Khamis, 4 November 2010

INI PERTIMBANGAN MANUSIA...SEPATUT RAKYAT TAHU YANG MANA PENIPU DAN MAKAN HAK RAKYAT DAN YANG TAK JUJUR.....

Nazri: Kes 'dua SD' PI Bala ditutup
Nov 3, 10 6:58pm

Pihak berkuasa telah menutup kes terhadap penyiasat persendirian P Balasubramaniam yang didakwa memberikan kenyataan palsu dalam akuan sumpahnya (SD).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata keputusan menutup kes itu dibuat selepas "pertimbangan yang teliti" terhadap hasil siasatan polis dan kenyataan para saksi.

Katanya, walaupun ada percanggahan antara dua SD Balasubramaniam, tetapi ia tidak sama sekali menjejaskan perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Lagi pun, katanya, Balasubramaniam dipercayai masih bersembunyi di luar negeri.

Mohd Nazri menyatakan demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dibangkitkan, ketika menggulung Rang Undang-undang Bekalan 2011.

Katanya, siasatan terhadap Balasubramaniam dilakukan mengikut Seksyen 199 Kanun Keseksaan kerana memberikan kenyataan palsu.

Menurut undang-undang, mereka yang disabit melakukan kesalahan itu berdepan dengan hukuman maksimum tiga tahun penjara dan denda.

Dipercayai siasatan terhadap Balasubramaniam dijalankan selepas dia menarik balik SD pada Julai 2008, yang mengaitkan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam pembunuhan Altantuya.

Balasubramaniam juga melarikan diri ke luar negeri sejurus selepas berbuat demikian











Ku Li punca masalah jentera BN - pensyarah
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 3 Nov: Menjelang pilihan raya kecil esok, jentera Barisan Nasional (BN) di Galas kalau ada masalah pun adalah kerana perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pengarah pilihan raya itu.

Demikian kata Profesor Madya Shahrudin Badarudin, pensyarah sains politik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam slot Kerusi Panas di Bernama Radio 24 petang ini.

Turut serta dalam dialog secara langsung dengan pengacara Radio 24 Bernama itu adalah Profesor Madya Ahmad Nizomudin Sulaiman dari UKM.

Menurut Prof Shahrudin, beliau tidak melihat faktor Tengku Razaleigh (gambar) sangat besar untuk membantu kemenangan calon BN di Galas.

"Bahkan, bagi saya perlantikan Ku Li boleh menyumbangkan masalah. Ini kerana Ku Li sentiasa keluar masuk dalam Umno," kata beliau dalam temubual melalui telefon itu.

Beliau yang baru pulang dari Galas berkata, faktor yang penting dalam menentukan kemenangan pilihan raya Galas adalah calon dan isu yang penting pula adalah isu tanah.

"Kedua-dua parti nampaknya membuat pertimbangan wajar ketika memilih calon-calon mereka kerana faktor ini besar," kata Prof Shahrudin.

Beliau dipercayai merujuk kepada masalah perpecahan yang dihadapi Umno Gua Musang antara penyokong setia Umno dengan penyokong Ku Li yang kebanyakannya dari parti Melayu Semangat 46 yang dikuburkan.

Harakahdaily difahamkan, bekas calon BN di Galas dalam pilihan raya umum 2008, Saufi Deraman bersama dengan ketua pemuda Umno bahagian, Bazlan Baharudin dan ketua wanita, Datuk Wan Hazani Wan Yusof adalah antara pihak yang tidak bersetuju Ku Li dilantik sebagai pengarah pilihan raya.

Mereka dikatakan lagi sedih apabila Abdul Aziz Yusof dilantik sebagai calon BN di situ kerana ia adalah penyokong kuat Ku Li.

Dalam pemilihan Umno yang lepas, penyokong Ku Li iaitu Adun Nenggiri telah menentang Saufi sebagai timbalan ketua Umno bahagian Gua Musang dan mengalahkan Saufi. Padahal, ketika Ku Li menyertai Umno semula dahulu, Saufi telah mengosongkan kerusi ketua bahagian untuk Ku Li dan dia sendiri menjadi timbalan ketua bahagian.

Difahamkan, Saufi bukan sahaja tidak membantu kempen BN dalam pilihan raya kecil ini bahkan membantu PAS dalam gerak kerjanya di Galas.

Dengan pengamatan yang dibuat oleh pensyarah politik UiTM ini, kebimbangan Umno sebelum ini dipercayai telah menjadi kenyataan.

Sementara itu, pensyarah itu yakin, sasaran SPR bahawa 80 peratus pengundi akan keluar mengundi di Galas akan boleh dicapai.

"Kerajaan negeri telah memberi cuti pada hari itu, parti-parti yang bertanding juga bekerja keras untuk mengeluarkan pengundi mereka. Jadi saya percaya sasaran itu akan berjaya dicapai," katanya.

Di Batu Sapi pula, Profesor Madya Ahmad Nizomudin juga percaya sasaran SPR untuk mendapat 75 peratus keluar mengundi esok akan tercapai.

"Parti-parti politik yang bertanding akan berusaha keras. Lagipun, pengundi luar kurang. Kalau adapun di Kota Kinabalu yang saya percaya akan pulang. Van atau teksi di sini yang menjadi pengangkutan awam agak cekap. Jadi saya yakin sasaran 75 peratus akan berjaya di capai," kata beliau dalam program Kerusi Panas Bernama Radio 24 tersebut.


Noor Deris dituntut mohon maaf
Salmah Mat Husain

GUA MUSANG, 3 Nov: Bekas Ketua Penerangan Umno Kelantan, Mohd Nor Deris diminta memohon maaf dalam tempoh 24 jam bermula selepas laporan polis dibuat berikutan tindakannya menghina Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini dengan panggilan syaitan.

Majlis Tindakan Dun (MTD) Galas memohon tokoh agama Umno Kelantan bertindak demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Gua Musang hari ini.

“Sekiranya Ustaz Nor Idris tidak berbuat demikian, tindakan undang-undang akan diambil ke atasnya,” kata Timbalan Pengarah MTD Dun berkenaan, Drs Mohd Zaki Mat Zin selepas membuat laporan polis terhadap Ustaz Nor.

Menurutnya laporan polis juga dibuat terhadap rakaman VCD yang menghina Tuan Guru Nik Abdul Aziz termasuk rombongan ke rumah bekas Adun Galas, Omar Mohamad yang disifatkan Nor sebagai syaitan.

Pada kunjungan sebelum ini Menteri Besar bersama 30 ahli rombongan menziarahi keluarga bekas Adun Galas di RPT Sungai Terah.

Sementara itu DAP membuat laporan polis terhadap Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Laporan polis itu dibuat kira-kira pukul 1.30 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang oleh Pengarah Jentera Pilihanraya Kecil DAP Dun Galas, Su Keong Siong.

Laporan polis itu dibuat berhubung laporan sebuah akhbar harian yang bertajuk ‘tindakan Kit Siang tuduh Umno kafir melampau’.

Menurut Siong laporan akhbar yang dipetik dari kenyataan Ali berunsur fitnah dan berniat jahat dengan tujuan dengki dan benci.

“Lim Kit Siang tidak pernah berada atau menghadiri siri ceramah bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat termasuk Penasihat PKR dalam siri ceramah kempen pilihanraya kecil di Galas,” ujarnya.

Katanya, kenyataan berkenaan jelas mahu mencetus permusuhan antara kaum dan agama serta bertentanan dengan Akta Hasutan 1978 dan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

“Kita membuat laporan polis hari ini dan berharap pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan terhadap kenyataan fitnah Datuk Seri Ali,” ujarnya.

Akhbar semalam melaporkan Ali sebagai berkata tindakan Kit Siang adalah hasil ajaran pemimpin PAS yang menjual agama dan tidak menghalang apabila bukan Islam menuduh orang Melayu tidak menyokong PAS sebagai kafir.

Ali mendakwa kenyataan Kit Siang dibuat pada ceramah yang dihadiri Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Anwar Ibrahim RPT Sungai Terah.

Pada masa yang sama Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAPSY dan Organisasi Wanita DAP turut membuat aduan terhadap Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Putrajaya, Hisamudin Yahya dan penerbitan artikel, Berita Harian.

Menurut Kok Seong, pihaknya membuat laporan polis terhadap Hishamudin kerana membuat laporan polis berhubung laporan palsu Ali


Jeming Hasan's Photos - BONGKAR


Sapow mun ni Mat Nor Deris?

Setelah ambo siasat mako banyoklah cerito pasal anok deris ni. Loni dio tersohor dengan gelaran ore gilow natey. Bukey ambo hok kato, tapi rama dok pakat2 kato dio gilow supow bewok gyiye pasal dio wat gilow gi bedebat dengan Tok Guru Nik Aziz di rumah bekas ADUN Galas, Omar Muhamad di Sungai Terah.

Tapi sapowkah kakah nyor ni hok sebenar-benarnyo?

Kakah ni adolah bernama Al-Ustaz Mohd Nor bin Deris yang merupakan bekas pensyarah fakulti syariah, Akademi Islam, Universiti Malaya, bekas anggota dewan ulama’ Pas ‘81 – ’88, masuk UMNO 1999 hingga kini.

Kakah ni dulunya adalah ahli Pas dan merupakan ahli Pas yang sangat teruk dan merupakan salah satu penyebab mengapa Pas tidak diterima dahulu. Kata salah seorang pemuda yang pernah menjadi anak muridnya di Universiti Malaya. Beliau memberitahu bahawa Kakah ni ketika pembelajarannya tidak lain selain menghina tok guru dan juga Umno. Beliau juga pernah diboikot oleh pelajarnya sendiri kerana sistem pembelajaran yang radikal dan tidak berasas.

Dahulu Kakah ni tersangatlah membenci UMNO dan kakah ni lah yang mengeluarkan fatwa yang bersalaman dengan orang umno adalah haram. Paling dasyat beliau juga pernah memberitahu apabila bertemu dengan orang umno maka hendaklah memalingkan muka dan jangan memandang pun wajah mereka. Menurut sumber lagi, beliau pernah mengunakan bendera Umno sebagai kain alas untuk mandi kerana bencinya yang mendalam pada UMNO.

Tapi hari ini, Kakah ini telah pun menjadi ahli umno dan tidak diketahui pula samaada kakah ni bersalam atau tidak dengan orang Umno.Kakah ni bukan sahaja menjadi ahli Umno bahkan diantara orang yang kuat menghina tok guru. Terbaru beliau telah menyamakan tangan Tok Guru seperti tangan syaitan.Tugas kakah ni bukeylah berjuang untuk islam di dalam Umno tapi hanyalah menjadi alat kepada Umno untuk menyerang tok guru. Kakah ni pulok jenis makey POM!

Ambo harap, kito pakat-pakat wat sembahyang hajat blakow, semoga Kakah ni dibukakan pintu hatinya dan sempat bertaubat. Ambo juga berharap ada pihak yang akan buat sembahyang hajat dengan memohon kepada ALLAH swt semoga orang-orang yang menghina Ulamak ini mendapat balasan yang setimpal.

Ambo dan rakyat yang lain tersangatlah marah dan dukacita bila ada lagi manusia sanggup menghina tok guru, dan ambo sendiri apabila melihat video(http://www.facebook.com/video/video.php?v=139191869463051) ambo terus menadah tangan dan bermunajat kepada ALLAH swt semoga Kakah bodo po lembu ni mendapat balasan daripadaNYA dan moga-moga sempat bertaubat sebelum neraka menjamah badan mat nor anok deris n


Penduduk India ikrar pertahan PAS di Galas

Salmah Mat Husain & Nur Hafizah

GUA MUSANG, 3 Nov: Impian Umno merampas semula Dun Galas dianggap menemui jalan buntu apabila masyarakat bukan Islam kini semakin berani menyatakan sokongan terbuka kepada calon PAS.

Malah Umno dan MIC dikatakan hanya mampu mempertahankan tidak sampai suku daripada 185 jumlah pengundi di kalangan kaum India.

Sokongan terbuka dapat dilihat apabila sebahagian besar penduduk India yang tinggal di Taman Bunga Tropika mendirikan pos di tepi jalan menghala ke Kuala Betis.

Pos tersebut didirikan pada hari penamaan calon. Dan setiap malam selepas balik dari kerja mereka berkumpul beramai-ramai. Pos terbabit dilengkapkan dengan lampu kelip-kelip dan spot light.

Sebelum ini, kira-kira 200 penduduk India diraikan anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa sempena menyambut Hari Deepavali, 5 November ini.

Kehadiran Husam bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Abdul Latif Abdul Rahman disambut penduduk India di taman perumahan tersebut.

Hadir sama Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Abdul Rahman Yunus dan Pegawai Penerangan Urusetia, Tharuman a/l Arjunan.

Pada majlis itu penduduk India yang hadir berikrar mengekalkan kemenangan PAS di Dun berkenaan sebagai hadiah sempena Hari Deepavali.

“Kita akan merayakan kemenangan ini bersama-sama, tidak ada sebab kita perlu menolak kerajaan PAS setelah pelbagai kemudahan disediakan oleh kerajaan negeri untuk kami,” ujar seorang penduduk, P. Rathakrishnan.

Ketika ditemui beliau mengaku Allahyarham Chek Hashim Sulaima banyak berjasa kepada penduduk di Dun Galas.

Seorang lagi penduduk, P Parasuraman mengakui kerajaan negeri tidak pernah meminggirkan masyarakat India.

Pada majlis itu juga seramai 140 warga emas diraikan sempena program di ambang Deepavali. Mereka menerima hamper disampaikan Husam. Selain itu mereka turut dijamu BBQ.

Sementara itu di majlis berasingan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Dun Galas begitu unik kerana mempunyai empat bangsa iaitu Melayu, Cina, India dan Orang Asal.

Berucap pada ceramah di Padang Bola, Bandar Baharu malam tadi katanya, melalui gabungan empat bangsa itu peluang cerah rakyat Dun Galas bagi mencipta sejarah baru politik negara.

“Moral politik di Galas membawa makna yang besar kepada rakyat di negara ini untuk merubah pentadbiran negara pada pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.

Turut hadir pada ceramah tersebut Ketua Menteri Melaka, Lim Guan Eng dan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua


Kira undi: Wakil calon PAS serah surat bantahan

Hafiz Irwan
GUA MUSANG, 3 Nov: Wakil Calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas, Abdullah Hussein, membantah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak membuat pengiraan undi di pusat pembuangan undi yang melibatkan empat daerah mengundi.

Abdullah yang hadir bersama peguam, Hisham Fauzi menyerahkan surat bantahan itu kepada Penolong Pengurus PRK Dun Galas, Mohammad Yusof Hassan, di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, dekat sini kira-kira pukul 3.15 petang ini.

Empat daerah terbabit adalah Belatin, Balar, Bihai dan Hau.

Bantahan tersebut dibuat berikutan keputusan SPR itu tidak memenuhi Seksyen 23A(1) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya 1981).

“Sungguhpun pihak SPR diberikan budi bicara di bawah perenggan (2) seksyen yang sama untuk mengarahkan supaya kertas-kertas undi dikira di tempat lain, budi bicara itu hendaklah digunakan dalam kes-kes yang ekstrem dan mempunyai kewajaran yang khusus,” katanya ditemui di pekarangan pejabat berkenaan.

Abdullah berkata, pengiraan undi perlu dilakukan di tempat pembuangan undi memandangkan jumlah pemilih di kesemua daerah terlibat terlalu kecil jumlahnya iaitu antara 160 hingga 278 orang.

“Oleh itu masa yang diperlukan untuk proses pengiraan adalah pendek iaitu kurang dari dua jam termasuk proses pengiraan semula, jika perlu,” katanya.

Beliau berkata, waktu mengundi di kesemua daerah mengundi tersebut ditutup jauh lebih awal iaitu jam 1.00 tengahari berbanding dengan pusat-pusat mengundi di daerah-daerah mengundi lain yang ditutup pada jam 5.00 petang.

Oleh itu tambahnya, proses pengiraan boleh dilakukan seawal jam 1.30 tengahari dan selesai selewatnya jam 3.30 petang.

“Tidak timbul masalah kelewatan atau kesukaran untuk membawa keputusan dan kertas-kertas undi yang telah dikira ke pusat penjumlahan kerana proses pengiraan selesai jauh lebih awal berbanding dengan daerah-daerah mengundi lain yang mungkin akan selesai dikira paling awal jam 6.30 petang,” katanya.

Tambahnya, jika kertas-kertas undi boleh dibawa keluar dengan helikopter untuk pengiraan, kaedah yang sama boleh digunakan untuk membawa keluar keputusan dan kertas-kertas undi yang telah dikira di pusat-pusat mengundi tersebut.

“Tambahan helikopter yang digunakan dilengkapi dengan peralatan avionic yang canggih untuk terbang dalam apa jua keadaan cuaca termasuk cuaca yang tidak baik,” sambungnya.

SPR memutuskan kesemua kertas undi tersebut akan dibawa ke Dewan Pusat Sivik, Bandar Baru Gua Musang untuk dikira.

Pada masa sama PAS juga mempersoal tindakan SPR tidak membenarkan wakil calon parti termasuk calon Barisan Nasional (BN) untuk menaiki helikopter bagi memastikan keselamatan peti undi tersebut.

Kerusi DUN Galas menyaksikan pertarungan satu lawan satu di mana Barisan Nasional (BN) meletakkan Setiausaha Umno Gua Musang, Abdul Aziz Yusoff manakala PAS, yang mewakili Pakatan Rakyat, meletakkan Dr Zulkefli Mohamad yang juga pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang.

Seramai 11,553 pengundi layak untuk mengundi pada pilihan raya kecil kali ini iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang


PM hilang kepercayaan kepada menterinya
Aziz Muda
KUALA LUMPUR, 3 Nov: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kini dilihat seperti hilang kepercayaan kepada Timbalan Perdana Menteri atau menteri-menterinya apabila mewakilkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor merasmikan majlis-majlis rasmi yang sepatutnya dihadiri oleh beliau.

Tindakan seperti itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan protokal biasa, malah jelas menunjukkan sikap sebenar Najib terhadap timbalannya dan menteri-menterinya yang lain yang sanggup mengubah peraturan sesuka hati walaupun bertentangan dengan amalan biasa dalam kerajaan.

Bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata, mengikut peraturan, jika perdana menteri tidak dapat hadir ke sesuatu majlis rasmi yang dijadualkan untuknya, ia mestilah diwakilkan kepada timbalannya. Jika tidak timbalannya pun, mestilah diwakilkan kepada menteri-menterinya yang lain yang berkenaan.

(Gambar: Keratan akhbar yang menunjukkan Rosmah ketika mewakili PM di majlis Deepavali)

“Jika tidak diwakilkan kepada menteri-menteri yang berkenaan, mestilah kepada timbalan-timbalan menteri. Jika tidak timbalan menteri, mestilah diwakilkan kepada pegawai-pegawai kerajaan seperti ketua setiausaha dan ketua pengarah.

“Itulah yang sepatutnya dilakukan. Bukannya mewakilkan kepada ahli keluarga bagi menghadiri atau merasmikan program-program yang rasmi. Tetapi dengan apa yang berlaku, ia jelas menunjukkan keadaan luar biasa yang tidak sepatutnya berlaku,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Rosmah yang mewakili Perdana Menteri dalam majlis Karnival Deepavali 1Malaysia di Litle India dekat Brickfield, Kuala Lumpur.

Dalam majlis itu, Najib melalui teks ucapan yang dibacakan oleh isterinya berjanji akan membantu orang India di negara ini.

Najib telah didapati mempunyai tanda-tanda awal sakit chicken pox (cacar air) dan diminta berehat oleh doktor selepas pulang dari Vietnam.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Dr Hatta (gambar) berkata, jika Perdana Menteri tidak dapat hadir ke majlis itu, jika tidak diwakilkan kepada timbalan perdana menteri atau menteri berkenaan seperti Datuk Seri Rais Yatim.

Tetapi pada majlis itu, keadaan seperti itu tidak berlaku, sehingga menyebabkan pelbagai pihak hairan dengan kejadian itu.

“Tindakan perdana menteri mewakilkan kepada isterinya bagi menggantikan dirinya merasmikan sesuatu majlis rasmi seperti itu bukan sekadar membelakangkan Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri, timbalan-timbalan menteri dan pegawai-pegawai kerajaan, tetapi turut membebankan isteri sendiri.

“Isteri pula sepatutnya tidak menjadi wakil kepada suami (Perdana Menteri). Sebaliknya menumpukan perhatian bagi menjaga kebajikan suami. Jadi dengan itu, isteri (Rosmah) sepatutnya malu dengan apa yang dilakukan itu.

“Tetapi apa yang dapat dilihat, Rosmah bukannya malu dengan tindakannya itu, malah berasa seronok pula kerana dapat menjadi wakil kepada perdana menteri bagi merasmikan majlis itu, sehingga segala yang dilakukan itu menjadi jelas terkeluar dari protokol biasa,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Najib dan Rosmah agar berfikir lebih jauh dengan apa yang dilakukan itu kerana ia tidak sepatutnya berlaku dalam sistem pentadbiran sesebuah kerajaan


Nik Aziz minta ahli Umno fikir dua kali sebelum undi

Mohd Nor Yahya

GUA MUSANG, 3 Nov: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta ahli Umno di Galas agar berfikir dua kali sebelum melangkah ke pusat mengundi agar dapat memangkah PAS untuk kali ini.

Permintaan ini dibuat beliau ketika memberikan amanat kepada petugas PAS dalam satu majlis di majlis penyampaian amanat penting oleh beliau di Maahad Muhammadi Gua Musang, Kampung Lembaga.

Beliau memberitahu, ramai ahli Umno kini sudah bertukar arah termasuk bekas wakil rakyat Umno.

“Alhamdulillah sehingga kini saya dapat maklumat ramai orang umno-BN ni dah bertukar arah untuk berpihak kepada PAS dan baru-baru ni saya pergi ke rumah bekas wakil rakyat, diapun dah minat dengan kita.

"Insyaallah petang ni saya juga akan ke rumah bekas Puteri Umno yang sudah menyatakan untuk berpihak kepada kita juga. Ini adalah satu petanda baik untuk mempertahankan Galas,"ujar beliau.

Sementara itu, jentera PAS dan Pakatan diingatkan agar sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai ujian yang mendatang terutamanya serangan akhir pihak lawan.

Pengarah Operasi jentera pilihan raya PAS, Abdul Fatah Harun berkata jentera yang terdiri dari pemuda, muslimat dan ulama akan bergerak terus dalam mengawal kawasan unit peti undi masing-masing.

(Gambar: para petugas dan pengundi Galas yang memenuhi dewan mendengar ucapan Nik Aziz)

"Bermula petang ini, saya berharap semua jentera parti bergerak sebanyak mungkin dan kalau ada yang rasa letih tu, tidur aja di tangga rumah yang dikawal tu,"ujar beliau.

Menurut beliau lagi, Umn/BN kini semakin cemas dengan gerak kerja parti PAS yang sudah dapat menembusi semua pelusuk kampung dan begitu juga sambutan dari kaum Tionghua dan India.

"Saya juga berharap petugas parti dapat beramah mesra secara baik dengan semua orang terutamanya dengan masyarakat lain. Kalau dulu orang Cina dan India takut tengok orang PAS yang berkopiah ni, tapi sekarang ni mereka amat suka untuk bersama kita,"katanya lagi


Tangan Nik Aziz tangan syaitan - Mohd Nor Idris

Harakahdaily

GUA MUSANG, 3 Nov: Bekas calon BN Pengkalan Chepa, Mohd Nor Idris membuat pengakuan bahawa dia memang tidak mahu bersalam dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat apabila salam dihulurkan kepadanya kerana menganggap ia tangan syaitan.

"Saya tak mahu jamah tangan syaitan....ana tak akan jabat tangan hari ini selagi anta kawan dengan DAP," kata Mohd Nor dalam video yang dirakamkan oleh jentera kempen Barisan Nasional (BN) di Galas.

Pengakuan Mohd Nor ini dibuat dalam video yang dinamakan jawapan beliau terhadap laporan Harakahdaily baru-baru ini yang bertajuk "Bekas calon BN maki Tok Guru".

Dalam laporan itu, Mohd Nor (gambar) dilaporkan memaki MB Kelantan itu ketika beliau dan rombongannya menziarahi rumah bekas Adun Galas, Haji Omar Muhamad di Sungai Terah baru-baru ini.

Mohd Nor yang kebetulan berada di atas rumah itu telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Nik Aziz kononnya tangan Nik Aziz umpama tangan syaitan kerana bekerjasama dengan DAP.

Mohd Nor, pensyarah Akademi Islam Universiti Malaya pada awal 1980an adalah ahli PAS dan sering memberikan ceramah atas pentas PAS. Namun pendekatannya sentiasa keras terhadap Umno dan antaranya sering memaki dan mengkafirkan Umno.

Beliau kemudiannya keluar PAS bersama dengan Wan Ismail dan menubuhkan kumpulan Islah kerana tidak bersetuju dengan tindakan PAS bekerjasama dengan parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh.

(Wan Ismail lebih dikenali dengan nama Wan Ismail Jerat kerana sering menggunakan perkata jerat iaitu tanah perkuburan Cina apabila merujuk kepada kubur yang bakal didiami apabila pemimpin Umno mati nanti.)

Selepas itu, Mohd Nor bersama rakannya Mustafa Kadir menyertai Umno pula sehingga kini walaupun Umno adalah sasaran utama mereka ketika berada dalam PAS.

Dalam video 7 minit 35 saat yang dikeluarkan jentera kempen BN itu, Mohd Nor berkata, beliau tidak menghormati Nik Aziz kerana cuba menggulingkan kerajaan Islam pimpinan Umno dan boleh dikira sebagai musuh negara dan musuh umat Islam di Malaysia.

"Mereka ini bertopengkan Islam dan berkubukan demokrasi dan biasanya mereka ini cuba merompak umat Islam di Malaysia. Dengan sebab itu kedatangan mereka ke sini sebagai satu senjata musuh yang diperalatkan oleh syaitan sedunia terutamanya syaitan dan iblis kawan Nik Aziz.

"Nik Aziz itu sendiri seolah-olahnya apabila dia datang tidak dengan rupa dia yang asal...dia datang seolah-olah telah dirasuk hantu di rasuk jin," katanya dalam video itu.

"Apabila dia holor tangan itu, solah-olah saya nampak tangan itu tangan syaitan...dengan kasyaf saya, tangan dia itu macam tangan syaitan yang diholorkan kepada saya. Jadi saya tidak sambut tangan dia, saya tidak mahu jamah (pegang) tangan syaitan," akui Mohd Nor dalam video yang dikeluarkan BN itu.

Sejak itulah, katanya, berlaku kata mengata antara dia dan Nik Aziz dalam insiden itu




Tiada ulasan: