Kajian: 54% pengundi Galas tunggu 'habuan politik' | ||
|
Menurut kajian terkini sebuah firma penyelidikan bebas, golongan tersebut mewakili 54.1 peratus daripada 11,553 pengundi di DUN itu.
"Jumlah peratusan sebanyak 54.1 peratus ini juga dilihat menyediakan peluang terbuka kepada kedua parti ini untuk berusaha meyakini dan memenangi hati pengundi untuk parti masing-masing menang dalam pilihan raya ini," ringkasan kajian oleh Ilham Centre itu dipetik.
Sementara itu, kajian mengenai sikap dan kecenderungan pengundi itu juga mendapati 22 peratus daripada 486 responden di semua unit peti undi Galas menyokong BN.
Manakala PAS pula hanya mendapat 15.6 peratus sahaja
Melaka Maju: Ali Rustam didakwa tipu rakyat? | ||
|
Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS negeri, Yusof Wahab berkata perkara itu adalah serius kerana membabitkan imej kerajaan negeri dan maruah rakyat negeri Melaka.
"Mana mungkin kerajaan negeri mengisytiharkan Melaka negeri maju tanpa black and white dari badan bebas itu, ini dah kira masuk bakul angkat sendiri,” katanya.
Menurut beliau, rakyat negeri Melaka berasa tertipu dengan penafian OECD itu dan kerajaan negeri mesti membuat penjelasan mengenainya.
“Malah pengisytiharannya pula dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, apakah kerajaan negeri ingin permainkan dan perbodohkan Perdana Menteri," kata Yusof semasa ditemui di Pusat Aduan Rakyat DUN Bukit Baru, di Melaka pagi ini.
Yusof juga mencadangkan isu ini dibawa di dalam sidang DUN yang sedang berlangsung sekarang.
"Saya cadangkan satu usul tergempar di bawa ke sidang DUN untuk dibincangkan di kalangan ahli dewan dan satu ketetapan mesti diambil oleh DUN untuk mengembalikan maruah dan integriti kerajaan negeri serta rakyat negeri ini.
"Ini bukan isu kecil dan main-main, ia melibatkan maruah dan imej kerajaan serta rakyat," katanya.
OECD hari ini mengesahkan bahawa badan tersebut tidak mengiktiraf Melaka sebagai negeri maju kerana ia tidak mempunyai kuasa atau tidak berautoriti untuk membuat pengisytiharan seumpama itu
PAS pertahan tindakannya beri 'duit tambang' | |||
|
Pengarah pilihan raya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, PAS sebenarnya berbuat demikian untuk membantu SPR meningkatkan peratusan keluar mengundi dalam pada 4 November nanti.
Beliau berkata demikian hari ini ketika mengulas kenyataan timbalan pengerusi suruhanjaya itu Datuk Wan Ahmad Wan Omar sebelum ini yang berkata, pemberian wang berkenaan boleh disifatkan sebagai pemberian sogokan bagi tujuan membeli undi.
Wan Ahmad pada Sabtu berkata, perbuatan tersebut menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Bercakap dalam sidang media di markas PAS hari ini pula Abdul Halim turut mengulangi bahawa langkah berkenaan adalah untuk meningkatkan peratusan keluar mengundi.
"Kita dah baca undang-undang pilihan raya. Mereka sebut Seksyen 10 tapi tidak baca Seksyen 15. Ada kelonggaran (dalam peruntukan itu).
"Kita sebenarnya nak menolong (SPR). Kita hendak lihat lebih ramai orang keluar mengundi. Apa sebab kita hendak buat benda ini? Saya tak kenal seorangpun daripada pengundi luar ini.
"Lagipun ini semua akan dikendalikan oleh pihak ketiga, bukan kita (PAS)," katanya lagi
'Pengaruh Ku Li masih kuat di Galas' | |||
|
Keadaan ini mungkin akan menyebabkan Tengku Razaleigh mengambil pendekatan "underground" bagi mengekalkan pengaruhnya, kata pengarah pilihan raya PAS Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.
"Kita tahu dia ada orang yang bekerja dengan dia. Kita kenal orang ini dan dia ada lagi sepuluh orang yang bekerja dengan dia, mereka bekerja secara menyusup.
"Mereka bergerak dari rumah ke rumah," katanya dalam sidang media di markas PAS di Gua Musang hari ini.
Ketika diminta menjelaskan aktiviti "penyusupan" itu, Abdul Halim berkata: "Bagi pitih lah" sambil menunjukkan isyarat wang dengan tangannya.
"Ini kita akui, ini yang kita hadapi bila kita bersemuka dengan Ku Li," katanya lagi
Gantikan hab hiburan dengan pelancongan ilmu | |||
|
Ini adalah inisiatif ekonomi yang baik, yang diharap dapat membantu setiap lapisan masyarakat, tidak kira di bandar ataupun luar bandar.
Namun demikian, terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat dinilai semula bagi memastikan kerajaan tidak terperangkap dalam fenomena 'hukum akibat yang tidak disengajakan' ataupun law of unintended consequences.
Salah satu perkara yang mungkin dapat dinilai semula adalah langkah mewujudkan hab hiburan.
Objektif ETP adalah bagi meningkatkan pendapatan negara ke tahap yang lebih tinggi, dengan memanfaatkan sumber-sumber yang ada dan mewujudkan infrastruktur baru.
Bagaimanapun, adalah dikhuatiri pewujudan hab hiburan, walaupun menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak dan pendapatan yang tinggi sebagai sasaran, akan menyebabkan negara terperangkap dalam 'hukum akibat yang tidak disengajakan'.
Akhirnya, objektif menjana pertumbuhan ekonomi mungkin tidak tercapai. Bahkan yang berlaku adalah sebaliknya, sesuai dengan fenomena itu.
Ini dapat berlaku disebabkan beberapa perkara. Contohnya, penekanan yang berlebihan pada hiburan dapat menyebabkan produktiviti menurun apabila para belia lebih mementingkan hiburan dan tidak memanfaatkan lebih banyak masa bagi menjana pemikiran bernas, selain tumpuan pada kerja yang menurun.
Selain itu, percambahan hab hiburan dapat menyebabkan kadar jenayah meningkat. Ini kerana umum mengetahui bahawa pusat-pusat hiburan memang menjadi sarang pelacuran dan lain-lain kegiatan negatif seperti pengambilan dadah, di samping aktiviti lain yang merosakkan kesihatan dan minda, yakni pengambilan rokok dan alkohol.
Ketika kadar jenayah meningkat, para pelabur antarabangsa dan juga domestik akan mengalih modal mereka ke tempat yang mana ekosistem keselamatannya lebih terjamin. Seterusnya, pengaliran modal keluar menyumbang kepada penguncupan dalam ekonomi.
Di samping itu, kesan negatif yang timbul ekoran hab hiburan mengakibatkan kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi bagi menanganinya. Ketagihan dadah, misalnya, menyaksikan kerajaan menanggung kos yang tinggi bagi aktiviti pemulihan penagih dadah.
Seterusnya, lonjakan ekonomi yang terhasil daripada hab hiburan pastinya tidak berbaloi apabila dibandingkan dengan kesan sosial dan ekonomi yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan bagi menangani kesan langsung yang berlaku disebabkan hab hiburan. Kesan akhirnya atau 'resultant effect' akan menunjukkan defisit dan bukannya lebihan apabila jumlah yang tinggi terpaksa dibelanjakan bagi membanteras kesan negatif yang timbul.
Tidak lupa juga bahawa penekanan yang berlebihan kepada hiburan dapat menyebabkan hutang isi rumah meningkat berikutan para belia berbelanja secara berlebihan bagi mendapatkan hiburan di kelab malam yang diwujudkan. Peningkatan dalam hutang isi rumah pastinya tidak menyumbangkepada usaha merealisasikan ekonomi yang berdaya tahan.
Memang tidak dinafikan bahawa manusia memerlukan hiburan. Tetapi hiburan yang berlebihan dapat menyebabkan kesan buruk yang berpanjangan, iaitu meliputi kesan sosial dan juga ekonomi.
Penulis ingin mencadangkan supaya hab hiburan yang berpaksikan pelancongan hiburan itu digantikan dengan pelancongan ilmu atau knowledge tourism, iaitu antara lain melalui pembinaan kota buku dan hab ilmu, dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab ilmu dan buku yang tersohor di dunia.
Mungkin ada yang beranggapan bahawa cadangan ini agak naif. Walaupun demikian, ia tidaklah tanpa rasionalnya yang tersendiri, memandangkan pelaksanaan program Malaysia sebagai hab ilmu dan buku bukan hanya dapat menarik pelancong dari seluruh dunia (di bawah pelancongan ilmu), malah mampu melonjakkan lagi kualiti pemikiran masyarakat
Hillary Clinton jumpa Muhyiddin, Anwar | ||
|
Menurut laporan AFP, perbincangan itu termasuk dengan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang memangku tugas-tugas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sedang bercuti sakit.
Clinton juga dijadualkan berjumpa dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, - satu tanda jelas sokongan Amerika Syarikat ke atas tokoh berkarisma itu yang sedang bergelut di mahkamah bagi membebebaskan diridaripada tuduhan meliwat yang boleh menyebabkan dihumban ke penjara sehingga 20 tahun.
Clinton tiba di Terminal Skypark Subang, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah malam semalam untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia selama tiga hari.
Isteri bekas presiden Amerika Syarikat Bill Clinton diiringi delegasi yang meliputi lima pegawai kanan Jabatan Negara Amerika Syarikat.Ketibaan Clinton dan rombongan pada jam 8.35 malam itu disambut oleh Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Timbalan Menteri Luar Senator A Kohilan Pillay dan Duta Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Jamaluddin Jarjis.
Ketika di Malaysia, Clinton dijadual menghadiri jamuan makan tengah hari yang dihoskan Anifah di Wisma Putra, Putrajaya dan kemudian mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Anifah dan Clinton dijangka mengadakan perbincangan mengenai hubungan kerjasama dua hala, isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.
Clinton dijadual berlepas ke Papua New Guinea pada 3 November untuk lawatan rasmi
Pertemuan Clinton-Anwar: Kenapa cemburu? | ||
|
"Apa masalahnya? Kenapa mereka cemburu, Azizah pun tak cemburu saya bertemu dengan Hillary. Saya pergi ke India dan bertemu dengan Perdana Menteri Manmohan Singh, begitu juga semasa saya pergi ke Turki saya berjumpa Perdana Menteri Erdogan, kenapa tak bantah," kata Anwar pada sidang media di bilik gerakan PKR, di Sandakan hari ini.
Bernama melaporkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz sebagai berkata tidak salah bagi Hillary bertemu Anwar dalam kapasiti beliau sebagai ketua pembangkang.
Bagaimanapun Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari California Chuck DeVore menasihati Clinton supaya tidak menemui Anwar dalam lawatan rasminya.
Anwar dijangka mengadakan pertemuan dengan Clinton semasa lawatan rasminya ke Malaysia bermula esok untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu antarabangsa.Malaysiakini pada 30 Oktober lalu melaporkan Hillary akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan NGO dalam lawatan rasmi sulungnya ke Malaysia minggu depan walaupun format perbincangannya masih belum ditentukan.
Ketua Informasi kedutaan AS di Kuala Lumpur Tina Malone yang dihubungi berkata masih belum dapat menjelaskan sama ada pertemuan tersebut akan dibuat dalam bentuk dialog
Rosmah beri PM air kelapa, tidur beralas daun bambu | ||
|
Rosmah berkata Najib yang pertama kali diserang penyakit itu menunjukkan perkembangan positif hasil rawatan moden serta tradisional.
"Doktor pun dah datang tengok, sapu krim supaya merah-merah di kulit dia (Najib) reda. Dia dinasihatkan banyak minum untuk membuang toksin dalam badan, jangan garu dengan kuku dan elakkan makanan yang menyebabkan kegatalan," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa kemalangan bas di Kilometer 38 Genting Sempah, di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di Kuala Lumpur.
Rosmah berkata beliau turut memberi suaminya minum air kelapa dan mengalas tempat tidur dengan daun bambu agar cepat sembuh dari penyakit cacar yang dialaminya itu.
Ditanya sejak bila perdana menteri mula berasa tidak sihat, Rosmah berkata ia bermula sejak mereka berada di Hanoi, Vietnam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-17 lagi.
"Saya sendiri pun tak sedap badan ketika di sana. Tapi dah okay tak lama lepas itu. Cuma bila sampai di Malaysia dan doktor periksa, didapati ada tanda-tanda cacar. Jadi doktor nasihatkan berehat. Semalam kita tengok ada merah-merah lagi di muka, tapi hari ni dah kurang dan kulit dia dah semakin cantiklah," katanya.
Di HKL, Rosmah dilihat begitu bersemangat menggantikan suaminya hadir pada majlis-majlis yang telah disusun awal untuk perdana menteri.
Secara bergurau, Rosmah berkata beliau perlu bekerja kuat dan menggandakan usaha bagi memenuhi semua program yang telah dirancang.
Dalam lawatan itu, Rosmah turut menyampai sumbangan peribadi berupa wang dan hamper bagi pihak perdana menteri kepada lima mangsa kemalangan yang masih dirawat di HKL.
"Kita juga memberikan sumbangan kepada keluarga mangsa yang telah meninggal dunia. Kita harap sumbangan ini akan mampu mengurangkan penderitaan mereka," katanya.
Rosmah meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk melawat lima mangsa itu, termasuk pemandu bas terbabit, Muthumani Subramaniam, 36 tahun.
Dalam kemalangan Jumaat lalu, sebuah bas yang membawa 44 anggota belia 4B dari Kampung Baru, Mukim Siong, Baling, terbabit dalam kemalangan ketika menuruni bukit selepas bertolak dari Genting Highlands, menyebabkan tujuh maut manakala 38 cedera, 20 daripadanya parah.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan