Tahukah anda paus biru binatang terbesar di dunia
http://greenboc.blogspot.com, | 09 Okt 2013 |
[TAHUKAH ANDA] Paus Biru Binatang Terbesar di Dunia
Paus Biru adalah Binatang
Terbesar di Dunia. Dengan panjang 30 meter dan berat 200 ton, Paus Biru
adalah binatang terbesar yang pernah ada.
Inilah perbandingan besar Paus Biru dengan manusia:
Ikan terbesar di dunia, Hiu Paus / Geger Lintang:
Ikan Hiu Paus / Geger Lintang panjangnya 10-12 meter dengan berat 12-14 ton
Paus Pembunuh (Orca) Pemangsa Laut Terbesar di Dunia:
Orca panjangnya bisa mencapai 9 meter
dengan berat 7,200 kg lebih. Dinamakan Paus Pembunuh karena sering
membunuh dan memakan Paus yang lebih besar. Tapi tidak pernah ada
berita Paus Pembunuh memakan manusia.
Hiu Putih adalah Ikan Pemangsa Terbesar di Dunia:
Dengan panjang 6,1 meter dan berat
2.200 kg lebih, Hiu Putih merupakan Ikan Pemangsa Laut Terbesar.
Musuhnya di laut paling hanya Paus Pembunuh (Orca). Dberitakan seekor
Paus Pembunuh dengan panjang 5,3 meter membunuh Hiu Putih sepanjang 4
meter dan memakan hatinya.
Gajah merupakan binatang darat yang paling berat dan paling besar:
Tinggi Gajah Afrika hingga bahu adalah
3,3 meter. Panjang mencapai 3,5 meter. Dan beratnya adalah 6 ton.
Karena besarnya, Gajah tidak punya musuh. Paling-paling hanya Singa dan
Buaya yang memangsa gajah ketika bayi.
Binatang darat tertinggi di dunia
adalah Jerapah. Tingginya mencapai 6 meter dengan panjang leher lebih
dari 2 meter. Funginya adalah agar bisa memakan pucuk dedaunan di
pohon-pohon yang tinggi.
Pemakan Daging (Carnivora) terbesar adalah Beruang Kutub atau Beruang Es.
Tinggi bahu 1,6 meter, panjang 3 meter, dengan berat lebih dari 1.000 kg.
Binatang melata (Reptil) terbesar di dunia adalah Buaya Air Laut:
Buaya Air Asin hidup di Australia Utara hingga India. Panjang tubuhnya 6 meter dengan berat mencapai 1.000 kg lebih.
Referensi:
Jangan terasa: 'Barua' ada di mana-mana, bukan dalam polis sahaja!
http://wartashubhi.blogspot.com, | 09 Okt 2013 |
Siapa
yang tak merah telinga panas hati bila dipanggil "Barua". Perkataan
barua adalah perkataan yang berdaftar di dalam kamus dewan. Ertinya
perkataan tersebut memang digunakan dalam Bahasa Malaysia bagi
menggambarkan maksudnya.
Ada dua maksud perkataan Barua:
- Orang perantaraan yg digunakan utk mengerjakan sesuatu pekerjaan jahat
- Kata makian.
Sebenarnya definisi kedua itu boleh dijangka. Apa saja perkataan
yang membawa maksud tak bagus boleh dijadikan kata makian samada benar
orang itu seperti yang digambarkan oleh perkataan atau tidak. Ia tetap
menimbulkan kemarahan, dan itupun tujuan orang maki orang lain. Untuk
timbulkan kemarahan.
Kalau kita lihat maknanya, kita boleh faham bahawa barua tak wujud
jika tidak ada orang atasan atau boss yang mengarah atau
menggunakannya. Oleh itu, sesiapa saja yang ada boss atau orang atasan
boleh menjadi barua dengan syarat dia diarah melakukan perkara jahat
dan dia menurut arahan tersebut.
Bagaimana pula dengan orang atasan yang menyuruh perbuatan jahat
itu. Kita panggil apa pula padanya?. Kita boleh panggil dia barua juga
kerana dia mendapat arahan daripada Syaitan atau nafsu buruk yang ada
dalam jiwanya. Tak ada sesiapa yang kerja mengarahkan orang buat jahat
selain dari Syaitan yang menggunakan nafsu yang tak terkawal dalam diri
anak Adam.
Jadi sesiapa saja boleh jadi barua. Saya juga boleh jadi barua bila
menurut arahan nafsu bisikan syaitan untuk buat perkara jahat. Orang
politik juga boleh jadi barua bila mengikuti pemimpinnya untuk melakukan
benda jahat. Pengikut ajaran sesat atau lain-lain seumpamanya juga
boleh jadi barua.
Pegawai kerajaan atau bukan kerajaan juga boleh jadi barua. Anak
murid yang juga boleh jadi barua kepada gurunya yang suruh buat benda
jahat. polis juga bolej jadi barua jika ikut bossnya buat benda jahat.
Malah mereka yang bergelar ustazpun boleh jadi barua jika mengikuti
arahan boss mereka untuk buat benda jahat.
Untuk mengelakkan diri kita dari menjadi barua, walaupun diperintah
atau dikuasai oleh boss yang jahat, hanya dengan tidak melakukan
perbuatan jahat tersebut. Maka terlepaslah diri daripada menjadi barua
walaupun ketuanya jahat.
Jangan jadi barua
Jika anda dikecam dan dilabel sebagai barua sedangkan anda tak
melakukan atau tak mengikut perintah buat jahat, tak perlulah melenting
dengan perkataan sedemikian. Kerana mereka yang mengatakan benda tak
betul pada seseorang telah melakukan satu perbuatan jahat, ertinya dia
menjadi barua pada nafsunya dan juga hasutan syaitan.
Teorinya mudah saja, jika anda katakan barua pada seseorang, maka
salah seorang akan menjadi seperti yang dikatakan itu. Orang yang
dituduh ataupun yang menuduh. Jadi tak perlu risau dan marah bila
dilabelkan sebagai barua. Allah maha mengetahui dan bukankah Dia ialah
Pemilik kita dan segala urusan kita lakukan hanya untukNya?
Tarik balik pindaan Akta Pencegahan Jenayah
Harakahdaily, | 08 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR: Pertubuhan
Ikram Malaysia (Ikram) menggesa kerajaan menarik balik pindaan Akta
Pencegahan Jenayah yang telah diluluskan baru-baru ini dan menghormati
prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang.
“Ini khususnya bagi peruntukan yang menyalahi prinsip keadilan dan kebebasan asasi,” ujar Presidennya, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam satu kenyataan.
Kerajaan juga, katanya digesa menghormati dan mendengar pandangan rakyat dengan melakukan konsultasi, dialog dan rujukan dengan Majlis Peguam, Suhakam dan NGO dengan berhemat dan tidak tergesa-gesa sebelum melakukan apa-apa pindaan undang-undang terutama yang mengaitkan keselamatan dan ketenteraman awam.
Berikut kenyataan penuh beliau.
Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) amat bimbang dengan pindaan Kerajaan ke atas Akta Pencegahan Penjenayah (PCA) 1959 yang dibentangkan di Dewan Rakyat dan diluluskan dalam keadaan tergesa-gesa pada 4 Oktober 2013.
Rang Undang-undang Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 tersebut mengandungi peruntukan yang menyalahi prinsip keadilan Islam dan maqasid syariah serta tidak selari dengan prinsip asas kebebasan asasi seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR).
Secara khusus, apabila akta berkenaan dipinda dengan meletakkannya di bawah Perkara 149 Perlembagaan, maka beberapa hak kebebasan asasi di bawah Perkara 5, 9, 10 dan 13 Perlembagaan Persekutuan yang sepatutnya terjamin sekaligus dinafikan. Perkara ini termasuklah hak untuk bergerak secara bebas, hak untuk bersuara, berhimpun dan berorganisasi serta hak untuk memiliki harta. Dahulunya, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang telah dimansuhkan juga dinaungi di bawah Perkara 149.
Ikram juga memandang serius beberapa peruntukan yang seolah-olah mengembalikan ISA dan Ordinan Darurat (EO) khususnya yang berkait dengan penahanan tanpa bicara dan kuasa semakan mahkamah. Antaranya ialah seperti berikut:
1. Pindaan terhadap pengenalan PCA yang memetiknya daripada ISA iaitu “Whereas action has been taken and further action is threatened by a substantial body of persons both inside and outside Malaysia to cause, or to cause a substantial number of citizens to fear, organized violence against persons or property;” Pengenalan atau skop ini bersifat luas dan tidak khusus untuk jenayah berat atau terancang. Ia terbuka untuk disalahguna seperti mana ISA.
2. Seksyen 19A memberi kuasa mutlak kepada Lembaga Pencegahan Jenayah di bawah akta ini untuk menahan orang yang dituduh selama dua tahun dan boleh dilanjutkan tanpa melalui proses perbicaraan di mahkamah.
3. Seksyen 15A pula menghalang semakan mahkamah ke atas keputusan Lembaga Pencegahan Jenayah melainkan perkara-perkara yang berkenaan prosedur. Kuasa mutlak terletak kepada Lembaga Pencegahan Jenayah.
4. Dalam seksyen 9 (5) pindaan terbaru ini juga menafikan hak yang tertuduh untuk ditemani peguam semasa disiasat oleh pegawai penyiasat.
Dalam masa yang sama, Ikram juga menyedari dan memahami kepentingan mencegah jenayah terancang dan berat yang sedang mengancam rakyat. Islam juga menganjurkan kita untuk melaksanakan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Cumanya pencegahan jenayah tidak sehingga menggadai prinsip keadilan dan kebebasan diri dengan penahanan tanpa bicara dan kuasa terlalu luas tanpa semakan.
Perdana Menteri sebelum ini pernah mengumumkan bahawa PCA digubal semula untuk membanteras jenayah berat yang semakin membimbangkan. Beliau juga pernah menolak gesaan sesetengah pihak untuk mengembalikan penahanan tanpa bicara supaya hak asasi individu tidak terjejas di samping kepentingan awam dilindungi. Namun PCA yang diluluskan bertentangan dengan hasrat Perdana Menteri itu.
Ikram berpendapat selain penguatkuasaan undang-undang, langkah-langkah berikut harus dilakukan untuk mencegah jenayah:
1. Meramaikan bilangan anggota polis dalam Jabatan Siasatan Jenayah yang mana angkanya kini hanya 9% daripada 112,000 anggota polis seluruh negara.
2. Bersungguh-sungguh memerangi rasuah dan mendakwa anggota penguatkuasa yang korup bukan hanya di kalangan pihak polis tetapi juga anggota penguatkuasa Jabatan Kastam & Eksais Diraja, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Pendaftaran, Majlis Perbandaran dan lain-lain. Ini kerana anggota penguatkuasa yang korup mudah dibeli dan dipergunakan oleh sindiket jenayah.
3. Menggalakkan semua golongan masyarakat berperanan melalui kempen kesedaran anti-jenayah. Sektor Rukun Tetangga yg pernah diwujudkan dahulu wajar dihidupkan kembali.
Ikram melihat pencegahan jenayah bukan dengan memperkenalkan undang-undang yang jelas melanggar prinsip asas keadilan, kebebasan dan kedaulatan undang-undang tetapi dengan memperkuatkan semula Polis dengan kecekapan siasatan, profesionalisme dan ilmu agama serta membebaskan mereka daripada rasuah, salahguna kuasa dan kekebalan.
Justeru, Ikram menggesa kerajaan untuk:
1. Menarik balik pindaan Akta Pencegahan Jenayah yang telah diluluskan baru-baru ini dan menghormati prinsip keadilan dan kedaulatan undang-undang. Ini khususnya bagi peruntukan yang menyalahi prinsip keadilan dan kebebasan asasi.
2. Menghormati dan mendengar pandangan rakyat dengan melakukan konsultasi, dialog dan rujukan dengan Majlis Peguam, Suhakam dan NGO dengan berhemat dan tidak tergesa-gesa sebelum melakukan apa-apa pindaan undang-undang terutama yang mengaitkan keselamatan dan ketenteraman awam.
3. Mencegah jenayah dengan siasatan yang cekap, berintegriti dan profesional bukan dengan memberikan kuasa yang terlalu luas yang membolehkan berlakunya salahguna kuasa dan penyelewengan.
KOTA BHARU:
Kerajaan negeri melalui Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) sehingga
kini mengeluarkan biasiswa berjumlah RM11.9 juta kepada pelajar anak
tempatan.
Selain itu RM74.5 juta dalam bentuk pinjaman kepada pelajar sejak 1981 sehingga sekarang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, dalam tempoh tersebut seramai 38,742 pelajar mendapat manfaat dalam bentuk biasiswa.
“Manakala seramai 9,658 pelajar diberi pinjaman bagi melanjutkan pelajaran di peringkat menengah dan tinggi,” katanya menjawab soalan Abdul Rasul Mohamad (PAS-Bukit Tuku) pada persidangan Dun hari ini.
Sementara itu persidangan Dun juga diberitahu Kelantan mendapat pinjaman berjumlah RM603 juta diberi kerajaan pusat bagi meningkatkan prasarana bekalan air bersih.
Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Hanifa Ahmad berkata, pinjaman itu dikenakan kadar bunga sebanyak 4 peratus setahun.
Menjawab soalan tambahan Abdul Azziz Abdul Kadir (PAS-Jelawat) katanya, Kelantan hanya diberi kemudahan pinjaman selepas 11 tahun PAS mentadbir negeri ini.
“Dalam tempoh 11 tahun sejak 1990 Kelantan tidak mendapat sebarang pinjaman dan bantuan menyebabkan kita tidak boleh melaksanakan projek meningkatkan prasarana bekalan air bersih.
“Sedangkan negeri-negeri lain mendapat geran dan bukan pinjaman seperti diberi kepada Kelantan. Air bersih merupakan keperluan asasi rakyat,” katanya.
Beliau juga memberitahu kerajaan negeri bersetuju untuk migrasi dengan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) dan sekarang tinggal beberapa lagi perkara perlu diselesaikan.
Katanya Unit Perancangan Ekonomi Negeri telah mengadakan perbincangan dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi memuktadkan beberapa perkara.
Menurutnya juga Kelantan dijangka mendapat diskaun sehingga 75 peratus daripada jumlah pinjaman yang diterima hasil daripada migrasi dengan PAAB.
Oleh itu beliau percaya proses migrasi tersebut ditandatangani pada awal tahun hadapan.

Lebih 38,000 pelajar dapat biasiswa Yakin
Aslani M, | 08 Okt 2013 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan