Selasa, 6 Januari 2015

BAIK APA PARTI....APA KERAJAAN LINDUNGLAH PENYELEWENG2 NI...DIDUNIA BOLEHLAH...AKHIRAT...DENGAN PERLINDUNG2 DIHERET KE MAHKMAH ALLAH SWT...DIMANA ANGGOTA BADAN JADI SAKSI...LU ORANG NAK LARI MANA

 
Pas tidak pertahan pemimpin seleweng
  • Mohamad Sabu (tengah) pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAINMohamad Sabu (tengah) pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN
 1 / 1 
KUALA LUMPUR – Pas tidak akan mempertahankan mana-mana pemimpin parti itu yang didapati menyeleweng dan mempunyai kekayaan luar biasa dengan cara salah, demikian kata Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Beliau juga mencabar mana-mana pihak supaya mengemukakan bukti tentang penyalahgunaan pemimpin Pas itu jika perkata mempunyai asasnya.

"Kami tidak akan membela mana-mana pemimpin Pas yang menyeleweng.

“Buktikan, sila buktikan, kemukakan dan ini (dakwaan) kali pertama saya dengar," katanya secara ringkas di Pejabat Agung Pas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas pendedahan Presiden NGO Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP), Ramesh Rao hari ini yang mendakwa pemimpin Pas di Kelantan mempunyai kekayaan luar biasa di selatan Thailand.

Menurut Ramesh lagi, kekayaan tersebut mempunyai kaitan dengan skandal pembalakan di negeri itu dan ia disembunyikan di negara jiran seperti Yala, Songkla, Pattani dan Kemboja.

Sementara itu, Mohamad atau Mat Sabu berkata pihaknya akan berbincang mengenai cadangan DAP untuk menubuhkan jawatankuasa bertindak antara BN dan PR bagi menangani masalah banjir besar pada mesyuarat Majlis Pimpinan PR akan datang.

"Kita akan bincang dalam majlis presiden, pada bila-bila masa saja," katanya lagi.









Bagi jiran tikar sebab kesian anak kecil
  • PASCA BANJIR
 1 / 1 
KUALA KRAI - Bekalan makanan bagi mangsa banjir di Kampung Manik Urai Lama adalah mencukupi, namun kini apa yang mereka perlukan ialah alas tidur.

Mereka yang tidak lagi memiliki tilam, bantal dan selimut yang tenggelam di dalam banjir serta disaluti lumpur, kini tidur dengan beralaskan lengan, surat khabar, tikar, plastik dan kampit beras.

Mohd Baharudin Awang, 56, berkata, dia hanya sempat menyelamat sehelai tikar dan itu pun sudah diberikan kepada jirannya untuk mengalas tempat tidur anaknya yang berusia dua tahun.

"Saya sayu melihat anak kecil mereka tidur beralaskan surat khabar," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata dia dan keluarganya kini tidur beralaskan pakaian yang telah dikoyak menjadi tikar dan berselimutkan kain batik.

"Saya sangat berharap ada pihak yang memberi bantuan selimut dan bantal kepada mangsa yang memerlukannya," katanya.

Sementara itu Che Muji Ismail, 78, berkata, dia juga memerlukan kelengkapan tidur.

"Kami memerlukan bantal, selimut dan toto. Anak dan cucu saya terpaksa tidur beralaskan surat khabar. Kami berasak-asak tidur atas sehelai tikar. Kami juga kekurangan selimut," katanya.


Pergi sekolah untuk belajar, bukan main handphone - Ibu bapa

Pergi sekolah untuk belajar, bukan main handphone - Ibu bapa
Proses pengajaran dan pelajaran boleh terganggu jika murid-murid dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah? -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Proses pengajaran dan pelajaran boleh terganggu jika murid-murid dibenarkan untuk membawa telefon ke sekolah.

Itu antara pandangan ibu bapa berhubung cadangan exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain agar  Kementerian Pendidikan menimbang semula keputusannya untuk tidak membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah.

Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil, Noorfajri Ismail berpendapat bahawa murid-murid harus memberi lebih tumpuan kepada pelajaran.

“Sekolah perlu kekal sebagai institusi pendidikan. Beri mereka (murid-murid) tumpuan kepada pendidikan. Manfaatkan masa di sekolah. Bila sudah habis sesi sekolah, terpulang kepada murid-murid jika mereka mahu guna telefon bimbit.

“Saya sebagai pensyarah melihat pelajar universiti yang tidak fokus kepada pelajaran dengan adanya telefon bimbit bersama mereka. Kalau ia sudah berlaku pada mereka yang sudah berusia 17 tahun ke atas, apa lagi pada usia yang muda,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Noorfajri turut meluahkan kerisauan tentang penyalahgunaan telefon bimbit.

“Telefon bimbit sekarang ini pun sudah canggih, ada aplikasi media sosial. Tahap kefahaman positif tentang penggunaan telefon bimbit dan media sosial masih kurang di kalangan mereka yang masih muda.

“Saya risau sebab nanti ada kes rakam video buli, kes rakam gambar teman-teman mereka. Mereka juga kreatif, jadi apabila mereka tidak suka cikgu, mereka boleh rakam gambar cikgu,editdan sebarkan di media sosial,” kata Noorfajri.

Apabila diminta untuk mengulas tentang kegunaan telefon bimbit ketika waktu kecemasan, beliau berkata pihak sekolah mempunyai prosedur tersendiri dan akan menghubungi pihak ibu bapa.

“Ia pernah berlaku kepada saya secara peribadi. Ketika waktu kecemasan, pihak pejabat sekolah akan menghubungi ibu bapa menerusi telefon sekolah. Kalau tidak, cikgu itu sendiri memiliki alat komunikasi," tambahnya. 

Yang Dipertua PIBG Sek Keb Bukit Damansara, Nik Faruk Fadzil berkata walaupun telefon bimbit merupakan satu keperluan, namun faktor lain harus difikirkan.

“Terdapat pelbagai faktor lain seperti tempat menyimpan, keselamatan dan waktu kebenaran ia boleh digunakan.

"Ia akan menimbul pelbagai masalah lain. Sekolah perlu kemudahan tempat menyimpan yang selamat sebelum pertimbangan dari sudut lain.

"Kalau tidak, nantihandphonehilang, dicuri, ibu bapa akan menuding jari kepada banyak pihak,” katanya.

Yang Dipertua PIBG Sek Keb Wangsa Maju Zon R10 Mohd Suhaimi Abdul Hamid berkata saranan ini memerlukan pemantauan dan disiplin.

“Pada saya tiada masalah, asalkan pada waktu belajar ia ditutup tetapi ini memerlukan pemantauan dan disiplin yang tinggi.

“Yang kedua, takut juga masalah lain seperti kecurian dan salah guna dan memerlukan disiplin yang tinggi. Contohnya, telefon bimbit akan dirampas oleh sekolah setelah didapati bermaingameketika waktu kelas,” kata Suhaimi.

Sementara itu, seorang ibu yang dihubungi Astro AWANI tidak bersetuju dengan cadangan untuk membenarkan murid untuk membawa telefon bimbit.

Ayu Zulkifli yang mempunyai seorang anak lelaki bakal ke Tingkatan 3 berkata pelajar harus memberi tumpuan kepada pelajaran.

“Itu tujuan untuk pergi ke sekolah, kan? Jangan hendak WhatsApp, main Angry Bird atau mengemaskini media sosial,” ujarnya.

Beliau turut berkata bahawa pejabat sekolah akan menghubungi terus ibu bapa jikalau terdapat sebarang kecemasan.
 
 

Kisah Sultan menyamar seperti 'orang biasa' bantu rakyat jadi bualan

Kisah Sultan menyamar seperti 'orang biasa' bantu rakyat jadi bualan
Tindakan Sultan Muhammad V mendapat pujian dan menjadi kebanggaan anak Kelantan.
KUALA LUMPUR: Di media sosial, rata-rata memuji sikap Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang mencemar duli membantu mangsa banjir tanpa sebarang protokol rasmi.

Kisah Sultan Muhammad V disebut ramai dek kerana kesanggupan Baginda turun padang tanpa ada pemberita mahupun pengiring.

Menurut sumber, rakyat sendiri tidak menyedari kehadiran Baginda kerana dilihat ‘seperti orang biasa’ ketika membantu mangsa banjir.

"Baginda juga menerima arahan daripada seorang Mejar. Sewaktu berhenti rehat, Baginda turut minum dalam cawan polisterin dengan petugas lain”

“Bila ditanya dari mana. Baginda hanya menjawab ‘orang sini’ dan bila disapa mengatakan wajahnya persis Sultan Kelantan, Baginda hanya tersenyum”

"Setelah menyedari yang disapa itu benar Sultan, terus orang tersebut memohon maaf kerana tidak tahu yang baginda adalah Sultan Muhammad V”

"Baginda hanya tersenyum malah memeluk orang itu. Tergamam Mejar yang ada dekat situ, kekok terus untuk memberi arahan”


Itu adalah antara cerita yang tersebar mengenai baginda yang menjadi buah mulut ramai.

Malah dalam satu lawatan, Baginda turut dilihat memandu sendiri kereta pacuan empat rodanya ke lokasi penempatan mangsa banjir.

Tindakan Baginda mendapat pujian dan menjadi kebanggaan anak tempatan Kelantan.

Terdahulu, titahnya dalam teks yang diedarkan kepada media, Baginda berkata mahu seluruh rakyat menjadikan alam sekitar sebagai sahabat baik kerana musibah banjir yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait dengan perbuatan manusia.


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/kisah-sultan-menyamar-seperti-orang-biasa-bantu-rakyat-jadi-bualan-51255?cp
Mahkamah tolak permohonan Kassim Ahmad
  • Kassim ketika di mahkamah hari ini.Kassim ketika di mahkamah hari ini.
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa khas) sebentar tadi menolak semakan kehakiman aktivis politik dan sosial, Kassim Ahmad yang mencabar tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan kerana mendakwanya atas tuduhan menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Asmabi Ahmad membuat keputusan itu kerana berpendapat Mahkamah Syariahbyang mempunyai kuasa untuk membuat semakan kehakiman terhadap permohonan itu.
Pada 26 Jun tahun lalu, Kassim, 82, memfailkan permohonan untuk mendapatkan perintah membatalkan keputusan Ketua Pendakwa Syarie pada 27 Mac lalu yang mendakwanya atas dua pertuduhan, menghina agama Islam dan mengingkari pihak berkuasa agama di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya.
Selain Jamil Khir, Kassim selaku pihak pemohon turut menamakan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Ibrahim Deris; Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan kerajaan Malaysia sebagai pihak responden.
Kassim turut memohon supaya prosiding kesnya di Mahkamah Tinggi Syariah digantung sehingga permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman itu diputuskan.
Selain itu, Kassim memohon suatu perintah membatalkan tindakan dan keputusan pegawai penguatkuasa Jawi yang menyerbu, menggeledah dan menyita bahan terbitannya, memeriksa, menahan, menangkap dan mengeluarkannya dari Kedah serta membawanya ke Wilayah Persekutuan.
Beliau juga mahu suatu perintah membatalkan apa jua waran tangkap, geledah, sita dan bon yang dikenakan terhadapnya.
Kassim turut memohon suatu pengisytiharan, tindakan pencerobohan pegawai Jawi dan pendakwaan terhadapnya adalah bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, Akta Syariah Wilayah Persekutuan dan Enakmen Syariah Negeri Kedah.
Beliau memohon pengisytiharan, kesalahan melanggar fatwa Wilayah Persekutuan hanya terpakai kepada pemastautin di Wilayah Persekutuan sahaja.

 1:10PM - 6 Jan 2015

K'jaan digesa jadi 'jantan', tubuh 

RCI balak

Sebuah NGO hari ini mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat dakwaan skandal balak di Kelantan yang dikatakan menjadi punca kepada bencana banjir di negeri itu.

Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao mahu RCI ditubuhkan bagi menyiasat pihak bertanggungjawab dalam isu itu.

"Saya mohon kerajaan pusat menunjukkan kejantanan dengan menubuhkan RCI untuk siasat skandal balak,” katanya dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Ditanya mengapa suruhanjaya itu perlu ditubuhkan hanya untuk menyiasat bencana banjir di Kelantan, Ramesh - yang melihat keadaan banjir di negeri itu - berkata ia berikutan banjir yang luar biasa melanda negeri itu.

Katanya lagi, bencana tersebut dan dakwaan skandal pembalakan di Kelantan perlu disiasat kerana mendakwa terdapat kawasan yang dilawati mempunyai kayu balak yang tersadai.

"Kalau nak kata, punca banjir kerana hujan memang tak masuk akal. Kerana aliran tanah (lumpur) yang datang daripada bukit cukup dahsyat.

'Hanyutkan rumah'

"Kalau di Terengganu, (banjir di sana) senario biasa. Tak sampai hanyutkan rumah. Tak nampak balak tersadai tengah jalan.

"Tapi di Kelantan, kita nampak balak atas rumah, di tengah jalan. Banjir di kemaman banjir biasa yang berlaku setiap tahun," kata Ramesh lagi.

Justeru, Ramesh juga meminta supaya panel yang akan dilantik sekiranya RCI itu ditubuhkan terdiri daripada panel bebas dan bukan ahli politik.

"Kalau boleh jangan lantik orang politik tetapi lantik panel bebas yang ada kepakaran alam sekitar bagi tujuan ketelusan siasatan. Ini untuk masa depan rakyat," katanya lagi.

Hujan lebat berterusan selama 48 jam di Kelantan terutamanya di kawasan Ulu Kelantan - Gua Musang dan Kuala Krai - bermula pada  22 Disember 2014 mengakibatkan bencana banjir di negeri itu dianggap terburuk selepas 1969.

Berikutan banjir itu, terdapat juga mangsa banjir yang cemas apabila rumah yang didiami mereka dirempuh sebatang kayu balak semasa banjir di pekan Rantau Panjang.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya 1 yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata meminta Ramesh supaya melaporkan perkara itu kepada pihak yang berwajib sekiranya dakwaannya itu benar.

"Dia kena buktikan dakwaan itu. Kalau betul ada bukti, boleh buat laporan kepada pihak berwajib. Kerajaan tidak akan melindungi orang bersalah," kata Mohd Amar kepada Malaysiakini.

Tiada ulasan: