Memilih Janda Atau Anak Dara
Disiarkan pada Oct 19, 2007 Soalan: Dr, saya seorang janda muda yang berusia 26 tahun. Baru-baru ini saya telah bercinta dengan seorang pemuda di tempat kerja saya yang berusia 25 tahun. Kami bercadang untuk berkahwin. Namun keluarganya menghalang atas alasan saya seorang janda. Mereka menggunakan alasan agama kononnya agama tidak menyukai seseorang berkahwin dengan janda. Benarkah demikian pendirian Islam terhadap golongan janda seperti saya?Sham, Kuala Selangor
Jawapan: Saudari yang dimuliakan. Islam tidak pernah memandang hina kepada golongan janda. Bahkan RasululLah s.a.w isteri-isteri baginda hampir kesemuanya janda. Poligami yang dianjurkan oleh Islam juga antara kebaikannya membantu golongan janda yang kehilangan suami.
Namun begitu dari segi keutamaan, jika di hadapan seseorang lelaki ada pilihan antara seorang janda dan anak dara yang kedua-dua sama baik dari semua sudut, melainkan yang seorang anak dara dan seorang lagi janda, maka diutamakan anak dara.
Ini berdasarkan beberapa hadis Nabi s.a.w. yang menggalakkan berkahwin dengan anak dara. Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang diriwayatkan Ibn Majah dengan sanadnya yang hasan: (maksudnya) : “Hendaklah kamu mengahwini anak dara. Ini kerana mereka lebih baik perkataannya, lebih subur rahimnya dan lebih redha dengan yang sedikit”.Maksud hadis di atas ialah oleh kerana anak dara belum pernah bergaul dengan lelaki, maka biasanya sifat kasar mereka itu kurang. Peluang memperolehi anak lebih luas disebabkan biasanya mereka lebih muda atau tidak terdedah kepada masalah kelahiran sebelumnya yang mungkin menghalang mereka untuk terus melahirkan anak. Juga mereka lebih redha dengan yang sedikit di sudut pemberian lelaki, atau kehebatan hubungan seks. Ini kerana mereka belum ada pengalaman untuk dibuat perbandingan. Faktor ini boleh menyebabkan rumahtangga lebih bahagia dan mesra.
Namun begitu, ada keadaan tertentu, mungkin janda lebih baik daripada anak dara. Ini seperti apabila janda tersebut lebih kuat pegangan agamanya. Ini akan menyebabkan segala ciri-ciri baik yang membawa kebahagiaan rumah tangga ada padanya. Maka janda boleh menyaingi anak dara dengan kekuatan agamanya.
Juga ada kalanya janda lebih baik berdasarkan kepada hajat lelaki yang inginkan janda untuk kebaikan tertentu. Seperti dia ingin wanita yang lebih matang, atau janda berkenaan lebih dapat menjaga anak-anaknya disebabkan faktor-faktor tertentu.
Oleh itu dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim: Kata Jabir: Ayahku mati, meninggalkan tujuh atau sembilan anak perempuan (periwayat kurang pasti). Aku mengahwini seorang wanita janda. RasululLah S.A.W telah bertanya kepadaku: “Engkau telah kahwin wahai Jabir ?” . Jawabku : Ya !. Baginda bertanya : “Anak dara atau janda?”. Jawabku : “Janda”. Sabda baginda: “Mengapa tidak anak dara, engkau bermain dengannya, dia bermain denganmu, engkau menjadikan dia ketawa dan dia menjadikanmu ketawa”. Aku kata kepada baginda: “Sesungguhnya `Abd Allah telah mati dan meninggalkan anak perempuan. Aku tidak suka aku mendatangkan kepada mereka orang yang seperti mereka, maka aku pun kahwin dengan seorang wanita yang dapat mengatur dan menguruskan mereka” Baginda bersabda : “Semoga Allah memberkatimu” atau baginda menyebut sesuatu yang baik.Hadis ini dan sebelumnya menggambarkan tujuan galakan Nabi s.a.w untuk memilih anak dara adalah demi kemesraan dan kebahgiaan rumahtangga. Namun jika seseorang ada alasannya yang tersendiri, di mana pemilihan janda itu membawa kebaikan tertentu kepadanya, maka itu adalah haknya. Dengan itu Nabi s.a.w tidak membantah setelah Jabir r.a. memberikan alasannya. Bahkan baginda mendoakan untuk Jabir kebaikan.
Begitu juga seseorang wajar mengahwini janda untuk memberikan pertolongan kepadanya, seperti janda yang kehilangan suami sedangkan dia tanpa tempat bergantung. Ini terutama bagi janda yang berasal daripada keluarga bukan Islam atau negara yang jauh. Jika perkahwinan itu mempunyai hasrat menyelamatkan agamanya, itu adalah kebaikan. Ini kerana baginda Nabi s.a.w juga mengahwini sebahagian janda demi menolong mereka.
Apa yang penting, saudari perlu sedar bahawa Islam tidak membenci dan memandang lekeh kepada golongan janda. Cumanya, hadis-hadis itu bercakap dalam bentuk perbandingan umum. Jika saudari seorang yang beragama dan berakhlak mulia melebihi anak dara lain yang ada dalam pilihan lelaki berkenaan, atau yang dicadangkan kepadanya, maka memilih saudari adalah lebih tepat.
Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Tangkap Penjenayah boleh, Tangkap Perasuah Tak Boleh!
Minggu
lalu parlimen telah meluluskan pindaan rang undang2 pencegahan jenayah. Parti pembangkang
menentang pindaan ini kerana menyalahi perlembagaan Malaysia dan berlawanan
dengan prinsip rule of law. Parlimen akan menjadi suatu star chamber dimana
ahli politik menyegerakan pembentangan undang2 untuk menutup kelemahan mereka
sendiri. Menteri Dalam Negeri dan pihak Polis tidak berupaya mengemukakan bahan
buktian, maka oleh yang demikian mereka mahukan satu undang2 yang memintas dan
menutup kelemahan mereka. Oleh kerana BN mempunyai suara undi yang banyak, maka
pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah diluluskan. Mari kita tengok sama ada
kerajaan memilih milih untuk melaksanakan undang2 ini.
Kalau
mengikut definisi undang2 baru ini, kerajaan patut menangkap Ibrahim Ali dan
pertubuhan Perkasa diharamkan.
Whereas action has been taken and
further action is threatened by a substantial body of persons both inside and
outside Malaysia to cause, or to cause a substantial number of citizens to
fear, organized violence against persons or property;
Demikian
bunyinya mukaddimah pindaan rang undang2 tersebut.
Suatu
tindakan telah diambil dan suatu tindakan diancam oleh orang2 dari pertubuhan
untuk menyebabkan sebahagian masyarakat merasa cemas akan terjadinya kecederaan
kepada orang2 dan harta benda.
Undang2
ini berkuasa diseluruh Malaysia. Minggu lalu Ibrahim Ali mewakili Perkasa telah
mengancam bahawa orang Melayu akan merusuh jika agihan kekayaan negara ini
tidak diperbetulkan. Kita jangan lupa yang menyebabkan agihan kekayaan sebegini
rupa ialah kerajaan BN. Ibrahim Ali telah melakukan suatu aksi- yakni
mengeluarkan kenyataan yang bersifat suatu ancaman bahawa orang Melayu yang
terpengaruh dengan hasutan puak2 tertentu akan melakukan rusuhan kaum yang akan
menyebabkan kemusnahan harta benda dan nyawa.
BN
telah bulldoze suatu rang2 undang pencegahan jenayah yang memperuntukkan seseorang
dan orang ditahan tanpa bicara dan keputusan untuk memenjarai tertuduh
bergantung kepada keputusan suatu board yang dianggotai oleh 3-5 orang. Sekarang
3 , tapi Wak Zahid kata akan ditambah 2 lagi. Board jinayah atau Crime
Prevention Board ini akan menyandarkan keputusan nya atas lapuran seorang
anggota penyiasat.
Bayangkan
zalim nya undang2 ini- nasib orang yang kena tahan bergantung kepada
penyiasatan seorang angota penyiasat dan pengesahan kena tahan ditentukan bukan
oleh mahkamah, tapi oleh suatu crime prevention board. Ertinya, tangung jawab
menghukum sesorang yang dianggap bersalah oleh pegawai penyiasat dan crime
board diambil alih serta dirampas dari mahkamah.
Inilah
masa nya Zahid Hamidi melaksanakan undang2 Pencegahan Jenayah Pindaan ini.
Kita
sokong hukuman kepada penjenayah mesti setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Tapi
biarlah kita hukum mengikut prinsip perundangan bukan jalan singkat.
Namun,
oleh kerana Rang Undang2 itu sudah lulus, kita panjangkan aplikasi prinsip nya
dalam hal2 lain.
Kenapa
prinsip yang sama tidak boleh kita pakai keatas SPRM? Kita lihat tangan SPRM
terikat kerana mereka tidak ada kapasiti pendakwaan. Apatah lagi jika kes2 yang
disiasat mereka itu mengundang campur tangan politik.
Kita
semua tahu rasuah berleluasa dalam negara kita pada setiap peringkat. Belian kerajaan
merupakan sumber pertama salahgunakuasa dan penipuan harga. Tapi amat sukar
kita buktikan.
SPRM
tidak ada kuasa pendakwaan. Semua ada dalam tangan Peguam Negara yang akan
merekomen sama ada bawa kepada mahkamah atau tidak. Jika Peguam negara tidak
puas hati, dan segala hujjah perundangan boleh dikemukakan, pelaku rasuah boleh
lepas dari penjara dan hukuman. Atau kita berdepan dengan kes, dimana Peguam
Negara tidak dapat diyakini oleh lapuran penyasat kerana penghujjahan dan
pembuktian yang lemah. Jika itu berlaku si perasuah boleh melepaskan diri.
Jadi
kita pakai prinsip yang serupa keatas PCA kalau kita serious hendak benteras
rasuah. Seperti PCA kita buangkan Peguam Negara dari equation nya- SPRM
menyiasat perlakuan dan pertuduhan dan jika mereka puas hati, mereka boleh
merujukkan kes tersebut kepada suatu board pencegahan rasuah. Board ini yang
dianggatai oleh mereka yang layak akan rekomen sama ada tertuduh boleh dihukum-
penjara atau apa.
Prinsip
nya sama seperti dalam PCA. Jika kerajaan BN serious hendak membasmi kemiskinan
dan menjadikan rasuah suatu perkara sejarah silam, maka suatu rang undang2 ala
PCA mesti dibentangkan dalam parlimen.
Tapi
saya gerenti parlimen yang dikuasai BN akan tidak berani meluluskan rang2
undang2 seperti ini bahkan akan berhujjah melindungi para perasuah. Jika ada
mana2 pihak pembangkang membuat usul bil persendirian atau cadangan alternative,
ianya akan kalahkan oleh suara majority dari para ahli parlmen BN yang kurang
cerdik terutama dari UMNO yang mengikut Dr Mahathir terdiri dari orang2 bodoh.
Tiada lagi amaran kepada penjenayah – Zahid
Polis tidak lagi teragak-agak untuk menembak terlebih dahulu tanpa memberi sebarang amaran, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) yang didedahkan menerusi satu rakaman suara di Melaka pada Jumaat lalu.Beliau dipetik berkata semasa Majlis Taklimat Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat yang kemudiaannya menjadi platform untuk beliau bercakap mengenai isu-isu sensitif, lapor akhbar Oriental Daily.
Dalam pada itu, laman portal MalaysiaKini melaporkan wartawannya telah dihalau keluar semasa majlis tersebut serta diugut sekiranya membuat laporan mengenai ucapannya itu.
Laman tersebut juga mengakui telah menerima rakaman tersebut daripada seorang ahli dewan undangan negeri di Melaka.
Rakaman tersebut mendedahkan Ahmad Zahid berkata antara 28 ribu hingga 40 ribu kumpulan penjenayah terdiri daripada kaum India dan tidak menjadi kesalahan untuk menahan mereka.
“Bagaimana keadaan mangsa rompakan, bunuh dan tembakan ini? Kebanyakannya adalah orang Melayu kita. Kebanyakannya ialah bangsa kita.
“Saya fikir, cara paling baik jangan ada kompromi dengan mereka. Jangan ada lagi amaran kepada mereka. Kita dapat bukti, kita tembak dulu,” kata Ahmad Zahid yang dipetik dalam rakaman tersebut.
Menteri Dalam Negeri tersebut juga telah menghentam Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorthy kerana mengkritik pasukan polis susulan insiden tembakan lima penjenayah India di Pulau Pinang.
“Ada timbalan menteri cengkadak buruk, dia pertikaikan saya dan polis, kenapa tak beri tembakan amaran dulu. Barulah tembak,” katanya semasa majlis tersebut.
Walaupun tidak menamakan menteri tersebut, yang merupakan bekas pemimpin Gerakan Bertindak Hak Hindu (Hindraf), Zahid berkata timbalan menteri tersebut boleh letak jawatan jika tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan.
Ahmad Zahid juga secara bangga mengakui pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang diluluskan baru-baru ini adalah cadangannya.
“Kita siasat, kita bawa ke mahkamah. Kalau tidak ada bukti atau tidak cukup bukti, sekurang-kurangnya dua tahun penahanan. Itu undang-undang baru saya. Tiada kompromi,” katanya lagi.
Pindaan akta kontroversi PCA yang diluluskan baru-baru ini di Parlimen akan membenarkan penahanan tanpa bicara sehingga dua tahun, serta boleh dilanjutkan sehingga selepas berakhir tempoh tersebut.
Pindaan tersebut diluluskan oleh Dewan Rakyat selepas mendapat undi 115 daripada ahli Parlimen Barisan Nasional.
CEO: Pinjaman Tekun Memang Hanya Untuk Ahli Umno
Posted on Monday, October 07 @ 23:31:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) memang ditubuhkan bagi membantu ahli Umno kata Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Datuk Abdul Rahim Hassan.
Ini kerana menurutnya, Tekun merupakan hasil usaha Umno bagi memperkasakan ekonomi kaum Melayu dalam parti itu. Bagaimana pun beliau menafikan Tekun menolak seratus-peratus permohonan mereka yang bukan dari Umno.
"Pembangkang selalu kata (Tekun) hanya memberi pinjaman kepada ahlinya, kami punyai hak untuk mempertahankannya kerana ia merupakan idea yang diasaskan parti.
"Namun tidak bermakna kita langsung mengendahkan permohonan lain asalkan mereka kaum Bumiputera kami terima tapi kepentingan sudah tentu kepada ahli Umno," katanya dalam sidang media bagi Program Kerjasama Strategi Tekun Nasional & Sohonista di Kuala Lumpur hari ini.
Posted on Monday, October 07 @ 23:31:53 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo
Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) memang ditubuhkan bagi membantu ahli Umno kata Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Datuk Abdul Rahim Hassan.
Ini kerana menurutnya, Tekun merupakan hasil usaha Umno bagi memperkasakan ekonomi kaum Melayu dalam parti itu. Bagaimana pun beliau menafikan Tekun menolak seratus-peratus permohonan mereka yang bukan dari Umno.
"Pembangkang selalu kata (Tekun) hanya memberi pinjaman kepada ahlinya, kami punyai hak untuk mempertahankannya kerana ia merupakan idea yang diasaskan parti.
"Namun tidak bermakna kita langsung mengendahkan permohonan lain asalkan mereka kaum Bumiputera kami terima tapi kepentingan sudah tentu kepada ahli Umno," katanya dalam sidang media bagi Program Kerjasama Strategi Tekun Nasional & Sohonista di Kuala Lumpur hari ini.
Demang Lebar Daun shared King Jason's photo.
Rahim Hassan (kiri) bersama pengerusi Tekun Nasional, Datuk Hamidah Osman di sidang akhbar Program Kerjasama Strategik Tekun Nasional dan Sohonista di Seri Pacific Hotel hari ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 7 Oktober 2013.
Kata Rahim, Tekun ditubuhkan semasa Konvesyen Umno Pulau Pinang pada tahun 1994.
"Kerana itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu menekankan perkembangan dan beliau sendiri berkata Tekun merupakan anak kandung Umno," katanya.
Dana tambahan RM700 juta merupakan antara salah satu dalam Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan oleh Najib baru-baru ini.
Tekun akan menerima dana tersebut bermula tahun depan dan ia akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh lima tahun.
"Kita tidak dapat sekaligus ia secara berperingkat tapi memang setiap tahun kita menerima RM300 juta dan RM300 juta merupakan bayaran balik daripada peminjam yang kita terima.
"Tambahan dana itu adalah kerana seruan perdana menteri yang mahukan kita meningkatkan pinjaman sehingga ke RM100,000, jadi inilah wadah perjuangan Tekun iaitu membantu kaum Bumiputera tanpa mementingkan keuntungan," katanya lagi.
Beliau berkata Tekun juga mengalakkan permohonan pinjaman dari usahawan muda dikalangan siswazah yang baru menamatkan pelajaran.
"Golongan muda antara yang perlu diberi perhatian, terutama perkembangan trend sekarang ramai usahawan terdiri daripada lepasan siswazah dilihat lebih suka menjalankan perniagaan sendiri.
"Kerana itu kita beri ruang kepada mereka untuk berniaga dengan program seperti Sohonista ini supaya mereka kemudiannya tidak menentang kerajaan akibat kegagalan kerajaan yang tidak mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada semua lepasan mahasiswa dan inilah peranan Tekun," katanya. – 7 Oktober, 2013.-TMI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan