Bantuan persekutuan mesti dapat sokongan ketua Umno
M Faqih, | 07 Okt 2013 |
Malah BP1 sehingga BP6 yang diberi kerajaan pusat melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) disyarat mesti mendapat sokongan pemimpin tempatan persekutuan (PTP - Ketua Umno Bahagian).
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata, peraturan itu mulai dikuatkuasa di Kelantan sejak 2008.
Katanya, ekoran penguatkuasaan peraturan tersebut yang ditetapkan kerajaan pusat menyebabkan ada projek di bawah PBT yang sepatutnya dapat dilaksanakan tertangguh kerana tidak mendapat persetujuan PTP.
Misalnya peruntukan sebanyak RM1.4 juta bagi Majlis Daerah Dabong untuk melaksanakan prasarana lambat dilaksanakan kerana PTP mempunyai cadangan lain.
“Sepatutnya perkara seperti itu dapat diselesaikan dengan mudah memandangkan PBT telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai agensi dalam jawatankuasa yang dibentuk ketika sesuatu projek dirancang.
“Perbincangan itu turut melibatkan JKR dan agensi-agensi lain, namun ada PTP masih enggan menyokong dan mahu pengubahsuaian dilakukan terlebih dahulu,” katanya ketika ditemui semasa persidangan berhenti rehat.
Sebelum itu ketika menjawab soalan Datuk Noor Zahidi Omar (BN-Pengkalan Kubur) Abdul Fattah berkata, terdapat tiga jenis bantuan persekutuan yang diberi kepada PBT di Kelantan.
Bantuan tersebut iaitu bantuan mengikut kadar, geran keseimbangan dan bayaran elektrik untuk lampu-lampu isyarat jalan di bawah PBT.
Misalnya bagi tahun 2012 sumbangan kadar sebanyak RM6.9 juta, geran keseimbangan (RM22.2 juta) dan bayaran elektrik lampu isyarat (RM1.9 juta).
Sumbangan kadar iaitu sebagai ganti rugi cukai bagi aset persekutuan yang terdapat di kawasan PBT.
Abdul Fattah berkata, bantuan tersebut sekarang perlu mendapat persetujuan PTP yang juga Ketua Umno Bahagian sebelum prasarana bagi kemudahan rakyat dilaksanakan PBT.
Beliau juga memberitahu PBT di Tanah Merah juga bermasalah apabila PTP mengubah perancangan projek infrastruktur yang dibuat PBT sebelum ini.
Oleh itu beliau berharap mendapat kerjasama PTP di seluruh Kelantan bagi membolehkan projek yang dirancang PBT dapat dilaksanakan segera.
4 PAS kawasan di T'ganu dapat YDP baru
Khairul Azlam Mohamad, | 07 Okt 2013 |
Antaranya, PAS Kawasan Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Setiu dan Kemaman pada pemilihan yang dibuat oleh para perwakilan di kawasan masing-masing.
Manakala, empat kawasan lagi iaitu Besut, Marang, Kuala Nerus dan Dungun mengekalkan YDP sedia ada pada pemilihan tersebut.
Di Kuala Terengganu, Ketua Jabatan Penerangan PAS negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dipilih oleh perwakilan sebagai YDP baru bagi menggantikan Mohd Abdul Wahid Endut.
Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam pernah menerajui PAS Kuala Terengganu selama dua penggal sebelum ini.
Jawatan Timbalan YDP pula kekal kepada Adun Ladang, Datuk Tengku Hassan Tengku Omar dan naibnya pula Ustaz Hamzah Ngah.
Di Hulu Terengganu, seramai hampir 250 orang perwakilan sebulat suara memilih bekas Setiausaha PAS kawasan, Muhyidin Abdul Rashid sebagai YDP baru, Timbalan YDP kekal kepada penyandangnya Ustaz Ismail Osman dan Naib YDP pula dilantik Adun Manir, Ustaz Hilmi Harun.
Ustaz Shaari Zulkirnain Abdul Kadir dilantik sebagai Yang Dipertua PAS Setiu bagi menggantikan penyandangnya Ustaz Mohd Pauzi Muda yang kini dipilih sebagai Timbalan YDP manakala, Naib YDP pula diamanahkan kepada Wahab Jusoh.
Bagi PAS Kawasan Kemaman, Timbalan YDP sesi lalu, Ustaz Alias Abdul Hamid, 47, telah dipilih sebagai YDP, Timbalan YDP pula disandang oleh Ustaz Nik Mohd Nasri Nik Malik yang menang tanpa bertanding dan Ustaz Hazri Jusoh kekal sebagai Naib YDP Kemaman dalam pertandingan tiga penjuru.
YDP Kawasan yang dikekalkan para perwakilan iaitu Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad di Besut, Setiausaha PAS Terengganu, Yahaya Ali (Marang), M Shukrimun Shamsudin (Kuala Nerus) dan Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hasan Mohd Ramli (Dungun).
Adun BN dilantik anggota PAC Dun Kelantan
Aslani M, | 07 Okt 2013 |
Nama tersebut dicadangkan Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob mengikut Perkara 110 Peraturan-Peraturan dan Perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Kelantan (Dun).
Cadangan terbabit kemudian disokong Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah pada persidangan Dun hari ini.
Pelantikan berkenaan bagi tempoh Dun Kelantan ke-13. PAC tersebut diketuai Adun Tawang, Hassan Mohamood turut dianggotai Wan Ubaidah Omar (Kijang), Mohd Zaki Ibrahim (Kelaboran), Azami Mohd Nor (Kadok), Dr Md Yusnan Yusof (Melor) dan Mohd Roslan Putih (PKR-Guchil).
Ahmad berkata, PAC berperanan bagi memastikan pengurusan kewangan kerajaan negeri berjalan secara teratur.
Selain itu menyemak Laporan Ketua Audit Negara yang menyentuh mengenai kerajaan negeri dan agensinya serta perkara-perkara berkaitan yang dibincang pada persidangan Dun.
Cadangkan tersebut dilulus sebulat suara tanpa perbahasan. Sebelum itu Menteri Besar juga mencadangkan nama-nama Adun yang menganggotai Jawatankuasa Terpilih Dewan bagi penggal ke-13.
Jawatankuasa berkenaan diketuai Speaker Dun, Abdullah Ya’kob turut dianggotai Dato’ Che Abdullah Mat Nawi (Wakaf Bharu), Mumtaz Md Nawi (Demit), Zulkifli Mamat (Pulai Chondong).
Selain itu Hassan Mohamood (Tawang), Rohani Ibrahim (Tanjung Mas) dan Azami Mohd Nor (Kadok). Pelantikan tersebut mengikut Peraturan 103 Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Kelantan.
Pelantikan itu juga mendapat sokongan sebulat suara anggota dewan.
Speaker berkata, cadangan terbabit diluluskan sebulat suara tanpa ada perbahasan anggota dewan.
Pada persidangan yang sama Menteri Besar membentang Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan Tambahan Kedua (2013) Tahun 2013 bagi memohon peruntukan tambahan sebanyak RM28.6 juta.
Katanya, peruntukan tersebut termasuk Pejabat Sultan Kelantan sebanyak RM5 juta dan Pejabat Menteri Besar serta Setiausaha Kerajaan Negeri (RM488,000).
Kalau pemimpin umpama durian, Isa durian apa?
Harakahdaily, | 07 Okt 2013 |
Katanya, "apabila kita membeli durian, walaupun ia dijual longgok, kita perlu memeriksa setiap biji buah dengan teliti. Kita mesti bau dan goncang buah dengan teliti. Akhirnya kita hanya memilih yang baik. Prinsip yang sama digunakan apabila memilih pemimpin".
“Cumanya, kalau pemimpin umpama durian, Isa Samad dalam kedudukan dan usianya sekarang merupakan durian jenis apa?” tulis Shahbudin Husin di dalam blognya http://shahbudindotcom.blogspot.com/.
Beliau seterusnya melontar pertanyaan.
Adakah beliau durian musang king, durian tembaga, durian D24 atau durian kampung? Atau adakah beliau sudah termasuk dalam kategori durian longgok yang berharga 3 biji RM10? Atau barangkali sudah boleh dianggap durian yang mahu dibuat tempoyak?
Berikut tulisan penuh Shahbudin.
Pengerusi Felda, Isa Samad adalah antara pemimpin UMNO yang suka melawak dan mempunyai banyak perumpamaan apabila bercakap mengenai sesuatu isu. Ada-ada saja perumpamaan atau contoh perbandingan yang keluar dari mulutnya dan selalunya pula ianya terlihat logik dan mudah diterima akal.
Sikapnya yang suka melawak, bergurau dan mudah didekati, selain banyak perumpamaan menarik dalam diari pemikirannya, menjadikan beliau antara pemimpin UMNO yang disenangi di peringkat akar umbi.
Beliau yang pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dan kemudian dilantik Menteri Wilayah Persekutuan pada 2004 tetapi digugurkan kerana kesalahan politik wang, kini menjadi Pengerusi Felda dan sedang mencuba kembali untuk menduduk kerusi Naib Presiden UMNO yang pernah dimenanginya pada 2004 dahulu.
Kali ini persaingan nampak sengit. Ada enam calon yang bertanding termasuk dirinya. Ketiga-tiga penyandang iaitu Zahid, Hishammuddin dan Shafie memegang jawatan menteri di peringkat pusat, Mukhriz pula memegang jawatan Menteri Besar Kedah manakala beliau menjadi Pengerusi sebuah GLC dan Ali Rustam pula menjadi Pengerusi PUNB.
Dalam usahanya memenangi semula jawatan Naib Presiden itu, Isa kali ini menasihatkan para perwakilan agar memilih dengan berhati-hati serta teliti, umpama memilih buah durian.
Katanya, "apabila kita membeli durian, walaupun ia dijual longgok, kita perlu memeriksa setiap biji buah dengan teliti. Kita mesti bau dan goncang buah dengan teliti. Akhirnya kita hanya memilih yang baik. Prinsip yang sama digunakan apabila memilih pemimpin".
Sekali lagi, Isa terlihat bijak menggunakan perumpamaan dan perbandingan supaya orang mudah membuat pilihan. Perbandingan Isa yang menyamakan memilih pemimpin dengan memilih buah durian ada logik serta benarnya.
Maknanya, dalam memilih pemimpin mestilah teliti dan mengambil kira beberapa aspek sebelum pilihan hendak dibuat. Tidak boleh memilih secara semberono atau berdasarkan ikut-ikutan saja. Tidak boleh juga juga pilihan dibuat kerana berdasarkan adanya pakatan atau rakit. Kekuatan dan kebolehan seseorang pemimpin itu harus dinilai dan diteliti demi masa depan parti itu.
Perumpamaan dan perbandingan Isa ini juga menggambarkan sikapnya yang sayangkan parti. Walaupun beliau bertanding, beliau tidak meminta secara langsung agar dirinya dipilih. Beliau hanya meminta dipilih pemimpin yang baik. Dengan kata lain, jika dirinya dirasakan baik, maka pilihlah tetapi jika tidak, pilihlah pemimpin yang lain.
Macam juga kita memilih buah durian, jika didapati baik, maka belilah. Kalau tidak baik, tak payahlah beli. Boleh mencari durian yang baik di tempat lain pula.
Cumanya, kalau pemimpin umpama durian, Isa Samad dalam kedudukan dan usianya sekarang merupakan durian jenis apa? Adakah beliau durian musang king, durian tembaga, durian D24 atau durian kampung? Atau adakah beliau sudah termasuk dalam kategori durian longgok yang berharga 3 biji RM10?
Atau barangkali sudah boleh dianggap durian yang mahu dibuat tempoyak?
Walaupun perumpamaan pemimpin dengan durian itu ternampak lojik tetapi apabila Isa yang memperkatakannya dan beliau pula merupakan antara pemimpin yang bakal dipilih itu, ia seolah-olah tidak mahu dirinya dipilih sebagai salah seorang Naib Presiden UMNO kali ini. Perumpamaan ini jelas tidak memihak kepada dirinya.
Dengan rekod pernah menjadi Menteri Besar selama 22, pernah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, pernah juga bertanding dan menang pelbagai jawatan dalam UMNO, pernah didapati bersalah kerana politik wang dan kini memegang jawatan dalam GLC yang biasanya untuk orang-orang pencen, Isa ternyata bukan lagi durian musang king atau D24.
Kalau pun belum termasuk dalam kategori durian yang mahu dibuat tempoyak, Isa setidak-tidaknya adalah durian longgok yang berharga 3 biji RM10 atau 5 biji RM10 saja.
Ini kerana keperluan UMNO dewasa ini ialah kepada pemimpin muda yang berkebolehan serta boleh menampilkan wajah baru dan segar UMNO di pandangan rakyat biasa. Berbanding ketiga-tiga penyandang Naib Presiden yang lebih muda daripadanya serta boleh dianggap durian yang baik-baik, Isa ternyata di belakang mereka.
Begitu juga jika mahu dibandingkan dengan Mukhriz yang jauh lebih muda dan turut dianggap durian yang baik, Isa bukanlah durian yang lebih baik daripadanya.
Beliau mungkin menjadi pilihan kepada perwakilan tertentu saja sepertimana masih kedapatan ada orang yang membeli durian longgok yang berharga 5 biji RM10 di pasar-pasar malam.
Tambahan pula, selain Isa yang bertanding jawatan Naib Presiden, anaknya Najib Isa (sama nama dengan Perdana Menteri) turut juga bertanding Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia kali ini. Dengan beliau anak-beranak menawarkan dirinya untuk berada dalam kepimpinan UMNO di peringkat Pusat, barangkali hanya seorang saja yang dianggap durian yang masih baik dan harum baunya.
Nampaknya perbandingan Isa Samad mengenai memilih pemimpin macam memilih buah durian merupakan perbandingan yang tidak menguntungkan dan tidak juga memihak kepada dirinya. Isa seolah-olah sedang berkempen agar perwakilan jangan memilih dirinya.
Sertai korban bersama Dewan Pemuda PAS
Harakahdaily, | 07 Okt 2013 |
Ketua Lajnah Kebajikan DPPM, Mohd Adram Musa berkata, program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia memupuk rasa kasih dan ihsan kepada saudara-saudara seagama yang dihimpit kesusahan dan kemiskinan.
Lajnah Kebajikan DPPM menetapkan 10 Oktober 2013 sebagai tarikh akhir pendaftaran .
Orang ramai yang berminat untuk menyertai program korban ini boleh membuat bayaran RM 290 untuk sebahagian Lembu dan RM 390 untuk seekor kambing.
Bayaran boleh dibuat ke akaun Maybank Ummah Prihatin Service 557250012464.
Maklumat lanjut hubungi 019-4500660 atau lawati http://akademiaqsa.wordpress.com.
Selain itu, Program Korban Cakna Ummah Pemuda PAS Malaysia ini juga akan menjalankan sembelihan korban di kawasan luar bandar di Sarawak dengan kos sebanyak RM 650 hingga RM700 untuk sebahagian lembu dengan tidak termasuk kos pengurusan.
Rayuan sumbangan Sedekah Korban boleh disalurkan ke Tabung Rakyat Prihatin, no akaun Maybank 5640 2540 0414.
"InsyaAllah sumbangan korban di Sarawak akan disempurnakan oleh skuad DPPM sendiri dan rombongan DPPM ke Sudan pula akan diketuai oleh Ust Yusni Mat Piah.
"Kita harapkan sokongan daripada semua untuk menjayakan agenda ini" ujar Adram.
Sebarang makluman dan pertanyaan boleh menghubungi talian Lajnah Kebajikan DPPM di 013 384 5555 atau emelkan kepada kebajikanpemuda@pas.org.my.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan