Isnin, 7 Oktober 2013

BESARA BEKERJA ATAU BERSARA TINGGAL DIDUNIA...AKHIR KITA MENGHADAP ALLAH DAN DIBICARAKAN

Tindakan bersara juga adalah sumbangan besar kepada negara
Posted on Saturday, October 05 @ 09:27:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Tidak ada lagi kita mendengar yang baik di sebut oleh masyarakat tentang kerajaan yang ada pada hari ini. Tetapi perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan sekarang ini adalah pilihan rakyat. Rakyat yang mempunyai kuasa untuk memilih mana-mana parti dan kerajaan yang lebih mantap dari yang ada, tetapi kenapa kerajaan itu tidak juga berubah sampai kehari ini. Sejak merdeka sampai kehari ini kita ditadbir oleh Perikatan dan selepasnya ditukar nama ke BN dengan jumlah keahlian parti yang lebih besar di dalam ‘coalition’ BN itu.
Dalam dua pilihanraya yang lepas kalau di pandang dari sudut kemampuan BN, pihak pembangkang sudah sepatutnya menjadi pengganti kepada BN yang dianggap seperti parti yang tidak relevan kepada rakyat dan negara. tetapi akhirnya BN tetap mendapat perhatian dan diberi kuasa untuk menjaga mandat rakyat walaupun ramai yang amat menyesali keadaan ini berlaku.

Bagi saya keadaan dan sistem yang telah kita guna pakai membuatkan UMNO itu susah hendak di ketepikan. Apa tidaknya? Dalam seburuk-buruk keadaan, UMNO tetap sebuah parti yang akan memenangi kerusi terbanyak walaupun BN itu kalah dalam pilihanraya. Tidak ada satu parti dalam Pakatan akan berjaya memenangi setidak-tidaknya satu kerusi lebih dari UMNO.
Maka UMNO akan tetap di berikan peluang untuk membentuk kerajaan. Mungkin keaadaan ini lah yang menyebabkan UMNO begitu lalai dan tidak mahu berubah walaupun berjanji untuk berubah setiap kali parti itu mengadakan perhimpunan agung.  UMNO terlalu lalai dalam semua perkara sehinggakan tidak ada pucuk pimpinan sejak tahun lapan puluhan dahulu berusaha untuk mendidik kepimpinan yang baik dalam parti itu.
Hasil dari keengganan untuk berubah dengan jujur maka UMNO sudah tidak lagi memahami segala-galanya walaupun dalam keadaan dan sistem politik dinegara ini parti itu akan tetap menjadi parti yang memenangi jumlah kerusi yang lebih dari mana-mana parti samada dalam BN mahupun dalam Pakatan Rakyat. Maka jelas sistem yang ada kini telah mengorbankan rakyat yang tidak dapat pimpinan yang berusaha untuk kebaikan dan terpaksa duduk dalam tekanan jiwa yang begitu hebat sekali.
Najib dan kerajaan kini sudah tidak tahu lagi apa yang baik yang hendak dibuatnya. Saya percaya, baik Najib mahu pun Muhyiddin dan lain-lain, ingin melakukan kebaikan, tetapi mereka tidak tahu apa kah kebaikan hendak dilakukan selari dengan kehendak politik dan negara semasa. Mereka sudah tidak tahu mengenali yang mana satu yang baik dan yang buruk. Itu sebabnya kita melihat dan mendengar banyak perkara yang dilakukan mereka walaupun untuk kebaikan tetapi hasilnya tidak nampak perkara yang baik berlaku.
Hasilnya berlakulah polimik politik di serata tempat tidak kira dikedai kopi atau di masjid dan surau. Kita pun tahu oleh kerana perubahan itu hanya boleh dilakukan oleh kerajaan jika pemimpin tahu apa dan cara untuk berubah itu. Maka tidak henti-hentilah rakyat ramai berpolimik dan berbahas sesama sendiri yang tidak membawa apa-apa hasil kepada negara. Oleh kerana masing-masing tidak tahu masalah sebenar maka perbahasan tidak tepat dan sentiasa lari dari isu sebenar yang mereka tidak memahaminya.
Buatlah pemilihan setiap bulan untuk UMNO ini, keadaan tetap tidak berubah, kerana yang mengganti, yang ada pun tidak faham apa yang hendak diubahnya. Tetapi ia tetap berlaku kempen-mengempen diantara puak-puak dalam UMNO itu kerana mereka lebih mengejar kepentingan diri dan politik keluarga masing-masing. Mereka masih menganggap memegang jawatan yang besar dan glamor itu adalah ‘ultimate’ bagi mereka, tidak kira dari pihak kerajaan dan pembangkang.
Oleh kerana perubahan tidak juga akan berlaku jika diubah dan dianjak pimpinan dan parti mereka, maka inilah yang membuatkan UMNO itu tetap menjadi parti yang memenangi kerusi terbanyak dalam mana-mana pilihanraya umum di negara ini.
Bagi saya sekarang ini realiti politik itu wajar diterima tanpa prejudis terhadap mana-mana parti dan pihak. Tidak ada pihak yang boleh membetulkan keadaan hari ini. Contohnya jika kita mahu menyelesaikan masalah perkauman, kita perlu memilih DAP sebagai alternatifnya tetapi hasilnya DAP tetap dengan kecinaannya. Maka tidak wajar kita memilih mana-mana pihak yang lain jika kita tahu masalah yang dicontohkan sekarang, iaitu perkauman tidak dapat diselesaikan oleh parti-parti alternatif. Tidak akan ada pihak yang mahu mengalih dan menganjak yang ada jika yang menggantikannya itu tidak juga dapat menyelesaikan isu pokok dalam negara iaitu perpaduan kaum.
Blog ini selalu memberikan ‘input’ tentang apa masalah yang ada. Itu sebabnya blog ini percaya agar dimulakan negara baru dan memberikan seorang yang berpengalaman untuk menerajui dialog diantara semua kaum dan mengambil serius tentang perpaduan kaum yang sedang menjadi masalah besar kepada kita sekarang ini.
Kita perlu mengakui, apa yang sedang berlaku dalam parti UMNO saat ini semata-mata politiking yang besar dalam mana pihak-pihak yang terlibat sedang berusaha untuk mengelirukan pimpinan-pimpinan yang sedang berusaha untuk menaiki tangga dan tahap kepimpinan dalam parti. Entah siapa yang memerangkap dan siapa yang terperangkap dan permainan setiap pemimpin yang memegang jawatan penting dalam UMNO itu.
Struktur asas UMNO dan kepimpinannya wajar dilakukan dalam masa yang terdekat jika tidak mahu melihat kebinasaan kepada UMNO. Banyak orang berkata hendak berbuat baik itu susah, tetapi jika pimpinan besar UMNO menerima hakikat yang pengorbanan terhadap kepentingan peribadi mereka itu juga merupakan kerja baik terhadap negara. Terlalu banyak di sebut oleh rakyat tentang kelemahan Najib dan Muhyiddin.
Tetapi jika Najib benar-benar mahukan berbuat jasa kepada negara, beliau sepatutnya melakukan tindakan yang ‘unorthodox’ dengan memberikan kepimpinan kepada seseorang yang boleh berbuat kebaikan dan perubahan. Jika Najib melakukan perkara ini maka beliau akan dianggap sebagai penyumbang besar keada kepentingan negara dengan pengorbanan yang benar dan jelas yang dilakukan dihadapan mata rakyat yang ramai.
Bagi seorang pemimpin utama yang tidak berjaya membuat kebaikan, kelemahan ini akan dapat ditutupi dengan mengaku kelemahan dan menyerahkan kuasa untuk pembaikan negara itu kepada sesiapa yang berkemampuan. Orang ramai tidak akan mengambilnya sebagai kekalahan, tetapi sebaliknya rakyat akan menerima pimpinan yang sebegini sebagai pemimpin yang bertanggungjawab kerana memberikan kepimpinan itu kepada mereka yang lebih berkelayakan. Itu merupakan sumbangan besar kepada negara dan akan dikenang rakyat buat selama-lamanya.

ASPAN ALIAS
http://aspanaliasnet.blogspot.com
 Jika BN Mahu Menang Di Sungai Limau, Menangkan Dulu Mukhriz Naib Presiden UMNO
Posted on Saturday, October 05 @ 09:23:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

SPR sudah pun menetapkan tarikh pilihanraya kecil DUN Sungai Limau pada 4 November depan manakala hari penamaan calonnya pada 23 Oktober. Dengan penetapan tarikh ini, kedua-dua parti yang bakal bertanding di situ iaitu Pas dan UMNO, bolehlah mula mempertingkatkan lagi gerak kerja masing-masing bagi memenangi pilihanraya nanti.

Pas memang ingin mengekalkan kawasan DUN Sungai Limau kerana sejak 1995 kawasan itu menjadi milik tradisinya melalui Allahyarham Azizan Razak. Bahkan dalam pilihanraya umum lalu, kemenangan Pas diraih dengan majoriti yang agak besar iaitu 2774 undi. Dalam hal ini, sudah tentu Pas mahu mengekalkan penguasaannya di Sungai Limau dan tidak rela menerima kekalahan lagi setelah tewas dalam usaha mengekalkan kerajaan negeri Kedah dalam pilihanraya umum lalu.

Bagi UMNO pula, terlihat juga keinginan yang tinggi untuk memenangi DUN Sungai Limau ini. Pilihanraya kecil ini merupakan ujian sebenar kepada Menteri Besar, Mukhriz Mahathir kerana ianya dilihat sebagai penentu sama ada beliau benar-benar diterima oleh rakyat Kedah atau sebaliknya.

Kemampuan UMNO memenangi pilihanraya kecil ini bukan saja akan meningkatkan lagi prestasi Mukhriz sebagai pemimpin yang diterima rakyat tetapi turut memberi harapan bahawa BN Kedah mampu menguasai lagi negeri itu dalam pilihanraya ke 14 nanti. Tetapi ianya bukanlah usaha mudah, lebih-lebih lagi majoriti 2774 itu dikira relatif besar dalam konteks persaingan politik di Kedah.

Oleh itu, dengan kedua-dua pihak saling ingin memenangi pilihanraya kecil ini, dijangka pertembungan sengit antara Pas dan UMNO bakal berlaku sepanjang kempen pilihanraya itu nanti.

Bagi Mukhriz pula, cabarannya selain mahu merampas kerusi DUN Sungai Limau, beliau juga akan bertanding untuk memenangi salah satu daripada tiga kerusi Naib Presiden pada pemilihan UMNO 19 Oktober ini.

Hanya empat hari selepas berakhirnya pemilihan UMNO yang akan menjadi penentu cerah atau gelap bintangnya dalam parti itu, beliau terpaksa mengumpul tenaganya semula untuk hari penamaan calon DUN Sungai Limau pada 23 Oktober yang turut menjadi kayu pengukur jatuh bangunnya sebagai peneraju kerajaan negeri Kedah.

Sementara di DUN Sungai Limau, semua pihak dalam UMNO mengharapkan kemenangan dan meletakkan harapan yang tinggi kepadanya tetapi di dalam pemilihan UMNO, kehadiran Mukhriz bertanding jawatan nombor tiga itu tidak berapa disenangi oleh beberapa pihak dan ada yang bersungguh-sungguh mahu mengalahkannya.

Selain penyandang Naib Presiden sedia ada dilihat selesa dengan status quo dan tidak menolak adanya pakatan kerana keserasian, serangan kepada Mukhriz yang mengaitkan kedudukannya sebagai anak bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan kedudukannya yang tidak pernah menjadi Ahli MT UMNO tetapi terus mahu melangkau ke jawatan Naib Presiden, semakin kerap didendangkan oleh kumpulan musuh-musuh politiknya menjelang hari pemilihan ini.

Kesungguhan untuk memastikan beliau tewas diyakini akan terus berjalan dan mungkin lebih hebat lagi menjelang hari-hari pengundian nanti.

Secara idealnya, untuk memberi kelebihan dari segi wibawa dan persepsi penerimaan rakyat dalam menghadapi pilihanraya kecil DUN Sungai Limau, Mukhriz sewajarnya diberi kemenangan sebagai Naib Presiden UMNO terlebih dahulu. Dengan memegang jawatan lebih kanan dalam UMNO Pusat, kehadirannya di hari penamaan calon dan semasa kempen pasti lebih menyerlah dan meyakinkan lagi.

Tetapi sekiranya beliau kalah dalam pemilihan 19 Oktober nanti, kehadirannya di hari penamaan calon akan kelihatan kusam dan tidak bererti kerana hadirnya beliau sebagai pemimpin yang ditolak oleh partinya sendiri. Kalau dalam peperangan, kehadirannya itu tidak lebih umpama jenderal yang patah kaki.

Dengan kalahnya Mukhriz juga, Pas tentunya akan mempergunakan isu tersebut kepada pengundi Sungai Limau untuk menolak UMNO dan akhirnya peluang UMNO merampas kawasan itu daripada Pas, tidak akan kesampaian.

Memberi kemenangan kepada Mukhriz sebagai salah seorang Naib Presiden pada pemilihan UMNO 19 Oktober ini tidak harus dilihat untuk kelangsungan masa depan anak Mahathir itu semata-mata tetapi hendaklah dilihat dari aspek untuk memberi sedikit kelebihan kepadanya dan UMNO untuk memenangi DUN Sungai Limau nanti.

Sekiranya Mukhriz kalah dalam persaingan Naib Presiden, kekalahan UMNO di Sungai Limau juga sudah dapat dibayangkan dan jika begitu keadaannya nanti, lebih baiklah UMNO memberi kemenangan percuma saja kepada Pas untuk terus menguasai kawasan itu. (SH 05/10/2013)

SHAHBUDIN HUSIN
http://shahbudindotcom.blogspot.com
  Adakah rakyat terlalu pemaaf atau b...?
Posted on Saturday, October 05 @ 08:35:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: hishamahmad

"Sejak begitu lama kita didedahkan dengan salah laku, penyelewengan, pecah amanah, rasuah hinggalah kepada ketidakcekapan dalam melakukan kerja dan dalam menjaga amanah pada jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan melibatkan wang rakyat yang banyak. Tapi kita hanya pejamkan mata, atau buat tidak kisah, bahkan kita salahkan orang yang mendakwa begini ..... ah, ini mesti kerja pembangkang yang dengki!

Namun kemudian kita dikemukakan dengan bukti daripada jabatan audit negara sendiri. maka terconganglah kita!  namun rakyat yang baik ... telah bersifat memaafkan...
Kini keluar lagi ... Lporan Audit yang terbaru. apa nak hairan! laporan ini  sekadar mengesahkan dan mengulang-sahkan segala bentuk penyelewengan dan ketirisan yang pelbagai yang berterusan berlaku.
Persoalannya, adakah rakyat akan sekali bersikap ... pemaaf?

Marilah kita saksikan kronologi sebahagian bukti ini:-

(1)   Sejak Skandal kes Bank Bumiputra Malaysia Finance bernilai RM2.5 bilion[1] yang menyebabkan pembunuhan seorang eksekutif pengurusan muda bernama Jalil Ibrahim[2]  dan skandal kes kerugian Bank Rakyat yang membiayai pertandingan antara petinju agung Muhammad Ali dan Joe Bugner yang menyaksikan tokoh politik melayu, Dato Harun Idris ke penjara[3], negara kita masih terus dirundingi dari masa ke semasa dengan kes-kes pecah amanah yang besar sehinggalah ke hari ini

(2)   Tragedi Highland Towers[4] (keruntuhan kondominium) di Taman Hillview, Ulu Klang pada 11 Disember 1993.

(3)   kes keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong, Terengganu pada 2 Jun 2009 yang baru setahun dibina dengan kos RM270 juta,[5]

(4)   Skandal kes makmal komputer zon Pantai Timur bernilai RM140 juta[6], skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang[7] bernilai  berbilion ringgit dan pelbagai lagi kes.

(5)   kes projek-projek perumahan terbengkalai di mana menurut statistik kementerian perumahan dan kajian tempatan, terdapat 111 pemaju perumahan yang terlibat dengan projek perumahan terbengkalai setakat tarikh 30/11/2012[8].

(6)   Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM), Datuk Dr Mohd Tap Salleh menyatakan bahawa kerajaan (Malaysia) terpaksa menangung kerugian berbilion-bilion ringgit setiap tahun yang kebanyakannya berpunca daripada ketidakcekapan penjawat awam dan bukan disebabkan penyelewengan. “Laporan dalam negara menunjukkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian sehingga mencecah RM28 bilion setahun atau lebih disebabkan terlebih bayar kos pembelanjaan dalam pengurusan penjawat awam.[9]

(7)   Manakala, bagi memberi penilaian tepat dan sukar disangkal oleh mana-mana pihak terhadap isu buruk ini boleh melihat kepada dokumen Laporan Ketua Audit Negara[10]. Terdapat ulasan dan penemuan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara ke atas begitu banyak kelemahan dan kepincangan pada cara perlaksanaan kerja, hasil kerja dan penggunaan wang perbelanjaan bagi sesuatu projek.[11]

(8)   Sehinggalah laporan audit terbaru 2013.  
Apabila ia berulang dan berulang tanpa apa-apa tindakan sewajarnya, maka kesan paling buruk dan ditakuti ia menjadi budaya kita. Budaya mungkar, budaya ingkar,  budaya ketirisan.  Akibatnya juga, negara telah mengalami kehilangan banyak wang manakala mangsa sebenar ialah keseluruhan rakyat yang mengalami kerugian yang bukan kepalang. 

Sesungguhnya, manusia-manusia yang melakukan perbuatan-perbuatan jahat atau buruk di jabatan-jabatan kerajaan  sama ada diperingkat tertinggi (menteri) atau di kedudukan paling rendah (general worker) yang menyebabkan kerugian wang rakyat ini adalah kerana mereka tidak mempunyai kedua (2) sifat ini atau hanya mempunyai salah satu daripadanya.   

Dalam firman Allah S.W.T.: Maksudnya: “salah seorang di antara dua wanita itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia sebagai orang yang bekerja (pada kita), kerana sesungguhnya sebaik-baik orang yang kamu ambil untuk bekerja (pada kita) ialah orang yang kuat lagi amanah (dapat dipercayai)". [12]

(1) kuat الْقَوِيُّ   =  mampu melakukan kerja dengan berkesan dan cemerlang  
(2) Amanah ûüÏBF{$#  = jujur, amanah dan boleh dipercayai.

Bagi golongan jahat pada kedudukan tinggi yang merugikan jutaan ringgit, mereka ini biasanya mempunyai sijil tinggi dan akal fikiran yang pandai, bermakna mereka ada sifat pertama tetapi ‘hancur’  pada sifast kedua.

Apabila Laporan Audit terbaru ini mengulangkan bukti dan keterangan (evidence and proof) yang berulang dan berulang atas segala macam bentuk ketirisan tanpa apa-apa tindakan sewajarnya, tanpa respons tegas dan keras daripada rakyat, maka ia menjadi ‘alah tegal bisa- biasaaaaaa’  maka ketika itu kesan paling buruk dan ditakuti ialah  ‘ ketirisan’  telah menjadi budaya masyarakat kita.

Tak percaya dengan laporan audit, tak tahulah apa nak kata ! Satu lagi bukti ialah... mereka dari kalangan pemimpin dan ahli politik yang pernah didapati bersalah dalam politik wang, rasuah atau mengaku terlibat dalam skandal seks masih terus menjadi pemimpin, masih terus mahu bertanding, masih diberi ruang dan peluang untuk menjawat jawatan peting... Mana integriti ? Kenapa ia berlaku ? Sebab rakyat tidak endah.............

Paling saya takuti ialah apabila kita sebagai rakyat khususnya bagi orang Islam apabila kita didatangkan dengan pelbagai bukti... kita masih tidak endah...

“Takpelah... kit masih cukup makan!”
“Takpelah... negara kita masih kaya!”
“Takpelah ... orang kita yang buat ..!”
“Takpelah ... kan pemimpin kita ..bagilah muka”
“biasalah,  siapapun  bila kat situ.. buat juga’

Kini kita (rakyat) didatangkankan dengan bukti yang adil dan kuat (laporan audit) ... kita masih bersikap tidak apa.. tidak apa....tidak apa. Lantaklah........
Adakah rakyat Malaysia terlalu pemaaf atau baik?
Sedangkan semua bentuk kemungkaran itu adalah dosa dan maksiat yang serius dan besar – mengkhianati  rakyat dan negara. Mungkar yang wajib dicegah...

Nantikanlahhhhhhhhhhhhhh......

Nantikan apa? Fikirlah sendiri.........

Masih ingat kaum bangsa Yahudi ... yang didatangkan pelbagai bukti kekuasaan Allah, dan kerasulan nabi. Sehingga laut terbelah dua di hadapan mata mereka...  akhirnya sebahagian besar kembali sesat...

Wahai rakyat ... !

Tunjukkan dengan jelas dan tegas betapa kita tidak suka budaya buruk itu....
Tunjukkan dengan jelas dan tegas betapa kita tidak suka manusia yang diberi amanah menjaga wang rakyat ...  memecahkan amanah itu ....  
Tunjukkan dengan jelas dan tegas betapa kita tidak suka pemimpin yang tidak amanah di beri tempat semula ...
Tunjukkan dengan jelas dan tegas betapa jika manusia menzalimi hak dan wang rakyat  ini masih berkuasa atau masih ada ... maka kita juga tidak suka kepada mereka yang ada kuasa untuk bertindak ... tetapi masih membenarkannya... atau tidak membuat apa-apa.
Kita tidak suka bukan kerana  apa-apa ..
tetapi hanya kerana Allah  (memerintahkan sedemikian).

Kepada pengkhianat wang rakyat , bandingkan lah antara tiris dan nipis. Antara ketirisan dan kenipisan. Ketirisan yang anda lakukan dan kenipisan kulit anda untuk menahan sakit nanti:-

“Sesungguhnya orang-orang Yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan kami, Kami akan membakar mereka Dalam api neraka. tiap-tiap kali kulit mereka masak hangus, Kami gantikan untuk mereka kulit Yang lain supaya mereka dapat merasa azab sengsara itu. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah Annisa, ayat 56)

Namun bagi yang belum melakukan kejahatan ini atau mahu bertaubat, ayuh
Hayati firman Allah taala yang bermaksud :-
 “dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya”. surah al-Ankabut (29) 69.
“58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat (Annisa , ayat 58)
“Segala hukum Yang tersebut adalah batas-batas (Syariat) Allah. dan sesiapa Yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke Dalam syurga Yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan Yang amat besar. (annisa -4: 13)
Husam Musa akan timbang semula
Posted on Saturday, October 05 @ 09:06:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Oleh: anaabdullah

"Dua hari lepas Husan Musa (Datuk) berkata tiada sebab yang dia nak lawan Mat Sabu. Bermakna beliau tidak buat akan buat pertimbangan semula akan pencalonan untuk tanding jawatan timbalan presiden Muktamar ke 59 ini.

Tetapi hari ini, seorang ustaz yang berasal dari Kelantan berkata kepada penulis, Husam akan timbang semula pencalonan yang dibuat oleh kawasan kawasan.

Dua hari lepas penulis ada sebut Husam tahu yang dia akan kalah dengan Mat Sabu, hatta satu lawan satu sekalipun. Apatah lagi jika jawatan itu nanti lawan empat penjuru yang mana Datuk Tuan Ibrahim dan Datuk Nik Amar Nik Abdullah sah tak tolak pencalonan terhadapnya.
Persoalan yang timbul apakah motif sebenar cakap yang dia akan timbang semula pencalonan terhadapnya sedangkan dia tahu yang dia akan kalah dalam pertandingan itu.
Pada penulis ada lebih baik dia bertanding jawatan naib presiden yang sah kemenangan akan berpihak padanya.
Fikir punya fikir, sah Husam nak tolong Mat Sabu dalam pertandingan empat penjuru agar jawatan itu tidak jatuh kat tangan orang lain. Apa tah kedua kedua yang cabar Mat Sabu itu adalah ulamak.
Fikir punya fikir, mustahil Husam anti ulamak, sedangkan dia naik dulu pun berpunca dari Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.
Husam dikatakan penguruhnya mulai merosot sikit  apabila MB Kelantan bertukar tangan dan macam mana boleh buat sesuatu yang pelik sikit dalam PAS setelah tidak dilantik sebagai EXCO.
Bukankah sesutu itu telah ditentukan Allah (takdir) naik turunnya kita dalam sesebuah kerajaaan. Mustahil ada pengkhianatan terhadap dirinya seorang naib presiden yang akan memberi sumbangan kepada parti.
PAS memang dari sejarah dilahirkan umno dan Penulis harap jangan jadi macam umno sudahlah. Nanti sesat dan menyesatkan.
Penulis cukup bimbang, apabila slogan “PAS ganti umno” yang dicanang sedemikian rupa akan jadi kenyataan bahawa perangai orang umno berjangkit kat orang Pas pula.
Lebih lebi lagi Husan Musa sendiri anak kepada salah seorang ulamak umno.

 Freedom House : Kebebasan Internet di Malaysia ‘Separuh Bebas’
Posted on Saturday, October 05 @ 01:54:58 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo

SHAH ALAM 4 OKT : Kajian Freedom House berkenaan Kebebasan Internet 2013 menyatakan Malaysia jatuh satu mata berbanding tahun lalu dan kekal “separuh bebas”.

Malaysia berada di tangga 30 daripada 60 negara yang menjalankan tinjauan itu di seluruh dunia dengan mendapat 44 daripada 100 mata.

Kajian itu juga menunjukkan kedudukan Malaysia di bawah negara Kenya (15), Nigeria (18), Anggola (21), Uganda (22) dan Tunisia (27).

Antara semua negara di Asia, hanya Jepun (7) dan Filipina (11) disenaraikan dalam kategori bebas.

Kajian itu menunjukkan 0 mewakili paling bebas dan 100 paling tidak bebas. Tahun lalu Malaysia mendapat 43 mata.

Kajian itu juga menyatakan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 berlaku serangan siber dan gangguan isi kandungan terhadap portal berita yang memaparkan berita pihak pembangkang.

Ia juga mendapati, manipulasi perbincangan atas talian oleh pengulas prokerajaan antara penyebab kejatuhan kedudukan Malaysia.

Penyebab lain termasuk penangkapan penulis blog dan serangan teknikal terhadap pengkritik kerajaan.

Sementara penembusan Internet pula didapati sebanyak 66 peratus daripada keseluruhan 29 juta rakyatnya dan kebebasan akhbar tidak bebas.

Kajian itu menunjukkan Negara Iceland berada ditangga pertama dengan mendapat 6 mata manakala Cuba dan Iran masing-masing ditangga tercorot dengan memperolehi 86 mata dan 91 mata.-selangorku

Dah dapat 'sedap' dapat sedekah pulak!
Posted on Saturday, October 05 @ 07:55:16 MYT
Dilulus untuk paparan oleh mmas_forever

Oleh: hishamahmad

"

Syukur rezeki beganda.Ini kisah untung berganda. Ada suatu kisah menarik yang ingin aku kongsikan kepada semua. Kisah dahulukala yang mungkin kebanyakan kita belum mengetahuinya. Kisah benar bukan kisah direka. Bukan juga kisah lagenda yang disebalik kebenaran, diselubungi juga dengan kebohongan. Kalau tidak bohongpun, tidak berbukti kesahihan.
Kisah benar. Apa ertinya? Ia bukan kisah benar seperti drama swasta yang entah benar, entahkan tidak. Dakwaan semata-mata. Bagi yang bijak, mereka tidak mengatakan kisah benar, tetapi ‘berasaskan kisah benar.’  Maknanya mungkin sahaja, yang benar itu sikit dan yang bohong itu banyak.
Kisah ingin ku nukilkan ini ialah kisah sahih. Berfakta  100% tulen. Riwayatnya bersanad. rangkaian periwayat diyakini kewibawaannya. Kisah ini diturun dan dipindahkan dari seorang periwayat kepada periwayat lain, dari satu generasi ke generasi hingga ia direkodkan dalam buku karangan manusia paling sahih. Dalam sekian ramai periwayat-periwayat yang pelbagai sifat dan latarbelakang, telah dibuktikan adanya rangkaian sanad yang sahih di mana periwat-periwayatnya diterima dari generasi pertama hingga generasi terakhir hingga ia kemudian direkodkan. Setiap periwayat ini dari setiap generasi telah diketahui, dikaji dan/atau diterima reputasi agama dan akhlaknya.  
Kisah ini adalah kisah dari hadith sahih dinukil dari Sahih Bukhari.

Kisah Untung 2 kali- (Dah dapat ‘sedap’ dapat sedekah pulak!)
Abu Hurairah r.a meriwayatkan : (maksudnya) “Sedang kami duduk bersama Nabi s.a.w, tiba-tiba datang seorang lelaki seraya berkata :“ Wahai Rasulullah! Binasalah aku”.Baginda bertanya : “Apakah yang telah membinasakan kamu”? Lelaki itu menjawab:“Aku telah mnyetubuhi isteriku dibulan Ramadhan sedangkan aku berpuasa”.

Baginda bertanya: “Adakah kamu memiliki hamba untuk di bebaskan”? Beliau menjawab: “Tidak”. Baginda bertanya: “ Adakah kamu mampu berpuasa selama dua bulan bertuurut-turut”? Beliau menjawab: “Tidak”.Baginda bertanya: “Adakah kamu mampu memberi makan 60 orang miskin”? Beliau menjawab: “Tidak”. 

Sementara lelaki itu duduk, Nabi s.a.w. berfikir sejenak, sedang kami berkeadaan demikian, tiba-tiba baginda membawa keluar semanggar tamar seraya bertanya: “Mana dia si penanya tadi”? lelaki itu menyahut:“Saya disini”. Lalu baginda bersabda: “Nah! Ambil ini dan bersedekahlah kamu dengannya”.

Lelaki itu menjawab: “Untuk siapa Wahai Rasulullah!”Sesungguhnya tida sesiapa lagi di antara dua bukit Madinah) ini yang lebih miskin daripada kami sekeluarga. (Mendengar kata-kata lelaki itu) Nabi s.a.w ketawa sehingga ternampak gigi. Kemudian Baginda bersabda : “(Kalau begitu) Pergilah kamu beri makan kepada ahli keluarga kamu”.

[Al-Bukhari,Mmuhd.Ibn ismail, Sahih Ak-Bukhari,Dar Ibn Kathir,Al-Yamamah,Beirut, 1987, no: 1834dan misim ibn Al-Hajjaj Sahih Muslim,Dar Ihya’ At-Turath Al-Arabiyy, Beirut, t.th, No:1111- buku UKM ]

Pengajaran

Aku sendiri terkedu semasa membaca kisah ini. Jangan salah faham. Bukan pada keterlanjuran yang dimaafkan itu. Aku terkedu melihat bagaimana nabi s.a.w. bersikap bergitu lunak, lembut dan bertimbangrasa. Bayangkanlah, sahabat itu boleh pula seolah-olah menyarankan agar sedekah itu diberikan kepadanya. Benar, apa yang dia buat tidaklah salah. Berkata benar. Memanglah dia orang miskin yang layak namun kalau ambil kira sikap kita sebagai orang melayu ni. Sudahlah dapat keseronokan, taklarat berpuasa begitu, malulah kita nak beri ‘idea’ agar sedekah itu dapat kat kita. 

Agaknya, kalau ada lelaki mengadu sebegini kepada kita, macammana? Tidak di’balun’ sudah cukup bertuah. Itulah bezanya kita dengan Rasulullah s.a.w.  Akhlak pemimpin dan pendakwah.

Hadith ini bersifat hadith hukum. Hadith yang darinya dicerna dan dikeluarkan hukum-hakam. Oleh itu, perlulah kita, orang awam atau ilmuan biasa, mendapatkan maklumat lengkap perbahasan ulama mengenai hukum-hukum yang didapatkan dari hadith itu. 

Pesanan.

Oleh itu, jangan ambil kesempatan. Janganlah tersalahfaham dan jangan sekali tersalah aplikasi hadith ini pada maksud literal yang kita baca. Justeru, jangan kita pula sengaja kita melakukan ‘benda itu’ seperti dilakukan sahabat itu dan/atau mengambil pendekatan penyelesaian atas keterlanjuran itu.
Utk sambungan artikel -sila ke blog.
hisham-ahmad.blogspot.com 
 

Tiada ulasan: