Gadis K-Pop: Jawi buka kertas siasatan
SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Persekutuan (Jawi) membuka kertas
siasatan berkenaan aksi kurang menyenangkan gadis Muslim bersama artis
K-Pop baru-baru ini.
Pengarahnya, Paimuzi Yahya dalam satu kenyataan berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) iaitu berkaitan dengan perlakuan tidak sopan di tempat awam.
"Akta itu memperuntukkan mana-mana orang yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan bertentangan dengan hukum syarak di mana-mana tempat awam adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
"Sebagai agensi penguatkuasa agama, pihak Jawi akan menjalankan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti-bukti serta keterangan yang mencukupi. Oleh itu Jawi meminta agar mereka yang terlibat tampil ke hadapan bagi membantu siasatan," katanya.
Dalam pada itu, pihaknya turut menyatakan kekesalan berkenaan dengan insiden tersebut.
"Perlakuan beberapa peminat tersebut dilihat melampaui batasan dan bertentangan dengan ajaran Islam serta mengganggu sensitiviti umat Islam di negara ini," ujar beliau.
Perbuatan anggota kumpulan B1A4 mencium gadis tempatan ketika membuat persembahan pentas KL Live pada Sabtu lepas di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, telah menjadi 'viral' di media sosial.
Perbuatan itu turut mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan menulis dalam akaun Twitternya semalam: "Banyak dikatakan tentang K-Pop. Harap gadis-gadis Malaysia kembali kepada lelaki tall, dark and handsome. Bukan pale, skinny & pretty. Itu bukan lelaki sejati.

Monday, 12 January 2015
6 sebab kenapa KPOP haram?
Bismillah.
Insyallah,
kali ini, saya akan ulas secara serius, kenapa KPOP haram. Sebelum saya nak
ulas dengan lebih panjang tentang isu kpop ni, saya nak “pangkah” sikit
golongan-golongan yang takde ‘common sense’ dan langsung tak pandai fikir apa
yang sepatutnya perlu di fikir.
Iaitu,
golongan yang selalu “membandingkan satu dosa dengan dosa yang lain untuk mempertahankan
dosa.” Mereka suka “membandingkan satu dosa dengan dosa yang lain” supaya orang
menganggap bahawa dosa yang dia buat tu tak patut di tegur, dan dosa yang lain
lebih berhak di tegur, lantas, mereka pun terus buat dosa.
Contohnya:
“Apahal
kau asyik tegur kpop je? Habis tu, lagu melayu yang tak tutup aurat peluk cium
bagai kau tak tegur??”
“Apahal
kau asyik tegur perempuan yang tudung labuh tapi ikhtilat je? Habis tu,
perempuan yang tak pakai tudung siap couple bagai tu kau tak nak tegur ke?!”
“Isu
sentuh anjing kau kecoh, apasal isu sentuh bukan mahram kau tak kecoh?!”
Banyak
lagi sebenarnya. Sebenarnya, orang macam ni, mereka sebenarnya kelakar. Kalau
masuk Maharaja Lawak, maybe boleh tersingkir kat semifinal. Serius kelakar.
Yang dosa itu dosa. Jangan pertahankan dosa dengan membandingkan ia dengan dosa
yang lain.
So, kembali kepada TOPIK. Saya nak nyatakan 6 sebab kenapa KPOP haram. Tapi, di sebabkan ramai tanya:
So, kembali kepada TOPIK. Saya nak nyatakan 6 sebab kenapa KPOP haram. Tapi, di sebabkan ramai tanya:
“Takkan
kpop je? Habis lagu Justin bieber, Lagu Katy Perry blab la bla lagu melayu blab
la takkan tak haram?”
Maka,
bagi meraikan semua orang, berikut adalah HIBURAN yang HARAM, tak kisahlah
melayu ke korea ke bangla ke jepun ke inggeris ke arab ke, jika ada unsur ini,
maka HARAMLAH IA.
1) Unsur
cinta.
2) Unsur
mempromosi pergaulan bebas dan ikhtilat.
3) Unsur
aurat.
4) Unsur
Seks sikit atau banyak.
5) Unsur
Syirik.
6) Unsur
menghina islam.
7) Unsur
mengagungkan arak.
8) Dan
segala unsur negative yang boleh mempengaruhi orang yang melihatnya.
Ada
salah satu dari unsur ni, maka, haram. Ingat, bukan semua hiburan tu halal. Ada
hiburan yang haram! Seperti mana bukan semua makanan tu halal. Ada makanan yang
haram! Begitu juga minuman, bukan semua minuman tu halal, ada minuman yang
haram!
Saya KHUSUSKAN kpop sebab kpop/korea 1000 kali ganda lebih menular di kalangan mahasiswa berbanding yang lain. Dan sape yang ada otak, dia akan boleh kaitkan dengan semua hiburan yang sama jenis dengannya tak kiralah hindustan ke, bangla ke, melayu ke dan lain-lain...

yang haram, jauhilah!
MENGAPA
KPOP, DRAMA KOREA DAN SEANGKATAN DENGANNYA HARAM?
Tanpa
membuang masa, saya nak senaraikan dalil dari Alquran dan hadith, serta
kata-kata Ulama’ sebagai hujah. Buka mati dan hati, ketepikan nafsu dan ego,
hilangkan kesombongan dan takabbur, baca, dan, muhasabahlah!
SEBAB
PERTAMA: DI DALAMNYA ADA UNSUR HARAM.
Di dalam
lagu-lagu kpop, tak kisahla band lelaki atau perempuan, di dalamnya ada unsur
haram. Maka, hukumnya haram.
1) Haram
pada penampilan mereka!
Band
perempuan, pakai seksi gila bapak, pastu menari macam apa bajet cute, terlompat-lompat
bagai. Sampai masuk surat khabar, seorang penari kpop perempuan perut sneak sebab
time buat show menari-nari, tergelincir, jatuh, pastu sakit, senak perut, masuk
hospital. Apa ke gerun. DAN, band lelaki pula, dengan rambut di “colour”kan, ada
yang pakai rambut palsu dan sebagainya. Saya malas nak ulas, rasa semua dah
tahu, 90% artis korea telah membuat pembedahan plastik.
Soalan
saya:
“Adakah
mengubah wajah itu Allah redha? Adakah pakai rambut palsu itu Allah redha? Adakah
colourkan rambut itu Allah redha? Adakah pakai seksi-seksi tu Allah redha?
Adakah menari berjoget bagai tu Allah redha? Adakah itu semua bukan maksiat??!”
Jangan
bagai alasan:
“Alah,
mereka kafir, apa salahnya??”
Kalau
macam tu, tak salah la kalau orang kafir berzina, membunuh, merompak, rogol
orang, minum arak bagai? Sebab mereka kafir? Mana ada! Orang kafir ke orang
islam ke, jika dia buat benda yang Allah murka, kita kena tegur! Hatta, ulama' menyebut:
"Barangsiapa yang redha dengan kekafiran, maka dia juga menjadi kafir!".
Hati-hati beb.
Kesannya?
Bila ramai tengok kpop drama korea bagai, maka:
a) Ramai
wanita islam yang rasa MALU dengan wajah mereka, mereka rasa diri mereka tak
cantik kerana mereka bandingkan diri mereka dengan wanita-wanita korea. Lantas,
di sebabkan itu, mereka make up muka mereka, pakai seksi-seksi, semata-mata
untuk kelihatan cantik. Yang muka tak cantik dan buruk, mereka sedih, rasa
down, tiada keyakinan diri, da nada yang bunuh diri. Padahal Allah tak pandang
pun wajah. Dan actually, manusia pun tak pandang sangat wajah ni.
Berapa
banyak lelaki tak hensem dapat kahwin dengan perempuan cantik. Berapa ramai
perempuan tak cantik dapat kahwin dengan laki hensem. Berapa banyak kes laki
hensem kahwin dengan perempuan cantik gila, tapi cerai. Kes cerai pun setahun
27,000. Means, setiap 1 jam, 3 orang bercerai.
b) Ramai
lelaki yang terikut-ikut fashion rambut, fashion baju pakai ketat-ketat,
warnakan rambut, pakai rambut palsu semata-mata nak Nampak macho, padahal tak
macho pun. Banyak lagi kesannya.
2) Haram
pada liriknya.
90%
Lirik dalam lagu-lagu kpop adalah berunsur cinta, mempromosi seks seperti “kiss”,
“hug” dan sebagainya, mempromosi
pergaulan bebas, mempromosi couple dan sebagainya. Walaupun korang
dengar tu korang tak faham, tapi, tak faham tu lah yang BAHAYA bila dengar.
Sekali dia kutuk Allah atau kutuk nabi macamana?
Kenapa
tak boleh dengar lirik-lirik yang ada unsur haram ni?
Kerana,
apa yang kita dengar, benda tu yang akan masuk dalam FIKIRAN. Bila kita dah
selalu fikir benda tu, ia akan meresap dalam HATI. Bila dah meresap dalam hati,
maka ia akan membuahkan AMAL.
Contoh,
kalau hari-hari kita dengar pasal cinta, cinta, cinta, cinta, maka, kita akan
mula rasa nak bercinta dan tak rasa bahawa bercinta tu salah. Dan akhirnya,
kita pun startlah cari couple, dan rasa malu kalau tak couple.
Kalau
hari-hari dengar pasal seks, seks, seks, cium, cium, cium, maka, kita akan
terasa nak buat benda tu. Sebab tu, cuba korang interview budak-budak yang
terlanjur. Cuba tanya dia, minat kpop tak? Minat drama korea tak? Nescaya
diorang akan kata, diorang minat. DAN, itulah PUNCA mereka rasa teringin nak
berzina.
Sebab tu
lah, Ustaz Nouman Ali Khan ada sebut bahawa:
“Lagu-lagu
yang ada unsur haram adalah pornografi bagi telinga…”
Maka,
kesan bila kita banyak dengar lagu yang liriknya macam ni, sampai satu tahap,
kita akan rasa NORMAL bila buat benda-benda dosa. Kita tak rasa couple tu
salah. Kita tak rasa bercinta sebelum nikah tu salah. Kita tak rasa apa-apa
bila tengok orang buat maksiat couple depan amta kita. Kita anggap benda tu
semua NORMAL dan takde apa hal.
Ketahuilah,
merasa NORMAL dengan dosa adalah tanda hati rosak, hancur lebur, dan berkecai.
3) Haram
pada official videonya.
Mustahil
kalau korang kata korang dengar kpop, tapi tak pernah tengok official video
dia. Kalau korang tengok official video dia, dalam tu kan banyak pergaulan
bebas? Laki pegang perempuan, aurat gila bapak, cium pipi, menari sini sana.
Tak ke haram?
So, ini
semua adalah sebab pertama, iaitu, kpop haram kerana di dalamnya ada unsur
haram. Jom, pergi ke point kedua.
***
SEBAB
KEDUA: TAK CEGAH MUNGKAR.
Sebelum
saya nak hurai sebab kedua ni, saya nak korang semua bukak mata dan baca hadith
ni 27 kali sampai faham. Baca, baca!
عن أبي سعيد الخدري قال : سمعت رسول الله صلى
الله عليه وسلم يقول : من رأى منكم منكرا فليغيره بيده ، فإن لم يستطع فبلسانه ، فإن
لم يستطع فبقلبه ، وذلك أضعف الإيمان
( رواه مسلم )
Dari Abu
Said Alkhudri meriwayatkan bahawa, nabi saw bersabda: “Barangsiapa yang melihat
kemungkaran, hendaklah dia ubah dengan TANGAN. Jika tak mampu, maka ubahlah
dengan LISAN. Jika tidak mampu, maka ubahlah dengan HATI, dan itu (ubah dengan
hati) adalah selemah-lemah iman…”
(Hadith
riwayat Muslim)
Apa yang
korang faham dari hadith kat atas?
Biar
saya hurai satu persatu hadith ni bagi korang faham.
1) Bila
kita Nampak maksiat depan mata, bila kita Nampak benda haram yang orang buat,
tak kisahla orang tu kafir ke islam ke, maka, kita WAJIB TEGUR. Wajib!
Sekurang-kurangnya kalau tak mampu, kita kena tegur dengan HATI.
2)
Apakah yang di maksudkan dengan “ubahlah dengan hati”?
Ubah
dengan hati itu ada 3:
a) Benci
maksiat tersebut.
b) Jauhi
maksiat tersebut.
c)
Berazam untuk ubah maksiat tersebut jika kita mampu.
3)
Bermakna, jika kita Nampak satu maksiat, kita tak rasa apa-apa, tak rasa benci,
kita tak jauhi, means, kita takde iman! Kerana, mencegah dengan hati adalah
selemah-lemah iman!
So, back
to the point dengan topic kita. Bila kita tengok kpop, kita tengok benda-benda
haram yang mereka buat, pakaian mereka, lirik mereka, pergi konsert mereka,
tengok drama, tengok mereka pegang-pegang tangan dan cium, siap nangis, siap
ketagih, lepas satu drama, next drama sampai berpuluh drama tengok, berates episode
khatam, ADAKAH KITA ADA IMAN??!!
Takkan
tak rasa apa-apa bila tengok maksiat yang mereka buat? Siap kita jadikan
hiburan lagi tu? Apakah ini semua?!
Sepatutnya,
kalau kita ada iman, bila kita “ter”tengok kpop or drama bagai, kita kena rasa
benci, kemudian kita jauhi, dan kita berazam untuk nak ubah mereka jika kita
mampu. Contohnya, tengok Lee Min Ho berlakon. Kita kena rasa benci dengan
maksiat tu, kita kena jauhi benda tu, dan kita kena berazam untuk tegur Lee Min
Ho dan dakwah dia bila kita mampu nanti.
Jika
tidak, kita di kira tiada iman, kerana selamah-lemah iman adalah mencegah
dengan hati!
Clear?
Jelas? Faham? Terbaik…
****
SEBAB
KETIGA: TAK TUNDUK PANDANGAN
Okay.
Sebab ketiga ni, saya nak bagi ayat quran sikit. Sebab ada orang kalau kita tak
bagi ayat quran, dia tak nak terima teguran kita. So, saya bagi ayat quran,
fahami. Kalau boleh hafal, hafal!
قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ
وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
النور: 30-31
“Katakanlah kepada LELAKI beriman, TUNDUKKANLAH
PANDANGAN mereka, dan peliharalah kemaluan mereka. Itu lebih menyucikan mereka.
Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka lakukan. Dan katakanlah
kepada WANITA beriman, TUNDUKKANLAH PANDANGAN mereka, dan peliharalah kemaluan
mereka, dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada yang biasa
(yang bukan aurat)…”
(Annur: 30-31)
Wahai kawan, bila kita tengok ayat ni, Allah bukan
suruh lelaki je tunduk pandangan. Tapi, perempuan pun kena tunduk pandangan
beb! Perempuan pun kena tunduk pandangan!
Tapi, hari ni, bila lelaki usha perempuan, bila lelaki
tengok video lucah, bila lelaki tengok official video Katy Perry bagai, bila
lelaki letak profile picture perempuan kat FB dia, komfem lelaki tu akan di
pandang MIANG, tak malu, nafsu tinggi dan sebagainya.
Tapi, bila perempuan tengok artis korea, tengok justib
bieber tak pakai baju, siap like dan share, tengok One Direction, pastu
share-share gambar tu, siap ada yang letak gambar artis lelaki kesayangan
mereka kat wallpaper henset dan sebagainya, tak siapa anggap benda tu salah!
Tapi, kalau kita relatekan balik dengan lekaki tadi, seperti mana lelaki tu
akan di anggap miang kerana tak tunduk pandangan, macam tu juga perempuan di
anggap miang, nafsu tingga tak malu bila mereka usha lelaki!
Ingat video lucah je ke haram? Ingat nak tunggu naik
syahwat baru haram? Sejak bila syarat haram ialah kena naik syahwat?
Kalau macam tu, bila kita tegur kawan kita yang selalu
usha, bila kita tegur, nanti dia jawab:
“Weh, apa salahnya? Aku tak naik syahwat beb!!”
Apa kita nak jawab?
Sebab tu, islam ni cantik. Dia cegah dari awal. Kalau
tak, timbullah golongan-golongan yang menggunakan alasan “tak naik syahwat”
untuk memuaskan nafsu syahawat mereka.
****
SEBAB KEEMPAT: SUPPORT MAKSIAT
Bila kita tengok video kpop or drama korea dan yang
seangkatan dengannya, maka, secara tak langsung, dan secara tak sedar, kita dah
SUPPORT maksiat yang mereka lakukan. Sekali tekan kat youtube, views video tu
akan meningkat, bila views meningkat, mereka akan popular dan dapat duit. Tu
belum kita kalau LIKE mereka kat Facebook, follow mereka di twitter dan
instagram.
Lagi pelik, siap beli album artist u, beli DVD drama
tu, beli kat itunes. Kemudian, duit untung album semua tu, artis-artis tu akan
meneruskan maksiat mereka denganrasa bangga di sebabkan ada orang support. Lagi
lagi pelik tahap kritikal, pergi konsert mereka, bayar berates-ratus ringgit!
Apakah semua ini?!
Allah ada sebut banyak dalam quran, betapa Allah MURKA
bila kita support dan REDHA dengan maksiat yang mereka lakukan. Bacalah, baca!
وَلا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ
النَّارُ
هود:113
“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang
zalim (yang melakukan maksiat) yang akan menyebabkan kamu masuk neraka!”
(Hud ayat 113)
قَالَ رَبِّ بِمَا أَنْعَمْتَ عَلَيَّ فَلَنْ
أَكُونَ ظَهِيراً لِلْمُجْرِمِينَ
[القصص:17]
“Musa berkata: ‘Ya tuhanku, demi nikmat yang telah
Engkau anugerahkan kepadaku, aku sekali-kali tidak akan menjadi PENOLONG bagi
orang-orang yang melakukan dosa!!”
(Alqasas ayat 17)
Banyak lagi ayat. Nak kata, bila kita support, bila
kita dengar, tengok, pergi beli album, pergi konsert, sebenarnya ia menandakan
kita redha dengan maksiat yang dia lakukan, sekaligus kita telah MENOLONG
mereka untuk meneruskan dosa!
Ingat ini dosa kecil? Ingat ini dosa kecil ke wahai
kawan?
Ingatlah kata-kata ini:
“Apabila kita REDHA dengan maksiat yang di lakukan oleh
orang lain, itu juga merupakan satu maksiat…”
***
SEBAB KELIMA: KITA BERSAMA DENGAN ORANG YANG KITA
CINTAI
Seperti biasa, sebelum saya nak ulas dengan lebih
lanjut, hayatilah hadis nabi. Korang kan kata korang cinta nabi, so, hayatilah
hadis nabi dan amalkan. Kalau cinta nabi la…
أنت مع من أحببت
“Engkau bersama orang yang engkau cintai (di akhirat
kelak)”.
(Hadis riwayat Muslim)
Jika kita cinta nabi, kita akan bersama nabi. Jika
kita cinta Lee Min Ho, atau artis EXO, SNSD bagai, kita akan bersama diorang
kat akhirat nanti. Kalau diorang masuk neraka, kita akan bersama mereka. Tapi
jika cinta nabi, cinta ulama’, cinta orang soleh, kita akan bersama mereka di
akhirat kelak.
Ingat, cinta ni kena ada bukti. Orang yang cinta
rasul, takkan cinta artis kpop bagai.
***
SEBAB KEENAM: LALAI DARI AGAMA
Bab ni best. Ramai yang tengok drama korea jepun bagi,
or dengar lagu-lagu yang ada usnur haram semua tu, bila kena tegur, depa akan
jawab:
“Apa salahnya? Aku tak lebih-lebih. Aku tak lalai! Aku
masih solat dan baca quran…”
“Ala. Aku bukan lebih-lebih pun. Walaupun aku tengok
runningman setiap hari, aku still komit ikut usrah, katibah daurah semua aku
pergi. Aku tak lalai!”
Jawapan saya kepada orang yang macam ni ialah:
“Korang penipu! Penipu besar! Korang sebenarnya lalai!
Bohong!”
Kenapa saya kata korang penipu?
Korang kata koang tak lalai dari agama? Apa korang
ingat agama ni solat sahaja ke? Soalan saya:
1) Berapa juzuk quran kau dah hafal? Kau baca quran 1
juz sehari ke tak? Bagi can sikit, berapa kali kau dah khatam quran? Bagi can
lagi, kau baca quran lancar ke tak? Ke
baca masih tersekat? Kenapa korang tak guna masa berjam-jam korang tengok korea
bagai tu untuk kuasai quran??
2) Solat korang amacam? Full 5 waktu berjemaah kat
surau (bagi laki) dan awal waktu (bagi wanita)? Jangan cakap kau solat tak
full. Agak-agakla. Rukun islam kot. Belum masuk bab solat sunat. Qiamullail,
tahajud solat taubat semua korang buat hari-hari tak? Ke dah bertahun tak solat
tahajud? Pergh…Kalau korang guna masa berjam-jam tu untuk solat, kan bagus?
3) Kitab apa yang korang dah habis baca? Buku sirah
apa yang korang dah habis baca? Kitab sirah raheeq makhtum dah baca? Kitab fiqh
sirah Albuti dah habis baca? Kitab sirah duru wa ibar dah habis baca? Kat cinta
nabi, kenapa sirah pun tak baca? Belum masuk kitab dakwah. Dah baca almuntolaq,
dah baca fiqh dakwah, dah baca majmuat rasail blab la bla?? Kalau korang guna
masa berjam-jam tengok korea bagai tu untuk baca buku, komfem korang dah alim
dah.
4) Exam korang skor tak? SPM berapa A dapat? STAM
mumtaz ke tak? Kat universti, dapat 3 pointer ke atas tak? Lepas tu tak puas
hati dengan PTPTN bagai padahal korang bukan belajar betul-betul pun. Kalau
korang guna masa berjam-jam tengok korea tu untuk belajar, komfem korang jadi
genius.
5) Dakwah dan tarbiah buat tak? Dah berapa ramai orang
berubah di sebabkan kau? Ke sorang pun takde? Kalau korang guna masa berjam-jam
tengok movie semua tu untuk dakwah tarbiah, mesti kau dapat hidupkan hati ramai
orang!
Tapi, persoalannya, adakah kita buat semua benda tu?
Kita tak buat! Kenapa kita tak buat? Sebab kita LALAI! So, jangan nak menipu
diri sendiri!
***
PENUTUP
Beginilah..
Kepada semua pencinta, peminat dan penyokong KPOP, drama Korea Jepun,
Melayu, Indonesia, Cina, Tamil, Siberia, Eskimo, Arab Bersekutu, hatta
drama Alien workshop sekalipun kalau ada.
Kami nak tanya korang.
Apa rujukan hidup korang?
Kalau rujukan korang al Quran dan as Sunnah, ok kita sama.
Disebabkan rujukan hidup kita sama, saya nak tanya korang sekali lagi.
Bagi kami 5 hujah kalau comel berserta dalil kenapa KPOP, drama-drama
semua sekali, dan semua yang berkaitan dengannya, korang PERTAHANKAN?
Sebab kami assume, kalau korang pertahankan, maksudnya korang nak kata
bahawa ia adalah HARUS, boleh tengok dan mungkin boleh bagi manfaat pada
umat Islam.
Korang boleh bagi 5 hujah kukuh dan dalil, kami akan DELETE semua post kami tentang kpop, dan tarik balik statement2 kami.
Kita berprinsip atas nama kebenaran. Kalau kami salah, kami akan tarik
balik walaupun orang kata kami jilat ludah sendiri. Peduli apa, dah kami
salah. Akui je la, buat apa kami nak pertahankan kesalahan kami.
Dan kami minta dalil bukan sebab kami pandai or bajet bagus, tapi inilah PRINSIP seorang MUSLIM.
Saya dah berikan 6 dalil untuk menguatkan HUJAH saya
mengatakan KPOP, drama, movie bagai yang ada unsur haram tak kisahla bangsa apa
sekali pun, sebagai HARAM. Saya dah berikan hujah.
Saya yakin. Dakwah ini, apabila kita berterus-terang,
maka akan ada 3 kelompok:
1) Orang yang terima dan berubah
2) Orang yang tak terima dan menentang
3) Orang yang tak rasa apa-apa.
Kerana itu, saya harap, moga kalian semua berada di
dalam golongan yang pertama. Dan, kepada yang menentang, sila berikan dalil
dari ayat quran dan hadis untuk mempertahankan apa yang korang buat.
Ingat, agama ni bukan ikut akal, tapi wahyu.
Akhir sekali, saya yakin, semua orang nak berubah.
Insyallah, ada masa, saya akan kongsikan bagaimana cara nak tinggalkan
ketagihan mendengar lagu-lagu yang ada unsur haram dan juga cara nak tinggalkan
ketagihan drama, movie, anime dan juga video lucah.
Moga bermanfaat, dan, moga Allah ampunkan kita semua!
Jika Umar Alkhattab pun boleh berubah, tak mustahil,
kpopers juga boleh berubah. Saya yakin dan percaya, hidayah Allah itu boleh
datang kepada siapa-siapa sahaja. Dan, Allah boleh tarik hidayahNya dari
siapa-siapa yang Dia nak..
Wallahua’lam.
-Adnin Roslan & Shukery Azizan-
Nasir Sahlan shared Mohd Zubit Lebai's photo.
Mohd Zubit Lebai with Lillie Leehanie and 19 others
Benarkah kebanyakan wanita melayu ...
Tak tahu halal dan haram?
Tak tahu dosa dan pahala?
Tak boleh beza betul dan salah?
Tak tahu dan tak mahu tahu tentang agama?
Tak boleh kawal nafsu?
Dan macam2 lagi lah...
Tak tahu halal dan haram?
Tak tahu dosa dan pahala?
Tak boleh beza betul dan salah?
Tak tahu dan tak mahu tahu tentang agama?
Tak boleh kawal nafsu?
Dan macam2 lagi lah...
Siapa yg harus dipersalahkan? Apa yang harus dilakukan? Bagaimana untuk
menghalang perkara ini berulang? Apa tindakan yg harus dilakukan?
Hujah dan pendapat anda dialu-alukan.
Hujah dan pendapat anda dialu-alukan.
Like · · Share
Amaluddin Yusof added a new photo.
10 hrs ·
Like · · Share
2:32PM - 12 Jan 2015
7:00PM - 12 Jan 2015
2:32PM - 12 Jan 2015
K-pop: Memalukan, tak senonoh, kata Jakim
Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) menyifatkan adegan mesra antara
gadis bertudung yang didakwa "obses" dengan artis K-Pop pada Sabtu lalu
"sangat memalukan dan satu perlakuan yang tidak senonoh" kepada
masyarakat umum.
Ketua Pengarahnya Datuk Othman Mustapha berkata perlakuan itu boleh dijangka berlaku dalam konsert seumpama itu.
"Itulah sebabnya Islam melarang penganjuran hiburan yang boleh melalaikan kerana kesan dari kelalaian itu lebih besar keburukannya," kata Othman dalam satu kenyataan.
"Dalam kes ini, penganjur harus bertanggungjawab dan tidak boleh lepas tangan dengan apa yang berlaku," katanya sambil menyeru mana-mana penganjur bertanggungjawab serius mempertimbangkan baik buruk sesuatu penganjuran aktiviti.
Pihak berkuasa agama itu mengulas aksi gadis bertudung yang dilapor berpelukan dengan kumpulan artis lelaki Korea B1A4 di atas pentas sehingga mencetuskan cemuhan banyak pihak.
Penganjur memohon maaf jika laporan berkaitan di media menyebabkan masalah kepada artis dan peminat serta berikrar akan memastikan faktor agama dan budaya diambil berat.
Othman berkata konsert pada Sabtu itu sama sekali tidak dirujuk kepada mereka dan mempersoalkan sejauh mana garis panduan yang dikeluarkan mereka pada 2007 dirujuk.
Arah JAWI bertindak
Jakim juga meminta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengambil tindakan yang sewajarnya.
Othman juga berkata, beliau difahamkan bahawa Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) akan memanggil pihak penganjur berhubung isu itu.
Pada masa yang sama, beliau menyeru agar pemuda dan pemudi menjaga akhlak dan harga diri dengan tidak membiarkan diperlakukan apa sahaja oleh artis yang disanjung.
"Secara dasarnya bagi Jakim sebagaimana yang dikehendaki tuntutan agama, mana-mana acara yang bertentangan dengan moral, akhlak Islami, tatasusila dan budaya negara ini tidak wajar dibenarkan.
"Tiada istilah kebebasan dan hak peribadi dalam melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak dan boleh menjelekkan pandangan masyarakat umum.
“Sebaliknya mereka perlu ada rasa malu dalam diri dan pemakaian bersyariat sebagai benteng mencegah rasa malu," katanya.

Mahfuz kaitkan k-pop dengan 'agenda' global
Banyak pihak berspekulasi berhubung 'sebab sebenar' penganjuran acara
artis k-pop B1A4, yang menyaksikan aksi kontroversi peluk cium, Sabtu
lalu.
Bagaimanapun, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar mempunyai versinya tersendiri.
Beliau pergi lebih jauh dengan mengaitkan apa yang berlaku dengan agenda global untuk “menjatuhkan maruah wanita Islam”.
“Saya bimbang yang pakai tudung ini sebenarnya orang yang tidak memakai tudung tetapi diupah memakai tudung dan melakukan agenda yang tidak bermoral.
“Saya bimbang itu yang akan berlaku seperti mana banyak khabar angin yang dibuat (seperti dalam) isu pembunuhan di Perancis adalah agenda Mossad (badan risikan Israel, kiri).
“Sama juga seperti apa yang berlaku pada acara malam tadi. (Mungkin) bukan wanita yang pakai tudung yang naik (pentas).
"Tetapi untuk menjatuhkan maruah wanita Islam."
Beliau berharap pihak berkuasa dan kementerian berkaitan menyiasatnya.
Kenapa dapat kelulusan?
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur petang ini, Mahfuz kesal apabila program itu diluluskan kerajaan.
“Atas dasar apa mereka beri kebenaran artis luar dibawa masuk.
"Dan apa garis panduan (program) ini? Seolah-olah tidak ada garis panduan kepada penganjur dan penganjur boleh buat apa sahaja (termasuk) peluk dan cium.
“Saya minta satu siasatan dibuat oleh pihak berkuasa kepada penganjur kerana saya bimbang sekiranya penganjur ini yang cipta satu suasana untuk bersifat penghinaan kepada Islam,” katanya.
Penganjur acara itu TGM Events hari ini menjelaskan bahawa mereka tidak berniat membiarkan gadis bertudung dipeluk dan dicium kerana ia dipilih secara rawak.
Menurutnya lagi, penonton juga telah diberitahu supaya tidak terlalu dekat atau menyentuh artis.
Kejadian juga berlaku dengan kerelaan penonton, kata TGM.
Syarikat itu juga meminta maaf jika laporan berkaitan di media menyebabkan masalah kepada artis dan peminat dan berjanji mengambil kira faktor agama dan budaya selepas ini.
Menurut rakaman, gadis tempatan naik ke pentas sebelum berpelukan dan merelakan dicium dan dirangkul artis itu, sambil disambut sorakan penonton.

Setem Besi shared Abu Hashim Jalal's photo.
9 hrs ·
Tiada ulasan:
Catat Ulasan