Ketua Puteri Umno Kuala Krai diserang ketika rayu undi | ||
|
"Ketika itu peraih undi PAS berada di sebelah kanan dan saya berada di sebelah kiri, dan apabila datang seorang pengundi, saya turut bersama dengan anggota muslimat PAS mengiringi pengundi tersebut ke pusat pengundian.
"Secara tiba-tiba saya diserang daripada belakang oleh seorang Muslimat lain dari arah belakang. Dia mengetuk saya dua kali dan apabila saya berpaling ke arah penyerang itu, sekali lagi saya diserang," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Gua Musang.
Suzaini Adlina berkata sebaik beliau melihat muka wanita itu, penyerangnya dilarikan oleh beberapa penyokong PAS.
"Saya kesal sebab perkara ini dilakukan oleh seorang penyokong parti yang mendakwa mereka mengamalkan dasar Islam," katanya.
Ketua Puteri Umno Kelantan Noor Wahida Patuan, 30, berkata sejak dari awal pusat pengundian dibuka, keadaan di situ agak tegang kerana penyokong PAS telah melakukan provokasi dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada penyokong BN.
"Namun kami tidak bertindak balas kerana Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin telah mengarahkan kami menggunakan pendekatan yang berhemah untuk menarik pengundi," katanya.
Pilihan raya itu melibatkan calon BN Abdul Aziz Yusoff dan calon PAS Dr Zulkefli Mohamed.
"Itu cuma satu salah faham antara seorang wanita dari Umno dan seorang lagi dari PAS.
"Saya sudah tengok, tak ada apa. Tak ada luka pun," katanya dalam satu sidang media petang ini.
"Saya ingat ini satu pilihan raya yang tenang," tambahnya
ADUN Sekinchan dakwa dipukul ahli Umno | ||
|
Menceritakan insiden tersebut, Ng mendakwa beliau bertemu dengan petani di kunci air Sawah Sempadan di Tanjong Karang kira-kira jam 11.35 pagi "untuk mendengar rintihan harga jualan padi yang rendah dan potongan basah yang terlalu tinggi".
"Maka petani menjemput saya turun ke kawasan tersebut untuk mengenal pasti keadaaan sebenar.
"Apabila saya sampai dan turun dari kereta dan sempat bersalaman dengan tiga orang petani, saya telah dikepong oleh sekumpulan yang (di)syaki ahli Umno bahagian Tanjong Karang menghalang dan menghalau saya balik dan mereka berkata ini bukan kawasan YB.
"Oleh kerana keadaan tidak terkawal dan beredar ketika itu, saya diserang dan dipukul, kepala ditumbuk, perut ditendang dan tangan dipukul," laporan polis itu dipetik.
Ng mendakwa semasa kejadian tersebut, ketua kampung Ampangan dari PAS Hamidon Salim turut bersamanya.
Dalam laporan itu Ng turut mendakwa dua pembantunya turut dipukul dan kereta milik pengiringnya kemik di pintu belakang
Habuan p'raya: Ratusan lagi beratur untuk RM250 | |||
|
Mereka kemudian kelihatan memegang sepucuk sampul coklat.
Semakan mendapati jumlahnya bernilai RM250.
Pengarah Pilihan Raya BN Tengku Razaleigh Hamzah bagaimanapun ketika ditemui pemberita enggan memberikan sebarang komen tentang apa sebenarnya yang berlaku.
Insiden ini adalah yang pertama dilihat berlaku di Galas sepanjang proses pengundian di Galas hari ini.
Bukit Cekati, sebuah kawasan majoriti Melayu terletak bawah pusat pengundian Batu Papan.
Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon PAS Dr Zulkefli Mohamad dan calon BN Abdul Aziz Yusof
IO tak tolak pegawai SPRM mungkin suspek | |||
|
Menurut ASP Ahmad Nazri Zainal, pegawai SPRM Mohd Nazri Ibrahim dibenarkan pulang selepas merakam kenyataan Teoh pada jam 3.45 pagi.
Beliau berkata, rakaman CCTV menunjukkan saksi meninggalkan bangunan tersebut kira-kira jam 4 pagi, tetapi dilihat oleh seorang lagi pegawai SPRM Raymond Nyion melewati pejabatnya sekitar jam 5 pagi.
Raymond juga ternampak pegawai penyiasat SPRM Mohd Anwar Ismail dan pengarah jabatan Hishamuddin Hashim lalu di situ.
Dalam keterangannya sebelum ini, Anwar berkata dia tidur di bilik solat dari jam 5 pagi hingga 8.30 pagi, manakala Hishamuddin berkata dia nampak Teoh kira-kira jam 5.45 pagi.
Teoh, 30, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam pada 16 Julai 2009, selepas disoalsiasat oleh SPRM di pejabat suruhanjaya itu di tingkat 14 bangunan yang sama.
Selepas 37 saksi dipanggil memberi keterangan di Mahkamah Koroner Shah Alam, prosiding inkues kematian Teoh berakhir hari ini.
Inkues tersebut bermula Julai tahun lalu. Koroner Azmil Muntapha Abas menetapkan 10 Disember ini untuk memfailkan hujahan bertulis.
Azmil juga menetapkan 17 Disember untuk mendengar hujahan lisan sebelum membuat keputusan2 jam lulus pinjaman perumahan kakitangan awam | ||
|
Setiausaha Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Perbendaharaan Malaysia, Datuk Shuib Md Yusop berkata, pelaksanaan e-Borang itu yang dijadual awal tahun depan, bertujuan memendekkan tempoh menunggu yang kadang-kala mengambil masa lebih daripada 14 hari.
"Jika dulu, kelulusan pinjaman perumahan mengambil masa 14 hari atau lebih lama, tapi hari ini sangat cepat, permohonan boleh diluluskan pada masa satu hari iaitu anda hantar hari ini, esok dah dapat kelulusan.
"Kita cadang mungkin tahun depan kita boleh luluskan (pinjaman perumahan) dalam masa dua jam saja, bila semua sedia dilaksana dan semua pemohon akan menggunakan e-Borang iaitu secara talian dan bukan lagi secara fizikal,” katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu hari ini.
- Bernama
Umno bayar RM1,000 pengundi atas pagar?
Wartawan Kita |
GUA MUSANG, 4 Nov: Umno benar-benar terdesak bagi mencapai misi merampas Dun Galas apabila berusaha mendapat 500 pengundi atas pagar yang pernah menyokong PAS dengan tawaran lumayan sehingga RM1,000 setiap pengundi malam tadi. Sindiket itu didalangi kumpulan yang menemui pengundi di saat-saat akhir sejak malam tadi dengan membawa tawaran tersebut. Menurut sumber, Umno kini berusaha keras mendapatkan 500 lagi pengundi bagi mencapai misi mereka. Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik berkata, PAS kesal dengan sikap Umno BN yang tidak langsung mendidik rakyat, malahan sanggup membayar dalam jumlah yang begitu besar semata-mata bagi mendapatkan undi. "Kita mahu biarlah keceriaan menyebelahi kita, dengan suasana yang redup dan tidak panas semoga semua dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat menjangkakan sejumlah wang akan 'turun' di Unit Peti Undi Batu Papan. Bagaimanapun proses pembuangan undi di Lepan Jaya sehingga petang ini berjalan dalam suasana tenang kerana sentiasa menjaga tata tertib bagi menyampaikan tentang keadilan Islam. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan