Pelatih mati: Kaji semula keberkesanan PLKN
Anis Nazri, | 01 Okt 2013 |
Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin berkata kes kematian pelatih itu perlu dibincangkan secara serius kerana ia membimbangkan rakyat Malaysia, khususnya ibu bapa yang menghantar anak mereka ke PLKN.
Malah, tambah beliau, selain kematian dalam latihan PLKN, terdapat juga dakwaan berkaitan kes rogol yang berlaku di kem tersebut.
"Saya melihat ia sebagai satu isu yang perlu dibincangkan di parlimen. Tapi sayangnya dengan apa yang berlaku kontrak pengarah PLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechik masih disambung semula, sedangkan dia sepatutnya bertanggungjawab dengan keadaan itu," tegas beliau pada satu sidang media, di lobi parlimen, hari ini.
Hanipa memaklumkan, baru-baru ini terdapat kematian seorang pelatih PLKN, di Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah, Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, dijumpai dalam keadaan terbaring di bilik air sebelum disahkan meninggal dunia.
Laporan awal bedah siasat mendapati punca kematian Suhaimi disebabkan pendarahan dalam kepala akibat hentakan objek tumpul selepas disyaki terlibat dalam satu pergaduhan.
Sebelum itu, beliau mengemukakan usul bagi membincangkan isu tersebut di bawah Peraturan mesyuarat 18 (1) dan (2), bagaimanapun ditolak di dalam kamar kerana dikatakan isu itu sedang dalam siasatan pihak polis.
Beliau yang kecewa dengan penolakan usul itu bagaimanapun menuntut agar kerajaan mengambil tanggungjawab untuk mengkaji semula program tersebut bagi memastikan kes kematian sedemikian tidak berulang.
Laporan Audit: Pendapatan SSIC 2011 meningkat
Muhammad Faizal, | 01 Okt 2013 |
SSIC merupakan milik penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) bukan sebuah entiti yang berorientasikan keuntungan tetapi berteraskan perkhidmatan dan perjalanan aktiviti syarikat dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri.
Pengauditan yang dijalankan antara bulan Julai hingga Oktober 2012 mendapati status kewangan SSIC memperolehi lebihan pendapatan bagi tahun 2011 sebanyak RM1.08 juta berbanding 2009 hanya RM0.54 juta.
Sehingga 31 Disember 2011, lebihan pendapatan terkumpul SSIC adalah RM1.99 juta, lebihan pendapatan ini merupakan lebihan geran yang diperolehi daripada kerajaan negeri.
SSIC mencatatkan lebihan pendapatan pada tahun 2009, 2010 dan 2011 masing-masing berjumlah RM0.54 juta, RM0.11 juta dan RM1.08 juta.
Audit turut berpendapat, pengurusan aktiviti yang cekap akan memastikan kelancaran perjalanan syarikat dan seterusnya menjamin pencapaian objektif.
Objektif utama SSIC adalah untuk menjana ekonomi Negeri Selangor dengan meningkatkan kemasukan pelaburan sama ada dari dalam atau luar negara.
Berdasarkan Laporan Prestasi Pelaburan di Negeri Selangor yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), jumlah pelaburan negeri itu bagi tahun 2009 hingga September 2012 adalah berjumlah RM33.81 bilion dengan 1,052 pelabur. Jumlah pelaburan ini meliputi sektor perindustrian sahaja.
Analisis Audit mendapati prestasi pelaburan meningkat kepada RM10.64 bilion pada tahun 2010 berbanding RM6.75 bilion pada tahun 2009.
Bagaimanapun tahun 2011, prestasi pelaburan menurun kepada RM8.74 bilion, ini disebabkan oleh perubahan bilangan pelabur yang keluar masuk di Negeri Selangor.
Berdasarkan kepada pengiraan secara purata bulanan bagi jumlah pelaburan sehingga bulan September 2012, jumlah pelaburan pada akhir tahun 2012 dianggarkan akan meningkat kepada RM10.23 bilion.
Ketua Audit Negara berpendapat bagi meningkatkan jumlah pelaburan di Negeri Selangor, SSIC disarankan agar mempertingkatkan usaha dalam membawa industri lain antaranya sektor perkhidmatan dan asas tani sebagai pelaburan baru di Negeri Selangor.
EDISI KANTOI!!! ... LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 MEMBUKTIKAN PERTUNJUKKAN K-POP BUKAN TAJAAN TAPI MENGGUNAKAN WANG KERAJAAN!!!!!!
Setelah setahun menipu dan memperdayakan rakyat akhirnya terbongkar jua.
Kementerian Belia Dan Sukan ketika diajukan soalan mengenai perbelanjaan membawa masuk kumpulan k-pop dari Korea Selatan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di Putrajayadari 23 hb Mei 2012 hingga 27 hb Mei 2012 tiada sedikit pun menggunakan dana kerajaan tetapi sebaliknya ditaja.
Tetapi mengikut laporan Ketua Audit Negara 2012 membuktikan sebaliknya... RM 1,600,000 ( satu juta dan enam ratus ribu ringgit) dibelanjakan untuk membawa masuk kumpulan k-pop dari Korea Selatan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 dengan pihak Ketua Audit Negara membuat catatan betapa kosnya terlalu tinggi dan tidak selaras peraturan perbelajaan berhemat .. pendek kata tidak berbaloi dan boros!!!!
Mengapa Kerajaan UMNO/BN sanggup menipu dan berbohong kepada rakyat dalam isu ini?
Tidak termasuk membayar upah 50 bloggers yang berjumlah Rm107,500 ( seratus tujuh ribu dan lima ratus ringgit).
Sampai bilakah rakyat terus di tipu oleh kerajaan UMNO dibawah pimpinan Najib Razak?
Program hadiah masuk universiti capai sasaran
Harakahdaily, | 01 Okt 2013 |
KUALA LUMPUR:
Laporan Ketua Audit Negara 2012 merumuskan bahawa program Hadiah Anak
Masuk Universiti yang diperkenal kerajaan Selangor adalah baik dan
mencapai sasaran.
Menurut laporan itu, audit yang telah dijalankan mendapati 87.8 peratus atau sebahagian besar golongan sasar menerima manfaat dari program tersebut.
"Semakan audit mendapati prestasi Hadiah Pelajar Institut Pengajian Tinggi adalah baik kerana bilangan penerima wang bagi bulan Julai 2008 hingga 2012 adalah tinggi iaitu 32,130 (87.8%) daripada 36,000 yang disasarkan.
"Maklumbalas yang diterima terhadap impak program ini kepada penerima wang hadiah juga adalah menggalakkan," kenyataan itu dipetik.
Program pemberian hadiah kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti diperkenal kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mulai 1 Julai 2008, kira-kira lima bulan mentadbir negeri itu selepas menang pilihan raya umum ke-12.
Bantuan tunai sebanyak RM1000 ini diberikan kepada mereka yang ditawarkan menlanjutkan pengajian bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di institut pengajian tinggi.
Dalam pada itu, laporan audit juga turut membuat beberapa syor bagi meningkatkan lagi kejayaan program ini.
Ianya termasuk soal dokumen pengesahan, senarai pihak yang dibenar memperakui dokumen dan polisi bertulis untuk kelulusan permohonan secara rayuan.
AMPANG: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pertemuannya dengan para artis hijrah adalah antara perkara paling menggembirakan sepanjang 23 tahun bergelar Menteri Besar.
Katanya, walaupun sebahagian artis merasa janggal untuk bersama dengan pemimpin politik seperti beliau, namun Tuan Guru Nik Aziz bersyukur kerana mereka sudi untuk mengunjunginya dan beramah mesra.
“Keadaan itu berlaku membuatkan saya rasa terharu, sebak malah saya menitis air mata bila mengenangkan perkara ini.
“Mungkin ianya mustahil golongan artis untuk bersama saya, dan saya juga mungkin dianggap begitu, tetapi itulah yang berlaku,” ujarnya.
Katanya, golongan artis bukan insan yang buruk sifat malah sebaliknya mampu dijadikan ikon masyarakat apa lagi bagi mereka yang berpegang kepada syariat Islam.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ramah Mesra Kerajaan Negeri Kelantan Bersama Selebriti yang diadakan di sebuah hotel, dekat sini, Ahad lalu.
Program diadakan bagi meraikan golongan artis dan selebriti yang pernah menjayakan majlis anjuran kerajaan Kelantan dari 2008 hingga 2013 terutamanya program "Bicara Selebriti".
Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dan Timbalannya Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Antara selebriti dan artis yang hadir ialah Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mustafa Kamal, Noryn Aziz, Bob Lokman, Yatt Hamzah, Akhil Hayy, Waheeda, Rabbani, Ainan Tasneen dan lain-lain lagi.
Sambungnya, Kerajaan Negeri Kelantan di bawah pentadbirannya sering 'merentas arus' dengan pihak lain untuk masa depan dan kebaikan rakyat.
“Pernah saya mula-mula pegang Kerajaan Kelantan dahulu, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir nak jadikan negara ini negara perindustrian, saya pula nak jadikan Kelantan negeri pertanian.
"Begitu juga ketika orang memandang rendah pada pekerja kilang, saya jaga imej mereka dengan tidak membenarkan bekerja di waktu malam di samping menyeru pada mereka supaya hadir pada kelas-kelas ilmu,” ujarnya.
Begitu juga katanya, sewaktu ada segelintir masyarakat tidak suka kepada artis, Kerajaan Kelantan membuka pintunya untuk golongan itu datang bagi berkongsi pengalaman dan sebagainya.
Jelasnya, golongan artis ialah antara insan yang paling rapat dengan masyarakat.
“Mereka orang yang paling mudah untuk menarik minat masyarakat ke arah mana sekalipun.
“Andai kita membawa mereka pada jalan yang baik, kebaikan akan mereka ikuti dan begitulah sebaliknya. Jadi jadilah artis yang disayangi dan dihormati masyarakat,” ujarnya.

Bersama artis saat paling gembira saya - TG Nik Aziz
Rizal Tahir, | 01 Okt 2013 |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan