Rabu, 2 Oktober 2013

AKHLAK CERMIN IBUBAPA JUGA CERMIN PEMERINTAH YANG ADA

Pelajar menengah terlibat pornografi, arak dan zina

Harakahdaily, 01 Okt 2013
Kerajaan Selangor mewujudkan berbagai kempen dan program dalam usaha untuk menangani gejala sosial dalam kalangan rakyat. Dr Halimah Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri bercakap mengenai perkara itu. Ikuti wawancara Arif Atan dan Saidah Hairan di pejabat beliau di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shah Alam, baru-baru ini.

Harakahdaily: Macam mana SPIES menangani aspek emosi dan sosial?

Dr Halimah: Emosi dan sosial saling berkait. Anak muda khususnya boleh patut bangunkan negara tetapi ada pula jahanamkan negara. Dia patut jadi buah hati ibu bapanya tapi dia juga sakiti hati orang tua, ambil dadah, zina, rempit, curi barang dan sebagainya.

Itu yang kita cuba tangani dengan menginsankan insan. Sama macam senarai semak. Meter spiritual akan mempengaruhi cara hidup, emosi dan sosial generasi hari ini dan masa depan.

Bina masjid besar, cantik-cantik sebagai contoh mudah. Apa gunanya kalau ahli kariah tidak masuk dan kalau datang pun keluar dari masjid, hati tetap nak marah saja. Macam mana tu? Sampai rumah sambung marah pada isteri dan anak-anak pula. Pergi tempat kerja, gaduh lagi. Ini yang kita cuba hendak bendung dengan berpandukan konsep SPIES (Spiritual, Physical, Intelellectual, Emotional, Social).

Operasi SPIES...

Semua segmen masyarakat terlibat. Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK), kepimpinan masjid hinggalah jabatan dan agensi kerajaan. Itu sebab kita masuk kampung. Projek perintis SPIES di kampung ini dapat dilihat di Dun Hulu Kelang, Gombak Setia, Selat Klang.

Dalam masa terdekat di Kampung Sungai Kandis di Parlimen Kota Rajadan Kampung Bukit Kapar pula. Kita laksanakan di kampung yang sudah bersedia mengikuti SPIES. Merekalah yang kemudiannya akan jadi duta SPIES.

Pembangunan insan boleh tangani gejala sosial?

Gejala sosial wujud sebabnya sistem masyarakat kita tidak mantap dan rapuh. Itu yang jadi sekarang. Sistem nilai kita tunggang terbalik. Orang Melayu, jangankan nilai Islam nilai Melayunya pun cair. Sebabnya jati diri dia begitu pudar sebab itu orang kita tengok macam mana artis sebagai role model.
Mulalah pakai cacak sana, warnakan rambut. Punk, Gothic dan entah apa lagi itu yang diikut sebahagian remaja kita. Sistem nilai yang universal dan murni maknanya orang bukan Islam pun mahu. Apa lagi kita sebagai orang Islam.
Namun, untuk tujuan fokus, saya pilih isu besar tentang buang bayi, jual anak dan berkhalwat bukan muhrim di hotel bajet. Hasilnya, digerakkan "Kempen Anti Zina". Saya fokus tentang zina itu dulu.
Kita ada buat sedikit kajian ke atas pelajar sekolah menengah tingkatan satu hingga lima kawasan bandar dan luar bandar. Hasilnya amat mengecewakan. Lebih separuh terbabit dengan aktiviti pornografi, arak termasuk zina.

Saya wujudkan Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial. Buat penjenamaan semula bagi nama, imej baru dengan kita fokus kepada hasil. Kalau kita berjaya menangani gejala sosial lahirlah Generasi Idaman Selangor (GeMS).

Jadi, jabatan dan agensi kerajaan serta NGO seperti Yayasan Amal dijemput untuk menganggotai jawatankuasa ini, termasuklah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sendiri, polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kesihatan, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kebajikan serta Jabatan Pendaftaran sebab berkaitan dengan surat beranak dan tiada IC.

Juga kita bawa masuk Jabatan Imigresen, RELA, Jabatan Penjara. Semua ini kita jemput, Pegawai Daerah dan Yang Dipertua Datuk Bandar. Kita bincang dan dapatkan laporan daripada mereka terbabit. Contohnya, laporan tentang berapa orang terkena penyakit kelamin daripada Jabatan Kesihatan.

Saya juga minta Jabatan Kesihatan pastikan pelajar atau remaja yang hamil luar nikah perlu dijaga sampai dia bersalin. Jangan dia nanti buang anak. Jumpa entah mana bidan. Rosak, pecah rahim dan kena macam-macam penyakit.

Itu telah diterima. Jika tidak dulu ibu yang mengandung luar nikah ini akan ditanya siapa suami. Bila kata begitu, budak ini tak mahu bersalin di hospital. Itu yang buang di mangkuk tandas dan sebagainya.

Bila kita lihat maklum balas termasuk dari PBT (pihak berkuasa tempatan) maknanya dia serbu hotel murah, tempat perjudian, mereka buat kerja masing-masing. Polis kata dia buat itu saja. Yang lain bukan kerja kami. Itu PBT. PBT pula kata itu bukan tugas saya.

Rela pula jawab, "kami hanya buat operasi sekiranya depoh tahanan ada kosong". Saya tanya, "bila masa depoh tu kosong?" Dia jawab, "biasanya, penuh"! Maksudnya, kalau penuh tiadalah operasi walaupun ada aduan orang ramai.

Jadi saya katakan pada agensi dan jabatan terbabit. Kita mesti ada strategi dan berfikir untuk berjaya dalam mengatasi masalah sosial yang berleluasa. Sebabnya, macam kes pengedaran dadah. Penjahat ada strategi dan mahu berjaya demi keuntungan. Sepatutnya, agensi pelaksana kerajaan pun mesti ada cara untuk mencapai matlamat penubuhan organisasi masing-masing.

Motivasi kepada mereka datang dari kerajaan negeri bukan dari Putrajaya?

Macam Kempen Anti Zina, aspek penguatkuasaan ialah fasa ketiga. Tahap awal kita buat dulu ekspedisi dakwah pergi pantai, kompleks tempat remaja berkumpul bagi edaran, nasihatkan remaja ketika lewat malam supaya pulang ke rumah bersama Jais.

Kita ada integrasi di situ, NGO Islam semua turun. Bukan one-off tapi berjadual. Selepas itu, kita buat program pelancaran dengan jabatan kerajaan. Selama ini polis kena bantai saja tapi kita tegur mana yang perlu saja. Yang lebih iktiraf kerja bagus yang mereka buat. Tiupkan semangat bahawa kerja mereja itu sebenarnya berjihad, suatu ibadah.

JAIS pula selama ini tangkap pasangan yang disyaki berkhakwat. Duduk dalam masjid. Bagi tazkirah malam itu saja. Habis itu, habislah. Tidak menyeluruh. Budak itu balik, bulan depan dia buat balik.

Modul Selangor dalam GeMS macam mana?

Modul kita dalam GeMS ialah kita mahu mak ayah ambil tahu dan jiran orang kampung ambil tahu. Sebab kita mahu membudayakan supaya semua jadi baik, ruginya jadi orang tidak baik. itu proses.

Datuk Seri Najib Razak sebut transformasi. Dia baru belajar daripada kita padahal sejak penggal lepas kita sudah praktikkan semangat "mengilmukan rakyat, merakyatkan ilmu. Kita buat Jom Kerja. Dia (BN) pun ikut. Baguslah orang nak ikut cara kita mentadbir dengan baik.

Nampak gayanya apa yang kerajaan pusat buat banyak meniru negeri Sleangor. Tahun lepas misalnya, Putrajaya baru nak ajar 'high order thinking' (HOT) sebab selama ini suruh orang hafal saja. Dah 56 tahun merdeka baru nak ajar orang berfikir.

Pendek kata, Putrajaya memerhati Selangor termasuklah sebelum ini menciplak manifesto Pakatan Rakyat tapi tidak mengapa asalkan akhirnya rakyat dapat manfaat.

Apa harapan Dr?

Model yang Selangor sedang laksanakan ialah kembali kepada asas, fitrah. Kita ini kerap sangat cakap benda yang tinggi-tinggi padahal tapak masih goyang. Itu yang saya kata tadi gejala sosial balik kepada punca. Puncanya orang tidak kenal Tuhan. Hidup tidak bertuhan.

Balik kepada usaha kerajaan negeri Selangor untuk menginsankan rakyat ini. Mengilmukan rakyat untuk macam mana seronoknya hidup bertuhan. Sekolah agama misalnya, kita gunakan peruntukan RM200 juta setahun. Adakah generasi kita itu kenal agamanya sendiri?

Rakyat yang tidak ada ilmu mudah terjerumus kepada masalah sosial. Jadi apa harus kita buat? Merakyatkan ilmu. Jika sebelum ini, ilmu itu ada pada ustaz saja. Ustaz pula tak boleh bagi tazkirah di masjid. Jadi, kita mahu ilmu itu mudah rakyat dapat. Ilmu yang berguna. 'Ilmu' merapu, menipu, pecah rumah mudah dapat.

Jadi, kita mahu melatih rakyat Selangor untuk beramal dengan ilmu yang ada. Kita tidak mahu apabila ilmu hanya ada di otak saja tapi rohani, dalaman tidak mampu memastikan seluruh pancainderanya bertindak secara berilmu.

Sebabnya? Dia telah mengasingkan dan ini dipanggil sekularisme antara agama dengan kehidupan. Proses ini semua memakan masa panjang. Membangunkan insan yang ada roh,akal dan perasaan tidak sama seperti menyiapkan projek bangunan bertingkat.

“BR1M tak perlu diteruskan” – Dr M

TAU1PETALING JAYA – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.
Kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka, katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis Program Bicara Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini hari ini.
“Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja.
“Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi,” katanya sambil menambah: “Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan.”
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai cadangannya untuk Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 25 Oktober ini.
Sementara itu, Dr Mahathir berkata ekonomi negara dijangka tidak akan mengalami kesan yang besar akibat penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat, ini kerana perdagangan dua hala antara kedua-dua buah negara kini semakin berkurangan.
Beliau berkata jumlah dagangan negara tidak bergantung sepenuhnya dengan ekonomi Amerika Syarikat, kecuali ia terjadi di masa yang lepas, menurut sumber Bernama.
“Kesannya sedikit sebanyak ada, tetapi kita bukan berdagang semuanya dengan Amerika Syarikat,” katanya.
Dr Mahathir berkata jumlah perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat mencapai 20 peratus satu masa dahulu tetapi sekarang sudah merosot kerana kemampuan membeli di Amerika Syarikat telah berkurangan.
Operasi kerajaan Amerika Syarikat terpaksa dihentikan selepas Kongres menolak pelan kesihatan yang dibawa Presiden Barack Obama.

 Konsert K-POP: Pembohongan Kerajaan Malaysia Terbongkar Dari Laporan Audit Negara
Posted on Wednesday, October 02 @ 02:14:04 MYT
Dilulus untuk paparan oleh memo



Akhirnya KEBENARAN mengatasi KEBATILAN
Boleh rujuk Laporan Audit halaman 376

Fakta bukan Auta


[Download] Laporan Audit halaman 376: audit.gov.my
Dari PENAFIAN Kementerian Belia Dan Sukan persembahan K POP tahun lepas. - mStar


Klik: mstar.com.my

Facebook Pakatan Rakyat Election News


LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 YANG TIDAK DIHEBAHKAN OLEH UTUSAN, BERITA HARIAN, RTM DAN TV3 .... PROGRAM HADIAH ANAK MASUK UNIVERSITI OLEH KERAJAAN PR SELANGOR ADALAH BAIK DAN MENCAPAI SASARAN!!!



Laporan Ketua Audit Negara 2012 merumuskan bahawa program Hadiah Anak Masuk Universiti yang diperkenal kerajaan Selangor adalah baik dan mencapai sasaran.

Menurut laporan itu, audit yang telah dijalankan mendapati 87.8 peratus atau sebahagian besar golongan sasar menerima manfaat dari program tersebut.

"Semakan audit mendapati prestasi Hadiah Pelajar Institut Pengajian Tinggi adalah baik kerana bilangan penerima wang bagi bulan Julai 2008 hingga 2012 adalah tinggi iaitu 32,130 (87.8%) daripada 36,000 yang disasarkan.

"Maklumbalas yang diterima terhadap impak program ini kepada penerima wang hadiah juga adalah menggalakkan," kenyataan itu dipetik.

Program pemberian hadiah kepada anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti diperkenal kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mulai 1 Julai 2008, kira-kira lima bulan mentadbir negeri itu selepas menang pilihan raya umum ke-12.

Bantuan tunai sebanyak RM1000 ini diberikan kepada mereka yang ditawarkan menlanjutkan pengajian bagi peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di institut pengajian tinggi.

Dalam pada itu, laporan audit juga turut membuat beberapa syor bagi meningkatkan lagi kejayaan program ini.

Ianya termasuk soal dokumen pengesahan, senarai pihak yang dibenar memperakui dokumen dan polisi bertulis untuk kelulusan permohonan secara rayuan.

Bumiputera tiada kualiti, bukan sektor swasta tutup peluang, kata penganalisis

OLEH MD IZWAN

October 02, 2013
Kualiti adalah punca kebanyakan Bumiputera tidak banyak berada dalam sektor swasta, kata penganalisis ekonomi, serta menegaskan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar (gambar) bahawa Bumiputera tidak diberi peluang adalah menyimpang.
Penganalisis ekonomi yang dihubungi The Malaysian Insider berkata, Putrajaya sewajarnya menumpukan kepada aspek meningkatkan kualiti Bumiputera dan membuang sikap kebergantungan kepada bantuan kerajaan semata-mata.
"Contohnya dalam perkhidmatan awam yang hampir majoritinya Bumiputera, di manakah hasilnya?
"Kamu boleh lihat sendiri bagaimana mereka bekerja, adakah ia berkualiti?" kata Fellow Kanan Institut Kajian Sosioekonomi dan Alam Sekitar (SERI), Dr Michael Lim Mah Hui.
Lim berkata, sektor swasta bukan tidak memberi peluang kepada Bumiputera, tetapi faktor seperti kemampuan pekerja dan kualiti yang akan dihasilkan sering tidak dapat memenuhi kehendak majikan.
"Saya lihat mereka yang banyak mengganggur ini, salah satu sebabnya adalah mereka tidak boleh dan tidak mempunyai kualiti," katanya.
Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings, Dr Yeah Kim Leng, berkata sektor swasta mementingkan meritokrasi bukan menutup peluang kepada Bumiputera seperti yang dikatakan oleh menteri tersebut.
"Sektor swasta lebih fokus kepada meritokrasi, ini adalah kebiasaan yang berlaku.
"Persoalannya di sini bukan menutup peluang tetapi adakah wujudnya diskriminasi," kata Yeah yang tidak bersetuju dengan pandangan mengatakan sektor swasta menutup peluang.
Yeah berkata, Putrajaya perlu mengambil langkah yang lebih proaktif terutama dengan memastikan keseimbangan kaum dalam sektor perkhidmatan terlebih dahulu sebelum menyalahkan sektor swasta sebagai punca Bumiputera masih ketinggalan sejak Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan.
"Kerajaan perlu lebih prihatin dalam menawarkan peluang bagi sektor perkhidmatan supaya ia lebih menarik.
"Perlu wujudkan kepelbagaian etnik dalam tenaga kerjanya, apabila ia wujud barulah ia dapat memberi hasil terbaik kepada negara, bukan hanya kepada Bumiputera," katanya.
Sehingga Mei 2013, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa mendedahkan jumlah penjawat awam yang majoritinya Bumiputera adalah seramai 1.42 juta orang.
Dalam wawancara bersama akhbar The Edge yang disiarkan pada Isnin, Abdul Wahid mempertahankan agenda memperkasakan Bumiputera dengan menyalahkan pihak swasta dan mengatakan ramai pihak tersalah tafsir terhadap program pemerkasaan Bumiputera itu.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan pelan pemerkasaan ekonomi Bumiputera, baru-baru ini. Gambar fail.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan pelan pemerkasaan ekonomi Bumiputera, baru-baru ini. Gambar fail.
Abdul Wahid juga menafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpatah balik daripada Model Ekonomi Baru (MEB) yang diperkenalkannya pada 2010.
"Apa yang saya cuba katakan ialah wujud banyak peluang dalam sektor swasta tetapi malangnya banyak ahli perniagaan Bumiputera dan profesional merasakan mereka tidak diberi peluang yang adil dalam sektor swasta. Sebagai contoh, hanya sebilangan kecil Bumiputera di peringkat pengurusan atasan," katanya.
Menurut bekas Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking (Maybank) Berhad itu, program pemerkasaan Bumiputera bertujuan memberikan peluang yang seimbang meliputi semua jenis perniagaan.
"Ini bagi memastikan Bumiputera mendapat peluang yang adil," katanya.
Baru-baru ini Najib melancarkan program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang  menggariskan lima teras iaitu meningkatkan daya modal insan, memantapkan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat,  mengukuhkan aset bukan kewangan, memperhebat keusahawanan dan memantapkan ekosistem penyampaian kerajaan terhadap  golongan Bumiputera.
Namun, pakar ekonomi terkenal Prof Emeritus Datuk Dr Mohamed Ariff menegaskan bantuan kewangan berasaskan kaum dan rancangan memperkasa Bumiputera akan tersasar matlamatnya seperti polisi terdahulu. – 2 Oktober, 2013.

Ayam masak merah meragut nyawa

ayamYan – “Saya melihat anak (Mohd Nor) begitu berselera menikmati ayam masak merah di rumah kenduri itu sebelum dia mula mengadu sakit perut, pening kepala dan muntah sejurus pulang ke rumah.”
Itu kata-kata yang diluahkan Yusuf Arifin, 50, bapa kepada Mohd Nor Rahmat, 11, yang meninggal dunia dipercayai keracunan makanan, kira-kira jam 1 tengah hari semalam, selepas menghadiri majlis kenduri kahwin kenalannya di Kampung Huma, Tanjung Dawai, Sungai Petani, di sini, pada Sabtu lalu.
Yusuf berkata, dia juga menikmati hidangan ayam masak merah bersama gulai ikan talang di rumah kenduri itu, namun tidak mengalami masalah cirit-birit seperti anaknya.

Menurutnya, anaknya mengadu sakit perut dan pening selepas pulang dari majlis berkenaan dan berikutan itu, dia meminta anaknya supaya berehat dan tidak membenarkannya ke sekolah sejak kelmarin kerana menyangka ia hanya sakit biasa.
“Dia (Mohd Nor) mengalami cirit birit tidak henti-henti dan dalam pada masa sama, saya juga ada mengalami cirit-birit, tetapi tidak seteruknya.
“Apabila melihat keadaannya semakin teruk kerana begitu lemah, pagi tadi (semalam), saya bersama isteri (Norma Khalid, 45) terus membawanya ke Hospital Yan untuk rawatan.

“Dia memang sudah tidak sedarkan diri sewaktu berada dalam kereta sepanjang perjalanan dan doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia sebaik tiba di hospital,” katanya kepada Metro.
Sementara itu, Norma berkata, keadaan anaknya semakin lemah apabila tidak berhenti keluar masuk tandas pada malam Sabtu lalu selain turut mengadu pening kepala.

“Saya memang bercadang membawanya ke hospital hari ini (semalam) kerana keadaannya semakin lemah, tetapi tidak sangka pula keadaannya bertambah kritikal sewaktu dalam perjalanan ke hospital. Dia kemudian tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
“Arwah memang suka makan kerana berbadan besar. Dia menunjukkan perubahan apabila tiba-tiba bertukar menjadi pendiam sejak tiga hari lalu.
“Saya memang tidak menyangka arwah akan pergi buat selama-lamanya kerana dia adalah seorang yang ceria, dan tidak menduga keracunan makanan yang dihadapinya membawa maut,” katanya.
 

Tiada ulasan: