Ringgit jatuh teruk hingga 16 peratus
Posted on Sunday, January 11 @ 20:31:42 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
KUALA LUMPUR: Nilai pertukaran asing di negara ini merosot kerana kemasukan pelaburan asing langsung yang semakin berkurangan, kata pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop.
Katanya, beberapa bulan yang
lalu, kadar pertukaran wang asing adalah sekitar RM3 tetapi telah
mencecah kepada RM3.60 bagi satu dolar AS yang menunjukkan kejatuhan
kira-kira 16 peratus.
Menurutnya, selain peningkatan hutang dari luar negara, pelbagai isu dan krisis yang berlaku dalam negara turut memberi kesan negatif kepada nilai pertukaran wang asing.
Beliau
juga menegaskan kemerosotan harga minyak yang jatuh kepada 50 ke 60
dolar AS setong menyebabkan hasil Petronas menurun yang turut memberi
kesan kepada mata wang negara.
Begitu juga
katanya, kemerosotan harga komoditi seperti minyak sawit yang memberi
kesan kepada hasil eksport negara juga antara faktor nilai ringgit
menurun.
Beliau berkata, apabila ekonomi negara
kurang memberangsangkan disebabkan harga minyak dan komoditi yang
merosot, ia menyebabkan pendapatan rakyat berkurangan.
Tambahnya,
situasi berkenaan juga tidak memberi ruang kepada rakyat untuk melabur
dalam pasaran saham yang akhirnya menyebabkan pasaran saham jatuh.
"Apabila
pelabur tidak datang membeli di Bursa Saham Malaysia, ia akan
menyebabkan harga saham jatuh. Kejatuhan saham di Bursa Malaysia itu
melambangkan situasi ekonomi negara ini tidak menentu," katanya ketika
dihubungi, kelmarin.
...
Minyak sudah turun, tarif elektrik bila lagi
Posted on Sunday, January 11 @ 20:34:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan BN digesa untuk memastikan tarif elektrik dikurangkan dengan segera.
Katanya, walaupun TNB menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana tidak mengurangkan tarif elektrik, Najib perlu bertanggungjawab.
Kisah Benar - Rezeki Tiba-Tiba di dalam Masjid
Posted on Sunday, January 11 @ 16:19:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
"
Kisah ini terjadi pada waktu Dhuha 5 Jan 2015. Alkisah seorang pemuda yang telah kehabisan duit belanja di tangan. Pemuda yang sudah lama tidak solat Dhuha ini menunaikan solat Dhuha di rumahnya sebanyak 2 rakaat.
Usai solat Dhuha, dia pergi ke masjid kampungnya (kampung bersebelahan dengan Pekan Kuala Berang) dengan niat untuk membaca Al-Quran (masjid ada gema, seolah ada pembesar suara katanya).
Ketika dia masuk ke ruang utama masjid, kelihatan seorang ...
... abang memakai pakaian seragam (macam kastam, penjara - tidak pasti) sedang menelaah/membaca kitab/ Al-Quran (tidak pasti), maka pemuda memilih untuk membaca di ruang solat luar setelah bersalaman dengannya tadi. Seingat pemuda, belum pernah dia berjumpa dengan abang tersebut.
Pemuda ini mengalunkan bacaan Al-Quran dengan tarannum ala-ala Mishary (peminat tegar Mishary). Surah pertama - Ar-Rahman, seterusnya surah kedua - Al-Waqiah. Kuat juga la dia baca sebab dia suka baca kuat. Baru 'feel' katanya.
Semasa membaca surah Al-Waqiah, abang tadi keluar dan memberitahu ingin pulang. Semasa bersalam rupanya ada duit kertas. "Buat duit minum air", kata abang itu. Pemuda ni dalam hati tertanya-tanya juga berapa RM duit itu. Terkejut bila mendapati RM10 yang dihulurkan oleh abang tersebut.
Itulah rezeki yang datang dari Allah melalui abang itu... Mungkinkah kerana solat Dhuha ? Atau Al-Waqiah ? Atau kedua-duanya?
30 minit membaca Al-Quran dapat RM 10, 1 jam RM 20, 8 jam RM 160, 30 hari RM4800 ! Ini cuma contoh congak-congak pengiraan untuk menggambarkan mudahnya rezeki masuk bila amalkan Solat Dhuha & baca Surah Al-Waqiah.
Namun, percayalah.....Nilai huruf demi huruf Al-Quran yg kita baca (dengan ikhlas) tidak dapat diukur dengan harta dunia.
Mari bersama amalkan Solat Dhuha & Surah Al-Waqiah (juga solat sunat & surah-surah yang lain). Lakukan dengan ikhlas kerana Allah ; kerana mengsyukuri nikmatnya serta mengharapkan keredhaan-Nya. Elakkan menjadikan solat Dhuha & Surah Al-Waqiah sebagai 'magnet' rezeki seperti niat pemuda ini.
Jika sekiranya terniat semasa beramal agar beroleh rezeki, niatkan untuk mencari rezeki yang halal dan seterusnya berusaha untuk menggunakan rezeki yang halal itu ke arah perjuangan demi dakwah & ukhwah, perjuangan fisabilillah.
Jangan lupa juga istiqamah bersedekah walaupun hanya RM 1 sehari, atau jika terlalu "sukar" mungkin hanya dengan sebiji kurma sehari. In Sha Allah rezeki halal datang tanpa disangka, usahamu berkat & hidupmu berjaya !
Nota : Boleh share kisah ini yang memang di sahkan benar.
------------------------------
Juga Tips Rezeki Murah
# Usahakan bersedekah duit yang paling besar dalam dompet untuk tabung masjid.
# Ikhlaskan niat kerana Allah.
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: fairuzhafeez

Pengarah
Dasar DAP Johor, Wong Shu Qi berkata, tidak ada alasan lagi untuk Najib
tidak menurunkannya memandangkan harga bahan api telah menjunam dengan
ketara sejak enam bulan lalu.
Katanya, walaupun TNB menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana tidak mengurangkan tarif elektrik, Najib perlu bertanggungjawab.
Jika
tidak, ujarnya Najib harus mengeluarkan arahan kepada Suruhanjaya
Tenaga untuk menerangkan kepada orang ramai mengapa tarif elektrik tidak
boleh diturunkan.
“Beliau harus mengemukakan
sebab yang kukuh dan bukannya omong kosong kerana seluruh rakyat
Malaysia mengetahui harga minyak mentah telah menurun,” katanya dipetik
Roketkini.
Pada Disember 2013, DAP telah
membantah tindakan kerajaan meluluskan kenaikan tarif elekrik dan
mendesak Suruhanjaya Tenaga menjelaskan kepada orang ramai mengenai
Pelepasan Kos Ketidakseimbangan (ICPT) serta menerangkan mekanisme
rasionalisasi subsidi untuk mewajarkan kenaikan tersebut.
Justeru,
Shu Qi yang juga Adun Senai memohon Suruhanjaya Tenaga
sekurang-kurangnya memaklumkan kepada orang ramai apakah formula ICPT
masih diguna pakai dalam menentukan tarif elektrik.
“Jika jawapannya adalah ya, maka Suruhanjaya Tenaga perlu menjelaskan bagaimana tarif semasa ditetapkan,” katanya.
Menurut Shu Qi, TNB mengaut keuntungan sebanyak RM6.4 bilion bagi tahun kewangan terakhir pada Ogos 2014.
Ujarnya,
wang tunai yang dijana daripada operasi syarikat itu sendiri berjumlah
RM10.334 bilion untuk Tahun Fiskal 2014, dengan margin keuntungan
kira-kira 15 peratus.Oleh itu, kata beliau TNB akan menikmati keuntungan tidak berkesudahan sementara rakyat terus membayar tarif yang tidak adil.
Peng'koreaan' gadis Melayu bertudung yg memalukan
Posted on Sunday, January 11 @ 19:22:22 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
"
Saya tak kenal langsung dengan artis Korea, K-Pop, dan tak minat langsung. Tapi bila isu gadis Melayu bertudung dipeluk, dicium dan melalak seperti dirasuk syaitan serta membiarkan tubuh mereka disentuh oleh artis Korea sehari dua ini, saya juga merasai seolah-olah maruah anak bangsa sendiri seperti dirobek-robek. Saya ringkaskan komen saya seperti di bawah:
-Anak siapakah itu? Diajarkah tentang adab dengan bukan mahram oleh ibubapanya? Bukan salah ibu mengandung tetapi salah didikan ibubapa yang membesarkan tanpa memperkenalkan mereka dengan syariat.
-Anak gadis itu pula, kamu bertudung tetapi kamu membiarkan tubuh kamu dipeluk lelaki bukan mahram? Kalau sudah terlalu terujapun dengan artis, janganlah gadaikan maruah diri walaupun hanya dipeluk. Atau yang kamu faham 'menggadai maruah' itu hanya apabila diserahkan 'mahkota'?
-Melalak seperti dirasuk syaitan bukan budaya anak gadis Melayu yang lemah lembut, beradab Islam dan timur, atau kamu sudah dihisteriakan oleh artis kesayangan kamu?
-Kerajaan bersekongkol kerana menggalakkkan budaya 'kurang ajar syariat' ini. Konon bercakap tentang 'patuh syariah' tetapi menyuburkan budaya engkar syariah.
-Wahai ibubapa, anda tersilap mendidik anak anda kerana mereka jauh dengan hukum dan akhlak Islam
-Wahai guru, anda tidak mendidik murid anda dengan akhlak islam dan sensitif dengan hukum syarak.
-Wahai media, anda yang menanam budaya tak kisah syariat ini kepada anak gadis ini.
ia juga memberi persepsi kepada artis Korea bahawa perempuan bertudung di Malaysia rupanya senang dipeluk dan dicium walaupun di tengah khalayak ramai. Dan alangkah ramainya mereka yang seperti ini rupanya di atas motosikal di bonceng oleh lelaki bukan mahram sambil memeluk erat. Bukankah itu juga aksi peluk?
Saya hanya menunaikan sebahagian dari tanggungjawab amar makruf nahi mungkar dengan tulisan ini. Yang lain terserah kepada pihak berwajib yang lain.
La Haula wa la quwwata illa billah
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: ustaznik

Apa sudah jadi...
Posted on Sunday, January 11 @ 19:25:10 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Kuala Lumpur: "Semua yang berlaku ini adalah punca tindakan kita yang membuka ruang kebebasan yang terlalu luas hingga lupa nilai agama ada pada diri kita," kata pendakwah dan penceramah bebas Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani.
Beliau mengulas penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa orang gadis melayu bertudung dicium serta dipeluk oleh artis Kpop menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di internet.Difahamkan, gadis terbabit dicium dan dipeluk oleh beberapa orang anggota dari kumpulan Kpop B1A4 yang membuat persembahan di KL Live Center Kuala Lumpur semalam yang dianjurkan oleh syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
Ahmad Dusuki berkata, keruntuhan sosial adalah cabaran dan masalah paling besar yang dihadapi ketika ini disebabkan umat Islam dilihat sudah semakin lupa dengan ajaran agama.
"Kita berhadapan masalah besar sekarang, sosial kita runtuh, ekonomi runtuh, agama sudah tidak ada. Apabila agama sudah tidak ada, segala-galanya juga sudah tidak ada," katanya.
Cubaan Harian Metro menghubungi penganjur konsert tidak berjaya apabila panggilan telefon tidak dijawab.
Pemuda PAS: Peguam Paulsen hina Muslim
Posted on Sunday, January 11 @ 16:50:32 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Timbalan Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi menyifatkan aktivis peguam Eric Paulsen mungkin menghina umat Islam jika tweet kontroversinya merujuk kepada khutbah Jumaat.
“Apakah maksud beliau apabila menyatakan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) promoting extremism every friday (Jakim promosi ekstrimisme tiap Jumaat)?” soal anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
“Sekiranya beliau (Paulsen) memaksudkan khutbah Jumaat, ini satu tindakan penghinaan terhadap umat islam keseluruhannya.”
Menulis di Facebook pagi tadi, Khalid mendesak tweet itu dipadamkan dan Khalid pula digesa memohon maaf kepada seluruh umat Islam “yang terguris dengan penghinaan ini”.
Semakan Malaysiakini mendapati tweet kontroversi itu telah tiada. Paulsen ketika dihubungi mengesahkan memadamnya.
Tweet kontroversi Paulsen pada Jumaat lalu berbunyi:
“Jakim is promoting extremism every Friday. Goverment needs to adress that if serius about extremism in Malaysia."
(Jakim mempromosi ekstremisme setiap Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya jika serius mengenai ekstremisme di Malaysia.)
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berkata, kenyataan Paulsen itu antara yang wajar disiasat bawah Akta Hasutan 1948.
Utusan: Pemikiran Paulsen 'ekstrem'
Sementara itu, Mingguan Malaysia hari ini turut mengkritik kenyataan Paulsen yang dikatakan “terlalu ekstrem kerana datangnya dari pemikiran yang ekstremisme”.
“Beliau sudah melampau dan salah.
"Buatlah kajian, khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jakim selama ini sentiasa menyeru umat Islam kepada kesederhanaan, perpaduan, saling menghormati sesama agama dan kaum serta nilai-nilai murni sejagat biarpun kerap menyentuh soal menjaga kesucian Islam dan akidah.
“Bagi beberapa sarjana Islam tempatan, khutbah Jakim dilihat agak 'lembut' dan adakalanya tidak reflektif kepada tekanan yang dihadapi oleh umat Islam,” tulis Awang Selamat.
Pendekatan Tauhid kontemporari vs tradisional?
Posted on Sunday, January 11 @ 16:46:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
"
ORANG DAHULU SESAT MENCARI KETUHANAN, ORANG SEKARANG SESAT DALAM MENCARI KEHIDUPAN. ORANG DAHULU RAGU TENTANG TUHAN, ORANG SEKARANG RAGU ISLAM SEBAGAI PANDUAN YANG AMPUH DALAM KEHIDUPAN.
Pada asasnya, tauhid itu sama sahaja iaitu untuk mengesakan Allah dan membuang sifat kufur, syirik, dan nifaq dari dalam diri manusia. Pemisahan antara kontemporari dan tradisional bukan disebabkan perbezaan dalam tauhid itu, tetapi perbezaan dalam pendekatan dalam mengukuhkan keyakinan kepada Allah. Terdapat keperluan untuk membuat pendekatan baru kerana:
Oleh kerana manusia hidup dalam hutan teknologi, di mana mereka bukan sekadar dapat sentuh teknologi dan keselesaan kehidupan atau dapat merasa teknologi dan keselesaan dalam kehidupan, tetapi mereka menikmati semua teknologi dan keselesaan itu. Ya, menikmati semua itu. Tuhan? Tuhan tidak dapat dilihat, dosa pahala pun tidak dapat dilihat. Kalau dibandingkan antara keselesaan yang dapat dinikmati dengan ketuhanan yang tidak dapat dilihat, manakah yang manusia lebih yakin?
Pendekatan tauhid 20 (aliran Asyairah) dan pembahagian tauhid kepada 3 (aliran salafi), merupakan salah satu pendekatan yang disesuaikan dengan zaman itu. Kita boleh ikut mana pendekatan yang sesuai kerana ubat perlu disesuaikan dengan penyakit. Sebagai contoh; matlamat rukun iman yang pertama ialah untuk menjadikan seseorang itu benar-benar yakin tentang status dirinya dan mengenali siapakah tuhan dan siapakah hamba. Orang yang masih merasakan bahawa dia boleh pakai ikut suka dia, solat ikut suka dia, …… semuanya ikut suka dia, bukan ikut panduan dari Allah, dia ada masalah dalam rukun iman yang pertama.
Apa yang penting dalam pengajian tauhid ialah matlamat dari setiap rukun iman itu tercapai.
Penjelasan matlamat setiap rukun iman itu, sila tunggu artikel seterusnya.
KESIMPULAN
ORANG DAHULU SESAT MENCARI KETUHANAN, ORANG SEKARANG SESAT DALAM MENCARI KEHIDUPAN.
ORANG DAHULU RAGU TENTANG TUHAN, ORANG SEKARANG RAGU ISLAM SEBAGAI PANDUAN YANG AMPUH DALAM KEHIDUPAN.
Tujuan Pembelajaran Ilmu Tauhid ialah untuk
•Meyakini Allah sebagai tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah serta meyakini semua rukun iman yang enam.
•Mengelak daripada syirik, kufur, nifaq aqidah.
•Memandu cara berfikir yang betul dan persepsi terhadap alam dan kehidupan.
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: mysifu

Autoshow di Cina Bakal Bebas dari Model Seksi
Posted on Sunday, January 11 @ 16:42:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
"
Suara.com - Pameran kendaraan di Cina kini harus bebas dari model seksi dengan rok mini dan baju ketat.
Victor Yang, juru bicara Geely Automobile Holdings Ltd, mengemukakan telah mendapatkan pemberitahuan lisan dari penyelenggara pameran otomotif Shanghai.
Pemberitahuan itu intinya melarang penggunaan model pada autoshow yang akan berlangsung selama satu pekan mulai 20 April 2015 tersebut.
Pejabat di Dewan Promosi Perdagangan Internasional Shanghai yang juga terlibat dalam pameran tersebut mengatakan larangan itu sedang dibahas dan keputusan akan diumumkan segera. Pejabat tersebut tidak memberi keterangan lebih lanjut.
Pameran kendaraan di banyak tempat sudah biasa menggunakan model berparas menarik untuk memeriahkan booth.
Masalahnya, kadang model lebih mendapat perhatian dibandingkan mobil yang dipamerkan, khususnya oleh para fotografer amatir.
Pihak industri otomotif Cina menyambut baik langkah pemerintah mereka tersebut.
"Pameran mobil adalah event industri untuk menampilkan kendaraan, bukan model cantik," kata Victor Yan

Oleh: rosmahbertudung

Doktor bukan Islam yang amat prihatin nasib pesakit Islam
Posted on Sunday, January 11 @ 16:38:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
"
ALLAHUAKBAR, doktor yg beri pinjam duit dia doktor bangsa Sikh
“Mak da blik,

Oleh: rozmal

Dunia ketandusan nilai dalam meniti akhir zaman
Posted on Sunday, January 11 @ 16:39:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
Oleh AINI RASYIQAH MOHAMAD ARIP
Habis musnah nilai kemanusiaan dalam masyarakat kita! Setiap hari, ada sahaja kes pembunuhan sehingga sudah dipandang remeh.
Biasalah, manusia memang semulajadinya mudah bosan dengan kisah sama yang acapkali berlaku, tetapi wajarkah kita mengambil tindakan begitu tanpa berfikir? Apakah pula yang berlaku di dunia ini pada esok hari, lusa dan juga tahun-tahun mendatang? Pelbagai pihak mula berasa gusar memikirkan pelbagai bala akan diturunkan kepada kita.
Banyak kebinasaan yang berlaku sekarang angkara tangan manusia sehingga mengundang kemurkaan yang maha Agung. Sebenarnya, apa yang berlaku adalah teguran daripada Allah.
Firmannya : “Dan Tuhanmu tidak akan membinasakan negeri-negeri, sebelum Dia mengutus seorang rasul di ibu kotanya yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka dan tidak pernah pula Kami membinasakan (penduduk) negeri kecuali penduduknya melakukan kezaliman.” surah al-Qasas ayat 59.
Sesungguhnya al-Quran sangat tepat kandungannya apabila dikaitkan dengan pelbagai onar dalam dunia sekarang. Sudah menjadi-jadi masalah sosial dalam masyarakat kita, tidak cukup di alam nyata, tambah pula di alam maya seperti di media, laman sosial dan sebagainya. Apa yang hendak dikejar oleh mereka, sampai segala tindakan seolah-olah tidak menggunakan akal.
Fitnah bertebaran, gambargambar lucah, bahan bacaan yang tidak ada manfaatnya, inikah yang patut dijadikan paparan umum? Jika dilihat masyarakat kita pada hari ini, mereka sangat gemar mengikut apa yang dikongsikan di laman-laman sosial, kadang-kadang tidak diketahui sumbernya tetapi sangat aktif meninggalkan pelbagai bentuk komen. Mereka sangat berani melemparkan pelbagai tohmahan cerita yang sengaja ingin mencari perhatian. Istilah yang sepadan dengan golongan ini adalah “Keyboard warrior.”
Jika diperhati, lambakan filem yang sangat biasa penceritaannya, sudah muak hendak ditonton. Ia sangat tidak membantu pemikiran masyarakat kita khususnya kalangan umat Islam. Mengenang nasib hidup yang penuh dengan ujian berat di samping kekuatan iman yang ada pasang surutnya, kita sangat menagih bimbingan golongan alim untuk mengawal keadaan ini.
Kebangkitan muda-mudi kita perlu dengan makanan yang enak, lazat dan selamat. Makanan yang sedap itu adalah kerohanian kita.
Generasi muda adalah pembawa medan baru untuk negara.
Tambahan lagi, pihak berkuasa pula jangan asyik pandang ke atas dengan mengejar kemajuan dan pemodenan, mereka juga perlu melihat kepada keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat kita. Bila mana akhlak itu tidak diaplikasi, manakan ada yang ingin diikuti dan pasti sebaliknya yang berlaku.
Nah, sehari dua ini nampaknya isu nilai mata wang pula menduduki carta teratas dalam perbualan ratarata masyarakat kita. Tetapi, bukan semua orang ambil tahu kerana kita ini bukanlah pakar ekonomi, hanya terima apa sahaja yang terpapar di media. Rata-rata masyarakat kita sudah mula sedar tentang ekonomi selepas merasai kenaikan harga barang akibat pemansuhan subsidi minyak.
Walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) masih belum dilaksanakan, harga getah dan kelapa sawit yang merudum serta nilai mata wang ringgit yang semakin rendah menggusarkan banyak pihak lebih-lebih lagi masyarakat yang kurang faham permasalahan ini.
Menurut bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin, banyak fakta dan ramalan ekonomi yang menjurus ke arah keadaan yang sukar dan mencabar apabila ekonomi Eropah diramalkan menguncup tahun hadapan. Tambahan pula, fakta telah menunjukkan kadar tukaran ringgit jatuh paling banyak dalam sehari pada 1 Disember lalu. Belum pernah surut pun isu merompak, merogol, membunuh, kini kita terpanggil untuk ingin tahu isu ini kerana sebut sahaja soal wang, semua orang terpaku dek kerana segala urusan dunia masa kini memerlukan wang.
Melihat kepada segala yang berlaku pasti ada kaitannya dengan wang. Jadi wajar sahaja kita dihidang dengan pelbagai bala dan bencana kerana kerosakan kita yang sudah berada di peringkat yang kritikal. Oleh itu, kita juga jangan mudah melatah menyalahkan orang lain, sepatutnya mengambil iktibar dan mengubah diri masingmasing ke arah kebaikan. Penilaian yang ingin dibuat perlu melihat kepada skop yang lebih besar iaitu mengingati kekuasaan yang maha Esa. Lain orang lain penilaiannya, itulah hikmah kejadian kita.

1• Ancaman terhadap Islam berbeza antara dahulu dan sekarang.
Faktor yang membawa kesesatan orang dahulu berbeza dengan orang
sekarang. Contoh: Orang dahulu sesat kerana terkesan dengan ilmu
falsafah manakala orang sekarang sesat kerana mencari kehidupan. Ada tak
orang sembang di kedai kopi tentang sifat 20? atau tauhid uluhiyyah
atau rububiyyah? Mereka sembang tentang sewa rumah, harga barang yang
semakin meningkat, nak buat loan rumah, korupsi para pemimpin, ekonomi
yang semakin merudum dan sebagainya. Semuanya tentang kehidupan, cuma
persoalannya di sini ialah sejauh manakah mereka meletakkan ketuhanan
sebagai parameter / ukuran di dalam memilih keselesaan di dalam
kehidupan mereka.
2• Perkara / isu yang boleh mengurangkan keyakinan terhadap Islam semakin kreatif.
Dengan adanya TV, internet, pendedahan terhadap kesesatan dan
pemesongan cara hidup yang tidak berlandaskan Islam semakin kreatif.
Secara tidak langsung manusia mungkin tertipu dengan cara hidup yang
Allah tidak suka.
3• Perkara / isu yang boleh mengurangkan keyakinan terhadap Islam semakin banyak / kerap.
Teknologi yang mendasari seluruh kehidupan manusia masa kini boleh
menyebabkan gangguan akidah. Daripada 1511 hingga 1950an, Tanah Melayu
di bawah kuasa penjajah, kita tidak dengar orang Melayu murtad. Tetapi
sejak 1980an ke atas, telah ada orang Melayu murtad dan jumlah mereka
semakin ramai. Bagi yang tidak sampai tahap keluar Islam, tahap
keyakinan terhadap Islam semakin berkurangan, mereka lebih yakin pada
akal mereka sendiri berbanding dengan Islam.
Masyarakat
pada hari ini lebih cenderung untuk mencari kehidupan yang lebih selesa
lebih daripada mencari ketuhanan. Kalau zaman dahulu, mereka
membincangkan soal ketuhanan iaitu tentang zat tuhan, sifat tuhan dan
berpolemik dengan orang bukan Islam malah sesama orang Islam dalam
mencari kebenaran tentang hakikat ketuhanan. Kini manusia sebaliknya,
tidak lagi membicarakan tentang ketuhanan tetapi membicarakan tentang
kehidupan yang lebih selesa iaitu kehidupan moden yang dibantu kuat
dengan pencapaian sains dan teknologi.
Oleh kerana manusia hidup dalam hutan teknologi, di mana mereka bukan sekadar dapat sentuh teknologi dan keselesaan kehidupan atau dapat merasa teknologi dan keselesaan dalam kehidupan, tetapi mereka menikmati semua teknologi dan keselesaan itu. Ya, menikmati semua itu. Tuhan? Tuhan tidak dapat dilihat, dosa pahala pun tidak dapat dilihat. Kalau dibandingkan antara keselesaan yang dapat dinikmati dengan ketuhanan yang tidak dapat dilihat, manakah yang manusia lebih yakin?
Pendekatan tauhid 20 (aliran Asyairah) dan pembahagian tauhid kepada 3 (aliran salafi), merupakan salah satu pendekatan yang disesuaikan dengan zaman itu. Kita boleh ikut mana pendekatan yang sesuai kerana ubat perlu disesuaikan dengan penyakit. Sebagai contoh; matlamat rukun iman yang pertama ialah untuk menjadikan seseorang itu benar-benar yakin tentang status dirinya dan mengenali siapakah tuhan dan siapakah hamba. Orang yang masih merasakan bahawa dia boleh pakai ikut suka dia, solat ikut suka dia, …… semuanya ikut suka dia, bukan ikut panduan dari Allah, dia ada masalah dalam rukun iman yang pertama.
Apa yang penting dalam pengajian tauhid ialah matlamat dari setiap rukun iman itu tercapai.
Penjelasan matlamat setiap rukun iman itu, sila tunggu artikel seterusnya.
KESIMPULAN
ORANG DAHULU SESAT MENCARI KETUHANAN, ORANG SEKARANG SESAT DALAM MENCARI KEHIDUPAN.
ORANG DAHULU RAGU TENTANG TUHAN, ORANG SEKARANG RAGU ISLAM SEBAGAI PANDUAN YANG AMPUH DALAM KEHIDUPAN.
Tujuan Pembelajaran Ilmu Tauhid ialah untuk
•Meyakini Allah sebagai tuhan dan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah serta meyakini semua rukun iman yang enam.
•Mengelak daripada syirik, kufur, nifaq aqidah.
•Memandu cara berfikir yang betul dan persepsi terhadap alam dan kehidupan.
Dr. Muhamad Faisal Ashaari
UKM
http://myfaisalonline.blogspot.com/2014/12/pendekatan-tauhid-kontemporari-vs.html
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: mysifu
Posted on Sunday, January 11 @ 16:46:01 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Autoshow di Cina Bakal Bebas dari Model Seksi
Posted on Sunday, January 11 @ 16:42:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
"
Suara.com - Pameran kendaraan di Cina kini harus bebas dari model seksi dengan rok mini dan baju ketat.
Victor Yang, juru bicara Geely Automobile Holdings Ltd, mengemukakan telah mendapatkan pemberitahuan lisan dari penyelenggara pameran otomotif Shanghai.
Pemberitahuan itu intinya melarang penggunaan model pada autoshow yang akan berlangsung selama satu pekan mulai 20 April 2015 tersebut.
Pejabat di Dewan Promosi Perdagangan Internasional Shanghai yang juga terlibat dalam pameran tersebut mengatakan larangan itu sedang dibahas dan keputusan akan diumumkan segera. Pejabat tersebut tidak memberi keterangan lebih lanjut.
Pameran kendaraan di banyak tempat sudah biasa menggunakan model berparas menarik untuk memeriahkan booth.
Masalahnya, kadang model lebih mendapat perhatian dibandingkan mobil yang dipamerkan, khususnya oleh para fotografer amatir.
Pihak industri otomotif Cina menyambut baik langkah pemerintah mereka tersebut.
"Pameran mobil adalah event industri untuk menampilkan kendaraan, bukan model cantik," kata Victor Yan
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: rosmahbertudung
Posted on Sunday, January 11 @ 16:42:48 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Doktor bukan Islam yang amat prihatin nasib pesakit Islam
Posted on Sunday, January 11 @ 16:38:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
"
ALLAHUAKBAR, doktor yg beri pinjam duit dia doktor bangsa Sikh
Susulan pesakit tak cukup duit bayar bil Hospital Seremban pada 10 Jan 2015. Berikut mesej dari anaknya,
“Mak da blik,
Tadi sy pinjam duit ada Doctor kat Hospital tu,dia bagi pinjam RM200,kawan abang RM100,sy jual barang pribadi sy dapat RM200.
Cukup terus bayar tadi..
Cume sy kena cari duit nak bayar duit Doctor tu hari Isnin..”
Yang menerima mesej,
Hj Rozmal bin Malakan
Senawang
Tel : 012-2267406
E-mel : rozmal@yahoo.com
FB : Rozmal Malakan
Blog : http://waghih.blogspot.com
"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: rozmal
Posted on Sunday, January 11 @ 16:38:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Dunia ketandusan nilai dalam meniti akhir zaman
Posted on Sunday, January 11 @ 16:39:34 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
Oleh AINI RASYIQAH MOHAMAD ARIP
Habis musnah nilai kemanusiaan dalam masyarakat kita! Setiap hari, ada sahaja kes pembunuhan sehingga sudah dipandang remeh.
Biasalah, manusia memang semulajadinya mudah bosan dengan kisah sama yang acapkali berlaku, tetapi wajarkah kita mengambil tindakan begitu tanpa berfikir? Apakah pula yang berlaku di dunia ini pada esok hari, lusa dan juga tahun-tahun mendatang? Pelbagai pihak mula berasa gusar memikirkan pelbagai bala akan diturunkan kepada kita.
Banyak kebinasaan yang berlaku sekarang angkara tangan manusia sehingga mengundang kemurkaan yang maha Agung. Sebenarnya, apa yang berlaku adalah teguran daripada Allah.
Firmannya : “Dan Tuhanmu tidak akan membinasakan negeri-negeri, sebelum Dia mengutus seorang rasul di ibu kotanya yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka dan tidak pernah pula Kami membinasakan (penduduk) negeri kecuali penduduknya melakukan kezaliman.” surah al-Qasas ayat 59.
Sesungguhnya al-Quran sangat tepat kandungannya apabila dikaitkan dengan pelbagai onar dalam dunia sekarang. Sudah menjadi-jadi masalah sosial dalam masyarakat kita, tidak cukup di alam nyata, tambah pula di alam maya seperti di media, laman sosial dan sebagainya. Apa yang hendak dikejar oleh mereka, sampai segala tindakan seolah-olah tidak menggunakan akal.
Fitnah bertebaran, gambargambar lucah, bahan bacaan yang tidak ada manfaatnya, inikah yang patut dijadikan paparan umum? Jika dilihat masyarakat kita pada hari ini, mereka sangat gemar mengikut apa yang dikongsikan di laman-laman sosial, kadang-kadang tidak diketahui sumbernya tetapi sangat aktif meninggalkan pelbagai bentuk komen. Mereka sangat berani melemparkan pelbagai tohmahan cerita yang sengaja ingin mencari perhatian. Istilah yang sepadan dengan golongan ini adalah “Keyboard warrior.”
Jika diperhati, lambakan filem yang sangat biasa penceritaannya, sudah muak hendak ditonton. Ia sangat tidak membantu pemikiran masyarakat kita khususnya kalangan umat Islam. Mengenang nasib hidup yang penuh dengan ujian berat di samping kekuatan iman yang ada pasang surutnya, kita sangat menagih bimbingan golongan alim untuk mengawal keadaan ini.
Kebangkitan muda-mudi kita perlu dengan makanan yang enak, lazat dan selamat. Makanan yang sedap itu adalah kerohanian kita.
Generasi muda adalah pembawa medan baru untuk negara.
Tambahan lagi, pihak berkuasa pula jangan asyik pandang ke atas dengan mengejar kemajuan dan pemodenan, mereka juga perlu melihat kepada keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat kita. Bila mana akhlak itu tidak diaplikasi, manakan ada yang ingin diikuti dan pasti sebaliknya yang berlaku.
Nah, sehari dua ini nampaknya isu nilai mata wang pula menduduki carta teratas dalam perbualan ratarata masyarakat kita. Tetapi, bukan semua orang ambil tahu kerana kita ini bukanlah pakar ekonomi, hanya terima apa sahaja yang terpapar di media. Rata-rata masyarakat kita sudah mula sedar tentang ekonomi selepas merasai kenaikan harga barang akibat pemansuhan subsidi minyak.
Walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) masih belum dilaksanakan, harga getah dan kelapa sawit yang merudum serta nilai mata wang ringgit yang semakin rendah menggusarkan banyak pihak lebih-lebih lagi masyarakat yang kurang faham permasalahan ini.
Menurut bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin, banyak fakta dan ramalan ekonomi yang menjurus ke arah keadaan yang sukar dan mencabar apabila ekonomi Eropah diramalkan menguncup tahun hadapan. Tambahan pula, fakta telah menunjukkan kadar tukaran ringgit jatuh paling banyak dalam sehari pada 1 Disember lalu. Belum pernah surut pun isu merompak, merogol, membunuh, kini kita terpanggil untuk ingin tahu isu ini kerana sebut sahaja soal wang, semua orang terpaku dek kerana segala urusan dunia masa kini memerlukan wang.
Melihat kepada segala yang berlaku pasti ada kaitannya dengan wang. Jadi wajar sahaja kita dihidang dengan pelbagai bala dan bencana kerana kerosakan kita yang sudah berada di peringkat yang kritikal. Oleh itu, kita juga jangan mudah melatah menyalahkan orang lain, sepatutnya mengambil iktibar dan mengubah diri masingmasing ke arah kebaikan. Penilaian yang ingin dibuat perlu melihat kepada skop yang lebih besar iaitu mengingati kekuasaan yang maha Esa. Lain orang lain penilaiannya, itulah hikmah kejadian kita.
Kisah Benar - Rezeki Tiba-Tiba di dalam Masjid
Posted on Sunday, January 11 @ 16:19:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
"
Kisah ini terjadi pada waktu Dhuha 5 Jan 2015. Alkisah seorang pemuda yang telah kehabisan duit belanja di tangan. Pemuda yang sudah lama tidak solat Dhuha ini menunaikan solat Dhuha di rumahnya sebanyak 2 rakaat.
Usai solat Dhuha, dia pergi ke masjid kampungnya (kampung bersebelahan dengan Pekan Kuala Berang) dengan niat untuk membaca Al-Quran (masjid ada gema, seolah ada pembesar suara katanya).
Ketika dia masuk ke ruang utama masjid, kelihatan seorang ...
... abang memakai pakaian seragam (macam kastam, penjara - tidak pasti) sedang menelaah/membaca kitab/ Al-Quran (tidak pasti), maka pemuda memilih untuk membaca di ruang solat luar setelah bersalaman dengannya tadi. Seingat pemuda, belum pernah dia berjumpa dengan abang tersebut.
Pemuda ini mengalunkan bacaan Al-Quran dengan tarannum ala-ala Mishary (peminat tegar Mishary). Surah pertama - Ar-Rahman, seterusnya surah kedua - Al-Waqiah. Kuat juga la dia baca sebab dia suka baca kuat. Baru 'feel' katanya.
Semasa membaca surah Al-Waqiah, abang tadi keluar dan memberitahu ingin pulang. Semasa bersalam rupanya ada duit kertas. "Buat duit minum air", kata abang itu. Pemuda ni dalam hati tertanya-tanya juga berapa RM duit itu. Terkejut bila mendapati RM10 yang dihulurkan oleh abang tersebut.
Itulah rezeki yang datang dari Allah melalui abang itu... Mungkinkah kerana solat Dhuha ? Atau Al-Waqiah ? Atau kedua-duanya?
30 minit membaca Al-Quran dapat RM 10, 1 jam RM 20, 8 jam RM 160, 30 hari RM4800 ! Ini cuma contoh congak-congak pengiraan untuk menggambarkan mudahnya rezeki masuk bila amalkan Solat Dhuha & baca Surah Al-Waqiah.
Namun, percayalah.....Nilai huruf demi huruf Al-Quran yg kita baca (dengan ikhlas) tidak dapat diukur dengan harta dunia.
Mari bersama amalkan Solat Dhuha & Surah Al-Waqiah (juga solat sunat & surah-surah yang lain). Lakukan dengan ikhlas kerana Allah ; kerana mengsyukuri nikmatnya serta mengharapkan keredhaan-Nya. Elakkan menjadikan solat Dhuha & Surah Al-Waqiah sebagai 'magnet' rezeki seperti niat pemuda ini.
Jika sekiranya terniat semasa beramal agar beroleh rezeki, niatkan untuk mencari rezeki yang halal dan seterusnya berusaha untuk menggunakan rezeki yang halal itu ke arah perjuangan demi dakwah & ukhwah, perjuangan fisabilillah.
Jangan lupa juga istiqamah bersedekah walaupun hanya RM 1 sehari, atau jika terlalu "sukar" mungkin hanya dengan sebiji kurma sehari. In Sha Allah rezeki halal datang tanpa disangka, usahamu berkat & hidupmu berjaya !
Nota : Boleh share kisah ini yang memang di sahkan benar.
------------------------------
Juga Tips Rezeki Murah
# Usahakan bersedekah duit yang paling besar dalam dompet untuk tabung masjid.
# Ikhlaskan niat kerana Allah.
"
................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: fairuzhafeez
Posted on Sunday, January 11 @ 16:19:43 MYT
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
Kemelut dalam Harakah, kebebasan akhbar satu "utopia"
Posted on Sunday, January 11 @ 16:30:19 MYT
Dilulus untuk paparan oleh budakjalanan
Oleh Ku seman ku hussain
Saya sangat bersimpati dengan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman yang diminta meletakkan jawatan kerana masalah “kesihatan” oleh Lembaga Pengarah lidah rasmi Pas itu. Tetapi pada masa yang sama saya tidak terkejut perkara itu berlaku kepada akhbar termasuk Harakah.
Secara peribadi yang berlaku ke atas Ahmad Lutfi adalah suatu yang mengecewakan kerana beliau seorang penulis yang kritis, ada pemikiran dan lantang. Walaupun kami kerap berbeza prinsip dan pandangan tetapi kebolehan beliau tidak dinafikan.
Bagaimanapun yang berlaku ke atas beliau adalah bukti kuasa politik bebas mencampuri hal ehwal editorial.

Keadaan
politik negara kita berbeza dengan beberapa negara lain seperti
Britain atau Australia. Di sana bukan politik yang mengawal akhbar
tetapi taikun akhbar yang mengawal orang politik.
Taikun seperti Rupert Murdoch misalnya berkuasa mengatur kemenangan parti tertentu. Dalam pilihan raya umum 1992 misalnya, akhbar Sun milik Murdoch secara terang-terang mengaku menyumbang kemenangan kepada Konservatif.
Tetapi situasi di negara kita berbeza, akhbar selalunya terpaksa mengalah kepada politik. Saya percaya Ahmad Lutfi juga menyedari hakikat ini.
Ini membuktikan bahawa gagasan sesetengah pihak memperjuangkan kebebasan akhbar mutlak tidak lebih sebagai modal politik. Kebebasan sebagaimana yang diperjuangkan itu tidak wujud, ia satu utopia.
Tetapi penyokong tegar sesebuah parti termakan rasukan bahawa akhbar langsung tidak ada kebebasan dan semuanya dikawal oleh parti. Saya harap apa yang berlaku ke atas editorial Harakah membawa mereka berpijak di bumi nyata.
Kawalan politik ke atas akhbar berlaku di mana-mana. Jangan terpengaruh kepada idealisme gerombolan yang turun ke jalan raya memperjuangkan kebebasan akhbar cara mereka, itu kerja sia-sia. Mereka tidak tahu apa-apa tentang kebebasan akhbar.
Kontroversi Harakah kini menjadi topik hangat dalam kalangan penyokong dan ahli Pas. Mereka macam tidak percaya Pas bertindak sedemikian. Maka ada yang bangkit menyuarakan bantahan. Saya tidak berminat untuk mengulas politiking dalam Pas dan Harakah.
Saya membangkit isu ini sebagai satu kajian kes yang membuktikan kawalan politik ke atas editorial suatu perkara biasa. Pemimpin editorial bukan sahaja perlu “menjaga” parti tetapi juga golongan tertentu yang dominan dalam parti.
Daripada beberapa sumber, kontroversi “ubah” Ketua Pengarang itu tercetus akibat beberapa tulisan kolumnis yang juga penyair dan aktivis budaya, Che Shamsudin Othman (Dinsman) yang mengkritik golongan ulama dalam Pas. Ironinya kerajaan BN memberikan kebebasan kepada Harakah tetapi Pas pula mencengkam akhbarnya sendiri.
Sebelum Ahmad Lutfi, dua pengarang kanan Harakah telah ditamatkan perkhidmatan. Yang Dipertua Pas kawasan Batu, Ishak Surin membantah pemecatan “terhormat” Ahmad Lutfi serta dua pengarang kanan, dan menyifatkan tindakan itu tidak mencerminkan sikap sebuah parti Islam. Beliau mungkin terlupa bahawa Pas sebuah parti politik.
Saya percaya pemimpin politik pun tidak mahu kebebasan akhbar. Yang dilaungkan itu hanya drama sahaja. Akhbar digunakan untuk memperlahankan musuh dalam dan luar parti. Tetapi perkara ini tidak banyak diketahui oleh penyokong.
Saya selalu ditanya oleh rakan-rakan yang totok Pas tentang kebebasan akhbar. Tetapi jawapan saya tidak menggembirakan kerana menganggap mereka telah tersihir oleh kepetahan orang berjaja di pasar politik. Di situlah munculnya dakwaan sesetengah akhbar dikawal oleh parti tertentu. Ada yang betul dan juga tidak dalam soal ini.
Kebebasan
Rasanya lebih elok kalau penyokong Pas atau PKR bertanya kepada ketua mereka Anwar Ibrahim tentang kebebasan akhbar. Beliau lebih mahir terutama ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu. Tanya juga bagaimana cara dia mengawal editorial akhbar dan media elektronik untuk menonjolkan diri dan memperlahankan dan sekali gus “membunuh” musuh politiknya dalam UMNO.
Tetapi bagi saya yang dilakukan Anwar bukanlah salah atau luar biasa. Ini perkara biasa. Malah dihalalkan dalam etika berpolitik negara ini. Maka dalam konteks isu kontroversi Harakah, ia memperjelaskan kepada kita bahawa kawalan politiklah yang membunuh gagasan kebebasan akhbar. Ini bukan sahaja berlaku di Harakah malah di akhbar-akhbar lain yang dinaungi parti. Di bawah naungan taikun pun tidak ada kebebasan juga kerana taikun ada agenda.
Saya ingin mengatakan bahawa yang melanda Harakah tidak sepatutnya menjadi isu. Saya percaya Ahmad Lutfi pun sedar hakikat Pas ialah sebuah parti politik. Maka sifatnya sama dengan parti politik lain yang memastikan kelangsungan parti dan orang politiknya.
Penyokong-penyokong Pas tidak boleh terlalu ideal melihat Harakah bebas daripada campur tangan politik, tidak kira sama ada politik dalam atau luar Pas. Ini kerana musuh orang politik datang dari dua sudut, dalam dan luar parti.
Tengoklah, walaupun Harakah tidak menyokong UMNO, Ketua Pengarangnya dinasihatkan meletakkan jawatan. Sebabnya mungkin beliau kurang disenangi dengan golongan tertentu dalam Pas sendiri.
Ini dapat dilihat apabila ada pemilihan parti wujud puak-puak tertentu. Walaupun parti yang sama tetapi jangan terkejut kalau kumpulan yang menguasai akhbar menggunakannya untuk “membunuh” musuh sesama parti. Saya ingin menyarankan kepada ahli-ahli parti politik atau penyokong supaya melihat parti dari pelbagai saluran maklumat. Penyokong Pas tidak boleh bergantung kepada Harakah sahaja untuk melihat dan menilai Pas dan pemimpin-pemimpinnya. Mereka perlu melihat dari sudut pandangan “cermin belakang” iaitu akhbar yang tidak dikuasai oleh Pas.
Sudah tentu yang kurang baik tentang pemimpin Pas tidak ada dalam Harakah dan mungkin ada dalam akhbar lain walaupun secara prinsipnya mereka sangat menyampah. Kenalah membezakan rasa menyampah dengan fakta yang tidak ada dalam Harakah.
Begitu juga penyokong parti-parti lain, mereka boleh sahaja mengutip kritikan dalam Harakah untuk melihat kepincangan parti dan pemimpin-pemimpinnya. Itupun kalau mereka sanggup menerima kenyataan yang pahit.-www.utusan.com.my

Tiada ulasan:
Catat Ulasan