Bayar Fidyah - Ganti Puasa Ramadhan Bagi Kes Khas Berkaitan Dengan Kesihatan dan Uzur
Diharuskan Bayar Fidyah Jika Tidak Dapat Berpuasa
Sumber: Harian Metro
SOALAN: DATUK saya tidak dapat berpuasa sepanjang Ramadan kerana sakit dan perlu mengambil ubat mengikut masa ditetapkan. Jika dia berpuasa akan memudaratkan kesihatannya. Adakah dia perlu menggantikan puasa yang ditinggalkan atau membayar fidyah?
MUSYKIL,
Pahang.
JAWAPAN: PUASA Ramadan wajib ditunaikan oleh setiap Muslim. “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (al-Baqarah:183)
Bagaimanapun kelonggaran diberikan kepada mereka yang sakit dan golongan yang bermusafir. Mereka dibenarkan berbuka, tetapi kemudian wajib berpuasa ganti sebanyak hari yang dia tinggalkan pada hari lain.
Kepada mereka yang tidak berdaya berpuasa atas alasan sakit yang berterusan atau terlalu uzur (sangat tua umpamanya), maka wajib membayar fidyah.
Bayaran fidyah ialah memberi secupak makanan pada orang miskin bagi setiap satu hari puasa yang ditinggalkan. Membayar fidyah pula hendaklah disegerakan.
Menurut al-Quran, memberi lebih daripada sepatutnya adalah lebih baik. Al-Quran juga mengingatkan berpuasa lebih baik daripada membayar fidyah.
“(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit, atau dalam musafir, (bolehlah ia berbuka), kemudian wajiblah ia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan fidyah, maka itu adalah satu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (al-Baqarah:184)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan