Isnin, 7 Oktober 2013

PANDAI2 TUPAI MELOMPAT AKHIR JATUH KETANAH JUA....KADANG2 ALLAH BAYAR CASH DIDUNIA...BAGI KEJAHATAN YANG KITA BUAT...BERKUASA KITA SELAGI HIDUP DAH MATI TERIMALAH HUKUMAN DARI ALLAH SWT

Berita macam ni payah jumpa di media perdana

http://kachipemas.blogspot.com, 07 Okt 2013

Oh. Ya .Berita Macam ni Payah Nak Jumpa Dalam Media Perdana.

Oh..berita macam ni payah nak jumpa dalam media perdana..betui tu..kalau depa nak tibai negeri PR ..benda yang kecil pun depa tibai..kalau perkara yang tidak menguntungkan ..lebih baik disembunyikan..

Rayuan sumbangan bantu pelarian Syria

Harakahdaily, 07 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melalui Lajnah Kebajikan dan Lajnah Antarabangsa telah menyediakan tabung Rayuan Sumbangan Misi Kemanusiaan Cakna Ummah yang akan diagihkan kepada Kem Pelarian Syria.

Ketua Lajnah Kebajikan DPPM, Mohd Adram Musa, berkata pihaknya berharap agar dapat membantu mereka yang tertindas akibat krisis dan pergolakan yang berlaku di Syria.

"Insya Allah pihak DPPM akan mengagihkan bantuan ini ke kem-kem pelarian Syria pada pertengahan Oktober ini untuk meringankan penderitaan mereka yang sangat terdesak dan memerlukan," ujarnya lagi.

Sementara itu, Naib Ketua DPPM, Dr Raja Iskandar Al Hiss berkata, tabung itu adalah simbol kebersamaan dan cakna pihaknya yang konsisten terhadap isu-isu kemanusiaan antarabangsa terutama yang melibatkan umat Islam yang merupakan saudara seagama.

Justeru, katanya DPPM mengharapkan sokongan atas kesedaran dan ihsan yang timbul dalam diri kita semua untuk membantu mereka yang memerlukan.

Maklumat dan keterangan lanjut boleh didapati dengan melayari www.pemuda.pas.org.my atau menghubungi melalui talian hotline 013-3845555 dan melalui emel kebajikanpemuda@pas.org.my.

Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Dewan Pemuda PAS Pusat, Bank Islam 14014010026320.

Audit: Tak pelik Umno BN memang boros, rasuah

Harakahdaily, 07 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Laporan tahunan Ketua Audit Negara seperti kebiasaannya penuh dengan pendedahan sensasi namun ianya tidak mengejutkan dengan mengambilkira sifat pemerintah Umno BN yang boros, tidak cekap dan rasuah.

“Ketidakcekapan dan ketirisan sebeginilah yang menyebabkan kerajaan saban tahun, tanpa segan silu, memohon belanja tambahan sehingga menjadikan situasi defisit fiskal negara semakin parah,” kata Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan.

Malah, katanya untuk tahun 2013, pemerintah memohon RM14.12 billion belanja tambahan, hatta sistem perakaunan kerajaan (Saga) yang sepatutnya digunakan untuk mencatat perbelanjaan pun turut disebut Ketua Audit Negara berdepan masalah.

Menurutnya, antara yang paling membimbangkan, kerugian pelaburan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) di dalam syarikat Time dotCom (TdC) Berhad berjumlah sehingga RM209 juta.

Beliau berkata, menggunakan wang amanah pencen pesara untuk melabur di dalam sebuah syarikat yang pasaran sedia maklum bermasalah merupakan satu keputusan yang membingungkan.

“Sekarang, pelaburan ini mencatatkan kerugian besar. Maka siapa yang harus bertanggungjawab?” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Temerloh dalam satu kenyataan.

Bagi Pemuda PAS, tegasnya itulah kesan bail-out kerajaan menggunakan wang rakyat demi menyelamatkan kroni-kroni mereka.

Hakikatnya, kata beliau pemerintah telah sekian lama menggunakan dana rakyat untuk membiaya projek dan syarikat yang tidak mempunyai daya saing sehingga menghambat prestasi ekonomi negara.

“Pendedahan ini sekaligus menambah kesangsian mengenai status pelaburan dan kewangan kumpulan-kumpulan wang seperti KWSP,” ujarnya.

Menurutnya lagi, sebagai susulan kepada laporan audit ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa Jawatankuasa Audit Parlimen (PAC) untuk memulakan enkuiri mendalam terhadap pelaburan dan penggunaan dana kumpulan-kumpulan wang negara khususnya KWSP dan KWAP.

Justeru, ujar beliau sudah tiba masanya pemerintah dan kroni-kroni mereka berhadapan dengan tindakan akauntabiliti agar rakyat benar-benar faham bagaimana wang caruman mereka digunakan.

Mukhriz: Anak tempatan antara calon Sg Limau

Anak tempatan antara yang bakal menjadi pilihan untuk diletak sebagai calon BN pada pilihan raya kecil DUN Sungai Limau pada 4 Nov.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata bagaimanapun, pihaknya masih menilai beberapa calon yang sesuai bagi mewakili BN di kawasan itu.

Menteri Besar Kedah itu akan bertemu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan persiapan pilihan raya kecil itu hari ini.

"Esok saya akan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri untuk bincang mengenai persiapan pilihan raya, termasuk calon yang akan diletak di kawasan itu, saya ingat orang tempatan dan seboleh-bolehnya yang mendekati serta disenangi rakyat, itu antara beberapa kriteria yang akan diperhalusi, boleh kita banggakan.

"Buat masa ini, kita masih di peringkat menilai beberapa orang calon yang sesuai dan tidak menolak kemungkinan antara kriteria yang dikenal pasti adalah seorang calon tempatan," katanya selepas majlis Pengenalan Calon Ahli Majlis Tertinggi dan Exco Pergerakan Sayap Umno di stadium tertutup di Gong Badak semalam.

Mukhriz berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan kerusi DUN Sungai Limau menjadi milik BN pada PRK itu nanti meskipun kawasan itu merupakan kubu kuat PAS.

Beliau berkata calon yang bakal diketengah mungkin juga seorang ahli agama dan profesional, namun tidak semestinya orang muda.

"Kawasan itu adalah satu tempat yang agak payah untuk BN merampas kembali namun ia tidak bermakna kita akan serah diri di peringkat awal, kita akan berusaha untuk yakini pengundi di Sungai Limau," katanya.

Mukhriz juga berkata pihaknya akan berkempen secara berhemah dan menggunakan cara sedikit berbeza dengan tempat lain kerana Sungai Limau merupakan kawasan bekas Menteri Besar Kedah (Allahyarham Tan Sri Azizan Abu Bakar).

PRK Sungai Limau diadakan berikutan kematian Azizan dari PAS akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 26 Sept lepas.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Azizan mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru yang turut membabitkan sepupunya, Mohd Fazillah Mohd Ali dari BN.

- Bernama
Anwar kata tak pernah lihat DAP promosi Kristian

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk pihak yang menimbulkan dakwaan bahawa DAP cuba menyebar fahaman Kristian di Pulau Pinang.
Anwar yang bercakap kepada pemberita di Seberang Jaya hari ini menafikan dakwaan ke atas DAP dan ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng itu dan menambah, beliau tidak pernah menyaksikan usaha seperti itu dilakukan.

"Dari pertemuan kami dan daripada dokumen yang saya terima atau lihat dari DAP, parti atau pemimpinnya tidak pernah membangkitkan isu seperti itu,” katanya kepada pemberita hari ini.

“Tentulah jika mereka cuba, PAS dan PKR tidak akan membenarkannya,” katanya.

Anwar berkata hubungan baik antara kaum dan agama pelu dipelihara dan beliau berasa bertanggungjawab untuk memastikan perkara ini.

"Mana-mana kumpulan yang ingin membangkitkan sentimen kaum dan agama perlu ditolak, walaupun jika mereka dari masyarakat Islam,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika mengulas mengenai pertemuannya dengan Paus Francis I di Rome baru-baru ini selepas menghadiri dialog antarabangsa yang membincangkan soal keamanan dan keadilan.
DAP sebelum ini didakwa cuba mengadakan rancangan untuk menubuhkan negara Kristian apabila beberapa orang wakilnya menghadiri pertemuan tertutup dengan paderi Kristian.

Beberapa laporan polis dibuat ke atas DAP dan paderi tersebut dan kes berkenaan kemudiannya ditutup tanpa apa-apa tindakoan ke atas mana-mana pihak.

Anwar berkata kumpulan pro-Melayu seperti PERKASA mendakwa kerajaan Pulau Pinang menyisihkan orang Melayu dan memberi amaran bahawa satu rusuhan kaum akan berlaku sekiranya keadaan tersebut berterusan.

“Saya ingin tanya, kenapa mereka tidak salahkan Umno kerana sejak pentadbiran mereka (sejak Merdeka) kos petrol, barang keperluan dan pinjaman pelajaran kerajaan meningkat?,” katanya.
Penyamun jatuh longkang, dibelasah orang ramai

Malang berganda menimpa seorang lelaki berusia 34 tahun yang menyamun sebuah bengkel membaiki kereta di Bayan Baru di George Town hari ini apabila dia bukan sahaja terjatuh ke dalam longkang selepas dikejar pemilik premis itu malah turut dibelasah orang awam hingga cedera parah.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata dalam kejadian pukul 5.50 pagi itu suspek bersama seorang rakannya memecah masuk bengkel berkenaan namun hanya sempat mengambil dua komponen alat ganti kenderaan sebelum pemiliknya yang berada di dalam bengkel menyedari kejadian itu dan mengejar mereka.

"Seorang daripada suspek terjatuh ke dalam longkang sebelum dia dipukul beberapa individu tidak dikenali manakala rakannya menghilangkan diri," katanya kepada pemberita.

Susulan kejadian itu, katanya, suspek patah tangan serta kaki selain lebam di seluruh badan sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang dengan ambulans.

Mohd Hatta berkata siasatan lanjut mendapati suspek tiada rekod lampau bagaimanapun hasil rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian mendapati dia pernah beberapa kali mencuri pelbagai barangan di bengkel sama.

Beliau berkata polis masih belum dapat merekodkan keterangan lelaki yang baru menjalani pembedahan itu kerana keadaannya masih lemah.

- Bernama

Tiada ulasan: