Jumaat, 23 Januari 2015

ADAKAH KITA NAK BERSERONOK2 DALAM DUNIA INI...ATAU KITA NAK MENCABAR ALLAH SWT...KITA JANGAN IKUT ORANG2 YANG MEMANG TAK BERIMAN








Hina Nabi: Empat NGO hantar memorandum
KUALA LUMPUR - Empat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyampaikan bantahan terhadap tindakan majalah mingguan Perancis, Charlie Hebdo menerbitkan kartun yang dilihat menghina Nabi Muhammad pada bulan lepas.

Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) dan Pertubuhan Permuafakatan Ayahanda Malaysia (Permas) menghantar memorandum bantahan itu kepada wakil Kedutaan Perancis di sini, pagi tadi.

Presiden IRIMM Amir Amsaa Alla Pitchay berkata antara kandungan memorandum itu adalah mahu Charlie Hebdo menghentikan tindakan mereka menghina Nabi Muhammad yang mendatangkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Sementara itu, Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah memberi amaran supaya mana-mana pihak tidak memainkan isu agama kerana seluruh umat Islam akan bangkit menentang mereka.

Penerbitan karikatur Nabi Muhammad oleh Charlie Hebdo telah mencetuskan provokasi sehingga menyebabkan pejabatnya di Paris diserang oleh dua militan menyebabkan 12 orang maut, termasuk editor dan kartunis utamanya, Stéphane Charbonnier. - Bernama

Resit pejabat agama meragukan
  • Mohamad Shariff (dua,kiri) menunjukkan laporan polis dan surat arahan kutipan RM 200 oleh Pejabat Agama Daerah Kota Setar, semalam. Mohamad Shariff (dua,kiri) menunjukkan laporan polis dan surat arahan kutipan RM 200 oleh Pejabat Agama Daerah Kota Setar, semalam.
1 / 1
ALOR SETAR – Pejabat Agama Daerah Kota Setar didakwa mengeluarkan resit bayaran palsu kepada beberapa masjid di daerah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Cegah Kemungkaran Masjid-masjid Kedah, Mohamad Shariff Nawab berkata, perkara itu berlaku selepas pejabat agama berkenaan mengarahkan setiap masjid menyumbang RM 200 untuk Tabung Mangsa Banjir Pantai Timur 2014.

“Selepas bayaran dibuat pada 31 Disember lalu, saya dapati ada beberapa maklumat meragukan. Terutama mengenai resit yang dikeluarkan oleh pejabat agama berkenaan.

“Mereka keluarkan ‘resit palsu’ tiada nombor siri serta logo jabatan agama. Sepatutnya, ia perlu menggunakan resit rasmi Majlis Agama Islam Kedah (Maik),” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, semalam.

Menurutnya, sehingga kini, empat masjid di Kota Setar mengemukakan bukti resit palsu tersebut.

Masing-masing ialah Masjid Tunku Abdul Rahman Putra, Kuala Kedah; Masjid Al-Imiah Kampung Baru, Kuala Kedah; Masjid Kampung Ulu, Kuala Kedah dan Masjid Kubang Rotan, Kuala Kedah.

“Setelah saya siasat perkara ini, ia hanya berlaku di daerah Kota Setar. Persoalan saya, kenapa pejabat agama tidak keluarkan resit rasmi Maik.

“Ia sudah tentu menimbulkan persoalan kepada jawatankuasa masjid dan meragukan kami terhadap saluran wang tersebut,” katanya.

Mohamad Shariff berkata, mana-mana masjid di negeri yang mengalami nasib sama juga diminta tampil membuat laporan polis.

“Kita memang bersimpati dengan mangsa-mangsa banjir, tetapi perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku. Kita bimbang kalau duit itu dimasukkan ke akaun individu tertentu,” katanya.

Difahamkan, satu laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah dibuat pada 12 Januari lalu berhubung dakwaan penyelewengan kutipan wang tersebut.

Sebelum ini, Pejabat Agama Daerah Kota Setar telah mengeluarkan surat arahan rasmi bertarikh 31 Disember 2014 memohon sumbangan tabung masjid sebanyak RM 200 untuk disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir di pantai timur.

Menurut surat itu, wang tersebut perlu diserahkan di Pejabat Agama Daerah Kota Setar atau kaunter pendaftaran pejabat Daerah Kota Setar.

Surat yang ditandatangani oleh Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Syeikh Alauddin Abu Bakar turut dibuat salinan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Datuk Noh Dahya.






"Berpurdah tu pilihan saya." - Ina Naim.
Tq datang makan2 di @arteffectsint
Like ·
·


Tiada ulasan: