Selasa, 2 November 2010

GALAS...BERITA NI BENAR ATAU TIDAK....NILAILAH SENDIRI....

TERDESAK: Akibat ceramah tidak dapat sambutan, penceramah Umno ganggu program PAS!



"Hanya 12 orang yang hadir pada ceramah itu termasuk enam orang Puteri Umno, selebihnya anggota keluarga pemilik rumah terbabit serta jiran tetangganya walaupun pengerusi majlis mendakwa kehadiran melebihi 50 orang."

Program Kerajaan Negeri dicemari gangguan UMNO

Satu program kerajaan negeri yang telah diurusetiakan oleh Urusetia Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan iaitu "Jom Tengok Wayang dan BBQ Bersama Anak Muda" pada malam semalam telah dicemari gangguan oleh pihak UMNO.

Mereka secara tiba-tiba memasang lagu-lagu patriotik termasuk lagu UMNO serta mengadakan ceramah di dalam sebuah rumah kedai yang betul-betul berhadapan dengan khemah program kerajaan negeri.

Ketika para penduduk mula membanjiri kawasan program kerajaan negeri, pihak UMNO sengaja memasang lagu-lagu mereka dengan kuat. Walau bagaimanapun, lagu-lagu tersebut diberhentikan sebaik sahaja pihak penganjur program mula memasang bacaan ayat-ayat suci Al-Quran.

Sebaik selesai ucapan daripada Ustazah Nuridah Salleh, Ketua Muslimat PAS Pusat, sekali lagi mereka memasang lagu-lagu patriotik dengan kuat.









Pihak urusetia tetap meneruskan tayangan filem "Ketika Cinta Bertasbih 2" dan cuba untuk menguatkan sistem audio.

Tiba-tiba, pihak UMNO memulakan ceramah kempen di premis berkenaan yang hanya ditonton oleh 10 orang penyokong UMNO. Mereka meninggikan suara dan berceramah dalam nada bertempik bagi melawan tayangan yang sedang berlangsung.

Kelihatan sebuah van dan kelengkapan audio yang besar dan gah seolah-olah mahu mengadakan program yang besar dan hebat, sebaliknya hanya dihadiri oleh penyokong yang terlalu sedikit bilangannya.

Kedengaran dalam ucapan salah seorang penceramah mereka berkata bahawa pihak mereka mendapat maklumat program kerajaan negeri hanyalah BBQ sahaja dan bukannya melibatkan tayangan filem sedangkan sepanduk-sepanduk yang digantung oleh pihak urusetia jelas tertera perkataan "Jom Tengok Wayang dan BBQ Bersama Anak Muda"

"Biasa la musim pilihan raya ni bertembung program, masing-masing mahu berkempen," kata pihak UMNO.

Kelihatan juga 2 orang penyokong UMNO yang mengangkat 2 pembesar suara ke atas bumbung van dengan tujuan menghalang audio tayangan filem yang sedang berlangsung.



Para penonton tetap tidak berganjak dan meneruskan tontonan filem. Sesekali kelihatan para penonton bangun dan berpaling ke arah premis berkenaan dengan riak muka yang geram dan tidak puas hati kerana mengganggu perhatian mereka terhadap filem yang sedang ditonton.

"Akak tak tahu pun tentang ceramah UMNO akan diadakan di sini malam ni, yang akak tahu ada tayangan filem dan BBQ. Nampak sangat ceramah ini tidak dirancang awal sebaliknya sengaja diadakan bagi mengganggu program kerajaan negeri," kata salah seorang penduduk yang turut serta menonton filem yang ditayangkan apabila ditanya oleh pihak kami yang berada di sana mengenai ceramah yang diadakan oleh pihak UMNO.

Seorang lagi penduduk kampung ketika diminta memberi komen terhadap apa yang sedang berlaku mengatakan bahawa UMNO seolah-olah mahu menumpang program PAS yang nyata mendapat sambutan yang jauh lebih baik. Mereka seolah-olah berceramah kosong yang hanya banyak mengutuk dan memperlekehkan PAS.



Mereka memainkan isu yang mana segala pembangunan dibuat oleh UMNO. Hal ini jelas menunjukkan mereka tidak faham bahawa pembangunan itu adalah sememangnya menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah bukannya parti.

Salah seorang penceramah mereka melaungkan "4 Oktober ni undi???" lantang dijawab oleh penyokong-penyokong PAS yang sedang menonton tayangan filem, "undi Bulan".

Tidak lama kemudian, Pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) datang ke tempat program dan meminta pihak Umni telah diminta beredar kerana ceramah tersebut tidak mempunyai permit.

Mereka mengakhiri ceramah yang tidak mendapat sambutan itu dengan 3 kali laungan "Hidup UMNO" dan 1 kali laungan "Mampus PAS". Dalam masa yang sama di luar bangunan kedai tersebut, kedengaran laungan takbir oleh ratusan penyokong PAS yang sedang menonton tayangan filem.

Tayangan filem islamik yang hebat daripada Indonesia itu diteruskan sehingga habis dalam keadaan yang kembali aman dan tenteram. - n45galas.pas.org

Berita berkaitan..

Umno terdesak ganggu program PAS

GUA MUSANG, 2 Nov - Gara-gara ingin mengganggu-gugat program Jom Tengok Wayang dan BBQ Bersama Anak Muda, ceramah mini anjuran Umno yang diadakan di hadapan program terbabit di Sungai Terah dihalang SPR malam tadi.

Hanya 12 orang yang hadir pada ceramah itu termasuk enam orang Puteri Umno, selebihnya anggota keluarga pemilik rumah terbabit serta jiran tetangganya walaupun pengerusi majlis mendakwa kehadiran melebihi 50 orang.



Kira-kira 10 minit tayangan filem Ketika Cina Bertasbih ditayangkan, ceramah mini Umno pun bermula dengan menggunakan pembesar suara yang lebih lantang berbanding program anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri itu.

Bagaimanapun, tidak sampai setengah jam, ceramah yang hanya dihadiri 12 orang, termasuk enam orang Puteri Umno selebihnya anggota keluarga dan jiran terdekat terpaksa dihentikan dengan arahan SPR.

Tindakan itu dilakukan SPR memandangkan pihak terbabit tidak mempunyai permit sebagaimana yang ditetapkan.

Sepanjang ceramah itu berlangsung, golongan muda yang rata-ratanya terdiri dari pengundi ‘bertakbir’ beramai-ramai sewaktu pemimpin mereka berceramah yang kebanyakkannya menyelar pimpinan PAS dan kerajaan negeri Kelantan.

Gangguan ceramah PAS sejak akhir-akhir ini berlaku hampir setiap malam apabila dianya diadakan di tempat yang sama dengan program PAS.

Pada malam sebelumnya kejadian yang serupa berlaku pada majlis ceramah PAS yang diadakan di Ladang Chin Tek.

Kejadian berlaku apabila majlis ceramah PAS disampaikan oleh Datuk Nasharuddin Daud, di mana Umno memasang karaoke dengan tujuan untuk mengganggu ceramah PAS. - n45galas.pas.org

Tiada ulasan: