Pindaan PCA tiada beza dengan ISA
Hazayani Zakaria, | 01 Okt 2013 |
Pengerusi Lanjah Undang-undang dan Guaman PAS Pusat Asmuni Awi berkata, cadangan Seksyen 9(5) dan Seksyen 9A(2) menafikan hak seseorang untuk perwakilan undang-undang seperti yang terjamin di bawah Perkara 5(3) dalam Perlembagaan Persekutuan.
Asmuni yang juga seorang peguam turut berkata, Lembaga Pencegahan Jenayah (Lembaga) yang menyemak laporan-laporan siasatan terhadap tahanan bukanlah badan bebas.
Hal ini menyebabkan tahanan akan mengalami nasib yang sama dengan tahan ISA iaitu hak untuk membela diri dinafikan.
"Lembaga akan menyemak rekod tahanan yang ada tapi sejarah membuktikan bahawa tidak ada tahanan yang mendapat faedah daripada semakan yang dijalankan oleh lembaga itu.
"Mereka tetap ditahan walaupun mereka buat reprentasi dan sebagainya, tetap tak berkesan. Pada saya itu kosmetik sahaja sebagai langkah untuk mengaburi kita bahawa mereka diberi peluang membela diri dan mengemukakan kes mereka untuk dipertimbangkan oleh jawatankuasa. Tapi tak banyak yang diberi pertimbangan atas reprentasi itu sendiri," kata beliau kepada Harakahdaily hari ini.
Sebelum ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bimbang dengan cadangan Seksyen 7C yang memberi kuasa kepada Lembaga untuk mengeluarkan perintah tahanan terhadap seseorang yang telah melakukan dua atau lebih kesalahan yang serius, sama ada dia telah disabitkan atau tidak, dan semata-mata berdasarkan kecukupan bukti.
Suhakam berpendapat peruntukan tersebut mencabuli hak seseorang kepada perbicaraan yang adil, perlindungan terhadap perbicaraan berulang serta hak untuk kesaksamaan di sisi undang-undang dan hak untuk dipertimbangkan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 7(2) dan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan.
Justeru, Asmuni meminta kerajaan agar tidak meneruskan pindaan PCA yang tidak menggambarkan transformasi seperti yang diwar-warkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Mohon bajet tambahan, tapi potong bantuan
Anis Nazri, | 01 Okt 2013 |
Malah, pemotongan itu juga dilihat tidak relevan ketika Dewan Rakyat meminta peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta bagi kementerian tersebut, namun dalam masa sama memotong jumlah bantuan yang diberikan sebelum ini.
Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md. Akin, berkata perkara tersebut perlu mendapat perhatian serius dari kementerian untuk menyiasat sejauhmana benar pemotongan itu benar-bemar berlaku.
"Ketika berbahas, saya bertanya kepada kementerian, apakah benar pemotongan itu berlaku dan dimaklumkan kementerian tidak tahu-menahu mengenainya. Soalnya, jika benar berlaku pemotongan, apa rasionalnya kita menuntut perbelanjaan tambahan sebanyak RM100 juta lagi?" soal beliau pada satu sidang media, di lobi parlimen, hari ini.
Justeru, beliau berkata kementerian perlu melakukan siasatan segera bagi memastikan tiada sebarang unsur penyelewengan yang berlaku dalam proses pemberian bantuan tersebut.
Beliau dimaklumkan, pemotongan bantuan kewangan itu dibuat bagi membolehkan wang tersebut dimasukkan ke sebuah koperasi, Koperasi Bela Melaka Berhad.
Dalam pada itu, Shamsul turut mempersoalkan tentang prosedur tambahan yang dikatakan dikenakan kepada mana-mana pihak yang memohon bantuan kebajikan daripada jabatan kebajikan.
"Sekali lagi, saya diberitahu pihak kementerian tidak tahu-menahu mengenai perkara tersebut, dan saya minta kementerian segera menyiasatnya," tegas beliau lagi.
Shamsul berkata, selain borang biasa yang perlu diisi pemohon, satu lagi borang dikepilkan untuk tujuan sama.
Borang tersebut, katanya meminta pemohon mengesahkan status pendaftaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), lokaliti mengundi, serta pengesahan daripada pengerusi Jawatankuasa Kerja Kampung (JKK).
Kata Shamsul, prosedur tambahan itu hanya menimbulkan kerumitan kepada pihak yang benar-benar memerlukan bantuan, malah boleh dianggap tidak sah.
Jangan tak tahu, negara ini Dr Mahathir yang punya
Semalam saya menyebut perbezaan
diantara pemimpin pelapis dan pelapik. Mungkin ramai yang masih belum
tahu apa
dia pelapis dan apa pula maknanya pelapik. Malahan ramai yang meminta
saya mendefinasikan pelapis dan pelapik itu. Bolehlah saya tulis sedikit
tentang ini sekali lagi, tetapi tidak perlu panjang kerana ia amat
mudah difahami.
Dr Mahathir tidak pernah membina pemimpin pelapis dan itulah sebabnya selepas beliau bersara, negara diambil alih oleh pemimpin yang tidak kena pada tempatnya. Beliau hanya membina pemimpin pelapik untuk melapik kedudukan beliau supaya tidak terjejas buat selamanya.Beliau sendiri pernah menganggap yang pimpinan dalam UMNO dan ahlinya sekali sebagai Red Indian sahaja. Beliau tidak peduli apa yang akan terjadi kepada parti beliau. Bagi beliau semua orang UMNO mesti bersedia untuk menjadi pelapik untuk kepentingan beliau semata-mata.
Dr Mahathir tidak pernah membina pemimpin pelapis dan itulah sebabnya selepas beliau bersara, negara diambil alih oleh pemimpin yang tidak kena pada tempatnya. Beliau hanya membina pemimpin pelapik untuk melapik kedudukan beliau supaya tidak terjejas buat selamanya.Beliau sendiri pernah menganggap yang pimpinan dalam UMNO dan ahlinya sekali sebagai Red Indian sahaja. Beliau tidak peduli apa yang akan terjadi kepada parti beliau. Bagi beliau semua orang UMNO mesti bersedia untuk menjadi pelapik untuk kepentingan beliau semata-mata.
Sebelum beliau menaiki hiraki
parti yang tertinggi, beliau tidak mahu melihat Tengku Razaleigh berada di samping
beliau kerana rasa takut dan gerun akan
menjejaskan kedudukan beliau. Maka beliau mengambil Musa sebagai pemimpin
pelapiknya. Beliau tidak pun berniat untuk menaikkan Musa selepas beliau kerana
beliau hendak berkuasa lama. Musa hanya di gunakan olehnya untuk menjadi
pemimpin pelapik bagi mengelak dari ancaman bayangan Tengku Razaleigh semasa
itu. maka berlagalah Musa dan TR dan Mahathir berasa gembira kerana musuh hakikinya telah bergaduh dan bertelagah.
Semasa menjadi Timbalannya Musa pula dirasakan menjadi
ancaman kepada beliau, maka segala perkara yang boleh menjadikan Musa merasa
terhina dilakukan oleh Mahathir. Musa pun berhenti dari jawatan Timbalan
Perdana Menteri dan pemimpin yang menjadi pelapiknya ialah Ghaffar Baba. Semasa
Ghaffar jadi Timbalan beliau, Mahathir merasa senang hati sedikit kerana
Ghaffar bukanlah orang yang dianggap begitu cerdik dan perasaan gundah gulana
beliau berkurangan. Mahathir menukar
timbalannya seperti orang menukar seluar dalam sahaja.
Ghaffar pula akhirnya di ganti
dengan pelapik yang baru kerana dalam beliau menukar dan mengganti Timbalannya
ada seorang yang baru menyertai UMNO begitu pantas menaikkan dirinya untuk naik
tunggak kekuasaan, ia itu Anwar Ibrahim. Ghaffar terpaksa berhenti kerana
pengaruh dan permainan Anwar menyebabkan beliau terpaksa berundur dan di waktu
yang sama beliau (Anwar) pula diperguna untuk menjadi pelapik beliau yang baru.
Dalam pada itu dibawah-bawah di
dalam UMNO sudah mula merasakan kebosanan terhadap Dr Mahathir dan perkhabaran
telah sampai ke Mahathir yang pelapiknya kali ini akan menentang beliau untuk
menggantikan kepimpinan negara. Mahathir bertindak dengan ganas terhadap Anwar
dengan menggunakan isu sodomi dan berbagai-bagai salah laku pemimpin pelapiknya
ini.
Akhirnya pemimpin pelapiknya ini
dipecat kerana isu-isu nakal ini dan menggantikan pelapik baru bernama Abdullah
Badawi. Benar atau tidak isu-isu terhadap pemimpin pelapiknya ini Tuhan sahaja
yang tahu kerana saya tidak pernah melihat perkara itu dilakukan dihadapan mata
saya.
Pelapiknya yang bernama Abdullah ini juga idak
mahu mendengar nasihat dan arahan beliau (Mahathir) dari luar maka
berbagai-bagai isu dipalitkan terhadap Abdullah dan Mahathir menggunakan bakal
pelapiknya, Muhyiddin untuk meletakkan Najib sebagai PM. Akhirnya telah jelas
yang Mahathir kali ini mahukan pelapik yang terakhir iaitu Muhyiddin Yassin
untuk menjadi pelapik sementara menunggu Mukhriz, orang muda yang
sebenar-benarnya calon pimpinan pelapis bagi negara..
Sekarang pemimpin pelapis itu
sedang berikhtiar untuk memenangi jawatan Naib Presiden, satu jawatan yang
sangat penting dalam UMNO. Jika pemimpin pelapis ini berjaya maka dua orang
yang lain itu merupakan pelapik kepada Mukhriz sahaja.
Selepas ini berlaku, Dr Mahathir
tidak akan lagi mencari pelapik lagi kerana anaknya sudah akan menjadi pelapis
kepada kepimpinan negara. Kali ini adalah pusingan terakhir bagi Mahathir bermain
politik kerana selepas Mukhriz mendapat apa yang di kehendakinya maka barulah
Mahathir berhenti bercakap hal politik negara dan semasa ini lah beliau mungkin
menumpukan masanya bercuti dan hidup dalam persaraan.
Cita-cita beliau untuk mencari
pemimpin yang cerdik untuk menggantikan pemimpin-pemimpin yang beliau anggap
bodoh sekarang ini, akan tercapai apabila Mukhriz mendapat tempat di tahap Naib
Presiden.Rupa-rupanya pemimpin yang beliau maksudkan sebagai pemimpin cerdik dan pandai itu adalah anaknya sendiri.
Barulah kami semuanya tahu. Kita pun tidak tahu setara mana cerdiknya Mukhriz ini, tetapi oleh kerana Mahathir maksudkan Mukhrizlah yang cerdik itu maka kita terimalah. Kalau kita tidak terima nanti Mahathir akan kata kita bodoh lagi. Untuk mengelak kita dari dikatakan bodoh marilah kita semua bersetuju bahawa Mukhriz itu seorang pemimpin cerdik.
Barulah kami semuanya tahu. Kita pun tidak tahu setara mana cerdiknya Mukhriz ini, tetapi oleh kerana Mahathir maksudkan Mukhrizlah yang cerdik itu maka kita terimalah. Kalau kita tidak terima nanti Mahathir akan kata kita bodoh lagi. Untuk mengelak kita dari dikatakan bodoh marilah kita semua bersetuju bahawa Mukhriz itu seorang pemimpin cerdik.
Apabila Mukhriz menjadi pemimpin
utama negara nanti nescaya kita tidak akan mendengar lagi Mahatahir memanggil
dan menganggap pemimpin UMNO itu bodoh-bodoh lagi. Pendeknya kita akhirnya
mesti mengakui yang negara ini adalah kepunyaan Mahathir. Beliau boleh mendapat
apa yang beliau mahukan.
Hanya orang Melayu khususnya
orang UMNO yang perasan negara ini kita semua yang punya.
1 comment:
- Alhamdulilah, sekarang adanya Seorang Pejuang Blogger Yg Berani Untuk
Mengatakan Bahawa Malaysia ini Mahathir Anak Kutty Punya. Mahathir Anak
Kutty inilah Tangan Ghaib yg selama ini Menganggu Urusan Kerajaan supaya
Keputusan di ambil oleh Kerajaan Silap, Salah dan apa2 yg dibuat Gagal.
Ah Jib Gor pon sama2 tidak bijak, ikut cakap isteri dia dan pemandu, dan Omar Ong.
Kita harapkan Muhyiddin berani lawan cakap Mahathir anak Kutty ini,
BARULAH AMAN MALAYSIA, AMAN UMNO
PAS kesal PDRM hilang aset RM1.33 juta
Muhammad Faizal, | 01 Okt 2013 |
Jenis aset yang hilang itu melibatkan gari sebanyak 156 unit diikuti dengan senjata api dan kenderaan, masing-masing sebanyak 44 dan 29 unit.
Turut hilang adalah walkie-talkie (26 unit), radio (22 unit), komputer (4 unit), kamera dan telefon bimbit sebanyak 6 dan 1 unit.
Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2012 hingga Januari 2013 mendapati secara keseluruhannya pengurusan kehilangan aset di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman dan tiga Ibu Pejabat Kontigen (IPK) iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Johor yang diperiksa kurang memuaskan.
Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kehilangan aset lewat dikesan, kelewatan melaporkan kehilangan kepada Ketua Jabatan dan Polis serta Ketua Jabatan lewat menyedikan laporan awal kehilangan aset.
Selain itu juga pengauditan turut mendapati Jawatankuasa Penyiasat kes kehilangan aset lewat ditubuhkan, Jawatankuasa Penyiasat lewat menyediakan laporan akhir kehilangan aset, Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira juga turut dilihat lewat mengambil tindakan susulan berhubung laporan kes kehilangan aset.
Kelemahan lain turut dilihat kelewatan mengambil tindakan di peringkat Kontigen setelah kelulusan hapus kira oleh Kuasa Melulus, kelewatan mengambil tindakan proses surcaj, tempat penyimpanan selamat aset tidak disediakan dan ruang penyimpanan aset adalah terhad.
Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata kehilangan aset tersebut merupakan satu kecuaian dari pihak polis yang amat dikesali.
Jelasnya lagi, rakyat menaruh harapan yang besar dari PDRM untuk mereka memanfaat dan menggunakan aset tersebut terutamanya senjata dalam menjaga keselamatan rakyat dari ancaman penjenayah.
"Bukti ini kecuaian dari pihak polis yang sepatutnya memastikan aset tersebut dijaga dengan baik tetapi akhirnya hilang dari simpanan.
"Rakyat menaruh harapan harapan yang besar untuk mereka memanfaat dan menggunakan aset tersebut terutamanya senjata api dalam menjaga keselamatan rakyat dari ancaman penjenayah tetapi hari ini penjenayah mengambil kesempatan atas kelalaian dan kecuaian polis," jelasnya ketika ditemui di Parlimen.
Mahfuz yang turut menberitahu, kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar dalam memenuhi kelengkapan kepada pihak polis untuk keselamatan rakyat tetapi mereka tidak memandang serius dalam soal-soal tersebut dan akhirnya aset tersebut hilang begitu saja.
KWAP rugi RM209.55 juta labur dalam TdC
Muhammad Faizal, | 01 Okt 2013 |
Laporan Ketua Audit Negara memberitahu jumlah kerugian tersebut atas jualan saham TdC sepanjang tahun 2007 sehingga 15 Mac 2013.
Pelaburan Portfolio Khas saham TdC telah dibuat pada bulan November 2001 melalui Tawaran Awam Permulaan (IPO) TdC sebanyak 273.86 juta unit saham dengan kos berjumlah RM903.75 juta pada nilai IPO RM3.30 sesaham.
Mengikut Polisi dan Garis Panduan Pelaburan, penjualan sahan yang rugi hendaklah mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pelaburan.
Ketua Jabatan Ekuiti juga boleh mencadangkan kepada Jawatankuasa Pelaburan untuk penjualan sahan yang mencatatkan rugi belum direalisasi melebihi 20 peratus secara konsisten melebihi enam bulan.
Semakan Audit mendapati Panel Pelaburan telah meluluskan penjualan unit sahan TdC secara berperingkat pada harga minimum RM0.90 sesaham.
Keputusan ini dibuat berikutan prestasi saham TdC yang tidak memuaskan dengan mencatatkan nilai pasaran lebih rendah daripada nilai IPO.
Semakan Audit turut mendapati KWAP tidak menerima pulangan dividen sepanjang pemilikan sahan TdC sehingga 15 Mac 2013.
KWAP hanya menerima capital repayment pada 30 Mei 2012 berjumlah RM3.65 juta berikutan aktiviti penstrukturan semula modal berbayar TdC.
Laporan Ketua Audit berpendapat, pelaburan KWAP dalam saham TIME dotCom Berhad menyebabkan KWAP menanggung kerugian kerana kejatuhan harga saham, tiada pulangan dividen, kerugian belum direalisasi yang tinggi serta rugi atas penjualan saham TdC.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan