HATI JADI MATI JIKA 40 HARI TIDAK MENUNTUT ILMU ISLAM DAN 3 HARI HATI JADI SAKIT...KERANA IA MAKANAN HATI...HEBAH2KAN GAN KAWAN2 BLOG NI..TK KERANA SERING MELAYARI BLOG INI. رَبِّيْ اشْرَحْ لِيْ صَدْرِيْ وَيَسِّرْ لِيْ أَمْرِيْ
Tuhanku (Allah) lapangkanlah dadaku dan permudahkanlah urusanku.. amin...سُبْحَانَ اللهِ، وَالْحَمْدُ للهِ وَلاَ اِلٰهَ اِلاَّ اللهُ وَاللهُ اَكْبَرُلاحول ولا قوّة إلاّ باللّه العظيم....
وَالـــــسَّلاَمُ عَلَيْكُـــمْ وَرَحْمَـــة ُاللهِ وَبَرَكَاتُـــهُ
Khamis, 8 Januari 2015
KACAU LAGI BILAU JADI KACAU BILAU
6:30PM - 8 Jan 2015
NGO lapor polis isu gambar Najib di kampit beras
Satu NGO bawah pemuda Umno, Briged Kesatria Muda Malaysia membuat laporan polis ke atas Malaysiakini dan
penulis blog Syed Akbar Ali ekoran penyiaran gambar menunjukkan kampit
beras dengan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
NGO tersebut, Briged Kesatria Muda Malaysia mendakwa gambar tersebut
“dimanipulasi” untuk menunjukkan wajah Najib dan seorang lagi anggota
kabinet, Datuk Seri Ismail Sabri dilekatkan di kampit beras tersebut.
Gambar berkenaan pada mulanya disiarkan oleh blogger pro-Umno, Syed Akbar dalam blog syedsoutsidethebox.blogspot.com.
“Gambar
dan kenyataan tersebut kemudiannya telah disensasikan oleh Malaysiakini
dengan beberapa artikel yg tidak benar dan bohong hingga meyebabkannya
tersebar dan (menimbulkan) tanggapan yang salah dalam masyarakat.
“Laporan ini dibuat kerana saya menyangkal kenyataan yang dibuat Syed Akhbar Ali dan Malaysiakini dalam
portal mereka kerana mereka telah menyebar fitnah yang telah
menjatuhkan maruah dan tanggapan masyarakat yang salah terhadap saya.
“Laporan ini juga dibuat untuk tindakan mahkamah dalam menuntut keadilan
bagi membersihkan nama saya, Briged Kesatria Muda Malaysia, Perdana
Menteri Malaysia dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob,” laporan itu
dipetik.
Syed Akbar menyiarkan gambar itu dalam tulisannya yang mempersoalkan tindakan kerajaan dalam menangani banjir.
Malaysiakini menghubungi Ismail Sabri untuk mendapatkan pengesahan
bahawa kementeriannya menggunakan gambar beliau dan juga gambar PM pada
bantuan berkenaan, dan mendapatkan komen beliau ke atas kritikan yang
timbul dalam isu tersebut.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Ismail Sabri berkata: “Tak apalah mereka hendak kecam.
"Yang penting barang-barang daripada MOA (kementerian pertanian) itu
sampai kepada mangsa banjir dan dapat membantu mengurangkan bebanan
mereka,” katanya melalui SMS.
Menteri tersebut tidak menafikan mengenai gambar tersebut, yang turut dihantar kepadanya melalui aplikasi Whatsapp. 6:50PM - 7 Jan 2015
PKR dakwa surat Zahid 'langgar konvensyen'
PKR menuduh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melanggar konvensyen
diplomatik kerana tidak melalui Kementerian Luar apabila menghantar
surat membela Paul Puah.
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memberitahu Malaysiakini bahawa satu laporan polis juga akan dibuat terhadap menteri dalam negeri itu dan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Rafizi mendakwa tindakan Zahid itu meningkatkan kecurigaan terhadap
surat yang dihantar kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) itu.
Katanya, sekiranya tulen, ia sepatutnya dilakukan oleh pihak polis dan disampaikan melalui saluran diplomatik Wisma Putra.
Hakikatnya, kata Rafizi, Zahid telah melanggar kedua-dua konvensyen itu dan ini mewajarkan siasatan dimulakan terhadapnya.
Khususnya, tegas Rafizi, adalah penting untuk menentukan berapa banyak surat yang telah dikeluarkan setakat ini.
Tinjauan Malaysiakini dengan mereka yang biasa dengan prosedur
itu juga mendedahkan bahawa dalam kes-kes seumpama itu, saluran yang
betul adalah Kementerian Luar.
Mengenai laporan polis pula, Rafizi berkata, ia juga akan menjadi satu ujian bagi Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
"Ini untuk melihat sama ada IGP akan bertindak secara bebas untuk
menyiasat menteri dalam negeri (yang menyelia pasukan polis) dan seorang
peguam Umno apabila ia begitu jelas bahawa salah laku oleh menteri
mungkin telah berlaku," katanya.
Sementara itu, Rafizi juga melahirkan kebimbangan berhubung laporan Malaysiakini semalam bahawa Zahid tidak berunding dengan polis sebelum menghantar surat itu.
Beliau berkata menteri sepatutnya melibatkan polis kerana mereka lebih mengetahui mengenai kes tersebut.
Ketika dihubungi kemudian, Khalid berkata sekiranya PKR membuat laporan itu, ia pasti akan disiasat.
"Kami menyiasat semua laporan, tidak kira laporan terhadap siapa," kata ketua polis kepada Malaysiakini.
Sebelum ini, Shafee, yang mewakili Phua di Malaysia, kata Zahid telah
menulis surat itu untuk membetulkan kesilapan mengenai anak guamnya,
yang menghadapi prosiding mahkamah di Amerika Syarikat.
Shafee berkata Phua bukan ahli kogsi gelap 14K, seperti yang didakwa,
dan menambah bahawa kumpulan kongsi gelap itu tidak wujud di Malaysia.
Bagaimanapun, IGP kemudiannya berkata walaupun 14K tidak wujud di
Malaysia, tetapi ada rakyat Malaysia di luar negara yang diketahui
menjadi ahli kongsi gelap tersebut.
Hari ini, Shafee tetap bertegas bahawa terdapat kesilapan dan menyangkal laporan Malaysiakini, menyatakan bahawa pihak polis mempertahankan penemuan mereka mengenai Phua.
5:20PM - 8 Jan 2015
Kes editor Harakah buat akar umbi PAS marah
Tindakan lidah rasmi PAS Harakah meminta ketua pengarangnya
Ahmad Lutfi Othman meletakkan jawatan serta menamatkan kontrak dua
pengarang kanannya mencetuskan kemarahan akar umbi PAS.
Perkembangan itu mengundang PAS Batu mengadakan sidang media di Kuala
Lumpur bagi menyatakan setiakawan mereka terhadap Lufti dan dua lagi
bekas pengarang kanan Harakah – Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid.
Yang Dipertua PAS kawasan Batu, Ishak Surin (kiri) juga melontarkan kemarahannya kepada Pengerusi Harakah Datuk Mustafa Ali dan menyifatkan langkah itu tidak wajar dan tidak mencerminkan amalan dalam sebuah parti Islam.
“Mereka ini diminta berhenti tanpa sebab munasabah. Tak tahu apa sebab pun. Saya rasa ini tindakan yang tidak wajar.
“Tak patut dia (Mustafa) buat begitu. Dia dakwa sebagai pemimpin Islam,
PAS. Tetapi perbuatan itu boleh mengaibkan Islam itu sendiri.
“Jadi kerana itulah PAS (kawasan) Batu bersama (kumpulan budayawan)
Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) mengadakan sidang akhbar bersama tadi untuk
mengutuk kerasnya tindakan yang dibuat Mustafa,” kata Ishak ketika
dihubungi Malaysiakini.
Ishak yang juga antara pengasas Harakah juga mengambil langkah drastik menggesa supaya Mustafa (kanan) yang juga setiausaha agung PAS berundur daripada menjadi pengerusi Harakah.
“Saya minta dia berundur. Berundurlah. Dia (Mustafa) suka-suka saja nak
berhentikan orang. Saya sebagai manusia saya rasa tak patut kita buang
orang yang selama ini berkhidmat dengan Harakah bertahun-tahun.
“Saya sangat sedih. Saya merupakan pengurus Harakah yang pertama. Dulu duit pemimpin PAS pun satu sen pun kami tak ambil. Saya bukan nak ungkit.
“Tetapi, oleh kerana perkara ini sangat menyedihkan. Tak sepatutnya benda ini jadi begini,” katanya lagi sambil menangis.
Ishak berkata, tindakan PAS itu, terutamanya kepada Lutfi “tidak berperi kemanusiaan” memandangkan keadaan kesihatannya.
Malaysiakini kelmarin melaporkan Harakah sebagai meminta
Lutfi, yang sedang bercuti sakit, meletakkan jawatan dan ditawar pencen
illat dengan bayaran separuh gaji Pertubuhan Keselamatan Sosial
(PERKESO).
Lutfi bagaimanapun masih berminat untuk terus memberi khidmatnya kepada akhbar itu sebagai "sumbangan kepada parti".
Langkah itu dikaitkan abangnya Dinsman, juga seorang penulis terkenal,
dengan beberapa tulisan yang didakwa mengkritik kepimpinan ulama dalam
PAS.
Aktivis media khuatir motif lain
Sementara itu, kumpulan aktivis media bebas Gerakan Media Marah (GERAMM)
pula khuatir terdapat motif lain di sebalik tekanan terhadap Lutfi itu
dan bukan semata-mata atas alasan kesihatan.
Dalam kenyataannya hari ini, GERAMM turut bimbang terhadap kemungkinan wujud unsur penindasan terhadap tiga pengarang tersebut.
"Sekalipun Harakah adalah akhbar kepartian, kebajikan kakitangan, sama ada berpangkat tinggi mahupun rendah harus dipelihara sebaik-baiknya.
"Pada masa sama, nilai kebebasan media perlu diangkat, tidak hanya melukut di tepi gantang.
"Apatah lagi, ia membabitkan pemilik organisasi penerbitan yang turut
sama melaungkan kebebasan bersuara secara bertanggungjawab," kata
GERAMM.
Justeru, GERAMM berharap agar kemelut pemecatan itu berakhir dengan
damai tanpa menjejaskan kewibawaan akhbar, pemilik organisasi mahupun
kakitangan editorialnya.
2 jalan di Kemaman ditutup kepada semua kenderaan
8 Januari 2015
KUALA TERENGGANU - Dua batang jalan di Kemaman ditutup kepada semua kenderaan setelah dinaiki air petang ini.
Jalan tersebut ialah Jalan Lubuk Lesong ke Kampung Pelantoh yang
ditutup kepada semua kenderaan setelah air naik 0.4 meter di atas jalan
raya, menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara Terengganu.
Satu lagi laluan ditutup ialah di Jambatan Teladas-Air Putih di Kampung Teladas apabila dinaiki air 0.8 meter.
Beberapa sungai utama di Terengganu seperti Sungai Kemaman dan Sungai
Tebak di Kemaman; Sungai Berang di Hulu Terengganu dan Sungai Besut di
Besut mencatatkan kenaikan paras air namun setakat ini di tahap
berjaga-jaga.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan
lebat peringkat jingga di semua daerah di Terengganu dan dijangka
berterusan hingga esok. - Bernama
6:46PM - 21 Jan 2013
Samy Vellu: Kuil Hindu paling unik untuk Putrajaya
Pusat pentadbiran negara, Putrajaya bakal memiliki kuil Hindu paling
unik di negara ini yang akan dibina di Presint 20, dengan kos RM12 juta.
Duta
Khas ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S Samy Vellu berkata kuil
yang dinamakan Sri Lalithambikai Alayam itu menggabungkan ciri dari
utara dan selatan India serta mampu menampung sehingga 10,000 orang
ketika perayaan.
"Majlis pecah tanah dijangka pada bulan Mac ini
dan kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada September nanti. Kita
yakin ia dapat memenuhi keperluan penganut Hindu di Putrajaya, Cyberjaya
dan kawasan sekitarnya yang terus meningkat," katanya pada sidang
media, di Putrajaya hari ini.
Perbadanan Putrajaya meluluskan
pembinaan kuil satu tingkat dan ruang pejabat dua tingkat di Presint 20
itu pada 20 Sept lepas, mengikut Seksyen 22 (3) Akta Perancangan Bandar
dan Desa 1976.
Menurut Samy yang juga bekas Presiden MIC, keunikan reka bentuk kuil itu akan menjadi satu lagi tarikan pelancong ke Putrajaya.
Sementara
itu Presiden Persatuan Penganut Dewi Sri Maha Mariaman Devasthanam
Wilayah Persekutuan Putrajaya, Datuk Kanagarajah Raman berkata pembinaan
kuil dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan 2015.
Menurutnya
kuil itu akan dilengkapi sebuah dewan serba guna, pusat penyelidikan
agama Hindu, pusat infomasi teknologi, perpustakaan, pejabat pengurusan
kuil dan rumah kediaman bagi Sami Hindu (Gurukkal)dan para pekerja serta
kemudahan parkir bagi lebih 150 kenderan.
"Ini merupakan kuil
(Lalithambikai) pertama di negara ini. Kita mengambil masa lebih tujuh
bulan untuk menghasilkan reka bentuk unik ini dengan memenuhi ciri-ciri
yang ditetapkan oleh Perbadanan Putrajaya. Ia memang unik.
"Jadi
daripada keluasan tanah satu ekar (0.405 hektar), kita akan bina kuil
dalam 17,000 kaki persegi. Bila siap nanti ia pastinya menjadi
kebanggaan penganut Hindu, bukan warga Putrajaya dan Cyberjaya tetapi
seluruh penganut Hindu di negara," katanya.
Menurutnya buat masa
ini terdapat 1,500 penduduk berketurunan India merangkumi 300 keluarga,
kebanyakannya penjawat awam, tinggal di Putrajaya.
Katanya selain
sumbangan derma orang ramai, persatuan itu juga yakin kerajaan pusat
akan menyalurkan bantuan kewangan untuk membina kuil berkenaan.
PETALING
JAYA : Wira PERKASA Malaysia yang merupakan sayap pemuda kepada PERKASA
menentang keras langkah memberikan kebenaran membina kuil di Putrajaya.
Ketuanya, Irwan Fahmi Ideris berkata, tindakan pihak tertentu
mendirikan kuil di Presint 20 juga dianggap tidak wajar dan mahukan
penjelasan berhubung cadangan tersebut.
“Kami amat dukacita dengan berita yang diterima apabila kuil yang paling unik telah dibina dan akan siap tidak lama lagi.
“Siapa yang telah memberi kelulusan bagi projek ini? Begitu mudah
menyerahkan tapak untuk membina kuil di situ. Mengapa mesti di
Putrajaya? Kawasan itu majoriti dihuni oleh orang Melayu,” katanya dalam
kenyataan kepada Free Malaysia Today.
Tegasnya, Menteri Wilayah Persekutuan dan Presiden Perbadanan
Putrajaya (PPj) gagal dalam membuat keputusan perancangan perbandaran.
Irwan mendakwa, kebanyakan kuil yang dibina di seluruh negara kini
amat mudah untuk mendapat kelulusan dan dibina bagai cendawan tumbuh
selepas hujan.
“Ingat, Islam agama Persekutuan Malaysia. Jika kita buat permohonan
untuk membina masjid ada sahaja alasan untuk meluluskannya. Tapi jika
kuil, bina dahulu baru dapat kelulusan.
“Mana pergi integriti dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai
seorang Islam dan kakitangan kerajaan. Jangan kita jadi pengecut dan pak
turut. Ikut sahaja apa yang diminta. Malulah kepada anak bangsa Melayu
kerana kita mempunyai kuasa tapi kepimpinan yang layu dan lesu,”
tegasnya.
Beliau berkata, walaupun ia sekadar isu pembinaan kuil, pihaknya
terhina dengan tindakan Menteri dan Presiden Ppj yang berbangsa Melayu
telah meluluskan pembinaan kuil dengan mudah tanpa bertanya kepada
penduduk di Putrajaya.
“1MDB, mana RM4 bilion pelaburan 1MDB di Kepulauan Cayman?
7 Januari 2015
KUALA LUMPUR, 7 JAN: 1MDB sehingga kini gagal mendapatkan kembali
baki RM4.07 bilion pelaburan kontroversi ‘dana berasingan’ di Kepulauan
Cayman yang sepatutnya diterima sepenuhnya pada November 2014.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, perkara tersebut
didedahkan dalam penyata kewangan 1MDB pada halaman 93 yang difailkan
pada Oktober 2014.
Malah sehingga kini syarikat itu masih belum membayar balik hutang AS1.23 bilion (RM4.07 bilion) seperti yang dijanjikan.
“Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan juga dengan bangganya
telah berjanji ia akan dikembalikan sepenuhnya kepada 1MDB pada akhir
2014,
“Tapi sehingga hari ini, selepas seminggu bulan Januari 2015 masih
tiada tanda dana itu akan dikembalikan kepada Malaysia atau 1MDB,”
katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 23 Disember tahun lalu, Pengerusi 1MDB Tan Sri Lodin Wok
Kamaruddin membuat kenyataan bercanggah dari penyata kewangan sebelum
ini dengan mendakwa baki tersebut hanya akan dapat ditebus bulan depan.
The Edge Financial Daily pada 5 Januari lalu melaporkan bahawa Bank
Negara Malaysia telah memanggil para eksekutif utama 1MDB dan memberi
amaran akibat buruk sekiranya syarikat itu gagal memenuhi tarikh akhir
bulan ini.
Manakala Reuters semalam melaporkan 1MDB terlepas dua tarikh akhir
pembayaran balik hutang RM2 bilion pada November dan Disember 2014.
Ujar Tony, kegagalan 1MDB membayar pinjaman RM2 bilion memberi kesan
kepada dua bank terbesar negara iaitu Maybank dan RHB yang memberi
pinjaman kepada 1MDB,
“Lebih memburukkan keadaan, kegagalan 1MDB secara automatik akan
mencetuskan kesilapan dalam baki hutang RM40 bilion, sekaligus
mengakibatkan bencana kepada kerajaan, keseluruhan sistem kewangan dan
pembayar cukai,” tegasnya.
Katanya kelewatan 1MDB membayar balik bukan sahaja menimbulkan lebih
banyak persoalan terhadap syarikat milik kerajaan itu tapi turut
mengancam kestabilan keseluruhan sisten kewangan negara.
Malah, sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Pengerusi
Lembaga Penasihat 1MDB yang membisu dan langsung tidak bersuara dalam
isu ini dipersoalkan
“Tindakan Najib yang terus membisu tentunya memusnahkan keyakinan
pelaburan dan komuniti kewangan dalam pentadbirannya,” katanya. –
Roketkini.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan