Polis Pantau 10 Artis Wanita Jadi Escort Girl
Sekurang-kurangnya 10 artis wanita tempatan sedang dipantau oleh pihak polis kerana disyaki terlibat dengan kegiatan gadis peneman atau escort girl yang mana satu pekerjaan yang mampu memberi pulangan yang lumayan hanya dengan perkhidmatan yang ditawarkan itu.
Memetik laporan Harian Metro, beberapa artis popular yang kebanyakannya terdiri daripada pelakon mengenakan bayaran sebanyak RM3,000 sehingga RM10,000 untuk satu malam termasuk perkhidmatan seks.
Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat & Perjudian Bukit Aman, Datuk Roslee Chik, mengakui senarai 10 artis wanita itu kini berada dalam pemantauan pasukannya.
“Ada antara artis itu sudah berkahwin dan kita percaya dia sudah berhenti. Namun, masih ramai lagi yang dikesan aktif di luar sana. Mereka bukan sahaja popular sebaliknya ada juga yang masih baru dalam dunia seni,” katanya.
Tambahnya lagi, mereka yang terlibar itu dipercayai tidak bergerak sendirian malah terdapat orang tengah yang akan mengaturkan pertemuan mereka dengan golongan atas atau VIP yang berminat untuk melanggan. - Siakapkeli.com.my
Asfan Diugut Bunuh Gara-Gara Baju Di AJL29
KUALA LUMPUR 19 January 2015. Penyanyi, Asfan hadir pada Anugerah Juara Lagu 29 (AJL 29) di Stadium Putra, Bukit Jalil. NSTP/Munira Abdul Ghani |
KUALA LUMPUR – Gara-gara memakai pakaian ranggi rekaan Meg atau nama
Instagramnya, @meggoth di Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29) baru-baru
ini, penyanyi Asfan yang popular dengan lagu Alasan Untuk Bahagia
dikecam hebat sehari selepas acara itu berlangsung.
Motif rekaan logo mata dan lambang tiga segi pada baju yang digayakan
itu disalah erti hingga ada yang menganggapnya ada kaitan dengan Dajal
atau Illuminati.Rentetan itu, Asfan telah diugut bunuh dan bakar di laman sosial oleh pengikutnya yang dilihat ekstrim.
Susulan itu Asfan membuat laporan polis bersama peguam dan pereka fesyen berkenaan di Balai Polis Gombak sekitar jam 3 petang, Khamis akibat ancaman jenayah yang berkemungkinan membahayakan keselamatan dirinya.
“Di blog hiburan atau di dada akhbar tidak wujud isu menakutkan ini tetapi saya amati di blog yang condong kepada agama dan politik menjadi sebaliknya. Malah ada yang menyifatkan logo gambar baju itu menandakan dajal sudah datang.
“Saya dicop sebagai pengikut fahaman yang bukan-bukan. Tindakan membuat laporan polis ini diharap dapat menjadi ruang saya melindungi diri.
“Saya agak tertekan hingga tak boleh tidur apabila cerita ini timbul. Ia juga sebagai langkah menjaga reputasi saya di arena seni.
“Gara-gara baju itu saya diugut bunuh, malah secara rawak ada yang terlalu ekstrim membuta tuli ingin membakar saya hidup-hidup menerusi komen mereka di media sosial,” katanya yang menyifatkan lambang serta logo di baju itu sebagai simbolik cerita cinta tiga segi untuk lagu terbarunya. – BH Online
raya PBT boleh cetus 13 Mei, kata Hadi kepada DAP
Presiden PAS itu berkata, desakan DAP untuk pilihan raya PBT itu akan menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia dan hanya menguntungkan sesuatu kaum saja.
"Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar, dan yang paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi ‘api dalam sekam’ untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hadi berkata, dalam aspek politik, perjuangan DAP itu silap kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar saja untuk menang pilihan raya dalam jangka yang sangat pendek.
"Apatah lagi apabila kita melihatnya daripada aspek perkauman yang boleh mencetuskan jurang dan polarisasi serta ketegangan di antara penduduk bandar majoriti kaum Cina yang sangat besar.
"Lihat sajalah jurang pendapatan RM250 juta setahun di sebuah Majlis Perbandaran di Selangor berbanding dengan RM50 juta di Majlis Daerah di kawasan desa di Selangor yang pula majoriti satu kaum yang lain," katanya.
Sebelum ini berlaku perang mulut di antara Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke berhubung isu pilihan raya kerajaan tempatan.
Mustafa menyelar DAP kerana mempertikaikan hudud di Kelantan kerana membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) sedangkan dalam isu pilihan raya kerajaan tempatan parti itu membelakangkan gabungan ditubuhkan pada 2008 itu.
Hadi berkata, DAP sepatutnya melihat masyarakat dari semua arah termasuk Melayu di kampung, India di estet, orang asal di kawasan paling pedalaman dan kaum yang paling kecil haram dipinggirkan daripada peranan memakmurkan bandar.
Katanya, semua itu wajib disatukan dalam titik persamaan, saling mengerti dalam bertolak ansur dan bermaaf-maafan dalam perkara yang berbeza, dan berlaku adil terhadap semua.
"Bandar wajib diurus bukan saja pembangunannya, bahkan penduduknya, begitu juga penduduk keliling yang terlibat memakmurkannya, yang menjadi laksana darah mengalir ke dalam jasadnya.
"Kalau perjalanannya tidak betul, lebih-lebih lagi kalau tersumbat menyebabkan akibat yang sangat malang," katanya.
Ahli Parlimen Marang itu berkata, aspek ekonomi pendekatan liberal kapitalisme didapati menzalimi orang miskin sehingga menimbulkan pertembungan kelas taraf kehidupan yang boleh menimbulkan ketegangan dalam hidup bermasyarakat.
Pendekatan sosialis pula boleh menzalimi orang kaya yang menyumbang kemajuan ekonomi negara, manakala pendekatan komunis lebih radikal sehingga menolak agama menjadi lebih parah.
"Dunia sudah menyaksikan kegagalan semua pendekatan itu. Bandar yang menjadi pusat bergeraknya kegiatan ekonomi, politik dan sosial menerima padah awal daripada segala kesannya yang positif dan negatif," katanya.
Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lalu memutuskan kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai bidang kuasa untuk mengadakan pilihan raya PBT.
Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif yang mempengerusikan panel lima hakim berkata, kerajaan pimpinan DAP itu tidak boleh secara sebelah pihak mengecualikan pemakaian Seksyen 15 Akta Kerajaan Tempatan 1976 kepada seluruh Pulau Pinang.
Seksyen 15 memansuhkan hak badan perundangan negeri untuk mengadakan pemilihan kerajaan tempatan di negeri-negeri.
Raus berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang melampaui bidang kuasanya dalam membuat perintah pengecualian itu yang melanggar peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, pemansuhan pilihan raya PBT ialah keputusan dasar yang diambil Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan, oleh itu permohonan kerajaan negeri Pulau Pinang untuk mengecualikan keputusan dasar seperti itu perlu merujuk kepada majlis berkenaan terlebih dulu.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pada 4 Mac 2010 menulis surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memohon kebenaran untuk mengadakan pilihan raya PBT berdasarkan Perkara 113(4) Perlembagaan Persekutuan.
Peruntukan itu menyebut, undang-undang persekutuan atau negeri boleh memberi kuasa kepada SPR untuk menjalankan pilihan raya selain daripada yang disebut dalam Fasal (1).
Namun permohonan itu ditolak SPR pada 23 Mac 2010. – 23 Januari, 2015.
4:19PM - 24 Jan 2015
DAP tolak, menteri sokong kenyataan Hadi
Kenyataan presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang berhubung
kebimbangannya ke atas pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan
menerima sambutan baik daripada seorang menteri BN.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau juga percaya bahawa pelaksanaan itu akan menyebabkan polarisasi kaum menjadi lebih serius.
“Saya percaya terdapat risiko bahawa polarisasi kaum lebih serius jika pilihan raya kerajaan tempatan dijalankan.
“Memang diketahui bahawa orang Malaysia secara umumnya masih mengundi mengikut latar belakang kaum dan ini terbukti dalam pilihan raya kerajaan tempatan.
“Ia akan berlaku di bandar dan juga dalam kerajaan tempatan luar bandar. Ini akan menyebabkan permusuhan dan rasa sangsi (antara kaum),” katanya.
Kenyataan Hadi semalam menerima kritikan keras daripada parti gabungan Pakatan Rakyat, DAP.
DAP berpendapat, amaran Hadi bahawa pilihan raka kerajaan tempatan akan membawa kepada rusuhan kaum adalah “tidak logik”.

DAP ulangi kesilapan 13 Mei, kata Hadi
SHAH ALAM - Sikap berdegil DAP yang terus mempertahankan tindakannya
menjalankan pilihan raya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Pulau Pinang
dikhuatiri akan mengundang ketegangan kaum sekali gus mengulangi
kesilapan sama dalam peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan DAP perlu mengambil kira pandangan politik sekutunya sebelum membuat keputusan sendiri dalam menguruskan pentadbiran sesuatu bandar.
"Pilihan raya Majlis Perbandaran seperti yang diperjuangkan oleh DAP adalah kembali kepada kesilapan, kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar sahaja untuk menang pilihan raya dalam jangka yang sangat pendek.
"Kita tidak seharusnya mengusulkan sesuatu yang boleh menjadi cetusan ke arah ketidakstabilan, melebarkan jurang masyarakat desa dan bandar. Paling menakutkan kita ialah ketegangan seperti ini boleh menjadi “api dalam sekam” untuk mengulangi peristiwa 13 Mei yang wajib dianggap titik hitam dalam sejarah negara," katanya dalam satu kenyataannya, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas tindakan DAP kerana membuat keputusan untuk melaksanakan pilihan raya PBTdi Pulau Pinang walaupun tidak dipersetujui rakan komponen dalam PR.
Malah sebelum ini juga Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mengecam tindakan DAP dan mendakwa mereka tidak pernah membentangkan cadangan pelaksanaan pilihan raya PBT dalam Majlis Pimpinan PR sekali gus bantahan parti itu terhadap pelaksanaan hukum hudud boleh dianggap sebagai cakap tidak serupa bikin.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi menegaskan DAP wajib menerima hakikat masyarakat majmuk dan perlu mengambil kira aspek tersebut jika mahu melakukan pilihan raya PBT.
"Kita perlu melihat semua termasuk Melayu di kampung, India di estet, orang asal dalam kawasan paling pendalaman dan kaum yang paling kecil, haram dipinggirkan daripada peranan memakmurkan bandar.
"Wajib disatukan dalam titik persamaan, saling mengerti dalam bertolak ansur dan bermaaf-maafan dalam perkara yang berbeza, berlaku adil terhadap semua.
"Bandar wajib diurus bukan sahaja pembangunannya, bahkan penduduknya, begitu juga penduduk keliling yang terlibat memakmurkannya," katanya lagi.

Lelaki maut selepas barbeku di ruang tamu
BARNSLEY - UNITED KINGDOM. Seorang lelaki ditemui maut dipercayai keracunan gas karbon monoksida di rumahnya di Barnsley.
Stephen Waddington, 53, ditemui tidak bernyawa di samping tiga alatan barbeku pakai buang di ruang tamu rumahnya.
Menurut laporan Thestar.co.uk, polis yang menemui Waddington juga terpaksa dimasukkan ke hospital kerana dikhuatiri keracunan gas karbon monoksida.
Kematian Waddington disedari oleh sepupunya yang membunyikan loceng kecemasan selepas terbau gas.
Polis mengklasikasikan kes tersebut sebagai kemalangan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan