuk berada atas pentas," katanya dalam video tersebut.
Kata-kata wanita terbabit bagaimanapun mengundang reaksi negatif pengguna laman sosial yang menyifatkan seolah-olah dakwaannya cuba menyalahkan tuhan kerana membiarkan perkara itu terjadi.
Seorang pengguna Facebook, Zax Baharudin berkata: "Yang baik datang dari Allah, yang tidak baik datang dari kita sendiri, Allah beri kita akal untuk berfikir dan buat pilihan, baik dan buruk adalah pilihan kita sendiri. Nafsu untuk beli tiket mahal dan naik ke pentas adalah pilihan sendiri."
Wanita terbabit pada masa sama menganggap insiden itu sebagai ujian Allah kepada masyarakat terutamanya "keyboard warrior" Melayu yang bertelagah dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap sesama sendiri.
Katanya, di sebalik tindakan negatif, masyarakat sepatutnya memberi sokongan kepada gadis terbabit dan bukan hanya menghukum sehingga menjejaskan kehidupan mereka.
"Jadi kalau anda rasa tak mahu ajak mereka kepada kebaikan jangan sesekali jadi punca kepada mereka jauhi kebaikan" katanya.
Pemilik akaun YouTube, FitrihadiTV yang turut memuat naik video itu semalam mengulas, walaupun kebanyakan hujah yang diberikannya agak baik, tetapi mengaitkan insiden itu dengan "keizinan Allah" tidak dapat diterima orang ramai.
"Kebanyakan poinnya agak baik. Namun pada awalnya, beliau mengatakan semua aksi yang berlaku tersebut adalah dengan izin Allah. Ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat tersebut," katanya.
Pengguna akaun Facebook Dewi's Zakaria berkata: "Jangan bermain dengan perkataan 'dengan izin Allah' sebaiknya dalami ilmu sebelum berkata sesuatu. Allah tidak pernah mengizinkn sesuatu perkara yang menuju ke arah laranganNya. Kita manusia diberikan ilmu dan akal bagaimana nak memilih jalan yang lurus atau bengkok".
Ada juga beberapa pengguna Facebook yang mempertahankan kenyataan wanita tersebut, antaranya Zul Helmi Baharom yang berkata: "Moral dalam viral perempuan ini adalah untuk menghentikan cemuhan dan melebihkan doa kepada wanita yg berpeluk agar mereka kembali ke jalan yang benar dan bukan memaki hamun. Perempuan itu juga sudah dapat balasan dan pengajaran. Nabi pun berdakwah dengan cara yang baik, maka tegurlah dengan cara yang baik."
Konsert artis kumpulan dari Korea Selatan itu mula mencetuskan kontroversi ‎di laman sosial sejak hujung minggu lalu, dengan memaparkan adegan peluk dan cium di dahi oleh tiga ahli kumpulan itu bersama tiga gadis Melayu.
Tindakan itu menimbulkan kemarahan daripada masyarakat Islam terutama badan bukan kerajaan (NGO) yang melabelkan hiburan K-Pop merosakkan akidah remaja Islam dan ada kaitan dengan agenda Kristianisasi.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dilaporkan akan memohon waran tangkap sekir‎anya gadis Melayu yang didakwa "dicabul" artis K-Pop masih tidak menyerahkan diri secara sukarela bagi membantu siasatan.
Pengarah Jawi Paimuzi Yahya berkata, kes itu akan dibawa ke mahkamah dan sekiranya dapati bersalah, gadis Melayu itu perlu menghadiri sesi kaunseling bersama Jawi.
Beliau memberikan tempoh seminggu kepada gadis terbabit untuk menyerahkan diri atau waran tangkap dikeluarkan.
Paimuzi pada Isnin dilaporkan berkata, bahagian penguatkuasaan Jawi sudah membuka kertas siasatan kes mengikut Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.
Jika disabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
Tekanan turut diberikan NGO kepada peganjur konsert yang mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan kepada TGM Events.
TGM Events dalam kenyataan rasmi melalui laman sosial Facebook kemudian meminta maaf atas insiden itu dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam perkara membabitkan soal budaya dan agama ketika interaksi antara peminat dan artis pada masa akan datang.
Penganjur bagimanapun memberi jaminan tidak akan mendedahkan maklumat peminat yang terlibat dan melindungi privasi mereka termasuk aspek fizikal dan psikologi.
"Sebagai syarikat yang sebahagian besarnya diusahakan oleh wanita, kami tidak sekali-kali membenarkan perlakuan cabul atau gangguan seksual seperti yang digembar-gemburkan media," katanya. – 15 Januari, 2015.






20 hrs · Edited ·
Mmg wajib brtaubat sbb mengatakan Allah mengizinkan perkara itu brlaku...bukan itu saja...malah wajib menuntut ilmu2 fardu ain...lgi2/lebih2 bab qadha n qadar@takdir..ni adalah sbhgian rukun iman...di ulang lgi takdir ni ada 3 jenis/macam/ketegori....sila rujuk mustika hdis jld 1...keluaran jbtan perdana menteri malaysia

Kuala Lumpur: Tindakan wanita berusia 20-an mempertahankan isu gadis K-pop seperti seorang ‘ustazah’ tidak bertauliah dikecam pengguna laman maya selepas dia menyifatkan apa yang berlaku adalah ketentuan Allah.
hmetro.com.my
Like ·
·

Selepas kontroversi K-pop, mufti mahu filem ditapis bermula dari skrip



Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri berkata perlu ada penapisan filem dan drama secara menyeluruh bermula dari peringkat skrip, supaya umat Islam tidak terpengaruh budaya asing. – Gambar Facebook, 18 Januari, 2015.Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri berkata perlu ada penapisan filem dan drama secara menyeluruh bermula dari peringkat skrip, supaya umat Islam tidak terpengaruh budaya asing. – Gambar Facebook, 18 Januari, 2015.Selepas isu kontroversi K-pop membabitkan gadis Melayu di sebuah konsert baru-baru ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohammad Al-Bakri mahu penguatkuasaan penapisan filem dan drama dimulakan daripada skrip.
Dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia hari ini, beliau berkata ‎adegan "peluk dan cium" membabitkan artis Korea Selatan dan gadis Melayu dalam sebuah konsert baru-baru ini secara jelas membuktikan budaya Melayu dan Islam dicerobohi budaya Barat dan Timur.
"Lembaga penapisan akan menapis cuma saya tidak boleh menjangkakan adanya proses tersebut," katanya kepada edisi Ahad akhbar Utusan Malaysia itu.
"Maknanya kalau ada proses tersebut, tiada masalah, bukan kita mahu filem itu ditapis selepas ia disiapkan, namun ia perlu ditapis daripada pihak penerbit dan pengarah melalui skrip lagi."
Beliau memberi contoh filem arahan pengarah dari Libya, Omar Mukhtar yang disifatkan mempunyai kandungan baik dan pengajaran yang tinggi.
"Cuba kita tengok filem Omar Mukhtar, berapa juta orang tengok tiada masalah pun. Jadi isi filem itu sendiri perlulah menekankan perkara-perkara yang baik dan penting dan perlu ada batasan-batasannya," katanya.
Konsert artis kumpulan B1A4 dari Korea Selatan baru-baru ini mencetuskan kontroversi ‎di laman sosial apabila terdapat adegan peluk dan cium di dahi ahli kumpulan itu bersama tiga orang gadis Melayu.
Tindakan itu menimbulkan kemarahan daripada masyarakat Islam terutama badan bukan kerajaan (NGO) yang melabelkan hiburan K-pop merosakkan akidah remaja Islam dan ada kaitan dengan agenda Kristianisasi.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dilaporkan akan memohon waran tangkap sekir‎anya gadis Melayu yang didakwa "dicabul" artis K-pop itu masih tidak menyerah diri bagi membantu siasatan.
Pengarah Jawi Paimuzi Yahya berkata, kes itu akan dibawa ke mahkamah dan sekiranya dapati bersalah, gadis berkenaan perlu hadir sesi kaunseling bersama Jawi.
Beliau memberi tempoh seminggu kepada gadis terbabit menyerah diri atau waran tangkap dikeluarkan.
Bagaimanapun, ia juga menyebabkan Jawi dikritik sesetengah pihak dan peminat K-pop yang mendakwa pihak berkuasa bertindak keterlaluan dalam isu tersebut.
Mengulas kritikan itu, Zulkifli berkata perbuatan salah perlu dianggap salah dan ‎ia perlu disusuli dengan muhasabah diri, bukannya bertindak mempertahankan kebebasan.
"Apa yang berlaku sudah berlaku dan betul itu adalah salah, tapi muhasabah diri itu kena ada bukan sekadar masing-masing hanya mempertahankan dasar kebebasan tapi kita perlu istighfar dan tidak mahu buat lagi perkara seperti ini.
"Kita akan mendapat pengajaran yang terbaik daripada isu yang terjadi ini. Jadi kita tidak mahu perkara ini terjadi selepas ini. Daripada sedikit jadi lebih parah," katanya.
Zulkfli juga tidak menolak budaya K-Pop dari Korea Selatan menyebabkan golongan remaja hilang kawalan diri serta menjejaskan imej Islam.
"Yang jadi masalahnya kita mengikut mereka sehingga tahap itu sehingga kita sendiri tiada pegangan kepada dahan Islam yang kukuh setelah dicerobohi oleh budaya Barat dan Timur.
"Ini bukan budaya Islam. Budaya Melayu yang baik dan soleh juga telah dicerobohi dari semasa ke semasa," katanya dalam Mingguan Malaysia hari ini. – 18 Januari, 2015.

Penjawat Awam Wanita Diserang Juruteknik Bangunan Di Putrajaya

| January 16, 2015 | 0 Comments

Penjawat Awam Wanita Diserang Juruteknik Bangunan Di Putrajaya | Putrajaya-Seorang penjawat awam wanita, cedera parah di bahagian muka akibat diserang oleh seorang lelaki di sebuah bangunan kerajaan di sini.
Dalam kejadian yang berlaku lebih kurang pada jam 8 malam 16-01-2015 semalam, mangsa cedera diserang oleh seorang lelaki yang juga bekerja sebagai juruteknik di bangunan berkenaan, dipercayai cuba melakukan perbuatan yang tidak senonoh terhadap mangsa.


Difahamkan, sebelum kejadian itu mangsa menghubungi bilik kawalan bangunan untuk meminta lampu di tingkatnya terus dihidupkan agar dia boleh meneruskan kerja lebih masanya di pejabat.
Menurut sumber, lelaki berkenaan yang menyedari mangsa berseorangan, naik ke tingkat pejabat mangsa di tingkat 24 dan cuba melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap mangsa.
Mangsa cuba melawan dan berlaku pergelutan di antara mereka, menyebabkan mangsa dipukul oleh suspek di bahagian kepala sehingga berdarah.
Walau bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri ke kafe bangunan dan meminta bantuan kakitangan bangunan yang masih berada di kafe berkenaan.
Hasil dari tindakan segera, suspek berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak polis.thehypemedia





Tiada ulasan: