1:50PM - 19 Jan 2015
Ayah cuma uzur biasa, kata Nik Abduh
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat cuma uzur biasa
selepas kesihatannya menurun sedikit selepas banjir besar melanda
Kelantan baru-baru ini.
Menurutnya anaknya Nik Abduh, ayahandanya itu tidak turut serta bersolat di masjid seperti kebiasaannya kerana keletihan.
“(Beliau) di rumah dengan aktiviti biasa, berjalan, membaca dan rehat.
"Cuma selepas banjir baru-baru ini, kesihatannya menurun sedikit.
“Apa pun baik insya-Allah,” katanya yang juga anggota parlimen Pasir Mas.
Dalam kenyataannya yang disiarkan di Facebook Nik Aziz sebentar tadi, Nik Abduh berkata ayahandanya juga memilih untuk tidak diziarahi kerana mahu berehat secukupnya.
“Mari bersama memohon doa semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat ayahanda dan seluruh umat Islam yang dalam keuzuran kesihatan mereka dan semoga kita semua beroleh hidayat dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam,” katanya.
Sementara itu Bernama melaporkan gambar Nik Aziz yang didakwa terbaring kerana uzur dan kini tersebar secara meluas di laman sosial adalah gambar lama.
Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika dihubungi Bernama hari ini.
"Saya tidak pasti itu gambar bila, tapi saya tahu itu gambar lama. Dia sakit (tua) tetapi tidaklah sentiasa terbaring seperti di dalam gambar tersebut," katanya.
Beliau mengulas penyebaran gambar Nik Abdul Aziz, 83, yang dilihat sedang terbaring sambil dikelilingi dan ditemani anggota keluarga di dalam sebuah bilik.
Jelas Mohd Amar, kali terakhir beliau menemui bekas menteri besar Kelantan itu adalah sebelum berlakunya bencana banjir di Kelantan baru-baru ini dan keadaan beliau ketika itu, cuma sakit biasa.
Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata beliau mengetahui tentang keadaan kesihatan Nik Aziz yang sedang uzur sejak dua minggu lepas, namun keadaannya beransur baik dan tidak seperti dipaparkan dalam gambar.
Sebelum ini, Nik Aziz dilapor berada dalam keadaan sihat dan sedang berehat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Terdapat juga laporan dan khabar angin pada Oktober tahun lepas yang mengatakan Nik Abdul Aziz telah meninggal dunia akibat kompilasi jantung, namun ia tidak benar.

4:47PM - 19 Jan 2015
Bekas pegawai disaran tak keluar kenyataan
Lapan bekas pegawai bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul
Khalid Ibrahim dinasihati supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan
berhubung isu pemulangan bayaran pampasan berjumlah RM2.6 juta yang
diterima mereka sebelum ini.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) Faekah Husin berkata peguam daripada firma guaman Tetuan Bon & Associates yang dilantik mereka mengeluarkan nasihat itu bagi mengelak sebarang prejudis dalam isu pampasan berkenaan.
"Kami melantik peguam Tetuan Bon & Associates untuk menjawab surat kerajaan negeri berhubung pemulangan bayaran pampasan itu.
"Firma guaman ini akan turut menerima maklumat-maklumat termasuk dokumen berkaitan dengan urusan pembayaran pampasan tersebut bagi pihak kami," katanya dalam kenyataan menerusi WhatsApp hari ini.
Pada 16 Jan lepas, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dilaporkan berkata kerajaan negeri akan memutuskan tindakan susulan terhadap lapan bekas pegawai MBI terbabit berkemungkinan dalam minggu ini berhubung isu pembayaran pampasan berkenaan.
Menurutnya, tindakan susulan itu akan difikirkan oleh kerajaan negeri selepas tempoh pemulangan semula pampasan yang diberi kepada mereka yang terlibat tamat pada hari ini.
Mohamed Azmin sebelum ini mengarahkan kesemua lapan bekas kakitangan MBI yang terlibat supaya memulangkan semula wang pampasan kerana mendakwa terdapat beberapa perkara yang telah melanggar tatacara dan peraturan kewangan.
Sebelum ini, lapan pegawai itu dilaporkan menerima pampasan berjumlah sehingga RM2.6 juta.
-Bernama

Meraung lebih sejam minta tolong sebelum meninggal dunia
17 Januari 2015 2:29 AM
ANGGOTA
bomba dan penyelamat bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa yang terbabit
dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat di simpang tiga Jalan
Besar, Pekan Bangi Lama, Selangor, semalam.
BANGI 16 Jan. – “Abang Yan, tolong. Saya sakit, haus”.
Operator pengeluaran kilang itu terlibat dalam kemalangan selepas kereta yang dipandunya dirempuh sebuah lori 10 tan ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat di simpang tiga Jalan Besar, Pekan Bangi Lama, di sini pagi ini.
Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumahnya di Kampung Rinching Hilir, dekat sini.
Menurut abang sepupunya, Abdul Rahim Mat Som, 53, selepas pihak bomba memaklumkan kejadian itu, beberapa ahli keluarga termasuk suami dan anak sulung mangsa bergegas ke tempat kejadian.
“Saya terdiam seribu bahasa melihat anak arwah meraung-raung memanggil ibunya namun ditenangkan oleh ahli keluarga lain.
“Ketika kejadian, mangsa hanya menjerit kesakitan serta memanggil abang sulungnya, Jamiran,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Kejadian menyayat hati itu berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi semasa mangsa memandu kereta jenis Proton Iswara Aeroback untuk pulang selepas waktu kerjanya tamat.
Semasa tiba di tempat kejadian, Hasna yang memberhentikan kenderaannya di persimpangan lampu isyarat dirempuh dan diseret sebuah lori 10 tan yang membawa muatan batu.
Tidak cukup dengan itu, pemandu lori dikatakan gagal memberhentikan kenderaannya lalu merempuh tiga lagi kenderaan lain yang turut berhenti menunggu lampu isyarat.
Akibat rempuhan tersebut, mangsa tersepit di kerusi pemandu selama lebih sejam sebelum berjaya dikeluarkan pasukan Bomba dan Penyelamat.
Bagaimanapun, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia kira-kira dua jam selepas itu ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang, dekat sini.
Sementara itu, jurucakap polis berkata, pemandu lori yang datang dari arah Jalan Bangi-Semenyih itu dipercayai gagal mengawal kenderaanya sebelum terbabas ke Jalan Bangi Lama lalu merempuh kereta yang dipandu Hasna.
“Lori berkenaan turut mengheret kenderaan mangsa dan kemudiannya mengenai tiga lagi kenderaan lain yang berada di kawasan berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah jurucakap itu, akibat rempuhan, mangsa terperosok di bawah lori dan mangsa tersepit di kerusi pemandu.
“Orang ramai yang berada di lokasi kejadian berjaya mengeluarkan pemandu sebuah lagi kereta dan membantu mangsa lain. Namun mereka gagal menyelamatkan Hasna yang terperosok.
“Usaha menyelamatkan wanita itu kemudian dilakukan pasukan bomba. Dengan bantuan kren, bomba dapat mengangkat lori 10 tan berkenaan sebelum berjaya mengeluarkan mangsa pada kira-kira pukul 8.47 pagi
Jurucakap itu berkata, kes itu kini disiasat mengikut Sek.41 (1)(A) Akta Penangkutan Jalan 1987.
Abdul Rahim berkata, dia dan keluarga menganggap kejadian tersebut sebagai takdir.
“Walaupun Hasna berjaya diselamatkan namun, Tuhan lebih menyanyangi dia.
“Cuma saya agak menjadi pilu apabila mengenangkan nasib anak-anak saudara saya selepas ini,” jelasnya.
Mangsa meninggalkan tiga orang anak iaitu Mohd Hariz Hafiz, 21; Afizan Hafiz, 11, dan Aina Hafiz, 5.
Jenazah Allahyarham dituntut ahli keluarga dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Hilir, di sini selepas solat Maghrib, malam
3:37PM - 17 Jan 2015
Sirul ditawar tiket untuk ke tali gantung
Koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman mati kerana atas
kesalahan membunuh penterjemah Mongolia Altantuya Shaariibuu ditawarkan
tiket percuma untuk pulang ke tanah air bagi menghadapi hukuman.
Tawaran itu dibuat pengerusi NGO pemantau jenayah MyWatch, R Sri Sanjeevan.
Peguam Sirul sebelum ini mendakwa anak guamnya itu tidak dapat pulang ke tanah air bagi menghadapi perbicaraan baru-baru ini kerana kesempitan wang.
"Saya secara peribadi ingin menawarkan beliau tiket percuma untuk pulang ke Malaysia dari Australia.
"Jika alasan yang disebut peguamnya betul dan beliau tiada niat untuk lari daripada penghakiman Mahkamah Persekutuan, maka beliau akan menerima tawaran ini dan kembali ke tanah air untuk menghadapi hukuman," kata Sanjeevan dalam kenyataan.
Menurut Sanjeevan, alasan kesempitan wang untuk kembali ke tanah air bagi menghadapi pendengaran di Mahkamah Persekutuan itu "tidak dapat diterima sama sekali".
Sanjeevan turut melahirkan rasa kesal yang teramat sangat kerana Sirul dibenarkan bebas daripada ikat jamin sewaktu rayuan masih dibuat ke atas pembebasannya.
Menurutnya, pergerakan Sirul sepatutnya dipantau secara rapi selepas dibebaskan dengan ikat jamin.
"Bagaimanakah seorang suspek pembunuhan dalam kes berprofil tinggi boleh meninggalkan negara tanpa dikesan?
"Ini perlu disiasat dan kita perlu malu dengan ketidakcekapan pihak berkuasa kita," katanya.
Selasa lalu Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman bersalah terhadap Sirul dan Cif Inspektor Azilah Hadri dalam kes pembunuhan paling kontroversi di negara ini.
Sebelum ini, Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 membebaskan mereka dari tuduhan menyebabkan kematian Altantuya.
Altantuya berkhidmat sebagai penterjemah dalam pembelian kapal selam Scorpene sewaktu Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan.
Kerajaan kini dilaporkan sedang mencari ikhtiar untuk mengekstradisi Sirul pulang ke Malaysia untuk digantung.

Teliti sebelum beli
ALOR SETAR - Populariti makanan khasnya dari Korea, seperti kimchi dan
ramyun kalangan orang ramai meningkat, seiring dengan minat golongan
itu terhadap artis negara Asia Timur itu.
Biarpun status halal sebilangan produk berkemungkinan menimbulkan tanya tanya, namun dikhuatiri ada yang tidak begitu mengendahkannya.
Penolong Pengarah Penyelidikan (Unit Pengurusan Halal) Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Rosyadah Ramli berkata, pengaruh muzik luar mungkin mempengaruhi budaya pemakanan peminatnya.
“Minat seharusnya nombor dua. Paling penting, kita harus teliti status halal produk sebelum membelinya.
“Masyarakat Islam tidak sepatutnya mengikut budaya lain, sekali gus membeli produk terbabit tanpa usul periksa,” katanya.
Paling utama, pengguna perlu teliti produk berkenaan halal atau tidak.
Rosyadah berkata, walaupun bukan semua, namun produk keluaran negara berkenaan pastinya memiliki persijilan dan logo halal tersendiri yang diiktiraf negara ini.
Sebenarnya, menurut beliau, ada produk keluaran tempatan yang dihasilkan pekerja Islam, bagaimanapun bahan digunakan dalam produk terbabit mungkin diragui.
Oleh itu, katanya, pengguna perlu lebih waspada ketika memilih produk halal, antaranya membuat pertanyaan terhadap pihak berwibawa mengenai status produk.
Katanya, pengguna boleh membuat kajian di laman sosial Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengenai logo halal bagi badan luar negara yang diiktiraf.
Sementara itu, tinjauan mendapati aneka produk keluaran Korea dijual di kedai serbaneka dan pasar raya sekitar Bandaraya Alor Setar.

4:36PM - 19 Jan 2015
Laporan Sulu: Milosuam dipenjara 2 tahun
Penulis blog pro-PKR terkenal “Milosuam” disabitkan bersalah
melakukan khianat awam kerana memuat naik sebuah artikel berhubung
pencerobohan Sulu di Sabah sebelum ini.
Milosuam atau nama sebenarnya Yusuf al-Siddique didapati bersalah bawah Seksyen 505, Kanun Keseksaan di Kota Kinabalu, Sabah, menurut Lawyers for Liberty.
Menurut kumpulan peguam itu lagi, dia dijatuhkan hukuman maksimum dua tahun penjara.
Mahkamah membenarkan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan kes.

Suhu di Kuala Krai kedua terendah hari ini
KOTA BHARU - Selepas dilanda banjir besar bulan lepas, jajahan Kuala
Krai hari ini mencatat suhu kedua paling sejuk di negara ini selepas
Cameron Highlands.
Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi, http://www.met.gov.my,
Kuala Krai mencatat suhu minimum 19.4 darjah celsius dan maksimum 30.5
darjah celsius.
Suhu terendah jajahan itu kali pertama pada Januari tahun lepas.
Suhu di Cameron Highlands hari ini pula minimum 12.5 darjah celsius
manakala maksimum 22.8 darjah celsius, menurut laman sesawang itu.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya tidak menolak kemungkinan
fenomena cuaca sejuk yang pernah berlaku pada tahun lepas boleh
berulang.
"Udara sejuk dari pergunungan Himalaya dan Siberia ketika musim sejuk
di Hemisfera Utara merupakan penyebab utama kejadian suhu sejuk ekstrem
berlaku di utara dan pantai timur Semenanjung pada Januari tahun lepas.
"Kehadiran udara sejuk yang mendap menyebabkan keadaan kurang
pembentukan awan, berikutan ini suhu lebih sejuk pada waktu malam
sehingga mencatat suhu serendah 17.2 darjah celsius seperti berlaku
tahun lepas di Kuala Krai," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut bagaimanapun fenomena berskala global seperti
ini sukar diramal memandangkan banyak faktor lain yang mempengaruhi
fenomena suhu sejuk ekstrem ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui talian
hotline 1-300-22-1638, laman web jabatan www.met.gov.my dan laman sosial
MetMalaysia di Facebook https://www.facebook.com/malaysiamet atau
Twitter https://twitter.com/malaysiamet.- Bernama
Kuching: Beberapa rumah di kawasan rendah di Kampung Rantau Panjang dan Kampung Tengah Sungai, di sini, mula banjir berikutan limpahan air Sungai Sarawak Kiri.
Tinjauan Bahagian Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuching sejak jam 11 pagi tadi di sungai berkenaan mendapati paras air sungai semakin meningkat sehingga jam 5 petang tadimenyebabkan lima rumah dan jalan di kawasan rendah di kedua-dua kampung itu mula banjir.
Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuching Shaiful Azril Zainal berkata, setakat ini belum ada penduduk dipindahkan.
Bagaimanapun, katanya anggota JPAM bersama bot sudah diarahkan bersedia di kawasan berkenaan.
"Ketika ini tiga kumpulan sudah diarahkan bersedia iaitu sembilan anggota di Batu Kitang, empat di Kampung Rantau Panjang dan empat di Kampung Tengah Sungai.
"Seramai 20 anggota dan pegawai berada di Bilik Operasi Banjir selama 24 jam," katanya.
Dalam pada itu, berdasarkan laman web Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai di Sarawak melebihi paras amaran berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa lalu selain fenomena air pasang.
Sungai Krusin di Serian merekodkan bacaan 15.41 meter (m) melebihi paras normal 14.5m.
Selain itu, Sungai Batu Kitang, di Kuching turut mencatat paras berjaga-jaga dengan bacaan 3.88m berbanding paras normal 1.85m, manakala Sungai Nanga Ngemalai B di Mukah, 3.52m melepasi paras normal 1.8m.
Di Mukah, 13 keluarga di Rumah Panjang Meling Sungai Setuan Kecil, Balingian, dipindahkan berikutan banjir mencecah paras pinggang, petang tadi.
Mereka dipindahkan menggunakan bot ke Sekolah Kebangsaan Kuala Balingian.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufiyan Borhan berkata, hujan lebat serta fenomena air pasang besar menyebabkan beberapa kawasan rumah panjang itu dinaiki air.
"Anggota kami sudah bergegas ke lokasi bagi menghulurkan bantuan secepat mungkin. Namun, keadaan masih terkawal dengan paras air dilihat sudah mula surut.
"Bagaimanapun, kami mengambil langkah berjaga-jaga kerana hujan masih belum reda ditambah pula dengan air pasang melanda beberapa kawasan di negeri ini," katanya ketika dihubungi, petang tadi.
Bah di Kuching dan Mukah

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 January 2015 @ 8:55 PM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan