Mencanai nilai qanaah dalam diri
TIDAK sedikit rupanya kakitangan awam yang terjerat dengan masalah
hutang. Apa yang lebih membimbangkan apabila lilitan hutang ini terkait
dengan budaya hidup yang suka bermewah dan berbelanja melebihi
kemampuan.
Moto ‘biar papa asal bergaya’ turut menyebati dalam diri sehinggakan ramai juga yang bergaji kecil tapi tetap mahu memperagakan pakaian berjenama berserta telefon bimbit yang harganya kadangkala melebih gaji seseorang.
Ramai juga yang sanggup berhutang kerana begitu ghairah untuk menjadi kaya melalui pelbagai skim pelaburan cepat kaya yang rata-rata masih diragui keabsahan syaraknya.
Bagi penulis fenomena seperti ini semakin mengakar dalam masyarakat dan amat terkait dengan faktor memudarnya budaya qanaah dalam jiwa umat Islam hari ini.
Qanaah merupakan salah satu sifat Nabawi yang bermaksud rasa cukup dan puas hati dengan apa jua rezeki pemberian ALLAH. Qanaah juga suatu manifestasi keimanan yang mampu mengawal dan membatasi sifat ketamakan, kerakusan dan haloba yang mudah menguasai diri.
Manusia yang tidak beriman dan terbudaya dengan nilai qanaah amat mudah dikuasai oleh sifat-sifat kebinatangan tersebut. Rakus kepada dunia material adalah watak kebinatangan yang sanggup melahap keuntungan tanpa kawalan hukum halal-haram dan nilai-nilai moral.
Sebuah hadis menggambarkan tabiat manusia seperti ini: Jika seorang anak Adam memiliki emas 10 dua lembah sekalipun maka dia akan (berusaha) mencari lembah yang ketiga. Perut anak Adam tidak akan berasa puas sehinggalah dipenuhi dengan tanah. (Riwayat Bukhari).
Membudaya sifat qanaah dalam diri tidak pula bermakna Islam menyuruh golongan fakir miskin berpuas hati dengan taraf hidup yang rendah dan hina. Ia juga tidak bermakna kita harus berhenti mencari kekayaan yang halal, penghidupan yang baik serta kehidupan yang berkecukupan.
Sesungguhnya Rasulullah SAW sendiri pernah meminta kekayaan dan ketakwaan daripada ALLAH sebagaimana doa diriwayatkan Muslim dengan lafaz: “Ya ALLAH, aku memohon ketakwaan, petunjuk, kemuliaan dan kekayaan kepadamu”. Baginda juga pernah mendoakan sahabat Anas bin Malik dengan doa berikut: “Ya ALLAH perbanyakkanlah hartanya.” (Riwayat Bukhari).
Yang penting kekayaan yang ingin dikecap mestilah dengan cara yang halal tanpa mencetuskan penindasan kepada orang lain.
Apa yang pasti sifat qanaah akan mewujudkan pola kehidupan sederhana dan menghindari gaya hidup berlebih-lebihan dan bermewah. Biasanya gaya hidup bermewah-mewahlah mendorong pelbagai perilaku songsang hingga tidak lagi kenal halal dan haram.
Seterusnya kesedaran bahawa setiap rezeki itu anugerah ALLAH akan menumbuhkan pula sikap bertanggungjawab dalam membelanjakan harta.
Sesungguhnya budaya qanaah dan bersederhana dalam berbelanja merupakan salah satu ciri Ibadurrahman atau hamba-hamba Tuhan yang dijanjikan balasan syurga di akhirat kelak seperti firmanNya: Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan dan tidak pula kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. (Al-Furqan: 67)
Ciri-ciri hamba ALLAH yang diistilahkan sebagai ‘ibadurrahman’ ini ialah mereka yang adil dan baik kerana sering memilih jalan bersederhana di antara dua budaya ekstrem dalam berbelanja.
Demikianlah prinsip dan etika penting dalam berbelanja yang digariskan syarak agar diamalkan oleh setiap umat Islam. Sikap berlebihan amat berbahaya bagi masyarakat, demikian juga sifat bakhil yang merupakan punca kerosakan sesebuah tamadun.
Justeru amat penting sekali budaya qanaah ini kembali disemarakkan dalam diri individu agar membentengi diri daripada terjerumus dalam hutang atau pelbagai skim cepat kaya.
Kekayaan yang diperoleh secara halal akan menjadikan manusia lebih bertakwa, dilimpahi rahmat dan barakah ALLAH.
Sebaliknya kekayaan yang tidak berasaskan keimanan hingga tercabutnya sifat qanaah dalam diri hanya akan melahirkan manusia berbudaya foya-foya tetapi pengecut, hilang daya juang dan tidak berani menghadapi risiko. Menggejalanya fenomena sedemikian adalah petanda kehancuran sesuatu umat.
*Penulis ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)
ALOR GAJAH - Akibat merampas kekasih orang lain, seorang wanita warga
Indonesia dibunuh dan mayatnya dicampak ke dalam perigi sebelum
dibakar di ladang tembikai susu, Solok Menggong di sini.
Mayat Endang Mariani Muhammad Rau, 28, hanya ditemui selepas tiga hari oleh pemilik ladang berkenaan kira-kira 6.30 petang kelmarin selepas terhidu bau busuk berdekatan kawasan kejadian.
Wanita dari Lombok Barat, Indonesia itu dipercayai dibunuh oleh suspek yang cemburu, setelah mangsa menjalin hubungan sulit dengan lelaki berusia 30-an .
Selain itu, mangsa dikatakan membawa tinggal kekasihnya itu di rumah yang juga kebetulan didiami suspek.
Suspek berusia 29 tahun kemudian bertindak keluar dari rumah berkenaan namun pada masa sama dipercayai merancang untuk membalas dendam hingga membawa kepada pembunuhan mangsa yang bekerja di ladang cendawan, Bukit Hantu, Lendu.
Menurut sumber, dipercayai gara-gara cemburu dengan hubungan itu, mangsa dibunuh di rumah tersebut pada Jumaat lalu sebelum dibawa ke ladang berkenaan dengan menaiki sebuah kereta Perodua Viva milik lelaki tempatan dan dicampak ke dalam perigi sedalam lima meter sebelum dibakar menggunakan kayu dan petrol sehingga rentung,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, pihaknya ke tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada seorang wanita yang juga pemilik ladang berkenaan.
“Siasatan awal mendapati, mayat wanita yang rentung 90 peratus sehingga tinggal tulang dan tengkorak itu dipercayai dibakar di dalam perigi berkenaan selepas dibunuh di tempat lain.
“Susulan kejadian, kurang 12 jam penemuan mayat, empat lelaki termasuk seorang warga tempatan berusia 23 hingga 39 tahun bersama seorang lagi wanita Indonesia berusia 29 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan di Semabok dan Rembia,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, di sini, semalam.
Umar berkata, tiga lelaki Indonesia dan wanita yang ditahan antara jam 1 dan 8 pagi semalam adalah rakan serumah mangsa, manakala lelaki tempatan berusia 39 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori itu adalah kenalan semua suspek.
“Mangsa bekerja di ladang cendawan di Lendu dan Ahad lalu majikannya ada membuat laporan berhubung mangsa yang tidak datang bekerja disyaki melarikan diri.
“Siasatan mendapati cemburu antara suspek wanita dan si mati menjadi motif pembunuhan berkenaan.
"Si mati dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang lelaki warganegara sama yang ditahan,” katanya.
Menurutnya, penangkapan kelima-lima suspek telah hampir berjaya menyelesaikan kes tersebut.
Bagaimanapun, pihaknya kini masih memburu seorang lelaki juga warga Indonesia yang dipercayai boleh membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
“Semua suspek ditahan reman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
KOTA BHARU - [Dikemaskini] Gara-gara mengenakan bayaran RM6,000 kepada
kumpulan VVIP untuk sarapan pagi kelmarin, sebuah restoran di Pengkalan
Chepa, di sini, diserbu penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri
Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK).
Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.
Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.
“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat.
“Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.
"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit,” katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit.
Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas lauk pauk dan makanan bernilai hampir RM6000.
Ab Ghani berkata, jika sabit kesalahan pengusaha itu boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000.
“Ini bagi memberi pengajaran terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Diharap peniaga-peniaga lain turut berwaspada. Jika dikesan melakukan penipuan mereka juga akan dikenakan kompaun.
“Saya menasihatkan semua peniaga di negeri ini supaya meletakkan tanda harga yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pelanggan, terutama mereka yang datang dari luar Kelantan,” katanya.
Sementara itu, bayaran makanan yang dicaj hingga mencecah RM6,000 oleh restoran itu menyebabkan ramai dalam kumpulan VVIP itu meluahkan rasa terkejut dan kesal dengan sikap peniaga berkenaan.
Seorang pelanggan yang enggan dikenali berkata, anggota-anggota rombongan VVIP terbabit berhenti makan pagi di restoran itu sebelum menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.
“Kami mula memesan makanan mengikut kehendak masing-masing dan makanan itu disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja makan.
“Antara yang dihidangkan ialah ayam goreng kampung dan gulai itik serati, di samping sayuran-sayuran dan beberapa lauk-pauk lagi,” katanya.
Menurutnya, selepas semua selesai makan dan salah seorang daripada mereka bangun untuk membuat pembayaran, peniaga terbabit mengatakan jumlah keseluruhan sarapan itu adalah RM6,000.
“Kami semua yang ada di situ terkejut. Ada yang menggeleng seperti tidak percaya dengan apa yang kami dengar daripada peniaga itu. Langsung tidak masuk akal.
“Walaupun terkedu, bayaran tetap dibuat selepas ada sedikit tawar menawar dengan peniaga itu.
"Kami tidak setuju dengan harga cekik darah itu, tetapi disebabkan kami terpaksa bergegas untuk menghadiri majlis rasmi tersebut, seorang daripada anggota kumpulan itu membayarnya," katanya.
KEMAMAN - Pengasas Pusat Rawatan Islam At-Tobibi, Datuk Shamsuri Safie
mendedahkan masih terdapat wanita Islam yang menggunakan nasi kangkang
bukan sahaja untuk menundukkan suami, bahkan ada yang bertujuan
memporak-perandakan kebahagiaan jiran tetangga seperti kes yang terjadi
di Dungun.
Shamsuri berkata, kisah nasi kangkang bukan cerita dongeng, sebaliknya sihir itu masih lagi menjadi amalan segelintir kecil wanita untuk mencapai matlamat songsang mereka.
“Seperti pasangan suami isteri dari Dungun yang saya rawat hari ini, mereka terkena nasi kangkang yang diberikan seseorang sehingga pasangan ini jadi saling membenci dan apa yang kita boleh lihat, matlamat penyihir mungkin untuk merampas suami atau harta atau mahu melihat keluarga ini hancur akibat hasad dengki dengan kebahagiaan keluarga ini,” katanya.
Shamsuri berkata, berdasarkan pengakuan mangsa yang kedua-duanya bekerja sebagai polis, bukan sahaja mereka sekeluarga terkena sihir itu, malah seluruh penghuni di blok sama dengan rumah mereka turut mengalami nasib sama apabila kesemuanya saling berbalah.
Menyedari sesuatu yang aneh, pasangan terbabit masing-masing berumur 43 dan 41 tahun membuat keputusan berpindah dari kawasan perumahan itu sejak dua bulan lalu sebelum mendapatkan rawatan secara Islam sempena Rawatan Perdana Pusat Rawatan Islam At-Tobibi di Surau As-Soliheen, Taman Desa Solehah, Kampung Mak Chili Paya, di sini, kelmarin.
Katanya, perasaan hasad dengki sangat bahaya, justeru masyarakat Islam diingatkan supaya berhati-hati daripada menerima apa-apa termasuk makanan daripada individu mencurigakan, di samping mengamalkan membaca ayat suci al-Quran dan doa pelindung sebelum menjamah makanan.
Bagaimanapun, sepanjang pengalaman beliau merawat ramai pesakit, Shamsuri berkata, tidak ramai yang terkena sihir nasi kangkang berikutan amalan itu hanya dipelajari daripada keturunan dan mempunyai jampi atau mantera khusus.
Shamsuri berkata, ada antara pengamal nasi kangkang sudah insaf seperti yang berlaku pada seorang warga emas di Johor yang bertaubat pada usia 63 tahun selepas dia diuji dengan kematian suami dan enam anaknya silih berganti.
“Kes ini terjadi pada 2005, nenek ini mula menjadi bomoh nasi kangkang sejak berusia 32 tahun dan ketika itu, ramai wanita datang berjumpanya bagi mendapatkan nasi kangkang hingga yang paling dahsyat, ada isteri sanggup meletakkan darah haid ke dalam nasi.
“Suami nenek ini turut terkena sehingga menjadi bodoh dan disepak terajang olehnya, namun selepas diuji dengan kemiskinan dan kematian suami serta anak-anak, nenek ini berfikir selama tiga tahun untuk meninggalkan perbuatan syiriknya dan akhirnya dia bertaubat,” katanya.
Pada program rawatan perdana itu, kira-kira 150 pesakit dari seluruh Terengganu termasuk dari Kuantan, Pahang hadir untuk mendapatkan rawatan dan ramai antaranya mengalami masalah sakit misteri.
Pengerusi Surau As-Soliheen, Mohd Kamal Shafie berkata, program rawatan perdana itu adalah yang kedua diadakan dan dijadikan sebagai aktiviti surau setiap bulan.
Program seterusnya akan diadakan pada 2 November depan bermula jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang dan sehari sebelumnya iaitu pada Jumaat rawatan akan diadakan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Felda Kerteh 6 bermula jam 2.30 hingga 6.30 petang.
Mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian 013-2898296 untuk maklumat lanjut.
Moto ‘biar papa asal bergaya’ turut menyebati dalam diri sehinggakan ramai juga yang bergaji kecil tapi tetap mahu memperagakan pakaian berjenama berserta telefon bimbit yang harganya kadangkala melebih gaji seseorang.
Ramai juga yang sanggup berhutang kerana begitu ghairah untuk menjadi kaya melalui pelbagai skim pelaburan cepat kaya yang rata-rata masih diragui keabsahan syaraknya.
Bagi penulis fenomena seperti ini semakin mengakar dalam masyarakat dan amat terkait dengan faktor memudarnya budaya qanaah dalam jiwa umat Islam hari ini.
Qanaah merupakan salah satu sifat Nabawi yang bermaksud rasa cukup dan puas hati dengan apa jua rezeki pemberian ALLAH. Qanaah juga suatu manifestasi keimanan yang mampu mengawal dan membatasi sifat ketamakan, kerakusan dan haloba yang mudah menguasai diri.
Manusia yang tidak beriman dan terbudaya dengan nilai qanaah amat mudah dikuasai oleh sifat-sifat kebinatangan tersebut. Rakus kepada dunia material adalah watak kebinatangan yang sanggup melahap keuntungan tanpa kawalan hukum halal-haram dan nilai-nilai moral.
Sebuah hadis menggambarkan tabiat manusia seperti ini: Jika seorang anak Adam memiliki emas 10 dua lembah sekalipun maka dia akan (berusaha) mencari lembah yang ketiga. Perut anak Adam tidak akan berasa puas sehinggalah dipenuhi dengan tanah. (Riwayat Bukhari).
Membudaya sifat qanaah dalam diri tidak pula bermakna Islam menyuruh golongan fakir miskin berpuas hati dengan taraf hidup yang rendah dan hina. Ia juga tidak bermakna kita harus berhenti mencari kekayaan yang halal, penghidupan yang baik serta kehidupan yang berkecukupan.
Sesungguhnya Rasulullah SAW sendiri pernah meminta kekayaan dan ketakwaan daripada ALLAH sebagaimana doa diriwayatkan Muslim dengan lafaz: “Ya ALLAH, aku memohon ketakwaan, petunjuk, kemuliaan dan kekayaan kepadamu”. Baginda juga pernah mendoakan sahabat Anas bin Malik dengan doa berikut: “Ya ALLAH perbanyakkanlah hartanya.” (Riwayat Bukhari).
Yang penting kekayaan yang ingin dikecap mestilah dengan cara yang halal tanpa mencetuskan penindasan kepada orang lain.
Apa yang pasti sifat qanaah akan mewujudkan pola kehidupan sederhana dan menghindari gaya hidup berlebih-lebihan dan bermewah. Biasanya gaya hidup bermewah-mewahlah mendorong pelbagai perilaku songsang hingga tidak lagi kenal halal dan haram.
Seterusnya kesedaran bahawa setiap rezeki itu anugerah ALLAH akan menumbuhkan pula sikap bertanggungjawab dalam membelanjakan harta.
Sesungguhnya budaya qanaah dan bersederhana dalam berbelanja merupakan salah satu ciri Ibadurrahman atau hamba-hamba Tuhan yang dijanjikan balasan syurga di akhirat kelak seperti firmanNya: Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan dan tidak pula kikir, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian. (Al-Furqan: 67)
Ciri-ciri hamba ALLAH yang diistilahkan sebagai ‘ibadurrahman’ ini ialah mereka yang adil dan baik kerana sering memilih jalan bersederhana di antara dua budaya ekstrem dalam berbelanja.
Demikianlah prinsip dan etika penting dalam berbelanja yang digariskan syarak agar diamalkan oleh setiap umat Islam. Sikap berlebihan amat berbahaya bagi masyarakat, demikian juga sifat bakhil yang merupakan punca kerosakan sesebuah tamadun.
Justeru amat penting sekali budaya qanaah ini kembali disemarakkan dalam diri individu agar membentengi diri daripada terjerumus dalam hutang atau pelbagai skim cepat kaya.
Kekayaan yang diperoleh secara halal akan menjadikan manusia lebih bertakwa, dilimpahi rahmat dan barakah ALLAH.
Sebaliknya kekayaan yang tidak berasaskan keimanan hingga tercabutnya sifat qanaah dalam diri hanya akan melahirkan manusia berbudaya foya-foya tetapi pengecut, hilang daya juang dan tidak berani menghadapi risiko. Menggejalanya fenomena sedemikian adalah petanda kehancuran sesuatu umat.
*Penulis ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)
Bakar kekasih dalam perigi buta
- Endang Mariani dicampak ke dalam perigi sedalam lima meter sebelum dibakar. Gambar kecil: Endang Mariani
Mayat Endang Mariani Muhammad Rau, 28, hanya ditemui selepas tiga hari oleh pemilik ladang berkenaan kira-kira 6.30 petang kelmarin selepas terhidu bau busuk berdekatan kawasan kejadian.
Wanita dari Lombok Barat, Indonesia itu dipercayai dibunuh oleh suspek yang cemburu, setelah mangsa menjalin hubungan sulit dengan lelaki berusia 30-an .
Selain itu, mangsa dikatakan membawa tinggal kekasihnya itu di rumah yang juga kebetulan didiami suspek.
Suspek berusia 29 tahun kemudian bertindak keluar dari rumah berkenaan namun pada masa sama dipercayai merancang untuk membalas dendam hingga membawa kepada pembunuhan mangsa yang bekerja di ladang cendawan, Bukit Hantu, Lendu.
Menurut sumber, dipercayai gara-gara cemburu dengan hubungan itu, mangsa dibunuh di rumah tersebut pada Jumaat lalu sebelum dibawa ke ladang berkenaan dengan menaiki sebuah kereta Perodua Viva milik lelaki tempatan dan dicampak ke dalam perigi sedalam lima meter sebelum dibakar menggunakan kayu dan petrol sehingga rentung,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, pihaknya ke tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada seorang wanita yang juga pemilik ladang berkenaan.
“Siasatan awal mendapati, mayat wanita yang rentung 90 peratus sehingga tinggal tulang dan tengkorak itu dipercayai dibakar di dalam perigi berkenaan selepas dibunuh di tempat lain.
“Susulan kejadian, kurang 12 jam penemuan mayat, empat lelaki termasuk seorang warga tempatan berusia 23 hingga 39 tahun bersama seorang lagi wanita Indonesia berusia 29 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan di Semabok dan Rembia,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, di sini, semalam.
Umar berkata, tiga lelaki Indonesia dan wanita yang ditahan antara jam 1 dan 8 pagi semalam adalah rakan serumah mangsa, manakala lelaki tempatan berusia 39 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori itu adalah kenalan semua suspek.
“Mangsa bekerja di ladang cendawan di Lendu dan Ahad lalu majikannya ada membuat laporan berhubung mangsa yang tidak datang bekerja disyaki melarikan diri.
“Siasatan mendapati cemburu antara suspek wanita dan si mati menjadi motif pembunuhan berkenaan.
"Si mati dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan salah seorang lelaki warganegara sama yang ditahan,” katanya.
Menurutnya, penangkapan kelima-lima suspek telah hampir berjaya menyelesaikan kes tersebut.
Bagaimanapun, pihaknya kini masih memburu seorang lelaki juga warga Indonesia yang dipercayai boleh membantu siasatan berhubung kes berkenaan.
“Semua suspek ditahan reman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Restoran caj sarapan VVIP RM6,000
Rombongan 50 orang itu, termasuk mereka yang datang dari luar Kelantan untuk menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.
Timbalan Pengarah PDNKK negeri, Ab Ghani Harun berkata, bertindak atas laporan itu, pihaknya menyerbu restoran yang terletak di Taman Uda Murni, pagi semalam.
“Hasil pemeriksaan yang dilakukan, kita dapati peniaga kedai terbabit menutup papan tanda harga yang sedia ada dengan pita pelekat.
“Kita mengesyaki peniaga berkenaan mempunyai niat untuk menipu dan mengenakan caj harga sesuka hati ke atas pelanggan.
"Atas kesalahan itu, kita kenakan kompaun ke atas pihak terbabit,” katanya kepada pemberita, selepas serbuan ke atas restoran terbabit.
Dalam serbuan itu, pihaknya turut merampas lauk pauk dan makanan bernilai hampir RM6000.
Ab Ghani berkata, jika sabit kesalahan pengusaha itu boleh dikenakan tindakan di bawah Perintah 3 (1) Akta Kawalan Harga (Penandaan Harga Oleh Penjual Runcit) 1993 dengan penalti RM250,000 dan kompaun maksimum RM175,000.
“Ini bagi memberi pengajaran terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Diharap peniaga-peniaga lain turut berwaspada. Jika dikesan melakukan penipuan mereka juga akan dikenakan kompaun.
“Saya menasihatkan semua peniaga di negeri ini supaya meletakkan tanda harga yang jelas untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan pelanggan, terutama mereka yang datang dari luar Kelantan,” katanya.
Sementara itu, bayaran makanan yang dicaj hingga mencecah RM6,000 oleh restoran itu menyebabkan ramai dalam kumpulan VVIP itu meluahkan rasa terkejut dan kesal dengan sikap peniaga berkenaan.
Seorang pelanggan yang enggan dikenali berkata, anggota-anggota rombongan VVIP terbabit berhenti makan pagi di restoran itu sebelum menghadiri satu majlis rasmi di bandar ini.
“Kami mula memesan makanan mengikut kehendak masing-masing dan makanan itu disediakan dalam beberapa hidangan di setiap meja makan.
“Antara yang dihidangkan ialah ayam goreng kampung dan gulai itik serati, di samping sayuran-sayuran dan beberapa lauk-pauk lagi,” katanya.
Menurutnya, selepas semua selesai makan dan salah seorang daripada mereka bangun untuk membuat pembayaran, peniaga terbabit mengatakan jumlah keseluruhan sarapan itu adalah RM6,000.
“Kami semua yang ada di situ terkejut. Ada yang menggeleng seperti tidak percaya dengan apa yang kami dengar daripada peniaga itu. Langsung tidak masuk akal.
“Walaupun terkedu, bayaran tetap dibuat selepas ada sedikit tawar menawar dengan peniaga itu.
"Kami tidak setuju dengan harga cekik darah itu, tetapi disebabkan kami terpaksa bergegas untuk menghadiri majlis rasmi tersebut, seorang daripada anggota kumpulan itu membayarnya," katanya.
Nasi kangkang bukan dongeng
- Shamsuri (berdiri tengah) bersama perawat dari Pusat Rawatan Islam At-Tobibi merawat 150 pesakit sempena rawatan perdana di Surau As-Soliheen, Taman Desa Solehah, Kampung Mak Chili Paya di Kemaman, kelmarin.
Shamsuri berkata, kisah nasi kangkang bukan cerita dongeng, sebaliknya sihir itu masih lagi menjadi amalan segelintir kecil wanita untuk mencapai matlamat songsang mereka.
“Seperti pasangan suami isteri dari Dungun yang saya rawat hari ini, mereka terkena nasi kangkang yang diberikan seseorang sehingga pasangan ini jadi saling membenci dan apa yang kita boleh lihat, matlamat penyihir mungkin untuk merampas suami atau harta atau mahu melihat keluarga ini hancur akibat hasad dengki dengan kebahagiaan keluarga ini,” katanya.
Shamsuri berkata, berdasarkan pengakuan mangsa yang kedua-duanya bekerja sebagai polis, bukan sahaja mereka sekeluarga terkena sihir itu, malah seluruh penghuni di blok sama dengan rumah mereka turut mengalami nasib sama apabila kesemuanya saling berbalah.
Menyedari sesuatu yang aneh, pasangan terbabit masing-masing berumur 43 dan 41 tahun membuat keputusan berpindah dari kawasan perumahan itu sejak dua bulan lalu sebelum mendapatkan rawatan secara Islam sempena Rawatan Perdana Pusat Rawatan Islam At-Tobibi di Surau As-Soliheen, Taman Desa Solehah, Kampung Mak Chili Paya, di sini, kelmarin.
Katanya, perasaan hasad dengki sangat bahaya, justeru masyarakat Islam diingatkan supaya berhati-hati daripada menerima apa-apa termasuk makanan daripada individu mencurigakan, di samping mengamalkan membaca ayat suci al-Quran dan doa pelindung sebelum menjamah makanan.
Bagaimanapun, sepanjang pengalaman beliau merawat ramai pesakit, Shamsuri berkata, tidak ramai yang terkena sihir nasi kangkang berikutan amalan itu hanya dipelajari daripada keturunan dan mempunyai jampi atau mantera khusus.
Shamsuri berkata, ada antara pengamal nasi kangkang sudah insaf seperti yang berlaku pada seorang warga emas di Johor yang bertaubat pada usia 63 tahun selepas dia diuji dengan kematian suami dan enam anaknya silih berganti.
“Kes ini terjadi pada 2005, nenek ini mula menjadi bomoh nasi kangkang sejak berusia 32 tahun dan ketika itu, ramai wanita datang berjumpanya bagi mendapatkan nasi kangkang hingga yang paling dahsyat, ada isteri sanggup meletakkan darah haid ke dalam nasi.
“Suami nenek ini turut terkena sehingga menjadi bodoh dan disepak terajang olehnya, namun selepas diuji dengan kemiskinan dan kematian suami serta anak-anak, nenek ini berfikir selama tiga tahun untuk meninggalkan perbuatan syiriknya dan akhirnya dia bertaubat,” katanya.
Pada program rawatan perdana itu, kira-kira 150 pesakit dari seluruh Terengganu termasuk dari Kuantan, Pahang hadir untuk mendapatkan rawatan dan ramai antaranya mengalami masalah sakit misteri.
Pengerusi Surau As-Soliheen, Mohd Kamal Shafie berkata, program rawatan perdana itu adalah yang kedua diadakan dan dijadikan sebagai aktiviti surau setiap bulan.
Program seterusnya akan diadakan pada 2 November depan bermula jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang dan sehari sebelumnya iaitu pada Jumaat rawatan akan diadakan di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Felda Kerteh 6 bermula jam 2.30 hingga 6.30 petang.
Mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian 013-2898296 untuk maklumat lanjut.
Dua beranak mati lemas
TELOK PANGLIMA GARANG – Hasrat lima sekeluarga meluangkan masa petang
mereka bersama menaiki bot bersiar sambil menangkap ikan berakhir
tragedi apabila bapa dan anak bongsunya lemas selepas terjatuh ke Sungai
Telok Mengkuang, di sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu berlaku di tengah sungai apabila mangsa Hisham Hizir@Khizir cuba menyelamatkan anaknya Muhammad Shamirul Hisham, 3, yang terjatuh selepas bot dikemudi isteri mangsa terkena tali khemah kemudian berpusing menyebabkan kedua-duanya terjatuh sebelum di bawa arus.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan berkata, isteri mangsa yang menyedari mangsa dan anaknya terjatuh ke dalam sungai segera menghidupkan enjin bot untuk menyelamatkan mereka berdua, namun hanya sempat mengangkat suaminya naik ke atas bot manakala anaknya terus dibawa arus.
Dalam pada itu, Muhammad Shamirul pula ditemui kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian sekitar jam 2.15 petang semalam oleh sekumpulan nelayan yang turut membantu mencari mangsa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Mohd Jaslizad Jalil ketika mengesahkan kejadian itu berkata, pihaknya memulakan operasi mencari mangsa kelmarin dan mayat mangsa akhirnya ditemui dalam masa 18 jam.
“Mayat kanak-kanak yang berbaju kuning dan berseluar jeans itu kemudiannya di bawa ke Hospital Banting untuk proses tindakan lanjut,” katanya.
Ingat jeritan minta tolong
“Saya masih ingat jeritan minta tolong itu. Saya tak mahu ingat kembali tragedi yang berlaku kepada dua lelaki dalam hidup saya,” demikian luahan isteri mangsa, Rohaya Mohd, 37, yang sedih apabila mengenangkan detik cemas yang berlaku kepada keluarganya.
Menurutnya, dia yang menerima kunjungan pelbagai pihak sedih kerana tidak dapat menyelamatkan suami dan anak lelakinya tetapi reda ketentuan Ilahi itu.
“Kerana rasa panik saya terus bertindak memaklumkan anak membantu untuk mencapai mana-mana bahagian suami untuk diselamatkan, namun anak lelaki terlepas dari tangan suami.
“Saya hanya menjerit meminta dua lagi anak perempuan Noor Shamila, 17 dan Noor Aziera, 13, untuk membantu menarik ayah dan adik bongsu mereka, namun adik terus dibawa arus," katanya yang turut menerima bantuan segera Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Langat di rumahnya, semalam.
JKM salur bantuan segera
Penolong Pegawai JKM Kuala Langat, Mohd Al Hafizi Abu Bakar ketika ditemui berkata, pihaknya akan mempertimbangkan segera bantuan bulanan untuk keluarga berkenaan.
Katanya, tidak dinafikan isteri mangsa tidak bekerja sekali gus hilang punca pendapatan keluarga namun kunjungan JKM semalam diharapkan meringankan beban.
“Bagaimanapun, JKM mengharapkan isteri mangsa dapat meneruskan hidup dan membesarkan dua lagi anak perempuannya dengan tabah.
“Masyarakat juga diharapkan dapat memberi sokongan terhadap keluarga ini supaya dapat meneruskan kehidupan seperti biasa," katanya.
Nelayan perlu berwaspada
Sementara itu, Ketua Nelayan Simpang Telok, Abu Zharin Abu Hashim, 67, berkata, sebelum ini dia pernah melihat keluarga ini turun ke sungai menangkap ikan bersama.
“Namun, nasib tidak menyebelahinya apabila dimaklumkan seorang ahli keluarga terkena tali khemah sehingga isterinya tidak dapat mengawal botnya.
“Akibatnya suami dan anak lelakinya lemas dan hanya suaminya sempat dinaikkan walaupun telah meninggal dunia,” katanya.
Katanya, dia berterima kasih dengan semua penduduk kampung, nelayan, orang awam dan anggota keselamatan yang berusaha mencari mangsa sehingga dapat dikesan tidak sampai 24 jam.

Remaja bergelumang noda sejak berusia 14 tahun
BERCINTA dalam usia terlalu muda akan mengundang
pelbagai musibah terutama kepada mereka yang taksub sehingga hilang
komitmen terhadap pelajaran.
Sinar Harian berkesempatan menemui sorang remaja perempuan, berusia 17 tahun kira-kira jam 3 pagi yang berpelesiran di sekitar Pekan Kulim dan terlibat dalam kegiatan pelacuran bawah umur sejak tiga tahun lalu.
Mangsa yang hanya mahu dikenali dengan nama Jaja berkata, dia terlibat dalam kegiatan tidak bermoral itu seawal usia 14 tahun.
Kisah hitamnya bermula apabila dia bercinta dengan seorang pelajar bernama Jo, 17, (bukan nama sebenar) di sekolah sama.
Suatu hari, Jo telah mengajak Jaja keluar bersamanya dengan menaiki sebuah motosikal dan kemudian membawa Jaja ke sebuah pondok dalam hutan.
Apabila tiba di sana, Jo telah menyatakan hasrat melakukan hubungan seks bersamanya namun ditolaknya.
Jo kemudiannya berang dan mengugut akan meninggalkan Jaja berseorangan di pondok itu jika enggan memenuhi kehendaknya.
Memandangkan hari sudah mula gelap dan Jaja takut dengan keadaan hutan di sekelilingnya, dia terpaksa mengikut kehendak Jo.
Setelah dirogol, Jaja kemudiannya dihantar pulang ke rumah.
Dikurung dalam bilik
“Selepas kejadian itu, saya tidak lagi mahu menemui Jo dan berkenalan dengan seorang lelaki lain bernama Lan. Saya tidak tahu apakah pekerjaan dilakukannya, bagaimanapun dia sering membawa saya keluar makan.
"Hubungan saya dengannya baik, namun saya tidak tahu rancangan jahat yang disusun olehnya terhadap saya,” katanya.
Pada suatu hari, Jaja telah dibawa teman lelakinya ke sebuah bilik di sebuah bangunan tinggal.
Jaja kemudiannya dikurung selama dua hari tanpa diberi makanan.
Dia sekali dirogol tujuh lelaki yang terdiri daripada rakan kekasih barunya itu.
“Selama dua hari dikurung, mereka tak bagi saya makan. Dalam bilik itu tidak ada bilik air dan saya tidur beralaskan surat khabar sahaja.
"Setiap hari, saya dikehendaki melayani tujuh lelaki sebanyak tiga hingga empat kali sehari sekiranya tidak mahu dicederakan," katanya.
Pada hari kedua, Jaja berkata, dia sudah tidak tahan dengan perlakuan semua lelaki itu terhadapnya dan meminta dilepaskan, bagaimanapun mereka enggan berbuat demikian sebaliknya terus memaksa melakukan hubungan bersama mereka.
"Salah seorang rakan Lan bersetuju melarikan saya, tetapi harus tinggal di rumahnya. Saya bersetuju dan berjaya melarikan diri dari bilik itu,” katanya.
Terlibat dalam pelacuran
Menurut Jaja, dia tinggal bersama lelaki yang melarikannya itu selama seminggu dan hidup seperti pasangan sudah berkahwin.
Apabila ketiadaan wang, lelaki itu akan mengarahkannya melayani rakan lain.
Jaja sekali lagi terperangkap apabila mendapati kekasih barunya itu merupakan seorang pengedar dadah.
Dia mula takut untuk terus tinggal bersama kekasihnya itu kerana bimbang rumah mereka diserbu polis.
Jaja kemudiannya mengambil keputusan untuk tinggal bersama seorang ibu tunggal di sebuah taman perumahan di Kulim.
Di sinilah Jaja mula terlibat dalam kegiatan pelacuran.
Bayi dikandung akan dijual
“Pada usia muda, siapalah yang hendak mengambil saya bekerja? Ketika itu saya masih bersekolah tetapi sering ponteng dan jarang balik ke rumah mak. Saya tinggal di luar kerana mahu bebas. Saya akhirnya tinggal bersama seorang janda.
"Sepanjang bersamanya, dia sering menyatakan kerja yang paling senang untuk mendapatkan wang adalah dengan 'menjual badan'.
Katanya, saya tidak harus melakukan setiap hari sebaliknya melakukan kerja itu sekiranya ketiadaan wang,” katanya.
Terpedaya dengan pujukan ibu tunggal itu, Jaja tidak lagi kisah sekiranya diarahkan untuk melakukan hubungan seks dengan sesiapa pun.
Menurutnya, masih ramai kalangan pelajar perempuan bawah umur terlibat dalam kegiatan pelacuran ini.
Katanya, mereka akan melakukan kegiatan tidak bermoral itu pada hari tidak bersekolah.
Pada hari sekolah, ada pelanggan yang sanggup melakukan hubungan seks dengan pelajar yang masih memakai uniform sekolah.
Jaja berkata, setiap pelanggan hanya membayar RM50 untuk mendapatkan perkhidmatan seks manakala RM100 sekiranya mahu mereka bersama pelanggan selama sehari dan kos bilik tidur harus dibayar pelanggan.
Katanya, sehingga kini, dua dari enam pelajar bawah umur terlibat sedang hamil antara dua hingga empat bulan.
Bagaimanapun, ini bukanlah satu masalah besar bagi mereka kerana bayi yang dikandung itu akan dijual kepada keluarga yang berkehendakkan anak dengan harga RM4,000 hingga RM5,000.
Perkara biasa ditahan berkhalwat
Menurut Jaja, kegiatan pelacuran yang melibatkan pelajar perempuan ini sukar dikesan kerana tidak dilakukan di premis atau hotel tertentu.
Orang tengah akan mengarahkan remaja bawah umur terlibat tunggu di lokasi dikehendaki sebelum dibawa pelanggan ke tempat lain.
“Ada yang menyatakan kegiatan pelacuran bawah umur ini berlaku di Kulim adalah tidak benar. Kami tinggal di Kulim tetapi akan melakukan aktiviti di hotel atau rumah tumpangan di luar kawasan Kulim.
"Dengan cara ini, kegiatan kami ini tidak mudah dikesan pihak berkuasa. Ditahan jabatan agama kerana berkhalwat adalah perkara biasa tetapi kami tidak akan hadir sekiranya dipanggil untuk diambil keterangan atau mahkamah,” katanya.
Katanya, sehingga hari ini, aktiviti itu masih dilakukannya dan masih ramai pelanggan yang suka layanan diberikan oleh remaja bawah umur.
Kesalahan serius
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, sehingga kini lebih tiga remaja perempuan terlibat telah ditahan dan diarahkan tinggal di rumah perlindungan.
Kata beliau, penglibatan haram dilakukan golongan remaja ini tidak didalangi sesiapa kerana pelanggan akan terus menghubungi mereka.
“Saya ingin menegaskan, melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur adalah satu kesalahan serius dan boleh disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan sekiranya sabit kesalahan.
"Melakukan hubungan seks dengan remaja bawah umur akan diklasifikasikan sebagai rogol walaupun mangsa merelakannya. Bagi mana-mana remaja perempuan yang terlibat dalam kegiatan ini atau dirogol, seharusnya melaporkan kejadian itu kepada polis supaya tindakan undang-undang dapat diambil terhadap suspek terlibat," katanya.
Ghuzlan berkata, mangsa sepatutnya tidak membiarkan suspek bebas melakukan perbuatan ini dan terus merosakkan remaja perempuan lain.

Duduki PMR selepas lahirkan anak
KOTA BHARU - Seorang calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sini
semalam, terpaksa menduduki peperiksaan terbabit wad sebuah hospital di
bandar ini, selepas melahirkan anak akibat terlanjur dengan teman
lelaki.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Nor, 15, berkata akibat hubungan terlarang bersama kekasihnya, dia disahkan mengandung setelah perutnya terus membesar.
Remaja terbabit yang bersalin secara normal Ahad lalu, masih dalam keadaan lemah namun tetap bersemangat untuk menjalani peperiksaan.
Menceritakan detik hitam itu, dia terpedaya dengan pujuk rayu lelaki itu, setelah kekasihnya berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga dirinya.
“Akibat termakan pujuk kerana kasihkan si dia, saya rela dan tidak sangka hubungan saya bersamanya menyebabkan saya semakin jauh terlanjur sehingga melahirkan anak.
“Ibu dan ayah begitu marah dengan perbuatan saya ini memandangkan saya masih bersekolah dan mereka dapat tahu selepas melihat keadaan perut saya yang semakin hari semakin membesar,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurutnya setakat ini kini kes berkenan mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
Nor berkata, dia kini menyesal dengan perbuatannya itu dan mengharapkan keputusan peperiksaannya lebih baik dari percubaan sebelum ini yang hanya memperolehi 2A.
“Saya nak berjaya dalam peperiksaan ini dan harap dapat sekurang-kurangnya 4A dalam enam mata pelajaran yang diambil supaya saya dapat buktikan bahawa saya masih mampu meneruskan pelajaran untuk ke tingkatan 4 nanti serta dapat menebus kesalahan lalu,” katanya.
KUALA LUMPUR - Premis urut di Jalan Bukit Bintang yang menggunakan
wanita sebagai peraih pelanggan di kesan turut menawarkan khidmat urutan
badan meskipun lesen yang dikeluarkan hanya membenarkan khidmat urutan
kaki.
Malah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menerima aduan berhubung kegiatan khidmat tambahan membabitkan seks.
Penolong pengarah jabatan perlesenan dan pengurusan penjaja DBKL, Irwan Shafari Wahab berkata, kehadiran wanita-wanita dengan imej menjolok mata ditambah dengan cara mereka meraih pelanggan, menimbulkan rasa kurang selesa pengunjung.
“Biasanya peraih-peraih urut ini akan menarik pelanggan khususnya pelanggan lelaki meskipun ketika itu individu berkenaan berjalan bersama pasangan mahupun keluarga, tidak kira warga asing mahupun tempatan,” katanya selepas mengetuai Ops Peraih Urut di Jalan Bukit Bintang, malam kelmarin.
Tambah beliau, hasil pemeriksaan mendapati empat premis menjalankan perkhidmatan yang melanggar syarat lesen apabila menyediakan khidmat urutan badan.
“Premis-premis ini hanya dibenarkan menjalankan khidmat urut kaki. Tetapi tempat urut yang disediakan menggambarkan khidmat urut badan juga ditawarkan di samping terdapat pelanggan yang sedang melakukan urutan badan ketika pemeriksaan.
“Ada premis yang kita kompaun kerana beroperasi tanpa lesen. Untuk makluman, lesen urut kaki dan urut badan telah dibekukan sejak 2009 jadi kita tidak benarkan sebarang lesen baru bagi aktiviti urut badan,” katanya.
Irwan berkata, mana-mana premis yang didapati terlibat dengan pelanggaran syarat pihaknya akan mengeluarkan surat tunjuk kepada pengusaha dan akan dibawa kepada jawatankuasa pembatalan lesen.
“Ia merupakan amalan kepada pengusaha yang terus berdegil setelah beberapa peringatan dan pelbagai usaha dibuat tapi tiada perubahan, kita akan batalkan lesen,” katanya.
Jelasnya, turut dikenakan tindakan dalam operasi bermula jam 10 malam itu, ada terhadap premis urut yang beroperasi lebih masa iaitu melebihi jam 12 malam.
“Tindakan diambil selaras dengan Undang-undang Kecil 24 Establishment Kecantikan dan Kesihatan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003, jika sabit salah, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Nor, 15, berkata akibat hubungan terlarang bersama kekasihnya, dia disahkan mengandung setelah perutnya terus membesar.
Remaja terbabit yang bersalin secara normal Ahad lalu, masih dalam keadaan lemah namun tetap bersemangat untuk menjalani peperiksaan.
Menceritakan detik hitam itu, dia terpedaya dengan pujuk rayu lelaki itu, setelah kekasihnya berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga dirinya.
“Akibat termakan pujuk kerana kasihkan si dia, saya rela dan tidak sangka hubungan saya bersamanya menyebabkan saya semakin jauh terlanjur sehingga melahirkan anak.
“Ibu dan ayah begitu marah dengan perbuatan saya ini memandangkan saya masih bersekolah dan mereka dapat tahu selepas melihat keadaan perut saya yang semakin hari semakin membesar,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurutnya setakat ini kini kes berkenan mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.
Nor berkata, dia kini menyesal dengan perbuatannya itu dan mengharapkan keputusan peperiksaannya lebih baik dari percubaan sebelum ini yang hanya memperolehi 2A.
“Saya nak berjaya dalam peperiksaan ini dan harap dapat sekurang-kurangnya 4A dalam enam mata pelajaran yang diambil supaya saya dapat buktikan bahawa saya masih mampu meneruskan pelajaran untuk ke tingkatan 4 nanti serta dapat menebus kesalahan lalu,” katanya.
Premis urut kaki tawar seks
- Terdapat pelanggan menggunakan perkhidmatan urut badan ketika pemeriksaan di sebuah premis yang melanggar syarat lesen.
Malah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menerima aduan berhubung kegiatan khidmat tambahan membabitkan seks.
Penolong pengarah jabatan perlesenan dan pengurusan penjaja DBKL, Irwan Shafari Wahab berkata, kehadiran wanita-wanita dengan imej menjolok mata ditambah dengan cara mereka meraih pelanggan, menimbulkan rasa kurang selesa pengunjung.
“Biasanya peraih-peraih urut ini akan menarik pelanggan khususnya pelanggan lelaki meskipun ketika itu individu berkenaan berjalan bersama pasangan mahupun keluarga, tidak kira warga asing mahupun tempatan,” katanya selepas mengetuai Ops Peraih Urut di Jalan Bukit Bintang, malam kelmarin.
Tambah beliau, hasil pemeriksaan mendapati empat premis menjalankan perkhidmatan yang melanggar syarat lesen apabila menyediakan khidmat urutan badan.
“Premis-premis ini hanya dibenarkan menjalankan khidmat urut kaki. Tetapi tempat urut yang disediakan menggambarkan khidmat urut badan juga ditawarkan di samping terdapat pelanggan yang sedang melakukan urutan badan ketika pemeriksaan.
“Ada premis yang kita kompaun kerana beroperasi tanpa lesen. Untuk makluman, lesen urut kaki dan urut badan telah dibekukan sejak 2009 jadi kita tidak benarkan sebarang lesen baru bagi aktiviti urut badan,” katanya.
Irwan berkata, mana-mana premis yang didapati terlibat dengan pelanggaran syarat pihaknya akan mengeluarkan surat tunjuk kepada pengusaha dan akan dibawa kepada jawatankuasa pembatalan lesen.
“Ia merupakan amalan kepada pengusaha yang terus berdegil setelah beberapa peringatan dan pelbagai usaha dibuat tapi tiada perubahan, kita akan batalkan lesen,” katanya.
Jelasnya, turut dikenakan tindakan dalam operasi bermula jam 10 malam itu, ada terhadap premis urut yang beroperasi lebih masa iaitu melebihi jam 12 malam.
“Tindakan diambil selaras dengan Undang-undang Kecil 24 Establishment Kecantikan dan Kesihatan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003, jika sabit salah, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya,” katanya.
Kerani didakwa rangsang seks luar tabii
KULIM - Mahkamah majistret di sini menetapkan 9 September depan sebagai
tarikh sebutan kedua kes seorang kerani perkapalan yang didakwa
merangsang seorang kanak-kanak lelaki melakukan seks luar tabii pada 12
September 2012.
Azri Osman, 43, didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii terhadap kanak-kanak berkenaan yang dijaga oleh isterinya antara jam 7 hingga 9 pagi tahun lalu di rumahnya di Taman Nilam Baiduri.
Jika bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan sebatan.
Putatan
– Rasa curiga seorang suami selepas permintaan melakukan hubungan
kelamin ditolak isteri, membongkar rahsia perbuatan jijik wanita
terbabit yang dikatakan menjalinkan hubungan intim dengan ‘kekasih
gelap’ yang juga majikannya di sebuah rumah sewa di Kampung Petagas, di
sini, sejak tujuh bulan lalu.
Perbuatan wanita berusia 28 tahun itu semakin terserlah apabila suaminya terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dalam telefon bimbit isterinya, malam kelmarin.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika suami wanita itu dikatakan ingin melakukan hubungan kelamin, tetapi ditolak isteri kononnya kepenatan kerana bekerja.LAGI DISINI
KUALA
LUMPUR: Seorang lelaki tergamak menjadikan anak kandungnya yang berusia
12 tahun sebagai hamba seksnya sejak setahun lalu di Jinjang.
Kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa lelaki berusia 37 itu juga terpaksa menanggung rahsia besar bapanya yang mengugutnya supaya tidak membocorkan perbuatan jijik berkenaan.
Bagaimanapun, mangsa yang tidak tahan menjadi hamba seks bapanya nekad menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Jinjang selepas dia sekali lagi dirogol suspek, kelmarin.
Sumber berkata, episod hitam itu bermula pada tahun lalu apabila bapa kanak-kanak berkenaan membawanya ke tempat kerja di ibu kota dan merogol mangsa
“Dia yang gagal melawan hanya mampu berdiam dan menangis ketika menjadi mangsa nafsu seks bapa.
“Mangsa yang ketakutan hanya mampu berdiam dan terus menyimpan rahsia itu kerana bimbang dicederakan,” katanya
Azri Osman, 43, didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan kerana melakukan seks luar tabii terhadap kanak-kanak berkenaan yang dijaga oleh isterinya antara jam 7 hingga 9 pagi tahun lalu di rumahnya di Taman Nilam Baiduri.
Jika bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan sebatan.
Isteri keji berzina dua kali sehari dengan majikan
Written By canang on Selasa, 8 Oktober 2013 | 10/08/2013 11:14:00 PTG
Perbuatan wanita berusia 28 tahun itu semakin terserlah apabila suaminya terbaca khidmat pesanan ringkas (SMS) berbaur cinta dalam telefon bimbit isterinya, malam kelmarin.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 malam ketika suami wanita itu dikatakan ingin melakukan hubungan kelamin, tetapi ditolak isteri kononnya kepenatan kerana bekerja.LAGI DISINI
Hamba nafsu bapa
Written By canang on Selasa, 13 Disember 2011 | 12/13/2011 08:00:00 PTG
Kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa lelaki berusia 37 itu juga terpaksa menanggung rahsia besar bapanya yang mengugutnya supaya tidak membocorkan perbuatan jijik berkenaan.
Bagaimanapun, mangsa yang tidak tahan menjadi hamba seks bapanya nekad menceritakan kejadian itu kepada ibunya sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Jinjang selepas dia sekali lagi dirogol suspek, kelmarin.
Sumber berkata, episod hitam itu bermula pada tahun lalu apabila bapa kanak-kanak berkenaan membawanya ke tempat kerja di ibu kota dan merogol mangsa
“Dia yang gagal melawan hanya mampu berdiam dan menangis ketika menjadi mangsa nafsu seks bapa.
“Mangsa yang ketakutan hanya mampu berdiam dan terus menyimpan rahsia itu kerana bimbang dicederakan,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan