Nur Alawiyah shared Mohd Khairil Anwar's photo.

Kalau ye pun mencintai rasul tak perlulah hingga berdusta jual nama nabi s.a.w what a wonderful world...astaghfirullah
Astaghfirullah...memang teringin benor neraka kot...dah tak sabor-sabor nampaknya...
قال صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " لا تكذبوا علي فإنه من كذب علي فليلج النار " رواه البخاري
Sabda Rasulullah s.a.w.: Jangan kamu semua berbohong atasku, sesungguhnya sesiapa yang bohong atas namaku maka akan masuk neraka...

'Beku pembalakan bukan setakat elak banjir'
Keputusan membekukan aktiviti pembalakan di hutan simpan kekal
(pengeluaran) di seluruh negeri ini mulai tahun ini bukan setakat
bertujuan mengelakkan bencana banjir semata-mata.
Malah, langkah ini demi menjaga dan mengawal segala aktiviti pembalakan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
"Kita buat demikian bukan kerana banjir (semata-mata) tetapi kita sudah menjangkakan awal (kesan-kesan yang bakal dihadapi melalui aktiviti pembalakan)," katanya kepada pemberita.
Terdahulu, beliau merasmikan misi bantuan sukarelawan pasca banjir Muafakat Johor oleh Sukarelawan Johor Darul Ta'zim ke Pantai Timur, di Johor Baharu hari ini.
Semalam, Menteri Besar menerusi laman Facebook rasminya berkata kerajaan tidak akan membenarkan sama sekali hutan simpanan kekal di negeri itu diusik, selain membanteras sekeras-kerasnya pembalakan haram.
"Laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya berlaku pembalakan haram. Demi masa depan anak cucu kita. Jadikan pengajaran semalam pedoman untuk hari esok," katanya.
"Usaha ini dilaksanakan untuk memulihara, melestari dan membangunkan alam sekitar yang menjadi warisan paling berharga untuk generasi pewaris. Inilah satu-satunya pilihan yang kita ada," katanya dalam laman berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled berkata unit Sukarelawan Johor Darul Ta'zim yang mempunyai seramai 13,000 ahli berdaftar sehingga kini, akan dilancarkan oleh kerajaan negeri dalam masa terdekat.
Beliau berkata unit itu diwujudkan untuk menggerakkan aktiviti kesukarelawan, yang antara lain melibatkan pemuliharaan alam sekitar, kebersihan, kesihatan serta menangani wabak penyakit.
"Selain itu, apabila berlaku bencana banjir, kumpulan ini boleh digerakkan untuk membantu mangsa banjir," kata Mohamed Khaled.
Terdahulu, lima tan barangan keperluan asas bernilai RM130,000 akan diagihkan kepada 1,200 buah keluarga di Pantai Timur mulai hari ini hingga Rabu (7 Jan). Ia akan diagih oleh seramai 200 sukarelawan terlibat di daerah Kemaman (Terengganu) serta Tumpat dan Kuala Krai (Kelantan).
Sukarelawan juga akan turut serta dalam kerja-kerja pembersihan kemudahan awam seperti sekolah, surau dan masjid.
- Bernama

Video ngeri awan cumulonimbus, Cerita juruterbang yang pernah terselamat
Awan cumulonimbus merupakan igauan ngeri juruterbang. Ini kerana awan ini boleh menyebabkan kemalangan dahsyat. Oleh itu, tidak hairanlah bila awan yang selalu disebut awan CB ini ditakuti banyak penerbangan.
Bahkan, awan CB disyaki menjadi penyebab terhempasnya pesawat AirAsia QZ8501 di Selat Karimata pada 29 Desember 2014. Juruterbang Irianto yang menerbangkan QZ8501 menjadi korban awan tersebut.
Namun, bukan bererti awan CB tidak mampu diatasi. Tidak ramai juruterbang yang selamat dari kedahsyatan awan tersebut. Salah seorangnya, juruterbang Senior Garuda Indonesia Kapten Abdul Rozaq.
Dalam wawancaranya di Breaking News tvOne, pada 4 Januari 2015, Kapten Abdul Rozaqmengaku menjadi saksi kekuatan awan CB. Pesawat Garuda Indonesia yang kemudikannya terjebak dalam awan CB.
“Kejadiannya pada Januari 2002. Pesawat saya langsung masuk awan CB di ketinggian 32 ribu kaki. Tidak sampai 3 minit, kedua mesin pesawat langsung mati,” ujarnya.
Abdul menceritakan, gangguan yang dialami pesawatnya sangat dahsyat. Goncangan datang dari sisi kiri, kanan, depan dan belakang pesawat. Bagi para penumpang, pesawat bagaikan terbanting-banting dalam awan.
“Itulah yang menyebabkan mesin pesawat mati, karena tidak kuat menahan goncangan,” katanya.
Abdul terus bersiap sedia melakukan pendaratan kecemasan. Oleh kerana komunikasi dalam pesawat terputus, dia berkomunikasi secara manual dengan kru untuk mempersiapkan penumpang. Usaha Abdul dan pembantunya pada waktu itu, juruterbang Heryadi, terbayar. Pesawat berjaya mendarat cemas di Sungai Bengawan Solo. Tidak ada yang terkorban.
Belajar dari pengalaman tersebut, Abdul mengatakan komunikasi pilot dengan awak kabin saat keadaan darurat sangatlah penting. “Awak kabin bisa langsung menjalankan SOP untuk evakuasi penumpang,” ujarnya.
Selain itu, Abdul juga menyatakan juruterbang juga harus boleh menyiapkan serta mententeramkan hati penumpang ketika cuaca buruk menghadang. Meskipun begitu, Abdul menambah pesawat ketika ini sudah mempunyai peralatan yang lebih canggih untuk mengesan cuaca buruk.
“Pesawat modern saat ini sudah bisa mendeteksi awan CB dari jauh, jadi harusnya bisa dihindari,” katanya. – Sumber asal – news.viva.co.id
Post by Siakap Keli.
Post by Sukan Star TV.
Enjin tiba-tiba mati, pesawat AirAsia ke Bandung cetuskan panik
Written By canang on Ahad, 4 Januari 2015 | 1/04/2015 06:35:00 PTG
KUALA LUMPUR: AirAsia Indonesia sekali lagi dilanda
masalah apabila enjin salah sebuah pesawatnya bagi laluan
Surabaya-Bandung tiba-tiba mati di landasan ketika hendak berlepas.
Menurut laporan Metrotvnews.com, pesawat yang membawa 120 penumpang itu mengalami masalah tersebut sewaktu hendak berlepas dari Lapangan Terbang Bandara Juanda.
Kejadian itu mencetuskan suasana panik kepada penumpang yang telah bersiap sedia berada di tempat duduk masing-masing.
Menurut seorang penumpang, Yusuf Fitriadi, terdapat bunyi yang kuat pada enjin pesawat sebelum ia tiba-tiba mati, dan pesawat mula berundur sendiri.
"Kami terkejut dan panik. Saya pun turut ketakutan. Pesawat tersebut akhirnya berundur ke posisi asal semasa kami menaikinya dan kru kabin meminta kami turun pada saat itu juga," katanya kepada Metrotvnews.com.
Pesawat itu dijadualkan bertolak jam 9.00 malam, namun mengalami masalah enjin yang dikatakan berpunca daripada monitor starter.
Juruteknik pesawat bagaimanapun berjaya memperbaiki kerosakan tersebut.
Meskipun telah dibaiki, hampir kesemua penumpang mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan kerana bimbang akan mengalami masalah sama di udara.
Susulan itu, AirAsia telah mengembalikan wang kepada penumpang yang tidak meneruskan perjalanan dengan pesawat tersebut.sumber
Dalam kejadian pada 28 Disember lalu, pesawat Airbus A320-200 milik AirAsia Indonesia dilaporkan hilang sebelum disahkan terhempas dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.
Operasi mencari dan menyelamat kini sedang giat dijalankan selain usaha menjejaki bangkai pesawat serta alat perakam data penerbangan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

KOTA BHARU - Persatuan Orang Kota Baharu (POKB) menyifatkan cabaran
pasca banjir merupakan satu tugas berat yang perlu mendapat kerjasama
semua pihak dalam membantu menyediakan keperluan asas kepada mangsa
bencana itu.
Penaung POKB yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad berkata, keperluan asas itu termasuk peralatan untuk membersihkan rumah seperti penyapu, sabun pencuci dan baldi.
"Usaha ini (sumbangan) perlu berterusan sebab pasca banjir ini banyak lagi perkara perlu kita laksanakan dan perlu beri perhatian serta melibatkan semua pihak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Banjir POKB di Fakulti Vaterinar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, hari ini.
Sharifah Zarah berkata, sumbangan daripada pelbagai pihak menunjukkan keprihatinan rakyat negara ini dalam meringankan beban mangsa banjir.
"Saya rasa, kita telah mencerminkan satu solidariti di kalangan kita, satu sikap yang dermawan, bukan hanya rakyat Kelantan tetapi juga seluruh negara... derma datang mencurah-curah," katanya.
Sebanyak 300 keluarga di Jalan Gajah Mati dan Lembah Sireh di sini, menerima sumbangan keperluan asas seperti penyapu, sabun pencuci dan baldi, dari POKB.
Turut hadir Presiden POKB, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad.
Seorang mangsa, Kuyah Tuan Loni, 46, dari Kampung Jalan Gajah Mati, di sini berkata sumbangan itu membantu meringankan beban keluarganya dan amat berterima kasih kepada semua yang terlibat menghulurkan sumbangan itu.
"Rumah saya berlumpur akibat banjir minggu lalu dan berharap dapat dibersihkan dengan cepat," katanya.
Katanya, pasca banjir ini merupakan satu cabaran baginya dan keluarga memandangkan kerja pembersihan rumah dan kawasan kediaman itu terhad akibat kekurangan bekalan air. - Bernama

Nur Shafiqa, Mangsa Rompak & Toreh Muka Selamat Bernikah
Written By canang on Sabtu, 3 Januari 2015 | 1/03/2015 12:02:00 PTG
Mangsa rompakan dan toreh muka yang menggegarkan negara tahun lalu, Nur Shafiqa dan tunangnya telah selamat melangsungkan pernikahan semalam — menurut kemaskini terkini gadis itu di laman sosial Instagram.
“Alhamdulillah, syukur. Buat yang penting dulu. Parut muka boleh tutup dengan mekap dan Camera 360,” tulisnya dalam salah satu gambar yang dimutnaik semalam.
Bertunang dengan Mohd Azijja Zafran Zahrani, pasangan ini merancang untuk bernikah pada Mac 2015 pada awalnya namun perkembangan terbaru ini nampaknya mereka telah mempercepatkan perkara yang wajib terlebih dahulu. Bagus dan boleh dicontohi pasangan ini.
Pada insiden hitam yang berlaku pada 30 November 2014 itu, Nur Shafiqa telah diserang ketika rumahnya dipecah masuk oleh dua lelaki dan ketika itu beliau bersama ibunya sahaja di rumah. Selain kecederaan, kedua dua mereka kehilangan harta benda bernilai hampir RM10,000. (H/T OH! MEDIA)
Post by Iory Yagami.
Flood victims also need tents, canvas
- Particle
- Published: January 3, 2015
- Written by Harakahdaily | PHOTO WAN ZAHARI
KUALA LUMPUR : For the victims most of the villages in Manek Urai need a kitchen and cooking gas, pots and pans, blankets and sleeping mats than canvas.
"That's what they need right now as I delivered at the meeting house to house here," wrote PAS vice-president Datuk Husam Musa through facebook.
According to him, the supply is abundant and should be used as stock for distribution only after this.
"Manek Urai I mean is Dun. Similar requirements apply to all locations where houses were washed away along because of all the household were also washed away," he wrote again.
Divine revelations, he wrote in a note pilgrimage Village Manjor, Kuala Krai in flood saw greatness.
According to him, the water level up past the roof chair set and refrigerator 'crossed' on the roof of a house still standing.
He added, however many houses were swept away, leaving residents to fly without protection.
"When I arrived, they first request is canvas, for the first refuge of the most practical and fast.
"The food in many places that I frequent is excessive. Canvas tents and more mainstream," wrote Husam again.
Menuutnya again, a day or two of this situation on their side because there was no rain.
Thus, he added you out there trees provide tents and canvas. - Harakahdaily 03/01/2015
6:35PM - 4 Jan 2015
'Tebang pokok macam tak ada undang-undang'
Kegiatan pembalakan haram yang tidak terkawal di Kelantan merupakan
faktor utama banjir besar berlaku di negeri itu baru-baru ini, kata
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.
Beliau berkata penanaman semula pokok perlu dilakukan bagi mengelak negeri itu dilanda banjir besar sekali lagi.
"Sekarang ini tebatan banjir tidak boleh selesaikan masalah, kita kena tanam semula pokok yang telah dimusnahkan di hutan yang telah diteroka.
"Di Kelantan, cara mereka tebang pokok macam negeri tak ada undang-undang, jabatan yang patut jaga hutan tidak mengambil tindakan yang sepatutnya," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Padang Changkat di Parit hari ini.
Pusat pemindahan di daerah Perak Tengah itu menempatkan 108 mangsa daripada 38 keluarga setakat ini.
Shahidan berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membantu kerajaan negeri memulihkan kawasan hutan yang diteroka dan mengembalikan tanah rizab yang ditukar statusnya.
"Rizab hutan adalah rizab hutan, kawasan hutan adalah kawasan tadahan air. Jangan kita tebang pokok di kawasan tadahan air.
"Kita harus buat sesuatu dengan segera... mereka yang lakukan pembalakan tidak kena apa-apa sedangkan rakyat Kelantan menderita dengan apa yang menimpa mereka," katanya.
Beliau berkata pihak yang terlibat dengan kegiatan pembalakan haram itu perlu dibawa ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan