Posted on Saturday, October 05 @ 23:30:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
Malaysiakini meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya menghentikan cubaan untuk menakut-nakutkan wartawan dari portal berita bebas itu.
Wartawan mempunyai tugas asas untuk bertanya soalan berkepentingan awam, yang mana para menteri mempunyai tanggungjawab untuk menjawab, kata pengasas bersama Malaysiakini, Premesh Chandran dan Steven Gan dalam satu kenyataan bersama hari ini.
Mereka menyifatkan tingkah laku Zahid (kanan) dalam satu sidang media semalam sebagai "perilaku yang tidak wajar sebagai seorang menteri".
Menteri dalam negeri membuat kecaman terhadap Malaysiakini yang didakwanya "memutarbelitkan" cakapnya dan mendatangi wartawan Lawrence Yong selepas sidang akhbar tersebut. [Lihat video]
"Jika menteri dalam negeri itu percaya bahawa Malaysiakini telah salahlapor kenyataannya, beliau sentiasa boleh menghubungi kami untuk memperbetulkannya," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Premesh dan Ketua Pengarang Kumpulan, Gan.
"Jika beliau merasakan kami tidak adil kepadanya, kami sentiasa bersedia untuk bertemu dengannya atau mana-mana menteri lain untuk berbincang mengenai laporan kami. Setakat ini, kami tidak menerima sebarang aduan dari beliau atau pejabat beliau."
Pengasas portal Malaysiakini itu mengingatkan menteri berkenaan bahawa adalah menjadi tugas wartawan untuk memastikan akauntabiliti mereka yang dipilih untuk memegang kuasa.
Menurut mereka, memandangkan wujudnya persepsi bahawa jenayah semakin meningkat dan tidak terkawal, maka menteri dalam negeri sepatutnya mengambil kira kebimbangan awam dan bertindak balas dengan sewajarnya.
Ini bukan kali pertama Zahid menuduh Malaysiakini "memutarbelit" berita.
Zahid memberi amaran bahawa beliau memantau "setiap perkataan, setiap ayat, setiap perenggan dan setiap item berita Malaysiakini" semasa sidang akhbar sulungnya sebagai menteri dalam negeri bulan lepas.
Sementara itu, ketua pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar memuji wartawan Yong (kiri dalam gambar) kerana tenang ketika berdepan dengan tindakan Zahid itu.
Yong cuba bertanya kepada Zahid mengenai kehilangan senjata dan peralatan polis yang lain bernilai kira-kira RM1.3 juta, seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang dikeluarkan pada hari Selasa.
Ketua Audit Negara melaporkan bahawa gari paling barang banyak hilang sebanyak 156, diikuti 44 senjata dan 29 kenderaan polis.
Fathi menggesa Umno supaya melayan semua organisasi media dengan rasa hormat dan secara saksama.
"Umno adalah satu-satunya parti politik di negara ini yang mengharamkan Malaysiakini membuat liputan programnya, terutama mesyuarat Majlis Tertinggi," tambahnya.
malaysiakini | 5 Okt 2013
Berita Baik Buat Zahid Hamidi : Jangan Ganggu Wartawan Kami kata Malaysiakini!
Posted on Sunday, October 06 @ 10:36:31 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
Oleh: inderasipejuang
"Malaysiakini sudah LEBIH ni beb... ini sudah dikira MENGHINA Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN) Datuk Ahmad Zahid Hamidi (DSAZH) yang seorang MELAYU dan Beragama ISLAM... tak patut tak patut... gua memang PANAS betul ni beb... ada ke Menteri KDN boleh diberi KATA DUA supaya jangan GANGGU WARTAWAN dia orang...
apa dia orang ingat dia orang siapa... dia orang tahu tak dengan siapa dia orang beri KATA DUA tersebut... dia orang SEDAR tak yang dia orang sedang memberi KATA DUA kepada seorang Menteri KDN yang TEGAS dan BERAMARAN... bukan nya seorang yang Auw Auw Auw seperti sebelum nya... kah kah kah !.
Sekarang APA MACAM beb... lu yang kata Malaysiakini SUKA SPIN lu punya
kenyataan konon nya RM3 boleh jadi RM30... jadi lu kena BUKTIKAN... dan
sekarang Malaysiakini dah kata "JANGAN GANGGU WARTAWAN KAMI... kerana
Wartawan mempunyai TUGAS ASAS untuk BERTANYA SOALAN BERKEPENTINGAN
AWAM... mana kala Para MENTERI mempunyai TANGGUNGJAWAB untuk
MENJAWAB"... itu pasal lah lu jangan nak cuba GERTAK-GERTAK RAKYAT
seperti Zaman Pra-Sejarah beb iaitu Zaman semasa Umno/Bn letak TUNGGUL
KAYU jadi Calon pun boleh menang... kah kah kah !.
Buat Menteri KDN inilah masa nya lu tunjuk kan TELOR lu tu beb...
buktikan yang Malaysiakini tu TAK BETUL dan suka SPIN lu punya
kenyataan... jangan MALU-MALU dan jangan SEGAN-SEGAN... BUKTIKAN yang
Malaysiakini adalah SALAH dan lu adalah BETUL... itu pun kalau lu
seorang yang punya MARUAH dan BERMUKA TAHU MALU... cuma gua RISAU aje
TAKUT lu punya cakap hanya TEMBERANG seperti yang lu pernah cakap semasa
kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang lalu... bahawa ada
Pemimpin Pembangkang yang TERLIBAT dan BERSETONGKOL dengan Pengganas
Sulu dalam ISU Pencerobohan Lahat Datu Sabah... kah kah kah !.
Tapi dah hampir LIMA BULAN PRU13 berlalu namun TUDUHAN lu hanya tinggal
TUDUHAN TANPA BUKTI... pada gua senang aje beb kalau betul ada
Pemimpin Pembangkang yang TERLIBAT sila BUKTIKAN dan kalau betul gua
pun NO HAL lah untuk TINDAKAN dikenakan kepada MANGKUK AYUN tersebut...
tapi lu kena BUKTIKAN beb... lu jangan ikut seperti lu punya Timbalan
Ulul Amri Umno Tan Sri Muhyiddin yang juga pernah kata bahawa
Pembangkang hendak membuat HURU HARA semasa PRU13... tapi bila ditanya
MANA BUKTI beliau jawap Erk Erk Erk... sebiji macam Jawapan Ulul Amri
Umno Datuk Seri Haji Najib bila Budak Bawah Umur bertanyakan Najis
Mughalazah... kah kah kah !.
Lu orang kat
Malaysiakini tu pun AGAK-AGAK lah beb... jangan lah lu orang SELAK kan
KEMALUAN seorang Menteri... dah lah tu Mentri KDN pulak... lu orang TAK
TAKUT ke dikenakan TINDAKAN beb... kah kah kah... atau lu orang TAK
SEDAR yang Menteri KDN dah bertukar dari yang Auw Auw Auw kepada
seorang TEGAS dan BERAMARAN... gua INGATKAN aje beb... jangan nanti lu
orang MENYESAL TAK SUDAH... gua pun RISAU jugak kalau nanti
Malaysiakini DIHARAMKAN mana pulak lah gua nak baca BERITA ALTERNATIF...
tak kan lu orang nak suruh gua baca berita dari LIDAH SYAITAN YANG
DIKENALI tu beb... kah kah kah !. Mat Indera Sipejuang
hemmmmm....masa
ada jawatan dan kuasa boleh lah jadi samseng dan gertak-gertak orang
lain... nanti bila dah mampos bawak lah sekali jawatan... kuasa dan
perangai samseng tu masuk lubang kubur ya beb... kah kah kah... A B U.
Jalan ke Kemakmuran Ekonomi-2
Posted on Saturday, October 05 @ 09:56:30 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Saya memberi pandangan yang ikhlas disini. Walaupun saya ahli DAP dan ahli parlimen Raub, saya juga berminat untuk melihat ekonomi orang Melayu maju dan meningkat. Perasaan ini bukan monopoli orang UMNO sahaja. Matlamat sama, tapi saya berbeza pendekatan. Saya juga melihat masaalah ini dari kaca mata seorang ahli ekonomi. Walaupun saya tidaklah tahu segalanya, saya ada sedikit kefahaman mengenai masaalah ekonomi orang Melayu dan ingin memberi sedikit sumbangan dalam bentuk pemikiran.
Saya hanya perlukan pembaca menilai penulisan ini secara berlapang dada. Hendak sokong UMNO , teruskan tapi biarlah kita sekurang kurang nya bersama sama sepemikiran meningkatkan ekonomi negara dan ekonomi bangsa Melayu.
UMNO percaya kepada konsentrasi kuasa dan perancangan pusat. Mereka mahu memilih yang menang dan yang tewas. Tapi sebenarnya UMNO memilih kawan dan mencipta ramai musuh. Kawan mereka ialah Melayu yang terpilih- golongan PUTERA dari BUMIputera dan golongan elit, kenalan dan sahabat handai. Mereka inilah yang kita gelar kroni. UMNO mengamalkan kroni kapitalisme. Ini memsunahkan orang Melayu kerana ianya mencipta segelintir Melayu yang kaya raya yang menguasai sumber pengkayaan manakala Melayu terbanyak terpinggir. Ini yang saya tentang.
Yang terpinggir inilah yang menjadi musuh dan memusuhi UMNO.
Tidak adakah pembaikan yang berlaku sejak UMNO memerintah? Tentu ada. Orang Melayu secara keseluruhan nya mengalami pembaikan dalam kehidupan mereka. Kita pun ada success stories juga. Saham yang dikeluarkan oleh PNB dinikmati oleh jutaan orang Melayu. tahniah kepada mereka. Tapi bukankah ini berjaya kerana kita telah meletakkan sumber pengkayaan secara lansung dalam tangan mereka? yakni kita memberi mereka modal dalam bentuk pendanaan dari bank2 untuk membeli saham2 terbutan PNB?
Lihat apa jadi jika mereka mengurus secara lansung sumber pengkayaan yakni pemilikan saham? Mereka menjadi lebih senang.
Jadi mengapa kita tidak pakai prinsip yang sama jika kita lihat cara ini membawa kejayaan? Iaitu meletakkan sumber pengkayaan secara lansung kedalam tangan yang mahu dikayakan?
Yang jadi musuh UMNO ialah rakyat yang dipinggirkan. Sekarang jumlah yang terpinggir 10 juta orang Melayu yang berpendapatan sangat rendah, kurang dari RM1500sebulan. Mereka tidak ada kerja tetap dan tidak ada sumber pengkayaan dan penciptaan kekayaan. Kenapa tidak berikan sumber ini secara lansung kedalam tangan mereka dan ajar serta latih mereka membangunkan diri? Kenapa mesti kita bangunkan bagi pihak mereka dan atas nama mereka menjustifikasikan segala nya?
Isiu didepan kita ialah sama ada kita mahu laksanakan command control economy atau ekobomi pasaran bebas dimana penggiat ekonomi bebas melakukan apa yang mereka layak lakukan?
Orang Melayu memerlukan pembebasan dan creative control keatas apa yang mereka mahu lakukan , bukan kita ujudkan pula orang tengah untuk mentadbir hidup untuk mereka. Berapa lama kita mahu lakukan demikian? Mahukah kita mengekalkan orang Melayu kebudak budakan?
Bila ekonomi gawat, keadaan tidak bagus, kos hidup meninggi, pendapatan kurang, cukai dinaikkan, imbangan pembayaran kian berkurang, sabsidi ditarik, kerajaan akan menyalahkan faktor2 luar. Faktor utama yang dipersalahkan tentunya system pasaran bebas. Para pemimpin UMNO bila gagal, menyalahkan system pasaran bebas.
Orang macam Ibrahim Ali tidak suka kepada pasaran bebas. Kenapa? Sebab pasaran bebas itu juga akan membawa kepada kemerdekaan peribadi dan minda dan pengurangan ketergantungan. Bila ini terjadi, kapasiti untuk suatu kumpulan mengawal mereka yang merdeka minda akan sukar. Itu sebab Ibrahim Ali tak suka. Orang yang mahu mengontrol dan menguasai orang lain, tidak akan suka pasaran bebas. Mereka suka kepada konsentrasi kuasa dan perancangan pusat. Sedangkan yang mengamal perancangan pusat adalah negara komunis dan sosialis ekstrim. Semua negara dalam dunia sudah pun menuju kepada system pasaran bebas. Negeri Cina pun dah jadi kapitalis dan berjaya mengeluarkan jutaan rakyat dari lingkaran kemiskinan.
Tapi beza dengan negara yang mengamalkan system ekonomi perancangan pusat. Semua nya dikawal oleh pusat. Dengan cara itu mereka akan control minda orang Melayu. Oleh kerana itu, ramai yang sambut baik Plan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera kerana ianya satu lagi langkah untuk mengkonsentrasikan kuasa dan merancang ekonomi dari pusat. System yang UMNO sukai lebih mirip kepada system sosialis dan komunis.
Tapi kalau kita kaji keadaan ekonomi yang buruk, sebelum keburukan itu terjadi, beberapa dasar yang dijalankan oleh kerajaan lah yang menyebabkan keburukan keadaan ekonomi.
Apa kah perkara2 tersebut? Perbelanjaan yang tidak terkawal satu darinya. Pembaziran. Rasuah, ketirisan. Penipuan belian kerajaan. Semua ini meningkatkan perbelanjaan kerajaan. Sabsidi kepada sector yang tidak kena pada tempat nya. perbelanjaan boros oleh kementerian.
Hutang negara kita sudah meningkat kepada paras bahaya. 2013, hutang sector awam yakni hutang oleh kerajaan akan mencecah RM546bn. ini sudah hampir sangat dengan siling 55% GDP kita. Itu kita belum campur dengan jaminan kontinjensi yang kerajaan buat. Ianya melepasi angka RM100bn.
Rasuah meningkakan kos menjalankan urusniaga. Undang2 yang tidak meyakinkan orang ramai. Semua ini menyumbang kepada keburukan ekonomi.
Perkara yang kita kena faham seawal ini ialah, keadaan ekonomi itu bergantung kepada dasar yang dijalankan oleh kerajaan. PM Najib kata mari kita jadikan rasuah suatu perkara sejarah. Tapi dengan penularan rasuah, salah guna kuasa, penirisan, pencurian , semua ini bukan jadi sejarah lampau, tapi menjadi sebahagian sejarah yang akan terbentuk. kalau kita tidak ada budaya membenci semua bentuk salahlaku, maka selama itu lah kita akan dirasuk rasuah.
Kalau kita benar2 mahu membantu rakyat, janganlah kita menghakmilikkan salah laku. Salah laku mesti dihukum bukan dipertahankan. Apabila UMNO dan penyokong kerajaan menghakmilikkan salah laku, mereka terpaksa berhempas pulas menegakkan benang basah. Bila kita claim ownership over a wrongdoing, kita akan anggap sebarang teguran sebagai serangan personal kepada kita. Sikap seperti ini tentulah tidak baik untuk menyelesaikan masaalah pokok. Sesiapa yang menghakmilikkan salah laku akan kelihatan sebagai menyebelahi pihak yang melakukan kesalahan dan sebagai menyokong salahlaku. Ini masaalah besar pimpinan UMNO.
Kita kena pakai 3 prinsip dalam mengurus ekonomi kita; (1) menggunakan system pasaran bebas (2) mengukuhkan system imbuhan atau rewards system dan (3) pengurangan penglibatan kerajaan.
Sakmongkol AK47
http://sakmongkol.blogspot.com

Bukan Kurang Jubah, Tapi Kurang Amanah
Posted on Saturday, October 05 @ 11:55:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Negara-negara umat Islam hari ini tidak kekurangan jubah dan serban. Tidak juga kekurangan mereka yang bercakap agama dan berlagak ‘beragama’. Tidak pula kekurangan mereka yang berzikir kuat di khalayak ramai dengan pelbagai lagu dan dendangan. Tidak juga kekurangan penceramah yang pelbagai style lawak jenaka dan seloka sehingga ceramah agama menjadi ‘new entertainment’ dalam mencari pasaran pendengar dan ‘pembayar’.
Tidak
pula kita kekurangan orang-orang politik yang cuba menempelkan diri
dengan agama. Sama ada menjadi penaja kepada program-program agama yang
membolehkan mereka mendapat political mileage, ataupun mereka
sendiri melafazkan kalimah-kalimah yang berunsur agama bagi memboleh
rakyat lebih mempercayai mereka. Tidak kurang juga program-program yang
dirasmikan oleh orang politik yang ‘tidaklah beragama sangat’. Di samping terdapat juga yang memang ikhlas melibatkan diri dalam semua itu.Posted on Saturday, October 05 @ 11:55:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Negara-negara umat Islam hari ini tidak kekurangan jubah dan serban. Tidak juga kekurangan mereka yang bercakap agama dan berlagak ‘beragama’. Tidak pula kekurangan mereka yang berzikir kuat di khalayak ramai dengan pelbagai lagu dan dendangan. Tidak juga kekurangan penceramah yang pelbagai style lawak jenaka dan seloka sehingga ceramah agama menjadi ‘new entertainment’ dalam mencari pasaran pendengar dan ‘pembayar’.
KEKURANGAN
Kita
tidak kurang kesemua itu. Apa yang menjadi kekurangan kita ialah
penghayatan sebenar kepada hakikat agama Islam yang diturunkan Allah
untuk manusia. Kita sering mempamirkan agama ini dalam bentuk
upacara-upacara yang direka dan diadakan oleh pihak-pihak yang mempunyai
agenda yang tersendiri seperti upacara berteriak tangis zikir di
khalayak ramai bagi memukau orang ramai agar begitu terpengaruh kepada
tokoh-tokoh dan mempercayai mereka sebagai ‘orang-orang Tuhan’. Orang politik juga boleh menumpang sekaki supaya kelihatan mereka manusia yang mendapat ‘blessing’
dari orang-orang Tuhan itu. Dalam masa yang sama kita melupai
inti-pati ajaran Islam seperti amanah dalam pengurusan harta awam
ataupun kepimpinan negara.Maka jangan hairan jika setiap negara Islam ada mufti dan pelbagai jawatan agama yang lain, ada pelbagai upacara agama, ataupun ‘agama yang diupacarakan’, malangnya dalam masa yang sama index rasuah, penyalahgunaan kuasa, salah tadbir urus juga cukup tinggi. Rakyat ramai yang tertipu dan terdiam kerana mata mereka terlindung oleh jubah-jubah tokoh agama, telinga mereka tersumbat oleh degungan doa yang dibaca memuja dan memuji penguasa samada menteri, presiden, raja ataupun sultan sekalipun mereka itu mencemari segala amanah yang Allah tanggungkan atas bahu mereka.
Saya hairan bagaimana ada rakyat di negeri ‘entah berentah’ yang memuji sultannya melangit tinggi bagaikan wali Tuhan kerana isteri sultan berkenaan bertudung. Dalam masa yang sama mereka melupai bagaimana sang sultan itu sedang membina istana yang harga berbilion dari wang rakyat jelata. Kehebatan seorang sultan, raja, presiden, perdana menteri dan seumpamanya bukan kerana berjubah ataupun berserban, isteri bertudung, pergi ke masjid dan segala amalan peribadi yang lain. Itu adalah tanggungjawab setiap muslim tanpa mengira siapa pun dia, rakyat ataupun raja. Namun kehebatan seorang penguasa apabila dia amanah terhadap jawatan dan harta negara yang berada di bawah kawalannya. Itulah perkara yang tidak dapat dibuat oleh rakyat, hanya mampu dibuat oleh yang berkuasa kerana dia memegang tampok kuasa.
KHIANAT
Jika
mereka tidak amanah, sekalipun memakai pelbagai gelaran agama, ataupun
dipagari oleh jubah-jubah agama, mereka tetap pengkhianat. Dalam hadis
riwayat al-Bukhari dan Muslim, seorang yang menyertai misi jihad
bersama Rasulullah s.a.w telah dibunuh. Orang ramai mengucapkan tahniah
kerana beliau telah mati syahid (martyrdom). Namun Nabi s.a.w menyebut:“Tidak! Sesungguhnya selendang dari harta rampasan perang yang dia ambil pada hari Peperangan Khaibar tanpa pembahagian (yang betul) sedang menyalakan api neraka ke atasnya”.Betapa, seorang mati semasa berjuang bersama Nabi s.a.w tetap Allah hukum kerana telah mengambil harta awam dengan cara yang salah. Itu sehelai selendang, bagaimanakah pula jutaan, bahkan ratusan juta harta awam?!
Maka sebahagian Negara Barat, walaupun mereka tiada paderi negara yang bertaraf jusa, tiada upacara doa mingguan memuja penguasa tapi apabila mereka amanah, maka negara mereka lebih teratur dan baik urus tadbirnya dibandingkan negara-negara umat Islam. Ini kerana di Barat, samada secara ‘terpaksa’ ataupun terbudaya dalam sistem yang mereka bina dan pakai, mereka memegang kepada prinsip pentadbiran yang terpenting iaitu amanah. Kita pula sibuk dengan upacara-upacara agama yang sebahagian itu tidak pernah diamalkan oleh Nabi s.a.w dan para sahabah pun, tapi dalam masa yang sama kita melupai inti ataupun essence kepada ajaran Islam ini, iaitu amanah dalam pentadbiran.
Justeru itu al-Quran sebelum mendatangkan ayat yang memerintah taat kepada penguasa, didatangkan terlebih dahulu ayat yang memerintahkan amanah diberikan kepada yang layak dan penguasa yang diberikan amanah itu hendaklah memerintah dengan adil. Maka Allah terlebih dahulu menyebut:(maksudnya)
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dalam kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha melihat”. (Surah al-Nisa: 58).Selepas itu barulah diikuti dengan firmanNYA: (maksudnya)
“Wahai mereka yang beriman! Taatilah Allah dan taatilah Rasul dan uli al-Amr (pemimpin) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih pendapat maka kembalilah kepada Allah (al-Quran) dan Rasul (Sunnah), jika kamu benar beriman dengan Allah dan hari akhirat. Yang demikian itu yang paling utama dan paling baik akibatnya” (Surah al-Nisa’ 59).Al-Imam al-Qurtubi menyebut riwayat daripada khalifah Ali bin Abi Talib r.a bahawa beliau menyebut:
“Tanggungjawab imam (pemerintah) adalah memerintah dengan adil dan menunaikan amanah. Apabila dia menjalankan tanggungjawab sedemikian maka wajib ke atas muslimin mentaatinya. Ini kerana Allah menyuruh agar ditunaikan amanah dan melaksanakan keadilan kemudian diperintahkan agar rakyat mentaatinya (pemerintah)” (Al-Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 5/259, Beirut: Dar al-Fikr).
KESAN
Seringkali
mimbar-mimbar Jumaat dan ceramah agama menyebut nama ‘Umar bin
al-Khattab, khalifah kedua yang sangat hebat. Apa yang kita teladani
daripadanya?! Pada tahun 17 dan 18 Hijrah telah berlaku kemarau teruk
di Madinah. Rakyat menjadi susah. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan
bahawa ‘Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak
haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya. Barangan
makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli
untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang agak tinggi. ‘Umar
enggan makan bahkan berkata:“Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka?”. (Al-Tabari, 2/358, Beirut: Dar al-Fikr).‘Umar ilmuwan besar yang menjadi rujukan dalam Islam. Beliau tidak berkata: ‘kenaikan harga barang merupakan takdir Allah, bersyukur dan berterima kasih kepada penguasa’. Beliau juga tidak membuat fatwa dungu yang menyatakan ‘subsidi tiada dalam Islam’. Sebaliknya beliau dengan penuh amanah dan tanggungjawab di hadapan Allah menghadapi keadaan tersebut.
Kita perlu membetulkan asas kefahaman kita tentang agama. Bukti kesan ajaran Islam bukan pada fesyen pakaian, ataupun hiasan doa upacara yang gaji pembacanya dibayar atau dendangan lagu agama atas pentas yang dihadiri oleh mereka berpangkat dan jawatan. Tetapi kesannya terhasil akidah yang bersih, ibadah yang sahih dan nilai etika yang luhur yang diamalkan oleh para penguasa dan diikuti oleh rakyat jelata. Dalam konteks politik dunia Islam, perlukan manusia-manusia yang amanah untuk memerintah, bukan sekadar berjubah atau berdamping dengan yang berjubah tapi tidak amanah terhadap harta negara dan rakyat.
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan