Syiah adalah ahlul bid'ah dan pelampaunya adalah kufur
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, | 07 Okt 2013 |
1. Syiah merupakan satu aliran mazhab yang bercanggah dengan ahlu sunnah wal jamaah.
2. Pelampau Syiah boleh membawa kekufuran seperti mengkafirkan sahabat-sahabat Nabi saw dan melampau dalam mengagongkan Ali r.a.
3. Atas kecelaruan dan kesesatan fahaman Syiah, ia tidak wajar dibiarkan tersebar di Malaysia. Pihak berkuasa perlu bertindak menurut lunas undang-undang bagi menyekat penyebaran fahaman ini
4. Penjelasan tentang ajaran dan kesesatan Syiah mesti sentiasa dilakukan supaya tidak ada kalangan ahli sunnah wal jamaah yang terpengaruh sama ada pada pemikirannya atau pada fiqhnya yang bercanggah dengan al-Quran dan al-Hadis.
5. PAS sebagai gerakan Islam yang berpegang dengan fahaman ahli sunnah waljamaah tidak membolehkan ahlinya berfahaman Syiah.
* Penulis adalah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat
Laporan Audit dan kisah Umar dengan pelitanya
http://lanh14.blogspot.com, | 09 Okt 2013 |
DENGAN nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang; selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.
Renungan
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menyeret pakaiannya kerana sombong, maka Allah tidak akan memandangnya pada hari kiamat." (Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan pelbagai kelemahan termasuk pemborosan dan pembaziran wang rakyat oleh pemimpin (ingat semua orang adalah pemimpin) yang menurut sesetengah penganalisis sebagai tidak masuk akal. Benar, apakah masuk akal jika sebuah jam dinding RM100 dibeli dengan harga RM3,810 manakala sebuah teropong visi malam pada harga pasaran RM1,940 dibeli dengan harga RM56,350!
Namun hanya segelintir pihak dan individu yang peduli; yang lain berkata "apa hendak dirisaukan, itu bukan duit saya dan saya tidak ada kena mengena dengannya." Demikianlah manusia, jika tiada petunjuk dan undang-undang daripada Yang Maha Berkuasa, mereka pula 'berlagak bagaikan Tuhan.' Mereka beramal 'ikut suka aku' (nafsu). Segala serakah nafsu itu hanya boleh ditundukkan dengan undang-undang-Nya. Namun itu tiada di negara ini kerana majoriti pemimpinnya bertuhankan nafsu!
Selagi pemimpin berciri ini berkuasa, usah bermimpilah kita untuk menemui 'seorang Umar Abdul Aziz' - baginda cukup takut menggunakan harta kerajaan tidak pada tempatnya sehinggakan pelita dinyalakan anaknya untuk suatu urusan peribadi dipadamkannya kerana takut menyalahgunakan harta awam. Tetapi, majoriti pemimpin hari ini tiada kualiti itu iaitu ciri orang beriman yang apabila melakukan sesuatu kesalahan kecil melihatnya bagaikan gunung yang mahu menghempap mereka. Mereka bukan saja tidak melihat ancaman itu bahkan tidak berasa bersalah pun!
Jadi apa yang boleh mengajar manusia termasuk pemimpin? Cendekiawan Islam seperti Sayyid Abul A'la Maududi menegaskan tidak ada sistem pemerintahan pun yang akan berjaya jika pemimpinnya tidak mempunyai akhlak yang tinggi dan masyarakatnya tidak bertakwa dan amanah.
Namun hari ini kita dapat saksikan betapa longgarnya pemimpin kita dari segi akhlak. Amalan rasuah, salah guna kuasa, boros, cakap tak serupa bikin, aneka jenayah dan maksiat semakin menjadi-jadi. Perilaku buruk ini menjadi ikutan rakyat; peribahasa Melayu ada menyebutkan bagaimana acuan begitulah kuihnya ataupun bapa borek anak rintik.
Islam dan segala hukum-hakamnya termasuk hudud adalah penyelamat kepada kehidupan manusia tetapi majoriti pemimpin enggan menerimanya. Mereka takut jika undang-undang ini dilaksanakan akan terkena batang hidung sendiri kerana Nabi ada menyebut dalam sebuah hadisnya bahawa jika anak kesayangan baginda, Fatimah mencuri nescaya akan dipotong tangannya bagi menunjukkan tiada pilih bulu dalam melaksanakan hukum Allah.
Berdasarkan keengganan mereka kepada hukum Allah, sahlah mereka tidak layak menjadi pemimpin; tetapi ditakdirkan mereka sudah berada di kedudukan itu (tidak kiralah sama melalui jalan benar atau batil) akan berterusanlah penyelewengan dan ketidaktelusan sekalipun didedahkan saban tahun termasuklah oleh Laporan Ketua Audit Negara.
Tanpa iman atau iman tipis (tidak melihat gunung mahu menghempap mereka jika melakukan sesuatu kesalahan kecil) maka pemimpin-pemimpin ini akan bersahaja dalam melakukan penyelewengan termasuk membazir wang rakyat dan mengamalkan rasuah; lebih-lebih lagi tiada hukuman dikenakan ke atas mereka. Mereka terus mahu mendaki puncak kuasa parti dan negara sekalipun pernah dibabitkan dengan kesalahan rasuah dan penyelewengan lain.
Namun agak menghairankan sesetengah rakyat terus memilih mereka sebagai pemimpin. Kenapa? Ya mungkin kedua-duanya (pemimpin dan rakyat) sama-sama tidak berilmu (jahil akhirat), tidak beriman atau beriman tipis - mereka dua kali lima saja, Nauzubillah!
Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pulau Pinang memberi
perhatian serius dan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah
pencemaran habuk besi dan bunyi bising yang di hadapi oleh 200 penduduk
Kampung Padang Lalang dekat Nibong Tebal daerah Seberang Perai Selatan
(SPS) di sini.
Masalah yang berpunca dari operasi sebuah kilang berhampiran kampung itu sudah lama berlaku tetapi tidak ada tindakan berkesan yang diambil oleh pihak berkenaan. Akibatnya penduduk-penduduk yang terlibat mengalami gatal kulit, lelah dan batuk. Habuk besi dari kilang ini juga mengotori rumah mereka dan mencemarkan makanan yang dihidang.
Di samping pencemaran habuk besi penduduk-penduduk di kampung ini turut mengalami gangguan bunyi bising kerana pengusaha kilang itu menggunakan generator untuk mengayak bahan tersebut.
SAM kesal walau pun kejadian itu telah lama mengancam kehidupan penduduk-penduduk di sini namun tidak ada tindakan tegas yang diambil oleh pihak berwajib. Baru-baru ini sekumpulan penduduk yang terlibat telah mengadakan bantahan di hadapan kilang agar masalah pencemaran ini tidak berlarutan.
SAM percaya jika keadaan ini dibiarkan kesihatan penduduk terbabit terutama kanak-kanak akan terjejas dengan lebih serius lagi pada masa akan datang.
SAM turut menggesa pihak-pihak yang terlibat seperti Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kesihatan menyiasat serta mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha kilang di sini.
SAM mendapat tahu kilang tersebut beroperasi secara haram dan pernah dirobohkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) namun kegiatannya masih diteruskan hingga sekarang. SAM menegaskan tindakan undang-undang perlu diambil jika kilang ini melanggar peraturan-peraturan yang termaktub dibawah akta berkaitan.
SAM mencadangkan supaya penduduk-penduduk yang terjejas kesihatan atau mengalami kerugian akibat kesan pencemaran yang berlaku diberi pampasan bagi meringankankan beban dan penderitaan hidup yang di alami selama ini.

Atasi segera pencemaran habuk besi
SM Mohamed Idris Presiden SAM, |

Kita dilanda atmosfera seksual?
Nurr Wahda Islamiah, |
Bukanlah satu perkara yang menghairankan sekiranya kes rogol ini hanya
membabitkan wanita seksi yang menggoda, tetapi apabila kita baca di
media cetak, ternyata mangsa kes rogol ini membabitkan golongan seperti
warga emas, anak kecil dan pelajar sekolah.
Kes buang anak dan bayi yang juga berleluasa diikuti dengan kes bunuh anak yang meningkat secara mendadak serta kes cerai.
Meneliti kes yang pertama iaitu kes rogol yang membabitkan wanita tua dan anak kecil yang pastinya jika difikir secara logik golongan seperti ini tidak seharusnya menjadi sasaran perogol.
Saya tertanya-tanya apakah ini mencerminkan kewujudan atmosfera seksual yang semakin berleluasa di negara ini?
Sehinggakan golongan perogol dilihat begitu terdesak melepaskan nafsu serakah mereka terhadap golongan ini.
Pedih dan sesal! Itulah ungkapan mampu saya lahirkan setiap kali membaca laporan kes rogol yang semakin meningkat di Malaysia.
Pastinya mengejutkan tatkala mengetahui mangsa itu termasuk kanak-kanak dan nenek tua, tidak kurang juga kes liwat membabitkan bayi dan kanak-kanak.
Kes yang kedua iaitu kes buang bayi, diikuti kes bunuh bayi ini pastinya memberi gambaran kepada kita akan pergaulan bebas dan zina yang semakin menjadi-jadi di negara ini.
Jika benar, (dan memang benar) masyarakat kita ini sudah digelumangi atmosfera seksual, maka itu petanda masyarakat kita akan hancur.
Akibatnya negara kita juga akan hancur disebabkan oleh spiritual rakyatnya yang sakit, jauh daripada kesucian yang menjadi tonggak kemajuan sesuatu individu, keluarga, masyarakat dan akhirnya negara secara keseluruhannya.
Tidak pelik aura seksual itu semakin berleluasa, semakin menjadi-jadi kerana wujudnya beberapa faktor ini.
Inilah yang ingin saya kemukakan sekian lama, mudah-mudahan kita masih punya harapan untuk melakukan satu penambahbaikan untuk menyelamatkan keadaan sebelum ia terlambat.
Faktor yang menyebabkan tersebarnya aura seksual dalam kalangan masyarakat itu ada banyak.
Saya cuba sedaya-upaya menggariskan beberapa faktor, pertama media.
Sering kali media menyiarkan gambar yang boleh menggoncangkan iman, merangsang hawa nafsu pembaca.
Minda pelajar khususnya pasti akan tercemar dan tidak hairan jika selepas ini mereka tidak mampu menumpukan perhatian dalam pelajaran.
Faktor kedua, faktor hijab. Seperti yang kita sering lihat, kes zina dan buang bayi berpunca daripada aura seksual yang berleluasa.
Peningkatan aura seksual itu adalah disebabkan kurangnya atau longgarnya kita dalam isu menjaga hijab.
Hijab itu penting untuk mengelak daripada perkara seperti merangsang hawa nafsu yang bukan mahram.
Cuba lihat artis kita yang menjadi figura awam. Lihatlah cara berpakaian artis wanita yang sangat menjolok mata dengan pakaiannya yang seksi, ketat, mendedahkan lengan, paha serta mendedahkan sebahagian dada.
Kita sering menekankan wanita Muslim untuk menutup aurat, memakai tudung.
Saya tidak nampak apa bezanya kita hanya menyuruh wanita Muslim memakai pakaian sopan sedangkan wanita bukan Muslim begitu bebas berpakaian mendedahkan sebahagian besar tubuh mereka.
Sekurang-kurangnya kita harus mewajibkan seluruh rakyat Malaysia untuk berpakaian sopan. Ini lebih baik daripada membiarkan sebahagian mereka berpakaian tidak senonoh dan merosakkan mata yang memandangnya.
Saya ingin mengemukakan beberapa cadangan dan penyelesaian yang boleh dipertimbangkan.
Yang pertama ialah mewujudkan pasukan pemantau media cetak daripada menyiarkan gambar yang kurang sopan.
Kedua, memantau media massa daripada menyiarkan iklan yang tidak wajar.
Juga bekerjasama dengan pakar teknologi maklumat untuk menghalang laman web yang tidak sepatutnya seperti laman web pornografi.
Ketiga, satu tindakan yang mewajibkan rakyat tidak kira Muslim atau bukan Muslim untuk berpakaian sopan demi kebaikan bersama.
Keempat, teruskan mengkaji untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah-masalah sosial ini.
Menekankan dan menitikberatkan peranan semua pihak iaitu ibu bapa, guru, persatuan sosial dalam menangani masalah sosial ini sebelum terlambat.
- Kuala Lumpur
Tidak lama lagi seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil
Adha atau Hari Raya Haji. Hari Raya Aidil Adha adalah salah satu hari
kebesaran Islam yang amat penting dalam kalender Islam dan kita akan
bertakbir dan bertahmid bermula pada malam 10 Zulhijjah selama 4 hari.
Ditambahkan lagi dengan majlis korban di sana sini selama 4 hari
berturut-turut. Sambutan Hari Raya Korban ini disambut dengan
besar-besaran sebagai menandakan bahawa kita cinta kepada Islam.
Justeru, dicadangkan supaya cuti Hari Raya Aidil Adha ini dikembalikan kepada dua hari sebagai cuti umum negara yang diwartakan. Hal ini adalah kerana ramai antara umat Islam yang tidak dapat bersama-sama menyertai majlis korban pada hari kedua. Untuk meraikan bersama keluarga yang tercinta dan dapat pula bersama masyarakat setempat bergotong-royong mengadakan aktiviti majlis korban ini.
Jika cuti dua hari diberikan, umat Islam dapat meraikannya dengan mengadakan berbagai-bagai program bercorak keagamaan di Masjid dan Surau serta dapat merapatkan lagi hubungan umat tentang kebesaran 'korban' itu sendiri.
Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) memang ditubuhkan bagi membantu ahli Umno kata Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Datuk Abdul Rahim Hassan.
Ini kerana menurutnya, Tekun merupakan hasil usaha Umno bagi memperkasakan ekonomi kaum Melayu dalam parti itu.
Bagaimana pun beliau menafikan Tekun menolak seratus-peratus permohonan mereka yang bukan dari Umno.
Baca lagi
Kes buang anak dan bayi yang juga berleluasa diikuti dengan kes bunuh anak yang meningkat secara mendadak serta kes cerai.
Meneliti kes yang pertama iaitu kes rogol yang membabitkan wanita tua dan anak kecil yang pastinya jika difikir secara logik golongan seperti ini tidak seharusnya menjadi sasaran perogol.
Saya tertanya-tanya apakah ini mencerminkan kewujudan atmosfera seksual yang semakin berleluasa di negara ini?
Sehinggakan golongan perogol dilihat begitu terdesak melepaskan nafsu serakah mereka terhadap golongan ini.
Pedih dan sesal! Itulah ungkapan mampu saya lahirkan setiap kali membaca laporan kes rogol yang semakin meningkat di Malaysia.
Pastinya mengejutkan tatkala mengetahui mangsa itu termasuk kanak-kanak dan nenek tua, tidak kurang juga kes liwat membabitkan bayi dan kanak-kanak.
Kes yang kedua iaitu kes buang bayi, diikuti kes bunuh bayi ini pastinya memberi gambaran kepada kita akan pergaulan bebas dan zina yang semakin menjadi-jadi di negara ini.
Jika benar, (dan memang benar) masyarakat kita ini sudah digelumangi atmosfera seksual, maka itu petanda masyarakat kita akan hancur.
Akibatnya negara kita juga akan hancur disebabkan oleh spiritual rakyatnya yang sakit, jauh daripada kesucian yang menjadi tonggak kemajuan sesuatu individu, keluarga, masyarakat dan akhirnya negara secara keseluruhannya.
Tidak pelik aura seksual itu semakin berleluasa, semakin menjadi-jadi kerana wujudnya beberapa faktor ini.
Inilah yang ingin saya kemukakan sekian lama, mudah-mudahan kita masih punya harapan untuk melakukan satu penambahbaikan untuk menyelamatkan keadaan sebelum ia terlambat.
Faktor yang menyebabkan tersebarnya aura seksual dalam kalangan masyarakat itu ada banyak.
Saya cuba sedaya-upaya menggariskan beberapa faktor, pertama media.
Sering kali media menyiarkan gambar yang boleh menggoncangkan iman, merangsang hawa nafsu pembaca.
Minda pelajar khususnya pasti akan tercemar dan tidak hairan jika selepas ini mereka tidak mampu menumpukan perhatian dalam pelajaran.
Faktor kedua, faktor hijab. Seperti yang kita sering lihat, kes zina dan buang bayi berpunca daripada aura seksual yang berleluasa.
Peningkatan aura seksual itu adalah disebabkan kurangnya atau longgarnya kita dalam isu menjaga hijab.
Hijab itu penting untuk mengelak daripada perkara seperti merangsang hawa nafsu yang bukan mahram.
Cuba lihat artis kita yang menjadi figura awam. Lihatlah cara berpakaian artis wanita yang sangat menjolok mata dengan pakaiannya yang seksi, ketat, mendedahkan lengan, paha serta mendedahkan sebahagian dada.
Kita sering menekankan wanita Muslim untuk menutup aurat, memakai tudung.
Saya tidak nampak apa bezanya kita hanya menyuruh wanita Muslim memakai pakaian sopan sedangkan wanita bukan Muslim begitu bebas berpakaian mendedahkan sebahagian besar tubuh mereka.
Sekurang-kurangnya kita harus mewajibkan seluruh rakyat Malaysia untuk berpakaian sopan. Ini lebih baik daripada membiarkan sebahagian mereka berpakaian tidak senonoh dan merosakkan mata yang memandangnya.
Saya ingin mengemukakan beberapa cadangan dan penyelesaian yang boleh dipertimbangkan.
Yang pertama ialah mewujudkan pasukan pemantau media cetak daripada menyiarkan gambar yang kurang sopan.
Kedua, memantau media massa daripada menyiarkan iklan yang tidak wajar.
Juga bekerjasama dengan pakar teknologi maklumat untuk menghalang laman web yang tidak sepatutnya seperti laman web pornografi.
Ketiga, satu tindakan yang mewajibkan rakyat tidak kira Muslim atau bukan Muslim untuk berpakaian sopan demi kebaikan bersama.
Keempat, teruskan mengkaji untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah-masalah sosial ini.
Menekankan dan menitikberatkan peranan semua pihak iaitu ibu bapa, guru, persatuan sosial dalam menangani masalah sosial ini sebelum terlambat.
- Kuala Lumpur
Kembalikan cuti Hari Raya Haji
Syed Abdullah Syed Osman , |
Justeru, dicadangkan supaya cuti Hari Raya Aidil Adha ini dikembalikan kepada dua hari sebagai cuti umum negara yang diwartakan. Hal ini adalah kerana ramai antara umat Islam yang tidak dapat bersama-sama menyertai majlis korban pada hari kedua. Untuk meraikan bersama keluarga yang tercinta dan dapat pula bersama masyarakat setempat bergotong-royong mengadakan aktiviti majlis korban ini.
Jika cuti dua hari diberikan, umat Islam dapat meraikannya dengan mengadakan berbagai-bagai program bercorak keagamaan di Masjid dan Surau serta dapat merapatkan lagi hubungan umat tentang kebesaran 'korban' itu sendiri.
Patutlah hantar 'surat menangis' peminjam Tekun ahli Umno
http://greenboc.blogspot.com, | 08 Okt 2013 |
Patutlah sampai terpaksa hantar 'Surat Menangis', majoriti peminjam TEKUN ahli UMNO rupanya..
Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) memang ditubuhkan bagi membantu ahli Umno kata Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Datuk Abdul Rahim Hassan.
Ini kerana menurutnya, Tekun merupakan hasil usaha Umno bagi memperkasakan ekonomi kaum Melayu dalam parti itu.
Bagaimana pun beliau menafikan Tekun menolak seratus-peratus permohonan mereka yang bukan dari Umno.
Baca lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan