Isnin, 8 November 2010

DARI FACEBOOK

BETULKAH KENYATAAN INI; SUATU DIAGNOSIS MENGENAI PUNCA KEKALAHAN PAS DAN PR DI GALAS.

1. Komponen parti pembangkangbergaduh sesama sendiri?

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abang Johari Tun Openg berkata, rakyat mula sedar bahawa mereka membuat kesilapan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dengan memilih pembangkang.

Menurutnya, jumlah majoriti besar yang diperoleh di Batu Sapi dan Galas menunjukkan pakatan pembangkang semakin longgar dan tidak lagi berdasarkan perjuangan mereka kepada rakyat sehingga ada di antara komponen parti pembangkang turut bergaduh sesama sendiri.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_01.htm

2. Rakyat meluat dengan gimik, janji kosong pembangkang

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Rakyat sudah meluat dengan pakatan pembangkang yang hanya mengutamakan gimik tanpa mementingkan perkhidmatan terutama di negeri-negeri yang ditadbir mereka menyebabkan rakyat mula berpaling kepada Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, itu merupakan antara faktor mengapa pengundi di Dewan Undangan Negeri Galas dan Parlimen Batu Sapi menolak pembangkang dan memilih BN yang telah terbukti memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Menurut beliau, rakyat telah melihat kelemahan demi kelemahan pakatan pembangkang bukan sahaja daripada segi pentadbiran negeri tetapi juga pengurusan parti.

"Rakyat tahu bahawa mereka perlu merujuk kepada bukti dan rekod perkhidmatan yang ditawarkan, bukan gimik semata-mata. Masalahnya pembangkang masih beranggapan bahawa gimik boleh mengubah keputusan.

"Pada masa sama, cara pembangkang menerajui pentadbiran negeri yang melibatkan rakyat pelbagai etnik dan agama sedang dinilai oleh rakyat. Segala pemerhatian ini mereka gunakan untuk membuat keputusan semasa mengundi dan jelas sekali mereka lebih yakin dengan BN," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau percaya kejayaan itu juga hasil daripada persefahaman dan penyelarasan yang lebih baik di kalangan semua parti komponen BN.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm

2. PAS memasukki gelanggang dalam keadaan "cedera"

Ketika 'bala tentera' BN turun ke Galas dengan penuh keyakinan dan bersemangat, Pas pula yang diketuai oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman 'memasuki gelanggang' dalam keadaan 'cedera' di sana-sini termasuklah membawa beban akibat kegagalan kerajaan Pas Kelantan menunaikan janji yang dibuat pada 2008 kepada pengundi Galas.

Bebanan Pas diburukkan lagi dengan isu ladang rakyat yang menyaksikan masyarakat Orang Asli yang merupakan pengundi ketiga terbesar iaitu 1,839 orang menantikan pilihan raya kecil ini sebagai medan untuk membalas dendam terhadap kegelojohan kerajaan Pas Kelantan menceroboh tanah warisan mereka. Akibatnya, Pas tewas teruk di semua peti undi masyarakat Orang Asli.

Selain itu, sejak hari pertama kempen lagi, Pas tidak mampu 'menyerang' sebaliknya bertahan bukan sahaja dalam isu pentadbiran kerajaan negeri tetapi juga isu melibatkan calonnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_01.htm

3. Kekalutan yang berlaku di dalam pakatan pembangkang serta negeri-negeri yang dipimpin parti itu membuka mata rakyat bahawa tidak banyak pembaharuan yang boleh diharapkan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

4. PAS kalah kerana faktor calon - parti memilih calon yang bertentangan dengan kehendak pengundi,

GALAS: Mengapa PAS kalah teruk dalam pilihanraya kecil Galas pada hari Khamis lalu? Dr Zulkifli Mohammad kalah 1.190 kepada Abdul Aziz Yusof. Aziz mendapat 5,324 undi, Dr Zulkifli 4, 134 undi. Aziz adalah setiausaha Umno Gua Musang, Dr Zulkifli pula ketua PAS Gua Musang.

Cakap-cakap di Galas ialah Dr Zulkifli sebenarnya bukan calon pilihan pengundi PAS untuk Galas. Ia calon pucuk pimpinan PAS.

Dalam undian untuk memilih calon, Dr Zulkifli bukan nama yang berada di tempat teratas. Menjadi dasar PAS untuk mengundi beberapa nama sebelum diputuskan untuk menjadi calon PAS.

"Orang yang dapat tempat teratas ialah Ketua Pemuda PAS Gua Musang, Abdullah Husin. Orang panggil dia Ustaz Abdullah.

"Orang PAS Galas hendak Ustaz Abdullah lawan Aziz. Tetapi tiba-tiba menjadi calon.

"Dr Zul (panggilan untuk Dr ZuIkifli) bukan calon pilihan pengundi PAS Galas tetapi pilihan pemimpin," kata seorang pemimpin PAS ketika ditemui di bandar Gua Musang, pagi Jumaat lalu.

Beliau berkata, jika parti memilih calon yang bertentangan dengan kehendak pengundi, akibatnya calon berkenaan akan kalah.

Katanya, walaupun pada pandangan mata pemimpin calon itu baik tetapi pengundi mempunyai cita rasa mereka sendiri.

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/?p=9919

5. masalah tanah masih menjadi rungutan sebahagian rakyat

GUA MUSANG, 5 Nov: PAS melihat masalah tanah antara faktor utama menyebabkan parti itu gagal mempertahankan Dun Galas pada pilihan raya kecil semalam.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, masalah tanah masih menjadi rungutan sebahagian rakyat dan mereka juga terpengaruh dengan dakyah yang disebarkan pihak lawan.

“Usaha kerajaan negeri menyelesaikan masalah tanah tidak difahami mereka. Sedangkan usaha ke arah menyelesaikan hak milik sedang dilakukan dan tentunya mengambil masa untuk diselesaikan.

“Keadaan menjadi tambah keliru kerana ada pihak membangkitkan pelbagai isu mengenai tanah biar pun penjelasannya mengenainya sudah diberi kerajaan negeri,” katanya di sini, malam tadi.

Selain itu juga faktor beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), tentera dan Rela yang berkampung di penempatan Orang Asal sejak 15 Oktober lalu menyebabkan pergerakan penduduk tempatan terbatas.

Malah katanya, agensi kerajaan pusat terbabit mengawal ketat pergerakan pihak lain yang memasuki penempatan berkenaan.

Abdul Halim yang juga anggota parlimen Pengkalan Chepa berkata, kemerosotan juga berlaku terhadap pengundi Cina terutamanya di saluran pengundi muda.

Bagaimanapun katanya, pengundi di saluran satu dan dua masih kekal bersama PAS.

Manakala pengundi atas pagar pula dilihat lebih cenderung kepada BN sehingga menyebabkan banyak undi PAS terjejas.

“Isu pembangunan Ladang Rakyat juga menjadi isu di kalangan rakyat di mana ramai yang masih keliru,” katanya.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29343%3Aisu-tanah-antara-faktor-pas-terjejas-di-galas&catid=1%3Autama&Itemid=50

6. PAS gagal menjawab beberapa isu malar segar seperti isu tanah di Lojing, pembalakan haram, pembangunan untuk Orang Asli, manfaat dari Ladang Rakyat serta dakwaan penyelewengan dalam PMBK Sawit sebagaimana yang diserang Umno.

7. Jentera PAS seakan keliru apabila berdepan dengan “politik damai” Tengku Razaleigh

Akibatnya, pengundi gagal diajak menolak calon BN Abdul Aziz Yusoff walaupun terlalu banyak pengkhianatan Umno ke atas kerajaan negeri dan rakyat Kelantan.

“Kenapa tidak perjelaskan terma penerangan PAS iaitu satu undi kepada Umno adalah menyokong pengkhianatan BN tidak memberi royalti minyak kepada rakyat Kelantan" Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor

Oleh kerana jentera PAS gagal menggamit emosi rakyat terhadap isu utama itu, kata beliau, jentera PAS induk gagal menguruskan keseluruhan jentera penerangan dan kempen di Galas.

“Ketokohan dan strategi Ku Li memang nampak ‘underdog’, di luar dugaan kita tetapi saya anggap veteran Umno itu ancaman paling besar (bagi) saya (Pakatan Rakyat)" Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

“Ini satu ‘wake-up call’, parti tidak boleh duduk diam, bukan sekadar memberi tahu orang ramai yang kita sedang bermuhasabah, sangat malang kalau kita tidak menyedari orang yang bukan sebarangan seperti dia (Ku Li),” ujarnya.

Lebih membimbangkan kata beliau, sekiranya ketokohan Tengku Razaleigh ini dianggap mengetuai Umno dan BN pada pilihan raya umum ke-13 kelak.

Jika berlaku ledakan dalaman di dalam Umno untuk mengangkat Ku Li ke kerusi nombor satu (Presiden) Umno-BN, ia adalah sesuatu malapetaka paling besar, yang saya tidak dapat bayangan bagi membenamkan PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum ke-13,” ujarnya lagi.

Disebabkan itu, beliau berkata, PAS dan Pakatan Rakyat bernasib baik kerana BN dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan Pengerusi BN.

“Kalau saya, saya suka Najib memimpin Umno dan BN sehingga pilihan raya umum ke-13,” kata beliau berjenaka kepada The Malaysian Insider.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/galas-pas-nafi-sabotaj-dalaman-punca-gagal-tapi-diperangkap-faktor-ku-li/

8. PR tidak bersungguh-sungguh untuk memperluaskan pengaruhnya di kawasan tradisional milikan BN setelah memenanginya,

Kemenangan 2-0 dalam PRK Galas dan Batu Sapi mungkin petanda kebangkitan semula Barisan Nasional, meramalkan potensi regim ini untuk merampas semula kawasan tradisionalnya yang ditembusi Pakatan Rakyat pada 8 Mac 2008.

PRK pada 4 November 2010 memberi isyarat bahawa PR mungkin gagal mempertahankan kerusi yang dirampasnya dari BN, dan terpaksa menyerah semula kepada BN pada PRU akan datang. Ini kerana PR tidak bersungguh-sungguh untuk memperluaskan pengaruhnya di kawasan tradisional milikan BN setelah memenanginya, kata pengkaji politik Phoon Wing Keong (gambar kanan) ketika dihubungi MerdekaReview.

Pada masa yang sama, PRK ini menyaksikan bagaimana undi Melayu mula kembali ke BN, menambah risiko PR untuk kehilangan kawasan-kawasan sedemikian. Dari apa yang diamati dalam PRK ini, meskipun pengundi Cina masih menyokong PR, tetapi undi tersebut gagal dipertingkatkan lagi. Secara keseluruhannya, Phoon Wing Keong menganggap kecenderungan perubahan ini tidak memihak kepada PR.

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11242

9. Isu Tanah dan Infrastruktur tidak lengkap membelit kempen PAS

Dalam dapatan kaji selidik menunjukkan bahawa isu pemilikan tanah agak kritikal dibangkitkan oleh pengundi terutama di Daerah Mengundi Kampung Pulai, Batu Papan, Lepan Tupai dan Sungai Terah. Isu tanah diwakili peratusan tertinggi isu utama bagi pengundi Galas iaitu sebanyak 56.5 %. Rungutan infrastruktur yang kurang memuaskan sebanyak 45 %. Merujuk kepada isu tanah, di Kampung Pulai misalnya, permintaan pengundi Cina Peranakan terhadap status tanah yang diterokai mereka masih belum jelas status hak milik menyebabkan pendirian politik mereka agak dingin. Ini sedikit memberi tekanan dalam kempen PAS, kerana pengundi di sini ingin melihat penyelesaian konkrit dalam permasalahan ini.

http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=11228

10. Peningkatan peratus pengundian.

Peningkatan peratus pengundian sebanyak 2.11% ini memberi kelebihan kepada calon BN. Peningkatan ini membawa kepada pertambahan pengundi keluar mengundi sebanyak 9,590 berbanding dengan keluar mengundi tahun 2008 hanya 8,323 ianya meningkat sebanyak 1,265. Pertambahan ini adalah dari kalangan pengundi muda atau mereka yang pertama kali mengundi.

11. Stail GERAKKERJA KEMPEN PILIHANRAYA zaman tahun 60-an atau 70-an tidak sesuai lagi.

Paling ketara dalam pilihan raya kali ini tidak ada mana-mana pihak menyediakan blog khas pilihan raya kecil itu seperti biasa. Kealpaan ini disebabkan ketumpulan minda mereka yang menguasai bilik gerakan.

Saya awal-awal lagi telah mencadangkan supaya Pas melantik Husam Musa bersama Takiyuddin Hassan untuk mengendalikan pilihan raya berkenaan. Husam mengatur strategi Takiyuddin pula menyediakan logistik dari luar. Sentuhan mereka mungkin berbisa dan dapat membawa perubahan dalam stail dan juga bentuk-bentuk kempen. Mereka dapat membaca perkembangan dan selera kontemporari pengundi terutamanya di kalangan anak-anak muda. Selain itu perlantikan mereka boleh melatih mereka untuk mengambil tugas berat itu di masa akan datang.

Kelesuan kempen dan serangan kepada BN kali ini juga amat ketara sekali. Poster yang dapat dilihat selalu menggila dalam pilihan raya terjadi sebaliknya di Gua Musang. Nampaknya permintaan dan harapan tengku Razaleigh agar Pas tidak menyerangnya benar-benar dilaksanakan. Apakah ada persefahaman di antara tengku Razaleigh dengan orang tertentu di dalam Pas? Jika diperhatikan kepada kenyataan Razaleigh dalam menerima kemenangan itu di mana beliau mengucapkan terima kasih kepada Pas, semacam ada ikrar kecil antara beliau dengan Pas?

Selain dari itu beberapa kenyataan ataupun pendekatan diambil atau dikeluarkan Pengarah pilihan raya, Abdul Halim Abdul Rahman yang disokong kuat oleh penasihatnya Wan Abdul Rahim Abdullah dan digerakan oleh Pengarah operasinya Abdul Fatah Haron memberi imej buruk kepada Pas dalam pilihan raya itu. Misalnya tawaran untuk membayar RM250 kepada pengundi luar secara terbuka sangat menjatuhkan moral Pas.

12 PENTINGNYA pilihan raya ini bagi mengekalkan Tengku Razaleigh terus berada dalam politik.

ORANG-orang Melayu khususnya di Kelantan amat mengharapkan TR kembali bangkit dalam persada politik negara. perkara ini amatlah diharapkan oleh golongan muda yang rata-ratanya masih dalam keadaan tercar-cari dan tidak berada dibawah kepimpinan politik yang sedia ada. Begitu juga terdapat juga golongan tua yang mengharapkan perkara yang sama dan berada diatas pagar. walaupun mereka ini tidaklah menyukai UMNO tetapi oleh kerana menyedari pilihan raya ini penting hanya bagi Tengku Razaleigh maka mereka berubah dan sedia mengorbankan Pas. walaupun dalam keadaan terpaksa.

13. Kegagalan PAS mendaftar pengundi baru selepas 2008

Pada dua pilihan raya itu, kekuatan PAS hanya sekitar 36 peratus sahaja. Sedangkan pada pilihan raya umum 2008 PAS mencapai kemenangan pada paras 54 peratus. Berlaku penambahan peratus sokongan kepada PAS sebanyak 18 peratus. Apakah punca kemenangan itu?

Banyak pihak bersetuju, ia berlaku atas faktor calon sebagai peribadi yang mewakili PAS pada pilihan raya umum 2008 itu. Tokohnya ialah Arwah Che Hashim, seorang yang popular berkhidmat kepada rakyat dan diterima baik oleh semua pihak termasuk masyarakat Cina dan Orang Asli. Khidmatnya bermula sebaik sahaja beliau kalah dalam pilihan raya umm 2004. Maka tidak harianlah beliau berupaya menang ‘terkejut’ apabila mengalahkan penyandang wakil rakyat Galas ketika itu, Saufi Deraman.

Namun kemenangan PAS pada 2008 itu bukan bergantung sepenuhnya kepada faktor calon. Malah suatu faktor yang lebih bersifat strategik ialah gerakan kepartian dan penyusunan gerak kerja pilihan raya PAS di Galas antara 2004 sehingga pilihan raya 2008.

Di antaranya nilaian strategik yang berjaya dilakukan ialah pendaftaran pemilih baru kalangan warga Galas, termasuk yang berada di perantauan. Hasilnya, pihak PAS dikatakan berjaya mendaftar lebih 1,000 orang pengundi baru. Justeru undi PAS tahun 2004 (kira-kira 3,000 undi) dijadikan teras ukuran sokongan rakyat apabila dicampur dengan 1,000 pengundi baru, maka logiknya PAS mencapai 4,000 undi pada pilihan raya umum 2008.

Natijahnya, PAS mencapai kemenangan di Galas pada 2008 adalah tepat pada angka sokongan sebanyak 4,399 undi atau pada undi popular 53.96 peratus (54 peratus). Sedangkan undi popular PAS pada 2004 hanya 36 peratus. Bermakna PAS berjaya mencapai lonjakan agak besar iaitu 18 peratus.

Sehubungan itu, sumbangan 1,000 pengundi baru yang berjaya didaftarkan sepanjang 2004-2008 itu adalah bernilai 22.73 peratus apabila dinisbahkan dengan undi yang dicapai 4,399 pada pilihan raya umum 2008. Namun, selepas 2008 didapati usaha mendaftar pengundi baru tidak berlaku secara baik. PAS dikatakan hanya berjaya mendaftar sekitar 500 orang sahaja. Sedangkan pihak BN dikatakan berjaya mendaftar kira-kira 1,000 pengundi baru.

Maka secara matematiknya, pihak BN sudah berjaya menyeimbangkan nilai undi yang dicapai tahun 2008 yang hanya kalah sebanyak 646 undi pada 2008. Justeru itu, semasa pilihan raya kecil Galas ini kekuatan PAS dan BN berada pada paras 50:50 dan pihak BN hanya memerlukan sedikit tambahan undi ke arah meraih majoriti.

Di atas rasionalisasi strategik tersebut, adalah amat mudah bagi BN meraih tambahan undi. Pendekatan rasional BN tidak lain ialah dengan cara memfokuskan faktor kekuatan dan peluang bagi BN meraih sokongan undi tambahan. Faktor kekuatan BN adalah jentera Kerajaan Pusat dan peluang bagi BN ialah pengundi Orang Asli dan pengundi terapung kalangan orang Melayu dan Cina.

Pilihan raya kecil Galas kali ini jelas menyaksikan nilai rasionalisasi BN berjaya menggunakan sepenuhnya kekuatan jentera Kerajaan Pusat sekali gus berupaya meraih tambahan undi baru kalangan Orang Asli dan pengundi terapung orang Melayu dan Cina. Logiknya, inilah punca kekalahan PAS.

Meskipun diketahui PAS turut berusaha melakukan pendekatan terbaik bagi memenangi hati Orang Asli dan sejumlah pengundi terapung. Apa yang jelas, jentera kempen PAS hanya berjaya mempertahankan jumlah undi yang dicapai pada 2008 sekitar 4,000 undi. Sedangkan pencapaian BN melebih 5,000 undi adalah disumbangkan oleh peningkatan undi di semua saluran mengundi.

14. Faktor agensi kerajaan pusat

Dalam hal ini, Tengku Razaleigh telah menggunkan peluang yang ada padanya untuk mencipta kemenangan semula BNdengan mengarahkan kesemua agensi Kerajaan Pusat sebagai agen BN.

14.1 Menggunakan kekuatan agensi seperti Risda telah mampu menguasai semula minda ekonomi politik pengundi Cina di Kampung Pulai yang rata-ratanya adalah pekebun getah.

14.2 Menggunakan Kesedar untuk mengumumkan perumahan rakyat bernilai RM180 juta

14.3 Menggunakan JHEOA , Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia untuk memunggah, mengumpul dan menjamu pengundi Orang Asli secara teratur sejak awal sebaik sahaja gendang pilihan raya dipalu.

Sehubungan dengan itu, didapati jumlah keluar mengundi kelompok Orang Asli meningkat agak besar, 7.73 peratus, iaitu daripada 77.79 peratus (2008) kepada 85.52 peratus (2010).

Sedangkan di semua peti undi bukan Orang Asli peningkatan agak kecil hanya 0.50 peratus, iaitu daripada 81.05 peratus (2008) kepada 81.55 peratus (2010). Sedangkan peningkatan keseluruhan keluar mengundi hanyalah sebanyak 1.65 peratus, iaitu daripada 80.57 peratus (2008) kepada 82.22 peratus (2010).

Sehubungan dengan penggunaan JHEO ini, BN telah mencapai lonjakan 75 peratus atau 567 undi berbanding dengan undi yang BN perolehi pada 2008.

manakla populariti PAS kalangan pengundi Orang Asli didapati hanya merosot pada kadar 17 peratus atau kurang 66 undi berbanding dengan undi yang PAS perolehi pada tahun 2008 sebanyak 387 undi.

14.4 Menggunakan lain-lain agensi seperti jabatan Kemas, Penerangan, Pembangunan Wanita, Rela dan tidak ketinggalan Jabatan Pendaftaran Negara secara terang-terangan untuk tujuan kempen dan juga menyediakan perkhidmatan meraih sokongan pengundi.

· · Share

  • 5 people like this.
    • Wk Cheong SPR juga mainkan peanan kot ?...
      Saturday at 10:07pm ·
    • Suaramajority Rakyat Malaysia
      Betulla tu, tetapi biarlah kita cari kelemahan kita untuk kita perbaiki.

      Menyebut kekuatan lawan dan peranannya tidaklah membantu sangat untuk kita memperkuatkan PAKATAN RAKYAT, kerana perkara berkenaan adalah diluar kawalan kita untuk memp...erbtulkannya dan sedikit sahaja langkah-langkah yang boleh buat berkaitan dengannya.See More
      Saturday at 10:13pm ·
    • Suaramajority Rakyat Malaysia
      Rasanya sudah sampai masanya PAKATAN RAKYAT membuat SWOT analysis, untuk menilai (Man. Machine, Material, Method/ Strategy, Location, Issues) bagi mengkaji

      STRENGTH (What, When, Who, Why, How)
      1. Apakah kekuatan PR yg kita belum gunakan sep...enuhnya.
      2. Macamanakah kita dapat menggunakan kekuatan itu secara optima (Man. Machine, Material, Method/ Strategy, Location, Issues)
      3.......
      4.......

      WEAKNESSES (What, When, Who, Why, How)
      1. Apakah kelemahan PR yg perlu diperkemaskan.
      2. Macamanakah kita dapat mengatasi kelemaan itu secara optima (Man. Machine, Material, Method/ Strategy, Location, Issues)
      3.......
      4.......

      OPPORTUNITIES (What, When, Who, Why, How)
      1. Apakah peluang2 yg PR boleh gunakan?
      2. Macamanakah kita gunakan peluang itu secara optima (Man. Machine, Material, Method/ Strategy, Location, Issues) untuk mencipta kemenagan
      3.......
      4.......

      THREATS (What, When, Who, Why, How)
      1. Apakah kemungkinan2 yg boleh menyebabkan PR kalah?
      2. Macamanakah kita dapat mengatasi kemungkinan2 itu itu secara optima (Man. Machine, Material, Method/ Strategy, Location, Issues) untuk mencipta kemenagan
      3.......
      4.......

      Adalah dipercayai sekiranya PR menggunkan approach ini bagi menghadapai setiap PRK, ianya akan dapat mengurangkan risiko mengalami kekalahan dan sebaliknya mungkin dapat mencipta kemenangan yang menakjubkan!
      See More
      Saturday at 10:30pm ·
    • Wk Cheong skrg TRH dpt pertahankan dirinya ... mcmane pula royalti minyak Kltan skrg slps menang besar d Dun Galas lg pun imej TRH naik ...
      Saturday at 10:31pm ·
    • Suaramajority Rakyat Malaysia
      Kita tengoklah keadaannya dahulu. Masa PRU nanti dah tak ada belas kasihan kpd TRH lagi sekiranya masih berada dalam UMNO dan BN.

      Percaturan yang dibuat oleh rakyat Galas juga adalah dikra baik, kerana ianya akan mengujudkan persaingan tiga ...penjuru dalam UMNo antara NAJIB--MUHYIDDIN MUKHRIZ- TRH dan sekiranya terjadi, ianya mungkin akan menyebabkan UMno sekali lagi pecah.See More
      Saturday at 10:38pm ·
    • Bahrin Bin Ibrahim Rin Boleh dikatakan semua yang tercatit di atas adalah benar.Namun itu bukan tandanya pembangkang terus terjunam dengan hujahan di atas. Apa yang penting dan perlu dilakukan oleh PR ialah MEMPERBAIKI JENTERA PARTI terutama PKR. Dan PAS pula perlu mencari menyempurnakan tugasan agar penduduk atau rakyat akan masih tertarik dengan perjuangan parti PAS. Dan elakkan dari berbalah sesama sendiri serta tunjukan DISPLIN yang kuat seperti dikehendaki dalam agam Islam.
      Saturday at 11:06pm ·
    • Suaramajority Rakyat Malaysia
      Apa yang dinyatakan diatas, hanyalah untuk kita mengenalpasti kelemahan-kelemahan kita (WEAKNESSES) yang perlu diperbaiki, diperbetulkan dan dikemaskinikan supaya ianya tidak lagi menjadi ancaman (THREAT) , tidak lagi menjadi masaalah untu...k PAS dan PAKATAN RAKYAT mencipta kemenangan.

      Ingatlah, kemenangan tidak akan datang bergolek dengan sendirinya, tetapi kita kena berusaha untuk mencipta kemenangan, yang mana KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT ADALAH KEMENANGAN RAKYAT!
      See More
      Saturday at 11:15pm ·
    • Bahrin Bin Ibrahim Rin Dengan itu semua pihak PR peerlu bangun segera untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada.
      Saturday at 11:36pm ·
    • Suaramajority Rakyat Malaysia
      ya, itu haruslah dilakukan sekiranya PAKATAN RAKYAT ingin mencipta kemenangan.

      Lakukanlah ianya setiap masa, bukannnya hanya masa pilihanraya. Masa itu BN lah yang berkuasa kerana semua jentera kerajaan dia bleh guna, tetapi kita tak bole...h berbuat apa-apa.

      Kekuatan kita hanya ada, jika kita bergerak aktif sepanjang masa. Hanya itu pilihan kita.
      See More
      Saturday at 11:40pm ·
    • Bahrin Bin Ibrahim Rin Pernah saya maklumkan seorg YB di Lembah Klang ini,kurang berceramah menghentam tapi apa perlu tugasan yang pernting perlu dilakukan. Dari situ rakyat akan menilai sejauh mana krelibiti seseorang pemimpin dan parti untuk terus menjadi pilihan mereka. SEGERA BANGUN DAN LAKUKAN APA YANG PERLU DEMI KEMENANGAN YANG DAPAT DIKEKALKAN DALAM PRU 13
      Saturday at 11:44pm · · 1 personLoading...
    • Posmen Hensem separuh benar dan separuh kurang tepat.....
      Yesterday at 1:35am ·
    • Mokhtar Ahmad umno mane ada maruah x usah ceritalh fasal maruah hampeh...
      Yesterday at 7:35am ·

Tiada ulasan: