Rabu, 9 Oktober 2013

BUKAN BOHONG TAPI KENTUT

Kelantan sedia RM171 juta naik taraf infrastruktur

Salmah Mat Husain, 08 Okt 2013
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan mempertuntukkan sejumlah RM171.88 juta untuk program penyediaan kemudahan infrastruktur asas kepada rakyat dalam Belanjawan 2014.

Pada masa yang sama, peruntukan mengurus negeri juga turut disediakan sebanyak RM85.5 juta pula akan disalurkan sama seperti Belanjawan 2013.

Peruntukkan itu dari Kumpulan Wang Amanah Penyelenggaraan Jalan Negeri kepada JKR, PBT dan Pejabat Tanah dan Jajahan bagi menyelenggarakan jalan-jalan negeri.

Ketika membentangkan Belanjawan 2014 itu semalam, Menteri Besar Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, ianya selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Katanya, di bawah Jabatan Kerja raya (JKR) Negeri 2014, sejumlah RM21 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan jalan dan jambatan bagi mempertingkatkan keselamatan pengguna di samping memperluaskan rangkaian jalan.

“Kerja-kerja memperluaskan persimpangan jalan utama yang sempit dan menaiktaraf serta melebarkan jalan akan terus dipergiatkan,”ujarnya.

Pada masa yang sama, menurut Ahmad lagi, sebanyak RM30 juta lagi akan diperuntukkan bagi proses pengambilan balik tanah pada tahun 2014.

Tambahnya, ianya bertujuan untuk menyambung beberapa jalan-jalan utama yang sediaada di sekitar Kota Bharu bagi mengurangkan kesesakan lalulintas.

“Sebanyak RM50,000 lagi diperuntukkan untuk projek tradisional bagi memperelok atau menaiktaraf kampong-kampung tradisional,”ujarnya.

Umno bertanggungjawab dapatkan balik RM1b wang Tekun

Harakahdaily, 08 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Kenyataan CEO Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), Datuk Abdul Rahim Hassan semalam bahawa tabung tersebut ditubuhkan hanya untuk ahli United Malays National Organization (Umno) membangkitkan persoalan yang menarik.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil (gambar) berkata, ini kerana mengikut laporan media Umno sendiri, Utusan Malaysia bertarikh 9 Februari 2013, Tekun telah meminjamkan dana berjumlah RM2.42 bilion kepada 237,173 orang usahawan.

Dari jumlah itu sebanyak RM1.6 bilion adalah dana yang diberi Kerajaan Pusat. Sejak ditubuhkan pada tahun 1998 hinggalah awal tahun ini, hanya RM1.43 bilion dibayar balik.

Laporan itu, kata beliau apabila dipadankan dengan kenyataan CEO Tekun tersebut membawa implikasi yang amat serius, di mana hampir 40.9% jumlah yang dipinjamkan kepada amnya ahli-ahli Umno belum dibayar balik, iaitu hampir RM1 bilion.

“Jika diambil secara purata, ini bermakna lebih RM650 juta wang rakyat yang dipinjamkan kepada ahli-ahli Umno melalui dana Kerajaan Pusat tidak lagi dibayar balik,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Jika dilihat dari segi dasar, kata beliau sistem mikrokredit rata-rata diwujudkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah memperbaiki kedudukan ekonomi mereka.

“Namun kita diingatkan bahawa jumlah penerima BR1M pada 2012 ialah 3.74 juta orang, manakala 3.99 juta orang telah menerima BR1M 2.0 pada 2013.

Maka persoalannya, ujar beliau adakah Tekun gagal membantu memperbaiki kedudukan ekonomi khususnya kaum Melayu dan jika gagal, mengapa.

Akhir sekali, katanya memandangkan CEO Tekun telah berkata ahli Umno lah yang paling layak untuk menerima bantuan Tekun, maka mengikut logik beliau ahli Umno juga lah yang paling layak memikul tanggungjawab mendapatkan kembali hampir RM1 bilion dana Tekun yang belum dibayar semula.

“Maka saya mencadangkan agar Tekun dan CEOnya membuka kaunter kutipan hutang Tekun di pemilihan Umno 19 Oktober nanti,” ujarnya.

EO6: K'jaan, pegawai polis bayar RM200,000

Harakahdaily, 08 Okt 2013

KUALA LUMPUR: Enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di bawah Akta Ordinan Darurat dua tahun lalu mendapat mendapat bayaran RM200,00 sebagai gantirugi apabila kes saman mereka terhadap kerajaan dan 81 individu lain diselesaikan di luar mahkamah hari ini.

Aktivis tersebut adalah ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan aktivis PSM Choo Chon Kai, Sarat Babu, M Sarasvathy, M Sukumaran, dan A Letchumanan.

Semua mereka ditahan selama 28 hari di bawah EO atas sebab-sebab yang tidak dijelaskan semasa polis bertindak tegas ke atas kumpulan aktivis dan parti-parti pembangkang yang merancang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 2011.

Mereka yang lebih dikenali sebagai EO6 kemudian memfaikan saman terhadap kerajaan sebagai defenden pertama dan 81 yang lain yang kebanyakannya terdiri daripada pegawai polis, atas dakwaan penahanan salah.

Tuntutan itu difailkan pada Mac tahun lalu, dan antara yang dinamakan sebagai defendan termasuk Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara (KPN), timbalan KPN, peguam negara dan kerajaan Malaysia.

Penyelesaian tersebut direkodkan hari ini di depan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Hue Siew Kheng.

Malaysia negara tanpa rasuah, bohonglah - Mahfuz

Abdul Aziz Mustafa, 08 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Dakwaan Perdana Menteri hendak menjadikan Malaysia sebagai negara tanpa rasuah boleh dianggap pembohongan semata-mata jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) begitu lemah seperti sekarang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau mengakui begitu terganggu dengan pengakuan SPRM bahawa pihaknya hanya mengemukakan dua kes sahaja ke mahkamah ekoran kes yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011.

"Sebagai rakyat negara ini, saya sangat terganggu dengan pengakuan yang membuktikan kelemahan SPRM itu.

"Bayangkan betapa lemahnya SPRM apabila hanga dapat mengemukakan dua kes sahaja ke mahkamah sedangkan kerugian negara yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 dahulu bernilai puluhan bilion ringgit," kata Mahfuz.

Sebab itulah, katanya, beliau tetap meyakini bahawa kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini yang kononnya hendak menjadikan Malaysia sebagai negara tanpa rasuah sama sekali tidak bernilai dan sama dengan kenyataan-kenyataannya yang terdahulu.

"Slogan sahaja, cakap tak serupa bikin," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Najib, katanya, amat pandai bermain dengan kenyataan, slogan dan polemik.

"Tetapi hakikatnya tidak ada pencapaian. Tidak ada susulan. Tidak ada pendekatan yang strategik.

"Dan yang sedih sekali tidak ada amanah di dalam setiap tindakan," katanya sambil menyifatkan Perdana Menteri cuba menipu rakyat dan dunia dengan dakwaannya itu.

Mahfuz mencadangkan empat pendekatan yang perlu diambil jika Malaysia benar-benar serius hendak bebas daripada rasuah.

"Pertama, SPRM mestilah diletak di bawah pengawasan Parlimen.

"Pengerusi SPRM mestilah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas calon-calon ditapis oleh Parlimen melalui satu jawatankuasa khas Parlimen.

"Ini bermakna Pengerusi SPRM bertanggung jawab terus kepada jawatankuasa tersebut," katanya.

Kedua, kata Mahfuz, SPRM mestilah diberi kuasa atau hak untuk mendakwa tanpa merujuk atau mendapat kebenaran Peguam Negara.

"Ketiga, Semangat anti rasuah dan hidup yang beramanah mestilah diserapkan dalam sistem kehidupan rakyat Malaysia," katanya.

Rakyat, kata beliau lagi, perlu diajar untuk membenci rasuah dan membenci mereka yang terlibat dalam perbuatan rasuah.

"Keempat dan yang paling penting, Umno dan Barisan Nasional (BN) mesti ditumbangkan oleh rakyat daripada tampuk pemerintahan," tegas beliau.

Mahfuz bersetuju dengan pandangan yang mendakwa bahawa 99 peratus daripada gejala rasuah adalah berpunca daripada Umno BN.

"Rakyat Malaysia hendaklah berkerja keras dari sekarang untuk memastikan Umno BN ditumbangkan dalam pilihan raya umum ke-14 kelak," katanya.

Seminar Syariah Islam 56 Tahun Merdeka 12 Okt

Saidah Hairan, 08 Okt 2013


SHAH ALAM: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjadi pembentang utama 'Ke Mana Hala Tuju Syariah Islam di Malaysia' dalam Seminar Pelaksanaan Syariah Islam di Malaysia 56 Tahun Merdeka Halangan Dan Penyelesaian.

Program sehari anjuran Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor (Mappis) bersama Pejabat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri akan diadakan di dewan Unisel, seksyen 7 di sini pada 12 Oktober (Sabtu) bermula jam 8.30 pagi.

Pembentangan kertas kerja 1 ‘Hikmah Pelaksanaan Undang-undang Jenayah lslam' oleh Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr. Mahtodz Mohamad manakala pengulas oleh pendakwah bebas, Datuk Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, peguam Muhammad Buruk dan Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr. Khairuddin Aman Razali.

Kertas kerja 2 bertajuk `Perlaksanaan Syariat dalam Konteks Perlembagaan Negara' oleh bekas pensyarah UIA, Dr Abdul Aziz Bari manakala pengulas oleh peguam Sulaiman Mohammad, Datuk Wan Abdul Mutalib Embong dan Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin.

Seminar yang akan dirasmikan Exco Pendidikan negeri, Dr Halimah Ali itu bertujuan memberi kefahaman mengenai syariah Islam yang luas sebagai satu sistem dalam perundangan negara.

Seminar itu juga memberi penekanan perlaksanaan syariah Islam bagi memelihara agama, keturunan, akal, maruah dan harta serta memberi penjelasan terhadap persoalan yang mengelirukan rakyat berhubung syariah Islam.

Peserta seminar akan didedahkan kenapa 55 tahun merdeka Syariah lslam masih tidak dilaksanakan secara menyeluruh sebagai satu sistem dalam perundangan negara serta kegagalan undang-undang sedia ada dalam usaha membanteras jenayah.

Seminar itu juga memberi kefahaman mengenai Syariah lslam yang luas sebagai satu sistem dalam perundangan negara serta penekanan hikmah perlaksanaan syariah lslam bagi memelihara agama, keturunan, akal maruah dan harta.

Program itu terbuka kepada semua lapisan masyarakat orang Islam dan bukan Islam.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi Setiausaha Mappis iaitu Azmi Abdul Talib melalui emel hjazami@yahoo.com atau hubungi talian 03-55447150.

Audit: Kewangan PMSB kurang memuaskan

Salmiyah Harun, 08 Okt 2013
KUALA LUMPUR: Ketua Audit Negara mendedahkan Planetarium Melaka Sdn. Bhd. (PMSB) yang dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Ketua Menteri Melaka (CMI) gagal mencapai sasaran yang ditetapkan kerana purata kutipan tiket sehari diperoleh hanya antara RM456 hingga RM1,850 berbanding sasaran.

Semakan Audit juga mendapati Mesyuarat Lembaga Pengarah PMSB telah menyasarkan kutipan tiket adalah RM5,000 sehari.

Punca utama sasaran kutipan tiket tidak tercapai disebabkan kurangnya promosi oleh PMSB di mana  promosi bagi tahun 2012 masih belum dilaksanakan kerana kekangan kewangan manakala bagi tahun 2011 hanya sejumlah RM7,810 dibelanjakan bagi tujuan promosi.

Secara keseluruhannya prestasi kewangan PMSB adalah kurang memuaskan kerana mengalami kerugian pada tahun 2010 sementara keuntungan pada tahun 2011 adalah kerana bantuan kewangan yang diperolehi daripada CMI sejumlah RM378,036.

Keuntungan terkumpul PMSB pada akhir tahun 2011 adalah berjumlah RM26,557. Selain itu, terdapat beberapa kelemahan dalam pengurusan aktiviti dan tadbir urus korporat syarikat.

Pada pendapat Audit, pengurusan aktiviti PMSB adalah tidak memuaskan kerana sasaran bilangan pengunjung tidak ditetapkan, sasaran kutipan tiket tidak tercapai, sistem kutipan tiket tidak berfungsi sepenuhnya dan penyerahan pengurusan Planetarium kepada PMSB tidak dibuat secara rasmi atau bertulis.

PMSB yang dahulunya dikenali sebagai Institut Integriti Melaka Sdn. Bhd. (IIM) ditubuhkan pada 28 Februari 2006 dengan modal dibenarkan berjumlah RM500,000 dan modal berbayar berjumlah RM450,000.

PMSB ditubuhkan untuk memberi inspirasi, menggalak dan memberi pendidikan dalam bidang sains angkasa dan astronomi di kalangan pengunjung, disamping memberi kesedaran mengenai kepentingannya di dalam kehidupan manusia sejagat.

Aktiviti utamanya adalah perkhidmatan rekreasi dan pelancongan menerusi pameran planetarium di mana pendapatan utamanya adalah dari kutipan jualan tiket, keuntungan daripada penganjuran program dan sewaan premis serta dewan seminar.

Pengauditan yang dijalankan dari bulan April hingga Jun 2012 mendapati PMSB memperoleh keuntungan bersih bagi tahun 2009 dan 2011 masing-masing sejumlah RM578 dan RM175,200 manakala bagi tahun 2010 mengalami kerugian sejumlah RM136,139.

Pro Morsi diserang lagi, lebih 50 terkorban

Harakahdaily, 08 Okt 2013
MESIR: Pihak berkuasa Mesir mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 53 orang terbunuh dan 271 lagi cedera dalam pertempuran di seluruh negara pada hari Ahad 6 Oktober lalu di antara pasukan keselamatan dan penunjuk perasaan pro-legitimasi.

Angka itu bagaimanapun berbeza dengan sumber Ikhwan Muslimin yang memaklumkan lebih 70 terkorban dan ratusan lagi cedera.

6 Oktober lalu merupakan sambutan ulang tahun ke-40 perang 1973 di mana Mesir menang ke atas Israel.

Di saat penyokong kudeta sedang berpesta di Medan Raba'ah, menyambut ulang tahun kemenangan itu, penyokong Morsi yang berhimpuan di beberapa kawasan pula dibedil dengan peluru hidup.

Kebanyakan angka korban itu direkod dalam serangan di ibu kota Kaherah dan Giza.

Syap Ikhwan, Parti Keadilan dan Kebebasan menuntut penyiasatan antarabangsa terhadap insiden berdarah terbaru tersebut.

Mereka mendakwa ketua jeneral Abdul Fatah Al-Sisi dan Menteri Dalam Negeri Mohamed Ibrahim bertanggung jawab sepeuhnya dalam siri pembunuhan terbaru yang disifatkan sebagai "pembunuhan sengaja".

Di Medan Tahrir, penyokong pro-demokrasi telah ditembak dengan gas pemedih mata yang dilepaskan oleh anggota keselamatan.

Demonstrasi yang lain turut berlaku di Dokki, Giza di mana pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke udara dan gas pemedih mata yang digunakan untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Beberapa penunjuk perasaan cedera dan jumlah yang tidak ditentukan lain ditangkap.

Pertempuran juga berlaku di Medan Ramsis ketika penyokong Morsi dedang bergerak menuju ke Tahrir.

Menurut saksi sekurang-kurangnya 11 terkorban ditembak dengan senapang patah di kepala.

Beberapa wilayah lagi turut berlaku pertempuran termasuk di wilayah terusan Suez, wilayah Qalioubiya, bandar Alexandria dan di wilayah Assiut.

KECOH PAK GUARD YANG KENA MAKI DAN TERAJANG OLEH ISTERI PEMAIN BOLA SEPAK NEGARA BERGAMBAR DENGAN BEKAS ISTERI PEMAIN BOLA SEPAK NEGARA JUGA!!!


Walaupun di maki di hina dan diterajang oleh seorang wanita yang bergelas isteri kepada pemain bola sepak negara sampaikan kisah video klipnya menjadi viral namun dia tetap cekal dan mendapat pembelaan dan sokongan dari bukan saja majikannya tetapi hampir keseluruhan rakyat yang anti manusia pandang hina kepada rakyat bawahan.

Terkini selebriti Rita Rudaini Mohtar bekas isteri pemain bola sepak negara jua Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan anak-anaknya kelihatan bergambar dengan Pak Guard yang dihina isteri Mat Yo di Lapangan Terbang Subang Skypark.

Isteri pemain bola sepak negara hina tetapi bekas isteri pemain bola sepak negara juga pandang mulia.

CALON KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA BERANG NAIK ANGIN SATU BADAN SEBAB LEMBAGA DISIPLIN UMNO GAGAL BERTINDAK ATAS ADUANNYA MENGENAI SALAH LAKU KHAIRY JAMALUDDIN MENGGUNAKAN JENTERA KERAJAAN UNTUK BERKEMPEN JAWATAN KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA!!!

Pergh!!!! Nampak gayanya menang jadi arang kalah jadi abu .... alang-alang seluk perkasam biar sampai lengan ... gengam bara api biar sampai menjadi abu .... Kalau takut pada risiko jangan nak bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia .. Lawan Tetap lawan sampai naik meroyan.

Nampaknya kerja menyerang UMNO kini dari pihak Pakatan Rakyat sudah menjadi mudah dan senang .. Kini peranan dan tanggung jawab sudah diambil alih secara sukarela dan percuma oleh ahli-ahli UMNO sendiri.

Petikan kenyataan Syed Rosli, “Sekiranya Lembaga Disiplin Umno gagal mengambil tindakan berdasarkan aduan yang saya kemukakan bersama nama saksi dan gambar foto, saya akan heret Umno ke Pendaftar Pertubuhan.

Jangan layan kita seperti orang bodoh.

“Jika Pendaftar pun gagal mengambil tindakan maka saya terpaksa mengheret mereka ke mahkamah.”


Terdahulu hari pertama Syed Rosli hantar borang jadi calon, Syed Rosli telah menyerang KJ dengan panggilan 'bangla' sebab KJ lahir dan dibesarkan di luar negara.

Tiada ulasan: