Posted on Monday, September 30 @ 08:35:15 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
KUALA LUMPUR: Pelakon Hairie Othman mengakui kerjaya lakonannya sudah berakhir selepas mengambil keputusan untuk menyertai parti politik Pas sejak dua tahun lalu.
Hairie, 42, berkata, biarpun pihak stesen televisyen tidak pernah menyenarai hitamkan namanya namun kebanyakan pengarah dan penerbit masih mengamalkan diskriminasi terhadap parti politik.
"Saya sedar kerjaya saya memang sudah tamat selepas terlibat dengan politik dan menyertai Pas tapi perkara itu saya sudah fikirkan sebelum saya mengambil keputusan tersebut.
"Saya harap kerajaan negeri Kelantan dan pemimpin Pas dapat membantu artis-artis yang menerima nasib yang sama seperti saya, yang mana pendapatan saya semakin terdesak ketika ini," katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti, di sini, Ahad.
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Ahmad Yakob memberi cenderamata kepada Hairie Othman
Majlis bersama selebriti ini adalah bagi meraikan para selebriti yang pernah membuat persembahan atau bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Kelantan sejak tahun 2008 hingga 2013.
Tambah Hairi, pihak parti tidak hanya menggunakan selebriti dalam program ceramah dan kempen pilihan raya semata-mata.
"Sebagai pelakon cabang saya agak kecil berbanding penyanyi nasyid yang boleh membuat persembahan di majlis-majlis.
"Saya tidak mahu kami hanya digunakan untuk tujuan kempen atau ceramah sahaja tetapi banyak lagi khidmat yang boleh diberikan terutamanya dari segi kemasyarakatan," katanya.
Wardina
Sementara itu, Wardina Safiyyah,32, yang turut berucap berkata,
kapasiti sebagai selebriti memberi kelebihan kepadanya untuk berdakwah."Secara realitinya dunia seni tidak begitu cantik dan tidak sesuai lagi dengan jiwa saya.
"Namun begitu saya gunakan status selebriti ini untuk menyedarkan manusia untuk kembali semula ke jalan Allah," katanya.
Wardina berkata, dengan kesedaran itu dia menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Mizan yang bertindak memberi khidmat nasihat kepada wanita.
Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob berkata pihaknya akan merancang untuk membina sebuah Akademi Seni Islam bagi membantu penggiat seni.
"Kerajaan Kelantan sedar dengan kepentingan seni dan selebriti bagi membantu membangunkan negara Islam kerana Islam itu sendiri adalah seni," katanya.
Antara selebriti yang hadir ialah Mustafa Kamal, Noryn Aziz, Bob Lokman, Yatt, Akhil Hay, Wahida, Rabbani dan Ainan Tasneen. (mStar)
Gambar selebriti bersama TG Nik Aziz
IBNU HASYIM
http://www.ibnuhasyim.com
Hanya 2 Minit, sungguh mengesankan!
Posted on Sunday, September 29 @ 23:18:54 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: atriza
"Saya tak pasti di mana harus saya mulakan. Apa yang ingin saya khabarkan buku ini tetap ada manfaatnya, alhamdulillah.
Pada awalnya, memang terfikir apalah tajuknya yang sangat bombastik itu. Tetapi setelah ditelusuri buku ini memberi inspirasi pada diri.
_______________________________________________________
Buku HANYA 2 MENIT - Anda Bisa Tahu Potensi Rezeki Anda, adalah trilogi rezeki.
Dua buku sebelumnya adalah 7 Keajaiban Rezeki dan Percepatan Rezeki. Yang dihidangkan oleh Ippho Santosa, yang mana seluruh royalti buku itu, beliau akan disedekahkan! Semoga amal baik ini menjadi syiar, motivasi, dan inspirasi buat kita semua, insya’Allah.
Buku HANYA 2 MENIT - Anda Bisa Tahu Potensi Rezeki anda membongkarkan tentang;
Tertarik mempunyai buku HANYA 2 MENIT - Anda Bisa Tahu Potensi Rezeki Anda? Silakan hubungi : MAAt
- Pengalaman peribadi Ippho Santosa sebagai motivator (7 Keajaiban Rezeki menjadi buku dan seminar terlaris sepanjang 2011)
- Pengalaman peribadi Ippho Santosa sebagai entrepeneur (Bisnisnya ratusan cabang di Indonesia)
- Fikiran-fikiran yang mengkayakan dan memiskinkan.
- Rahsia kekayaan Donald Trump dan Robert Kiyosaki, yang disampaikan secara peribadi kepada Ippho Santosa.
- Rahsia kekayaan Chairul Tanjung dan Azim Premji, sehingga menjadi salah seorang terkaya di negerinya.
- Rahsia kekayaan Abdurrahman bin Auf dan Usman bin Affan, sehingga menjadi salah seorang terkaya di zamannya.
- Rahsia kekayaan Ali bin Abi Talib dan Sunan Gresik (Wali Songo ), yang belum pernah dibahas di dalam buku manapun.
Cepat, sedang ada promosi di MAAt menjelang 1 OKTOBER 2013.
INSYA’ALLAH anda pasti dan tentunya mendapatkan sesuatu yang bermanfaat daripada buku ini.
Jamahlah!
Judul
|
Hanya 2 Menit : Anda Bisa Tahu Potensi Rezeki Anda
|
No. ISBN
|
2000019008828
|
Penulis
|
Ippho Santosa
|
Penerbit
|
Elex Media Komputindo
|
Tanggal terbit
|
Mac – 2012
|
Jenis Cover
|
Hard Cover
|
Kategori
|
Motivasi dan Inspirasi
|
Apa tunggu lagi? Silakan dapatkan buku ini HANYA 2 MINIT jer!
Selamat berusaha untuk cemerlangkan diri."
MESIRKINI : 6 Oktober tarikh kematian As Sisi ?
Posted on Sunday, September 29 @ 23:03:57 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Oleh: tokpepijat
"
Mesir bakal merayakan hari Angkatan Tenteranya pada 6 Oktober ini. Satu sambutan untuk merayakan kejayaan dalam Perang Oktober 1973 yang lebih dikenali sebagai Perang Badar Moden dan Yom Kippur bagi kalangan Zionis.
Sejak berakhir perang tersebut,pihak Tentera Mesir telah mengisytiharkan 6 Oktober sebagai hari kebesaran tentera Mesir.
Pada hari tersebut,Angkatan Tentera Mesir mengadakan perarakan tentera,senjata dan segala kehebatan peralatan tentera dipamerkan.
Itu sebelum Presiden Sadat berdamai dengan regim Zionis pada tahun 1978 selepas kunjungan rasmi Sadat ke Parlimen Knesset 1977.
Selepas pendamaian dan pengiktirafan Sadat terhadap negara Zionis, keadaan di Mesir dan dunia Arab berubah. Sadat dianggap pengkhianat terhadap Islam dan Arab.
Bagaimanapun Sadat bertindak pantas dengan menangkap lebih 1600 orang penentangnya terutama pengikut Ikhwanul Muslimin dan Jamaah Islamiyah.
Akhirnya,pada 6 Oktober 1981 iaitu hari kebesaran Tentera Mesir, Sadat menerima "hukumannya" di tangan tentera dan rakyatnya sendiri. Beliau dibunuh ketika membalas tabik hormat tenteranya sambil mendongak ke langit melihat lintasan jet-jet pejuang Mesir melintasi pentas tempat Sadat berada.
Sadat dibunuh kerana berdamai dengan Zionis dan menangkap 1600 rakyatnya.
Mana besar "dosa" antara Sadat dengan As Sisi?
As Sisi membunuh rakyatnya 5,000 orang dalam masa singkat berbanding Zionis membunuh tentera Mesir dalam tiga Perang Arab-Israel sekadar kurang 1,000 orang.
Zionis membunuh tentera Mesir dengan bantuan senjata negara asing seperti Amerika,Britain dan Perancis. Zionis tidak menggunakan khidmat tentera tersebut.
As Sisi membunuh rakyatnya sendiri dengan menggunakan khidmat rakyat Mesir sendiri iaitu tentera,polis dan samseng.
Hari 6 Oktober menjelang tiba. Adakah As Sisi akan mengadakan perayaan 6 Oktober seperti kelaziman sebelum ini?
Moga 6 Oktober adalah hari kematian dan kebinasaan manusia kejam berdarah Yahudi itu.
Persoalannya,jika Khaled Islambouli menjadi hero pada 6 Oktober 1981, siapakah bakal menjadin hero 6 Oktober 2013?
Sama-sama kita tunggu dan saksikan.
MESIRKINI : 6 Oktober tarikh kematian As Sisi?"
Timbalan Presiden PAS: Hanya seorang calon ulama kali ini?
Posted on Sunday, September 29 @ 21:58:13 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
Menjelang Muktamar PAS ke-59, belajar daripada kekalahan mereka pada muktamar ke-57 lalu, ulama PAS kali ini lebih bersedia untuk memastikan calon mereka mendapat kedudukan lebih baik.
Untuk itu, usaha sedang dibuat bagi memastikan calon mereka akan berhadapan satu lawan satu dengan calon bukan ulama khasnya untuk kerusi timbalan presiden.
Inilah pandangan blogger yang juga penganalisis politik Melayu, Mohd Sayuti Omar.
Dalam muktamar ke-57 lalu, semua calon ulama tewas untuk jawatan timbalan presiden dan ketiga-tiga kerusi naib presiden.
Mohamad Sabu mendapat 420 undi mengalahkan dua calon ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 undi) dan Nasharuddin Mat Isa (224 undi).
Sementara Idris Ahmad yang mewakili ulama juga tewas di kerusi naib presiden. Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar (ketiga-tiganya bukan ulama) pula menang kerusi naib presiden.
Bagi muktamar kali ini, pada peringkat awalnya, nama Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dicalonkan ulama untuk berhadapan dengan Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu.
Nik Mohd Amar mendapat pencalonan pertama untuk timbalan presiden dari Besut, Terengganu.
Bagi Sayuti, Nik Mohd Amar bukan calon akhir, ia hanya permulaan sahaja. Ia bergantung kepada siapakah calon yang paling popular di kalangan ulama.
Jika seorang lagi calon ulama iaitu Tuan Ibrahim mendapat pencalonan yang lebih tinggi daripada Nik Amar, maka ketua penerangan PAS itu akan dipilih mewakili ulama.
Inilah strategi dan pendekatan bagi memastikan kerusi timbalan presiden dimenangi oleh golongan ulama sebagaimana yang diputuskan oleh Multaqa Ulama Se-Malaysia yang dianjurkan oleh Dewan Ulama PAS di Alor Setar baru-baru ini.
Dalam multaqa itu, dua resolusi penting yang dibuat. Mengkaji semula tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan Pakatan Rakyat (PR) khasnya PKR dan mencadangkan kedua-dua jawatan utama, presiden dan timbalan presiden daripada kalangan ulama.
Semasa Muktamar PAS ke-57 dahulu, ramai beranggapan Mohamad menang sebagai timbalan presiden kerana berlaku perpecahan undi di kalangan ulama.
Belajar daripada kekalahan inilah, ulama dikatakan akan memastikan hanya satu calon sahaja bertanding kali ini untuk jawatan itu.
"Saya yakin, Tuan Ibrahim mempunyai peluang paling cerah untuk menang jika strategi ini dilakukan," kata Sayuti.
Ketika Mohamad menegaskan beberapa kali beliau akan mempertahankan jawatannya, nama Husam yang paling banyak mendapat pencalonan untuk jawatan timbalan presiden pada ketika ini.
Empat pencalonan untuk bekas Exco Kelantan itu datang dari Segamat (Johor), Shah Alam (Selangor), Lembah Pantai (Wilayah Persekutuan) dan Kota Bharu (Kelantan).
Apakah golongan bukan ulama yang digelar kumpulan Edorgan juga akan melakukan pendekatan yang sama dengan meletakkan satu calon mereka bagi jawatan timbalan presiden?
Masih belum ada sebarang usaha ke arah itu boleh dikesan hingga kini.
Tokoh kumpulan ini kelihatan lebih berminat untuk tidak memperkatakannya, berbanding kumpulan ulama menjelang muktamar ke 58 kali ini.
The Malaysian Insider
25 September, 2013.
ROS juga perlu siasat pemilihan Umno
Posted on Sunday, September 29 @ 20:49:24 MYT
Dilulus untuk paparan oleh korokkering
SEBERANG JAYA - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) perlu menyiasat pemilihan jawatan dalam Umno yang akan berlangsung bulan depan kerana ada prosesnya yang tidak telus.
Ahli Umno Tasek Gelugor yang dibatalkan pencalonan untuk jawatan ahli jawatankuasa bahagian, Asmidy Mohamad berkata, langkah itu perlu bagi memastikan pemilihannya mengikut perlembagaan parti dan tiada ahli yang diketepikan hak.
Beliau berkata, tiada sebab ahli yang digantung hak keahlian tidak dibenarkan atau hilang kelayakan untuk bertanding kerana perlembagaan parti membenarkannya.
"Lembaga disiplin Umno adalah pihak yang berkuasa menyiasat kes atau kesalahan dalam pemilihan parti. Tetapi kenapa surat penggantungan ditandatangani oleh setiausaha agung," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Jasmin Mohamed yang dibatalkan pencalonan untuk ketua bahagian, Dr Md Rozi Yusof (timbalan ketua bahagian), Salmah Ahmad (naib ketua wanita Umno), Rahim Che Noor (ahli jawatankuasa bahagian) dan Mahamad Tahir Yusof (pengerusi tetap bahagian).
Dr Md Rozi berkata, ibu pejabat Umno perlu menjelaskan mengenai status mereka yang berjaya menjadi ketua cawangan dalam pemilihan yang diadakan sebelum ini.
"Adakah penggantungan hak keahlian kami turut menyebabkan jawatan kami sebagai ketua cawangan terbatal.
"Saya menang ketua cawangan dalam pemilihan pada 8 September lalu. Adakah surat penggantungan kami pada 20 September turut menyebabkan jawatan di cawangan terjejas," katanya.
Rahim pula meminta jawatankuasa disiplin menyiasat ketua bahagian Tasek Gelugor kerana didakwa terlibat dengan politik wang dengan memberi wang tunai kepada semua ketua cawangan pada bulan puasa lalu.
Beliau mendakwa pemberian wang itu dilakukan dalam satu majlis yang diadakan di Penang Golf Resort, Kepala Batas.
"Kami sudah membuat aduan kepada lembaga disiplin mengenai perkara itu dan berharap ia disiasat segera. Jika terlibat, ketua bahagian juga tidak layak untuk bertanding dalam pemilihan kali ini," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan