Ali Rustam kecewa pengundi Cina tak kenang jasa
Bekas
ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata beliau
bertanding jawatan naib presiden Umno kali ini antara lainnya kerana
kecewa apabila jasanya tidak dihargai oleh kumpulan pengundi Cina semasa
pilihan raya umum 5 Mei.Mohd Ali yang menimbulkan soal 'tsunami Cina” dalam wawancara disiarkan Mingguan Malaysia itu berkata, beliau memilih untuk mempertahankan hak orang Melayu dan Islam kerana tidak mahu membiarkan desakan DAP.
Dalam wawancara itu, Mohd Ali pada awalnya ditanya sekiranya beliau telah mendapatkan pendangan dari golongan Cina berhubung keputusannya untuk bertanding bagi merebut jawatan naib presiden Umno kali ini.
Katanya, golongan MCA memberitahunya bahawa mereka tidak dapat menyatakan kehendak mereka kerana “DAP dan Dong Zong telah cucuk masyarakat Cina” untuk mengambil alih pentadbiran persekutuan dan negeri.
“Jadi jasa saya langsung mereka tidak kisah sehingga banyak orang MCA dan Gerakan pun terpengaruh”, katanya yang menambah, satu semangat baru diperlukan untuk mengelakkan orang Melayu terus berpecah
“DAP sedang mendesak dan kita mesti menghadapinya. Saya kalau hendak berhenti (dari politik) memang boleh tetapi takkan saya hendan biar berlaku depan mata sedangkan kita telah alami tsunami Cina bagaimana mereka tidak menghargai jasa kita,” katanya.
Oleh itu, beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan utama dalam Umno itu memandangkan parti tersebut adalah wadah terbaik untuk memelihara hak orang Melayu dan Islam, katanya lagi.
Polis cari suspek kes rogol bawah umur
Polis
meminta kerjasama orang ramai dalam usaha mengesan seorang lelaki
berumur 20 tahun untuk membantu siasatan kes rogol bawah umur
membabitkan pelajar perempuan berusia 14 tahun. Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata lelaki berasal dari Kuala Penyu, Sabah, yang bekerja dengan sebuah syarikat perkhidmatan kurier itu, dipercayai masih bebas di tanah besar Sabah.
Siasatan awal mendapati suspek (yang dikenali pelajar perempuan itu hanya selama dua minggu), membawa pelajar itu ke bilik sewanya di Kampung Jawa untuk bermalam.
"Suspek juga dipercayai terlibat dengan kegiatan lumba motor haram (Mat Rempit)," kata Adzhar.
Sementara itu. Adzhar berkata polis menumpaskan sindiket pecah rumah yang aktif di pulau bebas cukai itu ekoran penahanan 10 suspek, termasuk seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dan dua gadis berumur 16 tahun, kesemuanya warga asing.
Beliau berkata polis turut menemui semula barangan curi bernilai RM25,000 daripada sindiket terbabit.
- Bernama
Mukhriz setuju calon naib presiden berbahas
Calon
naib presiden Umno Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menyambut baik
cadangan bekas Timbalan Presiden Umno Tun Musa Hitam supaya semua calon
naib presiden ditampilkan serentak menerusi televisyen untuk membahaskan
idea mereka.Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata sekiranya ibu pejabat Umno bersetuju forum seumpama itu diadakan, beliau sedia menyertainya.
Beliau berkata ia boleh memberi ruang kepada calon untuk berkongsi fikiran masing-masing dalam memberi sumbangan kepada parti serta memberi peluang kepada perwakilan untuk membuat pilihan yang tepat.
"Kalau difikirkan bahawa satu forum melibatkan keenam-enam calon wajar diadakan, maka saya bersedia menyertainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin masyarakat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka, malam tadi.
Selain Mukhriz, lima lagi calon naib presiden terdiri tiga penyandang iaitu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
Mukhriz berkata jawatan naib presiden merupakan jawatan kanan di dalam parti dan perwakilan pasti berminat mengetahui pandangan setiap calon dalam pelbagai isu.
Mengenai peluang pada pemilihan Umno, Mukhriz berkata beliau mendapat maklum balas yang positif.
Bagaimanapun Mukhriz berkata beliau terpaksa mengurangkan masa berkempen bagi pemilihan Umno 19 Okt ini bagi memberi tumpuan terhadap pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau di Kedah yang bakal diadakan 4 Nov ini.
Sebagai contoh, katanya beliau hanya dapat menyertai sesi pengenalan calon di Negeri Sembilan pada 8 Okt ini dan tidak dapat hadir dalam sesi di Melaka dan Johor pada hari sama kerana perlu berada di Sungai Limau.
- Bernama
Kenapa Obama datang
Tanah
Melayu adalah negara bekas tanah jajahan British. Semenjak zaman
Raffles, Lord Minto hingga ke zaman Haji Mubin Sheppard, rujukan
politik, ekonomi dan budaya tanah Melayu ialah Britain. Anak-anak didik
British berkeliaran. Ketika membesar mereka dididik di Malay College.
Yang bijak dihantar ke Kanada, New Zealand, Australia atau ke Old Mother
England. Mereka diberi biasiswa Colombo Plan. Kemudian menjadi pegawai
Malayan civil Service (MCS) , manakala guru-guru di Tanah Melayu dilatih
di Kirby England.
Sebelum Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu dengan bijih dan getah telah menjadi penyumbang utama ekonomi Britain. Pada satu ketika yang lama dahulu hampir 60 peratus ekonomi Britain datang dari Tanah Melayu. Justeru, tidak salah kalau kita mengatakan bahawa kota London itu dibuat hasil rompakan harta kekayaan Tanah Melayu.
Sejarah Tanah Melayu berubah sesudah Perang Dunia Kedua. Perang dunia telah memuflis kuasa imperial Britain. Kantong duit Baginda Queen diburukkan lagi dengan serangan pukul mati dari Parti Komunis Malaya yang melancarkan gerakan bersenjata menentang penjajah British.
Akhirnya kuasa imperial Anglo terpaksa mengakui bahawa Britain bukan lagi kuasa imperialis dunia yang mutlak. Realpolitik sesudah Perang Dunia Kedua telah mewujud dua kuasa besar - kuasa imperialis Amerika dan blok sosialis Soviet Union.
Mengakui realpolitik ini, maka Britain telah mengeluarkan dasar ‘mengundur dari Timur Suez'. Ertinya Britain akan menutup semua pangkalan tentera di sebelah Timur. Kem Terendak di Melaka, pangkalan tentera terbesar Britain di Tanah Melayu akhirnya ditutup. Pangkalan udara RAF di Changi Singapura juga tutup kedai. Australia - negara budak suruhan Baginda Queen juga menutup ‘kedai kapal terbang' di Butterworth.
Untuk anak-anak muda - jangan tidak tahu bahawa Universiti Sain yang wujud hari ini didirikan di atas bekas tapak pangkalan tentera British. Justeru letaknya di atas bukit yang strategik. Dari bukit ini tentera British boleh menjaga dan mengawal kapal dagangan British yang keluar masuk di pelabuhan Tanjung.
Pengunduran tentera kolonial British ini menjadikan barua dan budak suruhan British di Asia Tenggara gelabah dan takut. Apabila British meninggalkan Tanah Melayu kepada United Malays National Organisation - parti Ketuanan Melayu ini sedar bahawa tanpa bantuan ketenteraan British mustahil mereka dapat berkuasa. Untuk terus menjaga kepentingan ekonomi penjajah British - Tanah Melayu yang dikatakan ‘merdeka' telah menjadi anggota Komanwel hingga ke hari ini.
Dalam masa yang sama nasionalisme Dayak dan Iban di Borneo telah mula merebak. Indonesia di bawah nasionalis Bung Karno - yang anti-imperialis - telah menjadi rujukan bukan sahaja di Tanah Melayu malah di negara-negara tanah jajahan. Angkat senjata melawan penjajah menajadi trend politik di Asia, Afrika dan Amerika Latin. Di serata dunia anak tanah jajahan angkat senjata melawan penjajah.
Seperti Parti Komunis Malaya - Parti Komunis Sarawak dengan PARAKU - Pasukan Rakyat Kalimantan Utara - mula melancarkan perang gerila untuk menyatukan Sabah, Sarawak dan Berunai dalam sebuah negara yang akan dipanggil Kalimantan Utara. Keadaan ini menjadikan British takut lalu projek Malaysia dikatakan ditetaskan pada tahun 1963. Projek Malaysia ini bertujuan untuk memastikan kepentingan ekonomi Britain terjaga.
Kuasa imperialis dengan licik telah menipu dan memaksa warga Sabah dan Sarawak mendirikan apa yang dipanggil gagasan Malaysia. Hakikatnya, dalam realpolitik Sabah dan Sarawak berbeza sekali.
Perang gerila PARAKU di Sarawak dan serangan gerila dari Tentera Pembebasan Rakyat Malaya memperlihatkan bahawa barua dan budak suruhan tinggalan British dalam keadaan terancam. Keselamatan mereka tidak mungkin terjamin. Dalam masa yang sama rakyat Vietnam di bawah pimpinan Ho Chi Minh telah berjaya mengalahkan kuasa kolonial Perancis. Gerila-gerila dari Parti Komunis Filipina, Burma dan Thailand sedang melancar perang pembebasan.
Tahun-tahun 70-an memperlihat kuasa imperialisme British cuba memperkukuh kedudukan dari menjunam terus. Dalam suasana Perang Dingin ini inilah Perjanjian Ketenteraan Lima Negara dimeteri pada tahun 1971. Ini sebelum British mengundur terus dari Asia Tenggara. Perjanjian antara Britain, Australia, New Zealkand, Malaysia dan Singapura ini bertujuan untuk menjaga kepentingan British di Asia Tenggara. Juga perjanjian ini untuk mententeramkan budak-budak suruhan British yang masih lagi menghadapi serangan bersenjata dari Parti Komunis.
Perjanjian Pertahanan Lima Negara ini menunjukkan bahawa Malaysia termasuk Brunei masih tertakluk ke dalam bakul kepentingan ekonomi Britain. Brunai yang tidak jadi bersama Malaysia adalah contoh terbaik di mana Sultan Berunai hanya dapat diselamatkan dari kebangkitan rakyat dengan bantuan soldadu upahan Ghurkha yang dibawa oleh Britain.
Kuasa imperialis Amerika sedar akan pengaruh dan kepentingan ekonomi British ke atas negara bekas tanah jajahan ini. Justeru Amerika tidak menggangu gugat pengaruh Britain. Amerika hanya memasukkan jarum CIA untuk melakukan rampasan kuasa di Indonesia pada tahun 1965. Bung Karno dijatuhkan dan dinaikkan Haji Muhamad Suharto untuk menjadi boneka Amerika.
Seperti Geng 24 dan Geng 30 - Amerika dan Britain juga ada perjanjian samseng yang tidak bertulis. Dua kuasa imperial ini tidak akan ‘menceroboh' kawasan masing-masing. Mereka bekerjasama untuk membantu dalam hal rompak merompak negara Dunia Ketiga.
Kali pertama Amerika cuba mengembangkan sayap ke Malaysia pada tahun 1966. Ini ketika Perang Dingin dan Perang Vietnam sedang hebat berjalan. Presiden Johnson telah datang secara rasmi melawat Malaysia. Tujuan Presiden Johnson ialah untuk meminta Tunku menghantar tentera dan soldadu Malaysia bersama membantu Amerika dalam Perang Vietnam.
Presiden Johnson yang mengambil alih dari pembunuhan Kenendy sedang terdesak oleh Perang Vietnam. Politik dalaman Amerika sedang berkecamuk. Anak-anak muda di kampus-kampus telah bangun berdemo menentang Perang Vietnam. Warga Kulit Hitam menjadi radikal dengan Black Panther. Anak muda kelas pertengahan Amerika telah menubuhkan Weatherman - gerakan gerila bawah tanah - menentang kaum kapitalis tempatan.
Anak-anak muda Amerikan secara terbuka telah membakar Kad Wajib Tentera. Mereka tidak mahu dipaksa menjadi soldadu untuk mati di Vietnam. Ramai yang melarikan diri ke Kanada dan ke serata pelosok dunia. Gerakan anti-perang mengampuh ke seluruh dunia - dari London, Paris, Amsterdam ke Melbourne ke Tokyo. Di Vietnam sendiri jumlah soldadu Amerika yang gugur terus bertambah. Teknologi termoden dan tercanggih dalam dunia telah gagal mengalahkan Viet Cong.
Dalam suasa inilah Jonhnson sampai ke Kuala Lumpur. Presiden Amerika membuat kesilapan besar. Ketika ini Parti Buruh dan Parti Rakyat telah menyusun demo besar-besaran untuk ‘menyambut Johnson'. Ke mana sahaja Presiden Johanson melawat kaum nasionalis, kaum sosialis dan kaum kiri telah turun berdemo. Bentrokkan berlaku di Kuala Lumpur dan di Seremban ketika Johnson datang ke Labu untuk melawat Felda Sendayan.
Melihat suasana kebangkitan rakyat ini menjadikan Tunku menjadi kecut. Tunku terpaksa menolak permintaan Johnson. Langkah ini untuk mengelakkan dari berlaku pemberontakan dalam negeri dan kemungkinan tentangan hebat dalam parti United Malays National Organisation sendiri. Tunku pasti telah membaca suasana dalaman parti kerana tiga tahun sesudah lawatan Johnson ‘rampasan kuasa' berlalu. Tunku ditendang keluar.
Presiden Johnson dalam siri lawatan ke Asia Tengggara hanya berjaya mendapat sokongan junta tentera di Thailand dan Pilipina. Junta tentera boneka Amerika ini bersetuju untuk menghantar anak-anak muda mereka mati di Vietnam.
Kuasa imperial Amerika menyedari bahawa jika pengaruh politik Britisih akan terus merudum di Malaysia. Berkemungkinan seorang pemimpin yang tidak pro-Barat dan tidak pro-imperialis akan lahir. Apabila Mahathir Muhamad yang mengambil garis politik Pandang Ke Timur dan Buy British Last, ini menjadikan kuasa imperial Anglo-Amerika berwaspada.
Dengan licik kuasa imperialis Amerika telah menduga Mahathir. Mahathir yang beretorik sebagai pemimpin Dunia Ketiga yang anti-Barat sebenarkan hanya hanya sebutir kelapa - hitam di luar tapi putih di dalam. Ini terbukti apabila desas desus mula muncul tentang bagaimana secara rahsia satu Perjanjian dengan Amerika telah ditanda tangani pada tahun 1984. Apa yang dijanjikan antara Mahathir dengan Setiausaha Pertahan Casper Weinberger wallahu 'alam bisawab.
Secara senyap-senyap Amerika telah memerangkap negara-negara bekas tanah jajahan Bristish ini ke dalam apa yang dipanggil APEC. Kemudian memaksa negara-negara APEC ini mengikat FTA - Free Trade Aggrement - Perjanjian Dagangan Bebas.
Tidak cukup dengan Perjanjian Dagangan Bebas - kuasa imperialis Amerika juga sedang merancang untuk memaksa negara-negara di pesisiran Laut Teduh untuk menanda tangani apa yang dipanggil Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik - TPPA.
Justeru pada 11 Oktober hadapan Presiden Obama akan menjadi presiden ke dua dari Amerika yang datang melawat secara resmi ke Malaysia. Pasti Obama tidak akan pergi ke Felda LBJ atau melawat Jenga seperti Presiden Lyndon Baines Johnson. Keadaan telah berubah. Apa sebenarnya rancangan dalam kepala Barack Hussein Obama apabila Rumah Putih merancang untuk datang ke Kuala Lumpur?
Pasti bukan datang untuk makan nasi himpit atau menjamah ikan patin masak tempoyak di Temerloh. Pasti juga bukan datang untuk melawat Zoo Negara. Justeru apa yang diimpikan oleh kuasa imperial ini?

K'jaan tak mahu warga asing nikmati KR1M
Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedia
mempertimbang cadangan hanya rakyat tempatan dibenar membeli barangan di
Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata ini kerana KR1M diwujud sebagai alternatif kepada rakyat Malaysia berpendapatan rendah untuk memperoleh barangan keperluan asas pada harga lebih rendah.
"Kalau ini hasrat daripada rakyat, kita akan buatkan dasar kerana KR1M adalah subsidi dan bantuan yang disediakan kerajaan (untuk rakyat Malaysia). Kita tidak mahu orang luar (warga asing) menerima kemudahan yang sama.
"Kalau ada cadangan, saya akan cuba bawa ke kabinet atau dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno kerana kerajaan sangat prihatin terhadap suara rakyat. Tetapi setakat hari ini, kita benarkan (warga asing membeli di KR1M)," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan kempen kesedaran pengguna bersama skuad pengguna dan ketua masyarakat di Shah Alam hari ini.
Hasan berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan pelbagai pihak agar kerajaan mengehadkan hanya rakyat tempatan dibenar membeli barangan di KR1M.
Sehingga kini, sejumlah 99 KR1M beroperasi di seluruh negara, yang menawarkan sebanyak 397 produk berjenama 1Malaysia pada harga lebih rendah sehingga 50 peratus berbanding barangan sama daripada jenama lain.
Terdahulu, dalam ucapannya, Hasan berkata skuad pengguna terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO) serta orang awam yang berperanan menyalurkan aduan berhubung harga barangan dan sebagainya kepada kementerian untuk diambil tindakan susulan dengan segera.
"Peranan skuad pengguna amat besar impaknya dalam aktiviti penawaran dan permintaan dalam pasaran ekonomi negara ini kerana suara pengguna yang bergabung dapat mewujudkan mekanisme desakan yang kuat.
"Penglibatan ketua masyarakat dalam skuad pengguna ini akan lebih memudahkan penyebaran ilmu kepenggunaan kepada masyarakat," katanya sambil menambah setakat ini, skuad pengguna dianggotai sejumlah 152,237 orang.
Beliau berkata KPDNKK memberi kuasa kepada sejumlah 688 penghulu dan penggawa di seluruh negara untuk menguatkuasakan tiga undang-undang iaitu Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, Akta Timbang dan Sukat 1972 serta Akta Kawalan Bekalan 1961 di kawasan masing-masing.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan