MB ketuai operasi bersih lumpur di Kota Bharu
- Diterbitkan: 03 Januari 2015
- Ditulis oleh MUHAMMAD YUSRI AMIN
KOTA BHARU:
Biar pun selut masih lagi menyelaputi di segenap kawasan di bandar ini
namun aktiviti perniagaan pagi Jumaat tetap rancak di Medan Ilmu.
Orang ramai datang biar pun kuliah agama tidak diadakan memandangkan kawasan bandar masih lagi diselaputi selut.
Kerja-kerja membersihkan selut rancak
dijalankan sejak Selasa lalu membabitkan Majlis Perbandaran Kota Bharu
Bandar Raya Islam (MPKB BRI), JKR dan badan bukan kerajaan.
Kerja-kerja menyodok selut juga menggunakan jentera penyodok dan lori sehingga lewat malam.
Manakala aktiviti perniagaan belum lagi berjalan seperti biasa kecuali ada peniaga melelong barangan yang tenggelam air bah.
Gotong royong perdana membersihkan
bandar Kota Bharu akan diadakan pada 5 Januari ini bermula jam 8
dijangka dirasmikan Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob.
Gotong royong itu membabitkan kakitangan
MPKB BRI, jabatan-jabatan kerajaan, syarikat swasta dan peniaga akan
diadakan bermula di pekarangan Istana Balai Besar.
Ketua Penolong Pengarah Perhubungan
Korporat MPKB-BRI Azman Mohd Daham berkata, turut serta pekerja syarikat
pemaju projek Lembah Sireh, Liziz Standaco Sdn Bhd dan The Young
Buddhist Association of Malaysia Kelantan.
Katanya, operasi membersihkan bandar
akan diteruskan pada 6 dan 7 Januari bagi membersihkan kekotoran premis
dan bandar daripada kesan banjir.
“Kami berharap semua pihak terbabit menyertai gotong royong tersebut,” katanya di sini. - HARAKAHDAILY 2/1/2015
Pusat bantuan banjir terbakar dibina kembali
Bilik bantuan banjir PKR di Perak yang terbakar pada Jumaat, sehari
selepas dilancar, kini dibina semula di kawasan berdekatan bagi
meneruskan misinya.
“Kami mendapat tempat baru di kawasan berdekatan,” kata Ketua Pemuda PKR (AMK) Tan Kar Hing kepada Malaysiakini.
Walaupun semua barangan bantuan berupa keperluan sekolah dan makanan semuanya hangus, mereka kini menerima sumbangan baru daripada orang ramai yang prihatin.
“(Masih) banyak sumbangan yang orang hantar, mungkin (bilik operasi yang baru) akan beroperasi dalam satu dua hari lagi,” katanya lagi.
Sehingga kini punca kebakaran masih disiasat dan jumlag kerugian masih belum dapat dipastikan nilainya, kata Tan yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Simpang Pulai.
Dalam kejadian tengah hari kelmarin itu, pusat operasi PKR di Bota Kanan itu terbakar dalam kejadian yang turut melibatkan empat buah kedai sederet dengannya.
Kejadian itu menyebabkan bekalan elektrik terputus dan kerugian besar kepada pekedai-pekedai.
Tan berkata, pusat itu digunakan untuk mengumpulkan sumbangan orang ramai, terutamanya di kawasan Perak Tengah.
"Ramai di antara sukarelawan bilik operasi di Bota Kanan merupakan mangsa banjir yang kini ditimpa pula dengan kejadian kebakaran," katanya.
"Kami berharap agar orang ramai dapat menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran serta terus memberi sokongan kepada bilik operasi bantuan banjir AMK yang akan dibuka dalam masa terdekat."
“Kami mendapat tempat baru di kawasan berdekatan,” kata Ketua Pemuda PKR (AMK) Tan Kar Hing kepada Malaysiakini.
Walaupun semua barangan bantuan berupa keperluan sekolah dan makanan semuanya hangus, mereka kini menerima sumbangan baru daripada orang ramai yang prihatin.
“(Masih) banyak sumbangan yang orang hantar, mungkin (bilik operasi yang baru) akan beroperasi dalam satu dua hari lagi,” katanya lagi.
Sehingga kini punca kebakaran masih disiasat dan jumlag kerugian masih belum dapat dipastikan nilainya, kata Tan yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Simpang Pulai.
Dalam kejadian tengah hari kelmarin itu, pusat operasi PKR di Bota Kanan itu terbakar dalam kejadian yang turut melibatkan empat buah kedai sederet dengannya.
Kejadian itu menyebabkan bekalan elektrik terputus dan kerugian besar kepada pekedai-pekedai.
Tan berkata, pusat itu digunakan untuk mengumpulkan sumbangan orang ramai, terutamanya di kawasan Perak Tengah.
"Ramai di antara sukarelawan bilik operasi di Bota Kanan merupakan mangsa banjir yang kini ditimpa pula dengan kejadian kebakaran," katanya.
"Kami berharap agar orang ramai dapat menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran serta terus memberi sokongan kepada bilik operasi bantuan banjir AMK yang akan dibuka dalam masa terdekat."
TEMPAT MAKAN BEST DI SEREMBAN (RESTORAN HALAL)
on
Friday, January 2, 2015
Terdapat persoalan yang diajukan kat aku, "KAT MANA TEMPAT MAKAN BEST DI
SEREMBAN?". Susah sebenarnya nak jawab ni. Kalau kita asyik makan benda
sama, tekak pun alah bisa tegal biasa. Sebab bagi aku, kalau first time
makan sesuatu makanan tu, barulah ada aura. Barulah dapat bezakan best
atau tak.
Tapi kan... Tapi kannnn.. ada je tempat makan best kat Seremban ni. Kira kalau femesla juga. Manalah tahu ada di antara korang yang plan nak turun Seremban, bolehlah singgah makan kat sini. Haaa, tapi jangan lupa roger aku bila korang datang Seremban. Haha.
KAT MANA TEMPAT MAKAN BEST DAN HALAL KAT SEREMBAN?? Aku bagi 15 tempat makan yang boleh korang singgah dan melantak di Seremban... Selamat menjamu selera. :)
1) Nasi Arab Damsyik
Kiranya ni paling wajib ko try kalau bila datang Seremban. Nasi Arab Damsyik ni famous. Kalau datang malam, sentiasa penuh. Bertemakan masakan arab yang berasal dari Damsyik, haa.. memang terangkatlah bila makan kat sini. Sedap sangat nasi arab kat sini. Restoran Nasi Arab Damsyik ni terletak di Jalan Paroi-Senawang. Kalau sesat, tanya je orang. Semua orang Seremban mesti tahu restoran ni.
2) Gerai Rajab, Benteng Seremban
Kalau dah ada darah dari Bukit Tinggi Sumatera, memang tak boleh dipisahkan dengan Satay Minang ni. Merata tempat yang aku pergi kat Malaysia ni, kat Seremban ni juga yang paling sedap. Tak percaya trylah. Pak Rajab ni memang asal dari sana dan dah berniaga lama. Kini Gerai Rajab ni terletak di Benteng (tengah bandar) Seremban dan dibuka dari petang sampai malam.
3) Haji Shariff Cendol
Ini pun salah satu tempat makan yang bertahan lama di Seremban. Mempunyai pengaruhnya sendiri, Haji Shariff Cendol semakin berkembang dan mempunyai beberapa cawangan di daerah Seremban. Actually kalau korang nak tahu, ada perbezaan di antara cendol Negeri Sembilan dan cendol di negeri lain. Itupun aku baru tahu bila join trip Tourism Negeri Sembilan. Hahaha. Cendol di Negeri Sembilan ni diorang menggunakan gula enau atau gula kabung.
Selain dari Haji Shariff Cendol, ada lagi gerai-gerai cendol yang famous di Seremban seperti Cendol Kampung Jiboi dan Cendol Leman Dawi Senawang.
4) Nasi Lemak Balai Polis
Walaupun aku rasa harganya makin lama, makin tak diterima dek akal, tetapi Nasi Lemak di Gerai Senyum Senyum Selalu (berhadapan dengan Balai Polis Seremban) ni mempunyai kelebihannnya yang tersendiri. Sambal sotong, ayam, pedal dan lain-lain selalu menjadi pilihan pelanggan yang berkunjung kat sini. Aku salah seorang pelanggan setia dari dulu hingga kini.
Nasi Lemak Balai Polis (nama famous) ni pun antara yang dah lama wujud di Seremban dan masih bertahan sehingga ke hari ini. Pengaruh kuat wei. Mahal-mahal pun, sodap bak kata orang nogori.
5) Starfresh Agropark, Jalan Bukit Putus
Ingat tak review aku beberapa bulan lepas pasal Starfresh Agropark? Walaupun Jalan Bukit Putus-Kuala Pilah ni semakin sunyi sejak adanya highway baru, tetapi bagi pelanggan setia Starfresh Agropark itu bukan penghalang untuk datang ke sini.
Tambahan pula, suasana di sini berbeza dengan tempat lain dan selain dari makan, macam-macam benda boleh buat kat Starfresh Agropark ni. Haa, nak tahu apa .. kenalah baca entry aku yang lepas.
6) Mee Kari Railway Seremban
Boleh katakan semua yang aku suggest ni kebanyakannya dah established lama termasuklah Restoran Mee Kari Railway Seremban ni. Kenapa nama dia mee kari railway? Suatu ketika dahulu lokasinya adalah berdekatan dengan Stesen Keretapi Seremban.
Sebuah gerai kecil kemudian berpindah ke Seremban 2. Mee Kari Railway Seremban ni tak kedekut ayam. Itulah yang menjadi tumpuan para pelanggan setianya saban hari.
7) Warung Lempeng Limet, Senawang
Teringin nak makan lempeng di waktu malam tapi malas nak masak? Tak payah susah-susah. Jom ke Warung Lempeng Limet Senawang. Kat sini macam-macam ada. Ada cekodok, lempeng dan lain-lain lagi. Haa, kalau gatal tekak craving for lempeng malam-malam tu bolehlah ke sini.
8) Restoran Wadi Ar-Raudhah
Masakan panas, masakan panas. Tengahari kalau perut berkeroncong kelaparan, bolehlah singgah di Restoran Wadi Ar-Raudhah di Rahang. Restoran ni jadi tumpuan bila waktu tengahari sebab lauk pauk yang disajikan semuanya fresh dan pelbagai jenis lauk sampai rambang mata nak pilih.
Cuma, harganya aku rasa agak mahal sedikit berbanding kedai lain. Well, mahal-mahal pun tetap menjadi pilihan warga Seremban. Tak percaya?? Datanglah sini waktu tengahari. FULL babe!!
9) Restoran Nelayan Rahang
Sesekali kalau nak makan lain dari yang lain, datanglah Restoran Nelayan di Jalan Rahang. Bertentangan dengan Restoran Wadi Ar-Raudhah. Owner restoran ini adalah saudara aku. Memang dah lama restoran ni bertapak kat sini dan sering menjadi tumpuan penggemar-penggemar makanan eksotik. Kalau korang nak try daging landak, daging rusa dan lain-lain, bolehlah singgah sini. :)
10) Gerai Popia Kuala Kangsar Stadium Paroi
The best popia in Seremban of courssssssseeeee, Popia Paroi. Kalau time Ramadan, beratur panjang orang nak beli popia ni sebab sedap sangat. Kuah dia, perghhhh.. Kecur airliur! Lokasinya di luar Stadium Paroi. Tak payah susah-susah, rasanya penduduk Seremban tau lokasi Gerai Popia Kuala Kangsar ni. Tanya je diorang kalau sesat. Hehehe.
11) Satay Tulang Jelebu, Senawang
Actually, selama aku duduk di Seremban, baru tahun ni aku tahu kewujudan Satay Tulang. Sumpah tak pernah dengar sebelum ni. Entah bagaimana rasanya, entah bagaimana bentuknya.. Tapi disebabkan tercabar tengok rakan-rakan blogger lain dah sampai sini, maka aku pun menjejakkan kaki ke Satay Tulang Jelebu yang terletak di Dataran Senawang ni.
SATAY TULANG??? DIPERBUAT DARI TULANG KE?? Dok eh, nama je tulang bukan tulang pun. Tapi ia dibuat dari lebihan ayam yang terletak di celah-celah tulang. Satay Tulang ni famous di daerah Jelebu dan ianya adalah perniagaan turun temurun lebih 60 tahun.
12) Restoran Hard Wood Cafe, Seremban 2
Mungkin korang boleh pertimbangkan juga untuk makan tengahari di Restoran Hard Wood Cafe Seremban 2. I repeat Hard Wood Cafe. Bukan Hard Rock Cafe. Kuikui. Restoran ni menyajikan lauk pauk kampung yang sedap. Suasananya pun lain dari yang lain. Berdekatan dengan Aeon Seremban 2, bolehlah pergi nanti.
13) Restoran City Park Oriental
Restoran City Park Oriental Seremban 2 ini adalah restoran favourite aku ni. Boleh katakan sebulan sekali harus makan sini. Restoran Chinese Muslim di Seremban 2 ni sentiasa padat dengan pelanggan lebih-lebih lagi public holiday. Semuanya laparkan makan sedap. Harganya pun boleh tahan. Antara yang aku suka kat sini mestilah butter prawn dia.
14) Burger Ijan Paroi
Dari Kuala Lumpur, ia berpindah ke Seremban pada tahun 1995. Burger Ijan ni sentiasa menjadi pilihan warga Seremban yang mahukan hidangan burger yang sedap. Aku sentiasa mempunyai masalah kalau makan burger jalanan ni. Kurang sayurlah, kurang soslah, burger mentahlah. Nasiblah burger Ijan ni sempurna dari segi rupa dan rasa.
Burger Ijan ni tak kedekut sos dan tak kedekut sayur. Maka tak hairanlah perniagaannya berkembang dari sebuah gerai di tepi jalan kemudian beralih di sebuah tapak (bersebelahan dengan Restoran Syed Maju Taman Paroi Jaya). Pelanggan-pelanggannya bukanlah dari Seremban je, ada yang sanggup datang dari Melaka dan Kuala Lumpur semata-mata nak makan burger Ijan ni. Wow!!
Dah tahu kan kat mana nak makan kat Seremban ni?? Tak payah pening-pening lagi. Sekiranya korang ada cadangan atau nak menambah restoran-restoran pilihan korang, nyatakan kat komen bawah. Mana tahu boleh dijadikan sebagai bahan rujukan pembaca Kisah Tatie yang ingin ke Seremban?
Majority restoran/gerai yang aku suggest ni kebanyakannya dah bertapak lama di Seremban dan mempunyai pengaruhnya tersendiri. Bak kata orang, nak tengok restoran tu berjaya atau tak, tengok usianya. Hehe.
Sumber
PERINGATAN: AANS tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
10 Tempat Percutian Menarik Sekeluarga di Malaysia
# 10 Tempat Percutian Menarik Sekeluarga di Malaysia
Di Malaysia ni terdapat banyak Tempat
Menarik untuk percutian terutama percutian keluarga. Tak perlu nak pergi
jauh-jauh sehingga ke luar negara bagai. Tapi bagi yang berkemampuan
tak mengapakan.
Berdasarkan pengalaman aku sebagai Travel Blogger aku senaraikan 10 Tempat Percutian Menarik Sekeluarga di Malaysia pilihan aku sendiri.
#1 Pulau Langkawi
Pulau Langkawi sentiasa mendapat tempat.
Tumpuan pelancong termasuk Cable Car Langkawi, Langkawi Oriental
Village, Kota Mahsuri, Galeria Perdana, Underwater World Langkawi,
Langkawi Wildlife Park, Taman Buaya, Kilim Geoforest Park dan Laman
Padi. Bila ke Langkawi, ambil peluang membeli belah pada harga yang
rendah kerana tiada cukai dikenakan jika anda menetap sekurang-kurangnya
4 hari.
#2 Pulau Perhentian
Jika lebih suka bersantai di pantai dan
laut, Pulau Perhentian tempat terbaik. Ia terkenal dengan pantainya yang
bersih berpasir putih dan air yang sangat jernih. Perhentian Besar
menempatkan penginapan yang lebih mahal berbanding Perhentian Kecil,
namun keduanya sama cantik dan menarik. Pengunjung juga boleh
bertukar-tukar tempat bersantai antara kedua pulau dengan teksi air.
Aktiviti popular di sini termasuk meredah hutan, melawat program
pemeliharaan penyu, berkemah, berkayak dan menyelam.
#3 Pulau Pinang
Ia merupakan bandar pelancongan yang
pesat membangun tetapi masih mengekalkan bangunan lama. Tarikan disini
termasuk Muzium Perang, Masjid Kapitan Keling, Tokong Ular, Fort
Cornwallis, Pasar Chowrasta, Street Art, Pantai Batu Ferenggi, Padang
Kota Lama dan Rumah P. Ramlee. Namun, aktiviti paling menarik adalah
bersantai di tengah Bandar Georgetown sambil menikmati makanan yang
pelbagai dan suasana persekitaran yang berbeza, seolah-olah berada dalam
ruang masa yang lain. Singgahlah di Restoran Line Clear yang sangat
popular apabila berada di sana.
#4 Sabah
Terlalu banyak tempat menarik di Sabah,
namun Kota Kinabalu sendiri sudah cukup tarikan dan aktiviti yang boleh
dilakukan. Antaranya Taman Marin Tunku Abdul Rahman untuk aktiviti
pantai serta menyelam dan Taman Kinabalu yang menempatkan kolam air
panas dan canopy walk, pelbagai spesis flora dan fauna yang pelik lagi
menarik dan sayur-sayuran serta buah-buahan sergar dari ladang.
Singgahlah di Pasar Filipina untuk pelbagai hasil laut, sama ada yang
kering atau yang dimasak.
#5 Cameron Highland
Bagi mereka yang gemarkan kehijauan dan
hasil ladang segar, pilihlah percutian tanah tinggi Cameron Highlands.
Tenangkan fikiran dengan keindahan ladang teh sambil menikmati teh
pelbagai perisa. Tarikan lain termasuk ladang sayur-sayuran dan
strawberi, ladang bunga, ladang lebah, muzium serta pasar sayur-sayuran
dan buah-buahan segar di Kea Farm atau sepanjang jalan utama dari
Ringlet ke Kampung Raja. Kunjungi juga pasar malam Sabtu di Brinchang
yang menjadi pusat jualan semua hasil ladang sambil menikmati makanan
tempatan. Untuk aktiviti lasak, anda boleh meredah hutan, mendaki gunung
dan juga berkemah.
#6 Kuala Lumpur dan Putrajaya
Banyak tempat yang boleh dilawati di
Bandaraya Kuala Lumpur dan Putrajaya. Antara lain Petrosains, Aquaria,
Taman Tema Cosmo, KL Tower, Pusat Sains Nasional, Taman Burung, Taman
Tasik, Planetarium dan Muzium TUDM di Kuala Lumpur. Lanskap bandaraya
Putrajaya pula cukup mengagumkan ditambah dengan tarikan seperti Taman
Wetland, Tasik Putrajaya berserta pelayaran, Taman Warisan Pertanian,
Taman Equestrian, Challenge Park dan pusat membeli belah Alamanda
#7 Melaka
Bandaraya Melaka bandaraya bersejarah
tak begitu besar. Korang boleh mengambil masa selama 3 hari sahaja untuk
pusing-pusing seluruh melaka. Untuk Senarai penuh Tempat Menarik di
Melaka ke LINK ini.
#8 Pulau Redang
Pulau Redang satu legi destinasi yang
menarik untuk percutian keluarga. Terletak di Terengganu dan memang
sesuai untuk percutian. Deretan Resort yang berada di sebuah pulau
menyebabkan pulau redang begitu heppening dan menyeronokkan.
#9 Pantai Morib, Banting Selangor
Pantai Morib menjadi tumpuan kerana anda
berpeluang melihat pemandangan matahari terbenam di sini. Sebab itulah
Goldcoast Sepang dibangunkan di Sepang, semata-mata untuk menikmati
keindahan dan suasana matahari terbenam
#10 Port Dickson, Negeri Sembilan
Port Dickson, atau PD
merupakan sebuah bandar pantai dan daerah di Negeri Sembilan. Maksudnya
Port Dickson terletak di tepi pinggir laut, berperanan sebagai pelabuhan
untuk import dan eksport minyak, bijih timah, arang dan lain-lain
keperluan.
Ia ialah kawasan yang kedua terkecil di
Negeri Sembilan. Port Dickson menawarkan pantai yang tidak terlalu jauh
dari bandaraya untuk penduduk tempatannya berehat.
Port Dickson juga merupakan tempat untuk berkelah, berenang dan
sebagainya. Tidak jauh dari Port Dickson juga terdapat pantai seperti
Teluk Kemang, Blue Lagoon dan Cape Rachado.
Boleh duduk dulu di kediaman sementara
KOTA BHARU - Kerajaan memberi jaminan mangsa yang kehilangan rumah atau
rosak teruk akibat banjir di negeri ini, akan menduduki kediaman
sementara sebelum sesi baharu persekolahan bermula 11 Januari ini.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Khas Bencana Banjir Negeri Kelantan, Tan Sri Shukry Mohd Salleh berkata, mangsa yang kini ditempatkan di pusat pemindahan di sekolah, akan ditempatkan sementara termasuk di dewan orang ramai, Pusat Sivik Gua Musang dan kem tentera.
"Kerajaan juga akan menyediakan khemah untuk mangsa banjir ini di samping kerajaan negeri mengenalpasti tanah (tapak) yang sesuai untuk pembinaan rumah transit," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas itu di sini, hari ini.
Shukry yang juga Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, berkata kediaman sementara itu akan dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik.
Mengenai bekalan elektrik, beliau berkata pembekalan elektrik bagi seluruh negeri ini telah mencapai 97 peratus dan baki tiga peratus lagi dijangka dibekal dalam tempoh lima hari lagi.
Katanya, pembekalan air oleh syarikat Air Kelantan Sdn Bhd secara keseluruhannya mencapai 84.2 peratus dengan 23 daripada 35 loji telah beroperasi manakala baki 12 loji masih dalam baikpulih dan dijangka pulih dalam tempoh sembilan hari lagi.
Shukry berkata, Jabatan Pelajaran Kelantan memutuskan pelajar yang terbabit dengan banjir boleh berpakaian biasa ke sekolah.
Beliau juga berkata, lebih ramai anggota sukarelawan diperlukan untuk kerja pembersihan termasuk di rumah dan kemudahan awam yang terjejas akibat bencana alam itu. - Bernama
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Khas Bencana Banjir Negeri Kelantan, Tan Sri Shukry Mohd Salleh berkata, mangsa yang kini ditempatkan di pusat pemindahan di sekolah, akan ditempatkan sementara termasuk di dewan orang ramai, Pusat Sivik Gua Musang dan kem tentera.
"Kerajaan juga akan menyediakan khemah untuk mangsa banjir ini di samping kerajaan negeri mengenalpasti tanah (tapak) yang sesuai untuk pembinaan rumah transit," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa khas itu di sini, hari ini.
Shukry yang juga Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri, berkata kediaman sementara itu akan dilengkapi kemudahan asas seperti bekalan air dan elektrik.
Mengenai bekalan elektrik, beliau berkata pembekalan elektrik bagi seluruh negeri ini telah mencapai 97 peratus dan baki tiga peratus lagi dijangka dibekal dalam tempoh lima hari lagi.
Katanya, pembekalan air oleh syarikat Air Kelantan Sdn Bhd secara keseluruhannya mencapai 84.2 peratus dengan 23 daripada 35 loji telah beroperasi manakala baki 12 loji masih dalam baikpulih dan dijangka pulih dalam tempoh sembilan hari lagi.
Shukry berkata, Jabatan Pelajaran Kelantan memutuskan pelajar yang terbabit dengan banjir boleh berpakaian biasa ke sekolah.
Beliau juga berkata, lebih ramai anggota sukarelawan diperlukan untuk kerja pembersihan termasuk di rumah dan kemudahan awam yang terjejas akibat bencana alam itu. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan