Saya orang Islam, tidak mahu terlibat penipuan, kata Mejar Zaidi
Mejar Zaidi Ahmad yang dipecat Mahkamah Tentera pada Isnin kerana melanggar disiplin memberitahu forum malam tadi beliau tidak pernah menyesal dengan apa yang berlaku.Zaidi berkata, tindakannya membuat laporan polis terhadap dakwat kekal yang tidak efektif semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu kerana beliau bertanggungjawab untuk menyatakan kebenaran.
"Mereka (kerajaan) mengatakan dakwat itu kekal tetapi saya dapati ia boleh dibasuh. Saya tidak mahu jadi sebahagian daripada penipuan.
"Saya orang Islam dan bertanggungjawab menyatakan kebenaran. Saya tidak menyesal untuk menyatakan kebenaran," kata Zaidi pada satu forum di Kuala Lumpur malam tadi.
Forum malam tadi dianjurkan Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) yang turut menampilkan Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari, Naib Presiden Majlis Peguam Steven Thiru dan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah.
Zaidi dijemput untuk memberikan ucapan pembukaan dan berkongsi pengalaman perbicaraan dengan Mahkamah Tentera.
Beliau berterima kasih kepada Bersih 2.0 atas sokongan yang diberikan kepadanya sepanjang perbicaraan.
"Kawan sebenar sukar untuk datang dan Bersih merupakan sahabat dan berada bersama saya sejak awal lagi," katanya.
Zaidi membuat laporan polis berhubung dakwat kekal selepas PRU13 dan diambil tindakan disiplin. Beliau didapati bersalah kerana berkongsi maklumat sulit dengan media. – 16 Januari, 2014.
Mengapa SPR tak didakwa, kata Anwar selepas Mejar Zaidi dihukum
Anwar berkata, penamatan khidmat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang sudah bekerja selama 26 tahun itu adalah tidak wajar.
"Saya menuntut penjelasan Kementerian Pertahanan mengenai penghukuman ke atas Mejar Zaidi Ahmad yang membawa kepada penamatan perkhidmatan serta merta.
"Ini ternyata satu keputusan yang zalim ke atas beliau yang berkhidmat selama 26 tahun," kata Anwar dalam blognya anwaribrahimblog.com.
Anwar menyifatkan hukuman tersebut sebagai tidak adil walhal isu dibangkitkan Zaidi sebenarnya mendedahkan kepincangan dakwat kekal yang digunakan SPR tetapi sebaliknya badan pengendali pilihan raya itu pula terlepas daripada pendakwaan.
"Walhal SPR terus membisu tanpa pembelaan ke atas dakwaan beliau, pendedahan peguam Mohamed Hanipa Maidin mengenai kepincangan prosiding Mahkamah Tentera harus diberi perhatian serius," katanya.
Baru-baru ini, pegawai TUDM berusia 45 tahun itu diputuskan bersalah oleh mahkamah tentera atas dua dakwaan melanggar protokol semasa mendedahkan masalah dakwat kekal yang digunakan dalam Pilihan Raya Umum pada Mei 2013.
Kontroversi dakwat kekal yang digunakan buat pertama kali pada PRU13, dikritik selepas ramai pengundi mengadu ia boleh dibasuh dengan mudah.
Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menegaskan kegagalan sistematik dakwat kekal semasa pengundian awal dan hari pengundian menjejaskan hasil pilihan raya itu.
SPR akhirnya mengaku November lalu dakwat kekal digunakan pada PRU13 mempunyai kelemahan; antara lain, ia boleh dibasuh dan mengambil masa yang lama untuk kering dan kerana itu ia meninggalkan kotoran pada kertas undi. Bagaimanapun SPR menegaskan dakwat kekal masih akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang.
Zaidi, yang berpangkalan di kem Butterworth di Seberang Prai, Pulau Pinang, adalah seorang daripada 235,826 kakitangan pasukan keselamatan dan pasangan di seluruh negara yang mengundi lebih awal pada 30 April tahun lepas. – 15 Januari, 2015.
1:31PM - 16 Jan 2015
Dr M: Di mana wang 1MDB?
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad masih tidak
berpuas hati dengan penjelasan firma pelaburan 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) bahawa dana sebanyak RM8.3 bilion yang dilaburkan di
Kepulauan Cayman telah diperolehi semula.
Mahathir berkata, firma yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu perlu menjelaskan bank yang menjadi tempat pelaburan dana tersebut.
"Penjelasan itu tidak mencerahkan apa-apa kepada kita.
"Saya hendak tahu bank mana yang menyimpan wang itu. Jumlahnya berbilion dolar; kamu mesti simpannya di mana-mana.
"Saya tidak tahu di mana wang itu berada – ia adalah sebahagian daripada ketelusan," kata beliau dalam wawancara dengan Sarawak Report yang disiarkan semalam.
1MDB membuat pengumuman mengenai pemerolehan semula dana tersebut selepas firma tersebut dilaporkan terlepas membuat bayaran balik pinjaman berjumlah RM2 bilion (AS$563 juta) yang berakhir pada hujung Disember lalu.
Kontroversi mengenai 1MDB tercetus bulan ini juga menyebabkan firma tersebut distruktur semula dengan pelantikan seorang ahli perbankan di Abu Dhabi Arul Kanda sebagai presiden.
Syarikat 1MDB itu, yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, menerima kritikan hebat atas pelaburan RM8.3 bilion di di luar negara.
Mahathir berkata, firma yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu perlu menjelaskan bank yang menjadi tempat pelaburan dana tersebut.
"Penjelasan itu tidak mencerahkan apa-apa kepada kita.
"Saya hendak tahu bank mana yang menyimpan wang itu. Jumlahnya berbilion dolar; kamu mesti simpannya di mana-mana.
"Saya tidak tahu di mana wang itu berada – ia adalah sebahagian daripada ketelusan," kata beliau dalam wawancara dengan Sarawak Report yang disiarkan semalam.
1MDB membuat pengumuman mengenai pemerolehan semula dana tersebut selepas firma tersebut dilaporkan terlepas membuat bayaran balik pinjaman berjumlah RM2 bilion (AS$563 juta) yang berakhir pada hujung Disember lalu.
Kontroversi mengenai 1MDB tercetus bulan ini juga menyebabkan firma tersebut distruktur semula dengan pelantikan seorang ahli perbankan di Abu Dhabi Arul Kanda sebagai presiden.
Syarikat 1MDB itu, yang dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan, menerima kritikan hebat atas pelaburan RM8.3 bilion di di luar negara.
Kenapa Sirul Azhar boleh ke luar negara?
Shafee berpendapat
pendakwa raya dalam kes ini mungkin tidak menyangka seorang rakyat
Malaysia, yang juga bekas polis, tidak akan hadir ke Mahkamah
Persekutuan mendengar keputusan kesnya. - Foto mole.my
KUALA LUMPUR, 15 Januari:
Pemergian Koperal Sirul Azhar Umar ke
luar negara dianggap menghairankan apatah lagi dia tidak kembali ke
Malaysia semasa Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman gantung sampai
mati ke atasnya, kelmarin kerana membunuh warga Mongolia, Altantuya
Shaariibuu, sembilan tahun lalu.
Peguam kanan, Tan Sri Dr Muhammad Shafee
Abdullah berkata walaupun tidak menyalahi undang-undang, kebiasaannya
pendakwaan akan menggunakan Akta Mahkamah Kehakiman 1963 untuk
menghalang pesalah melarikan diri ke luar negara.
Katanya, akta ini banyak digunakan terutama dalam kes membabitkan tertuduh dari luar negara.
“Sungguhpun (jika tertuduh dari luar
negara) menang kes itu (di Mahkamah Rayuan), pihak pendakwaan akan guna
akta tersebut. Bagi saya, apabila Sirul Azhar telahpun dibebaskan oleh
Mahkamah Rayuan (pada Ogos lalu), dia tidak salah dan rayuannya
diterima.
“Cuma
saya hairan kenapa dia boleh ke luar negara dan Jabatan Imigresen tidak
diberitahu yang dia tidak boleh keluar,” katanya yang dipetik Sinar Harian.
Namun, beliau berpendapat pendakwa raya
dalam kes ini mungkin tidak menyangka seorang rakyat Malaysia, yang juga
bekas polis, tidak akan hadir ke Mahkamah Persekutuan mendengar
keputusan kesnya.
“Saya tidak rasa ada udang sebalik batu
(mengenai kehilangan Sirul Azhar). Ia hanya tanggapan pendakwa raya atau
timbalan pendakwa raya bahawa Sirul Azhar akan datang ke mahkamah,
tetapi tanggapan itu nampaknya tidak betul,” katanya.
Dalam pada itu, polis mengesahkan Koperal Sirul Azhar Umar telah ke Australia, Oktober tahun lepas.
Perkara ini disahkan oleh Pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohmad Salleh selepas
menyemak rekod dengan Jabatan Imigresen Malaysia.
“Setakat ini memang Imigresen sahkan dia ke luar negara iaitu Australia dan dia ke sana bulan sepuluh tahun lepas.
“Kita akan bekerjasama dengan Polis
Persekutuan Australia kalau dia berada di sana, tetapi kalau dia dah
keluar ke mana-mana destinasi lain, kita akan bekerjasama dengan
Interpol…untuk melaksanakan tangkapan terhadapnya, kita memang akan
minta kerjasama polis antarabangsa,” katanya.
Difahamkan polis akan mengeluarkan
‘Notis Merah’ kepada Polis Antarabangsa (Interpol) untuk membantu
mengesan Sirul Azhar dan permohonan ekstradisi akan dibuat kepada negara
berkenaan, sebelum membawanya pulang mengikut prosedur undang-undang
sedia ada.
Mahkamah Persekutuan pada Selasa
lalu menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota Unit Tindakan
Khas (UTK) iaitu Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri selepas
didapati bersalah membunuh Altantuya sembilan tahun lepas.
Mahkamah Persekutuan juga sebulat suara
mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 yang
membebaskan kedua-dua mereka.
Mahkamah Persekutuan mendapati Mahkamah Rayuan terkhilaf dalam keputusannya.
Pada 9 April 2009, Mahkamah Tinggi Shah
Alam menjatuhkan hukuman mati ke atas Sirul Azhar dan tertuduh pertama
Cif Inspektor Azilah Hadri selepas didapati bersalah membunuh Altantuya
sembilan tahun lalu.
Abu Hashim Jalal added a new photo.
3 hrs ·
MP mahu gambar baru pembunuh Altantuya
MP Segambut Lim Lip Eng mahu Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid
Abu Bakar memberi jaminan bahawa wajah dua pembunuh Altantuya Shaariibuu
- Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri - yang didedahkan media semalam,
bukan diambil pada 10 tahun lalu.
Malah, kata Lim (bawah), pihak keselamatan juga perlu memaklumkan kepada rakyat mengenai wajah mereka yang sebenarnya khususnya Sirul - yang kini dilapor berada di Australia - bagi membantu polis menjejakinya.
"Orang ramai perlu tahu bagaimana rupa mereka sekarang supaya mereka terserempak dengan dua pembunuh ini tahu apa yang telah mereka berdua lakukan kepada seorang wanita yang tidak berdosa dan boleh membantu pihak polis sekiranya Sirul menyelinap pulang ke Malaysia.
"Ini juga membolehkan rakyat Malaysia di Australia untuk membantu menyedarkan orang awam dan pihak berkuasa Australia tentang kewujudan seorang pembunuh di kejiranan mereka," katanya.
Pada Selasa lalu, Sirul dan Azilah didapati bersalah membunuh Altantuya di Puncak Alam, Shah Alam pada 2006 dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati kedua-dua pesalah itu.
Azilah hadir ketika hukuman dijatuhkan manakala Sirul tidak hadir.
Dalam kenyataannya juga, pemimpin DAP itu juga mahu polis menjelaskan mengapa kedua-dua pesalah itu didakwanya mendapat keistimewaan apabila identiti sebenarnya ditutup daripada orang ramai dan pihak media.
Bahkan, beliau mempersoal tindakan pihak berkuasa yang didakwanya "gigih" menyembunyikan wajah dua pembunuh itu setiap kali mereka muncul di mahkamah sehinggalah dijatuhi hukuman.
Sementara itu, Lim turut menyindir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi akan menulis surat kepada kerajaan Australia untuk memaklum dan mengesahkan bahawa Sirul sebagai pembunuh yang didapati bersalah dan menjadi orang yang dikehendaki negara.
"...Serta memohon supaya pihak berkuasa Australia segera mengekstradisi Sirul pulang ke Malaysia?" kata Lim lagi merujuk kepada tindakan Zahid yang menulis surat kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat berkaitan raja judi Paul Phua.
·Malah, kata Lim (bawah), pihak keselamatan juga perlu memaklumkan kepada rakyat mengenai wajah mereka yang sebenarnya khususnya Sirul - yang kini dilapor berada di Australia - bagi membantu polis menjejakinya.
"Orang ramai perlu tahu bagaimana rupa mereka sekarang supaya mereka terserempak dengan dua pembunuh ini tahu apa yang telah mereka berdua lakukan kepada seorang wanita yang tidak berdosa dan boleh membantu pihak polis sekiranya Sirul menyelinap pulang ke Malaysia.
"Ini juga membolehkan rakyat Malaysia di Australia untuk membantu menyedarkan orang awam dan pihak berkuasa Australia tentang kewujudan seorang pembunuh di kejiranan mereka," katanya.
Pada Selasa lalu, Sirul dan Azilah didapati bersalah membunuh Altantuya di Puncak Alam, Shah Alam pada 2006 dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati kedua-dua pesalah itu.
Azilah hadir ketika hukuman dijatuhkan manakala Sirul tidak hadir.
Dalam kenyataannya juga, pemimpin DAP itu juga mahu polis menjelaskan mengapa kedua-dua pesalah itu didakwanya mendapat keistimewaan apabila identiti sebenarnya ditutup daripada orang ramai dan pihak media.
Bahkan, beliau mempersoal tindakan pihak berkuasa yang didakwanya "gigih" menyembunyikan wajah dua pembunuh itu setiap kali mereka muncul di mahkamah sehinggalah dijatuhi hukuman.
Sementara itu, Lim turut menyindir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi akan menulis surat kepada kerajaan Australia untuk memaklum dan mengesahkan bahawa Sirul sebagai pembunuh yang didapati bersalah dan menjadi orang yang dikehendaki negara.
"...Serta memohon supaya pihak berkuasa Australia segera mengekstradisi Sirul pulang ke Malaysia?" kata Lim lagi merujuk kepada tindakan Zahid yang menulis surat kepada Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat berkaitan raja judi Paul Phua.
10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin
Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.
Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…
1. “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?
Sudah pasti saya akan bersama Pakatan – Mejar Zaidi
KUALA LUMPUR – Bekas Pegawai Kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Mejar Zaidi Ahmad mengesahkan akan bersama Pakatan Rakyat (PR).
Beliau berkata demikian, selepas menyertai Forum Bersih 2.0, “Padah Kerana Benar, Bebas Kerana Salah”, pada Khamis malam.
“Sudah pasti saya akan bersama Pakatan Rakyat.
“Bila kamu sertai parti politk, kamu kena ikut keputusan parti. Dan kalau parti ambil keputusan untuk saya bertanding, saya akan bertanding sebagai calon,” katanya ketika ditanya sama ada akan bertanding sebagai calon PR pada pilihan raya umum akan datang.
Menurutnya, keputusan untuk bersama PR, bukanlah satu keputusan yang dipaksa mana-mana pihak, sebaliknya ia adalah keputusan beliau sendiri, berdasarkan apa yang berlaku dalam arena politik negara.
“Faktanya ialah, kalau awak tidak bersetuju dengan kerajaan, kamu kena ada pilihan atau alternatif. Jadi, saya perlu lakukan bahagian saya, dan saya percaya semua orang buat keputusan sendiri.
“Keputusan saya adalah berdasarkan apa yang saya fikir, bukan berdasarkan apa yang orang fikir dan percaya apa yang saya akan buat,” jelasnya lagi.
Isnin lalu, Mahkamah Tentera Kuala Lumpur memutuskan untuk memecat Mejar Zaidi daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong, lapor TRP.
Keputusan itu dibuat mahkamah berkenaan, selepas mendapati dia bersalah terhadap dua pertuduhan, melibatkan isu dakwat kekal, pada Pilihan Raya Umum ke-13, serta menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan