Gagal jawab soalan, dirotan hingga tisu koyak
- Keadaan paha mangsa yang terpaksa menerima 30 jahitan selepas dirotan seorang ustaz warga Bangladesh di sebuah madrasah di Jengka, Pahang.
Bapa mangsa yang berusia 40 tahun berkata, kejadian malang menimpa anak ketiganya itu diketahui 27 September lalu selepas dimaklumkan oleh ibunya yang berada di Pahang.
Sebaik menerima panggilan telefon mengatakan anaknya, pelajar berusia 14 tahun, demam teruk, dia yang menetap di Pangsapuri Enggang Bandar Kinrara, Puchong bergegas pulang ke kampung pada malam hari sama.
Dia mendapati anaknya hanya terbaring, tidak boleh berjalan dan kaki mengalami bengkak serta lebam. Apabila bahagian paha ditekan, ia seolah-olah lembik di bahagian dalam.
Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia kemudian membawa anaknya itu ke hospital dan pembedahan dilakukan Selasa lalu apabila doktor memaklumkan bahagian dalaman paha anaknya itu mengalami pendarahan teruk serta bernanah.
Doktor juga memberitahu kaki anaknya dipercayai dipukul dengan benda keras.
Dakwanya, sejak hari kejadian anaknya tidak boleh tidur malam kerana kaki asyik berdenyut dan sakit.
Apabila ditanya, anaknya itu memberitahu dia dirotan sebanyak 15 kali oleh seorang ustaz warga Bangladesh yang berkhidmat di madrasah terbabit.
Beliau berkata, anak sulungnya berusia 16 tahun yang turut menuntut di madrasah sama mendakwa nampak adiknya dirotan.
“Nasib baik ibu saya yang tinggal berhampiran madrasah datang menjenguknya selepas seminggu kejadian, kalau tidak
mungkin saya tidak tahu kerana pihak sekolah juga tidak maklumkan,” katanya.
Katanya, anaknya kini trauma dengan apa yang berlaku dan sejak itu dia terus mengeluarkan kedua-duanya anak dari madrasah terbabit.
Katanya, anaknya yang mula menuntut ilmu agama di madrasah terbabit sejak Mac lalu masih menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.
“Sebelum ini mungkin dia pernah dirotan tetapi tidak pernah mengadu kerana mungkin tidak serius. Bagaimanapun, kali ini saya anggap ia teruk dan akan menuntut ganti rugi kos perbelanjaan perubatannya,” katanya.
Pengadu turut sedih kerana anaknya mempunyai keinginan tinggi menuntut ilmu agama tetapi diperlakukan sedemikian rupa.
Menurutnya, Jika pihak madrasah enggan penuhi tuntutan ganti rugi, dia akan memfailkan saman berhubung perkara itu.
Turut mengecewakannya apabila pihak madrasah yang berjanji datang menjenguk anaknya tidak berbuat demikian meski sudah hampir dua minggu kejadian berlaku.
Audit: JPN disyor tingkat sistem pengurusan MyKad
SHAH ALAM - Prestasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah memuaskan
berikutan peningkatan hasil pengeluaran kad pintar Mykad sepanjang 2012,
lapor Ketua Audit Negara 2012.
Laporan itu mendedahkan, hasil dikutip JPN meningkat daripada RM53.91 juta pada 2010 kepada RM66.84 juta pada 2012.
“Prestasi pengeluaran MyKad meningkat daripada 92 peratus pada 2010 kepada 97.4 peratus pada 2011 tetapi menurun kepada 95.9 peratus pada tahun lepas,” demikian menurut laporan itu.
Bagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan dikesan sepanjang pengauditan dari Julai hingga Oktober 2012 seperti prosedur kualiti tidak dipatuhi, kelewatan penyiapan MyKad, bayaran bagi penyewaan mesin pencetak yang tidak digunakan, kelemahan pengurusan pelupusan MyKad rosak, dan kelemahan pengurusan alat pembaca MyKad.
Sehubungan itu, audit mengesyorkan beberapa langkah untuk meningkatkan lagi sistem pengurusan MyKad dengan memastikan kadar kerosakan kad pintar itu dapat dikurangkan dengan mematuhi segala prosedur yang telah ditetapkan.
Selain itu, JPN diminta memastikan dasar, peraturan dan piagam pelanggan yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya dalam menyiapkan Mykad.

Syed Araniri: 'Saya tidak sokong komunis'
ALOR SETAR - “Saya tidak sokong perjuangan komunis,” kata Naib Pengerusi 1 Interim Dap Kedah, Syed Araniri Syed Ahmad.
Beliau berkata demikian bagi menangkis tohmahan beberapa laman blog termasuk laman sosial Facebook yang mengkritik tindakkannya bersama beberapa pimpinan Pas melawat mendiang Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng di Wat That Thong, Sukhumvit, Bangkok pada 22 September lalu.
Menurutnya, lawatannya ke Bangkok bertujuan untuk membuat persiapan bagi sambutan Aidiladha pada 15 Oktober ini.
Bagaimanapun, pada masa sama, beliau mengambil kesempatan untuk melihat sendiri bagaimana upacara pengebumian mendiang Chin Peng dilakukan, sama ada mengikut upacara komunis atau sebagainya.
“Kami pergi ke Bangkok adalah untuk mencari komuniti Islam di sana yang nak sertai ibadat korban nanti. Sudah lebih lima tahun kami melaksanakan ibadat korban di sana. Kami mengambil kesempatan untuk singgah melihat mendiang Chin Peng berikutan jarak lokasi yang sudah dekat.
“Kami pergi melihat mendiang Chin Peng bukan kerana nak sembah dia. Kita pun tahu tidak akan sembah dia sebab itu tuntutan agama Islam. Kita cuma nak lihat bagaimana upacara keagamaan mereka dijalankan. Tidak semestinya kalau melawat kubur firaun itu tanda kita menyokong firaun,” katanya.
Syed Araniri berkata, kehadirannya melawat mendiang Chin Peng juga bukanlah sebagai mewakili parti DAP, sebaliknya hadir atas dasar seorang yang beragama Islam.
“Kami pergi depan keranda dia (Chin Peng) tidak tunduk atau sembah apa-apa pun. Kami pergi tengok saja. Tidak semestinya melawat dia adalah tanda kami menyokong komunis,” katanya.
Beliau turut menyarankan kepada semua pihak yang berkenaan agar dapat menghentikan tohmahan tersebut dan bersifat terbuka.
“Ini adalah negara demokrasi, kami tidak sokong Chin Peng. Perjuangan komunis sudah cukup menjadi satu pengajaran buat rakyat Malaysia,” katanya.
Difahamkan, Syed Araniri melawat mendiang Chin Peng bersama calon Pas di Dun Sungai Tiang semasa PRU13, Mohd Fadzil Baharom serta beberapa pimpinan PR dari Pulau Pinang kira-kira jam 7 malam.
Sebelum ini, Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, 90, dilaporkan meninggal dunia akibat kanser di sebuah hospital Bangkok kira-kira jam 6.20 pagi pada 16 September lalu.

Rumah RM7.2juta!, hadiah Nadim untuk Nora Danish?
"SETAHU saya dia beli rumah dan sebuah kereta mewah untuk ibunya dan ia bukan wang Nadim seorang. Ia bukan untuk saya
dan saya kesian dengan dia kerana apa yang dia buat semuanya dikaitkan
dengan saya," ujar aktres cantik, Nora Danish mengenai laporan beberapa
media yang mengatakan kekasihnya, Nadim Mohamed Nazri membeli rumah
RM7.2juta untuknya.
Nora berkata, dia berharap penjelasannya ini menjadi titik noktah dan tidak ada lagi yang mengaitkan isu pembelian rumah dan kereta mewah itu dengan dirinya.
Pelakon itu mengaku Nadim adalah lelaki yang rapat dengannya kini tetapi menegaskan dia berkawan dengan anak kepada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz itu bukan kerana harta.
"Saya tidak nafikan, sejak rapat dengan Nadim, ramai kata saya berkawan dengan dia kerana harta dan dia anak menteri.
Tetapi kalau orang boleh fikir, buat apa saya nak cari yang kaya, anak menteri, kerana pengalaman lalu banyak ajar saya.
"Apa yang saya pentingkan adalah kami selesa antara satu sama lain. Keluarga juga selesa dengan kami," jelas Nora.
Pelakon berstatus ibu tunggal itu juga menjelaskan mengapa dia memilih Nadim sedangkan terdapat khabar kurang enak sebelum ini mengenai lelaki itu, Nora mengatakan beliau sudah mengenali lelaki itu.
"Saya tahu sebelum ini dia dikenali dengan kisah peribadi, tetapi selama saya kenal dia sudah tujuh tahun, Nadim sebenarnya seorang lelaki yang baik dan suka menderma.
"Malah dia sebenarnya amat mengutamakan keluarga serta pandai melayan anaknya dan anak saya," ujar Nora.
Biarpun bersikap terbuka dengan hubungannya kali ini, Nora berkata, dia tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut mengenai hubungan mereka, meskipun Nadim dilihat sudah mengakui bahawa Nora cukup istimewa buat dirinya.
"Saya tak mahu bercerita lebih lanjut, melainkan apabila sudah berkahwin. Tetapi itu tidak bermaksud saya akan berkahwin dalam masa terdekat ini.
"Jika dia (Nadim) mahu mengaku, itu terpulang pada dia kerana itu haknya. Tetapi bagi saya, bila sudah berkahwin barulah saya boleh bercerita segalanya," katanya mengenai tulisan Nadim yang kerap memanggilnya 'My Boo' dan 'My Love'.
Keluarga & kerjaya
Status ibu kepada Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, tidak menghalang Nora untuk terus aktif dalam bidang seni apatah lagi ia menjadi sumber pendapatannya selama ini.
Nora berkata, dia benar-benar bersyukur kerana syarikat pengurusan, Metrowealth International Group (MIG) banyak membantunya menguruskan jadual dengan baik.
"Biasanya kalau saya terlibat dengan penggambaran selama 20 hari, MIG akan beri saya cuti selama dua minggu untuk bersama keluarga.
"Saya akui menjadi ibu tunggal agak susah juga untuk saya membahagi masa antara keluarga dan kerjaya tetapi Alhamdulillah kerana MIG banyak mempermudah jadual saya.
"Malah jika saya sibuk, ibu saya juga banyak tolong menjaga Rayqal dan adakalanya bekas suami dan bekas keluarga mertua juga bantu menjaganya," katanya.
Bukan sahaja sukses dalam kerjaya seni, aktres itu juga sebenarnya sudah mempunyai perancangan hidup dalam tempoh lima tahun akan datang dengan berhasrat memperluas perniagaan bedak sejuk ‘Tanaka’ selain berharap sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sempurna.
"Buat masa ini perniagaan bedak sejuk itu saya jalankan secara kecil-kecilan melalui laman sosial Instagram dan Alhamdulillah sambutan memang bagus.
"Jadi saya rancang untuk melancarkannya tidak lama lagi secara besar-besaran dan pada saya bila produk itu bagus, tidak salah untuk saya kongsi dengan semua orang.
"Selain itu, tentu sekali saya berharap untuk membina sebuah keluarga sempurna apatah lagi lima tahun akan datang, usia saya dah 35 tahun, jadi saya berharap mempunyai anak lagi," katanya.
Anak emas MIG?
Dalam pada itu, berkongsi perkembangan terbarunya, Nora memberitahu, dia sedang sibuk menjalani penggambaran filem Pengantin Malam, sebuah filem seram arahan Eyra Rahman.
Katanya, filem tersebut memperlihat gandingan ketiganya bersama aktor kacak, Farid Kamil.
"Sudah seminggu saya jalani penggambaran filem ini dan sebagai pelakon apa yang boleh saya katakan, filem ini amat seram dan ia akan ditayangkan tahun depan," katanya.
Melihat kepada limpahan tawaran dari syarikat pengurusannya, ada yang berbisik mengatakan Nora kini menjadi anak emas MIG kerana sering menjadi pilihan untuk membintangi filem terbitan syarikat itu.
"Eh tidaklah! Tidak adil mengatakan saya anak emas MIG sedangkan artis lain seperti Yana Samsudin, Shaheizy Sam turut mendapat peluang sama rata dan David Teo sendiri tidak pernah bersikap pilih kasih.
"Biasanya MIG akan lihat pada kemampuan artis, jadi jika sesuai dia akan tawarkan pada artis tersebut itu dulu, cuma bezanya adalah dari segi liputan diterima," jelas Nora.
Duta Fruitale
Sementara itu, Nora ketika ditemui pada pertandingan pencarian Bintang Fruitale Pertama di Mydin Wholesale Hypermarket, Subang Jaya, kelmarin menjelaskan dilantik menjadi duta Fruitale selama setahun.
Selain mempromosi produk tersebut, dia juga menjadi mentor bagi peserta serta bertindak sebagai ketua hakim dalam pemilihan pemenang pertandingan itu.
"Saya buat keputusan memilih Fatin Atiqah sebagai pemenang kerana sejak awal lagi dia paling menyerlah dan memiliki gaya persembahan yang baik.
"Selain itu dia juga amat berbakat dan kami sebulat suara menobatkan dia sebagai juara," jelasnya.
Nora berkata, Fruitale kini sudah memperbaiki produk mereka dengan lebih wangi dan berkualiti.
“Saya suka pertandingan Transformasi Bintang Fruitale ini kerana ia beri peluang kepada semua gadis memperbaiki penampilan dan keyakinan diri, sekalgius menerima nasihat profesional mengenai apa yang sesuai untuk mereka.
"Saya gembira dapat berkongsi tips dan nasihat berguna kepada mereka, terutamanya mengenai Fruitale dan manfaatnya," katanya yang juga menjadi duta Mamee dan Uniqlo.

Enam beradik ditinggal kelaparan
KUALA SELANGOR - Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami
isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil
bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira
jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.
Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir 'nyawa-nyawa ikan' akibat kelaparan.
Salah seorang penduduk di situ, Samsuri Sulaiman, 57, berkata, pada mulanya dia ternampak lima beradik berkenaan berjalan kaki sambil memikul beg baju tanpa arah tujuan di kawasan perumahan di situ.
"Apabila saya tanya, abang sulung yang berusia sembilan tahun memberitahu mahu balik ke Kelantan kerana 'emak dah mati'.
“Saya pelik melihat kelakuan mereka dan meminta ketua taman memeriksa keadaan rumah yang dihuni sejak setahun lalu, kalau-kalau kedua ibu bapa mereka ada di rumah.
“Namun, alangkah terkejutnya apabila saya sendiri ke rumah mereka, yang ada cuma bayi berusia tujuh bulan ditinggalkan tertidur kerana terlalu lama menangis akibat kelaparan di sebuah kerusi kayu.
"Bayi itu adalah adik bongsu kepada kanak-kanak malang ini," katanya.
Menurut Samsuri, kawasan perumahan itu memang terletak jauh dari jalan besar dan jika mereka dibiarkan merayap, kemungkinan besar boleh hilang.
Terkenal sikap suka 'perang besar'
Dalam pada itu, seorang wakil penduduk, Daud Jaumar, 41, berkata, tidak mustahil bayi berusia tujuh bulan itu menghembuskan nafas terakhir jika tidak dijenguk oleh mereka.
“Saya cuba gerakkan badannya bila lihat terbaring begitu sahaja dan nasib baik matanya buka sedikit dan bergerak. Keadaan itu cukup melegakan hati.
“Saya terus menghubungi penghulu mukim kerana tidak tahu nak buat macam mana lagi. Ibu dan bapa budak itu tidak dapat dikesan," katanya.
Menurut Daud, ibu bapa kepada enam beradik itu memang terkenal dengan sikap mereka yang suka 'berperang' besar.
"Penduduk di sini pun selalu mengadu tentang perangai buruk mereka itu. Pernah juga mereka bergaduh besar sampai nak berparang, mujurlah kami sempat campur tangan," katanya.
Bagaimana pun katanya, dia tidak sangka kedua-dua suami isteri itu mementingkan diri sendiri dan sanggup meninggalkan anak-anak kecil lebih sehari tanpa memikirkan makan minum mereka.
“Sebelum ini ada juga mereka 'hilang', tapi sekejap-sekejap dan jiran rumah selalu bagi anak-anak ini makan.
"Tapi kalau dah hilang lebih sehari sampai anak-anak hampir melarikan diri, saya rasa ini dah melampau. Apa nasib anak-anak ini nanti?" katanya.
Anak-anak tak banyak karenah
Seorang jiran mereka, Jamilah Yusof, 53, memberitahu Sinar Harian, dia juga sering melihat-lihat keadaan enam beradik itu setiap kali ditinggalkan ibu bapa mereka selepas bergaduh besar.
“Saya sendiri yang menyambut kelahiran anak bongsu mereka di rumah itu. Memang kasihan, anak-anak itu pula tak banyak karenah apabila ditinggalkan seolah-olah faham masalah keluarga mereka.
"Tapi sangat menyedihkan apabila mereka tidak diberi makan dan minum lebih 24 jam.
“Ada ramai orang yang begitu mahukan anak tapi tak bernasib baik, mereka yang dikurniakan ramai 'amanah' ALLAH ini sanggup biarkan mereka begitu saja. Sampainya hati," katanya sebak.
Sementara itu, Penghulu Mukim Jeram, Kamarudin Abd Rahman berkata, pihaknya sudah memaklumkan perkara itu kepada agensi yang bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.
“Keluarga ini saya kenal sejak rumah sewa mereka terbakar beberapa tahun lalu dan mereka sanggup tidur anak beranak di tepi pantai. Bila dapat tahu, saya tempatkan mereka di sebuah rumah sebelum ditempatkan di sini.
“Bila kita bantu, mereka pula buat perkara menyedihkan seperti ini. Bergaduh macam mana pun tak perlulah libatkan anak-anak yang tidak berdosa ini,” katanya.

Wartawan: Kami pun ada perasaanlah!
TATKALA melihat video yang dipaparkan sebuah portal
tentang tindakan seorang pak menteri yang agak 'berang' dan enggan
melayan soalan media propembangkang, penulis teringat pengalaman lepas
melihat kawan-kawan dari media arus perdana dihentam teruk di
majlis-majlis anjuran pembangkang.
Senario dan caranya mungkin berbeza tapi persoalannya di mana kebebasan media yang dicanang selama ini?
Sebagai pengamal media, penulis merasa malu melihat mereka yang berstatus pemimpin tetapi menggunakan pendekatan seumpama ini untuk menangkis soalan wartawan yang sedang menjalankan tugas.
Wartawan-wartawan yang sedang mencari rezeki ini digelar 'kaki pusing', 'perkakas Umno' dan macam-macam lagi bergantung di mana agensi berita mereka bekerja.
Tidak dinafikan, sesetengah media tertakluk kepada "boss" atau tempat mereka makan gaji dalam menghasilkan berita mereka atau berhadapan dengan situasi penat sahaja tulis berita tetapi akhirnya, tak disiarkan!
Tetapi di Sinar Harian, Insya-ALLAH, penulis bukanlah lama sangat bekerja di sini, namun inilah mediumnya di mana kerajaan, pembangkang dan rakyat diberi ruang seadil-adilnya untuk berekspresi, pada hemat penulis.
Atas dasar itu, penulis rasa ada keberanian untuk mengkritik mentaliti sesetengah pemimpin parti politik di negara ini, yang ada ketikanya langsung tidak mahu memberikan kerjasama kepada wartawan yang sedang bertugas.
Pada fikiran penulis yang masih mentah ini, orang yang ditanya punya pilihan untuk "langsung tidak menjawab" daripada bertindak memperkecilkan mereka yang bertanya atau menjadikannya "bahan" jenaka dalam sesebuah acara.
Tidak manis langsung rasanya, mereka yang terkenal dengan ketinggian peribadi tetapi kalah dan latah dengan soalan wartawan - hanya orang biasa berbanding mereka.
Tetapi apabila wartawan ini datangnya daripada agensi yang membawa keuntungan kepada mereka, wartawan-wartawan ini dilayan bagaikan raja.
Dari jauh mereka sudah senyum kalau selalu "cover" mereka.
Entah mengapa apabila melihat video Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, terdetik dalam hati penulis untuk berkongsi sekelumit pengalaman dan harapan tentang kehidupan kami sebagai wartawan.
Dalam kes ini, bukan penulis mahu bela Zahid Hamidi atau memperlekehkan wartawan Malaysiakini, yang sama bidang tugasnya seperti penulis, - tetapi, inilah yang orang kata "bila buku bertemu ruas".
"Buku bertemu ruas" yang penulis guna ini dalam konteks, bagaimana selama ini melihat media-media seperti Utusan Malaysia, TV3 berhadapan situasi sama, dihentam teruk di sidang-sidang media anjuran pembangkang.
Penulis pilih dua media ini kerana pada hemat penulis, memang berat membawa nama syarikat ini apabila ke majlis-majlis anjuran pembangkang.
Macam-macam boleh berlaku.
Dialog Zahid Hamidi "you always spin... u bagus tapi u punya boss u tak bagus..." bukanlah dialog janggal atau asing.
Bukan penulis tidak pernah mendengar wartawan Utusan Malaysia, TV3 "dikenakan" lebih teruk daripada itu.
Sekali lagi, bukan niat mahu bela wartawan Utusan Malaysia atau TV3, - yang penulis akui kehadiran mereka di sidang-sidang media pembangkang untuk mencari kesilapan pemimpin ini atau membawa jerangkap samar, tetapi tidak wajarlah mereka diaibkan di hadapan rakan-rakan media yang lain.
Saya faham rasanya, bila soalan yang kita ajukan tiba-tiba dijawab dengan kata-kata sinis atau soalan kita dibalas dengan kenyataan berbaur ancaman.
Penulis juga pernah berhadapan dengan situasi ini dan melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana rakan-rakan media lain dihidangkan dengan layanan seumpama ini.
Rasanya ramai rakan media di luar sana "alah biasa tegal biasa" dengan situasi ini.
Dulu popular seketika petikan kenyataan pemimpin "u ulang I saman u" yang bunyinya seolah-olah berbentuk amaran kepada pengamal media.
Macam-macam lagi sebenarnya layanan yang kami pihak media terima daripada pemimpin masyarakat, orang kenamaan, ilmuan agama dan banyak lagi. Katakan sahaja siapa... yang lebih lama dalam bidang ini, tentu pelbagai ragam manusia dilayaninya.
Apa yang penulis suarakan ini, hanya sebahagian kecil cabaran kami sebagai wartawan politik yang menjalankan tugas mencari berita untuk santapan pembaca budiman yang akhirnya membuat penilaian menerusi paparan kami.
Akhir kalam, kepada mereka yang terbabit, renung dalam-dalam bahawa kami wartawan juga manusia biasa... yang mahu dilayan baik walau kita bukan kawan atau lawan.

Dua butir bom mortar ditemui
TELOK KEMANG - Dua butir bom mortar ditemui orang awam yang sedang
bersiar-siar di Pantai 3 Telok Kemang, kira-kira jam 10.40 pagi,
semalam.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, siasatan mendapati bom berukuran 66 milimeter (mm) itu dipercayai digunakan semasa perang di Tanah Melayu.
Menurutnya, bom itu bagaimanapun dimusnahkan unit pemusnah bom (UPB) diketuai Sarjan Mejar Abas Sadikun di Jeti Nelayan Telok Kemang yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi ditemui.
“Bom ini dimusnahkan pada jam 2.45 petang. Gerak kerja memindah dan memusnahkan bom berjalan dengan lancar,” katanya.
Abd Wahab turut mengingatkan orang ramai supaya menghubungi pihak polis jika terjumpa objek yang ganjil atau menyerupai bom.
“Jangan bertindak untuk mengendalikan sendiri objek berkenaan kerana sedikit kesilapan akan membawa padah," katanya.
KUALA TERENGGANU - “Yang Arif, saya ingin bertanya adakah dia (Nasrun)
bersalam memohon maaf di hadapan Yang Arif kerana benar-benar insaf atau
sekadar lakonan di dalam mahkamah?
“Yang Arif, kalau dia betul-betul ingin minta maaf, kenapa sepanjang kami bertemu di mahkamah ini tadi, dia langsung tak tengok muka saya apa lagi bersalam dengan saya... saya duduk di situ berapa lama, tapi dia buat tak tahu saja... kenapa baru hendak bersalam selepas disuruh oleh mahkamah... saya reda memiliki anak seperti ini, saya reda dia dipenjarakan,” kata Mustafa Ismail, 67, dalam nada hampa.
Mustafa meluahkan rasa kecewa di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, Rosdi Harun, semalam, dalam permohonannya agar memenjarakan anaknya, Nasrun Mustafa, 40, sebagai pengajaran di atas tindakannya mengabaikan nafkah terhadap kedua ibu bapa dan dua anaknya yang dipelihara Mustafa.
Terdahulu, Rosdi memerintahkan agar Nasrun bersalam dengan Mustafa susulan keputusannya mahu memohon maaf daripada bapanya itu, selepas memberi tempoh selama satu jam bagi kedua belah pihak mengadakan perbincangan dan menyelesaikan kes di luar mahkamah.
Rosdi menangguhkan prosiding selepas mendengar alasan Nasrun yang tidak mahu melawan bapanya di mahkamah sebagai jawapan kepada soalan Rosdi yang mahukan penjelasannya mengapa dia tidak pernah hadir ke mahkamah sepanjang prosedur berjalan sejak 2010.
Buat pertama kalinya selepas kes tuntutan nafkah dan saman difailkan Mustafa terhadap anaknya Nasrun pada 2010, pengurus sebuah syarikat cari gali minyak itu muncul di mahkamah semalam, selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya bulan lalu.
Pada prosiding semalam, Rosdi memerintahkan Nasrun yang sebelum ini digelar ‘Si Tanggang Moden’ membayar RM10,000 kepada Mustafa dan ibunya, Che Mariam Abdullah, 59, sebelum jam 3 petang semalam, manakala jumlah yang masih tertunggak iaitu RM11,000 perlu dijelaskan secara ansuran sebanyak RM1,000 sebulan.
Sekiranya Nasrun gagal menjelaskan bayaran berkenaan, Rosdi memerintahkan agar hukuman penjara selama seminggu dikenakan terhadapnya.
Dalam masa sama, mahkamah turut membenarkan Nasrun diikat jamin RM1,000 dengan dua penjamin sementara menunggu tarikh mendengar notis tunjuk sebab untuk membela diri pada 24 November ini, selepas Mustafa memfailkan permohonan supaya Nasrun dipenjarakan kerana gagal melaksanakan perintah mahkamah berhubung pembayaran nafkah bernilai RM18,866.50.
Selain itu, Rosdi berkata, mahkamah tidak berhasrat untuk memanjangkan kes berkenaan dan memohon Nasrun kembali kepada keluarganya dan mengambil berat perihal keluarga termasuk ibu bapa dan dua anaknya berusia 16 dan 18 tahun.
“Saya harap Nasrun kembali kepada keluarga. Permohonan maaf yang dibuat sebentar tadi juga diharap benar-benar ikhlas. Sebab kita kena ingat, tidak akan masuk syurga seseorang yang memutuskan silaturahim apa lagi seorang anak.
“Dalam kes ini, saya tidak dapat tentukan siapa yang benar atau salah, cuma saya harap selepas ini semuanya kembali berbaik.
“Jaga anak kita, kena prihatin, jangan abaikan kedua ibu bapa dan anak-anak hingga mereka tidak kenal siapa ayah mereka. Berkunjunglah ke rumah ibu bapa, adik-beradik, jalinkan semula silaturahim yang terputus sebelum ini,” katanya.
Mustafa dari Kampung Beladau Kolam, Manir,di sini, pernah mendapat liputan meluas media apabila menyaman anaknya itu yang bekerja sebagai pengurus syarikat cari gali minyak di ibu kota dan berpendapatan lebih RM17,000 sebulan bagi tuntutan nafkah dua cucunya.
Pada 28 Ogos tahun lalu, Rosdi memerintahkan Nasrun memohon maaf secara terbuka kepada ibu bapa dan dua anaknya yang ketika itu berusia 17 dan 15 tahun.
Rosdi turut memerintahkan Nasrun membayar RM400 seorang kepada ibu dan bapanya serta dua anaknya setiap bulan, selain RM1,000 untuk perbelanjaan Aidilfitri dua anaknya setiap tahun.
Selain itu, mahkamah turut memerintahkan Nasrun membayar RM18,866.50 kepada kedua ibu bapanya sebagai tunggakan dan perbelanjaan serta teladan kerana tidak pulang ke rumah bertemu anaknya lebih lapan tahun.
Bagaimanapun, disebabkan kegagalan Nasrun membayar nafkah kepada ibu bapa dan dua anaknya, Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya pada 28 Julai lalu.
Mahkamah mengeluarkan waran tangkap itu selepas meluluskan permohonan Mustafa atas alasan Nasrun gagal melaksanakan perintah mahkamah sama untuk nafkah dan perbelanjaan yang dibuat sebelum itu.
SERI ISKANDAR - Tindakan tiga lelaki menjadikan sebuah rumah kosong
sebagai lokasi menghisap dadah mengundang padah selepas diberkas polis
dalam serbuan di Kampung Bakong, Lambor di sini, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, serbuan pada jam 4.30 petang itu dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah.
"Lelaki berusia 27, 39 dan 43 tahun itu ditahan hasil risikan dan maklumat orang awam yang mengesan perbuatan mereka menjadikan rumah kosong itu tempat melepaskan gian.
“Ketika ditahan, kesemua suspek sedang khayal serta tidak menyedari kehadiran pihak polis,” katanya dalam sidang media di sini semalam.
Mohamad Fakri berkata, ketika diserbu, ketigatiga lelaki terbabit cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan.
Katanya, hasil pemeriksaan di rumah kosong tersebut, pihaknya menjumpai satu paket plastik lut sinar berisi bahan-bahan dipercayai dadah jenis heroin seberat 23.51 gram yang berada di atas lantai kediaman itu.
“Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. “Orang ramai diminta terus menyalurkan maklumat kepada kami bagi membanteras gejala dadah ini,” katanya.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Mohamad Fakri berkata, pihaknya mengadakan Operasi Khas Cegah Lumba Haram di kawasan Bota. Menurutnya, operasi itu yang diadakan di kilometer 40 Jalan Ipoh-Lumut malam Jumaat lalu melibatkan seorang pegawai danlima anggota polis.
“Kita mengeluarkan 14 saman melibatkan pelbagai kesalahan dan menyita sembilan motosikal diubah suai.
“Hasil pemeriksaan mendapati, motosikal berkenaan tidak mempunyai cukai jalan dan perlindungan insurans,” katanya. Beliau berkata, kegiatan lumba haram itu turut melibatkan remaja di bawah umur dan paling muda yang dikesan berusia 11 tahun.
Menurutnya, pihaknya sering menerima aduan mengenai kegiatan lumba haram yang mengganggu aktiviti masyarakat setempat selain mengundang bahaya.
Katanya, masyarakat terutamanya ibu bapa diingatkan supaya memantau pergerakan anak-anak mereka supaya tidak terlibat dalam gejala tidak sihat seumpama itu. “Ibu bapa tidak harus membiarkan anak-anak mereka yang masih di bawah umur dan tidak mempunyai lesen memandu kerana dikhuatiri boleh mengundang bahaya.
“Pastikan anak-anak mereka tidak terjebak dengan lumba haram yang kita sedia maklum boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif,” katanya.
SABAK BERNAM – Enam wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai GRO
ditahan dalam satu serbuan ‘Ops Noda’ di sebuah pusat hiburan karaoke di
Sekinchan, awal pagi kelmarin.
Operasi bermula jam 1.10 pagi itu dijalankan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam diketuai Chief Inspektor R Subamaniam dan dibantu 11 anggota.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, semasa serbuan, premis itu didapati bising dengan bunyi muzik sementara empat daripada GRO itu berada di kaunter hadapan premis berkenaan.
“Manakala dua lagi GRO berada di dua bilik berasingan, tetapi hasil pemeriksaan polis di bilik itu mendapati tiada pelanggan yang ditemui bersama dua wanita tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.
Noor Mushar berkata, selain enam GRO itu, seorang penjaga premis warga tempatan berusia 20 tahun turut ditahan, bagaimanapun lelaki itu dibebaskan selepas diikat jamin, kelmarin.
"Kesemua wanita yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 19 hingga 28 tahun memiliki pasport dipercayai bekerja di premis itu tanpa permit yang sah dan menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO.
"Mereka dibawa ke Balai Polis Sekinchan dan ditahan reman 14 hari di Balai Polis Sabak Bernam," katanya.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Kejadian memalukan itu berlaku di pejabat lelaki berkenaan di satu kawasan perumahan di sini, kira-kira jam 8 malam, Isnin lalu.
Selepas berjaya meloloskan diri daripada bapa mentuanya yang berusia 50-an itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, keesokan hari.
Menurut sumber polis, dalam aduannya mangsa yang berusia 30-an berkata sebelum kejadian dia dihubungi suspek memintanya datang ke pejabat lelaki itu untuk mengambil anak lelakinya berusia lima tahun.
“Sebaik mangsa masuk ke pejabat, suspek menyuruh cucunya keluar dan memberitahu mahu meminta hadiah sempena hari lahirnya daripada mangsa.
“Lelaki itu kemudian berkata dia mahu menyambut hari lahir ala Barat dan mengajak menantunya melakukan hubungan seks dengannya sebagai hadiah,” katanya.
Sumber itu berkata, apabila mangsa enggan melayan kehendaknya, lelaki itu tidak puas hati dan mula bertindak rakus.
“Suspek memeluk, mencium serta meraba tubuh menantunya itu. Mangsa marah dan cuba melawan, menyebabkan berlaku pergelutan kecil di antara mereka.
“Ketika dicabul, mangsa merayu dikasihani selain turut memarahi mentuanya itu, namun tidak diendahkan lelaki terbabit,” katanya.
Menurutnya, selepas kira-kira 10 minit, mangsa akhirnya berjaya melepaskan diri daripada suspek sebelum pulang ke rumah.
“Keesokan harinya (Selasa), mangsa membuat laporan berhubung kejadian berkenaan. Dalam laporannya itu, mangsa turut memberitahu suspek sebelum ini sudah beberapa kali cuba mencabulnya, namun setiap cubaannya gagal,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa juga memberitahu dia nekad membuat laporan polis kerana sudah tidak tahan dengan perbuatan keji suspek selain bimbang dengan keselamatan dirinya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK). menurut sumber HMetro.
Wanita berusia 24 tahun itu dicekup bersama duda berusia 34 tahun di sebuah hotel di Sinsuran, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi selepas suaminya membuat laporan mengenai salah lakunya.
Sumber berkata, ketika pintu bilik dibuka, suami wanita terbabit yang turut serta dalam serbuan itu terkedu apabila melihat isteri yang dikahwini setahun lalu hanya memakai tuala.
“Marah dan kecewa melihat perbuatan isteri, lelaki berusia 40-an itu melepaskan perasaan dengan menumbuk dinding bilik beberapa kali sebelum ditenangkan anggota polis yang turut serta dalam serbuan,” katanya.
Menurutnya, kecurangan wanita terhadap suaminya bermula sejak enam bulan lalu apabila dia meninggalkan rumah dan memberi alasan mahu pulang ke kampungnya di Semporna.
“Sejak keluar rumah, dia tidak pernah menemui suami yang menetap di bandar raya ini. “Pelik dengan sikap isterinya, lelaki itu menjejaknya sebelum mendapat tahu wanita itu menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki yang juga dari Semporna.
“Sebaik mengetahui isterinya kerap bersama kekasih lain di hotel murah, suami terbabit melaporkan perkara itu kepada JHEAINS,” katanya.
Sementara itu, Penolong Penguat Kuasa JHEAINS Khamis Jamil berkata, berdasarkan aduan, pihaknya bersama tiga anggota polis bergegas ke lokasi dimaksudkan bagi menjalankan serbuan.
“Selepas mengetuk pintu bilik beberapa kali, seorang lelaki yang hanya memakai tuala membuka pintu itu.
“Ketika disoal, lelaki terbabit mengaku bermalam dengan wanita yang didakwa tunangnya,” katanya.
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menemui wanita terbabit di dalam tandas dengan hanya memakai tuala sebelum diarah keluar.
“Siasatan lanjut mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang ikatan dan wanita itu juga masih berstatus isteri orang,” katanya menurut sumber Hmetro.
Baru-baru ini, terdapat sepasang kekasih di Singapura yang kantoi sedang berasmara di kolam renang awam yang terdapat di kondominium yang didiami mereka.
Aksi ‘make love’ mereka telah berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang terletak berhampiran kolam tersebut.
Hmm, macam-macam hal. Hal dalam kelambu pun sudah dijadikan secara terbuka zaman sekarang ini kan.
BATU PAHAT - Faktor kecantikan, kelembutan dan ramah melayan pelanggan
dimiliki wanita warga asing sering menjadi rebutan pemilik rumah urut di
daerah ini untuk menggaji mereka supaya berkhidmat di premis
masing-masing.
Malah, terdapat segelintir pemilik yang sanggup mengambil pekerja haram tanpa dokumen sah ke negara ini semata-mata untuk memenuhi kehendak pelanggan khususnya wanita dari Thailand dan China.
Tidak mustahil juga dengan daya tarikan dimiliki, tukang urut wanita terbabit ada menawarkan perkhidmatan tambahan seperti khidmat seks kepada pelanggan yang datang.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresan Batu Pahat, A Latiff A Bakar berkata, jika dilihat dari luaran setiap rumah urut yang beroperasi, tidak nampak seperti melakukan kesalahan.
Menurutnya, bagaimanapun selepas diperiksa teliti oleh pihaknya, mendapati kebanyakan pemilik rumah urut berselindung di sebalik lesen perniagaan yang sah untuk menyediakan urutan batin kepada pelanggan.
Jelasnya, hasil serbuan yang kami lakukan di bandar ini melalui beberapa risikan serta maklumat awam, kelmarin, Jabatan Imigresen Batu Pahat telah berjaya menahan enam warga asing yang bekerja sebagai tukang urut.
“Empat daripadanya ialah warga Thailand dan dua lagi daripada China yang sedang asyik mengurut pelanggan semasa pemeriksaan mengejut dilakukan di dua rumah urut kira-kira jam 5 petang.
“Pemeriksaan berkenaan dilakukan menerusi Ops 6P Bersepadu yang bermula September lalu dan berakhir pada 31 Disember 2013 hadapan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
A Latif berkata, semua wanita warga asing itu kini ditahan untuk proses selanjutnya kerana didapati melakukan kesalahan Peraturan 39 (b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 (salah guna pas lawatan sosial) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (tiada dokumen yang sah).
“Serbuan dan operasi seperti ini akan dilakukan bagi mengatasi kebanjiran warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan mereka selain memberkas pendatang yang tidak mempunyai dokumen yang sah untuk ke nagara ini,” katanya.
Operasi itu dilakukan oleh pasukan penguatkuasaan Jabatan Imigresen Zon Barat Negeri yang diketuai Ketua Penyelaras Operasi Negeri Johor, Masri Adul.
MAHATHIR KATA UMNO DIPIMPIN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG BODOH-BODOH ... ANAKNYA PULA KATA UMNO AKAN TUMBANG PADA PRU 14 AKAN DATANG.
Calon Naib Presiden Umno, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) mahu menang dalam pertandingan merebut jawatan itu sebelum berputih mata melihat parti Melayu terbesar itu tewas dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Beliau menyifatkan Umno sudah tidak mempunyai banyak masa dan keputusan beberapa pilihan raya sebelum ini jelas menunjukkan prestasi Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Jika saya lewat mengambil keputusan untuk bertanding, silap-silap PRU14 kita dah kecundang. Umno sudah tiada masa. Kita telah lihat senario PRU12 dan PRU13, apa agaknya keputusan PRU14 nanti?
"Kalau kita masih tidak berasa cemas dan hendak tunggu 10 ke 15 tahun lagi, kita terimalah padahnya," kata anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu ketika ditemui The Malaysian Insider sewaktu majlis memperkenalkan calon pemilihan Umno kepada perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menteri Besar Kedah itu turut melihat beliau mampu memberi saingan sengit kepada lima calon lain yang akan merebut jawatan naib presiden Umno sambil menyifatkan dirinya agak terlewat bertanding merebut jawatan itu.
Katanya, peluang memenangi jawatan itu dianggarkan sekitar 50% dan tidak mahu menaruh keyakinan terlalu tinggi kerana menurutnya lima lagi calon yang bertanding bukan calang-calang orangnya.
"Saya ke gelanggang naib presiden agak lewat kerana calon lain sudah dua atau tiga kali menyandang jawatan ini. Peluang itu ada namun saya tidak berani meletakkan harapan terlalu tinggi.
"Kali ini saya lihat kuasa mengundi itu terletak pada perwakilan yang ramai iaitu 146,500 orang. Saya yakin mereka sudah cukup matang untuk membuat penilaian sendiri. Pada hari pemilihan, mereka akan membuat keputusan mengundi mengikut suara hati dan bukan desakan pihak atasan," katanya.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun berkata, siasatan mendapati bom berukuran 66 milimeter (mm) itu dipercayai digunakan semasa perang di Tanah Melayu.
Menurutnya, bom itu bagaimanapun dimusnahkan unit pemusnah bom (UPB) diketuai Sarjan Mejar Abas Sadikun di Jeti Nelayan Telok Kemang yang terletak kira-kira dua kilometer dari lokasi ditemui.
“Bom ini dimusnahkan pada jam 2.45 petang. Gerak kerja memindah dan memusnahkan bom berjalan dengan lancar,” katanya.
Abd Wahab turut mengingatkan orang ramai supaya menghubungi pihak polis jika terjumpa objek yang ganjil atau menyerupai bom.
“Jangan bertindak untuk mengendalikan sendiri objek berkenaan kerana sedikit kesilapan akan membawa padah," katanya.
Tanggang moden terima hukuman
- Seorang rakan yang menemani Nasrun di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, semalam, membantu menutup wajah Nasrun dengan jaket bagi mengelak dirakam media.
“Yang Arif, kalau dia betul-betul ingin minta maaf, kenapa sepanjang kami bertemu di mahkamah ini tadi, dia langsung tak tengok muka saya apa lagi bersalam dengan saya... saya duduk di situ berapa lama, tapi dia buat tak tahu saja... kenapa baru hendak bersalam selepas disuruh oleh mahkamah... saya reda memiliki anak seperti ini, saya reda dia dipenjarakan,” kata Mustafa Ismail, 67, dalam nada hampa.
Mustafa meluahkan rasa kecewa di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, Rosdi Harun, semalam, dalam permohonannya agar memenjarakan anaknya, Nasrun Mustafa, 40, sebagai pengajaran di atas tindakannya mengabaikan nafkah terhadap kedua ibu bapa dan dua anaknya yang dipelihara Mustafa.
Terdahulu, Rosdi memerintahkan agar Nasrun bersalam dengan Mustafa susulan keputusannya mahu memohon maaf daripada bapanya itu, selepas memberi tempoh selama satu jam bagi kedua belah pihak mengadakan perbincangan dan menyelesaikan kes di luar mahkamah.
Rosdi menangguhkan prosiding selepas mendengar alasan Nasrun yang tidak mahu melawan bapanya di mahkamah sebagai jawapan kepada soalan Rosdi yang mahukan penjelasannya mengapa dia tidak pernah hadir ke mahkamah sepanjang prosedur berjalan sejak 2010.
Buat pertama kalinya selepas kes tuntutan nafkah dan saman difailkan Mustafa terhadap anaknya Nasrun pada 2010, pengurus sebuah syarikat cari gali minyak itu muncul di mahkamah semalam, selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya bulan lalu.
Pada prosiding semalam, Rosdi memerintahkan Nasrun yang sebelum ini digelar ‘Si Tanggang Moden’ membayar RM10,000 kepada Mustafa dan ibunya, Che Mariam Abdullah, 59, sebelum jam 3 petang semalam, manakala jumlah yang masih tertunggak iaitu RM11,000 perlu dijelaskan secara ansuran sebanyak RM1,000 sebulan.
Sekiranya Nasrun gagal menjelaskan bayaran berkenaan, Rosdi memerintahkan agar hukuman penjara selama seminggu dikenakan terhadapnya.
Dalam masa sama, mahkamah turut membenarkan Nasrun diikat jamin RM1,000 dengan dua penjamin sementara menunggu tarikh mendengar notis tunjuk sebab untuk membela diri pada 24 November ini, selepas Mustafa memfailkan permohonan supaya Nasrun dipenjarakan kerana gagal melaksanakan perintah mahkamah berhubung pembayaran nafkah bernilai RM18,866.50.
Selain itu, Rosdi berkata, mahkamah tidak berhasrat untuk memanjangkan kes berkenaan dan memohon Nasrun kembali kepada keluarganya dan mengambil berat perihal keluarga termasuk ibu bapa dan dua anaknya berusia 16 dan 18 tahun.
“Saya harap Nasrun kembali kepada keluarga. Permohonan maaf yang dibuat sebentar tadi juga diharap benar-benar ikhlas. Sebab kita kena ingat, tidak akan masuk syurga seseorang yang memutuskan silaturahim apa lagi seorang anak.
“Dalam kes ini, saya tidak dapat tentukan siapa yang benar atau salah, cuma saya harap selepas ini semuanya kembali berbaik.
“Jaga anak kita, kena prihatin, jangan abaikan kedua ibu bapa dan anak-anak hingga mereka tidak kenal siapa ayah mereka. Berkunjunglah ke rumah ibu bapa, adik-beradik, jalinkan semula silaturahim yang terputus sebelum ini,” katanya.
Mustafa dari Kampung Beladau Kolam, Manir,di sini, pernah mendapat liputan meluas media apabila menyaman anaknya itu yang bekerja sebagai pengurus syarikat cari gali minyak di ibu kota dan berpendapatan lebih RM17,000 sebulan bagi tuntutan nafkah dua cucunya.
Pada 28 Ogos tahun lalu, Rosdi memerintahkan Nasrun memohon maaf secara terbuka kepada ibu bapa dan dua anaknya yang ketika itu berusia 17 dan 15 tahun.
Rosdi turut memerintahkan Nasrun membayar RM400 seorang kepada ibu dan bapanya serta dua anaknya setiap bulan, selain RM1,000 untuk perbelanjaan Aidilfitri dua anaknya setiap tahun.
Selain itu, mahkamah turut memerintahkan Nasrun membayar RM18,866.50 kepada kedua ibu bapanya sebagai tunggakan dan perbelanjaan serta teladan kerana tidak pulang ke rumah bertemu anaknya lebih lapan tahun.
Bagaimanapun, disebabkan kegagalan Nasrun membayar nafkah kepada ibu bapa dan dua anaknya, Mahkamah Tinggi Syariah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya pada 28 Julai lalu.
Mahkamah mengeluarkan waran tangkap itu selepas meluluskan permohonan Mustafa atas alasan Nasrun gagal melaksanakan perintah mahkamah sama untuk nafkah dan perbelanjaan yang dibuat sebelum itu.
Polis gempur sarang penagih
- Anggota polis memeriksa motosikal dan menyoal pemiliknya ketika Operasi Khas Cegah Lumba Haram di Bota.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman berkata, serbuan pada jam 4.30 petang itu dilakukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah.
"Lelaki berusia 27, 39 dan 43 tahun itu ditahan hasil risikan dan maklumat orang awam yang mengesan perbuatan mereka menjadikan rumah kosong itu tempat melepaskan gian.
“Ketika ditahan, kesemua suspek sedang khayal serta tidak menyedari kehadiran pihak polis,” katanya dalam sidang media di sini semalam.
Mohamad Fakri berkata, ketika diserbu, ketigatiga lelaki terbabit cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan.
Katanya, hasil pemeriksaan di rumah kosong tersebut, pihaknya menjumpai satu paket plastik lut sinar berisi bahan-bahan dipercayai dadah jenis heroin seberat 23.51 gram yang berada di atas lantai kediaman itu.
“Kita akan menyiasat kes ini di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. “Orang ramai diminta terus menyalurkan maklumat kepada kami bagi membanteras gejala dadah ini,” katanya.
Sementara itu, dalam kes berasingan, Mohamad Fakri berkata, pihaknya mengadakan Operasi Khas Cegah Lumba Haram di kawasan Bota. Menurutnya, operasi itu yang diadakan di kilometer 40 Jalan Ipoh-Lumut malam Jumaat lalu melibatkan seorang pegawai danlima anggota polis.
“Kita mengeluarkan 14 saman melibatkan pelbagai kesalahan dan menyita sembilan motosikal diubah suai.
“Hasil pemeriksaan mendapati, motosikal berkenaan tidak mempunyai cukai jalan dan perlindungan insurans,” katanya. Beliau berkata, kegiatan lumba haram itu turut melibatkan remaja di bawah umur dan paling muda yang dikesan berusia 11 tahun.
Menurutnya, pihaknya sering menerima aduan mengenai kegiatan lumba haram yang mengganggu aktiviti masyarakat setempat selain mengundang bahaya.
Katanya, masyarakat terutamanya ibu bapa diingatkan supaya memantau pergerakan anak-anak mereka supaya tidak terlibat dalam gejala tidak sihat seumpama itu. “Ibu bapa tidak harus membiarkan anak-anak mereka yang masih di bawah umur dan tidak mempunyai lesen memandu kerana dikhuatiri boleh mengundang bahaya.
“Pastikan anak-anak mereka tidak terjebak dengan lumba haram yang kita sedia maklum boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif,” katanya.
Enam GRO Vietnam ditahan
- Enam GRO warga Vietnam yang ditahan dalam serbuan itu dibawa ke Balai Polis Sekinchan untuk disoal siasat.
Operasi bermula jam 1.10 pagi itu dijalankan sepasukan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam diketuai Chief Inspektor R Subamaniam dan dibantu 11 anggota.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, semasa serbuan, premis itu didapati bising dengan bunyi muzik sementara empat daripada GRO itu berada di kaunter hadapan premis berkenaan.
“Manakala dua lagi GRO berada di dua bilik berasingan, tetapi hasil pemeriksaan polis di bilik itu mendapati tiada pelanggan yang ditemui bersama dua wanita tersebut,” katanya kepada Sinar Harian.
Noor Mushar berkata, selain enam GRO itu, seorang penjaga premis warga tempatan berusia 20 tahun turut ditahan, bagaimanapun lelaki itu dibebaskan selepas diikat jamin, kelmarin.
"Kesemua wanita yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 19 hingga 28 tahun memiliki pasport dipercayai bekerja di premis itu tanpa permit yang sah dan menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai GRO.
"Mereka dibawa ke Balai Polis Sekinchan dan ditahan reman 14 hari di Balai Polis Sabak Bernam," katanya.
Kes itu disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Mertua ajak seks sebagai hadiah harijadi
Kajang – Seorang lelaki pertengahan usia dengan selamba mengajak menantunya mengadakan hubungan seks sebagai hadiah hari lahirnya dan mencabul wanita itu apabila mangsa enggan melayan kehendaknya.Kejadian memalukan itu berlaku di pejabat lelaki berkenaan di satu kawasan perumahan di sini, kira-kira jam 8 malam, Isnin lalu.
Selepas berjaya meloloskan diri daripada bapa mentuanya yang berusia 50-an itu, mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Kajang, di sini, keesokan hari.
Menurut sumber polis, dalam aduannya mangsa yang berusia 30-an berkata sebelum kejadian dia dihubungi suspek memintanya datang ke pejabat lelaki itu untuk mengambil anak lelakinya berusia lima tahun.
“Sebaik mangsa masuk ke pejabat, suspek menyuruh cucunya keluar dan memberitahu mahu meminta hadiah sempena hari lahirnya daripada mangsa.
“Lelaki itu kemudian berkata dia mahu menyambut hari lahir ala Barat dan mengajak menantunya melakukan hubungan seks dengannya sebagai hadiah,” katanya.
Sumber itu berkata, apabila mangsa enggan melayan kehendaknya, lelaki itu tidak puas hati dan mula bertindak rakus.
“Suspek memeluk, mencium serta meraba tubuh menantunya itu. Mangsa marah dan cuba melawan, menyebabkan berlaku pergelutan kecil di antara mereka.
“Ketika dicabul, mangsa merayu dikasihani selain turut memarahi mentuanya itu, namun tidak diendahkan lelaki terbabit,” katanya.
Menurutnya, selepas kira-kira 10 minit, mangsa akhirnya berjaya melepaskan diri daripada suspek sebelum pulang ke rumah.
“Keesokan harinya (Selasa), mangsa membuat laporan berhubung kejadian berkenaan. Dalam laporannya itu, mangsa turut memberitahu suspek sebelum ini sudah beberapa kali cuba mencabulnya, namun setiap cubaannya gagal,” katanya.
Sumber itu berkata, mangsa juga memberitahu dia nekad membuat laporan polis kerana sudah tidak tahan dengan perbuatan keji suspek selain bimbang dengan keselamatan dirinya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK). menurut sumber HMetro.
Isteri Berkemban Dicekup Bersama Lelaki Lain
Kota Kinabalu – Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), awal pagi semalam.Wanita berusia 24 tahun itu dicekup bersama duda berusia 34 tahun di sebuah hotel di Sinsuran, di sini, kira-kira jam 1.30 pagi selepas suaminya membuat laporan mengenai salah lakunya.
Sumber berkata, ketika pintu bilik dibuka, suami wanita terbabit yang turut serta dalam serbuan itu terkedu apabila melihat isteri yang dikahwini setahun lalu hanya memakai tuala.
“Marah dan kecewa melihat perbuatan isteri, lelaki berusia 40-an itu melepaskan perasaan dengan menumbuk dinding bilik beberapa kali sebelum ditenangkan anggota polis yang turut serta dalam serbuan,” katanya.
Menurutnya, kecurangan wanita terhadap suaminya bermula sejak enam bulan lalu apabila dia meninggalkan rumah dan memberi alasan mahu pulang ke kampungnya di Semporna.
“Sejak keluar rumah, dia tidak pernah menemui suami yang menetap di bandar raya ini. “Pelik dengan sikap isterinya, lelaki itu menjejaknya sebelum mendapat tahu wanita itu menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki yang juga dari Semporna.
“Sebaik mengetahui isterinya kerap bersama kekasih lain di hotel murah, suami terbabit melaporkan perkara itu kepada JHEAINS,” katanya.
Sementara itu, Penolong Penguat Kuasa JHEAINS Khamis Jamil berkata, berdasarkan aduan, pihaknya bersama tiga anggota polis bergegas ke lokasi dimaksudkan bagi menjalankan serbuan.
“Selepas mengetuk pintu bilik beberapa kali, seorang lelaki yang hanya memakai tuala membuka pintu itu.
“Ketika disoal, lelaki terbabit mengaku bermalam dengan wanita yang didakwa tunangnya,” katanya.
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut menemui wanita terbabit di dalam tandas dengan hanya memakai tuala sebelum diarah keluar.
“Siasatan lanjut mendapati pasangan itu tidak mempunyai sebarang ikatan dan wanita itu juga masih berstatus isteri orang,” katanya menurut sumber Hmetro.
Pasangan Kantoi Berasmara Dalam Kolam
Sebelum ini Mynewshub ada menyiarkan kisah pasangan kekasih di Belanda yang tidak menghiraukan keadaan kotor di sebuah longkang apabila mengadakaan hubungan seks di situ.Baru-baru ini, terdapat sepasang kekasih di Singapura yang kantoi sedang berasmara di kolam renang awam yang terdapat di kondominium yang didiami mereka.
Aksi ‘make love’ mereka telah berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang terletak berhampiran kolam tersebut.
Hmm, macam-macam hal. Hal dalam kelambu pun sudah dijadikan secara terbuka zaman sekarang ini kan.
Penangan gadis Siam, China
- Penguatkuasa Jabatan Imigresen Batu Pahat mengambil keterangan daripada pemilik rumah urut dan pekerja mereka dari Thailand dan China
Malah, terdapat segelintir pemilik yang sanggup mengambil pekerja haram tanpa dokumen sah ke negara ini semata-mata untuk memenuhi kehendak pelanggan khususnya wanita dari Thailand dan China.
Tidak mustahil juga dengan daya tarikan dimiliki, tukang urut wanita terbabit ada menawarkan perkhidmatan tambahan seperti khidmat seks kepada pelanggan yang datang.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresan Batu Pahat, A Latiff A Bakar berkata, jika dilihat dari luaran setiap rumah urut yang beroperasi, tidak nampak seperti melakukan kesalahan.
Menurutnya, bagaimanapun selepas diperiksa teliti oleh pihaknya, mendapati kebanyakan pemilik rumah urut berselindung di sebalik lesen perniagaan yang sah untuk menyediakan urutan batin kepada pelanggan.
Jelasnya, hasil serbuan yang kami lakukan di bandar ini melalui beberapa risikan serta maklumat awam, kelmarin, Jabatan Imigresen Batu Pahat telah berjaya menahan enam warga asing yang bekerja sebagai tukang urut.
“Empat daripadanya ialah warga Thailand dan dua lagi daripada China yang sedang asyik mengurut pelanggan semasa pemeriksaan mengejut dilakukan di dua rumah urut kira-kira jam 5 petang.
“Pemeriksaan berkenaan dilakukan menerusi Ops 6P Bersepadu yang bermula September lalu dan berakhir pada 31 Disember 2013 hadapan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
A Latif berkata, semua wanita warga asing itu kini ditahan untuk proses selanjutnya kerana didapati melakukan kesalahan Peraturan 39 (b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 (salah guna pas lawatan sosial) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (tiada dokumen yang sah).
“Serbuan dan operasi seperti ini akan dilakukan bagi mengatasi kebanjiran warga asing yang menyalahgunakan pas lawatan mereka selain memberkas pendatang yang tidak mempunyai dokumen yang sah untuk ke nagara ini,” katanya.
Operasi itu dilakukan oleh pasukan penguatkuasaan Jabatan Imigresen Zon Barat Negeri yang diketuai Ketua Penyelaras Operasi Negeri Johor, Masri Adul.
MUKHRIZ MAHATHIR DENGAN YAKIN KATA UMNO BAKAL DI TALKINKAN PADA PRU 14 AKAN DATANG!!!!!
MAHATHIR KATA UMNO DIPIMPIN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG BODOH-BODOH ... ANAKNYA PULA KATA UMNO AKAN TUMBANG PADA PRU 14 AKAN DATANG.
Calon Naib Presiden Umno, Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) mahu menang dalam pertandingan merebut jawatan itu sebelum berputih mata melihat parti Melayu terbesar itu tewas dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Beliau menyifatkan Umno sudah tidak mempunyai banyak masa dan keputusan beberapa pilihan raya sebelum ini jelas menunjukkan prestasi Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Jika saya lewat mengambil keputusan untuk bertanding, silap-silap PRU14 kita dah kecundang. Umno sudah tiada masa. Kita telah lihat senario PRU12 dan PRU13, apa agaknya keputusan PRU14 nanti?
"Kalau kita masih tidak berasa cemas dan hendak tunggu 10 ke 15 tahun lagi, kita terimalah padahnya," kata anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu ketika ditemui The Malaysian Insider sewaktu majlis memperkenalkan calon pemilihan Umno kepada perwakilan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menteri Besar Kedah itu turut melihat beliau mampu memberi saingan sengit kepada lima calon lain yang akan merebut jawatan naib presiden Umno sambil menyifatkan dirinya agak terlewat bertanding merebut jawatan itu.
Katanya, peluang memenangi jawatan itu dianggarkan sekitar 50% dan tidak mahu menaruh keyakinan terlalu tinggi kerana menurutnya lima lagi calon yang bertanding bukan calang-calang orangnya.
"Saya ke gelanggang naib presiden agak lewat kerana calon lain sudah dua atau tiga kali menyandang jawatan ini. Peluang itu ada namun saya tidak berani meletakkan harapan terlalu tinggi.
"Kali ini saya lihat kuasa mengundi itu terletak pada perwakilan yang ramai iaitu 146,500 orang. Saya yakin mereka sudah cukup matang untuk membuat penilaian sendiri. Pada hari pemilihan, mereka akan membuat keputusan mengundi mengikut suara hati dan bukan desakan pihak atasan," katanya.
1 ulasan:
ya Allah,,teruknya sampai pukul macam tu
Catat Ulasan